User Tools

Site Tools


jalan_reko_telokdatok

Jalan Rekoh-Telok Datok

Dirujuk oleh

Ringkasan

Sejak 1850-an, Rekoh merupakan antara kawasan perlombongan bijih timah yang utama di daerah Ulu Langat. Hasil bijih timah dibawa ke Klang melalui Sungai Langat. Ketika Frank Swettenham membuat lawatan di petempatan sepanjang Sungai Langat pada tahun 1875, beliau mendapati laluan sungai tersebut agak sukar, terutamanya di antara Langat dan Rekoh. Beliau mencadangkan agar sebatang jalan dibina di antara keduanya.

Untuk tujuan itu, pada 10 Julai 1884, pemangku majistret Ulu Langat, Mr. George Bellamy, dengan dipandu oleh seorang warga masyarakat Temuan di kawasan itu, telah membuat tinjauan dengan menelusuri denai dari Kampung Simpang Ampat (sekitar Kuala Sungai Semenyih) ke arah Langat. Pada 30 April 1896, di dalam suatu tinjauan berasingan, Jalan Rekoh-Langat dicadangkan sekali lagi, kali ini melalui Sungai Chuau (sekitar Putrajaya Wetlands kini) menuju ke Tanjung Duablas. Namun oleh kerana terdapat hutan paya gambut yang luas di situ, usaha ini telah dihentikan.

Menjelang kurun ke-20, ladang-ladang getah mula dibuka dengan pesatnya. Terdapat keperluan mendesak bagi membawa keluar hasil getah dari pedalaman. Pada 1 Julai 1910, Jalan Rekoh-Bangi-Salak-Seremban siap dibina. Seterusnya pada 31 Oktober 1910, beberapa projek utama telah diumumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, John Anderson, antaranya pembinaan jalan menghubungkan Bangi dengan Telok Datok, merentasi kawasan hutan paya gambut yang luas itu. Ia mula dibina sekitar tahun 1911, dan dibuka sekitar tahun 1918.

Sementara itu, pembukaan ladang-ladang dan perkampungan baru semakin pesat di sekitar jalan-jalan ini. Menyedari akan hal ini, Jabatan Hutan mencadangkan agar kawasan hutan paya gambut yang belum diterokai dijadikan hutan simpan, antara lain bagi melindungi masyarakat Temuan yang telah mendiaminya sejak lama dahulu. Pada 19 April 1927, kawasan hutan paya gambut di dalam mukim Tanjong Duablas seluas 7,246.96 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Kini Jalan Bangi-Telok Datok dikenali sebagai Jalan Banting-Semenyih, dan telah dinaik taraf kepada Jalan Persekutuan (31). Walaupun ia telah mengalami banyak perubahan sejak lebih 100 tahun yang lalu, secara umumnya ianya masih kekal dalam lingkungan laluan asalnya. Sementara itu, keluasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara kini hanya tinggal 957.6 hektar sahaja (kira-kira 13% daripada keluasan asalnya) dan masih diancam penyahwartaan, untuk tujuan pembangunan.

Sumber utama:-

1. J. M. Gullick @ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 80, No. 2 (293) (December 2007), pp. 1-18: "A Short History of Ulu Langat to 1900".

2. PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR @ Arkib Negara Malaysia:-
- 10/07/1884: "RE HIS PROCEEDINGS TO REEKO TO ENDEAVOUR TO FIND A TRACK FROM THAT PLACE TO KLANG"
- 30/04/1896: "KAJANG - REKO ROAD".

3. The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 3 November 1910, Page 13: "THE F.M.S. IN 1910".

4. Keertan Ayamany @ Malay Mail, 20 May 2021: "The how and why behind Selangor’s plan to degazette Kuala Langat North Forest Reserve".

Permulaan: Latar Tahun 1850-an

Sejak 1850-an, Rekoh merupakan antara kawasan perlombongan bijih timah yang utama di daerah Ulu Langat. Hasil bijih timah dibawa ke Klang melalui Sungai Langat. Pada tahun 1875, Frank Swettenham telah membuat lawatan ke Rekoh dan Ulu Langat, dan mendapati laluan sungai tersebut agak sukar, terutamanya di antara Langat dan Rekoh. Beliau mencadangkan agar sebatang jalan dibina di antaranya. Namun disebabkan kawasan tersebut adalah hutan paya gambut yang luas, cadangan tersebut tidak dapat diterima ketika itu. Pembinaan jalan hanya dimulakan pada awal kurun ke-20, setelah terdapat keperluan mendesak bagi membawa hasil ladang getah yang sedang berkembang pesat: “Until 1883, when it became a separate administrative district with Kajang as its headquarters, Ulu Langat was merely an inland extension Of Kuala Langat. Anderson, for example, in 1824 described the Langat as 'a small river' with about 500 people along its valley, Who exported tin and rattan. He did not himself venture so far south in Selangor as this. If he had done so, he would have found that the winding river was navigable to small ships and also tidal to a some 12 miles upstream from Bandar Langat, with a minimum depth of 12 feet. From that point, the character of the river changed, so that in 1875 it took Swettenham five days to cover a distance of 57 miles from Bandar Langat to Rekoh. He found the river 'very difficult, the current always getting stronger, and the snags were numerous and larger'. From Kajang he struggled on to Cheras and finally to Ulu Langat village, a total distance of 93 miles from Bandar Langat. He proposed to bypass the middle stretch With a road, but the land was swampy and so the road was not constructed until the early twentieth century, when the advent of rubber had created both a need and the resources for it. Nonetheless, until lateral roads to link Langat With Kuala Lumpur and Seremban were built in the 1880s, the river was the only means of exporting tin, and in the dry season the water level dropped so that a heavily boat might take 13 days to travel downstream.” (J. M. Gullick @ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 80, No. 2 (293) (December 2007), pp. 1-18: |"A Short History of Ulu Langat to 1900").

1884-07-10: Penerokaan Jalan Rekoh-Langat


Berikutan cadangan Frank Swettenham pada tahun 1875, pasukan pemangku majistret Ulu Langat, Mr. George Bellamy, dengan dipandu oleh seorang warga Temuan, telah menjalankan satu ekspedisi menelusuri denai dari Rekoh ke Langat, dari Kampung Simpang Ampat (sekitar Kuala Sungai Semenyih): “I proceeded on Monday to Rekoh to endeavour to find a track from that place to Klang. I was informed that the track, a very bad one, began at Sempang Ampat, some miles down the river. I therefore obtained a sampan & started about 7 a.m. from Rekoh. About 2p.m. we reached Sempang, and having obtained a Sakei guide, went on towards Klang. The road being very bad for coolies we made but little progress and after four hours walking, having arrived at a Sakei hut, we were obliged to pass the night. It was necessary for me to be back at Kajang today, so I was obliged to retrace my steps yesterday to Rekoh. 2. I much regret I was unable to reach Klang, but the object of my errand was so far attained that I am able to report the existence of tracks which go from Sempang to K.Lumpur, Klang or more correctly Penkalen Batu, K. Labuh, and Bandar Langat, and judging from the country through which we passed, I do not think there would be very much difficulty in making bridle paths to supersede the existing Sakei tracks. The underwood is remarkably scanty consisting principally of attap bertam and a peculiar kind of thorny palm. There are no hills of any great height and although the Sakeis said the swamps were bad, yet we only encountered one that was at all formidable.” (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 10/07/1884: |"RE HIS PROCEEDINGS TO REEKO TO ENDEAVOUR TO FIND A TRACK FROM THAT PLACE TO KLANG").
Ekspedisi Rekoh-Kampung Simpang Empat-Langat
Gambaran kasar ekspedisi penerokaan, dari Rekoh (bulatan merah di sebelah kanan sekali) jam 7 pagi. Mereka menaiki sampan (ditanda dengan garisan biru tua) ke bulatan kedua (Kampung Simpang Empat, jam 2 petang). Dari situ mereka berjalan menuju ke arah bulatan akhir (Kawasan Langat, kemungkinan Tanjong Duablas). Namun mereka tidak berjaya sampai ke sana. Mereka bermalam di suatu lokasi yang tidak diketahui, sebelum pulang semula ke Rekoh (Berdasarkan peta Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").

1896-04-30: Cadangan Sg Chuau-Tanjong Duablas


Di samping cadangan peluasan serta naik taraf jalan Kajang-Rekoh, jalan baru turut dicadangkan di sebelah barat Sungai Langat, dari jambatan Sungai Chuau (sekitar Putrajaya Wetlands kini) ke Tanjung Duablas, sekitar Langat. Namun jika dirujuk peta 1900-an, cadangan ini tidak diterima, oleh kerana ianya terpaksa merentasi hutan paya gambut yang sangat luas: “…Since recommending the widening of the Rekoh track (existing) I have obtained information which leads me to believe that a road on the west bank of the Langat river would be at once shorter and of more even gradients than could ever be the case with the existing track when formed into a cart road. … I think therefore that if may be taken that the road should run on the west bank, more especially as a second bridge would be thereby avoided, and I would recommend that it should start from the S. Chuan Bridge, run past the Rekoh Estates, and thence be eventually caried in as straight a line as the nature of the country permits, to the Langat River opposite Bandar. (if we go by the maps it might perhaps be found best to connect it with the track to Tanjong Duablas).” (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 30/04/1896: |"KAJANG - REKO ROAD").

Lakaran cadangan Jalan Sg Chuau-Tanjong Duablas, 1896
Lakaran cadangan Jalan Sg Chuau-Tanjong Duablas, 1896. Ketika ini Pekan Bangi masih belum wujud lagi (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 14/04/1896: |"KAJANG - REKO BRIDLE ROAD-AS TO COST OF CONVERTING IT INTO A CARTROAD -").

Ahli masyarakat Temuan di sekitar Sungai Chuau, 1900-an
Ahli masyarakat Temuan di sekitar Sungai Chuau, 1900-an (Walter William Skeat, Charles Otto Blagden, 1906: "Pagan races of the Malay Peninsula", m.s.804-805).

1910-10-31: Pengumuman Projek

Menjelang kurun ke-20, ladang-ladang getah mula dibuka dengan pesatnya. Terdapat keperluan mendesak bagi membawa hasil getah dari pedalaman (seperti sekitar Kajang-Rekoh-Bangi), ke pelabuhan, dengan cara yang lebih efisyen daripada sungai sedia ada. Pada 31 Oktober 1910, beberapa projek utama di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah diumumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di Kuala Kangsar, John Anderson. Antara projek yang diumumkan ialah pembinaan jalan dari Telok Datok ke Bangi (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 3 November 1910, Page 13: | "THE F.M.S. IN 1910"). Ianya adalah cabang kepada Jalan Rekoh-Bangi-Salak-Seremban yang telah dibuka sebelum ini pada 1 Julai 1910.

1911-1918: Pembinaan

Tender pembinaan jalan ini diuruskan pada 24 Januari 1911 (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR @ Arkib Negara Malaysia, 24/01/1911: |"TENDERS FOR THE CONSTRUCTION OF TELOK DATUK-BANGI ROAD").

Belum ada sebarang tanda pada peta tahun 1913
Di dalam peta tahun 1913, belum ada sebarang tanda mengenai jalan tersebut (Central Survey Office, Kuala Lumpur, Federated Malay States (F.M.S.), 1913: |"Selangor, Federated Malay States 1913").

Setakat tahun 1914-1916, ianya masih dalam pembinaan (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR @ Arkib Negara Malaysia, 19/11/1914: "CONSTRUCTION WORK, TELOK DATOH, BANGI ROAD, ITEM 75 PAGE 48 ANNUAL ESTIMATES, 1914").

Jalan Bangi-Telok Datok dalam pembinaan, 1916
Di dalam peta tahun 1916, Jalan Bangi-Telok Datok masih belum siap sepenuhnya namun telah mula ditandakan dengan garis putus-putus (FMS Survey Department, Kuala Lumpur, 1916: |"Map of British Malaya Including The Straits Settlements, Federated Malay States and Malay States Not Included in The Federation 1916").

Jalan Bangi-Telok Datok telah siap dibina, 1918
Akhirnya, di dalam peta tahun 1918, Jalan Bangi-Telok Datok kelihatan telah siap dibina (Central Survey Office, Kuala Lumpur, Surveyor-General's Office, Federated Malay States (F.M.S.)., 1918: |"Selangor, Federated Malay States 1918").

Jalan Bangi-Telok Datok telah siap dibina, 1919
Peta jalan tahun 1919, termasuk Jalan Bangi-Telok Datok (Survey Department, Malaya, 1919 @ American Geographical Society Library: |"Map of British Malaya including the straits settlements, federated malay States and Malay States not included in the federation 1919 / heliozincographed at the Federated Malay States Survey Department").

1926: Pembukaan Tanah di Sekitar Jalan

Pembukaan tanah di sekitar Jalan Bangi-Telok Datok, 1926
Setelah Jalan Bangi-Telok Datok dibuka, pembukaan tanah ladang serta perkampungan di sekitarnya semakin pesat. Jabatan Hutan kemudiannya mencadangkan agar kawasan hutan paya gambut di kawasan itu dijadikan hutan simpan. Kawasan cadangan ini telah ditandakan di dalam peta tahun 1926 ini.

1927-05-13: Pewartaan Hutan Kuala Langat

Jalan Bangi-Telok Datok, merentasi Hutan Simpan Kuala Langat Utara, 1929
Pada 19 April 1927, kawasan hutan paya gambut di dalam mukim Tanjong Duablas seluas 7,246.96 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kuala Langat Utara (FMS Government Gazette Notification No 2578), antara lain bagi melindungi masyarakat Temuan Bukit Prah, Pulau Kempas dan Bukit Kemandol. Peta tahun 1929 menunjukkan Jalan Telok Datok-Bangi (ditanda biru), merentasi hutan tersebut, yang dikatakan berusia lingkungan 8,000 tahun.

Sumber:-

1950: Perladangan Meluas

Perladangan meluas
Menjelang 1950: Perladangan semakin meluas. Namun kawasan-kawasan hutan simpan di sekitarnya masih kekal seperti sebelumnya, kecuali beberapa bahagian Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang telah dinyahwartakan, antaranya untuk Ladang Boh Plantations Bukit Cheeding, di sebelah barat.

Sumber:-

  • “Ladang Teh Boh, Sri Cheeding telah dibuka pada tahun 1927 dengan keluasan 210 ekar dan dan dikendalikan oleh BOH Plantations serta terkenal dengan ladang teh tanah rendah.” (Majlis Perbandaran Kuala Langat: |"Soalan Lazim").

Kini

Jalan Bangi-Telok Datok kini

Jalan Bangi-Telok Datok kini (Mapcarta). Hutan Simpan Kuala Langat Utara, yang merupakan nadi kehidupan masyarakat Temuan di 7 buah perkampungan di sekitarnya (mereka menamakan hutan ini “Pulau Moyang” sempena warisan mereka itu), kini hanya tinggal seluas 957.6 hektar (kira-kira 13% daripada keluasan asalnya) dan diancam penyahwartaan untuk tujuan pembangunan. Ianya dikelilingi oleh beberapa aktiviti pembangunan sejak beberapa dasawarsa, antaranya Lebuhraya Elite serta Cyberjaya di sebelah timur, Lebuhraya SKVE serta Bandar Saujana Putra di sebelah utara, Ladang Bukit Cheeding di sebelah barat, dan Gamuda Cove di sebelah selatan.

Tanjung Dua Belas kini menempatkan pusat pelupusan sampah yang turut digunakan oleh industri serta penduduk di Bandar Baru Bangi.

Sumber:-

1. Martin Vengadesan @ Malaysiakini, 14 Feb 2020: |"Komuniti Temuan kecewa tanah adat nak dibangunkan".

2. Keertan Ayamany @ Malay Mail, 20 May 2021: |"The how and why behind Selangor’s plan to degazette Kuala Langat North Forest Reserve").

3. “Senarai hutan simpanan kekal yang telah dibatalkan untuk tujuan pembangunan dari tahun 2003 sehingga 2013. … Bil.: 10.; Hutan Simpan: Kuala Langat Utara; Keluasan (HA): 63.54; Tarikh Pembatalan: 24.6.2010; Tujuan: Lebuhraya ELITE” (Rajiv A/l Rishyakaran, Dewan Negeri Selangor, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013, 08 Julai 2013: |"117) HUTAN").

Ilustrasi Video

jalan_reko_telokdatok.txt · Last modified: 2024/08/23 16:52 by sazli