User Tools

Site Tools


muzium_negara

Muzium Kuala Lumpur / Muzium Negara

Dirujuk oleh

Ringkasan

“Permulaan muzium ini dikatakan sangat sederhana. Menurut buku Bygone Selangor (1922), koleksi pertama diasaskan di kediaman John F. Klyne, seorang pegawai Inggeris yang terlibat dalam penetapan pemusatan Kuala Lumpur pada peringkat awal dan pembinaan Damansara Road. Beliau juga merupakan salah seorang daripada pengasas awal Selangor Museum dan menjadi kurator bertugas ketika itu. Lokasi asal muzium bertempat di Bukit Nanas berhampiran dengan Gereja Roman Katolik. Pada awalnya spesimen hanya dimulakan dengan pertukaran antara muzium lain dari Amerika Syarikat, Australia, Great Britain dan lain-lain. Ia berpindah ke Damansara Road sebaik sahaja sebahagian sayap barat bangunan itu siap pada 1906 dan pembinaan lengkap sepenuhnya pada 1914. Terdapat juga laporan yang menyebut muzium ini bermula di pejabat lama kerajaan di Police Hill, di mana ibu pejabat pasukan polis berada ketika itu. Kemudian ia berpindah lokasi di Weld Hill, berhampiran dengan St. John Institution dengan panggilan 'Astana'. Muzium ini menjadi lokasi popular semasa hari cuti. Ribuan jenis pameran termasuklah replika model kapal perang H.M.S Malaya dan serpihan peluru yang mengenai kapal tersebut semasa pertempuran Jutland (1916). Ketika era Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, koleksi serangga dan buku-buku berkaitan sains dipindahkan ke Agricultural Department kerana bimbang muzium menjadi sasaran serangan udara. Semasa operasi pengeboman kemudahan kereta api di Brickfields oleh pesawat B-29 pasukan Bersekutu pada Mac 1945, sebahagian daripada struktur Muzium Kuala Lumpur turut terkesan. Pengeboman tersebut telah memusnahkan sejumlah daripada pameran yang tidak dapat diganti lagi termasuklah seksyen mamalia, reptilia, ratusan keris yang sebahagiannya jarang ditemui dan lain-lain senjata. Muzium ini turut memiliki koleksi ornithological (kajian tentang burung) yang terbaik di Timur Jauh. Selepas perang tamat, struktur yang tidak musnah sepenuhnya tetap meneruskan kefungsiannya oleh kakitangan muzium dalam jumlah yang kecil. Kerajaan merancang untuk membina semula muzium di tapak yang sama selepas perang tamat. Namun komitmen ini terpaksa ditangguhkan untuk memberi tumpuan kepada masalah Darurat Tanah Melayu. Orang ramai yang melintasi kawasan muzium ketika itu dapat melihat bekas runtuhan bangunan dan tiang batu yang bergelimpangan di sekitar anak tangga muzium.” (Megat Kucing @ Santai Sejarah, 7 Mac 2023: "SELANGOR MUSEUM").

1904 - 1945: Muzium Kuala Lumpur

1904: Penubuhan

Muzium ini turut dikenali sebagai “Muzium Selangor”: “Penubuhan awal muzium di Tanah Melayu bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British membuka Muzium Perak yang kemudiannya diikuti penubuhan Muzium Selangor pada 1904. … Jabatan Muzium telah ditubuhkan dan mula beroperasi di Muzium Selangor pada tahun 1904 adalah bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Muzium Perak dan Muzium Selangor. Pada tahun yang sama, kedua-dua muzium ini disatukan menjadi Muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium. J.L.Wray merupakan Pengarah pertama Jabatan Muzium sehingga 1908, kemudian digantikan oleh H.C.Robinson sehingga tahun 1926 dan C.Boden Kloss sehingga tahun 1931.”

(Sumber: Jabatan Muzium Malaysia, 2016: |"Laporan Tahunan 2016", m.s.26-27).

1904-1906: Pembinaan

Latar pembinaan

Ia dibina bagi menggantikan muzium di Istana lama Bukit Nanas:-

“An edifice to display the Malay States’ Ethnological and Zoological collection, on a hillock at the junction of Garden Road and Damansara Road. Land initially accommodated old wooden quarters and the house of Mr. Parson. Built to replace the museum in the old Istana in Bukit Nanas.

​Hubback's Official Post/Role: Federal P.W.D Assistant Architect
Year Designed: 1902
Contract Let Out: March 1904
Year Completed: 1906
Work was completed departmentally as the contractor lost heavily and had to throw up his contract.
​Construction Cost (Estimate): $50,000 Straits Dollars.
Architectural Style: Queen Anne Revival
Brief Architectural Description: A ‘V’-shaped plan, with two long galleries of 100ft x 28 ft and a 45ft x 40ft central hall to house administrative offices and reserve collection, complete with workshops and photographic dark rooms. Layout based on initial design layout by Mr. Kratz and also museums in Colombo, Ceylon and Perak, F.M.S. Entry through an arch frame, on both sides flanked by two-storey tower topped by four sided domes and a spire. A Flemish gable with tripartite pediment and pyramidal tiled roof topped with a spire.”

Kronologi Pembinaan

  • 1901: “Plans have been drawn up on the lines of the Colombo Museum, and the building will be completed this year, a fine site having been secured near the entrance to the Public Gardens. (Annual report Federated Malay States Selangor 1901).”
  • 1905: “The new Museum was not finished by the end of the year, but the case-building had progressed in a satisfactory manner and the woodwork for the wall cases of two long exhibition rooms was practically ready for erection by December. The amount expanded for case-building and furniture was $2,472.66. This included the cost of a safe, the construction of a trap-door hoisting tackle to enable the furniture, etc., to be raised to the upper floor, a supply of glass-topped boxes for storing skin collection and cabinets to hold them, as well as some almeirahs (almari) and office furniture. (Journal of the Federated Malay States Museum, Report on the Museums Department for the year 1905, p26).”
  • 1906: “The new Museum building was handed over by the Public Works Department during the year, and by the end of it the greater part of the case building was finished. A portion of the painting, glazing and fitting remained to be done, and some of the cases in the central hall were not completed. The sum of $7,378.56 was expended on cases, and the general effect of the galleries, considering the low cost of construction, is by no means bad. (Journal of the Federated Malay States Museum, Report on the Museums Department for the year 1906, p86).”
    Reka bentuk yang sama digunakan dalam pembinaan Muzium Taiping selepasnya: “Make it $50,000 and plans for a building in the style of the Taiping Museum with the same façade. It can be added to when required and the design should be made with that effect. Nothing to be spent till plans approved. - HCB (Henry Conway Belfield)”

(Sumber: MIKL & Heritage Output Lab @ The AB Hubback Project, 2021: |"Selangor Museum 1906, Kuala Lumpur").


Pintu utama muzium ketika itu di sebelah selatan: “The previous building had initially had the main entrance located at the south end.” (PAM Heritage Conservation Committee (pamhericon): |"Old Selangor unmasked; KL, Klang").

Muzium Kuala LumpurMuzium Kuala Lumpur
Gambar binaan asal muzium (1910), menghadap ke arah pintu utamanya ketika itu:-
Gambar kiri: Mohd Thani bin Lamsah, 1974: |"SEJARAH TEMPATAN BERGAMBAR - UNTUK MEMPERINGATI DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA V", m.s.77).
Gambar kanan: Gambar yang lebih jelas (Sham Aziz, 15 Mei 2021: |"Ini adalah Kuala Lumpur bertarikh 1910").

1914: Penambahan

Pada tahun 1914, penambahan dibuat pada sebelah timur bangunan Muzium Selangor, bagi meluaskan lagi ruangnya. Pintu utamanya turut dipindahkan ke blok ini, menghadap ke arah Jalan Damansara. Selain itu, kubah ditambahkan di setiap penjuru atapnya, dengan pelita berbentuk segi lapan di atas setiap satunya:-

“Alteration History: Building was extended and renovated in 1914, altering the design of its roof and tower domes rather extensively.” (Sumber: MIKL & Heritage Output Lab @ The AB Hubback Project, 2021: |"Selangor Museum 1906, Kuala Lumpur").

“Alteration and extension to the existing Selangor Museum of 1906 on Garden Road-Damansara Road junction included a new ‘Eastern Wing’ facing Lake View Road, with double accommodation space.

Hubback’s Official Post/Role: Federal P.W.D Assistant Architect A.B Hubback F.R.I.B.A.
Year Designed: indeterminate.
Year Completed: 1914.
Contractor: Towkay Tan Thien Siew and Ang Seng.
Construction Cost: $78,000 Straits Dollars.
Brief Architectural Description: 50ft x 50 ft central hall, circular roof and corner towers with domes topped with an octagonal lantern.”

View from Damansara Road. ANM Acc. No. 2001/0039889
Kiri: Pemandangan dari Jalan Damansara: “View from Damansara Road. ANM Acc. No. 2001/0039889”
Kanan: Gambar poskad muzium, kini diambil dari Jalan Damansara, menghadap ke arah pintu masuk barunya di sebelah timur: “In 1914, the building was extended and renovated, with the former main entrance relocated to the “middle” of the extended east wing. And, the external steps outside leading down to Jalan Damansara.” (PAM Heritage Conservation Committee (pamhericon): |"Old Selangor unmasked; KL, Klang").

(Sumber petikan dan gambar: MIKL & Heritage Output Lab @ The AB Hubback Project, 2021: |"Selangor Museum 1914, Kuala Lumpur").

gambar c.1920Gambar tahun 1921
Kiri: “gambar c.1920” (Megat Kucing @ Santai Sejarah, 7 Mac 2023: "SELANGOR MUSEUM").
Kanan: “Picture of Selangor Museum (where Muzium Negara is now). Damansara Road just visible. Picture taken 1921. My grandfather posing by the hedge (driveway to his quarters: No. 1 Damansara Road)” (Tony Wright @ Malaysian Heritage and History Club, 1 Mac 2017: "The Selangor Museum").

1932-1938: Disentralisasi dan Pemusatan Semula

“Pada 1 Januari 1932, Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dibubarkan, dengan itu Jabatan Muzium turut dibubarkan dan kedua-dua buah muzium itu dipisahkan semula dan wujud sebagai dua buah muzium yang berasingan. Pemisahan dilakukan selaras dengan pelaksanaan dasar disentralisasi yang dijalankan oleh pemerintahan British di Tanah Melayu pada tahun tersebut. Usaha mewujudkan semula Muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Jabatan Muzium oleh pegawai Inggeris, Kapten H.M.Pendlebury yang ketika itu memegang jawatan Kurator Muzium Selangor mendapat perhatian pemerintah British dan kedua-dua entiti tersebut diwujudkan semula bermula tahun 1938. Kapten H.M.Pendlebury telah dilantik menjadi Pengarah Jabatan Muzium sehingga tahun 1941 apabila tentera Jepun mengambilalih pemerintahan Tanah Melayu.”

(Sumber: Jabatan Muzium Malaysia, 2016: |"Laporan Tahunan 2016", m.s.27).

1941-1945: Pengurusan Tentera Jepun

Ketika pendudukan tentera Jepun, Muzium Selangor ditutup dan diuruskan oleh warga tempatan di bawah arahan pegawai Jepun, sehingga ia mengalami kemusnahan akibat dibom oleh tentera bersekutu: “Tentera-tentera Jepun ditempatkan di Muzium Selangor bagi menjaga muzium tersebut dan seterusnya, Muzium Selangor ditutup kepada orang awam untuk lawatan. Walaupun Muzium Selangor ditutup kepada orang awam, tetapi kerja-kerja mengumpul dan menambah koleksi muzium diteruskan apabila Pegawai Pemerintah Tentera Jepun memanggil semula seorang bekas pekerja muzium iaitu Encik Bachik Mohd Tahir untuk menjaga muzium. Kemudian beliau memanggil semula pekerja Muzium Selangor yang telah berhenti akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada bulan Jun 1943, empat orang pegawai Jepun dilantik untuk bertugas di Jabatan Muzium yang beribu pejabat di Muzium Selangor. Jabatan Muzium yang baru dalam masa pemerintahan Jepun diketuai oleh Dr. Iwao Hino sebagai Pengarah sehingga 2 Mac 1945 apabila Dr. Takahashi dilantik bagi menggantikannya sebagai Pengarah Jabatan Muzium. Tempoh pentadbirannya adalah singkat apabila 10 Mac 1945, Muzium Selangor menjadi mangsa pengeboman tentera udara Amerika Syarikat menyebabkan kesemua koleksi bahan pameran yang terletak di bahagian kanan bangunan muzium mengalami kemusnahan. Koleksi muzium yang terselamat ditempatkan sementara di bilik darjah di Sekolah Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur sehingga akhir tahun 1945.” (Jabatan Muzium Malaysia, 2016: |"Laporan Tahunan 2016", m.s.27).

Pengeboman tersebut dikatakan tidak disengajakan dan tersasar dari sasaran sebenarnya, iaitu pusat pelangsiran gerabak kereta api Brickfield di seberangnya: “However, with the bad aim of high level Allied bombers in March 1945 during the last months of the Pacific War demolished the East Wing instead of the Brickfield railway marshalling yards, across the road.” (PAM Heritage Conservation Committee (pamhericon): |"Old Selangor unmasked; KL, Klang").

Bombed on 10 March 1945. ANM Acc. No. 2001/0026106
Gambar pintu utama muzium di sebelah timur, setelah peristiwa pengebomannya: “Bombed on 10 March 1945 ANM Acc. No. 2001/0026106”
“World War II: This museum and many of its priceless artifacts were accidentally destroyed in Allied bombing to dislodge the Japanese. Mistakenly bombed by a US B-29 bomber of the Allied Forces on 10 March 1945. The National Museum of Malaysia was rebuilt on the same site, completed in 1963.”

(Sumber: MIKL & Heritage Output Lab @ The AB Hubback Project, 2021: |"Selangor Museum 1914, Kuala Lumpur").

1946-1953: Pasca Jepun

“Pada tahun 1946, Pemangku Pengarah Muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dilantik sebaik sahaja Jepun menyerahkan pentadbiran Muzium Selangor kepada pemerintah British. Dari tahun 1946 hingga 1948, empat orang Pemangku Pengarah Jabatan Muzium yang juga menjadi Pemangku Pengarah Muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dilantik dan salah seorangnya adalah M.W.F.Tweedie, bekas Pengarah Muzium Raffles, Singapura yang berkhidmat sehingga tahun 1947 dan kemudiannya digantikan dengan H.T.Padgen.” (Jabatan Muzium Malaysia, 2016: |"Laporan Tahunan 2016", m.s.28).

1953-1958: Muzium Negara Sementara

“Cadangan supaya membina sebuah muzium baru telah dikemukakan oleh H.T.Padgen kepada pihak pemerintah British di Tanah Melayu bagi menggantikan Muzium Selangor sehinggalah akhirnya Muzium Negara Sementara dibina dan dibuka dengan rasminya pada 11 Februari 1953 oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer. Pengarah Jabatan Muzium di Muzium Negara Sementara ini adalah G.de G.Sieveking dan beliau di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1957, Jabatan Muzium diletakkan di bawah Bahagian Kebudayaan dalam Kementerian Kebajikan Masyarakat. Kemudian, Jabatan Muzium diletakkan dalam portfolio Jabatan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu mulai tahun 1958 hingga 1970. Muzium Negara Sementara telah beroperasi selama lima tahun. Pada tahun 1958, bangunan muzium ini dirobohkan bagi melancarkan projek pembinaan bangunan tetap Muzium Negara.”

Muzium Negara Sementara

(Sumber: Jabatan Muzium Malaysia, 2016: |"Laporan Tahunan 2016", m.s.28).

1962-1963: Pembinaan Muzium Negara

Rekabentuk kasar bangunan muzium yang baru telah dilakarkan oleh Tan Sri Dato’ (Dr.) Mubin Sheppard sekitar tahun 1962, kemudiannya disiapkan sekitar tahun 1963, dan kekal hingga ke hari ini: “As ‘Rumah Kenangan’ was completed in 1958, Sheppard then became the director for the National Museum. Later, the government wanted the National Museum to be built on the former site of the Selangor Museum as part of the Selangor Museum building had collapsed due to bombing by the Alliance Air Force on March 10, 1945. This was an opportunity for Sheppard to create a public building that had a Malaysian look.

Figure 12: Sketches made by Sheppard on the front (see Left) and back (see Right) of the Federation Museums Journal (dated 1962) during his discussion of the Museum Design ideas with Mr. Choong Fun Kwai of the Architect Branch, Public Works Department).”

Muzium Negara, 1963-08-31
Kiri: “Figure 13: Sketches of the elevation of the National Museum by Sheppard with the writings highlighted. The design was based on Sultan Mansur Shah’s Malacca Palace during his ‘Golden Age’ as described in the Sejarah Melayu (Malay Annals). (Source: Adapted by author from original source in Figure 12)”. Kanan: “The Museum completed, as photographed in 1963 (Source: National Archives of Malaysia)”

(Sumber: DR. SR ZURAINI BINTI MD ALI, 2019: |"The Client’s influence on Building Design: Case study of the Malaysia National Museum, Kuala Lumpur").

Muzium Negara, 1965Photo: Gordon Hutchings
Kiri: Muzium Negara, 1965 (2 tahun selepas disiapkan) (jimmyskinner @ eBay: |"35mm Slide, Museum, Kuala Lumpur, Malaya, 1965").
Kanan: Muzium Negara, sekitar 1963-1966: “Photo: Gordon Hutchings: The late amateur photographer Gordon Hutchings was a chopper pilot from New Zealand stationed in KL from 1963 to 1966, on secondment from RAF UK to the Royal Malaysian Air Force to assist their helicopter division. Here are some never-before-seen shots of the city – all captured when he was flying around town.” (Time Out KL contributors, 13 September 2016: |"Vintage vantage: Old aerial photos of KL").

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

muzium_negara.txt · Last modified: 2023/12/06 07:24 by sazli