dato_kampo_radjo
Jadual Kandungan
Dato' Kampo Radjo (1922-1988)
Dirujuk oleh
Riwayat Hidup
Dato' Kampo Radjo (Nafias Bin Rasul) adalah ADUN Semenyih yang pertama (1959). Ketika itu beliau di dalam Parti Perikatan. Ringkasan riwayat hidup beliau dari |Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu jilid 4 : m/s 600 (PDF), juga dari laporan-laporan akhbar:-
- 1938: Bergiat dalam Partai Sarekat Islam Indonesia, memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. Dilantik sebagai Ketua Cawangan Pemuda Muslimin Indonesia di Bukittinggi, Sumatera. Ditahan oleh pihak Belanda.
- 1945: Kembali bergiat dalam Sarekat Islam di Sumatera Barat.
- 1946: Menyusun Sarekat Islam di Jawa.
- 1947: Berhijrah ke Kuala Lumpur dan menganggotai UMNO. Dilantik sebagai Bendahari UMNO Hulu Langat.
- 1959: Dipilih sebagai wakil rakyat DUN Semenyih.
- 1963 (11 Mac): Pengerusi Sharikat Kerjasama Penternakan dan Pasaran Ayam daerah Ulu Langat dan Kajang.
- 1963 (29 Ogos): Menubuhkan Parti Perhimpunan Kebangsaan bersama Aziz Ishak (pengerusi parti). Beliau menjadi timbalan pengerusi parti.
- 1965 (26 Januari): Ditahan dalam ISA kerana dituduh terlibat dalam pembentukan kerajaan buangan di Indonesia. Setelah ditahan, kediaman beliau diwartakan sebagai alamat rasmi Parti Perhimpunan Kebangsaan (|18 Februari 1965).
- 1967 (11 Januari): Pembebasan bersyarat dari tahanan ISA. Syarat-syarat pembebasan:-
- Tidak boleh bertukar alamat tanpa kebenaran polis
- Tidak boleh keluar antara jam 10 malam hingga 6 pagi
- Tidak boleh keluar dari daerah Ulu Langat kecuali dengan kebenaran polis
- Melapor diri kepada polis 2 kali sebulan
- Tidak boleh mengambil bahagian dalam politik
- Tidak boleh berpidato di hadapan umum
- Jamin diri $500 dengan seorang penjamin.
- 1970 (12 Januari): |Dilantik sebagai salah seorang daripada 65 orang anggota Majlis Perundingan Negara oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di bawah pimpinan Tun Abdul Razak, setelah pengisytiharan darurat berikutan Peristiwa 13 Mei 1969.
- 1970 (24 Januari): |Menarik balik lantikan ahli Majlis Perundingan Negara, selari dengan pendirian partinya (Parti Rakyat), berikutan penahanan 2 orang ahlinya oleh pihak kerajaan.
- 1988 (11 Ogos): Meninggal dunia.
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 |
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |
dato_kampo_radjo.txt · Last modified: 2021/12/06 16:42 by sazli