User Tools

Site Tools


eimas

Institut Alam Sekitar Malaysia / Environment Institute of Malaysia (EiMAS) (1996-2002)

Ringkasan

“EiMAS terletak di atas tapak seluas 10 ekar di dalam Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UK M), Bangi, Selangor. Persetujuan untuk membina EiMAS di Kampus UKM termeterai dalam satu memorandum persefahaman antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan UK M yang ditandatangani pada 30hb. Julai, 1996. Pembinaan EiMAS diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia bermula dari menyediakan rekabentuk, menender dan melantik kontraktor serta memantau pelaksanaan projek. Bangunan ini telah dapat disiapkan sepenuhnya pada 28 Mei 2001 dalam tempoh 1 tahun 11 bulan 21 hari dari tarikh milik tapak pada 7 Jun 1999. Kewujudan EiMAS merupakan satu lagi titik sejarah kepada Jabatan Alam Sekitar. Selain daripada memantapkan program pembangunan sumber manusia untuk mengawal dan melindungi alam sekitar, EiMAS turut memainkan peranan dalam meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap pentingnya penjagaan alam sekitar. Program yang dilaksanakan memberi peluang kepada JAS untuk mengadakan perkongsian dengan mana-mana pihak khususnya sektor perkilangan di Malaysia yang merupakan antara penyumbang kepada pencemaran alam sekitar di Malaysia. Penempatannya dalam sebuah kampus institusi pengajian tinggi negara juga memberi peluang kepada Jabatan menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih rapat khususnya dengan UKM, lebih-lebih lagi aktiviti EiMAS memerlukan kerjasama dan sokongan berterusan daripada penyelidik dan ahli akademi daripada institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.”

(Sumber: Enviro Knowledge Management Center (EKMC) @ Jabatan Alam Sekitar, 1 Januari 2014: |"PROFIL INSTITUT ALAM SEKITAR MALAYSIA (EIMAS)").

Kronologi Peristiwa

1996-07-30: MoU Pertama Institut Kemahiran Dan Latihan Alam Sekitar (IKLAS)

“Cadangan penubuhan Institut ini telah diluluskan dalam RMK 6. Cadangan asal reka bentuk bangunan IKLAS dirangka setelah Memorandum Persefahaman pertama (MoU 1) dengan UKM di tandatangani pada 30hb. Julai, 1996. Pihak UKM diwakili oleh Prof. Dato’ Dr Mohd Sham Mohd Sani (Naib Canselor UKM) dan Hj. Baharuddin Ishak (Pendaftar UKM), manakala pihak JAS diwakili oleh Ir. Tan Meng Leng (KP JAS) dan Hajah Rosnani bt. Ibarahim (TKP JAS).”

“JKR adalah badan yang dilantik dan bertanggung jawab menyediakan reka bentuk bangunan IKLAS dalam tempoh/jangka masa sehingga Oktober 1997. Rekabentuk IKLAS ini adalah berkonsepkan kepada pemuliharaan alam sekitar dan mempunyai ciri-ciri bestari (intelligent). Konsep ini berhasrat melahirkan sebuah Pusat yang bersifat environmental friendly, di mana ciri-ciri fizikal semulajadi dimanfaatkan untuk membentuk sebuah Pusat contoh dalam pengurusan alam sekitar. Secara keseluruhan, konsep ini mengutamakan pemuliharaan alam sekitar serta memastikan segala pembangunan adalah berharmoni dengan alam semulajadi dan mengambilkira kira ciri-ciri terrain sedia ada di samping penggunaan bahan-bahan binaan dan kemasan yang bersifat non-hazardous, penggunaan sumber semulajadi dan bahan-bahan kitar semula. Untuk menonjolkan ciri-ciri bagi konsep pemuliharaan alam sekitar, Institut ini dihiasi dengan landskap yang menarik bertujuan:
i) Mewujudkan persekitaran yang nyaman, sihat, harmoni dan selesa;
ii) Memelihara dan mengekalkan keseimbangan ekologi; dan
iii) Melahirkan alam persekitaran yang bebas daripada pencemaran.
Lokasi milik tapak di dalam Kampus UKM dimiliki pada 7hb. Jun, 1999. Pada Ogos 1999, pembinaan bangunan IKLAS telah bermula di atas sebidang tanah seluas lebih kurang 10 ekar.”

(Sumber: Enviro Knowledge Management Center (Enviro-Museum), 2015: |"EiMAS : MoU Pertama Dan Replika Reka Bentuk Bangunan Institut Kemahiran Dan Latihan Alam Sekitar Malaysia (IKLAS)).

“EiMAS occupies an area of about 10 acres and it is located within the campus of the Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Agreement to construct EiMAS in UKM Campus was concluded with the signing of the memorandum of understanding between the Department of Environment (DOE) and UKM on 30th July 1996.” (Department of Environment, Malaysia, 2015: |"EiMAS: About Us").

1996-1999: Tapak Pembinaan IKLAS

“Pegawai-pegawai meninjau tapak lokasi yang telah dikenalpasti untuk projek membina Institut Kemahiran dan Latihan Alam Sekitar Malaysia (IKLAS). Persetujuan untuk membina IKLAS di Kampus UKM termeterai dalam satu memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Alam Sekitar dan UKM yang ditandatangani pada 30 Julai, 1996. Sebelum tapak lokasi IKLAS dipersetujui di UKM Bangi, perbincangan awal lokasi asal institut ini pernah dicadangkan di Jabatan Perhilitan Kuala Kubu Baru dan di UPM Serdang, namun tiada persefahaman. Semasa RMK 6, cadangan penubuhan di dalam Kampus UKM telah menampakkan hasil. Usaha dan sokongan mendapatkan tapak di Kampus UKM diluluskan setelah perbincangan pegawai JAS dengan Prof. Dato’ Sham Sani (naib canselor UKM). Sebelum nama IKLAS, cadangan penubuhan Institut ini dikenali dengan beberapa nama di bawah projek RMK 6 antaranya Institut Penyelidikan Alam Sekitar atau Malaysia Environmental Research Institut (MERI) pada awal 1990an dan Institut Latihan, pengawasan dan Penyelidikan Alam Sekitar atau Malaysian Environmental Training, Research and Monitoring Institute (METRMI) pada tahun 1993.”

(Sumber: Enviro Knowledge Management Center (Enviro-Museum), 2015: |"EiMAS : Tapak Lokasi Institut Kemahiran Dan Latihan Alam Sekitar Malaysia (IKLAS)").

2001-05-28: IKLAS Siap Dibina

“Setelah beberapa lama dalam perancangan, akhirnya bangunan IKLAS telah siap dibina pada 28 Mei 2001, dalam tempoh 1 tahun 11 bulan 21 hari dari tarikh milik tapak pada 7 Jun 1999.”

(Sumber: Enviro Knowledge Management Center (Enviro-Museum), 2015: |"Pembukaan Bangunan IKLAS / EiMAS").

“Construction of EiMAS was managed by the Public Works Department, Malaysia that was also involved with the preparation of the design, tendering and appointment of the contractor and also responsible for monitoring the project. The building was finally completed on 28th May 2001 after a period of 1 year 11 months ad 21 days from the date of acquisition of the site on 7th June 1999.” (Department of Environment, Malaysia, 2015: |"EiMAS: About Us").

“EiMAS building was completed on 28 May 2001 with the concept of ‘resort’. The design theme of this building is adapted from characteristics of Malaysian arts and culture. EiMAS building also equipped with a variety facilities such as training rooms, dormitories, cafeteria, recreation center, library and auditorium. The participants not only gain knowledge and skills through courses but also peace of mind through beautiful and refreshing environment. The EiMAS building become the permanent location for the courses conducted by the DOE except for those courses that involve field work and sample collection.” (Department of Environment, Malaysia, 2015: |"EiMAS: History of EiMAS").

2002-04-02: Perasmian EiMAS

“Bangunan EiMAS yang sebelum ini dikenali sebagai IKLAS telah mula beroperasi seawal tahun 2002 sebelum perasmian secara besar-besaran. … IKLAS ditukar kepada EiMAS secara rasmi bermula pada April tahun 2002. Penggunaan nama EiMAS digunakan setelah dirasmikan bersama logo EiMAS yang sah.”


Kiri: “Kursus di bangunan IKLAS sebelum bangunan ditukar nama kepada EiMAS.”
Kanan: “Kursus setelah IKLAS ditukar ke EiMAS.”

“Bangunan EiMAS telah dibuka dengan rasminya pada 2 April 2002 oleh Y.B. Dato’ Seri Law Hieng Ding, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Malaysia ketika itu. Reka bentuk bangunan EiMAS unik kerana bangunan ini berkonsepkan ‘resort’. Ciri-ciri kebudayaan dan kesenian Malaysia menjadi tema kepada reka bentuk bangunan ini. Bangunan EiMAS juga dilengkapi berbagai-bagai kemudahan seperti bilik latihan, asrama, kafetaria, pusat riadah, perpustakaan dan auditorium. Kini, bangunan EiMAS menjadi lokasi tetap bagi setiap kursus yang diadakan oleh JAS kecuali kursus-kursus yang melibatkan kerja-kerja lapangan dan pengumpulan sampel.”

“Di peringkat permulaan, Institut ini dianggotai oleh 13 pegawai/kakitangan sepenuh masa. Mereka mula bertugas pada tanggal 1 Ogos 2001 semasa EiMAS masih lagi dikenali sebagai IKLAS. Program-program latihan bagi pelbagai jurusan pengurusan alam sekitar telah diatur dan bermula semenjak awal tahun 2002. Latihan-latihan ini dikendalikan sendiri oleh pegawai-pegawai kanan JAS yang sebelum ini dilatih di bawah program train the trainers. Kini JAS mempunyai tenaga pengajar yang dapat melaksanakan program-program latihan bagi pegawai/kakitangan JAS secara intensif dalam jangka masa pendek.”

(Sumber: Enviro Knowledge Management Center (Enviro-Museum), 2015: |"Pembukaan Bangunan IKLAS / EiMAS").

“Environment Institute of Malaysia (EiMAS) was officially opened on 2 April 2002 by Dato ‘Seri Law Hieng Ding, Minister of Science, Technology and Environment, Malaysia. EiMAS establishment is an important development for the Department of Environment (DOE) as the need to enhance knowledge and skills in the public and private sector staff in dealing with environmental management. DOE has taken important steps to equip staff with the necessary knowledge and skills through courses conducted in EiMAS. As a vision of the establishment of this institute, EiMAS determined to be a Centre of Excellence for Environmental Management in Malaysia.” (Department of Environment, Malaysia, 2015: |"EiMAS: History of EiMAS").

“The establishment of EiMAS is a historical landmark. Apart from enhancing the manpower development programme needed for controling and preventing environmental pollution, EiMAS’s activities will also contribute towards assisting DOE in raising the level of public awareness on the importance of environmental conservation efforts. Programmes implemented by EiMAS will provide opportunities for DOE to partner other interested parties especially the industrial sector in Malaysia, which amongst others are responsible for environmental pollution in the country. Its location and proximity to the institution of higher learning i.e. UKM will also provide the opportunity to establish a close bilateral relation with the university in view of the fact that EiMAS’s activities will need the cooperatin and support on continuos basis from researchers and academia from institutions of higher learning both locally and abroad.” (Department of Environment, Malaysia, 2015: |"EiMAS: About Us").

EiMAS Kini


Bangunan utama EiMAS
Kiri: Ketika perasmian, tahun 2002 (Enviro Knowledge Management Center (Enviro-Museum), 2015: |"Pembukaan Bangunan IKLAS / EiMAS").
Kanan: Kini (Department of Environment, Malaysia, 2015: |"Laman Web EiMAS").


Kiri: Ketika perasmian, tahun 2002 (Enviro Knowledge Management Center (Enviro-Museum), 2015: |"Pembukaan Bangunan IKLAS / EiMAS").
Kanan: Kini (Department of Environment, Malaysia, 2015: |"Laman Web EiMAS").


Pintu masuk EiMAS
Kiri: Ketika perasmian, tahun 2002 (Enviro Knowledge Management Center (Enviro-Museum), 2015: |"Pembukaan Bangunan IKLAS / EiMAS").
Kanan: Kini (Department of Environment, Malaysia, 2015: |"Laman Web EiMAS").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

eimas.txt · Last modified: 2022/03/30 16:40 by sazli