User Tools

Site Tools


balgownie_estate

Balgownie Estate

Dirujuk oleh

Perihal

Asalnya sebuah ladang kopi, yang pernah terbengkalai sekitar 1902: “In mentioning that Balgownie Estate, Selangor, has been closed down, and that this is the second European estate abandoned in Kajang alone, the “Malay Mail” advocates loans from the local Government to prevent this undesirable result. It holds that there is probably a fortune to be made out of rubber if coffee estates can only tide over the ensuring three or four years in which the rubber is coming into bearing.” (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 11 September 1902, Page 163: |"Abandoning Estates").

Ia kemudiannya ditanam getah dan digabungkan dengan Bangi Rubber Estates. Diuruskan oleh |D.C.P. Kindersley (adik kepada R.C.M. Kindersley).
Ladang Balgownie
Sumber maklumat: Arnold Wright, 1908: |"Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources", m.s. 445.

1915-06-30: Pengurusan Kindersley Brothers

Laporan mesyuarat lembaga pengarah Ladang Balgownie, dipengerusikan oleh R.C.M. Kindersley. Antara isu yang dibangkitkan ialah kesan penorehan getah berlebihan (overtapping) di Bangi, serta penutupan hospital ladang di Reko, setelah hospital Kajang dibuka kepada warga estet-estet (bangunan barunya telah pun siap dibina pada tahun 1910 (Hospital Kajang, 2016: |"Sejarah")).

Sumber:-


“Gambar menunjukkan Hospital Daerah Kajang. 2.8.1967” (Jabatan Penerangan Malaysia, 1967: |"Hospital Daerah Kajang.", |"Hospital Daerah Kajang.").

1926-05-28: Perolehan oleh Braemar Estate

“The area of Braemar estate has been increased by the purchase of the adjoining Balgownie estate, consisting of 460 acres of planted rubber and 56 acres of reserve.” (Malaya Tribune, 28 May 1926, Page 8: |"COMPANY REPORTS").

LATAR PERISTIWA: Braemar Estate (1896)

Peta Lokasi Balgownie Estate: 1904 dan 1929

Balgownie Estate, 1904Balgownie Estate, 1929
Kiri: Balgownie Estate, 1904, ditandakan dengan garisan hijau tua (berdasarkan peta Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Kanan: Balgownie dan Bangi Estate, 1929, ditandakan dengan garisan hijau tua (berdasarkan peta Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").

Peta Lokasi Balgownie Estate: 1950 dan Kini

Balgownie dan Bangi Estate, 1950Balgownie dan Bangi Estate, kini Kiri: Balgownie dan Bangi Estate, 1950 (berdasarkan peta Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720").
Kanan: Balgownie dan Bangi Estate, kini (berdasarkan peta Mapcarta).

Ladang Lokasi Kini
Balgownie Estate Saujana Impian
Bangi Estate Bangi Avenue, Bangi Wonderland, Crescent Park

LATAR PERISTIWA: Perihal Perladangan RCM dan DCP Kindersley.

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

balgownie_estate.txt · Last modified: 2023/09/06 21:04 by sazli