User Tools

Site Tools


bangi_estate

Bangi Estate (1905)

Dirujuk oleh

1905: Pembukaan

Bangi Estate, 1905 (gambar asal)Bangi Estate, 1905 (diwarnakan)
“Dalam foto lama ini kelihatan hutan dara di teroka pada 1905 untuk membuka ladang getah Bangi Estate yang diusahakan oleh Inch Kenneth Rubber Estate milik Kindersley bersaudara yang secara tidak langsung merubah wajah landskap Bangi daripada asalnya perkampungan Melayu tradisi (Kampung Bangi) yang kemudiannya dikelilingi kawasan estet getah. Banyak Infrastruktur dan kemudahan moden telah dibangunkan di kawasan kita ini apabila Bangi turut sama menjadi sebahagian kelompok kawasan penanaman getah terbesar di dunia semasa itu. Getah yang ditanam dan ditoreh Bangi itu mungkin menjadi tayar - tayar kereta yang bergerak di jalan - jalan raya di Amerika dan Eropah pada waktu itu. Di tanah yang sama pada hari ini telah berubah wajah menjadi penempatan baru dengan nama Bangi Avenue yang menjadi kawasan penempatan paling rancak dibangunkan di Bangi. Sumber foto (General View, Bangi Estate) yang di edit semula daripada buku Arnold Wright, 1908: “Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources”, m.s. 456). Catatan ajaizainal.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 25 Ogos 2025: "Catatan Sejarah Bangi - Wajah Bangi Estate 1905"; Gambar kanan (diwarnakan): Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 5 Oktober 2025: "Dulu Bangi Estate Sekarang Bangi Avenue").

Catatan Kenangan

Galloway Estate (Bangi Division)

Estet Terakhir Di BangiSuasana lewat petang di Golloway Estate suatu ketika dulu
Suasana Galloway Estate (Bangi Division, ladang utamanya di Dengkil), ladang terakhir dalam kawasan Bangi Estate:-
Kiri: “Penempatan penduduk di Golloway Estet bermula pada tahun 1983 - 84 dan berakhir pada sekitar tahun 2018. Pemandangan kuarters pekerja - pekerja estet, di tengahnya mengalir Sungai Bangi yang jernih, di tebing bukitnya ditanam pokok - pokok kelapa sawit yang asalnya ladang getah. Kelihatan dua wanita memakai baju kilang Sony baru turun pulang melalui denai tebing bukit tepi jambatan jalan Bangi - Semenyih. Foto koleksi ajaizainal.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 24 Julai 2025: "Estet Terakhir Di Bangi").
Kanan: “Suasana lewat petang di Golloway Estate suatu ketika dulu. Estate terakhir di Bangi… bermula pada 1905 dan berakhir pada 2018. Getah - getah yang ditoreh dan menitis di bumi Bangi ini telah beredar ke seluruh dunia suatu ketika dulu. Sekarang setiap ekar tanah - tanah estet bertukar wajah menjadi kawasan perumahan dan bandar - bandar baru di Bangi ini.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 31 Oktober 2025: "Suasana lewat petang di Golloway Estate suatu ketika dulu").

Nostalgia BangiJom gi Batu Idup!
Kiri: Anak-anak Kampung Bangi menjelajah Sungai Bangi, paling jauh sehingga ke anak sungainya di Galloway Estate Bangi Division, dalam Bangi Estate: “Generasi terakhir yang sempat dirakam menjelajah Sungai Bangi pada sekitar 2001. Biasanya dulu - dulu kita pergi ke hulu berjalan meredah air mula dari bawah jambatan hitam (jambatan keretapi) atau bawah jambatan Sg.Bangi di tepi rumah Wak Khalid dan penamatnya di Batu Hidup dalam Golloway Estet.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 16 Mac 2025: "Nostalgia Bangi"). Kanan: “Sebelum zaman munculnya Bangi Wonderland…'Batu Hidup' lah port berkelah budak - budak di Sungai Bangi. Zaman tu tak ada makan cabonara dan sosej masa berkelah macam di ateh tu sekarang, budak - budak dulu bakar ibu kayu dan keledek je… “Kita ampang lah dulu air yang dengkat ni bagi acup nanti… baru pueh mandi! “Itu ayat dia..” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 6 Ogos 2025: "Nostalgia Bangi: Jom gi Batu Idup!").

2000: Perolehan Syarikat Pemaju

Berhenti beroperasi pada tahun 2000, dan diambil alih oleh syarikat pemaju lain tanpa pengetahuan penduduk. Kerja-kerja penebangan pula telah dijalankan, tanpa memenuhi syarat-syarat terdahulu. Walaupun aduan dibuat, tindakan pihak berwajib cenderung menyebelahi pihak pemaju. (Krishnan a/l Chendermaie, Pengerusi JK Bertindak Ladang Bangi @ PSM Semenyih, 23/4/2012: |"Pekerja Ladang Bangi buat aduan terhadap 3 syarikat").

Nasib Penduduk Asal

Masalah penduduk di Bangi Estate (yang telah/pernah bergabung dengan Balgownie), berlarutan lebih lama lagi, selama 9 tahun: 2000-2019 (pemilik asal: Sime Darby):-

2017: Perjanjian Jual Beli Rumah

Setelah 17 tahun bergelut dengan samseng kontaktor pemaju, janji-janji yang dimungkiri, dan beberapa sesi di mahkamah, akhirnya 24 keluarga Bangi Estate menandatangani perjanjian jual beli rumah mereka dengan pihak pemaju Trans Loyal Development Sdn Bhd. (Annabelle Lee @ Malaysiakini, 31 May 2017: |"End of 17-year suffering for Ladang Bangi folk").
Majlis sambutan kemenangan perjuangan perumahan di Ladang Bangi, 27 Ogos 2017
Majlis sambutan kemenangan perjuangan perumahan di Ladang Bangi, 27 Ogos 2017 (Sosialis, Sep-Okt 2017, m.s.5: |"Majlis sambutan kemenangan perjuangan bekas pekerja Ladang Bangi").

2019: Penerimaan Kunci Rumah

2 tahun selepas perjanjian tersebut, 24 keluarga ini menerima kunci rumah daripada pihak pemaju Trans Loyal Development Sdn Bhd. (Tarrence Tan @ The Star, 20 Feb 2019: |"24 families of estate workers given new homes in Semenyih") (Sumber lain: Ahmad Ismadi Ismail @ Sinar Harian, 20 Februari 2019: |"Penantian 17 tahun, 24 keluarga bekas pekerja ladang berakhir"). Namun masalah lain pula timbul: mungkin pihak pemaju merasakan mereka telah menunaikan janji mereka, lalu bertindak menutup laluan ke kuil Ladang Bangi (padahal kuil itu telah pun diwartakan di bawah kerajaan negeri):-

Bacaan Lanjut

Bacaan lanjut mengenai nasib penduduk asal sesuatu tempat (penduduk kampung, pekerja ladang, dll), serta kesan terhadap keluarga, budaya, dan sosioekonomi mereka, setelah tanah yang mereka duduki diambil alih untuk pembangunan, oleh syarikat swasta mahupun kerajaan:-

Kini

Bangi Avenue

Ekonomi & Populasi Bangi
Pemandangan dari sekitar Setia Alamsari Selatan, menghadap ke arah Bangi Avenue di sebelah barat daya. Bersempadan dengan landasan kereta api dan Hutan Simpan UKM/Bangi di sebelah kanan. Kelihatan Bukit Tunggul di kejauhan: “Pertumbuhan ekonomi dan penduduk Bangi (BSP, B.Puteri, Bukit Mahkota, Bangi Avenue, Bandar Puteri, Southville) dalam 2025 - 2035 dijangka akan mengatasi Bandar Baru Bangi. - Pakar -” (Facebook Pekan Bangi, 5 Ogos 2025: "Ekonomi & Populasi Bangi").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

bangi_estate.txt · Last modified: by sazli