User Tools

Site Tools


kajang_high_school

Kajang High School (KHS) (1919)

Dirujuk oleh

1919-1926: Sejarah Awal

“Sesi persekolahan dimulakan pada 17 Mac 1919. Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang (SMK Tinggi Kajang) pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Inggeris Kerajaan Kajang. Bangunan asalnya ialah Rumah Rehat Kerajaan yang lama berhampiran dengan Balai Polis Kajang. Jumlah murid pada peringkat permulaan ialah 70 orang lelaki dan perempuan. Penubuhan sekolah ini turut diperjuangkan oleh Taukeh Ng Bow Thai, Allahyarham Raja Alang, Encik Arumpalan, Encik V.Sabapathy dan Encik Gan Boon Teik. Mereka menghantar permohonan kepada pihak kerajaan untuk mengasaskan sebuah sekolah Inggeris di Daerah Kajang. Perjuangan mereka ini telah bermula sejak tahun 1916. Pada awalnya sekolah ini menerima murid-murid untuk kelas Persediaan dan Kelas Menengah Rendah. Tenaga pengajarnya terdiri daripada seorang guru besar dan tiga orang guru. Bilangan ini bertambah seiring dengan bilangan murid yang diterima masuk. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Kesusasteraan Inggeris, Geografi, Sejarah, Ilmu Hisab (Matematik), Algebra, Geometri, Lukisan, Penulisan dan Ilmu Kesihatan. Di akhir tahun murid-murid akan menduduki peperiksaan Junior dan Senior Cambridge yang diadakan setiap tahun di Dewan Bandaran, Kuala Lumpur.” (CNM @ Kajang High School, 2/4/2011: |"SEJARAH SEKOLAH").

“Mengikut catatan yang dibuat oleh E.C.H Wolff, Director of Education, FMS, pada tahun 1922 dalam School Log antara murid-murid Kajang Government English School adalah “so many Malay boys”. Raja Muhammad, putera Raja Allang pasti tergolong dalam kelompok murid Melayu itu. Selepas berhenti sekolah, Kajang High School mengangkat beliau menjadi Patron Raja Muhammad House. Beliau pernah pula diangkat oleh Sultan sebagai Engku Orang Kaya Maha Bijaya Kuala Lumpur.”

LATAR PERISTIWA: Raja Alang bin Raja Berayun.

1926-1930: Pembinaan Sekolah

Pada tahun 1926: R.C.M. Kindersley, Haji Abdul Jalil, Low Ti Kok, Raja Muhammad dan Ng Seow Buck, mengusahakan tapak baru sekolah British di Kajang bagi menggantikan bangunan yang telah usang. Tapak yang ditetapkan terletak di Jalan Semenyih, seluas 28 ekar. Bangunan sekolah baru ini siap dibina dan dibuka pada tahun 1930, dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang (Kajang High School).

Kajang High School, C.1956
“Kajang High School, C.1956”

Sumber: Hanafiah Lubis, 2010: "THE FORGOTTEN PAST OF KHS":-

1930-1941: Bangunan Baru

“Sekolah ini berpindah ke tapaknya sekarang seluas 11.3 hektar … (1930). Namanya turut berubah menjadi Kajang High School. Bangunan utama yang ada sekarang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Alaiddin Suleiman Shah K.C.M.G Sultan Selangor, pada 1 April 1930. Pada masa ini pelajarnya seramai 402 orang. Pada tahun 1932, bilangan murid meningkat seramai 403 orang dan telah dijadikan pusat peperiksaan buat pertama kali semenjak penubuhannya. Menjelang 1933, jumlah itu merosot kepada 318 orang sahaja akibat kemelesatan ekonomi dunia. Sebelum perang, jumlah kelas tidak melebihi 13 kelas dan pertukaran gugu-guru jarang berlaku. Guru Besar hanya bertugas satu atau dua jam sahaja dalam sehari di sekolah.” (CNM @ Kajang High School, 2/4/2011: |"SEJARAH SEKOLAH").

Lokasi Kajang High School
Lokasi Kajang High School

1942-01-12: Menjadi Markas Tentera Jepun Daerah Ulu Langat

“Pada zaman kemaraan Jepun di Tanah Melayu, bagunan sekolah ini telah diambil alih oleh pihak tentera Australia sebagai tempat tinggal. Operasi sekolah bertukar ke Sekolah Convent Kajang dan berjalan pada sesi petang.” (CNM @ Kajang High School, 2/4/2011: |"SEJARAH SEKOLAH").

Ketika pendudukan Jepun di Kajang, Sekolah Tinggi Kajang telah dijadikan markas tentera Jepun bagi daerah Ulu Langat. Berikut adalah beberapa petikan catatan pengalaman seorang bekas pelajar sekolah tersebut: “Within a month of their landing, the Japanese soldiers had reached Kuala Lumpur. The people of Kajang had braced themselves for any eventuality. They had dug trenches in which to seek cover upon hearing the wailing of the ARP (Air Raid Precaution) siren, the harbinger of the aerial onslaught. The Japanese intended to bomb Kajang and their planes had flown several reconnaissances for that purpose. The much-anticipated bombing occurred on January 12, 1942. The target was of course the Kajang Railway Station at 15th Milestone, Reko Road. The intention was to interdict the British retreat to Singapore.Unfortunately, the bombs fell in the grounds of the cathedral-like Catholic Church which was just across the railway tracks in front of the Railway Station. It was badly damaged; the residence of the Infant Jesus Sisters in the Convent School ground was destroyed. The Japanese warplanes at the same time bombed the Rice Stockpile Center near the Railway Station and strafed the neighborhood. There were scores of civilian fatalities. Several dead bodies lay sprawled in the drains and on the stretch of Reko Road from the Sun Cinema (now a Buddhist Center) to the Kampung Bukit (Reko Road) Muslim Cemetery.There were a few dead bodies too in front of the Kajang English School building* near the Sun Cinema. Several brick houses which suffered the aerial attack had gaping holes punched by machine- gun bullets into their walls. These tell-tale signs were evident in the neighborhood in 1947 when this writer, aged nine, moved in with his parents to live in his uncle's house called the Sentosa at No 11 Reko Road or Kampung Bukit, Kajang(now non-existent).The house had undergone some repairs and had a fresh coat of paint.It was a walk away to the Rice Stockpile Center.Before the outbreak of the War, it was a private school known as the Kajang English School*. As far as it could be ascertained,it had not suffered any significant damage. … The Japanese bombing raid of Kajang Town mercifully, didn't cause any significant damage to the Kajang High School. Perhaps it was not considered legitimate target on the basis of their assessment of intelligence reports from their espionage network operating from the Japanese Photo Studios in Jalan Tukang. On entering Kajang after the British and Commonwealth troops had fled, the Japanese army seized the Kajang High School and turned it as the Headquarters of the Japanese Imperial Army in the District of Ulu Langat. … As the Head quarters of the Japanese Imperial Army in Ulu Langat, the name of the school was changed to TOA SEINEN GAKKO. It was no longer known by its old British colonial name. Everything associated with British Colonialism and Western Culture in the school was forthwith eliminated and prohibited. Of course the English Language, the standard-bearer of Western Culture, was proscribed and supplanted with the language of the new masters- NIPPON-GO. … As the Kajang Catholic Church had suffered “collateral damage” due to the Japanese bombing of the Railway Station, the Japanese army ordered the closure of the Kajang Convent. The Kajang High School (TOA SEINEN GAKKO) classes in the Convent were ordered to shift to a new location- a movie house called the Queen's Theater (later known as National Theater) on the bank of Sg. Jeluk just a stone's throw from the Convent. … The Japanese classes and Thaiso were held in the morning and afternoon. The Japanese Language was taught to the exclusion of other subjects. In between classes, they had to do gardening on vacant plots of land on the banks of Sg. Jeluk. In this way, pupils were taught self-reliance.Such simple agriculture pursuit in the backyard were naively perceived to be the way to achieve self-sufficiency in food production. The Allied naval blockade of the Malay Peninsula had brought unprecedented hardship and deprivation among the population. Rice was extremely difficult to get,not mention other needs. The long dark nights and the nightmare of the Japanese Interregnum came to an end when the Atom Bombs fell on Japan. After the defeat of the Japanese, Kajang High School was reopened on September 27, 1945. … * As recounted by Kang Buang (deceased) a long-time resident of Kajang and an alumnus of Kajang English School— Han.Kamalbahrin Lubis.” (Hanafiah Lubis, July 20, 2010: |"THE JAPANESE INTERREGNUM-TOA SEINEN GAKKO; IKENOBU SAN, TSUBOCHI SANAND NIPPON-GO").

1945-1957: Selepas Jepun, Sebelum Merdeka

“Sekolah ini sungguh bernasib baik kerana tidak mengalami kerosakan semasa Perang Dunia ke Dua. Selepas perang, bilangan muridnya bertambah dengan pesat. Ramai pelajar yang pernah bersekolah pada tahun 1941 telah bersekolah semula tahun 1945. Mata pelajaran Sains mula diperkenalkan pada tahun 1946. Pada waktu ini makmal sains belum didirikan. Hampir setahun lamanya hanya pelajaran secara teori yang disampaikan. Kemudian dua buah kelas telah dijadikan Makmal Sains.” (CNM @ Kajang High School, 2/4/2011: |"SEJARAH SEKOLAH").

1955: Pembukaan Sekolah Rendah

Pada 7 April 1955, sebuah sekolah rendah (Sekolah 1 dan 2 sebagai sekolah pembekal, kini dinamakan SK Jalan Semenyih 1 & 2) telah dibuka oleh DYMM Sir Hishamud’din Alam Shah K.C. M.G. Sultan Selangor. Bilangan Murid pada tahun ini telah meningkat kepada 1143 orang berbanding dengan purata 300 orang pada zaman sebelum perang Dunia ke Dua.


“Blkg sekolah tu skg ni wisma apex/metro/kfc.” - Hanaffi Nordin. “Bangunan tinggi blkg tu asrama tun Abdul Aziz high-school kajang.” - Mars Phyzel. “SRJK (Inggeris) 1, Jalan Semenyih, Kajang. Sekolah rendah saya dari tahun 1965 hingga 1970. Guru besar Mrs. AP Richards.” - Mazilan Jalal. (Facebook Bandar Kajang, 28 Oktober 2019: |"KAJANG": SK Jalan Semenyih 1 & 2, 1987. Gambar warna (“colorized”) oleh Mohamad Fareez).

“Pada peringkat awalnya SRK (1) dan SRK (2) Jalan Semenyih Kajang Selangor ini adalah di bawah Pentadbiran Sekolah Menengah Tinggi Kajang atau lebih dikenali dengan nama High School kajang. Dalam tahun 50an sekolah ini ditadbir oleh Pengetua Sekolah Tinggi Kajang, iaitu seorang Inggeris bernama Mr. Davidson. Sekolah Rendah ini adalah di bawah satu bumbung dengan sekolah menengah. Memandangkan pertambahan bilangan murid-murid setiap tahun meningkat dan Sekolah Menengah Tinggi Kajang tidak boleh lagi menampung jumlah murid yang ramai, maka lembaga pengurusan Sekolah Menengah Tinggi Kajang dan Sekolah Rendah telah mengajukan kepada Kementerian Pendidikan untuk membina bangunan baru, khas untuk murid-murid Sekolah Rendah. Ketika itu, Daerah Hulu langat tidak ada Sekolah Rendah yang mempunyai aliran Bahasa Inggeris melainkan di Sekolah Tinggi Kajang. Dengan SMTK menjadi tumpuan ibu bapa dan penjaga di daerah ini untuk mendapatkan pelajaran yang baik untuk anak-anak mereka serta fasih berbahasa Inggeris. Dalam tahun 1953 tapak bangunan baru untuk Sekolah Rendah ini mula diratakan. Tapaknya bersebelahan SMTK setelah instrukturnya selesai, maka bangunan baru mula didirikan. Sekolah ini mengandungi 4 blok bangunan dan mempunyai 14 buah kelas. Pentadbir sekolah ini dikelolakan oleh sekolah ini sendiri dengan diketuai oleh seorang Guru Besar iaitu Puan Braga. Sekolah ini dinamakan dengan Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Murid-murid melebihi 700 orang dan guru seramai 25 orang. Pada masa itu lencana sekolahnya masih menggunakan lencana SMTK iaitu berwarna merah dan putih. Dalam bulan April 1955 SRK (1) telah dirasmikan oleh DYM Sultan Selangor Darul Ehsan ketika itu. Sekolah ini mempunyai lencananya tersendiri iaitu berwarna kuning dan coklat.” (SK Jalan Semenyih 1 (Integ), 2015: |"SEJARAH SK JALAN SEMENYIH '1' (INTEG)").

“Pada peringkat awal sekolah ini di bawah pentadbiran Kajang High School ditubuhkan pada 1953. Bahasa penghantar pada zaman sebelum Laporan Razak ialah Bahasa Inggeris manakala Bahasa Kebangsaan diajar sebagai subjek utama. Nama asal sekolah ini ialah The Kajang High School [primary ] dan murid-murid terdiri daripada murid lelaki sahaja. Murid-murid primary belajar di sekolah yang sama dengan murid-murid sekolah menengah iaitu di Kajang High School yang didirikan di sebuah cangkat berhadapan dengan Jalan Kajang-Seremban. Memandangkan pertambahan bilangan murid sekolah rendah setiap tahun, Kajang High School tidak dapat menampung lagi murid-murid sekolah rendah, maka Lembaga Pengurus High School bersama-sama pentadbir-pentadbir Kajang High School telah mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina bangunan baru khas untuk sekolah rendah. Pada tahun 1953 Daerah Hulu Langat tidak mempunyai sekolah rendah yang beraliran Bahasa Inggeris, maka dengan terbinanya Kajang National Type Primary School [ English ], sekolah ini telah menjadi sekolah rendah Inggeris yang “Premiere’ atau terulung. Guru besar pertama seorang warganegara British, Mr A. D. Bumpford dan beliau berkhdimat hingga penghujung 1954. Mulai tahun 1955 sekolah Kajang National Type Primary School [ English ] di bawah dua orang pentadbir iaitu Puan M. Braga Burger untuk Upper Primary dan Puan Cho Seen Chok untuk Lower Primary. Pada bulan April, 1955 sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor iaitu Al’ Marhum Tuanku Sir Hisamuddin Alam Shah, KC. MG. Pada masa itu enlromen murid terdiri daripada 700 orang murid terdiri dari Melayu, Cina, India dan lain-lain keturunan tetapi identiti sekolah ini masih sekolah Khas untuk lelaki sahaja. Kelas Khas telah ditubuhkan pada tahun 1968 untuk murid-murid cacat pendengaran di penghujung blok C sekolah ini. Guru pertama ialah seorang guru khas En. M. P. Rengasamy AMN. PJK. PK. PKC. Beliaulah orang yang memimpin dan memajukan Kelas Khas Pendengaran sejak kelas itu dipindahkan dari SRJK Satu, Jalan Bukit, Kajang pada tahun 1968.” (Sek Keb Jalan Semenyih 1, 2 Oktober 2015: |"Sejarah SKJS 1").

1950-1960-an: Guru-Guru dari Jaffna

Sebahagian daripada tenaga pengajar sekolah ini serta sekolah-sekolah lain di sekitarnya selepas pendudukan Jepun sehingga 1960-an ialah komuniti migran Tamil dari Jaffna, Sri Lanka:-

One of the government service the Jaffna Tamil community excelled in the past and continued to do so at present is the teaching service. Among the community, teaching is considered an honourable and noble profession in line with the saying Matha, Pitha Guru, Theivam. Therefore, it is not surprising that some of the early Jaffna Tamil settlers of Kajang were teachers.

A significant number of them took up the teaching position in Kajang in the late 1940s, just as more schools were opened just after the Japanese occupation of Malaya. Among the pioneers was Mr. Mayilvaganam, who joined the profession as an English teacher at the Kajang High School (KHS). During the Japanese occupation, he even took up Japanese language. Others who served as teachers at KHS in the 1950s were Tambiah (Maths), Sivaraja (Science), Mr. Selvanayagam (reminds students who cannot recall American Independence year 1776 to remember his car number plate B 1776), H.A. Rajadurai, P.D. Rajadurai and Pathmanathan (Maths and Cricket coach).

Several Jaffnese Tamils teachers excelled further and also served as Principals of Kajang High School in the 1950s and 1960s. They were Mr. Ponniah, Mr. Kandiah, Mr. Vaniasingam and Mr. Vivekananda.

In addition to KHS, the Jaffnese Tamils also played important role in the development of other schools in Kajang. Mr. A. Jeyaratnam, Ms. Stella Richards, Mr. E. Vamadevan and Mr. Balachandran (Kirkby trained English teacher and cricket player) joined the teaching service in the 1960s and served at the Kajang Primary School, located just beside the KHS. Mrs. A.P. Richards served as the Headmistress of this primary school in the 1960s. Others who started their teaching careers in 1960s were, Mr. S. Indran, Mr. Karthigesu, Mr. T. Sathyaseelan and Mr. Subramaniam at Yu Hua Secondary School and Mr. Thurairajah at Sg Chua Chinese Primary School. Mr. T. S. Theesan and Mr. Durairajah taught at SM SAAS. Other prominent teachers were Mrs. Somasundram, Mr. Richard, Mrs Francis, Mrs. Vamathevan (wife of JCS EX President), Mr. Somasundram, Ms. Irene Salenthira, Ms. Caroline Bastiampillai and Mr. Veerasingam.

(Sumber: T. Sathyaseelan and R. Nesaratnam @ Pathfinder 2016, Koperasi Jaffnese Berhad: |"JAFFNA TAMILS EXCELLED AS TEACHERS IN KAJANG, SELANGOR" (PDF)).

CATATAN: Perihal Puan A.P. Richards.

1957: Selepas Merdeka, Sehingga Kini

“Pada tahun 1958, SMK Tinggi Kajang dibahagikan kepada dua bahagian yang berasingan iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah serta di bawah Pentadbiran Guru Besar dan badan Pengelola yang berasingan. Pada tahun yang sama juga, bengkel untuk mata pelajaran vokasional (pertukangan kayu, kerja logam, kaji elektrik dan kaji daya kuasa) siap dibina. Pengambilan kumpulan murid yang pertama bagi mengikuti pelajaran tersebut telah dimulakan apabila sistem Pendidikan Komprehensif diperkenalkan. Bilik-bilik tambahan seterusnya dibina pada awal bulan Disember 1964 untuk pengajaran mata pelajaran Seni Perusahaan. Pihak sekolah telah mengubah suaikan dewan sekolah untuk dijadikan perpustakaan yang dinamakan perpustakaan Low Ti Kok sempena nama salah seorang pengasas SMK Tinggi Kajang. YB Encik Abdul Rahman bin Haji Talib (Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) telah merasmikannya pada 30 Julai 1960. Sebuah blok sains telah dirasmikan oleh YB Encik Kum Poo (Pengarah Sekolah Malaysia) pada 23 Julai 1970. Kelas sains tulin untuk tingkatan 4 yang pertama bagi Daerah Hulu Langat dibuka di sini. Untuk menampung murid-murid yang tinggal jauh, sebuah asrama kecil daripada kayu telah dibina yang menempatkan kira-kira 90 orang murid. Pembinaan bangunan baru dimulakan pada tahun 1975 dan dirasmikan pada 1 Julai 1975 oleh Encik Chan Sang Chang bagi pihak YB Dr Mahathir bin Mohamad. Asrama ini kemudian dikenali sebagai Asrama Tun Dr Abdul Aziz. Walau bagaimanapun asrama ini telah mengalami kebakaran pada bulan April 1998 dan telah diperbaiki. Menjelang tahun 1982, sekolah ini terdiri daripada 11 blok iaitu 31 buah bilik darjah, 4 buah makmal sains, 4 buah bilik pertukangan, 1 bilik perpustakaan, 1 dewan, 2 buah kantin dan asrama. Pada 2 Jun 1988, sebuah blok bangunan baru mengandungi 8 bilik darjah mula digunakan menampung kelas terapung yang telah wujud sejak tahun 1982. Pihak sekolah juga telah menerima sebuah surau yang dinamakan “Al-Rahman” dan telah dirasmikan pada 13 Februari 1993. Bangunan “papan” juga telah diubahsuai menjadi bangunan batu bermula pada bula Oktober 1994. Pada akhir tahun 1998, kerja-kerja membina sebuah lagi blok bangunan empat tingkat telah dimulakan. Nama sekolah “Kajang High School” telah diubah kepada SMK Tinggi Kajang. Cogan kata dalam bahasa latin ‘Labor, Omnia, Vincit” yang bermaksud ‘harworking can overcome all difficulties’ telah ditukar kepada ‘Berilmu, Berdisiplin, Berjaya” pada tahun 1982. SMK Tinggi Kajang megah dengan warna merah putih yang terpancar melalui lencana dan bendera sekolah.” (CNM @ Kajang High School, 2/4/2011: |"SEJARAH SEKOLAH").

“Perlu disebut bahwa alumni sekolah tersebut telah memainkan peran yang penting sebagai pegawai-pegawai tinggi Negara Malaya dan sebagai sarjana. Seorang alumnus, Abdul Aziz bin Abdul Majid, marga Lubis dan ayahnya berasal dari Tamiang, Mandailing Julu merupakan pegawai tinggi negara yang efisien dan berpengalaman luas. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri yang pertama sesudah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seorang akademisi dari Kajang High School yang mempunyai status internasional ialah Prof. Emeritus Dr. Abdul Latif, marga Harahap. Mikrobiolog ini melakukan riset untuk menghasilkan vaksin New Castle Disease dan Avian Flu. Risetnya mengenai Avian Flu meraih anugerah Brohult Award dari negara Swedia/Sweden. Pernah pula menjadi Professor Tamu di Massachusettes Institute of Technology (2000-2002).”

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

kajang_high_school.txt · Last modified: 2023/06/07 18:31 by sazli