User Tools

Site Tools


surau_masjid_bbb

Surau dan Masjid di Bandar Baru Bangi (1975)

Dirujuk oleh

Latar Peristiwa

Pembangunan UKM dan Bandar Baru Bangi berlaku pada zaman kebangkitan Islam di Malaysia sekitar tahun 1970-an dan 1980-an. Aktivis ABIM, PAS dan lain-lain di UKM ketika itu telah mengelola usrah mingguan serta solat berjemaah dari rumah ke rumah, serta aktiviti kemasyarakatan. Dengan pertambahan penduduk Melayu Islam kelas menengah di situ, termasuk golongan ilmuwan Islam, kegiatan tersebut semakin meluas dan pelbagai lagi, ditambah pula dengan sokongan kerajaan setelah presiden ABIM, Anwar Ibrahim menyertainya pada tahun 1982. Antara hasil kegiatan ini ialah surau-surau yang didirikan di sekitar Bandar Baru Bangi, hasil derma/wakaf serta usaha penduduk setempat, seiring dengan perkembangan serta pertambahan penduduknya:-

“The development of Bandar Baru Bangi coincided with the resurgence of Islam. Near the town was UKM, the workplace of the majority of its early residents and one of the hotbeds of resurgent Islam. There students and lecturers who were swayed by the arguments for reforms mounted by ABIM, PAS, and the Islamic Republic Group regularly organized socio-religious activities to stimulate the students' religious consciousness and to protest against the state for its role in perpetuating western cultural patterns. Elements of resurgent Islam penetrated Bandar Baru Bangi through UKM being introduced to the fledgling community by several religious activists who worked at the university. They organized usrah (study circle) on a weekly or fortnightly basis in the homes of individuals to discuss and appreciate the relevance of the eternal truths embodied in the Qur'an and Sunna of Prophet Mohammed to modern times. In the absence of any other form of religious gathering, the usrah later functioned as a context for small-scale social gathering as the host usually served food after the discussion and people stayed back to pray. It was during such occasions that the religious activists influenced those present to undertake Islamically inspired community-based projects.
…..
The Islamization process in Bandar Baru Bangi started to intensify in mid-1980s. Three social currents accounted for this. The first was the state's Islamization policy. Since the co-optation of Anwar Ibrahim, the then President of ABIM into UMNO in 1982, the state had been actively communicating the messages that Islam was an important component of national development and that Islamization of society should be done in a spirit of mutual help and consensus. In short, the state was prepared to consider positively grassroots programmes of Islamization in its efforts to maintain an open dialogue with the Islamists. The second factor which had a bearing on the direction of Islamization was the proliferation of members of the Malay middle class into new growth centres in search of houses and jobs. Bandar Baru Bangi was one of those areas that accommodated them. Still culturally unconsolidated but economically well endowed, the middle class proved to be an important resource to help actualize Islamically inspired projects that were formulated by both the state and the grassroots. Finally, the 1980s also saw an increase in the number of ulama and Muslim intellectuals imbued with strong religious sentiments and possessing great capacity for organizing religious activities. These people were not just ready to apply their knowledge of Islam and skills to explain Islam to the masses but also to help mobilize the people into organizations.

These three currents impacted the religious life of the people of Bandar Baru Bangi in no small way. Guaranteed of state support, the religiously active people in the town mobilized economic resources to build more surau. To date, there are thirteen surau in Bandar Baru Bangi. Eight are housed in separate buildings and the remainder in apartments. Every surau is managed by a committee comprising of about eight to ten people and serves as the focal point of the religious life of the residents of the neighbourhood. The construction of surau in Bandar Baru Bangi is facilitated by donations collected from within and outside the community. The building or apartment which houses a surau and the land, on which it is located is usually donated by wealthy individuals. They are later classified as public endowments or waqf. The construction of surau on the basis of waqfis closely tied to the Islamic injunction concerning the importance of Muslims to do public good and embodied in three concepts that were and still are very widespread in Bandar Baru Bangi: the concepts of sedekah (alms), amal jariah (personal or collective conduct for public good) and fardhu kifayah (communal duty).”

(Sumber: Sharifah Zaleha Syed Hassan, 2001: "Islamization and the Emerging Civil Society in Malaysia: A Case Study").

1975: Tapak Masjid

“Tapak bagi masjid untuk Bandar Baru Bangi telah tersedia bersama pelan dan Pembangunan Bandar Baru Bangi sejak bandar itu dimulakan pembangunan mulai tahun 1975 lagi. Pendudukan awal di Bandar Baru Bangi ialah pada akhir November 1977 berikutan dari perpindahan kampus UKM dari Jalan Pantai Baru, Lembah Pantai Kuala Lumpur pada November berkenaan secara berperingkat. Tidak timbul keperluan kepada masjid di Bandar Baru Bangi, kerana penduduk yang berpindah pada peringkat awal hanya ratusan (Pada peringkat awal mereka berjamaah dari rumah ke rumah secara usrah). Pada peringkat awal perpindahan ini warga kampus UKM dan penduduk BBB kebanyakannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Jami`, Kajang. Bagi mengadakan solat Jumaat di UKM pada permulaan diadakan di Foyer di hadapan Pejabat Pentadbiran, kemudian berpindah di Dataran FSKK dan kemudian agak lama menggunakan ruang bahagian bawah Perpustakaan Tun Seri Lanang yang perpustakaan ini mula digunakan pada 19 Sya`ban 1400 bersamaan 2 Julai 1980. Warga kampus dan penduduk Bandar Baru Bangi menumpang solat Jumaat di Kampus UKM.” (Dr Shafie Abu Bakar, November 24, 2015: |"Faktor Tertangguh Dan Keperluan Membina Masjid Al-Umm").

“Pada permulaan Bangi diteroka, maka sebahagian besar kawasannya menghijau dengan ladang kelapa sawit, hanya sebahagian kecil sahaja masih sebagai ladang getah. Termasuk ladang getah ialah tapak masjid al-Umm itu sendiri. Kawasan ladang getah juga termasuk Bukit Bangi (kini Bukit Mutiara) dan juga laluan tepi ke West Country adalah merupakan kawasan ladang getah. Manakala turun dari situ ke bawah dan ke seluruh kawasan ke selatan sejauh pandangan ke perbukitan di selatan adalah kawasan kelapa sawit, termasuk dari Teras Jernang hingga ke Sungai Merab (belum ada lebuhraya) dan dari Sungai Merab ke sempadan dengan Kajang adalah kawasan kelapa sawit.

Adapun tapak Masjid al-Umm adalah banjaran bukit yang menghubungkan bukit (kini Bukit Mutiara) dengan Bukit Bangi yang lebih tinggi (kini bersempadan dengan kawasan Bangi Golf Resort). Kawasan sederhana tinggi di sini diratakan – antara tapak (kini Sekolah Kebangsaan BBB) dengan kaki Bukit (kini Bukit Mutiara) diratakan. Dan satu kawasan lebih kurang 2 ekar diratakan baji tapak masjid yang bersempadankan kawasan padang yang juga lebih kurang dua ekar sebagai tapak padang awam.”

(Dr Shafie Abu Bakar, January 26, 2018: |"TAPAK SEJAK AZALI MENGALAMI TRANSFORMASI").

Banjaran Bukit Bangi (Sebahagian daripada [[west_country_estate|West Country Estate]]), 1920-anBanjaran Bukit Bangi dan Masjid Al-Umm, kini
Kiri: Banjaran Bukit Bangi (sebahagian daripada West Country Estate), 1920-an. Kanan: Banjaran Bukit Bangi dan Masjid Al-Umm, ,kini. Dari atas ke bawah: Bangi Golf Resort (bahagian tertinggi) di utara, diikuti kawasan yang telah diratakan (sekolah, padang, masjid), dan di selatan: Mutiara Bangi (bahagian kedua tertinggi). (Mapcarta).

“Antara kemudahan yang belum disediakan di Bandar Baru Bangi ialah tiadanya surau, apa lagi masjid. Pada peringkat permulaan untuk solat Juma`at secara selesa perlu ke Masjid Kajang atau menumpang di Masjid Kampung di Teras Jernang atau di West Country – bertaraf surau dibina dari kayu (dua tingkat).

Oleh kerana tiada masjid, sedangkan pekerja UKM telah ramai, maka mulai awal 1978, maka tempat solat Jumaat disediakan secara sementara bermula di ruang legar pejabat Pentadbiran UKM, kemudian pindah ke dataran – Lantai Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan dan kemudian pindah ke aras bawah Perpustakaan Tun Seri Lanang. Penduduk Bandar Baru Bangi yang merupakan pekerja-pekerja di UKM menggunakan tempat-tempat berkenaan bagi menunaikan solat Juma`at.”
(Dr Shafie Abu Bakar, September 1, 2018: |"SEMINAR TENTANG MASJID AL-HASANAH").

1978-08-06: Pembukaan Surau Pertama

Bandar Baru Bangi mula diduduki sekitar Disember 1977, di Seksyen 1 kini. Ketika itu belum ada masjid atau surau, dan solat jemaah diadakan dari rumah ke rumah. Pada 4 Februari 1978, persatuan penduduk telah ditubuhkan, diketuai oleh Encik Omar Jaafar. Melaluinya penduduk telah berusaha mendapatkan bangunan surau dari pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pada 5 Ogos 1978, PKNS telah memperuntukkan sebuah rumah semi D beralamat No. 6, Jalan 1/3G sebagai surau tersebut. Gotong-royong diadakan bagi membersihkan rumah ini, dan keesokannya (6 Ogos / 1 Ramadhan) ianya mula diimarahkan. Sebagai surau pertama, ia diberi nama 'Al-Umm' (Ibu):-

“Adapun bagi mendirikan solat berjamaah pada peringkat awal diadakan solat berjamaah dari rumah ke rumah sebagai amalan usrah, namun selepas penduduk mengadakan AJK bagi mengadakan aduan kerosakan kepada pihak PKNS, maka AJK ini sebagai persatuan penduduk yang diketuai oleh Encik Omar Jaafar dan disetiausahakan oleh Encik Salleh bin Kasim yang mana Encik Omar Jaafar sebagai Pegawai Pentadbir UKM dilantik menjadi Ahli Ahli Majlis Daerah Hulu Langat, maka beliau yang selaku YDP Persatuan Penduduk pertama BBB telah berusaha mendapat sebuah bangunan yang dapat dijadikan surau bagi penduduk BBB yang pada masa itu hanya mempunyai satu seksyen sahaja. Di atas usaha ini maka pihak PKNS bersetuju menyerahkan sebuah rumah semi D beralamat No. 6, Jalan 1/3G sebagai surau bagi penduduk. Bangunan ini secara rasmi diserahkan oleh pihk PKNS kepada Penduduk BBB pada 5 Ogos 1978. Penduduk BBB mengadakan gotong royong membersih rumah tersebut yang secara kebetulan juga bagi menyambut awal Ramadhan, maka pada 6 Ogos 1978 bersamaan 01 Ramadhan 1395 Surau mula digunakan. Nama Surau Al-Umm diberi nama, kerana inilah surau pertama digunakan oleh penduduk BBB. Nama Al-Umm bererti `Ibu` bagi surau BBB. Dengan adanya Masjid di UKM dan Surau al-Umm di Seksyen Satu BBB, maka penduduk tidak memikirkan tentang mendirikan masjid buat pada masa itu.” (Dr Shafie Abu Bakar, May 10, 2015: |"Tapak Masjid Al-Umm Setua Bandar Baru Bangi").

Surau Al-Umm, 2015Surau Al-Umm, 2016
Surau Al-Umm kini (Dr Shafie Abu Bakar, Kiri: December 10, 2015: |"Jangka Panjang: Pembangunan Tiga Peringkat", Kanan: July 6, 2016: |"ADA GARIS PILU PADA PENGHUJUNG RAMADHAN INI").

Bahagian hadapan surau, kini (13 Ogos 2021)
Bahagian hadapan surau, kini (13 Ogos 2021).

“Antara tokoh-tokoh pimpinan di surau berkenaan yang turut mengajar ialah sepereti Dr. Abdullah pensayarah Fakulti Pengajian Islam, Dr. Mahmud Sa`edon yang juga Pensyarah Fakluti Islam, Imam Supa`at Pensyarah di Maktab Perguruan Islam Bangi. Antara yang pernah tinggal di surau ini ialah En Abdul Wahab Salleh (Dr. Sebelum beliau bertolak menyambung pengajian di Mesir dan beberapa tokoh pengajar dan imam setempat. Yang pernah memimpin sebagai Pengerusi Surau ialah Tuan Haji Ghazali, Imam Supa`at dan beberapa yang lain.” (Dr Shafie Abu Bakar, December 6, 2019: |"TIADA LENGKAP TANPA TEMPAT IBADAT").

Peristiwa yang sama, menurut suatu sumber kajian yang lain: “Elements of resurgent Islam penetrated Bandar Baru Bangi through UKM being introduced to the fledgling community by several religious activists who worked at the university. They organized usrah (study circle) on a weekly or fortnightly basis in the homes of individuals to discuss and appreciate the relevance of the eternal truths embodied in the Qur'an and Sunna of Prophet Mohammed to modern times. In the absence of any other form of religious gathering, the usrah later functioned as a context for small-scale social gathering as the host usually served food after the discussion and people stayed back to pray. It was during such occasions that the religious activists influenced those present to undertake Islamically inspired community-based projects. One of these projects was the creation of voluntary benevolent societies or kumpulan khairat. Two such associations were formed in 1979. Their primary concern was to provide their members with mutual assistance usually in times when death occurred in a family and help was needed to arrange for the funeral. The other project was the establishment of surau or a communal place for prayers. Towards this end, in 1980 the Selangor Development Corporation Authority, the government's agency that was entrusted with the responsibility to develop Bandar Baru Bangi was approached to “loan” one of the semi-detached houses in Fasa Satu so it could be converted into a surau. The agency concerned consented to the request. Thus, the first surau, called Surau Al Umm, was established in 1981. Several people were elected at a meeting to form the surau committee (Jawatankuasa Surau) with roles to co-ordinate the religious activities conducted at the surau. Within the general climate of heightened religious consciousness, the central appeal of this surau was the evening and night obligatory prayers performed congregationally and the religious talks that were conducted after the prayers. These occasions were used to forge a sense of moral solidarity among those present, as well as to reorientate them to a new way of understanding Islam than the established one. Islam was not just a set of rituals but a way of life and a workable doctrine for modern society.” (Sharifah Zaleha Syed Hassan, 2001: "Islamization and the Emerging Civil Society in Malaysia: A Case Study").

1979-03-16: Pembinaan Masjid UKM

“MASJID UKM telah dibina di atas tapak seluas dua hektar yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti Kebangsaan Malaysia. Pembinaannya dimulakan pada 16 Mac 1979 dengan kos berjumlah RM 5.1 juta. Ia telah diserahkan secara rasmi kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia pada hari Rabu 14 April 1982. Usaha pengimarahan masjid ini bermula pada hari Jumaat 16 April 1982. Reka bentuk Masjid UKM adalah hasil ilham Encik Abdullah Bakri, bekas Pengarah Unit Pembangunan, UKM. Bangunan ini dikelilingi oleh enam menara dan sebuah menara besar setinggi 6666 sentimeter yang telah diilhamkan oleh Tun Syed Nasir, bekas Pro Canselor UKM.” (Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): "Sejarah Penubuhan Masjid").

Masjid UKM dalam pembinaanMasjid UKM dalam pembinaan (Dari sudut lain)
Masjid UKM dalam pembinaan:-
Kiri: Sumber: Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): |"Sejarah Penubuhan Masjid". Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)).
Kanan: Sumber: ibangi.my : Bandar Baru Bangi Online Community, 23 Mac 2016: "FOTO KOMUNITI" (Sumber asal: Penerbit UKM)).

CATATAN 1: “Setelah menumpang kawasan Perpustakaan Seri Lanang, maka tapak Masjid di UKM dipilih di tepi jalan berdepan dengan Dewan Konvensyen Tun Abdul Razak. Kerja bagi membina masjid ini memakan masa yang agak lama iaitu mulai pembinaan tapak pada 16 Mac 1976 dan siap pada 16 April 1982, iaitu memakan masa enam tahun. Walau bagaimana setelah bangunan Masjid UKM dapat disiapkan, maka tidak timbul kepada keperluan masjid didirikan di Bangi, oleh kerana Masjid UKM yang dua lapis lebih dari cukup bagi menampung mahasiswa Islam dan penduduk BBB yang pada masa itu ada dua seksyen sahaja, iaitu Seksyen Satu dan Dua yang penduduknya dalam lingkungan seribu penghuni, Sebahagian besar dari mereka adalah pekerja-pekerja dan tenaga-tenaga pengajar di UKM dan sebahagian adalah tenaga pengajar dan pekerja UPM yang diberi peluang memiliki rumah di Bangi. Pada masa itu kemudahan jalan dari BBB ke kampus UKM telah sempurnma dengan pembinaan jambatan yang menghubungkan BBB dengan kampus, UKM. Sebelum dari itu , pada peringkat permulaan untuk ke UKM terpaksa melalui Teras Jernang dengan melalui jambatan kayu yang agak uzur.” (Dr Shafie Abu Bakar, December 5, 2019: |"KEPENTINGAN MASJID").

Masjid UKM dalam pembinaan
(Sumber gambar: Dr Shafie Abu Bakar, June 6, 2014: |"Dekad 1980an Dasawarsa Pembangunan Dan Perkembangan").

CATATAN 2: “Masjid UKM dibina dengan kos RM6.5 juta, hasil sumbangan kerajaan Malaysia dan Arab Saudi. Mula dibina pada 16 Mac 1979 dan digunakan buat pertama kalinya pada 16 April 1982, iaitu untuk solat fardhu Jumaat - Sumber : SENADA, April 1982 (ms. 01)”
Betapa khusyuknya suasana ketika mendengar khutbah Jumaat di masjid UKM
“Betapa khusyuknya suasana ketika mendengar khutbah Jumaat di masjid UKM”

(Sumber: Harith Faruqi Sidek, February 06, 2013: |"Sejarah Masjid UKM").

1981-06-19: Pembukaan Surau Al Ehsan

“Pada tahun 1978, penempatan baru di kawasan Bandar Baru Bangi telah siap dibina dan pada tahun 1981, bangunan teres satu tingkat telah diduduki oleh penduduk yang berhijrah ke situ. Oleh itu, pada 19 Jun 1981 penduduk dari Bandar Baru Bangi, Seksyen 2 telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah surau fasa pertama iaitu merupakan sebuah rumah teres setingkat beralamat NO 24 Jalan 2/4C untuk kepentingan bersama. Maka , mereka menubuhkan sebuah jawatankuasa surau yang dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Rasyid manakala jawatankuasa penduduk pertama pula dipengerusikan oleh Haji Ahmad Yunus.”

Tabika Kemas Seksyen 2 B B Bangi
Surau fasa pertama kini adalah Tabika Kemas Seksyen 2, Bandar Baru Bangi. (Sumber: Jabatan Kemajuan Masyarakat: KEMAS, 2021: |SENARAI ALAMAT TABIKA: SELANGOR, m.s.14. Gambar: Google Maps, 1 Januari 2014).

“Setelah penduduk di sekitar seksyen 2 semakin bertambah, mereka membuat keputusan untuk membina sebuah surau yang kedua pada tahun 1986. Surau Al-Ehsan fasa yang kedua ini bertahan selama 10 tahun yang dibina oleh Syeikh Ali Masyhur yang merupakan seorang pensyarah di UPM. Surau fasa kedua kini telah dijadikan sekolah tahfiz iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).”

(Sumber: Surau Al-Ehsan BBB, March 16, 2017: |"Sejarah Penubuhan Surau (Haji Ishak)").


Gambar Surau Al-Ehsan kini (Facebook, 20 Mac 2018: |"Surau Al Ehsan Bandar Baru Bangi").

1982: Pembukaan Surau Al-Ittihad

“Surau Al- Ittihad terletak di Jalan 1/5 Seksyen1, Bandar Baru Bangi. Penduduk di kawasan ini terdiri daripada 260 unit rumah, 8 unit kedai satu tingkat, 15 unit kedai dua tingkat, 1 unit pasar dan terdapat 25 unit gerai makanan. Kepadatan penduduk di Seksyen 1 ialah 99 peratus berbangsa Melayu dan beragama Islam dan 1% mewakili penduduk berbangsa Cina dan India. Sedikit sebanyak perkara ini menjelaskan bagaimana gambaran kawasan di sekitar Surau Al- Ittihad di Bandar Baru Bangi.

Pada tahun 1982, surau pertama telah dibina. Surau yang diperbuat dari kayu ini di bina setelah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan diluluskan oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) T.M Thurai (BN- MIC). Beliau merupakan ADUN berbangsa India dan bertanggungjawab ke atas kawasan Dengkil. Pihak surau menyatakan mereka tidak dibenarkan untuk membina surau pada awalnya, tetapi permohonan berjaya apabila pihak surau memohon untuk membina balai dan dibenarkan. Maka terdirilah sebuah surau kayu yang pertama di Bandar Baru Bangi dan surau ini digunakan selama 22 tahun iaitu dari tahun 1982 hingga 2002.”

Surau asal yang diperbuat daripada kayu
Surau asal yang diperbuat daripada kayu.

“Pada tahun 2002, pihak surau telah merancang pembinaan surau baru yang lebih selesa. Pihak surau sekali lagi memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai pembinaan surau baru. Permohonan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dengan separuh tapak padang permainan untuk pembinaan surau baru dan separuh lagi kawasan padang permainan dikekalkan. Setelah permohonan tanah diluluskan. pihak surau telah menerima peruntukan sebanyak RM 200,000.00.

Pembinaan surau baru ini bermula pada tahun 2003 dan siap pada tahun 2004. Nama Al-Ittihad diberikan kepada surau baru ini. Keluasan surau ini ialah 60 x 80 kaki persegi bersamaan 4800 kaki persegi.”


(Sumber: Surau Al-Ittihad Bandar Baru Bangi: | "TENTANG Al-ITTIHAD" |

1986-04-24: Pembukaan Surau An-Nur

“Surau An-Nur telah dibangunkan di No 2 Jalan 1/7E sejak tahun 1986. Bermula 24 April 1986, surau ini menjadi pusat ibadat bagi kaum muslim di sekitar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Gambar pertama memaparkan senibina dan keadaan surau ini di awal-awal penubuhan dan operasinya.”

Surau An-Nur, 1986Bekas Surau An-Nur, 2013

Dari sumber gambar bekas Surau An-Nur di sebelah kanan (2013): “… Ini diikuti dengan perpindahan Balai Polis dari Jalan 1/7 BBB yang dianggap tidak begitu strategic ke bangunan kedai dua tingkat tepi tengah (No. 8, Jalan 1/4) mulai 1997. Bekas Balai Polis di Jalan 1/7 dijadikan surau sementara bagi Surau An-Nur di sini. Apabila Surau An-Nur siap di tapak sekarang, maka Surau An-Nur menurut Tuan Haji Ghazali Abbas berpindah ke Surau An-Nur yang rasmi pada 1998. Adapun bangunan Surau lama yang juga menjadi Balai Polis Lama menjadi Sekolah Agama di bawah kelolaan ABIM hingga sekarang.” (Dr Shafie Abu Bakar, July 14, 2013: |"Agens-Agensi Terawal Di Bandar Baru Bangi Menempatkan Pejabat Sementaranya Di Bangunan Kedai-Kedai Di Jalan 1/4 BBB").

Pentadbiran Surau An-Nur diketuai oleh Ustaz Harun Din, dan turut melahirkan Persatuan Kebajikan Islam An Nur (PKIAN). Selain sistem pentadbiran surau yang sistematik, mereka turut menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di sekitarnya:-

“In Bandar Baru Bangi, Ustaz Harun Din together with his friends and followers responded to the call by establishing the An Nur Welfare Association (Persatuan Kebajikan Islam An Nur or PKIAN). The main aims of PKIAN were to provide mutual assistance to its members, to dispense specific charitable services, and to supervise the affairs of a surau located in the neighbourhood where Ustaz Harun Din lived. This surau was called Surau An Nur. The charter of PKIAN acknowledged it as a component of this NGO. The PKIAN and Surau An Nur thus became the new bases for the religiously motivated people living in and around the neighbourhood served by the surau to associate with one another formally and to collectively plan for more community-based projects.

Towards the latter end, PKIAN restructured Surau An Nur's administrative system. This it did by creating several committees each with a specific function to supervise the affairs of the institution. The core committee was called the Surau An-Nur Administrative Committee. Comprising of twelve men and three women, this committee was basically concerned with co-ordinating the performance of congregational prayers (solat berjemaah), running religious classes, and organizing religious talks (ceramah agama). Then, there was the Social and Welfare Committee which was entrusted with the responsibility to co-ordinate the social welfare activities that the surau engaged in, such as providing financial assistance to needy students, new converts to Islam, and other underprivileged groups. There was also the Youth Committee with roles to organize religious camps and counselling services for youths. The collection of donations and management of the properties of the surau were made the responsibility of the Finance Committee, while the Security and Technical Committee looked after the maintenance of the surau. Except for the An Nur Administrative Committee, which had fifteen members, the other committees had between three to seven members each.

The importance of the restructuring of surau administration is that there was an increase in community participation in the religious affairs of the community. Insofar as religious leadership was concerned, the new organizational structure helped spread it among many people instead of being concentrated in the hands of one person, that is Ustaz Harun Din. The people who were elected to sit in the various sub-committees were referred to by their friends as orang surau (surau person or surau people) precisely because of their deep involvement with matters pertaining to the management of the institution. They comprised of men and women between the ages of 30 to 65 and came from different occupational backgrounds. Most of them were elected on the basis of their sustained interest in religion, social position in society, and specialized knowledge in certain fields. Within the surau establishment, élite and non-élite, professionals and non-professionals, men and women, were integrated, some holding positions as imam, religious teachers, counsellors, treasurer, and maintenance men.

Another feature of the Islamization process in late 1980s was the drive to diversify the services provided by Surau An Nur. In addition to providing a place for people to perform the solat, Surau An Nur also provided free lodging for poor students studying at UKM. It also helped procure cows for the ritual of sacrifice (korban) held in conjunction with the Aidil Adha celebrations, made travel arrangements for members and non-members of PKIAN wishing to perform the umrah (minor pilgrimage) and the hajj, organized study tours, and arranged short courses regarding the hajj for would-be pilgrims. In the ritual realm, the surau regularly conducted special prayers called solat hajat for individuals who had personal problems to overcome, as well as for school children who were going to sit for major examinations.

Perhaps the central appeal of Surau An Nur was the religious talks. Surau An Nur organized these talks regularly on a weekly basis and in conjunction with Islamic festive occasions. To deliver these talks, the surau usually invited religious officials and missionaries (pendakwah). The surau held two types of religious talks, one an elaboration of Islamic doctrinal matters and the other, an informed address of current social issues. It was the latter type of religious talks that provided Surau An Nur its distinctiveness. These talks were usually given by missionaries who were well-known political and social activists, and who would not hesitate to comment on current political and social issues with candidness. The fact that Surau An Nur could get these people to participate in its religious talks series distinguished it from the other surau in the town, attracted a lot of people and gave it great weight as a religious institution.”

(Sumber: Sharifah Zaleha Syed Hassan, 2001: "Islamization and the Emerging Civil Society in Malaysia: A Case Study").

Surau An-Nur, 1994
“Seiring pertambahan pembangunan & penduduk di sekitar , surau ini tidak dapat menampung jemaah dengan keluasan solat yang minima. Pada 27 Jan 1994, Surau An-Nur mula mendapat bangunan baru seperti gambar kedua yang dipaparkan. Surau ini juga mula dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat untuk kaum muslimin pada waktu ini.”

Surau An-Nur, 2008
“12 tahun kemudian, surau An-Nur telah mengutip dana untuk pembesaran bangunan surau untuk memberi lebih banyak manfaat pada penduduk Muslim setempat. Pada 1 Mac 2008 surau telah melaksanakan pembinaan tambahan bagi menambah ruang surau. Gambar ketiga memaparkan senibina dan keadaan surau ini setelah selesai pembinaan tersebut sehingga kini.”

(Sumber: Surau An-Nur Bandar Baru Bangi, 2021: |"Tentang Surau: Sejarah Surau").

1987-05-22: Pembukaan Surau Al Kauthar

“Surau Al-Kauthar telah di daftarkan pada 22 Mei, 1987M bersamaan 24 Ramadhan 1407H beralamat di No.71 Jalan 4/6, Fasa 4, BBB (rumah teres). Rujukan Fail JAIS Ruj (2) dlm. JAI. Shah Alam, Selangor. No 7022/61. Memandangkan rumah tersebut agak kecil, maka Jawatankuasa Surau pada masa itu berjaya mendapatkan tapak Bangunan Surau Tetap yang terletak dipersimpangan Jalan 4/1 dan 4/5 Bandar Baru Bangi, Selangor. Dengan adanya sumbangan daripada orang ramai dan Kerajaan Negeri Selangor, dengan kos awal berjumlah RM 81,300.00 maka bangunan surau Al-Kauthar yang baru telah dibina dan mula digunakan pada 01 Februari 1991.”

(Sumber: Surau Al Kauthar: |"SEJARAH PENUBUHAN SURAU AL KAUTHAR").

Surau Al Kauthar kini
Surau Al Kauthar kini (Facebook: |"Surau Al-Kauthar SAK, Bandar Baru Bangi").

1989-06-01: Pembinaan Surau Al-Sobah

“Surau Al Sobah (SAS) Seksyen 3 Bandar Baru Bangi telah mula dibina pada 1 Jun 1989 di atas tanah seluas 2,148 kaki persegi milik KPM yang sekarang telah didirikan SK Jalan 3 dan SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi. Pada awalnya pembinaan surau ini adalah dibiayai daripada sumbangan seorang dermawan Kuwait dan seterusnya surau ini diberikan nama Surau Al Sobah sempena nama keluarga Raja Amier Kuwait. Ianya siap dibina dan telah diresmikan oleh YB Dato’ Dr Mohd Yusof Noor, Menteri di Jabatan Perdana menteri pada 11 Mac 1990. Pada tahun 2006 Jabatan Pelajaran Selangor melalui surat Bil. JPNS/SBP/TDP/A25094/01/81/01/Jld. 6 (06) bertarikh 10 April 2006 telah memberikan kebenaran secara resmi kepada surau untuk menggunakan tanah tersebut sebagai tapak bangunan surau. Seterusnya pihak surau telah memperolehi kebenaran daripada Majlis Agama Islam Selangor untuk mendirikan solat Jumaat melalui surat daripada Jabatan Agama Islam Selangor Bil. (08) dlm. JAI. Sel. BPM/01/051 Jld.4 bertarkih 26 Jun 2006. Ini telah memudahkan ahli kariah dan penduduk sekitar terutama pelajar-pelajar SK Jalan Tiga dan SMK Jalan Tiga untuk menunaikan solat Jumaat. Sebelum ini pihak sekolah dengan kerjasama PIBG perlu menyediakan bas-bas untuk menghantar pelajar-pelajar untuk menunaikan solat Jumaat ke Masjid yang berhampiran.” (Surau Al Sobah: |"Tentang Kami").




Gambar-gambar di majlis perasmian Surau As-Sobah, pada 11 Mac 1990.

(Sumber gambar: SURAU AL-SOBAH, 10 April 2017: "PERASMIAN SURAU AL-SOBAH, BANDAR BARU BANGI").

Surau As-Sobah asal (2009)Surau As-Sobah kini (2017)
Kiri: Bangunan surau As-Sobah yang asal (Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, March 13, 2009: |"Surau As-Sobah, Seksyen 3"). Kanan: “Gambar di atas menunjukkan keadaan surau ketika ini.” (SURAU AL-SOBAH BANDAR BARU BANGI, May 23, 2017: | "Sejarah Surau Al-Sobah").

1990-03-22: Pembukaan Surau Jubli Perak

Tarikh Butiran Keratan
Surau Jubli Perak Al-Ikhwan: Sejarah Surau 1990.03.22 "Sejarah Surau". Surau Jubli Perak Al-Ikhwan

“Surau Jubli Perak Jalan 4/2 Bandar Baru Bangi mula dibuka pada 22 Mac 1990 atas inisiatif jawatankuasa penduduk untuk menyediakan tempat ibadah bagi penduduk yang beragama Islam di 13 buah blok Pangsapuri Jubli Perak Jalan 4/2 dan kawasan sekitarnya. Nama unik surau ini diambil sempena pangsapuri Jubli Perak yang terletak di kawasan yang sama dengan surau. Para qariyah telah dibenarkan solat Jumaat di surau ini bermula pada 8 November 1995, iaitu 5 tahun selepas penubuhannya, kerana bilangan penduduk disekitar surau yang agak tinggi iaitu 7000 orang.

Selang beberapa tahun penubuhannya, surau Jubli Perak Al-Ikhwan telah ditutup pada 1 Februari 2003, iaitu 13 tahun selepas penubuhannya dan telah dirobohkan pada 20 Februari 2003. Keadaan ini berlaku di atas beberapa keadaan dan faktor yang tidak dapat dielakkan pada ketika itu. Mac 2003, jawatankuasa penduduk memulakan pembinaan bangunan surau yang baru di kawasan tanah lapang milik penduduk yang tidak jauh dari pangsapuri tersebut dengan wang hasil derma orang ramai. Surau yang baru telah siap dibina dalam masa 3 bulan iaitu pada bulan Jun 2003. Ianya terletak telah menggantikan peranan surau lama dalam menjadi pusat ibadah dan kegiatan Islam di kawasan Seksyen 4 Bangi. Surau Jubli Perak Al-Ikhwan yang siap dibina telah dirasmikan pada 27 July 2003 oleh Menteri Besar Selangor semasa Majlis Mesra Rakyat diadakan. Disamping itu juga, Kafa Integrasi Jubli Perak turut berkongsi lokasi dengan surau ini.”

Pandangan Panorama Kawasan Dalam Surau
Bangunan Surau Jubli Perak yang baru, kini: “Pandangan Panorama Kawasan Dalam Surau”

(Sumber: Surau Jubli Perak Al-Ikhwan: |"Sejarah Surau").

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

surau_masjid_bbb.txt · Last modified: 2023/09/08 10:54 by sazli