User Tools

Site Tools


sejarahbangi-1910-1919

Kronologi Peristiwa Berkaitan Bangi: 1910-1919

1910-01-14: Import Arak

Tarikh Butiran Keratan
Undang-Undang Import Arak di Bangi 1910.01.14 "Untitled". The Straits Times, 4 January 1910, Page 6

Undang-Undang Pengimportan Arak di Bangi.

1910-08-15: Jalan Bangi-Semenyih


Jurutera pembinaan jalan Bangi-Semenyih memohon kerajaan negeri memperolehi tanah di batu ke-3 1/2 jalan tersebut, sebagai kesinambungan kepada Jalan Reko sebelum ini.

LATAR PERISTIWA: Jalan Reko-Sepang.

1910-11-03: Jalan Telok Datok-Bangi

Projek-projek di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, antaranya jalan dari Telok Datok ke Bangi, sebagai cabang kesinambungan kepada Jalan Reko-Sepang sebelum ini.

Jalan Telok Datok-Bangi, 1929
Jalan Telok Datok-Bangi (ditanda biru), merentasi Hutan Simpan Kuala Langat Utara, 1929 (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").

Peta kasar jalan Telok Datok-Bangi kini.
Peta kasar jalan Telok Datok-Bangi kini (Google Maps).

LATAR PERISTIWA: Jalan Rekoh-Telok Datok.

1912-01-19: Jalan Ayer Itam - Jalan Bangi


Mr. R.D. Jackson, jurutera daerah Ulu Langat, memohon gratuiti bagi kerja-kerja penerokaan jalan dari Ayer Hitam ke Jalan Bangi. Beliau telah menyambung sebahagian daripada skop tugasan Mr. Moullin sebelumnya:-

Kajang-Semenyih-Rinching, Ayer Hitam-Bangi (1929)Kajang-Semenyih-Rinching, Ayer Hitam-Bangi (kini)
Kiri: Kajang-Semenyih-Rinching, Ayer Hitam-Bangi (1929):-

  • Kuning: Skop pertama (Mr. Moullin): “Sungei Kantan to Sungei Lallang Road (10 miles)”
  • Merah: Skop kedua (Mr. Moullin): “Sungei Lallang Road to Sungei Renching (4 miles)”
  • Biru: Skop ketiga (Mr. R.D. Jackson): “Ayer Hitam Road to Bangi Road (6 miles)” (Kemungkinan)

(Berdasarkan peta: Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").

Kanan: Kajang-Semenyih-Rinching, Ayer Hitam-Bangi (secara kasar, kini, berpandukan Google Maps).

LATAR PERISTIWA: Hilary Rougier (H.R.) Moullin (1875-1922)

LATAR PERISTIWA: Jalan Ayer Itam (1896-1905)

1913-11-29: Suasana Kajang

Suasana di daerah Kajang ketika itu, sebagai antara daerah ladang getah tertua dan terbesar di Malaya.

CATATAN: Sudut pandang berbeza: Suatu makalah sejarah masyarakat Cina di Kajang: |"Migration, Settlement and the Rise of a New Middle Class in Malaysian Chinese Society: A Case Study of Kajang", oleh Diana WONG, LIN Chew Man and TAN Pok Suan (2014).

1914-03-11: Pembinaan Rumah Kongsi dan Penyelia di Jalan Bangi-Semenyih

1914-03-18: Pembinaan Balai Polis Bangi

Pernyataan tender bagi pembinaan balai polis Bangi.

LATAR PERISTIWA: Balai Polis Bangi.

1914-05-04: Kedai Candu

Pembatalan lesen kedai candu di Bangi (No: 8).

CATATAN: Pembukaan kedai candu di Tanah Melayu, termasuk di Bangi, berlaku seiring dengan kegiatan perlombongan dan perladangan, khususnya di kalangan pekerja yang dibawa dari negeri Cina, sejak 1867 lagi. Namun sejak tahun 1910, pihak British telah mula mengawal selia kegiatan berkaitan candu, dan berusaha mengurangkan penghasilan serta penjualannya. Pembatalan lesen ini mungkin salah satu langkah yang sejajar dengan usaha tersebut.

LATAR PERISTIWA: Candu di Tanah Melayu.

1915-06-30: Kindersley Brothers @ Ladang Balgownie

Laporan mesyuarat lembaga pengarah Ladang Balgownie, dipengerusikan oleh R.C.M. Kindersley. Antara isu yang dibangkitkan ialah kesan penorehan getah berlebihan (overtapping) di Bangi, serta penutupan hospital ladang di Reko, setelah hospital Kajang dibuka kepada warga estet-estet (bangunan barunya telah pun siap dibina pada tahun 1910 (Hospital Kajang, 2016: |"Sejarah")).

Bangunannya masih elok (baru 2-3 tahun beroperasi), namun oleh kerana nilai jualannya rendah, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk merobohkannya. Kemungkinan besar ianya telah dirobohkan tidak lama selepas itu, dan tiada kesannya lagi kini. Lokasinya juga tidak dapat dipastikan: kemungkinan tidak jauh dari pejabat R.C.M. Kindersley di Reko Hill Estate (sekitar Pusat Hentian Kajang kini).

LATAR PERISTIWA: Balgownie Estate

LATAR PERISTIWA: Perihal Perladangan RCM dan DCP Kindersley.

1915-11-10: Ladang Gula

Tarikh Butiran Keratan
Sugar. 1915.11.10 "Sugar". Malaya Tribune., 10 November 1915, Page 14

Aduan pembaca, seorang pengusaha ladang tebu di Bangi, berkenaan kemerosotan prospek keuntungan dan tenaga kerja ladang tebu berbanding getah. Antara dakwaan beliau: ladang getah lebih rendah kos pengusahaannya, serta tidak terjejas oleh peralihan sistem kuli kontrak kepada sistem migran “bebas”.

Ladang Gula, 1907
Ladang gula di Tanah Melayu, beberapa tahun sebelumnya (1907): “Showing Indian labourers hauling boats loaded with harvested cane along a canal in a sugar plantation.” (Cambridge University Library: |"Sugar plantation, 1907". Sumber gambar: Charles Kleingrothe, 1907 @ National Gallery of Australia: |"Fed. Malay Stat. 33: Sugar Plantation 1907").

LATAR PERISTIWA: Maklumat lanjut tentang peralihan sistem perolehan pekerja ini boleh dibaca di dalam artikel Amarjit Kaur @ New Mandala (2013):-

Sumber-sumber lain:-

1916-03-18: Pembalakan

1916-05-10: Belalang Juta

Laporan kawalan populasi belalang juta di Malaya, melalui kaedah racun di kawasan sarangnya, termasuk sawah-sawah padi di sekitar Bangi.

1917-03-29: Kelahiran Anak Pengurus Ladang Bukit Tunggu

Kelahiran anak pasangan Mr/Mrs Robert Stevenson di Ladang Bukit Tunggu, Bangi: “Stevenson. - On Thursday the 29th March, 1917, to Mr. and Mrs. Robert Stevenson, of Bukit Tunggu Estate, Bangi, a daughter.”

LATAR PERISTIWA: Robert Stevenson.

LATAR PERISTIWA: Bukit Tunggu Estate.

LATAR PERISTIWA: Getah di Malaya.

1917-06-15: Kes Bunuh

Perkembangan suatu Kes Pembunuhan di Bangi: Tuduhan bunuh telah digugurkan.

1917-08-30: Petisyen Stesen Keretapi Bangi

Tarikh Butiran Keratan
Untitled 1917.08.30 "Untitled". The Straits Times, 30 August 1917, Page 6

Laporan petisyen penduduk dan peniaga di Bangi, memohon agar keretapi jam 9.30 pagi berhenti di stesen keretapi Bangi.

CATATAN: Di dalam peta dan jadual landasan keretapi Bangkok-Singapura tahun 1918 di bawah, stesen Bangi masih belum tersenarai sebagai hentian utama:-

“Peta memaparkan laluan dan hentian keretapi dari Bangkok ke Singapura bagi tahun 1918 yang di keluarkan oleh Waterlow & Sons, Limited bagi pihak Malaya Survey Department Kuala Lumpur : Central Survey Office.”

(Sumber gambar: Izmal Karim @ Facebook, 4 April 2021: |"Peta & Sejarah: Jajaran Landasan Keretapi dari Bangkok ke Singapura - 1918").

LATAR PERISTIWA: Landasan Keretapi Rekoh-Bangi.

1918: Ketua Kampung Pertama Bangi

Tarikh Butiran Keratan
Sejarah Bangi 1918 "Sejarah Bangi". Faizal Hj Zainal, 2008

“Saidon Malim Mekah @ Megat adalah merupakan Ketua Kampung Bangi pertama yang dilantik oleh Residen Selangor & diperkenankan oleh Sultan Selangor pada tahun 1918 seperti tercatat dalam surat watikah perlantikannya.” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

1918-07-06: Kedai Todi

S. Meyappan, pekedai todi Bangi, telah meninggal dunia. Periamnan memohon untuk menyambung perniagaan beliau.

LATAR PERISTIWA: Todi di Tanah Melayu.

1918-11-30: Perkuburan Cina di Jalan Kajang-Bangi


Permohonan pembinaan perkuburan Cina oleh masyarakat Hokkien di Bangi, di sebidang tanah cadangan Low Kok Tin dan Chew Lian. Tapak cadangannya itu adalah di suatu lot perlombongan di Jalan Kajang-Bangi yang telah pun dibatalkan. Sebelum ini ahli masyarakat ini terpaksa membawa jenazah mereka ke Kajang untuk dikebumikan. Lokasinya belum dapat dikenalpasti.

CATATAN: Low Kok Tin ialah seorang pengusaha ladang getah di sekitar Semenyih dan Cheras:-

1919-01-10: Permohonan Tapak Masjid

Permohonan tapak Masjid Bangi.

CATATAN: “Tapak lot tanah Masjid Bangi mula dimohon oleh penduduk Bangi pada tahun 1919 iaitu setahun setelah Bangi mendapat Ketua Kampung yang rasmi dan telah mendapat kelulusan dan digazetkan pada tahun 1928 dengan tujuan untuk pembinaan sebuah surau. Tanah seluas 1 acre 7 perches ini terletak berdekatan Balai Polis Bangi yang telah awal dibina pada 1914. Masjid ini dikatakan dibina pada tahun 1941 dengan binaan kayu kemudian dibangunkan kembali pada tahun awal 70an dengan reka bentuk rasmi masjid-masjid kerajaan semasa itu.” (Sumber maklumat dan gambar: Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

LATAR PERISTIWA: 1941: Pembinaan Masjid Bangi.

1919-04-09: Banjir di Jalan Bangi-Salak, Landasan Bangi-Batang Benar

Banjir di Selangor. Antara lain, landasan keretapi di antara Batang Benar dan Bangi, serta Jalan Bangi-Salak telah ditenggelami air.
Landasan Bangi-Batang Benar (biru), dan jalan Bangi-Salak (merah), berdasarkan peta 1929Landasan Bangi-Batang Benar (biru), dan jalan Bangi-Salak (merah), kini
Kiri: Landasan Bangi-Batang Benar (biru), dan Jalan Bangi-Salak (merah), berdasarkan peta 1929 (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").
Kanan: Landasan Bangi-Batang Benar (biru), dan Jalan Bangi-Salak (merah), kini (Mapcarta).

CATATAN: Landasan Bangi-Batang Benar ditenggelami air sekali lagi pada 2 Disember 1925.

LATAR PERISTIWA: Banjir Sekitar Bangi.

LATAR PERISTIWA: Jalan Reko-Sepang.

LATAR PERISTIWA: Landasan Keretapi Rekoh-Bangi.

1919-07-22: Kediaman Penjaga Hutan

sejarahbangi-1910-1919.txt · Last modified: 2023/07/17 06:38 by sazli