Koleksi beberapa peristiwa di sekitar Bangi, yang ada direkodkan dalam sumber-sumber setakat yang dapat diperolehi di Internet, dan disusun menurut kronologi peristiwa. Antara sumber utama ialah Arkib Negara Malaysia, keratan-keratan akhbar di NewspaperSG (arkib digital akhbar tempatan yang beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1827, kelolaan National Library Board (NLB) of Singapore), serta MyRepositori (arkib digital akhbar tempatan, kelolaan Perpustakaan Negara Malaysia). Pada setiap peristiwa, selain ringkasan liputannya, ditambahkan juga beberapa catatan ringkas atau capaian mengenai perkara atau tempat yang berkaitan, berdasarkan makalah-makalah dan kertas kerja para ilmuwan dan pengkaji sejarah, setakat yang ada di Internet sahaja.
Gambar: Pemandangan dari puncak bukit Mutiara Bangi. Dari kiri: Kg Sungai Tangkas (sayup kelihatan bukit-bukau Semenyih (Broga?) di belakangnya), GMI / Alam Sari, dan UKM.
Koleksi rencana latar lokasi, persekitaran, peristiwa, persatuan, dan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan beberapa peristiwa di dalam kronologi di atas.
Peta negeri Selangor, tahun 1900-an (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Latar peta 1904: Peta paling tepat pada zamannya, diusahakan oleh Chief Draftsman W.T. Wood yang bertugas di Survey Department, Kuala Lumpur (beliau turut membuat peta Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dll). Pernah mohon naik gaji pada 11 September 1906 (tangga gaji dia lebih rendah dari Surveyor), bila di bawa ke atas, menurut surat sokongan pihak atasannya: “Mr Wood's ability and usefulness is well known to Government. It is not necessary for me to write further recommendations”. Namun tak diluluskan oleh Residen Selangor (Henry Conway Belfield), sebab baru naik gaji pada bulan januari tahun yang sama. (Sumber: Arkib Negara 1957/0131652W, 11/09/1906: |"FORWARDS LETTER FROM MR. W.T. WOOD - CHIEF DRAFTSMAN REVENUE SURVEY OFFICE ASKING FOR A PERSONAL ALLOWANCE"; Arkib Negara 1957/0123198W, 20/06/1905: |"ESTIMATES, 1906").
Kiri: Peta Selangor (Utara), tahun 1926
Kanan: Peta Selangor (Selatan), tahun 1926
(Sumber: Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries: |"Selangor : Federated Malay States 1926").
Kiri: Peta daerah Ulu Langat dan sekitarnya, tahun 1920-an (Survey Department, Singapore, 1927 @ National Archives of Singapore: |"Parts of Seremban and Jelebu Districts with portions of Ulu Langat and Kuala Langat Districts (Selangor), Kajang, Negri Sembilan").
Kanan: Peta Lembah Klang dan Langat, tahun 1929 (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").
Kiri: “Malaya : Published under the direction of the Surveyor General, Malaya” (Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720").
Kanan: Peta Lembah Klang dan Langat, tahun 1950 (Survey Dept. F.M.S., 1950: |"Selangor").
Ringkasan pembentangan: WS-HL-2023-S2: Peranan Syed Abdul Rahman di Rekoh Semasa Perang Rawa 1848: Berdasarkan Laporan Douglas
Bahan yang telah dibentangkan: WS-HL-2023-S3: Cebisan Sejarah Rekoh
Ringkasan pembentangan: WS-KP-2024-S1: Hubungan Tradisi Selangor dan Negeri Sembilan Era Awal Kesultanan Selangor
Ringkasan pembentangan: WS-HL-2024-S2: Cebisan Sejarah: Dari Rekoh ke Bandar Baru Bangi
Perlu ditekankan, kami bukan ahli sejarah! Laman ini sekadar mengumpulkan cebisan maklumat berkaitan sejarah Bangi dan kawasan sekitarnya, setakat yang dapat ditemui di ruang Internet sahaja. Maka pastinya ia amat tidak lengkap, tidak menyeluruh, dan kurang wibawa berbanding karya ilmiah hasil kajian para sejarawan. Perlu diingatkan juga, sumber-sumber yang dinyatakan di sini adalah dari pelbagai sudut pandang dan latar para ilmuwan, pengkaji, wartawan dan editor akhbar, bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Kami cuba menyampaikan kesemuanya secara objektif, namun perlulah juga diakui, terdapat juga kecenderungan kami sendiri, yang terserlah di dalam ulasan dan catatan kami.
Apa pun, anggaplah ini sebagai usaha pemula sahaja. Selebihnya perlu digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti karya-karya sejarawan, arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau premis dan petempatan bersejarah (awam atau persendirian), termasuk juga sejarah lisan warga asalnya. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan di sekitar Bangi. Memetik kata-kata Prof Khoo Kay Kim: “Yang sangat diperlukan sekarang ialah kajian sejarah tempatan kerana jelas perkembangan di satu-satu kawasan tidaklah sama dengan perkembangan di kawasan lain. Kajang berbeza dengan Tanjong Malim sebagaimana Rawang berbeza dengan Jeram. Beranang juga berbeza dengan Batang Berjuntai. Apabila kajian-kajian tentang berbagai kawasan Selangor itu telah siap ditulis barulah kita akan mendapat suatu gambaran yang lebih lengkap tentang sejarah dan masyarakat Selangor.” (Khoo Kay Kim, 1985: |"Selangor Dahulu & Sekarang", m.s. x (“Pengenalan”)).
Berikut adalah contoh hasil usaha pensejarahan tempatan yang telah dijalankan untuk bandar Kajang, yang perlu dicontohi oleh institusi-institusi di Bangi:-
Rencana Pusat Warisan Kajang (RTM) (TV2, 5 Mei 2016: "《老加影之乌鲁冷岳社区文物馆》").
Rencana Pusat Warisan Kajang (KPKT) (Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 2019: "Siri Muzium dan Perpustakaan Komuniti Kampung Baru 2").
Rencana Pusat Warisan Kajang (sumbertv, 2023: "Kajang 2: Peranan Kajang Heritage Centre").
Antara kesan penting kegiatan pensejarahan tempatan yang aktif ialah budaya perancangan bandar yang peka terhadap warisan sejarah dan budaya semasa yang perlu dipelihara dan diraikan seadanya, selain memajukan persekitarannya. Sebagai contoh: latihan kajian pra perancangan Kajang ini tampaknya sensitif terhadap budaya dan sejarah setempat, kemungkinan kesan usaha pensejarahannya sejak beberapa dasawarsa: “The various culture of Kajang & people unfolding through layers of diversity … Sense of belongings with enrichment of old culture, the business that runs on the day & everyday, to make sure the life is on-going … The lack of quality for old generation to be able to adjust to new condition, similarly for the new generation as they hardly adapt to the old culture of Kajang. The old and new are co-exist within the same Kajang yet disconnected in terms of fusion of culture and communication. … The remnants of unmaintained structures, abandoned closed shophouses and the recession of old businesses from time to time tends to increase the possibility of displacement issue as the increase of new development and immigrants causing fading of sense of belonging. … Kajang is dynamic in its aspect of walkability, accessibility with diversed people using the public spaces, yet it is not dynamic in the aspect of cultural integration.” (Yeo Shi Jie, Jul 30, 2020: |"[ A DYNAMIC KAJANG: SITE B ] - Project 1 - 'Preliminary Study’ - Urban Analysis & Precedent Studies").
Beberapa penulisan, serta hasil kajian kritis berkaitan pensejarahan tempatan secara umum, sebagai panduan:-
Akhir kata, silakan membaca beberapa peringatan untuk kita bersama:-
Jika ada sebarang pembetulan, cadangan, maklumbalas, dsbgnya, silalah hubungi kami di sini. Semoga bermanfaat!
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 |
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |