User Tools

Site Tools


sejarahbangi-1980-1989

Jadual Kandungan

Kronologi Peristiwa Berkaitan Bangi: 1980-1989

1980-04-15: Pembinaan Ibu Pejabat PORIM

1980-04-15: Tan Sri Dr Anuwar Mahmud, ketika itu Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dilantik sebagai pengarah Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia / Palm Oil Research Institute of Malaysia (PORIM). Beliau merupakan pengarah tempatan pertama institut ini. Ketika ini PORIM telah pun mengambil alih kesemua penyelidikan kelapa sawit dari MARDI. Makmal PORIM ketika itu terletak di Ampang Jaya, dan bakal dipindahkan ke pusatnya yang baharu di Bangi, yang sedang dalam fasa perancangan dan perolehan tanah.

1982-02-23: Kompleks ibu pejabat PORIM di Bangi seluas 10 hektar bakal siap pada tahun hadapannya (1983). Dana pembelian untuk tapaknya adalah hasil sumbangan daripada |Malaysian Oil Palm Growers Council (MOPGC). Selain tapak ini, aset PORIM ketika ini ialah ladang sawit di Kluang (480 hektar), serta ladang sawit MARDI di Serdang dan Jerangau, Terengganu. PORIM juga sedang membina cawangannya di Kluang (809 hektar), dan sedang berusaha mendapatkan beberapa ladang lagi di Segamat (5,000 hektar) dan Teluk Intan.

1984-02-25: Kabinet Malaysia meluluskan projek perintis bernilai 11.7 juta ringgit bagi menghasilkan minyak diesel dari kelapa sawit, di ibu pejabat PORIM ini.

1985-11-04: Perdana menteri DS Dr Mahathir merasmikan pembukaan pusat pemprosesan minyak diesel kelapa sawit, di sini.

CATATAN 1: PORIM telah diwujudkan pada awal tahun 1979 di bawah Kementerian Perusahaan Utama Malaysia untuk merancang dan melaksanakan penyelidikan berkaitan dengan minyak sawit: “The palm Oil Research Institute Of Malaysia (PORIM) was legally established as a Statutory body on 15th May, 1979. However, the Institute was unofficially formed 12 months earlier in May, 1978 to enable preliminary work to be carried out.” (Muthurajah, R. N. @ Oil Palm Bulletin No. 1, November 1980, m.s. 1-3: |"PORIM - In Brief"). Pada 1 Mei 2000, PORIM telah digabungkan dengan Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA), bagi menubuhkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (LMSM / MPOB). (Wikipedia).

CATATAN 2: Perihal pusat pemprosesan minyak diesel kelapa sawit di sini: “Much effort has been put forward by the Malaysian Palm Oil Board (MPOB) to look for an alternative fuel to petroleum-based fossil fuels. MPOB first embarked on the research and development (R&D) of palm biodiesel in the 1980s, with ideas conceived to convert palm oil into fatty acids methyl ester (FAME) via a process called transesterification. The resulting FAME has been thoroughly examined, tested and proven to be a superior diesel substitute. The first palm biodiesel pilot plant (3000 tpa) using MPOB palm biodiesel technology was built in 1985 at the MPOB's premises in Bangi, Malaysia.” (Nursyairah Jalil, Harrison Lau Lik Nang, Soh Kheang Loh, Rusnani Abdul Majid, Daryl Jay Thardeus, Yung Chee Liang, Ropandi Mamat, Wan Hasamudin Wan Hassan, Puah Chiew Wei, Yahaya Hawari, Noraida Omar, Astimar Abd Aziz and Lim Weng Soon @ Palm Oil Engineering Bulletin No.125 (Oct - Dec 2017) p21-25: |"National Biodiesel Implementation in Malaysia: An Update").

LATAR PERISTIWA: Perihal Tan Sri Dr Anuwar Mahmud.

1980-06-23: Perancangan Bandar Baru Bangi

Antara perancangan projek pembangunan Lembah Kelang, oleh Perbadanan Pembangunan Negeri Selangor (SSDC): 15 buah estet perusahaan di bandar-bandar baru Bangi, Shah Alam, Ampang, Ulu Kelang, dan Sungai Way-Subang, dalam jangka masa 10 tahun. Di samping itu: “Bangi akan menjadi sebuah bandar universiti dan akan menampung keperluan dua dari lima buah universiti di Malaysia, termasuk Universiti Pertanian (Unipertama) dan Universiti Kebangsaan (UKM). … menekankan pembinaan sebuah bandar moden yang boleh menampung segala keperluannya sendiri dengan banyak kawasan lapang, taman dan tapak-tapak untuk mendirikan rumah-rumah di samping peluang bekerja yang luas bagi penduduk-penduduk sekitarannya.”

1980-07-02: Perasmian Perpustakaan UKM

Bangunan Perpustakaan Tun Seri Lanang di UKM mula dibina pada 4 November 1976. Kontraktor pembinaannya ialah Syarikat Tetuan Pribumi Sdn. Bhd. (ditamatkan kerana gagal siapkan bangunan mengikut tempoh) dan Syarikat Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd., dengan jumlah kos dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia sebanyak RM 9,415,563.79. Ketika itu ia merupakan salah satu perpustakaan yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan lantai 242,255 kaki persegi. Pada 16 Oktober 1977, perpustakaan UKM di Lembah Pantai dipindahkan buat sementara ke aras 3 dan 5 bangunan Pentadbiran di Bangi, sebelum berpindah ke bangunan baru pada 8 Jun 1978. Ia siap dibina sepenuhnya pada 14 Julai 1978.

Bangunan Perpustakaan Tun Seri Lanang ketika dalam pembinaan, 1977Perpustakaan UKM, awal 1980-an
Kiri: Bangunan Perpustakaan Tun Seri Lanang ketika dalam pembinaan, 1977 (Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 24 Januari 2020: |"UKM 50 tahun : Sejarah Bangunan Perpustakaan Tun Seri Lanang").
Kanan: Perpustakaan Tun Seri Lanang setelah disiap dibina (mungkin sekitar 1980-an).

Nama “Tun Seri Lanang” telah dicadangkan oleh Shaharom Husain, karyawan Tamu Jabatan Persuratan Melayu UKM ketika itu. Beliau adalah pengarang buku "Tun Seri Lanang: riwayat hidup dan sandiwara" (Pustaka Melayu, Singapura, 1959 @ WorldCat): “Seawal perpindahan telah difikirkan tentang nama yang sesuai diberikan kepada perpustakaan. Adalah diharapkan nama perpustakaan berkenaan dapat disiapkan sebelum perasmian dilakukan.Tinjauan dibuat kepada pihak-pihak yang releven, terutama mereka yang berkaitan dengan bidang kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Antara pendapat ditinjau dari En. Shaharom Husain seorang ahli drama dan menjadi karyawan Tamu Jabatan Persuratan Melayu UKM. Penulis turut ditinjau pandangan dan turut sama mencadangkan bahawa nama Tun Seri Lanang diabadikan sebagai nama Perpustakaan UKM. Bahkan Penulis diminta menggubah sebuah puisi sempena menamakan Perpustakaan dengan nama Tun Seri Lanang.”


Kiri: “Pemandangan dari luar Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 20.09.1980” (Jabatan Penerangan Malaysia, 1980: |"Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.").
Kanan: “Pemandangan dari pintu masuk Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 20.09.1980” (Jabatan Penerangan Malaysia, 1980: |"Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.").


Kiri: “Mahasiswa-mahasiswa memasuki Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 20.09.1980” (Jabatan Penerangan Malaysia, 1980: |"Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.").
Kanan: “Mahasiswa-mahasiswa mengulangkaji pelajaran di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 20.09.1980” (Jabatan Penerangan Malaysia, 1980: |"Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.").

Paras 3 perpustakaan ini pernah dijadikan tempat sembahyang Jumaat bagi kakitangan UKM dan penduduk sekitar Bandar Baru Bangi: “Paras 3 Perpustakaan telah dijadikan sebagai tempat mengerjakan sembahyang Jumaat bagi kakitangan UKM dan penduduk sekitar Bangi kerana ketika itu masjid yang paling hampir ialah di Kajang dan juga ketika itu Masjid UKM belum lagi siap dibina.” (Unit Arkib & Khas, Perpustakaan Tun Seri Lanang, 16 Disember 2014: |"Sejarah Perpustakaan Tun Seri Lanang"). Menurut sumber lain: “Apabila warga kampus makin ramai berpindah, maka pihak UKM mengadakan solat Jumaat di hadapan foyer Pejabat Pentadbiran, UKM, tapi oleh kerana tempat ini kurang selesa, maka ruang solat Jumaat dipindahkan ke ruang legar Fakulti FSKK. Apabila bangunan Perpustakaan UKM siap dibina. Rasmi pembukaannya pada 19 Sya`ban 1400=02 Julai 1980, maka solat Jumaat dilakukan di tingkat bawah bangunan Perpustakaan Tun Seri Lanang tersebut hinggalah Masjid UKM yang mula dibina pada 16 Mac 1979 itu siap dan mula digunakan pada 16 April 1982. Dengan adanya Masjid UKM ini, maka solat Jumaat bagi penduduk BBB menunaikan solat Jumaat di sini.” (Dr Shafie Abu Bakar, May 10, 2015: |"Tapak Masjid Al-Umm Setua Bandar Baru Bangi").

1980-09-02: Perasmian Kampus Induk UKM

“Majlis Perasmian Kampus Induk Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor”.


Kelihatan masjid UKM yang masih dalam pembinaan ketika ini. (Rebecca Rajaendram @ The Star, 18 May 2020: |"Universiti Kebangsaan Malaysia: 50 years of inspiring excellence").

CATATAN: Koleksi setem sempena ulang tahun ke-10 UKM (mungkin juga sempena perasmian kampus Bangi ini):-
Setem 10 senSetem 15 senSetem 75 sen
(Sumber gambar: ePhilately: |Commemorative Stamp - 1980).

1980-12-13: Pembukaan Kilang-Kilang

1980-12-13: Toshiba (Malaysia) membuka kilangnya. Pengerusinya ketika itu ialah Taib Hj Andak.

1981-03-26: Felda membuka kilang koko, dengan usahasama Nestle.

1983-06-07: Matsushita memindahkan bahagian pengeluaran peti ais dan mesin basuh dari kilangnya di Shah Alam ke kilang baru di Bangi.

1985-07-17: Fima Metal Box membeli tanah untuk pembinaan kilangnya di Bangi. Pengerusinya ketika itu ialah Datuk Dr Abdullah Sanusi bin Ahmad.

CATATAN 1: Kilang Matshushita di Bangi ini telah berhenti beroperasi dan ditutup pada tahun 2005, oleh kerana kegiatan pembuatan mesin basuh dan peti ais tidak lagi dapat meraih keuntungan yang diperlukan: “The Malaysian arm of Matsushita Electric Industrial Co., known as Melcom, said the decision was made in response to “tough market conditions and severe price competition in the electrical home appliances business.” The company said it would close its plant in Bangi, south of Kuala Lumpur, after taking into account accumulated losses and unfavorable forecasts for growth and profitability in the washing machine and refrigerator business. Melcom will instead concentrate on its two other plants, also on the outskirts of Kuala Lumpur, which are manufacturing other home appliances and batteries.” (The Japan Times, Feb 25, 2005: |"Matsushita to shut down appliance plant in Malaysia").

CATATAN 2: Kemungkinan tapak kilang Fima Metal Box kini ialah: |Fima Instanco Sdn Bhd.

CATATAN 3: Antara kilang-kilang yang dibuka pada tahun 1980-an di Bangi, dan kekal hingga ke hari ini ialah:-

  • 1980: Denso: “The humble beginning of DENSO Malaysia can be traced back to April 1980, when a joint venture between DENSO Corporation, Japan and a local partner, where it was called Nippondenso Malaysia then.” (Denso: |"Heritage"; |"Pacing Ahead in Automotive Technology").

  • 1980: Hitachi Consumer Product (M) Sdn Bhd: “On 17 May 1980, Hitachi Consumer Product (M) Sdn Bhd was established in Bangi Industrial Area, Selangor. The total investment amounted to RM 17.6 million. It is a joint venture between Japanese and locals, with Japan holding the interest of 89.3 percent. The company is involved in the electrical and electronics industry through the production of electrical and electronics components.” (Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman @ SUSURGALUR, 2(2) September 2014: |"The Historical Development of Japanese Investment in Malaysia, 1971 – 1980", m.s.243)

  • 1985: Advanced Packaging Technology (M) Bhd: “The Company commenced operations in April 1985 at its present location at the Bangi Industrial Estate, Selangor Darul Ehsan. Its office, factory and warehouse is sited on a 8,903 square meter (“sq m”) 99-year leasehold land.“ (Advanced Packaging Technology (M) Bhd.: |"The Company and its Business").

CATATAN 4: Antara amalan biasa syarikat multinasional pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an ialah melantik pengarah dari kalangan pemimpin Melayu tempatan bagi mendapatkan manfaat hubungan langsung dengan kerajaan: “Figurehead Capitalists include former state officials, mainly senior bureaucrats and military officers, as well as some members of royalty, who, because of their stature in Malay society are invited to join the boards of companies - particularly those which are foreign or Chinese owned - in the expectation that their public standing and presence as directors will secure tenders, licences, contracts or other concessions from the state. Figurehead capitalists generally have little control over or interest in the companies of which they are directors, hence our terminology 'figurehead'. Figurehead capitalists can, and often do, serve on boards of companies that are in competition with one another, or companies that are totally unrelated to one another where their core economic activity is concerned. Because demand exceeded supply, particularly in the first decade of the NEP, different companies came to share many of the same public figures as directors-cumfigurehead capitalists. During the 1970's the most obvious example of a figurehead capitalist was Tan Sri Hj Mohd. Noah bin Omar, a former Speaker of the Dewan Rakyat (Parliament) and father-in-law to two Prime Ministers, the late Tun Razak and the late Tun Hussein Onn. In 1977 Tan Sri Noah, then aged 80, held directorships in at least 18 companies. Other examples of figurehead capitalists in the 1970's who held directorships in a large array of companies included Tunku Tan Sri Mohamed bin Tunku Besar Burhanuddin, Tan Sri Taib Andak and Tan Sri Abdul Aziz Mohamed Zain.” (Peter Whitford Searle, December 1994: |"'Rent-seekers' or real capitalists? : the riddle of Malaysian capitalism").

1981-04-11: Pembukaan SRK B B Bangi

Tarikh Butiran Keratan
SEJARAH SEKOLAH 1981.04.11 |"sejarah sekolah". R.Barthy, August 5, 2007

“SK BBB telah ditubuhkan pada 11 April 1981 dan beroperasi secara rasmi pada 2 Mei 1981 dengan satu blok, 8 bilik darjah dan sebuah kantin. Pada masa itu hanya terdapat 177 orang murid dan 8 orang guru daripada tahun 1 hingga tahun 4 sahaja. Encik Abdul Majid bin Abd. Wahid terpilih menjadi Guru Besar yang pertama. Pada Tahun 1982, kelas tahun 6 telah dibuka. Kumpulan pelajar pertama yang menduduki Penilaian Darjah 5 memberi keputusannya amat membanggakan. Seramai 17 orang pelajar mendapat 5A. Pada April 1982 PIBG telah ditubuhkan . Dr. Mohd. Khalid B. Mohd Noor menjadi YDP yang pertama. Semasa kepimpinan guru besar yang Ke-2 iaitu En. Abdul Manap b. Ahmad, 2 blok bangunan yang mengandungi 16 buah bilik darjah telah dibina. SKBBB telah dinaikkan ke “Gred A” semasa Guru Besar yang Ke-3 iaitu Tn. Hj. Hamzah Maamur b. Sulaiman.”
Gambar SRK BBB Bhgn Dalam
Kiri: Cikgu Wan Khadijah Wan Harun, guru SRK B B Bangi 1982-1997 (Rohaya Umar @ SUARANITA Bil.71, 2016): |KAK WAN: BENDAHARI PALING LAMA MEMEGANG JAWATAN, m.s.22). Tengah: ”…(Sarah Rahim) (second row, fourth from right) in her Year Six class picture at SRK Jalan 2 in Bandar Baru Bangi.“ (Sarah Rahim @ New Straits Times, November 17, 2019: |"Growing up in: Bangi growing by leaps and bounds"). Kanan: Lencana SRK B B Bangi (Wikipedia)

SRK BB Bangi kini
SRK B B Bangi kini (R.Barthy, August 5, 2007: |"sejarah sekolah").

1981-06-17: Pelancaran Pergerakan Puteri Islam

“Raja Permaisuri Agong akan melancarkan 'Pergerakan Puteri Islam di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 17 Jun ini. Pengerusi Pergerakan Puteri Islam, Toh Puan Norashikin yang mengumumkan ini hari ini menerangkan satu demonstrasi aktiviti pergerakan tersebut akan diadakan sempena dengan hari pelancaran itu. Bercakap di sidang akhbar di sini, Toh Puan Norashikin menjelaskan pergerakan itu tidak terhad kepada murid-murid sekolah sahaja, tetapi meliputi pekerja-pekerja perempuan di jabatan-jabatan, kilang-kilang dan lain-lain tempat kerja. “Keahlian bagi pergerakan ini terbuka kepada anak-anak gadis Islam yang berumur di antara 12 hingga 30 tahun”, tambahnya. Menurutnya pergerakan itu menyerupai Pergerakan Pandu Puteri cuma ia lebih berunsurkan Islam dan beridentitikan kebudayaan Malaysia.

Puteri Islam ditubuhkan akhir Mei, 1980 diilhamkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam pada tahun 1979 di mana setakat ini 150 buah sekolah telahpun menubuhkan badan ini dan mempunyai ahli seramai 6,000 orang. Menurut Toh Puan Norashikin, aktiviti-aktiviti pergerakan ini meliputi sosial, agama, kebudayaan, kebajikan, kesihatan, sukan permainan dan lain-lain kegiatan-kegiatan riadah seperti memasak, menjahit mengikut panduan. Beliau menerangkan Puteri Islam bertujuan membimbing anak-anak muda Islam dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan yang berilmu. Menyentuh tentang sukan, Toh Puan Norashikin menjelaskan pakaian yang dikenakan bagi ahli Puteri Islam ialah baju putih dan seluar panjang berwarna merah jambu ketika perlawanan dijalankan. Bagaimanapun sekiranya ada ahli Puteri Islam mengenakan apa-apa pakaian yang sesuai dengan diri seseorang tidak menjadi kesalahan memakai skirt sekalipun semasa menjalani latihan sahaja. Mengenai pakaian seragamnya, Toh Puan Norashikin menerangkan, baju kurung warna putih dan kain berwarna samar aline mesti dikenakan oleh tiap-tiap ahli dan fesyennya tidak boleh dipinda.

Pelancaran Pergerakan Puteri Islam Kebangsaan

CATATAN: “Pada tahun 1969 Yg Amat Mulia Tunku Puan Besar (Kurshiah, Raja Permaisuri Agung Yang Pertama) telah mengilhamkan kewujudan PPIM dengan nama asalnya 'PUTERI LEMBAGA' di bawah naungan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). … Perasmian dilancarkan pada 17 Jun 1980 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Bersempena dengan tarikh pelancaran ini HARI PUTERI di sambut pada 17 Jun setiap tahun sehingga sekarang.” (HJH LATIFAH MAHLUDDIN, 2020: |"Pengenalan dan Sejarah PPIM (1969-2019)", m.s. 1-2).

1981-06-19: Pembukaan Surau Al Ehsan

“Pada tahun 1978, penempatan baru di kawasan Bandar Baru Bangi telah siap dibina dan pada tahun 1981, bangunan teres satu tingkat telah diduduki oleh penduduk yang berhijrah ke situ. Oleh itu, pada 19 Jun 1981 penduduk dari Bandar Baru Bangi, Seksyen 2 telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah surau fasa pertama iaitu merupakan sebuah rumah teres setingkat beralamat NO 24 Jalan 2/4C untuk kepentingan bersama. Maka , mereka menubuhkan sebuah jawatankuasa surau yang dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Rasyid manakala jawatankuasa penduduk pertama pula dipengerusikan oleh Haji Ahmad Yunus.”

Tabika Kemas Seksyen 2 B B Bangi
Surau fasa pertama kini adalah Tabika Kemas Seksyen 2, Bandar Baru Bangi. (Sumber: Jabatan Kemajuan Masyarakat: KEMAS, 2021: |SENARAI ALAMAT TABIKA: SELANGOR, m.s.14. Gambar: Google Maps, 1 Januari 2014).

“Setelah penduduk di sekitar seksyen 2 semakin bertambah, mereka membuat keputusan untuk membina sebuah surau yang kedua pada tahun 1986. Surau Al-Ehsan fasa yang kedua ini bertahan selama 10 tahun yang dibina oleh Syeikh Ali Masyhur yang merupakan seorang pensyarah di UPM. Surau fasa kedua kini telah dijadikan sekolah tahfiz iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).”

LATAR PERISTIWA: Surau dan Masjid di Bandar Baru Bangi

1981-12-13: Kurikulum Baru Sekolah Rendah

CATATAN: “Pada tahun 1974, satu Jawatankuasa Jemaah Menteri telah ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan nasional. Fokus Jawatankuasa ini adalah untuk memastikan sistem pendidikan negara dapat menghasilkan warganegara yang bersatu padu, progresif, berdisiplin dan berpotensi dalam pelbagai bidang yang diperlukan untuk mencapai misi nasional. Hasil daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet ini, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dibentuk pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1989. … Mengintegrasi pendidikan untuk mengukuhkan penguasaan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dengan tumpuan kepada pengetahuan, kemahiran, nilai, kritikal dan pemikiran kreatif” (Kementerian Pendidikan Malaysia, September 2012: |"Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025", m.s.206, 74).

1982: Pembukaan Surau Al-Ittihad

“Surau Al- Ittihad terletak di Jalan 1/5 Seksyen1, Bandar Baru Bangi. Penduduk di kawasan ini terdiri daripada 260 unit rumah, 8 unit kedai satu tingkat, 15 unit kedai dua tingkat, 1 unit pasar dan terdapat 25 unit gerai makanan. Kepadatan penduduk di Seksyen 1 ialah 99 peratus berbangsa Melayu dan beragama Islam dan 1% mewakili penduduk berbangsa Cina dan India. Sedikit sebanyak perkara ini menjelaskan bagaimana gambaran kawasan di sekitar Surau Al- Ittihad di Bandar Baru Bangi.

Pada tahun 1982, surau pertama telah dibina. Surau yang diperbuat dari kayu ini di bina setelah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan diluluskan oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) T.M Thurai (BN- MIC). Beliau merupakan ADUN berbangsa India dan bertanggungjawab ke atas kawasan Dengkil. Pihak surau menyatakan mereka tidak dibenarkan untuk membina surau pada awalnya, tetapi permohonan berjaya apabila pihak surau memohon untuk membina balai dan dibenarkan. Maka terdirilah sebuah surau kayu yang pertama di Bandar Baru Bangi dan surau ini digunakan selama 22 tahun iaitu dari tahun 1982 hingga 2002.”

Surau asal yang diperbuat daripada kayu
Surau asal yang diperbuat daripada kayu.

LATAR PERISTIWA: Surau dan Masjid di Bandar Baru Bangi

1982-03-23: SUKMANITA Diasaskan

Tarikh Butiran Keratan
SUKMANITA: Pengenalan 1982.03.23 "Pengenalan". SUKMANITA, UKM

“Persatuan Wanita Universiti (UKM) atau lebih dikenali sebagai SUKMANITA telah didaftarkan pada 23 Mac 1982. Ahli-ahli SUKMANITA terdiri daripada kakitangan wanita UKM dan isteri kakitangan UKM. Persatuan sukarela ini bergiat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan, keagamaan, kesihatan, pendidikan dan kemasyarakatan.”

CATATAN: Permulaan SUKMANITA: “Bermula 1981, langkah mula diatur kemas dan gagah. Dengan bernakhodakan isteri Naib Canselor, kelasinya terdiri daripada kakitangan wanita dan isteri kakitangan UKM, mereka bersama mengorak langkah untuk menubuhkan persatuan, tanpa menghiraukan cabaran mendatang. Perjumpaan pertama dirancang. Rumah Datin Salmah (sekarang Puan Sri) menjadi lokasi mengatur strategi. Beliau sendiri telah mengetuai pertemuan pertama itu. Upacara dimulakan oleh Puan Hajah Nuraiman Mohd. Yunus dan seterusnya telah diminta oleh Datin Salmah supaya mempengerusikan perjumpaan sulung itu. ….. Acara dimulai dengan pengenalan diri mereka yang hadir seramai sembilan belas orang. Antara mereka ialah Datin Salmah, Puan Hajah Nuraimah Mohd. Yunus, Puan Wan Na’aimah Jaafar (sekarang To’ Puan), Puan Maimunah Jaafar (sekarang To’ Puan), Puan Sri Partinah Suwandi, Puan Mariah Mad Wali, Datin Sharifah Mariam, Puan Hajah Rashadah, Puan Nik Nga, Puan Maryam, Puan Soes Poedijono, Puan Azian, Puan Sabidah, Puan Fauziah, Puan Evio Adnani dan Puan Jamilah Sudin (sekarang Datin Panglima). ….. Dalam pertemuan itu mereka telah membincangkan beberapa perkara penting berkaitan dengan persatuan. Antaranya termasuklah membincangkan nama badan wanita UKM, melantik Ahli Jawatankuasa Penaja, menentukan perjumpaan selanjutnya dan perkara lain yang bersangkutan bagi mengukuh dan melicinkan perjalanan persatuan. Agenda pertama yang menjadi topic utama perbincangan dan perkara yang amat penting ialah mencari nama yang sesuai bagi persatuan. Puan Hajah Rashdah telah mendedahkan kepada para hadirin bahawa Badan Wanita UKM pernah ditubuhkan pada awal penubuhan UKM. Beliau mengatakan bahawa badan wanita itu telah mempunyai nama dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan atas nama “Persatuan Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia”. Berdasarkan maklumat tersebut dnegan suara terbanyak, perjumpaan itu bersetuju nama Persatuan Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia yang berdaftar itu diabadikan selagi sah digunakan.” (SUKMANITA, UKM: |"Mengimbau Sejarah SUKMANITA").

1982-05-04: Kursus Kefahaman Islam

1982-08-21: Graduan Sulung PhD UKM

“Dr. Harun Mat Piah dari Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) dan Dr. Mohd Nor Che Noh dari Fakulti Pendidikan merupakan graduan sulung PhD UKM. Mereka menerima ijazah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen UKM ke-10 pada 21-22 Ogos 1982. Dr. Harun pada ketika itu merupakan Timbalan Pengarah IBKKM dan tesis PhD beliau berjudul 'Puisi Melayu Tradisional : Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi'. Tesis beliau ini boleh dirujuk di Bahagian Koleksi Asia Tenggara, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM.

Rujukan: NADI BANGI, Jilid 4, Bil. 15, Ogos 1982.”

Dr. Harun Mat Piah, Graduan Sulung PhD UKM

CATATAN 1: Sumber lain: “Dr Harun Mat Piah - Orang Pertama capai PHD di UKM
* Beliau telah menerima ijazah Doktor Falsafah dari UKM dengan tesisnya, “Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi”
* Beliau Menyedari, bidang Puisi Melayu Lama amat sedikit ditulis dan ianya hampir pupus di kalangan masyarakat jadi dengan hasil usahanya dapat membantu untuk menyelamatkan warisan kebudayaan bangsa kita. (Sumber : Nadi Bangi, 1982)”

Dr Harun Mat Piah - Orang Pertama capai PHD di UKM
(Sumber: Koleksi Arkib & Khas, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM @ Facebook, 10 Februari 2021: |"Dr Harun Mat Piah - Orang Pertama capai PHD di UKM").

CATATAN 2: Tesis beliau: |"Puisi Melayu tradisional: satu pembicaraan genre dan fungsi".

1982-11-30: Pembinaan Pusat Latihan Maybank

1982-11-30: Maybank telah memperolehi tapak seluas 10 hektar di Bangi, untuk pembinaan pusat latihan dan sukan. Ianya dijadualkan siap 3 tahun kemudian (1985).

1983-10-22: Pembinaan telah bermula, dengan anggaran kos sebanyak 40 juta ringgit.

1985-09-17: Telah siap dibina, dan tersenarai sebagai antara aset fizikal penting bagi Maybank.

Maybank Training Centre
Maybank Training Centre (Najihah Mohd Dlan, Rozilah Kasim, 2012: |"EXPLORATORY STUDY FOR THE NEIGHBOURHOOD FACILITIES PROVISION IN BANDAR BARU BANGI, MALAYSIA", m.s.9 (PDF)).

1983-01-01: Pembukaan SMK B B Bangi

“SMK Bandar Baru Bangi telah dibuka pada 1 Januari 1983 dan beroperasi dengan satu sesi sahaja. Ketika itu bilangan gurunya adalah seramai 11 orang dengan 161 orang pelajar. Mereka belajar di tingkatan 1 dan 2 serta ditempatkan di dalam 2 blok bangunan dengan 16 buah bilik darjah. Para pelajarnya pula terdiri daripada anak-anak penduduk sekitar Bandar Baru Bangi. 90% pelajarnya terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu. Sekolah ini telah mula membuka kelas tingkatan 4 pada tahun 1986 untuk memenuhi keperluan pembelajaran pada masa itu, walaupun sekolah telah mula mengeluarkan pelajar lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sejak tahun 1984 lagi. Tingkatan 4 aliran sains dimulakan pada tahun 1990. SMK Bandar Baru Bangi telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada 15 Oktober 1990. Manakala pada 1 Mac 1994, status sekolah ini telah dinaiktarafkan dari Gred B ke Gred A pada 1 Mac 1994. Kawasan sekolah ini adalah seluas 11.2 ekar / 4.53 hektar.”

SMK BBB, 2013Lencana SMK BBB
Kiri: SMK Bandar Baru Bangi, 2013. Kanan: Lencana sekolah (Sumber: Facebook: SMK Bandar Baru Bangi).

1983-08-07: Penggambaran Drama PJ

Penggambaran siri drama televisyen bertajuk 'PJ' terbitan RTM banyak dijalankan secara rahsia di sebuah perkampungan di Bangi oleh penerbitnya, Helan Abu. Penulis skripnya, Zain Mahmud (Timbalan Ketua Pengarah RTM ketika itu) telah mengolah ceritanya menurut cita-cita asal ilham Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Seri Adib Adam, iaitu menerapkan semangat keusahawanan sebenar di kalangan orang-orang Melayu di Malaysia, sesuai dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Beberapa elemen plot dan penceritaan siri ini seakan siri TV US ”Dallas“ yang cukup popular ketika itu.


Pelakon Aziz Singah dan Yusof Haslam, dalam suatu babak drama PJ (Repair Gambar Lama @ Facebook, 9 Jun 2017: |"Drama bersiri - PJ Holdings").

CATATAN 1: Menurut liputan akhbar Straits Times (23/10/1983) mengenai drama “PJ” ini, ianya merupakan ilham Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Seri Adib Adam. Melaluinya beliau ingin memupuk nilai integrasi bangsa, budaya pandang ke timur, etika dan semangat kerja, serta pemindahan teknologi moden, kepada rakyat. Mesej ini disampaikan melalui pengalaman watak utamanya, “Johan”, seorang budak kampung yang gigih berusaha, sehingga menjadi niagawan yang berjaya. Antara mesej simbolik di dalamnya ialah watak Puspa (anak Johan), yang lahir pada 31 Ogos 1957 (tarikh kemerdekaan), dan meninggal dunia pada tahun 1969 (tahun rusuhan 13 Mei). (Straits Times, 23 Oktober 1983: |"Malaysian soap to work up a lather").

LATAR PERISTIWA: Perihal Zain Mahmud / Mahmood.

1983-08-30: Perumahan Pasang Siap

Laporan mengenai Datuk Syed Kechik, niagawan terkemuka ketika itu. Antara pelaburan beliau yang disebut di sini ialah suatu projek perumahan pasang siap (rumah flat dan teres/berangkai 2 tingkat) di Bandar Baru Bangi: “He has 30 percent participation in a construction project currently undertaken by Hazama(n) Gumi of Japan. It involves the construction of more than 2,000 low rise flats and double-storey link houses using the prefabricated techniques in Bandar Baru Bangi and Seri Kembangan, south of Kuala Lumpur.”

CATATAN 1: Ini adalah salah satu iklan perumahan pasang siap di Bangi (mungkin sebahagian daripada projek di atas), yang tersiar di akhbar New Straits Times pada 16 Jun 1983. Menurut iklan ini, 1 unit rumah flat pasang siap kos rendah ketika itu berharga RM30,000 ke atas, manakala kos sederhana pula berharga RM49,500 ke atas:-
Perumahan pasang siap Bangi, 1988
“Perancangan pembangunan 'Bandar Universiti' oleh PKNS yang diiklankan pada tahun 1983. (NST,16 Jun 1983)” (Harith Faruqi Sidek @ Kitab Tawarikh 2.0, July 04, 2013: |"Ishak Osman,kakitangan UKM jadi penduduk terawal Bandar Baru Bangi.").

CATATAN 2: Sejarah penglibatan Hazama Gumi di Malaysia:-

  • 1967-1972: Pembinaan Empangan Temenggor: “Tidak ketinggalan ia juga menyebut kelulusan pinjaman berjumlah 114 juta ringgit oleh Jepun kepada Malaysia bagi membina empangan Temenggor. Sungguhpun begitu, sepertimana biasa, Jepun tidak melepaskan peluang meraih keuntungan daripada pinjaman yang diberikannya. Kontrak membina empangan tersebut diberikan kepada kontraktor Jepun iaitu Hazama Gumi Ltd. dan Mitsubishi Corporation.” (Ahmad Sohaimi Lazim, 1985: |"Hubungan Diplomatik Malaysia-Jepun, 1957-1970-an: Satu Analisis", m.s.16)

  • 1978-1980: Pembinaan 27 blok (2,800 unit) kediaman anggota TLDM di Lumut: “Menteri Pertahanan (Datuk Hussein Onn): (i) Nama Perunding Antarabanngsa yang sekarang, diambil untuk mendirikan pengkalan TLDM di Lumut ialah Kocks Consult GMBH dan Blomtt Voss dari Germany, sementara pemborong antarabangsa pula ialah Syarikat Saeki Kensetsu Kogya Co., Ltd yang mengendalikan pembinaan pelabuhan TLDM dan Syarikat Hazama Gumi Ltd., yang menguruskan pembinaan 27 blok bangunan bertingkat untuk kediaman anggota TLDM di Lumut. Kedua syarikat pemborong ini adalah dari negeri Jepun.” (|Penyata Rasmi Parlimen, 6 April 1978 (PDF), m.s. 1442). ”Malaysia adopted the British Precast System where 1,200 units'houses were built in Penang in 1978 and 2,800 units in Lumut in 1980 using Hazama Gumi System from Japan.“ (Asiah Abdul Rahim, Zulkefle Ismail @ binaTECH, Construction Technology & Living Trends, Issue #1, 2014: |"Overview plug and play concept of industrialised housing in Malaysia", m.s.49)

  • 1982-1983: Pembinaan 4,300 unit rumah pasang siap di Bandar Baru Bangi: “Hazama-Gumi of Japan will build 4,300 prefabricated houses in Bangi, Selangor State.” (Mark Sonnenblick @ Executive Intelligence Review (EIR), Volume 9, Number 12, March 30, 1982: |"Trade Review").

  • 1983: Pembinaan Empangan Kenering (Watanabe Haruo, Kojima Fujio (Hazama Gumi Ltd.) @ J-Global, November 1985: |"Concrete works in Kenering dam construction project in Malaysia").

  • 1994: Selangor water supply scheme (Hazama Ando Corporation: |"History of the HAZAMA CORPORATION").

  • 1994-1998: LRT Laluan Kelana Jaya: “Construction began in 1994, about the same time as construction of the Ampang Line. The tunnels were constructed by Hazama Corporation and Hyundai E&C.[3] Operation commenced on 1 September 1998 between Subang Depot and Pasar Seni, with phase two, Pasar Seni to Terminal Putra, on 1 June 1999.” (Wikipedia: Kelana Jaya line).

  • 1997-2001: Menara Berkembar Petronas (Menara 1): “Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.” (Wikipedia: Menara Berkembar Petronas).

1983-10-22: Pameran Kartun di UKM

”… Unit Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil daya usaha untuk mengumpulkan para kartunis yang bergiat di sekitar ibu kota dalam satu forum yang diharap mendekatkan para kartunis dengan masyarakat dalam dan luar kampus. Pada 22 Oktober ini, hari Sabtu bertempat di galeri seni Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM, Bangi pukul 10.30 pagi satu pameran kartun 83 akan berlangsung dengan dirasmikan oleh Datin Masnah Rais, isteri Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah. Di pameran itu nanti orang ramai akan berpeluang berkenalan dengan kartunis-kartunis seperti Nan, Lat, kartunis dari Kumpulan Gila-Gila seperti Zainal Buang Hussain, Kerengga, Don dan lain-lain. Beberapa kartunis yang turut mencipta nama dalam alam kartun Malaysia seperti Dino, Annan, Imuda, Yuzal, Zohal akan juga turut berada di luar perasmian itu. Penganjur pameran kartun 83, Encik Zafaruddin bin Zainuddin yang juga dikenali sebagai kartunis Apayee memberitahu bahawa di pameran yang akan berlangsung sehingga 5 November ini orang ramai akan berpeluang melihat lebih 200 buah kartun yang telah dilukiskan selama ini oleh para kartunis tersebut. Di samping itu pengunjung-pengunjung pameran akan turut berpeluang menonton beberapa demonstrasi melukis kartun yang dilakukan oleh kartunis-kartunis. Untuk hidangan istimewa terutama kepada kanak-kanak, satu tayangan filem animasi “Kancil” terbitan Filem Negara akan juga disajikan.“

Jaafar Taib, Nan, Lat

(Sumber: Profil Kartunis Jon @ Facebook, 13 Mei 2020: |"Petikan dari akhbar Utusan Malaysia, 22/10/1983").

LATAR PERISTIWA: Pameran Kartun di UKM (22/10-5/11/1983).

1984: Penggambaran Sitcom

Siri penggambaran pertama rancangan sitcom “SYYY” (nama asalnya ”Pi Pi Mai Tang Tu“) di Panggung Eksperimen (kini Panggung Seni), UKM, Bangi.

Recording sitcom SYYY...Sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu
Kiri: “Recording sitcom SYYY.. nama asal PIMAI2 TANG TU , Dirakam di panggung Cubaan UKM Bangi sekitar tahun 1985 utk siaran tv rtm . Set kampung setinggan . Bermula dari persembahan pentas tahun 1983 di Panggung Bandaraya KL. Terima kasih Zulkifli Ibrahim utk gambar” (Imuda A. Rahim Muda @ Facebook, 26 Januari 2021: |"Recording sitcom SYYY").
Kanan: “Sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu pernah menjalani rakaman di Panggung Eksperimen yang kini dikenali sebagai Panggung Seni, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Rakaman ini dilakukan sebulan sekali dan tiket untuk menonton rakaman ini adalah sebanyak RM2.00.” (Nadi Bangi, Oktober 1988 (m.s.9) @ Koleksi Arkib & Khas, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM, 15 April 2021: |"Budaya Pi Mai Pi Mai Tang Tu Landa UKM").

CATATAN 1: Ini adalah salah satu daripada beberapa siri sitcom televisyen yang diterbitkan oleh Othman Hafsham: “Sejarah perpindahan Pi Mai Pi Mai Tang Tu daripada teater kepada sitkom bermula dengan Othman Hafsham, iaitu penerbit Cinematic Sdn. Bhd. Beliau telah pun mempunyai reputasi dalam dunia perfileman namun sentiasa hadir dalam persembahan tetapi tersebut yang diadakan. Oleh kerana Syyy… begitu istimewa, beliau tertarik terhadap teater persembahan tersebut dan bercadang untuk menerbitkannya dalam bentuk siri dalam televisyen. Hafsham mendapatkan kebenaran daripada Hatta Azab Khan untuk mengadaptasinya dalam versi sitkom untuk siaran di RTM. Meor Hashim Manap diminta mengadoptasi skrip Syyy… Lokasi pergambaran awalnya dilakukan di Panggung Eksperimen (sekarang Panggung Seni) Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian Syyy…… kemudian bertukar nama Pi Mai Pi Mai Tang Tu apabila siarannya beralih ke TV3. Meor Hashim Manap diminta sekali supaya mengadoptasi skrip Syyy… itu menjadi genesis kepada sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.” (ABD. GHANI BIN AHMAD, 2009: |"Pengurusan Persembahan: Pengalaman Peribadi di Belakang Tabir Penerbitan Sitkom Pi mai Pi Mai Tang Tu", m.s.4).

CATATAN 2: Siri rakaman ini adalah yang pertama dijalankan di hadapan penonton secara langsung: “Live audience atau rakaman di hadapan penonton secara langsung memang payah dibuat dan lambat. Pada pertengahan tahun 1980-an itu, hanya Othman Hafsham yang berani melakukannya. Saya masih ingat zaman tersebut Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) mencipta sitcom dalaman mereka sendiri berjudul Santan Berlada. Suatu malam Hafsham membawa saya meninjau rakaman sitcom tersebut yang dibuat di sound stage Filem Negara di Petaling Jaya. Kami sedikit kecewa kerana sebilangan penonton yang hadir tidak diletakkan di hadapan pentas tetapi dikurung dalam sebuah bilik dan mereka hanya menonton melalui monitor televisyen dan gelak ketawa mereka dirakam.

Hafsham berkeras mahu membawa penonton ke dalam studio dan menonton lakonan secara langsung. Itulah yang saya katakan keberanian luar biasa Hafsham. Syarikat rakaman milik Hafsham dan isterinya sanggup berbelanja lebih bagi mendapatkan kumpulan penonton secara spontan. Penonton dijemput hadir sebagai tetamu undangan dan mereka dilayan serta dijaga dengan baik. Makan minum dan perjalanan untuk datang ke studio ditaja oleh penerbit, kerana penerbit yang memerlukan mereka sedangkan mereka ada pilihan untuk hadir atau tidak.

Sekalipun payah dan rumit, cara ini didapati sangat banyak membantu memberikan kesegaran kepada rakaman yang dibuat di studio kerana para pelakon merasakan lakonan mereka dihargai secara langsung. Impak atau kesan yang sangat menarik itu timbul kerana kespontanan itu memberikan reaksi dan maklum balas kepada pelakon serta penerbitan itu sendiri.

Oleh yang demikian, apabila saya menulis, mengarah dan menerbitkan sitcom Karim Karan yang dirakamkan di Panggung Eksperimen, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sekitar tahun 1997, saya menggunakan format ajaran guru saya Hafsham, dengan rakaman secara langsung di hadapan penonton. Saya kembali ke zaman rakaman pertama sitcom Syyy! yang dibuat di Panggung Eksperimen, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor sekitar tahun 1984 dengan penonton berbayar atau mereka membeli tiket untuk menonton dan bergelak ketawa.”

(Hatta Azad Khan, 2018: |"Menulis Sitcom - Mencontohi Pi Mai Pi Mai Tang Tu", m.s.12-13).

1984-03: Pembukaan Stesen Minyak UNIKEB

“Sebuah stesyen minyak Petronas di bawah pengurusan UNIKEB telah dibina untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk Bandar Baru Bangi. Lokasi stesyen di Jalan 1/1 telah disiapkan pada bulan Mac 1984 dan Stesyen Minyak kedua dibina di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi yang beroperasi pada tahun 2001.”

Stesen Petronas UNIKEB
Stesen Petronas UNIKEB (Koperasi UNIKEB Berhad, Universiti Kebangsaan Malaysia, November 1, 2010: |"JUALAN & PEMASARAN: Utama").

1985-03-02: Konsert Sudirman di UKM

Tarikh Butiran Keratan
Malam Anak Desa di UKM, Bangi 1985.03.02 |"Malam Anak Desa di UKM, Bangi", Wikipedia

“Malam Anak Desa di UKM, Bangi merupakan album yang berbentuk rakaman siaran langsung daripada Sudirman Haji Arshad. Album ini dikeluarkan di dalam bentuk kaset dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian satu dan dua kerana rakaman yang dilakukan secara langsung yang agak panjang. Konsert Anak Desa bersama beliau telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) di UKM, Bangi pada 2 Mac 1985. Album ini merupakan sebuah rakaman konsert secara langsung yang pertama pernah dilakukan di Malaysia.”

Sudirman: Malam Anak Desa
“Sudirman Arshad – Malam Anak Desa di UKM, Bangi” (Discogs: |"Sudirman Arshad – Malam Anak Desa di UKM, Bangi").

1985-03/04: Hasil Kajian Geologi H.D. Tjia

1985-03/04: Hasil Kajian di Kampung Teras Jernang

“This note records thick mylonite underlying a systematically undulating, generally very gently dipping fault surface that is exposed in two opposite roadcuts near Kampung Teras Jernang near Bangi, Selangor (Fig. 1).”

Fig. 1. Locality map. Roadcuts in Figure 2 are located at the solid circle.
(Sumber: H.D. Tjia @ Warta Geologi (Newsletter of the Geological Society of Malaysia), Vol. 11, No. 2, March-April 1985: |"A PROBABLE TECTONIC OVERTHRUST IN SELANGOR").

1989-08: Hasil Kajian di Kawasan Tapak NIOSH Kini

“Jurus umum struktur di bahagian selatan Bandar Baru Bangi ialah timurlaut hingga timur-timurlaut. Ini menyimpang jelas dari struktur am Semenanjung Malaysia yang berjurus antara utara dan baratlaut.

Between the Universiti Kebangsaan Malaysia campus and Bangi Baru town are two roundabouts. The southernmost roundabout is flanked on three sides by topographic highs; only on the northwest it adjoins flat land. Isoclinal folds, zig-Zag folds and a few reverse faults in well-bedded and foliated metaclastics outcrop in the two southern roadcuts and have been analyzed by Zaiton Harun (1981). After the completion of this report, the southwestern topographic high was cut into a series ofterraces, probably for a housing project. This resulted in exposing many more structures and enabled us to trace various structures in three dimensions. In the past four years the quality of the outcrops has deteriorated somewhat, but the general structural style and most Of the details can still be observed. The locality is shown in the inset of figure 1.”

Structural Geological MapPeta topo bulatan Bangi-UKM
Kiri: “Figure 1” dalam makalah kajian. Kanan: Lokasi kajian (bulatan biru), kini kawasan kompleks NIOSH (topographic-map.com).

(Sumber: H.D. Tjia & Zaiton Harun, Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume: 23, Page: 1-19, Year: 1989: |"Polyphase Deformations And Quartz Development At Bandar Baru Bangi (South), Selangor").

LATAR PERISTIWA: Perihal H.D. Tjia, oleh Ibrahim Komoo, 12 Jun 2016: |"HD TJIA (1934 – 2016): BAPA GEOLOGI MALAYSIA").

1985-09-18: Penubuhan Koperasi Penduduk B B Bangi

“Koperasi Penduduk BBB ditubuhkan pada bulan Julai 1985 dan diterima pendaftarannya pada 18 September 1985.kini dipimpin tokoh berpengalama(n) Tan Sri Dato` Haji Mohd. Nor Ismail.”

1986-03/04: Pembukaan SK Jalan 6

Tarikh Butiran Keratan
Sekolah Kebangsaan Jalan Enam 1986-03/04 "Sekolah Kebangsaan Jalan Enam". Wikipedia

“Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru Bangi telah ditubuhkan pada tahun 1986 di atas tapak yang disediakan oleh PKNS seluas lebih kurang 2.8 hektar. Pembinaannya bermula pada awal tahun 1985 terdiri dari 2 blok bangunan tiga tingkat,sebuah kantin dan padang permainan.Pada awal penggal kedua persekolahan 1986,sekolah ini telah memulakan operasinya dengan murid seramai 435 orang dan 17 orang guru.

SK Jalan 6
SK Jalan 6 (kreativUS media, 3 Jun 2019: "Video Montaj Selamat Hari Raya 2019 SK Jalan 6 Bdr Baru Bangi").

1986-04-24: Pembukaan Surau An-Nur

Surau An-Nur, 1986
“Surau An-Nur telah dibangunkan di No 2 Jalan 1/7E sejak tahun 1986. Bermula 24 April 1986, surau ini menjadi pusat ibadat bagi kaum muslim di sekitar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Gambar pertama memaparkan senibina dan keadaan surau ini di awal-awal penubuhan dan operasinya.”

LATAR PERISTIWA: Surau dan Masjid di Bandar Baru Bangi

1986-08-08: Iklan Perumahan B B Bangi

Iklan Perumahan B B Bangi
Iklan Perumahan Bandar Baru Bangi.

Gambar hiasan: Fasa (Seksyen) 3, B B Bangi, sekitar 1985
Gambar hiasan: Fasa (Seksyen) 3, B B Bangi, sekitar 1985.

1987: Pembukaan Sekolah Agama LEPAI

“Dari segi sejarahnya Sekolah Agama Lepai (Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam) ini mula beroperasi sejak 1987 dengan menggunakan silibus JAKIM dan didaftarkan di bawah JAIS. Sekolah ini terletak di Lot 10616, Jalan 6C/6, 43650 Bandar Baru Bangi.”.


(Sumber: Dr Shafie Abu Bakar, March 18, 2011: |"Sekolah Agama Bandar Baru Bangi (LEPAI) Giat Menghimpun Dana").

Dalam artikelnya yang lain: “Sesebuah organisasi, persatuan dan pertubuhan yang mempunyai perancangan masa depan tidak memisahkan diri dari pendidikan. Demikianlah Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi yang ditubuhkan seawal Bandar itu dihuni (akhir 1977) dan seawal Persatuan ditubuhkan pada 1978, maka antara tumpuan yang diberikan ialah pendidikan. Lantaran itu Persatuan Penduduk BBB terutama di bawah YDP Dr. Tajul Ariffin Noordin memberi tumpuan pada pendidikan. Secara formal Persatuan ini telah mewujudkan Sekolah Agama Bandar Baru Bangi sejak 1987 di tapak sekarang di Seksyen 16 berhampiran dengan Bangunan Malayan Banking. Sekolah ini berdaftar di bawah JAIS pada 17.3.1998 dengan menggunakan silibus JAKIM. Sekolah yang berbentuk U setingkat ini terletak di Lot 10616 beralamat di Jalan 6C/6, 43650 Bandar Baru Bangi.” (Dr Shafie Abu Bakar, July 2, 2011: |"Menaiktaraf Sekolah Agama Bandar Baru Bangi").

1987: Suasana Kajang

Ketika ini, bandar Kajang masih menjadi tumpuan penduduk Bangi, kerana pusat-pusat pentadbiran, perkhidmatan awam, membeli-belah, dan sebagainya, masih terletak di sini.

LATAR PERISTIWA: Kajang 1980-an

1987-05-22: Pembukaan Surau Al Kauthar

Tarikh Butiran Keratan
SEJARAH PENUBUHAN SURAU AL KAUTHAR 1987.05.22 "SEJARAH PENUBUHAN SURAU AL KAUTHAR". Surau Al Kauthar

“Surau Al-Kauthar telah di daftarkan pada 22 Mei, 1987M bersamaan 24 Ramadhan 1407H beralamat di No.71 Jalan 4/6, Fasa 4, BBB (rumah teres). Rujukan Fail JAIS Ruj (2) dlm. JAI. Shah Alam, Selangor. No 7022/61. Memandangkan rumah tersebut agak kecil, maka Jawatankuasa Surau pada masa itu berjaya mendapatkan tapak Bangunan Surau Tetap yang terletak dipersimpangan Jalan 4/1 dan 4/5 Bandar Baru Bangi, Selangor. Dengan adanya sumbangan daripada orang ramai dan Kerajaan Negeri Selangor, dengan kos awal berjumlah RM 81,300.00 maka bangunan surau Al-Kauthar yang baru telah dibina dan mula digunakan pada 01 Februari 1991.”

Surau Al Kauthar kini
Surau Al Kauthar kini (Facebook: |"Surau Al-Kauthar SAK, Bandar Baru Bangi").

LATAR PERISTIWA: Surau dan Masjid di Bandar Baru Bangi

1988: Kelas Silat di B B Bangi

Tarikh Butiran Keratan
Kelas Silat Bangi 1988 |"Kelas Silat Bangi"

“Silat Seni Gayung Fatani Malaysia di Bandar Baru Bangi telah bertapak di Bandar Baru Bangi sejak tahun 1980an lagi. Ia dibuka oleh Guru Aminuddin Anuar di SRK Bandar Baru Bangi (Kini SK Bdr Baru Bangi) dan atas permintaan ramai Guru Aminuddin membuka kelas Silat di SMK Bdr Baru Bangi. Ia diteruskan dengan pembukaan Kelas Silat di SMK Jalan Tiga. Apabila Guru Aminuddin berpindah ke Sabah, kelas-kelas di Bdr Baru Bangi diambil alih oleh Guru Nizam dan Guru Shahiid. Disamping mengekalkan kelas-kelas sedia ada, Guru Nizam membuka kelas baru di SK Jalan Empat. Seterusnya SK Seksyen Tujuh oleh Jurulatih Safwan. Untuk memudahkan perjalanan kelas, maka Kelas Silat Bangi diwujudkan dimana kesemua kelas-kelas latihan akan disatukan di Dewan MPKj Seksyen Dua (Kelas kanak-kanak / Remaka) dan Dewan MPKj Seksyen Tujuh (Kelas Dewasa). Tiada lagi latihan di sekolah-sekolah melainkan atas permintaan sekolah.”


“SRK BBB (Kini SK BBB) 1988”

1988: Pasar Mini Kiat Seong

“Uncle Siong memulakan perniagaan ini pada tahun 1988 setelah beliau berhenti kerja. Uncle Siong berasal dari Dengkil dan amat selesa dengan komuniti BBB yang majoritinya adalah masyarakat Melayu. Bermula dari menyewa lot kedai tengah (intermediate) dan setelah perniagaan percetakan di sebelah lot kedai beliau tutup, beliau berpindah ke lot tepi (lokasi kedai sekarang) di Jalan 1/4A, Seksyen 1 BBB. Kini lot kedai lama beliau diambil alih oleh adiknya yang menjalankan perniagaan jahitan dan runcit. Uncle Siong mempunyai 4 orang anak dan 3 orang daripadanya lahir semasa beliau telah memulakan Pasar Mini Kiat Siong di BBB. Berkongsi kenangan manis beliau ketika perniagaannya memuncak adalah pada sekitar tahun 1993 – 1996 kerana pada waktu itu komuniti BBB dipenuhi oleh kalangan kanak-kanak dan remaja serta kerancakan pembangunan di BBB pada ketika itu.”

Pasar Mini Kiat Seong kini, di lot tepi Jalan 1/4A, Seksyen 1 BBBKeratan akhbar New Straits Times, 11 Jun 2012. Laporan oleh Sarah Rahim, seorang wartawan yang membesar di Bandar Baru Bangi.
Kiri: Pasar Mini Kiat Seong kini, di lot tepi Jalan 1/4A, Seksyen 1 BBB (Gedung Minda Botak, 4 Ogos, 2021: |"Kedai Runcit Lagenda Bangi – Pasar Mini Kiat Siong").
Kanan: Keratan akhbar New Straits Times, 11 Jun 2012. Laporan oleh Sarah Rahim, seorang wartawan yang membesar di Bandar Baru Bangi. (Sumber keratan: Facebook: PASAR MINI KIAT SEONG, 8 September 2020).

1988-04-14: Kongres Cendekiawan Melayu

Kongres Cendekiawan Melayu telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Panitia Inti Kongres Cendekiawan Melayu 1988
(Sumber gambar: Zainuddin Maidin, 2008: Surat daripada Dr. Mahathir).

1988-04-17: Penubuhan Darussyifa'

Tarikh Butiran Keratan
Sejarah Darussyifa’ 1988.04.17 |"Sejarah Darussyifa’". Darussyifa', 12/06/2017

“Darussyifa’ merupakan nama sebuah bangunan yang digunakan untuk kegiatan pengubatan Islam. Perkataan Darussyifa’ adalah gabungan daripada perkataan Dar (rumah) dan al-Syifa’ (kesembuhan). Idea penubuhan ini lahir daripada seorang pensyarah dan juga seorang ulama yang terkenal di tanah air. Beliau yang dimaksudkan ialah Yang Berbahagia Allahyarham Dato’ Dr. Haron bin Din yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Haron Din. Ustaz Haron Din bergiat dalam bidang rawatan dengan menggunakan doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith serta sunnah Rasulullah S.A.W.

Ustaz Haron Din telah lama menceburkan diri dalam bidang rawatan tetapi tidak secara teratur dan serius berbanding dengan kegiatannya ketika di Kajang dan Bandar Baru Bangi. Selain memberi rawatan, Ustaz Haron Din juga merupakan tempat rujukan untuk mendapat khidmat nasihat oleh orang ramai yang menghadapi pelbagai masalah.

Kegiatan yang dilakukan oleh Ustaz Haron Din telah menarik minat sesetengah golongan untuk belajar daripadanya. Pada akhir tahun 1977, beberapa orang pelajar dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia telah datang menemui beliau meminta agar mereka ditunjuk ajar serba sedikit Ilmu Pengubatan Islam. Setelah berlaku beberapa pertemuan dan mereka memperlihatkan kesungguhan, maka bemulalah beberapa siri pembelajaran Ilmu Pengubatan secara kecil-kecilan. Kegiatan tersebut diadakan di tempat kediaman Ustaz Haron Din sendiri di Taman Bangi Jalan Reko, Kajang. Pertemuan-pertemuan ini terus berlaku dalam keadaan yang kurang tersusun. Setelah berpindah ke Bandar Baru Bangi (kediaman sekarang di No. 3, jalan 1/7D, Bandar Baru Bangi) bilangan pelajar yang menghadiri kelas semakin bertambah.
…..
Pada hari Ahad 17 April 1988, bertempat di rumah Ustaz Haron Din satu mesyuarat penubuhan persatuan telah diadakan. Seramai 88 orang telah hadir. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Abdul Rashid ini telah bersetuju menubuhkan persatuan yang diberi nama “Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam”. (Kini Persatuan Perubatan, Pengubatan, dan Kebajikan Islam Malaysia)”


“Bangunan Darussyifa’ mula digunakan pada hari Ahad 17 Mac 1991 bersamaan dengan 1 Ramadan 1411H. Anggota persatuan telah bersembahyang Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Haron Din. Upacara majlis diteruskan dengan solat tarawih. Bangunan ini terus digunakan untuk rawatan dan kuliah pengubatan. Perasmian Bangunan telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Azman Hashim pada 1 September 1991.”

1988-06-01: Pembukaan Taman Paku Pakis

“Projek pembinaan Taman Paku-Pakis ini dimulakan pada 1 Jun 1988, iaitu dari tahap perancangan dan diikuti dengan kerja-kerja dasar. Majlis perasmian telah diatur bersempena dengan perayaan ke-20 Universiti Kebangsaan Malaysia, pada tahun 1990. Taman ini telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Canselor pada 18 Mei 1990. Penubuhan projek ini telah mendapat galakan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan Dekan, Fakulti Sains Hayat pada masa itu. Taman Paku-Pakis Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di pinggir Hutan Simpan Bangi, bermula dari bahagian tepi kawasan letak kereta di hadapan bangunan Sains Biologi sehingga ke pinggir tasik berhampiran Bangunan Kimia, dan membatasi kompleks Rumah Haiwan yang melingkungi kawasan seluas kira-kira 20 ekar.” (Dr. Noraini Talip @ Kelab Rakan Taman UKM: |"Taman Paku Pakis").

Sumber lain: “Pengumpulan spesies paku pakis telah mula giat dijalankan sejak tahun 1982. Penyediaan kawasan sementara di Kompleks Rumah Tumbuhan telah memudahkan lagi usaha pengumpulan spesies. Idea asal pembentukan Taman Paku Pakis UKM telah dicetuskan oleh Prof. Dr. Abdul Aziz Bidin yang merupakan Ketua Jabatan Botani pada ketika itu. Pembinaan taman dirasakan sangat perlu kerana koleksi paku pakis yang ditanam di kawasan sementara di Kompleks Rumah Tumbuhan telah kian meningkat serta memerlukan ruang yang lebih luas. Taman Paku Pakis UKM telah mula diusahakan pada bulan Jun 1988 dan telah dirasmikan pada tahun 18 Mei 1990 oleh Seri Paduka Banginda Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuan’ku Abdul Rahman, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia bersempena perayaan Ulang Tahun UKM yang ke-20 tahun. Upacara perasmian ini turut dihadiri oleh Tun Ismail Mohd. Ali dan Tan Sri Abdullah Salleh, sebagai Pro-canselor UKM dan juga Tan Sri Rashdan Baba.” (Prof. Madya Dr Noraini Talip @ Secrets of PLANT WORLD, December 3, 2008: |"TAMAN PAKU PAKIS UKM - ferns garden").

Taman Paku Pakis
Taman Paku Pakis UKM (Taman Paku Pakis UKM @ Facebook, 12 September 2013).

LATAR PERISTIWA: Hutan Simpan Bangi

1988-09-17: Perasmian Perpustakaan Kanak-Kanak Sukmanita


“Sekitar Perasmian Perpustakaan Kanak-Kanak Sukmanita pada 17 September 1988”.

LATAR PERISTIWA: Perihal SUKMANITA.

1988-10-29: Perjumpaan Ekologi Hutan Simpan Bangi

Perjumpaan Sintesis Ekologi dan Biologi Hutan Simpan Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia.

LATAR PERISTIWA: Hutan Simpan Bangi

1988-12-06: Perumahan Tabung Haji

“Suatu masa dahulu dalam tahun 1988, harga rumah berangkai di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dijual dengan harga RM76,000 hingga RM80,000 seunit. Ia merupakan sebuah projek oleh anak syarikat Tabung Haji, sehingga kini dikalangan orang lama, perumahan ini sering dirujuk sebagai 'rumah Tabung Haji'.”

Rumah Seksyen 3

CATATAN: Beberapa perkembangan hartanah Bangi sekitar tahun ini:-

1989: Pembukaan Kolej Dar al-Hikmah

Tarikh Butiran Keratan
Pengenalan 1989 "Pengenalan". Kolej Dar al-Hikmah (KDH)

“Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dahulu dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI). Ia mula beroperasi pada tahun 1989 dan merupakan kolej swasta Islam yang terawal ditubuhkan di Malaysia. Perubahan nama kepada Kolej Dar al-Hikmah (KDH) berkuatkuasa pada 1 Muharram 1423/15 Jun 2002. KDH bernaung di bawah Syarikat Bina Ilmu Sdn. Bhd milik Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Dan Koperasi Belia Islam (KBI). Penubuhan KDH adalah sebagai penerusan program tarbiyah dan dakwah ABIM yang bermula daripada Taman Asuhan kanak-kanak Islam (TASKI), Sekolah Rendah Islam (SERI) dan Sekolah Menengah Islam (SEMI). Matlamat KDH adalah untuk membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan Tamadun Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.”


Gambar dan lambang IPI, sebelum ditukar nama kepada Kolej Dar al-Hikmah: “KDH (ketika itu IPI) ditubuhkan pada dekad kedua penubuhan ABIM, iaitu tahun-tahun 1980-an, di mana kepimpinan ABIM beralih kepada Ustaz Siddiq Fadzil (Dato' Dr) sebagai Presiden ketiga pada tahun 1983. … Penubuhan KDH adalah sebagai penerusan program tarbiyah dan dakwah ABIM yang bermula daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI-1979); Kelas Tahfiz yang bermula di Taiping Perak (1985); Sekolah Rendah Islam (SERI-1989); Sekolah Menengah Islam (SEMI-1985); Pusat Latihan ABIM, Sungai Ramal, Kajang (1980an) sehinggalah IPI dan seterusnya KDH.” (Zairudin Ashrafi @ chedinsphere, September 19, 2013: |"Sepintas Lalu: Sejarah Kolej Dar al-Hikmah (KDH)").

1989-01-01: Pembukaan Sekolah Sri Al-Amin Bangi

Tarikh Butiran Keratan
Pengenalan 1989.01.01 |Sekolah Sri Al-Amin Bangi: "Pengenalan"

“Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah ditubuhkan di Masjid Lama Serdang dan didaftar buat kali pertamanya dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – No Pendaftaran 033/8 pada tahun 1989. Ia turut didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun yang sama.”

Sumber lain: Portal Maklumat Pendidikan Islam, JAKIM: |"MAKLUMAT SEKOLAH AGAMA / SEKOLAH KAFA".

Masjid Jamek Serdang
Gambar Sekolah Al-Amin di Masjid Jamek (Lama) Serdang, ketika awal pembukaannya pada tahun 1989 (Former Al-Amin (Serdang & Bangi) Students' Association, May 16, 2009: |"20 tahun di persada pendidikan Islam bersepadu").

1989-06-01: Pembinaan Surau Al-Sobah

Tarikh Butiran Keratan
MISI DAN VISI 1989.06.01 |Surau Al Sobah: "Tentang Kami"

“Surau Al Sobah (SAS) Seksyen 3 Bandar Baru Bangi telah mula dibina pada 1 Jun 1989 di atas tanah seluas 2,148 kaki persegi milik KPM yang sekarang telah didirikan SK Jalan 3 dan SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi. Pada awalnya pembinaan surau ini adalah dibiayai daripada sumbangan seorang dermawan Kuwait dan seterusnya surau ini diberikan nama Surau Al Sobah sempena nama keluarga Raja Amier Kuwait. Ianya siap dibina dan telah diresmikan oleh YB Dato’ Dr Mohd Yusof Noor, Menteri di Jabatan Perdana menteri pada 11 Mac 1990. Pada tahun 2006 Jabatan Pelajaran Selangor melalui surat Bil. JPNS/SBP/TDP/A25094/01/81/01/Jld. 6 (06) bertarikh 10 April 2006 telah memberikan kebenaran secara resmi kepada surau untuk menggunakan tanah tersebut sebagai tapak bangunan surau. Seterusnya pihak surau telah memperolehi kebenaran daripada Majlis Agama Islam Selangor untuk mendirikan solat Jumaat melalui surat daripada Jabatan Agama Islam Selangor Bil. (08) dlm. JAI. Sel. BPM/01/051 Jld.4 bertarkih 26 Jun 2006. Ini telah memudahkan ahli kariah dan penduduk sekitar terutama pelajar-pelajar SK Jalan Tiga dan SMK Jalan Tiga untuk menunaikan solat Jumaat. Sebelum ini pihak sekolah dengan kerjasama PIBG perlu menyediakan bas-bas untuk menghantar pelajar-pelajar untuk menunaikan solat Jumaat ke Masjid yang berhampiran.”



Gambar-gambar di majlis perasmian Surau As-Sobah, pada 11 Mac 1990.

(Sumber gambar: SURAU AL-SOBAH, 10 April 2017: "PERASMIAN SURAU AL-SOBAH, BANDAR BARU BANGI").

LATAR PERISTIWA: Surau dan Masjid di Bandar Baru Bangi

1989-08-21: Sukan SEA ke-15

DECTAR pernah digunakan untuk acara gimnastik semasa Sukan SEA ke 15 pada 21-25 Ogos 1989
“DECTAR pernah digunakan untuk acara gimnastik semasa Sukan SEA ke 15 pada 21-25 Ogos 1989. Pada temasya inilah lahirnya Ratu Gimrama Negara iaitu Faiznur Miskin yang pada ketika itu berusia 14 tahun. Faiznur Miskin telah mengharumkan nama Negara dengan merangkul 5 pingat emas dalam temasya yang sama.”

1989-10-09: Idwal Systems Diasaskan

Tarikh Butiran Keratan
Muqaddimah 1989.10.09 |Idwal Systems Sdn Bhd: "Muqaddimah"

Antara “kedai komputer” terawal di Bangi: “Idwal Systems Sdn Bhd (Idwal) telah memulakan aksinya di pentas teknologi maklumat (IT) pada 9hb Oktober 1989. Dari satu permulaan yang sangat sederhana, Idwal telah melangkah sedikit demi sedikit secara “organic” ke satu tahap yang mantap. Kini, Idwal telah melangkah pada tahap kesediaan yang optimum untuk memberi perkhidmatan teknologi maklumat yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami.

Idwal Systems

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

sejarahbangi-1980-1989.txt · Last modified: 2021/10/21 01:54 by sazli