Jadual Kandungan
Grupemuisi
Dirujuk oleh
1977-1981: Era Pertama
“Nawawee Mohammad bersama sahabat-sahabatnya telah mencipta sejarah tersendiri menubuhkan Grupemuisi pada 17 Disember 1977 di Kampus UKM Bangi. Ia adalah merupakan badan sastera yang memberi tumpuan kepada kegiatan berpuisi dan bersifat terbuka bagi semua mahasiswa di UKM. Dapatlah dikatakan ianya adalah merupakan Persatuan Kumpulan Berpuisi yang diberi nama Grupemuisi pertama tertubuh di mana-mana pengajian tinggi di Malaysia. Kesan dari penubuhan Grupemuisi berjaya mewarnai kegiatan bersastera di Kampus UKM dalam tempoh dua dekad (1977-1997). Bahkan kesannya turut sama menggemai kegiatan sastera tanahair, khususnya di dalam bidang puisi.” (Dr Shafie Abu Bakar, June 11, 2013: |"Nawawee Mohammad Pengasas Grupemuisi UKM: Kegiatan Pada Eranya (Memoir)").
“Mempengurusi majlis anjuran Grupemuisi UKM 1978 kelihatan sdr Azmi Yusoff, Tan Seri Dr Anwar Mahmud Naib Canselor UKM dan Dr Ramli Isin selaku Penasihat Grupemuisi.” (Abdulhadi Muhamad @ keroncong dari ana, October 4, 2013: |"Antara Kegiatan GRUPEMUISI UKM 80an").
1981-1987: Era Kedua
“Bagi Era Kedua selepas pimpinan Nawawee Mohammad sebagai Ketua Satu dan Abdul Hadi Muhamad sebagai Ketua Dua tiba kepada Era Kedua secara kebetulan belaku pertukaran melalui Mesyuarat Agung dan wujudnya dalam Era Kedua ini tokoh yang mempunyai bakat kepenyairan yang menonjol. Mesyuarat Agung yang melahirkan Era Kedua berlaku pada 13 Disember 1981. Ketua yang dipilih sebagai Ketua Satu Grupemuisi kali ini ialah saudara Mohammad Haji Abu Daud, manakala para AJK terdiri dari Azmi Rahman, Wanyuyee, Wan Ali Wan Besar, Tuan Abdul Hamid, A. Manan, M.Yazid Yusoff, Abdul Hadi Abadi, Abdul Aziz Bakar dan beberapa yang lain.” (Dr Shafie Abu Bakar, June 12, 2013: | "Era Kedua Grupemuisi Selepas Nawawee-Abdul Hadi, Melahirkan Azmi").
1987: Era Ketiga
“Era Ketiga Grupemuisi ialah selepas berlaku pemilihan pimpinan baru yang dikatakan sebelumnya Grupemuisi sudah kurang aktif. Mesyuarat agung dapat diadakan pada 9 September 1987 bertempat di Bilik Seminar 3A.501, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Mesyuarat yang berlangsung pada jam 3.00 petang itu dihadiri 30 orang ahli dan majlis perasmian dilakukan oleh En. Ramli Isin salah seorang Penasihat Grupemuisi. …. Jika kita lihat kegiatan Grupemuisi sejak ditubuhkan selama ini adalah berlindung dan mendapat bimbingan serta nasihat daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Persuratan Melayu seperti saudara Ramli Isin, Shafie Abu Bakar dan Sahlan Mohd Saman. Namun di dalam Era ketiga ini Grupemuisi mendapat tambahan lindungan dari Institut Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu yang telah bertukar nama kepada Alam Dan Tamaduan Melayu (ATMA) itu. Ini ialah kerana pada masa Era Ketiga Grupemuisi ATMA mendapat Pengarah yang Baru, iaitu Profesor Dato` Ismail Hussein, tokoh yang pernah memimpin Jabatan Pengajian Melayu dan juga sebagai Ketua Satu Gapena.” (Dr Shafie Abu Bakar, June 13, 2013: | "Era Ketiga Grupemuisi UKM Pimpinan Wan Mohd Redzuan Haji Ibrahim").
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 |
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |