User Tools

Site Tools


kg_bahagia

Kampung Bahagia (1960)

Dirujuk oleh

1960: Pembukaan

Kampung Bahagia Bangi

“Sebelum menjadi sebuah kampung kawasan ini merupakan tempat latihan menembak untuk Polis, Special Constable (SC) dan Home Guard di zaman Darurat. Latihan di sini dijalankan daripada awal Darurat 1948 sehinggalah sekitar tahun 1956. Lokasinya terletak di tanah- tanah lot bertebing di Jalan Aman.

Asalnya tanah Kampung Bahagia Bangi ini adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bangi yang dimohon penduduk Bangi sebagai projek pembesaran kampung selepas Merdeka ketika era pentadbiran Menteri Besar Dato' Abu Bakar Baginda.

Cadangan awal projek pembesaran kampung ini lokasinya adalah ditanah kawasan seberang Stesen Bangi bersempadan dengan Bangi Estate, namun ada sesetengah orang - orang lama kurang setuju bimbang kalau dibuat perkampungan di sana akan mencemarkan kebersihan air Sungai Bangi yang masih banyak digunakan oleh penduduk Bangi sewaktu itu.

Pada tahun 1960 lot - lot tanah di kampung ini telah diserahkan secara rasmi kepada para penduduk yang kebanyakannya berasal dari perkampungan sekitar Bangi. Pak Tapa, Pak Juo, Pak Teramat, Che Lah adalah antara penduduk yang terawal membina rumah mereka di kampung ini. Nenek admin juga merupakan salah seorang penduduk terawal yang menetap di kampung ini sekitar tahun 1962- 63.

Pada tahun ini Kampung Bahagia Bangi genap menyambut ulang tahunnya yang ke 65 tahun sejak ia mula diterokai dan dibangunkan pada 1960 sebagai salah sebuah perkampungan tradisi di Bangi yang aman dan bahagia seperti nama yang diberi dan diniatkan sesuai dengan mood negara kita yang baru mencapai kemerdekaan dan tamatnya era Darurat pada waktu itu.

Foto - sebuah rumah di Jln.Aman Kg.Bahagia Bangi.

catatan ajaizainal Okt. 2025”

(Sumber: Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 10 Oktober 2025: "Catatan Sejarah Bangi: Kampung Bahagia Bangi").

“Kampung dibuka pada tahun 1960 diatas kawasan hutan simpan yang telah dimohon persatuan penduduk Melayu sekitar Bangi dalam era pentadbiran Menteri Besar Y.A.B Dato' Abu Bakar Baginda.” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

1960-an: Perpindahan Mangsa Banjir

Pada awal tahun 1960-an, penduduk dari kawasan lembah di sekitarnya yang dilanda banjir telah berpindah ke kampung ini: “Pada awal 50 tahun dahulu berlaku penghijrahan penduduk kerana banjir dan perkampungan telah dipindahkan di kawasan atas bukit.” (Surau Madrasah Al Hamidiah Kg Bahagia Bangi, December 12, 2017: |"Latar Belakang Sejarah Penubuhan Surau Madrasah Al Hamidiah").

Lokasi Kg Bahagia Bangi
Lokasi Kg Bahagia Bangi di lereng bukit, sesuai untuk pemindahan penduduk kawasan banjir (topographic-map.com).

LATAR PERISTIWA: Banjir Sekitar Bangi

1972: Penghijrahan Sebahagian Warga Tapak UKM

Pada tahun pengisytiharan tapak UKM pada tahun 1972, penduduk dari beberapa buah kampung di dalam kawasan tapak tersebut pula berhijrah ke kampung ini: “Bahagia adalah merupakan sebuah kampung penempatan semula di mana penduduknya adalah terdiri daripada pemindahan beberapa buah Kampung yang berhampiran seperti Kg. Bangi, Kg. Sg. Buah dan lain-lain kampung yang berdekatan dengan Sungai Semenyih. Ianya mula dibuka sekitar tahun 1969 pada permulaannya dan tahun 1972 kemudiannya dan merupakan kampung tersusun yang manKampunga keluasan tanah lebih 60 ekar. Transformasi hakmilik tanah bermula seawal tahun 1972 bila UKM mula di buka dan seterusnya Agensi Nuklear Malaysia (dahulunya PUSPATI) dimana pemilik asal telah menjual kepada pemilik baru kerana permintaan harga yang tinggi. Semua tanah di Kg. Bahagia adalah berstatus rizab Melayu dengan tempoh pajakan selama 90 tahun.” (KAMPUNG BAHAGIA BANGI, 1/5/2013: |"Sejarah Kampung Bahagia").

1970-an: Surau Al Hamidiah

Sekitar akhir 1970-an hingga awal 1980-an, sebuah surau dibina di kampung ini, dan dirasmikan pada tahun 1983: “…sekitar 40 tahun dahulu telah terbina sebuah surau madrasah sebelum surau yang baru dibina. Surau dahulu dibina di atas kawasan tanah pajakan. Surau lama juga telah dirasmikan oleh Menteri Besar pada tahun 1959(1983) dan telah didaftarkan pada 25 November 2008. Surau ini juga telah dijalankan pengubahsuaian sebanyak 3 hingga 4 kali. Hal ini demikian kerana keadaan surau lama yang semangkin uzur. Pembinaan surau baru telah dijalankan pada tahun 2015 dan dirasmikan pada pertengahan april tahun 2015. Seterusnya, surau ini telah beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2016. Walaupun banyak perubahan dari segi reka bentuk struktrur bangunan namun AJK surau masih dikekalkan. Surau ini turut mendapat pengiktirafan enakmen pentdbiran,perudangan islam 1989 (AJK Masjid, Surau) tertakluk MAIJ & JAIS.”

Surau LamaSurau Al Hamidiah
Kiri: Surau lama Kg Bahagia Bangi. Kanan: Surau baru (Al Madrasah Al Hamidiah)
(Sumber: Surau Madrasah Al Hamidiah Kg Bahagia Bangi, December 12, 2017: |"Latar Belakang Sejarah Penubuhan Surau Madrasah Al Hamidiah").

LATAR PERISTIWA: Surau Al Hamidiah

Padang Bola Kampung Bahagia Bangi
“Padang Bola Kampung Bahagia Bangi” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 18 Oktober 2025: "Padang Bola Kampung Bahagia Bangi").

Blog Kampung: Kampung Bahagia Bangi.

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

kg_bahagia.txt · Last modified: by sazli