User Tools

Site Tools


sungai_andangan

Sungai Andangan

Peta Sungai Andangan, 1904 dan kini
Tindanan peta 1904 dengan peta Google Maps kini. Sungai Andangan ditandakan biru (juga Sungai Rekoh sebagai mercu tanda, kerana ia masih wujud sekarang). Secara kasarnya, hulu Sungai Andangan (serta anak-anak sungainya) mungkin berpunca di Bangi Golf Resort skrg, mengalir ke arah tenggara melalui lembah di antara Seksyen 3 dan 4 (sekitar bekas tapak kuil lama di persimpangan Persiaran Pekeliling - Jalan 4/1), kemudian merentas Seksyen 3, dan bermuara di Sungai Langat sekitar Bangi Perdana, berseberangan dengan kondo Vista Bangi Kampung Sungai Tangkas sekarang. Peta 1904 berdasarkan peta negeri Selangor, tahun 1900-an (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").

Turut ditandakan: lorong pejalan kaki dan basikal yang menghubungkan SK Jalan 3 dan SK Jalan 2 (garisan hijau). Tampaknya, lokasi asalnya ialah bukit di sebelah selatan lembah Sg Andangan. Menurut Dr Shafie Abu Bakar, mantan ADUN Bangi (juga penghuni awal Bandar Baru Bangi), bukit ini dibelah untuk dibina SK Jalan 2: “Tapak adalah berada betul-betul pada pertengahan Bandar Baru Bangi. Lot ini berada di antara dua bukit , iaitu – Antara Bukit Bangi yang tertinggi bersempadan dengan di kanan (mengadap Kiblat) kawasan Golf, manakala sebelah kiri bukit yang kita namakan Bukit Mutiara, sebenarnya sambungan dari Bukit Bangi yang diratakan bahagian tengah menjadikan kawasan Seksyen Dua, BBB bersempadan dengan Seksyen Satu BBB, ditepi bukit sebelah kanan adalah kawasan persekolahan – Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.” (Dr Shafie Abu Bakar, 26 Jun 2018: |"TAPAK INDAH LAHIRI DAN KESAN MAKNAWI").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

sungai_andangan.txt · Last modified: 2024/03/11 10:47 by sazli