Jadual Kandungan
Liew Kon Lim (1918-1952)
Dirujuk oleh
1918-1950: Latar Hidup
Beliau dilahirkan di Kajang pada tahun 1918, dan pernah bersekolah di Kajang High School, sebelum dipindahkan ke sebuah sekolah Cina di Kajang. Di sana beliau mula didedahkan dengan ideologi komunisme, sebelum menyertai tentera MPAJA, ketika penaklukan Jepun ke atas Malaya pada tahun 1941, lalu menjadi ketua platunnya pada tahun 1943 (Sekolah cina itu kemudiannya diambil alih oleh pihak tentera British pada tahun 1948). Setelah itu beliau menjadi jurubahasa Lau Yew (salah seorang pemimpin utama PKM yang terbunuh pada tahun 1948 - ketika itu beliau berjaya menyelamatkan diri).
CATATAN: Mungkinkah sekolah Cina yang dimaksudkan ialah Sekolah Hua Qiao / Wah Chiau / Hwa Chiau / Fah Khiuw (华侨学校)? “In Kajang, the left-leaning Hua Qiao (华侨学校) was founded in 1912 and the Kuomintang-related Yu Hua (育华学校) in 1918.”
LATAR PERISTIWA: Sekolah Hua Qiao / Wah Chiau / Hwa Chiau / Fah Khiuw (华侨学校) (1912-1998)
1950-02-24: Ketua "Geng Kajang"
Setelah kematian Lau Yew, Liew Kon Lim (ketika itu berusia 32 tahun) mengepalai operasi-operasi gerila di sekitar Kajang dan Selatan Selangor. Pasukan gerilanya dikenali sebagai “Geng Kajang”, dan beliau digelar sebagai “Voo Soo”, “Chow Wah”, atau “Bearded Wonder” / “Bearded Terror” (kerana membela janggut tebal).
Pada 24 Februari 1950, beliau telah disenaraikan sebagai antara individu yang paling dikehendaki oleh Polis Selangor, dengan tawaran $20,000 di atas sebarang maklumat mengenai beliau.
Liew Kon Lim. Kiri: berjanggut. Kanan: bercukur.
Sementara itu, di pihak British, sebuah pasukan elit tentera British, |The Suffolk Regiment, 1st Battalion (Pengalaman: Dunkirk (1940), D-Day @ Normandy (1944)) telah ditugaskan memburu beliau, dan kedua belah pihak ini sering bertempur.
Menurut catatan pengalaman salah seorang anggota |The Suffolk Regiment: “The Suffolk Regiment, which built up for itself, during three and a half years in Malaya, a reputation for skill and daring which was second to none and which, to this day, has not been surpassed. For three years the Regiment was engaged in a long and arduous struggle with a notorious terrorist leader Liew Kon Kim, nicknamed ‘The Bearded Wonder’ because of the luxuriant growth on his face, a most unusual feature in a Chinaman. This man commanded the 4th Independent Company of the Communist-styled ‘Malayan Races’ Liberation Army’. South Selangor, a fertile area to the south of Malaya’s capital city, Kuala Lumpur, was his operational area. His company became known to us as the ‘Kajang Gang’ because of its leader’s close affinity with the town of Kajang, and because we encountered him most frequently in that district.” (Arthur Campbell, 1953: ||"Jungle Green" (Ringkasan) (PDF 1/PDF 2/Teks)).
Pada 4 Mei 1950, orang kanan beliau, Chan Chee Long, antara yang terbunuh di dalam sebuah pertempuran dengan anggota |The Suffolk Regiment di pinggir Ladang Kajang, berdekatan suatu selekoh 3 batu ke selatan Kajang. Namun beliau berjaya melepaskan diri.
Kemungkinan kawasan pertempuran di pinggir Ladang Kajang.
Kiri: Berdasarkan peta Survey Dept. F.M.S., 1950: |"Selangor".
Kanan: Kemungkinan di sekitar Tropicana Heights kini (Mapcarta).
1952-07-07: Terbunuh
Liew Kon Lim akhirnya terbunuh dalam satu serangan di Hutan Simpan Kuala Langat (Selatan), pada 7/7/1952. Beliau, bersama teman wanita beliau, Ah Yin, telah dibunuh oleh Second Lieutenant Raymond Hands (23 thn), seorang anggota muda |The Suffolk Regiment, 1st Battalion. Selepas pertempuran (termasuk pengeboman dari udara) di kawasan antara Ladang Brooklands dan bahagian utara Hutan Simpan Kuala Langat, kumpulan beliau ditemui sedang berehat di bahagian selatan hutan tersebut, 3 batu dari Tanjong Sepat, lalu terbunuh di situ. Mayat beliau kemudiannya dipamerkan di khalayak ramai di beberapa balai polis di selatan Selangor, sebagai kempen propaganda dan perang psikologi. Second Lieutenant Raymond Hands kemudiannya dianugerahi ucapan tahniah oleh pembesar-pembesar British dan Menteri Besar Selangor, Raja Uda, sebelum bersara dan melanjutkan pelajaran di University of Oxford, England.
Liew Kon Lim, bersama teman wanita (bukan Ah Yin).
CATATAN 1: Liputan peristiwa ini di luar negara: Singleton Argus (NSW, Australia: 1880 - 1954), Monday 7 July 1952, page 1: |"'The Bearded Wonder' Killed In Malaya"
CATATAN 2: Maklumat lanjut tentang Liew Kon Lim: 1950-02-24: Ketua "Geng Kajang", Liew Kon Lim.
CATATAN 3: Maklumat lanjut tentang Second Lieutenant Raymond Hands: Hurst Johnian Club - Newsletters: |Jun 2012 – Spring 2012 Newsletter, m.s. 24: “OBITUARIES - Raymond Hands (Red Cross 50)”
Raymond Hands (Kiri: The Telegraph, 13 Feb 2012: |"Army Obituaries - Raymond Hands")
CATATAN 4: Pameran relik dan replika berkaitan:-
Kiri: Pisau lipat yang ditemui bersama mayat Liew Kon Lim. Kanan: Replika topi pasukan Raymond Hands.
Keduanya dipamerkan di |Muzium Suffolk Regiment (|Friends of the Suffolk Regiment, 2009: "Malaya Recreated For The Regimental Museum: Ray Hands MC").
CATATAN 5: Kawasan Hutan Simpan Kuala Langat yang telah menjadi tempat persembunyian tentera komunis ini kian mengecil akibat pencerobohan untuk pertanian (serta pembakaran yang berkaitan) sejak puluhan tahun lamanya. Rujukan:-
- Bernama @ Berita Harian, 20 April 2020: |"80 hektar hutan simpan Kuala Langat terbakar"
Sumber Utama
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 |
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |