Jadual Kandungan
Kampung Sungai Ramal
Dirujuk oleh
Sejarah Awal
“Sekarang terdapat dua buah kampung yang dikenali sebagai Sungai Ramal Luar dan Sungai Ramal Dalam. Pada asalnya kedua-dua kampung ini adalah sebuah kampung yang dikenali dengan Sungai Ramal sahaja. Sungai Ramal sudah wujud sejak dari abad ke 18 lagi. Selangor pada masa itu telah terkenal sebagai negeri yang makmur lantaran mempunyai bijih timah, turut dihadiri berbagai pendatang terutama ke kawasan Kuala Lumpur. Kemakmuran melempah keluar dari kawasan Kuala Lumpur. Turut datang ke luar dari Kuala Lumpur mereka yang datang dari Sumatera dan Jawa. Antaranya ke Hulu Langat, khususnya ke kawasan Kajang. Antara kelompok yang datang ialah ulama` yang mengajar agama Islam sambil berniaga. Mereka sampai antaranya melalui sungai dan mendarat di tepi sungai dan menjalankan perniagaan. Mereka memerlukan tempat ibadat. Lantaran mereka mendirikan surau di tepi sungai. Di tepi sungai berkenaan tempat mendarat dan dekat tempat berniaga adalah berpasir putih dan bersih dari tepi sungai berpasir ini mereka mengambil wudhu` bagi menunaikan solat. Nama kampung ini dinamakan `Kampung Sungai Ramal` diambil dari perkataan `Arab `Ramlu bererti Pasir` bermaksud Kampung Pasir` yang disebut di dalam bahasa `Arabnya `Kampung Sungai Ramal.` Ianya meliputi semua kawasan (Sungai Ramal Luar dan Dalam). Selepas British menguasai Selangor, maka untuk tujuan pentadbiran, maka pada tahun 1847, dipecahkan kampung Sungai Ramal kepada Sungai Ramal Luar dan Dalam. Kini kedua kampung ini dipisahkan oleh jalanraya utama – Kajang ke Serdang.
Apabila berlaku pertambahan penduduk maka, surau ditingkatkan kepada taraf masjid yang digunakan oleh penduduk Sungai Ramal. Pada tahun 1929 bangunan masjid baru didirikan pada tapak yang sama. Ia adalah atas inisiatif seorang Ketua Kampung yang juga seorang guru agama bernama Tuan Haji Mat Saman. Bangunan ini didirikan hasil dari derma orang ramai, khususnya penduduk Kampung Sungai Ramal. Bangunannya dari batu dan kayu. Mengenang jasa Tuan Haji Mat Saman, maka masjid ini dikenali sebagai Masjid Haji Mat Saman (Masjid lama ini lari sedikit dari arah Kiblat). Pada peringkat permulaan penduduk Sungai Ramal Luar dan Dalam hanya menggunakan Masjid Haji Mat Saman untuk mereka menunaikan solat Juma`at. Selepas tahun 2010 nama masjid ini dikehendaki ditukarkan kepada nama Masjid Sungai Ramal Luar.
Dengan pemisahan sempadan antara Sungai Ramal Luar dan Sungai Ramal Dalam, maka selepas tahun 1930an timbul inisiatif penduduk Sungai Ramal Dalam mendirikan surau ditempat masjid al-Falah sekarang yang kemudiannya ditingkatkan kepada taraf masjid. Bangunan masjid yang agak kecil ditambah sedikit demi sedikit sesuai dengan pertambahan penduduk. Pada masa Penulis menjadi ADUN Kajang (1999-2004) yang kedua-dua Kampung Sungai Ramal termasuk di bawah kawasan ADUN Kajang, masih belum timbul hasrat untuk membangunkan sebuah masjid yang baru. Yang didirikan ialah sekolah agama berdekatan masjid dengan menggunakan sebahagian dari tanah masjid.”
(Sumber: Dr Shafie Abu Bakar, March 2, 2018: |"SEJARAH SUNGAI RAMAL DAN PEMBINAAN MASJID").
Peta sekitar Sungai Ramal:-
Kiri: Tahun 1904: Sebahagian besar kawasan Sungai Ramal adalah kawasan perlombongan bijih timah (diwarnakan kelabu) (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Tengah: Tahun 1926: Sebahagian besar kawasan Sungai Ramal beralih kepada perladangan. Perkampungan Sungai Ramal telah diwartakan sebagai tanah rizab Melayu (lorekan jingga, sempadan kuning). Di sebelah utaranya, disempadani Jalan Ayer Itam (kini Jalan Sungai Chua) ialah Sungei Ramal Estate. Di sebelah barat dan selatannya (sempadan merah jambu) bakal diwartakan sebagai tanah rizab Melayu Sungai Ramal Tambahan. Di sebelah timur lautnya adalah kawasan perlombongan bijih timah (diwarnakan jingga pekat), di sebelahnya Kampung Sungai Chua. (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries: |"Selangor : Federated Malay States 1926").
Kanan: Kini: Tanah Rizab Melayu Sungai Ramal (sempadan kuning) dan Sungai Ramal Tambahan (sempadan merah jambu), kini adalah Kampung Sungai Ramal Dalam. Sebahagian Sungei Ramal Estate di sebelah utaranya, dan kawasan perlombongan di sebelah timur lautnya, kini menjadi sebahagian kawasan Kampung Sungai Ramal Luar. (Mapcarta).
LATAR PERISTIWA: Jalan Ayer Itam (1896-1905)
RENCANA KHAS: Kampung Sungai Ramal Dalam
Kronologi Peristiwa
1895-1903: Kegiatan Perlombongan
Antara rekod terawal lombong-lombong di Sungai Ramal yang ada di dalam rekod kolonial di Arkib Negara ialah sekitar tahun 1895. Rekod-rekod kegiatan perlombongan oleh warga tempatan dan perantau sebelumnya secara spesifik, belum ditemui.
LATAR PERISTIWA: Perlombongan di Sungai Ramal (1895-1903)
Peta Sekitar Sungai Ramal 1904
Petak sekitar Sungai Ramal, 1904. Sebahagian besar masih lombong bijih timah (kelabu) (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
1907-12-12: Pembukaan Sungei Ramal Estate
Sungei Ramal Estate (sekitar Sungai Ramal Luar kini) dibuka oleh H.R. Moullin pada 12 Disember 1907.
LATAR PERISTIWA: Sungei Ramal Estate (1907)
1915: Kelahiran Leftenan Adnan
“Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan merupakan anak sulung dalam keluarganya.” (Wikipedia: Adnan bin Saidi).
Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Ramal Luar: “Leftenan Adnan bin Saidi di dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, kajang Selangor pada tahun 1915. Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya yang seramai lima orang iaitu Adnan, Ahmad, Hasyim, Amirullah dan Alimin. … Pencarian saya bermula di Kampung Sungai Ramal, Kajang. Perkampungan Melayu di Kajang Cuma dua sahaja iaitu Kampung Sungai Merap dan Kampung Sungai Ramal. Adapun Sungai Ramal pula terbahagi tiga iaitu Sungai Ramal Dalam, Sungai Ramal Luar dan Sungai Ramal Baru. Saya ke Sungai Ramal Kajang. Tempat persinggahan pertama ialah di Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan. Tidak sukar mencarinya kerana sekolah itu letaknya di tepi jalan. Menurut salah seorang petugas di sekolah tersebut, Leftenan Adnan lahir di Kampung Sungai Ramal Dalam. Tetapi ternyata maklumat itu salah kerana setelah sampai ke Kampung Sungai Ramal Dalam, salah seorang penduduk kampong tersebut mengatakan Leftenan Adnan lahir di Kampung Sungai Ramal Luar. Tempat persinggahan kedua saya ialah di Masjid Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar. Juga terletak di tepi jalanraya. Menurut Tuan Imam masjid itu Haji Fakrul Razi, memang benar Leftenan Adnan dilahirkan di Sungai Ramal Luar.” (Abdul Latip Talib, 6 Mei 2008: |"MENJEJAK WARIS LEFTENAN ADNAN").
LATAR PERISTIWA: Leftenan Adnan Saidi (1915-1942)
1915-12-01: Pembukaan Sekolah Melayu
Pembukaan bangunan asal Sekolah Melayu Sungai Ramal (kini Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan): “Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah tertua di Daerah Hulu Langat dan telah menjangkau usia 105 tahun. Sekolah ini dibuka pada 1 Disember 1915 dengan nama Sekolah Melayu Sungai Ramal. Pengasas sekolah ini iailah Encik Arshad Bin Talib, PJK selaku Pengerusi Persatuan Ibu Bapa (PIBG) pada masa itu. Guru Besar yang pertama ialah Encik Dacap Bin Zainal. Jumlah murid ketika itu ialah seramai 26 orang sahaja.” (SK Leftenan Adnan: |"PROFILE SKLA").
Rekod-rekod arkib yang berkaitan:-
1916-11-06: Tanah Rizab Masjid
1925-04-03: Penanaman Kelapa Sawit
03/04/1925: |"STATE LAND, 48 ACRES, MUKIM KAJANG FOR CULTIVATION OF AFRICAN OIL PALM - MANAGER SUNGEI RAMAL ESTATE APPLIES FOR :-".
Peta Sekitar Sungai Ramal 1929
Peta sekitar Sungai Ramal, 1929. Sebahagian besarnya kini kawasan perladangan (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").
1929: Pembukaan Masjid Haji Mat Saman
Usaha pembinaan dan pengumpulan dana masjid di Sungai Ramal bermula sejak 1916:-
Masjid Sungai Ramal siap dibina pada tahun 1929: “Mesjid Sg. Ramal Luar, Kajang, Selangor, telah dibina pada tahun 1929 dengan harga sebanyak $40,000/-, wang ini datangnya dari seorang bijakpandai iaitu Pegawai Daerah yang bernama Datuk Abu Samah. Beliau telah beriktiar supaya penduduk-penduduk kampung yang kebanyakannya penoreh getah mengenepikan sejumlah wang, dari kupon getah mereka dikumpul dan dari sedekah jahriah orang ramai.
Tiga buah mesjid yang serupa telah dibina dengan cara ini iaitu di Jeram, Batu 17 Ulu Langat, dan termasuk Sg. Ramal Luar.
Mesjid ini telah dibina oleh seorang kontraktor Cina dari Kuala Lumpur namanya ialah Bong Siew. Kontraktor ini telahpun meninggal dunia dan tidak dapat maklumat dari beliau. Pelan asal juga tidak dapat dikesan begitu juga dengan akitek yang mereka mesjid itu.
Pada tahun enam puluhan meningkatnya jumlah penduduk-penduduk yang tidak dapat menampung jemaah, jadi satu tambahan telah dibuat dengan harga sebanyak $10,000/-.
Pembinaan mesjid ini adalah mengikut peringkat-peringkat. Peringkat I ianya empat persegi tepat, Peringkat II ialah empat persegi bujur tambahan dan Peringkat III mesjid itu dijadikan empat persegi tepat tambahan 150'-0” x 150'-0“. Pagar dan tandas kepada mesjid itu adalah sumbangan dari Lembaga Loteri dan Kebajikan Mesyarakat kerana penduduk-penduduk di situ enggan mencemar mesjid mereka dengan wang dari sumbangan Lembaga Loteri.
Bahan binaan mesjid seperti kayu cengal untuk kerangka bumbong dipercayai dibawa dari hutan Ulu Langat.”
Kiri: Gambar tahun 1984: “Pandangan Mesjid Sg. Ramal Luar yang dibina pada tahun 1929. Pada ketika itu mesjid ini berada di zaman dan sebelum peperangan dunia kedua, di mana binaannya masih kukuh dan masih lagi digunakan.”
Kanan: Gambar tahun 2012: Masjid Jamek Haji Mat Saman (bangunan asal), diambil beberapa hari sebelum perasmiannya oleh DYMM Sultan Selangor (Julai 2012): “Masjid lama ini berusia 83 tahun seperti tertera pada tiang masuk pintu masjid yang ianya telah dibina pada 1929. Ianya masih kukuh dan mengekalkan seni bina tempatan dan tidak berubah hanya di cat semula bagi menyerlahkan keasliannya.” (FAIZMIN, July 17, 2012: |"MASJID KG SG RAMAL LUAR KAJANG").
(Sumber: Abdul Aziz Ramli, Shahrom Sapari, Hj. Ahmad Mohd. Ibrahim, Noridah Mohd. Saad, 1984: |"Kajian Bangunan Lama Mesjid Sg. Ramal Luar, Kajang").
LATAR PERISTIWA: Masjid Haji Mat Saman.
1929-02-06: Tapak Bangunan Baru Sekolah Melayu
Bangunan asal Sekolah Melayu Sungai Ramal telah dibina di kawasan rizab jalan. Oleh itu pihak kerajaan British merancang untuk memindahkannya. Namun didapati tapak baru itu telah diwartakan untuk perlombongan. Pada 20 Februari 1928, Inspector of Schools Selangor, T.A.O. Sullivan, membuat permohonan tapak lain bagi menggantikannya:-
“REQUEST BY THE INSPECTOR OF SCHOOLS SELANGOR FOR A SPECIAL ALLOCATION TO FIND A NEW SITE FOR THE MALAY SCHOOL IN SUNGEI RAMAL WHERE THE INITIAL SITE WAS LEASED FOR MINING.”
Kandungan surat permohonan beliau:-
“Office of The Inspector of Schools, Selangor. Kuala Lumpur, 20th February, 1928 - New Sungei Ramal Malay School, Kajang.
Sir,
I have the honour to say that, owing to circumstances over which I had no control, I am compelled to ask for Special Provision of $2400/- for the purchase of a site for the New Malay School at Sungei Ramal, Ulu Langat, vide Item 102, page 114, F.M.S. Estimates, Unreserved Services, 1928.
2. I might mention that all my sites for 1928 have been fixed except for this one.
In 1927 the District Officer, Ulu Langat reserved me an admirable site. I regarded the matter as fixed. Recently, however, this site was let out on mining lease, and I have endeavoured with the District Officer's help to obtain another site on Government land.
It has been found that no Government land central enough for this school is available. I therefore ask for this special provision.” - T.A.O. Sullivan, Inspector of Schools, Selangor.
Perbincangan di antara Setiausaha Residen Selangor dan Pegawai Daerah Ulu Langat berkenaan tapak ini berlarutan selama setahun, sebelum akhirnya diluluskan pada 6 Februari 1929:-
“D.O. Ulu Langat - Referred for your views.
2. If this site is malarious, so I imagine will any other site in Sungei Ramal be.
3. Is there not a school already at Sungei Ramal, and also one at Bangi?” - S.R., 22.4.28
“S.R. - The actual words used by the H.O. was “The site may prove unhealthy for a resident teacher and his family”.
2. There is a school at Sungei Ramal but it is on the road reserve.
3. There is a school at Bangi.” - D.O. Ulu Langat, 27.4.28
“Personally I think if this site is unhealthy it will be difficult to find another which is healthy in S. Ramal.” S.R., 30.4.28
“The H.O. agrees to the site for the school but opposes the erection of teachers quarters in this vicinity. 2. I recommend that the new quarters for the teacher be built by the existing Sungei Ramal school. I do not think the I of S has any objection to this proposal.” 20.6.28
“Approved.” - 6.2.29
Tapak yang diluluskan untuk pembinaan bangunan baru Sekolah Melayu ini kekal sehingga kini:-
Kiri: “Re sites plan for Malay school & Teachers quarters at Sungei Ramal, Ulu Langat see Sel. G. 1279-28”
Tengah: Lokasi tapak, berdasarkan peta tahun 1926 (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries: |"Selangor : Federated Malay States 1926").
Kanan: Sekolah Melayu Sungai Ramal (kini SK Leftenan Adnan), kini (Mapcarta).
(Sumber: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 13/02/1928: |"APPLIES FOR A SPECIAL PROVISION OF $2400/- TO PURCHASE A SITE FOR THE NEW MALAY SCHOOL AT SUNGEI RAMAL, ULU LANGAT").
Beberapa dokumen rasmi serta laporan akhbar berkaitan sekolah ini:-
- 18/12/1931: Persaraan Cikgu Abdul Karim Abdullah: |"RETIREMENT OF CHE ABDUL KARIM BIN ABDULLAH, HEAD TEACHER, CLASS I B, SUNGEI RAMAL"
- 02/12/1965: Perasmian bangunan tambahan (Berita Harian, 2 December 1965, Page 5: |"JANGAN PILEH SEKOLAH; NASIHAT MENTERI MUDA PELAJARAN PADA IBUBAPA").
- 30/12/1967: Keadaan sekolah telah uzur: “Dalam Pilehan Raya tahun 1964 yang lalu Tuan Lee Siok Yew Menteri Muda Pelajaran Yang Mewakili Kampong Sungai Ramal Dalam Kajang telah memberikan beberapa janji manis untok memikat kami untok mengundi beliau ka-Dewan Ra'ayat Persekutuan. Antara lain beliau telah berjanji bagi memperbaikki Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Luar yang telah hampir roboh. Sekolah ini telah berumoh 67 tahun dan mempunyai murid tidak kurang dari 500 orang dengan 12 orang guru mengajar-nya. Tetapi telah 4 tahun berlalu pilehan Raya namun janji yang di-buat-nya tetap tidak dapat di-tunaikan-nya. Baharu2 ini pula Wakil Peribadi Tuan Lee Siok Yew Dato, sekali lagi sa-bagai Wakil-nya membuat janji-nya di-dalam satu Meshuarat Ketua2 Kampong di-Pejabat UMNO Kajang. Sampai kini janji yang telah bagitu usang tidak dapat di-tunaikan. Menerusi ruangan yang amat berharga ini kami bagi pehak pengundi Tuan Lee Siak Yew ingin mengingatkan beliau agar dapat menunaikan janji yang telah di-buat-nya untok memperbaiki Sekolah yang tersebut supaya dapat murid2 yang akan bersekolah pada tahun 1968 yang akan datang ini merasai lega sadikit untok belajar. Sa-bagai sifat-nya Menteri Muda Pelajaran tentu-lah beliau akan merasa perlu untok mem-perbaiki-nya supaya pelajaran anak2 kampong di-mana beliau mendapat sokongan yang amat besar jangan terbiar sahaja. - Pengundi, Selangor.” (Berita Harian, 30 December 1967, Page 8: |"'JANJI-NYA MASEH TINGGAL JANJI' KATA PENGUNDI").
1929-10-18: Laluan Kaki
18/10/1929: |"APPLICATION BY CERTAIN CHINESE OF SUNGEI RAMAL FOR PERMISSION TO CONSTRUCT A FOOTPATH WITHIN THE RAILWAY RESERVE".
1929-12-16: Penemuan Bijih Timah
16/12/1929: |"TIN DEPOSIT FOUND ON SUNGEI RAMAL. ESTATE NEAR SERDANG. RE:-".
21/12/1929: |"ASKS FOR A GEOLOGIST TO MAKE AN INSPECTION OF AN AREA IN THE VICINITY OF KUALA LUMPUR (A) SUNGEI RAMAL ESTATE (B) HITAM PROJECT").
1932-09-19: Kg Sungai Ramal Tambahan
19/09/1932: |"EXTENSION OF SUNGEI RAMAL MALAY RESERVATION".
Kemungkinan peluasan rizab Melayu Sungai Ramal (Kampung Sungai Ramal Dalam), sebagaimana di dalam peta di bawah.
Peta sekitar Sungai Ramal:-
Kiri: Tahun 1926: Perkampungan Sungai Ramal telah diwartakan sebagai tanah rizab Melayu (lorekan jingga, sempadan kuning). Di sebelah utaranya, disempadani Jalan Ayer Itam (kini Jalan Sungai Chua) ialah Sungei Ramal Estate. Di sebelah barat dan selatannya (sempadan merah jambu) bakal diwartakan sebagai tanah rizab Melayu Sungai Ramal Tambahan. Di sebelah timur lautnya adalah kawasan perlombongan bijih timah (diwarnakan jingga pekat), di sebelahnya Kampung Sungai Chua. (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries: |"Selangor : Federated Malay States 1926").
Tengah: Tahun 1950: sedikit sebanyak masih sama seperti 1926, kecuali sebelah barat dan selatan tanah rizab Melayu Sungai Ramal (sempadan merah jambu) telah diwartakan sebagai tanah rizab Melayu Sungai Ramal Tambahan (Sungai Ramal Extension). (Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720").
Kanan: Kini: Tanah Rizab Melayu Sungai Ramal (sempadan kuning) dan Sungai Ramal Tambahan (sempadan merah jambu), kini adalah Kampung Sungai Ramal Dalam. Sebahagian Sungei Ramal Estate di sebelah utaranya, dan kawasan perlombongan di sebelah timur lautnya, kini menjadi sebahagian kawasan Kampung Sungai Ramal Luar. (Mapcarta).
LATAR PERISTIWA: Kampung Sungai Ramal Dalam
LATAR PERISTIWA: Jalan Ayer Itam (1896-1905)
1942-02-14: Leftenan Adnan Terkorban
Leftenan Adnan bin Saidi, anak kelahiran Kampung Sungai Ramal (lahir 1915), terkorban di dalam salah satu pertempuran terakhir dengan tentera Jepun di Bukit Candu, Pasir Panjang, Singapura.
Kiri: Leftenan Adnan.
Kanan: “Askar Melayu menggunakan mortar untuk memberikan bantuan serangan rapat.”
(Sumber gambar: Wikipedia: "Pertempuran Bukit Candu").
LATAR PERISTIWA: Leftenan Adnan Saidi (1915-1942).
1949: Kematian Guru Quran Pertama
Peta Sekitar Sungai Ramal 1950
Peta sekitar Sungai Ramal, 1950 (Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720").
1959-1960: Warga Kampung
21/02/1959: “KHAIRUL JABAL ANUAR, Sungai Ramal, Kajang, Selangor (20, surat menyurat, membacha, bertukar fikiran, mendengar radio, badminton dan menyanyi”).“ (Berita Harian, 21 February 1959, Page 9: |"Ta' mahu di-kirimi surat2 lagi").
12/08/1959: “S. AHMAD YANI, Sungai Ramal Luar, P. Pos Kajang, Selangor (18 1/2, bola sepak, mendengar radio, surat menyurat, bertukar fikiran).” (Berita Harian, 12 August 1959, Page 6: |"GAMBAR TIDAK DI-SIARKAN KERANA RUANGAN SANGAT TERBATAS").
10/12/1960: “KAMARUDDIN b. M. ZAIN, Sungai Ramal, Kajang Selangor (19, mendengar radio, berkenalan, surat menyurat).” (Sahabat Pena @ Berita Harian, 10 December 1960, Page 9: |"PILEH-LAH SAHABAT DI-ANTARA NAMA2 YG TERSIAR DI-BAWAH").
1960-05-09: Kursus Ketua Kampung
Rujuk: 1960-05-09: Kursus Ketua Kampung.
1961-08-29: Perlantikan Ketua Kampung
“Sa-ramai lima orang ketua kampong telah dilantek oleh kerajaan Selangor bagi beberapa kawasan Ulu Langat. Mereka itu ia-lah:- Inche' Halim Bin Sirap, bagi kampong Sungai Sekamat, Inche' Ali bin Bayon bagi kawasan batu 10 Cheras, Tuan Haji Mohd. Kasim bin Omar bagi kawasan Pulau Meranti Kajang, Inche Othman Bin Jamin Sungai Ramal Dalam dan Inche' Daros Bin Saidi bagi kawasan Sungai Ramal Luar.” (Berita Harian, 29 August 1961, Page 2: |"5 orang ketua2 kampong di-pileh").
1962-1963: Perkahwinan Warga
Kiri: 21/09/1962: “Che'gu Mohd Yusof Hassan, guru sekolah kebangsaan Sungai Ramal, Kajang bersama isteri-nya Che' Fatahiah binti Mohd Yusof dari Cameron Highland yang telah melangsongkan perkahwinan mereka di-Kampong Kuantan, Klang baharu2 ini.” (Berita Harian, 21 September 1962, Page 6: |"Pengantin baharu").
Kanan: 24/08/1963: “Gambar persandingan antara Ustaz Tamri bin Amran, 24 tahun, guru ugama di-Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal, Kajang dengan Che' Rubi'ah binti Haji Siraj, 17 tahun, Perkahwinan-nya telah berlangsong baharu2 ini di-rumah pengantin perempuan-nya di-Kampong Si-Jangkang.” (Berita Harian, 24 August 1963, Page 6: |"SEMOGA BAHGIA").
1963-03-06: Bekalan Air dari Cheras
“The Cheras water supply, declared open by His Highness the Sultan yesterday, carries forward to an advanced stage Federal and State plans to satisfy long-felt needs. Kajang town may be expected to tap most from this new source, but it is the surrounding rural areas and a number of “new villages” that will derive special benefit. Cheras, Serdang Bharu, Belakong, Sungei Chua and Sungei Ramal among others have had to endure for years acute water shortages. As the Mentri Besar recollected yesterday, the previous installations were built in the years of the Emergency and were necessarily of a makeshift nature. The quality of the supply itself was “a source of constant worry to the Government,” which is another way of saying that the water was pretty bad. This period is now over.” (The Straits Times, 6 March 1963, Page 8: |"Cheras Scheme").
1963-09-24: Kemasukan Elektrik
Rayuan penduduk Sungai Ramal untuk kemasukan elektrik ke kampung mereka telah pun tersiar sejak tahun 1960 lagi: “Pendudok2 di-kampong Sungai Ramal dan di-sekitar-nya, kira2 20 batu dari Ulu Langat sekarang hampir2 merasa putus harap hendak mendapat kuasa letrik yang di-nanti2 oleh mereka sejak beberapa lama, walau pun beberapa puchok surat rayuan telah di-hantar kapada pehak yang berkenaan tentang perkara ini. Pendudok di-sini sangat memerlukan kuasa letrik dan mereka telah berikhtiar untok mendapatkannya tetapi hingga hari ini kehendak mereka belum di-perkenankan juga. Sa-orang pendudok kampong di-sini menyatakan bahawa permohonan pendudok kampong itu di-buat sa-suai dengan janji2 chalun2 yang bertanding dalam pilehan raya yang lalu dan sekarang telah mendudoki tempat yang tinggi. Janji itu menurut beliau ia-lah bahawa kampong2 di-sini akan mendapat bekalan letrik jika chalun2 itu menang dalam pilehan raya itu. Surat2 rayuan mengenai hal ini telah di-kemuka-kan kapada pehak yang berkenaan sa-banyak empat kali, tetapi ada-lah di-fahamkan bahawa hingga sekarang jawapan-nya maseh belum di-terima lagi. Pekan Kuala Lui dan Ulu Langat telah mendapat bekalan kuasa letrik dalam bulan November tahun lalu.” (Berita Harian, 15 April 1960, Page 6: |"HAMPIR PUTUS HARAP MENANTI BEKALAN LETRIK YANG DI-MINTA").
Sekitar tahun 1963, perkhidmatan elektrik akhirnya dapat dinikmati penduduk Kampung Sungai Ramal: “The villages in Ulu Langat district which have already been connected with electricity are Dusun Tua, Sungei Lui, Kampong Perdek, Kampong Lucok Kelubi, Dengkil, Sungei Ramal, Kampong G. Gahal and Kampong Jawa. These kampongs are being lighted up under part of a programme started in 1961 to bring electricity to more than 30,000.” (The Straits Times, 24 September 1963, Page 11: |"Electricity for 24 villages by year end").
1965-08-10: Tanah Perumahan di Bekas Lombong
“Sa-ramai 140 orang pendudok di-mukim Kajang telah di-beri tanah rumah dalam ranchangan kedua Sungai Kantan, pada bulan August ini. Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Kajang Inche' Mohd Nazir bin Abdul Jalil memberi tahu Berita Harian ini-lah kali yang kedua tanah2 perumahan di-kawasan Sungai Kantan ini di-beri kapada pendudok terutama kapada pegawai2 kerajaan yang bersara dan juga pendudok yang miskin. Tanah yang pertama di-beri kapada pegawai kerajaan yang telah bersara sekarang telah menjadi sa-buah kampong baharu yang moden. Inche' Nazir juga sa-bagai sa-orang ahli jawatankuasa menemu duga peserta2 untok mendapat tanah ini menerangkan ahli jawatankuasa ini lebeh mengutamakan orang2 yang tidak bertanah dan bekas2 tentera dan polis khas yang tidak bertanah. Sa-banyak 300 keluarga lagi akan di-beri tanah perumahan di-kawasan Sungai Ramal Luar untok di-jadi-kan kampong beramai2 tidak lama lagi. Tanah ini ia-lah bekas sa-buah tanah lombong yang berhampiran dengan kampong baharu Orang China Sungai Chua, kira2 dua batu dari Kajang.” (Berita Harian, 10 August 1965, Page 7: |"KAWASAN RUMAH DI-BERI KAPADA 140 KELUARGA").
1965-08-31: Kemalangan Jalan Raya
“Sementara itu, sa-orang penoreh getah, Liew Lan Keow, berumor 3 1/2 tahun, kanak2 telah mati terbunoh manakala terlanggar oleh sa-buah motokar di-Jalan Sungai Ramal, dua batu dari sini pagi tadi.” (Berita Harian, 31 August 1965, Page 15: |"Dua lagi terkorban di-jalan raya").
1965-12-20: Isu Sarapan Anak Sekolah
Dato' Dagang Darus bin Saidi, ketua kampong Sungai Ramal Kajang, menyatakan bangkangan beliau terhadap pernyataan Cikgu A.P. Richards di akhbar. Rujuk: 1965-11-28: Cikgu A.P. Richards.
1982: Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan
Pada tahun 1982, nama Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal ditukar dengan rasminya kepada Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan, sebagai memperingati jasa anak jati kampung itu. (Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Selangor @ Youtube Mohd Yazid Abdullah @ Majlis Belia Negeri Selangor, 17 September 2021: "Kisah Datuk Leftenan Adnan Saidi Kg Sungai Ramal Luar Kajang S’gor").
LATAR PERISTIWA: Leftenan Adnan Saidi (1915-1942).
1983-04-25: Pelakon Watak P. Ramlee
“Semua sudah suratan takdir,” Kata pengarah filem Yusaini Amir dari Segugus Film Production, yang kini sedang mengusahakan filem $600,00 berkenaan allahyarham P. Ramlee. Minggu lepas, hampir sebulan selepas projek itu dilancarkan, sebuah sidang akhbar di Pulau Pinang diberitahu bahawa pelakon bagi watak P. Ramlee telahpun ditemui. Namanya Daud Yusoff, 22 tahun, dan seorang pembantu makmal di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Pemilihan itu mendapat restu dari Encik Abu Bakar Mohamad dari Pulau Pinang yang mrupakan guru muzik pertama allahyarham P. Ramlee dan rakan karibnya. Menurut butir-butir yang tercatat dalam surat permohonannya, Daud dilahirkan di Perak dan kini menetap di Kampung Sungai Ramal Baharu di Kajang, Selangor. Minatnya ialah menyanyi dan menari.” (The Straits Times, 25 April 1983, Page 64: |"Pelanduk dua serupa?").
“The following is a report on the efforts made by Segugus Film Production to make a film about the life of the versatile entertainer. It is lifted from the New Straits Times. … Last week, nearly a month after the project was publicly launched, it was disclosed at a Press conference in Pulau Pinang that the man to play P. Ramlee had been found. He is Daud bin Yusoff, 22, a laboratory assistant at a university in Kuala Lumpur. Encik Daud has, however, requested Encik Yusaini not to reveal which university. The selection, said Encik Yusaini, has even been endorsed by Encik Abu Bakar Mohamad of Pulau Pinang, P. Ramlee's first music teacher and personal friend. According to what is stated in his application form, Perak-born Daud Yusoff is currently residing in Kampung Sungai Ramal Baharu in Kajang, Selangor. His stated hobbies are singing and dancing. Encik Daud's resemblance to the young P. Ramlee is reported to be close, in terms of face, body and character. When Encik Yusaini told Encik Abu Bakar that Daud also has pimples on his face, as P. Ramlee had, the music teacher was “immensely surprised”. Daud's voice will, however, not be used for the part. The man chosen for that, said Encik Yusaini, is Sulaiman bin Yassin…”
Kiri: P. Ramlee
Kanan: Daud Yusoff
(Sumber: The Straits Times, 25 April 1983, Page 64: |"In memory of P. Ramlee").
1989: Bangunan Baru SMKA Maahad Hamidiah
“Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Pada masa itu, SMKA Maahad Hamidiah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang. Para pelajar pada masa itu berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga 4. Manakala kakitangan akademiknya adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz, Puan Rohiyah @ Zainab Haji Taib dan seorang guru lagi. Pengetuanya yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Aziz Andik Achok. Pengasas sekolah ini ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul Hamid, yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Beliau menubuhkan sekolah ini pada tahun 1963. Bangunan asal sekolah ini terletak di Batu 14, Cheras bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang. Bermula 16 September 1984, pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telahpun berpindah ke kawasan baru yang bertempat di Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang.” ( Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah @ Wikipedia )
Koleksi Gambar
Jalan Sungai Ramal
“Pekan Kajang. Kenangan lama mengusik jiwa. Koleksi foto nostalgia sekitar Pekan Kajang. Kredit : Azam Aziz” (Facebook Bandar Kajang, 14 Disember 2016: Pekan Kajang).
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 | Hubungi Kami |
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.