Jadual Kandungan
Kronologi Peristiwa Berkaitan Bangi: 1920-1929
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 | Hubungi Kami |
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.
1920-04-15: F. R. Holt @ Ladang Broome
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1920.04.15 | "The Sandhills Murder". Malaya Tribune., 15 April 1920, Page 8 |
Bekas petugas ladang Ladang Broome di Bangi, Frederick Rothwell Holt, didapati bersalah dalam suatu kes bunuh di England, dan telah dijatuhkan hukuman mati di sana. Ketika bertugas selama 4-5 bulan di Ladang Broome pada tahun 1917, beliau sempat mencipta mesin pelipat getah krep, dan memperolehi paten bagi ciptaan tersebut.
LATAR PERISTIWA: Broome Estate.
1920-06-25: Penundaan Pembinaan Jalan Batang Benar-Bangi
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1920.06.25 | |"ROAD BETWEEN BATANG BENAR AND BANGI". PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR @ Arkib Negara Malaysia |
Pembinaan jalan yang menghubungkan Batang Benar telah ditunda selama beberapa tahun. Tahun yang dicadangkan ialah 1929.
1923-08-22: Perkahwinan Pengurus Ladang Bukit Tunggu
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1923.08.22 | "MARRIAGES". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 22 August 1923, Page 113 |
Perkahwinan pengurus Ladang Bukit Tunggu berdekatan Bangi: “Stevenson-Radford. - On 15th July, very quietly, at Manchester, Robert Stevenson, Bukit Tunggu Estate, Bangi, to Lilian Radford, of Devon, England.”
CATATAN: Mungkinkah orang yang sama atau ada kaitan dengan Mr. Robert Stevenson (1917)?
LATAR PERISTIWA: Robert Stevenson.
LATAR PERISTIWA: Bukit Tunggu Estate.
1923-12-25: Gelinciran Keretapi di Sekitar Hutan Simpan Bangi
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1923.12.27 | "Untitled". Malaya Tribune., 27 December 1923, Page 6 | |
1923.12.28 | "F.M.S. Mail Train Derailed". The Straits Times, 28 December 1923, Page 9 |
Pada hari Krismas tahun 1923, kereta api mel dari Singapura ke Kuala Lumpur telah tergelincir dari landasan kira-kira 2 batu selepas Stesen Bangi, kemungkinan di pinggir Hutan Simpan Bangi (kini sekitar UKM / Alam Sari). Kejadian berpunca daripada satu gandar gerabak yang patah, mungkin disebabkan muatan yang berat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun beberapa gerabak serta landasan telah rosak. Lokasi landasan di dalam ruangan yang agak sempit telah menyukarkan kerja-kerja baik pulih. Akibat daripada itu, kereta api mel dari arah bertentangan telah terlewat lebih 8 jam.
“A mishap occured to the day mail up from Singapore on Christmas Day, resulting in considerable delay to traffic .. The train, a heavy one, was running to scheduled time until Bangi was reached, at about 6.20 p.m., and had proceeded some two miles on its way to Kajang when the axle of a first-class coach broke, resulting in the derailment of a number of carriages and considerable damage to the permanent way. A break-down train and staff were telegraphed for, and the work of removing the damaged carriages was speedily proceeded with, though it was made difficult owing to the accident happening in a very awkward spot, namely, in the middle of a deep cutting. Consequently, the night mail from Kuala Lumpur to Singapore, which should have passed through Seremban at 10.30 p.m. left that place at 7.05 o'clock yesterday morning, eight and a half hours late.”
Kemungkinan kawasan kejadian (bulatan merah), kira-kira 2 batu selepas Stesen Bangi, kemungkinan di pinggir Hutan Simpan Bangi (kini sekitar UKM / Alam Sari).
Kiri: Berdasarkan peta tahun 1929 (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: "1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").
Kanan: Kini. Kemungkinan sekitar UKM / Alam Sari (Google Maps).
LATAR PERISTIWA: Landasan Keretapi Rekoh-Bangi.
LATAR PERISTIWA: Hutan Simpan Bangi.
1924-09-13: Sekolah Melayu Bangi
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1924.09.13 | "SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI, KAJANG". SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI |
“Sekolah Melayu Bangi merupakan sekolah kedua tertua di Daerah Hulu Langat selepas sekolah High School Kajang. Sekolah ini didirikan atas daya usaha masyarakat kampung-kampung yang berhampiran dengan Bangi Lama pada tanggal 13 September 1924. Asal Nama Bangi: Nama Bangi diambil sempena nama Tok Batin Orang Asli yang ada di sini suatu ketika dahulu iaitu Si Bangi. Pada awal pembukaan sekolah ini hanya mempunyai 24 orang lelaki dan 2 orang perempuan sahaja. Bangunan asal sekolah ini berukuran 30×50 kaki persegi. Tiangnya dari kayu bulat berdindingkan papan, beratapkan nipah dan berlantaikan simen.” (SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI: |"SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI, KAJANG").
LATAR PERISTIWA: Perihal Sekolah Melayu / Kebangsaan Bangi
1925-04-22: Ladang Galloway
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1925.04.22 | "BIRTHS". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 22 April 1925, Page 1 |
Kelahiran anak perempuan pasangan warga Ladang Galloway, Bangi, Mr. & Mrs. J Miller, di |European Hospital, KL.
CATATAN: Ladang Galloway kemudiannya diambil alih oleh kerajaan untuk dijadikan sebahagian daripada Putrajaya kini, dan di antara tahun 1996-2000, penduduk asalnya dipindahkan ke Flat Taman Permata, Dengkil, lalu terkesan oleh pelbagai masalah, sehingga kini. (Selvi Narayanan, Katiman Rostam, 2012:|"Impak sosial pembangunan Bandar Baru Putrajaya terhadap penduduk asal: Kes isi rumah yang dipindahkan ke Taman Permata, Dengkil, Selangor").
1925-11-03 - 30: Banjir Besar Selangor
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1925.12.03 | "UP COUNTRY FLOODS". Malaya Tribune, 3 December 1925, Page 8 |
Banjir besar di negeri Selangor, termasuk daerah Hulu Langat. Kemuncak banjir ialah pada 30 November, dengan paras banjir setinggi 11 kaki di Kajang, 2 kaki lebih tinggi daripada rekod sebelumnya: “The outstanding occurence of the year was the floods at the end of November : the Langat River was flooded on the 3rd,4th,16th,17th & 25th to 30th : the highest flood level was reached on November,30th when the flood gauge at Kajang reached 11 feet being two feet more than the previous record : the bridge across the river at Kajang was damaged and closed…” (District Officer, Ulu Langat, 12/2/1926 @ Arkib Negara Malaysia: |"Annual Report 1925: Ulu Langat", m.s.7).
Antara yang terjejas:-
Jalan Kajang-Sg Chua (bulatan biru).
Kiri: Berdasarkan peta Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)".
Kanan: Kini (Mapcarta).
Landasan keretapi Bangi-Batang Benar (garis biru).
Kiri: Berdasarkan peta Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)".
Kanan: Kini (Mapcarta).
LATAR PERISTIWA: Banjir Sekitar Bangi.
CATATAN: Sebelum ini, landasan Bangi-Batang Benar pernah ditenggelami air banjir pada 9 April 1919.
1926-07-30: Rumah Kongsi Pos dan Telegraf
Tarikh | Butiran keratan | |
---|---|---|
1926.07.30 | "SITE FOR COOLY LINES POST AND TELEGRAPHS, BANGI". PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, Arkib Negara Malaysia |
1926-09-17: F.J. Pratt @ Ladang Broome
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1926.09.17 | "DOMESTIC OCCURRENCES. BIRTHS". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 17 September 1926, Page 8 |
Kelahiran anak lelaki pasangan Mr. dan Mrs. F.J. Pratt dari Ladang Broome Bangi, di |European Hospital, KL.
LATAR PERISTIWA: Frederic James (F.J.) Pratt.
LATAR PERISTIWA: Broome Estate.
1927-05-23: Gelinciran Keretapi di Stesen Bangi
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1927.05.23 | "Untitled". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 23 May 1927, Page 8 |
Keretapi mel penumpang tergelincir di sekitar Bangi, akibat kesilapan petugas operasi landasan (pointsman). Lokasinya tidak dinyatakan, namun kemungkinan di sekitar Stesen Bangi, di mana pointsman selalunya bertugas: “As the result of a pointsman turning the points in the wrong direction, the passenger train from Seremban to Kuala Lumpur was derailed at Bangi at 7.33 a.m. yesterday says Friday's Malay Mail. In consequence almost the entire train service from Kuala Lumpur was disorganised yesterday, but hard work all day made the line clear by 8 p.m. The down mail was four hours late and the up night mail to Penang was delayed over an hour. The connection to Malacca by the 12.45 p.m. train was maintained by tran-shipping at Bangi.”
LATAR PERISTIWA: Landasan Keretapi Rekoh-Bangi.
1927-08-09: Kebakaran Besar
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1927.08.10 | "Great Fire at Bangi". The Straits Times, 10 August 1927, Page 8 | |
1927.08.10 | "VILLAGE WIPED OUT". Malaya Tribune, 10 August 1927, Page 10 |
Kebakaran mula disedari pada jam 1.30 pagi, oleh seorang konstabel polis Bangi. Setelah percubaan memadamkan api gagal, seluruh penduduk kampung dikejutkan. Mereka kemudiannya berjaya menyelamatkan diri, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Sementara itu, pasukan polis Kajang turut sama membantu, dan sekitar 2 pagi, panggilan kecemasan telah dibuat kepada pasukan bomba di Kuala Lumpur. Namun api merebak terlalu cepat. Setibanya mereka di Bangi 45 minit kemudian, seluruh kampung telah pun hangus dijilat api. Air dipam dari alur sungai berdekatan, dan kerja-kerja pemadaman mengambil masa kira-kira 2 jam. Pada akhirnya, hampir 40 buah rumah telah musnah sepenuhnya, dan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal. Anggaran jumlah kerugian adalah sebanyak $50,000. Punca kebakaran tidak dapat dikenalpasti, dan tiada tanda-tanda perbuatan khianat ditemui.
Antara kemungkinan faktor rebakan api ialah kelompok rumah-rumah binaan kayu yang dibina terlalu rapat. Kira-kira setahun sebelum kejadian ini (29 Ogos 1926), suatu kebakaran besar berlaku di perkampungan Dengkil (20 km ke sebelah barat Bangi) yang telah memusnahkan 41 buah rumah bercirikan binaan yang sama: “Other townships in the district included Sungei Chua, Kachau, Bangi, Broga, Beranang, Dengkil and Ulu Langat. Most were located along the margins of the relatively larger nodal settlements and comprised clusters of houses built of wood with corrugated iron or thatch roof. Fire hazard was a constant threat and in 1908, some of the shops in Kachau were destroyed by a fire on 16 May (MRUL, March 1908; DOUL, 52/1908). On 29 August 1926, 41 wooden and attap houses making up the “whole village” of Dengkil were burnt down (SSF, 4335/1926).” (Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: |"Transforming the Development Frontier: Chinese Pioneers in the Ulu Langat District of Selangor, Malaysia", m.s.11).
Pada 17 Ogos 1927, Residen Selangor, James Lornie, dengan diiringi pegawai daerah Ulu Langat, J.G. Crawford, telah membuat lawatan ke tempat kejadian. Antara lain beliau telah mengarahkan agar setiap rumah yang musnah dibina semula secara berkembar, serta dijarakkan antara setiap satunya. Pekan Bangi kemudiannya dibangunkan semula, dan sebahagiannya kekal sehingga kini.
(Sumber: |PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 1927: "REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927")
Sumber lain: “Pekan asal ini kemudiannya telah terbakar pada tahun 1924(7?) dan dibangunkan semula oleh Kerajaan Inggeris dan kontraktor Cina pada tahun 1926(8?). Setelah itu peniaga-keturunan cina mula menguasai perniagaan di pekan ini. Medan Mara Bangi pula dibangunkan pada sekitar 70an bertujuan membantu peniaga Bumiputera berniaga.”
Pekan Bangi kini (Faizal Hj Zainal, 2008: "SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi").
LATAR PERISTIWA: Sejarah Awal Bangi: 1927: Kebakaran Besar
1928-06-25: Tanah Rizab Masjid
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1928.06.25 | "RESERVATION OF ONE ACRE OF STATE LAND AS A MOSQUE RESERVE AT BANGI VILLAGE". PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR @ Arkib Negara Malaysia |
Pewartaan tanah rizab Masjid Bangi, seluas 1 ekar.
CATATAN: “Tapak lot tanah Masjid Bangi mula dimohon oleh penduduk Bangi pada tahun 1919 iaitu setahun setelah Bangi mendapat Ketua Kampung yang rasmi dan telah mendapat kelulusan dan digazetkan pada tahun 1928 dengan tujuan untuk pembinaan sebuah surau. Tanah seluas 1 acre 7 perches ini terletak berdekatan Balai Polis Bangi yang telah awal dibina pada 1914. Masjid ini dikatakan dibina pada tahun 1941 dengan binaan kayu kemudian dibangunkan kembali pada tahun awal 70an dengan reka bentuk rasmi masjid-masjid kerajaan semasa itu.” (Sumber maklumat dan gambar: Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").
LATAR PERISTIWA: 1941: Pembinaan Masjid Bangi.
1929: Pembinaan Masjid Haji Mat Saman
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1929 | "Kajian bangunan lama : Masjid Sg. Ramal Luar, Kajang". Abdul Aziz Ramli, Shahrom Sapari, Hj. Ahmad Mohd. Ibrahim, Noridah Mohd. Saad, 1984 |
“Mesjid Sg. Ramal Luar, Kajang, Selangor, telah dibina pada tahun 1929 dengan harga sebanyak $40,000/-, wang ini datangnya dari seorang bijakpandai iaitu Pegawai Daerah yang bernama Datuk Abu Samah. Beliau telah beriktiar supaya penduduk-penduduk kampung yang kebanyakannya penoreh getah mengenepikan sejumlah wang, dari kupon getah mereka dikumpul dan dari sedekah jahriah orang ramai.
Tiga buah mesjid yang serupa telah dibina dengan cara ini iaitu di Jeram, Batu 17 Ulu Langat, dan termasuk Sg. Ramal Luar.
Mesjid ini telah dibina oleh seorang kontraktor Cina dari Kuala Lumpur namanya ialah Bong Siew. Kontraktor ini telahpun meninggal dunia dan tidak dapat maklumat dari beliau. Pelan asal juga tidak dapat dikesan begitu juga dengan akitek yang mereka mesjid itu.
Pada tahun enam puluhan meningkatnya jumlah penduduk-penduduk yang tidak dapat menampung jemaah, jadi satu tambahan telah dibuat dengan harga sebanyak $10,000/-.
Pembinaan mesjid ini adalah mengikut peringkat-peringkat. Peringkat I ianya empat persegi tepat, Peringkat II ialah empat persegi bujur tambahan dan Peringkat III mesjid itu dijadikan empat persegi tepat tambahan 150'-0” x 150'-0“. Pagar dan tandas kepada mesjid itu adalah sumbangan dari Lembaga Loteri dan Kebajikan Mesyarakat kerana penduduk-penduduk di situ enggan mencemar mesjid mereka dengan wang dari sumbangan Lembaga Loteri.
Bahan binaan mesjid seperti kayu cengal untuk kerangka bumbong dipercayai dibawa dari hutan Ulu Langat.”
“Pandangan Mesjid Sg. Ramal Luar yang dibina pada tahun 1929. Pada ketika itu mesjid ini berada di zaman dan sebelum peperangan dunia kedua, di mana binaannya masih kukuh dan masih lagi digunakan.”
(Sumber: Abdul Aziz Ramli, Shahrom Sapari, Hj. Ahmad Mohd. Ibrahim, Noridah Mohd. Saad, 1984: |"Kajian Bangunan Lama Mesjid Sg. Ramal Luar, Kajang").
LATAR PERISTIWA: Masjid Haji Mat Saman.
LATAR PERISTIWA: Kampung Sungai Ramal.
1929-01-03: Banjir di Jalan Bangi-Salak
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1929.01.03 | |"REPORTS ON THE FLOODING OF ROADS IN SELANGOR". PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR (ARKIB NEGARA MALAYSIA), m.s.1,4,5 |
Laporan banjir di Selangor, antaranya di jalan Bangi-Salak (paras air: 16 inci).
LATAR PERISTIWA: Banjir Sekitar Bangi.
1929-03-07: Gabungan Ladang Balgownie dan Connemara
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1929.03.07 | "MALAYAN RUBBER MERGER". The Straits Times, 7 March 1929, Page 9 |
Gabungan beberapa ladang, antaranya Balgownie dan Connemara di Bangi.
Lokasi Ladang Balgownie dan Connemara (ditanda merah).
Kiri: 1929 (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").
Kanan: Kini: Ladang Balgownie: Sekitar Saujana Impian. Ladang Connemara: Sekitar Eco Majestic (Mapcarta).
CATATAN: Ladang Balgownie dan Connemara ini adalah antara ladang getah komersil terawal di Malaya, diasaskan oleh pasangan adik beradik, R.C.M. dan D.C.P. Kindersley (Khoo Kay Kim, 1999: |"DEVELOPMENTS RELEVANT TO MALAYAN AGRICULTURE IN THE POST-RUBBER CRISIS ERA (1920-1921)", m.s.36). (Juga J.M. Gullick, 2007: |"A Short History of Ulu Langat to 1900", m.s.15).
LATAR PERISTIWA: Perihal R.C.M dan D.C.P. Kindersley.
1929-08-15: Penyahwartaan Tapak Padang Golf
Tarikh | Butiran Keratan | |
---|---|---|
1929.08.15 | |"REVOCATION OF THE BANGI GOLF RESERVE IN KAJANG MUKIM". PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR @ ARKIB NEGARA MALAYSIA, 15/08/1929 |
Pada 17 Disember 1920, sebidang tanah seluas lebih kurang 50 ekar di tepi jalan Kajang-Bangi telah diwartakan sebagai tanah rekreasi, dan bakal dijadikan padang golf di bawah selenggaraan Kelab Golf Bangi. Namun kira-kira sembilan tahun selepas itu, iaitu pada 15 Ogos 1929, Residen Selangor James Lornie telah mengeluarkan notis pembatalannya. Tiada bantahan diterima setelah notis ini diwartakan pada 13 dan 27 September 1929, lalu penyahwartaan dimuktamadkan pada 26 Oktober 1929.
“It is notified under Section 24 (iii) of “The Land Code, 1926”, that the Resident of Selangor intends to revoke the reservation of the reserve, described in the schedule hereto, which was created by Notification No. 5671, published in the Federated Malay States Government Gazette of the 17th. December, 1920 for the purpose of a Recreation Ground, viz. to be maintained by the committee and members of the Bangi Golf Club.
…
District: Ulu Langat
Mukim: Kajang
Plan No.: 13351
Lot No.: 4820
Area: 50 acres 2 roods 05 poles
Boundaries:
* N. Road reserve, Portions 4536, 1265 to 1268 and main road from Kajang to Bangi
* E. Portions 1270, 1269 and 1767
* S. State Land and Portion 1137
* W. Portion 1137”
Kemungkinan kawasan rizab golf, ditanda biru.
Kiri: 1929: Dinyatakan sebagai Other Reserve (berdasarkan peta Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").
Kanan: kawasannya kini, di sekitar Sekolah Rendah Agama Pekan Bangi (Mapcarta).
CATATAN: Kemungkinan permohonan kelab golf Bangi ini sekitar 06/09/1920 (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 06/09/1920: |"GOLF CLUB, BANGI").
1929-10-24: Guru Agama
Seorang guru agama di Bangi, Pakeh Abdullah bin Ahmad, membuat permohonan bantuan kewangan bagi membiaya perjalanan beliau ke Mekah.
Peta Sekitar Bangi: 1920-an dan Kini
Kiri: Bangi, Kajang, dan Semenyih, 1920-an: “Malaya Topographical Survey Sheet 3 F_4_Kajang covers parts of Seremban and Jelebu Districts in Negri Sembilan with portions of Kuala Langat and Ulu Langat Districts in Selangor, Malaya in 1920 showing contours, physical landscape, names of places, towns, kampongs, roads, railways, rivers, plantations, Kajang, and others” (Survey Department, Singapore, 1927 @ National Archives of Singapore: |"Parts of Seremban and Jelebu Districts with portions of Ulu Langat and Kuala Langat Districts (Selangor), Kajang, Negri Sembilan").
Kanan: Kawasan yang sama, kini (Google Maps).
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 | Hubungi Kami |
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 |
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |