User Tools

Site Tools


sampah_b_b_bangi

Pusat Pelupusan Sampah di Bangi

(Petikan Laporan Interim Pelan Tindakan Perbandaran Rendah Karbon Bandar Baru Bangi 2035)


Pusat Pelupusan Sampah Tanjung Dua Belas

Dirujuk oleh

UI-2 Sisa

UI-2-1 Sisa pembinaan dan perindustrian

Sisa daripada sektor pembinaan dan perindustrian adalah terdiri daripada bahan-bahan yang tidak lagi diperlukan di tapak pembinaan dan perindustrian. Sisa–sisa inibersaiz besar, berat dan kebanyakannya tidak sesuai untuk pembuangan, pembakaran atau pengkomposan seperti keluli, kayu, bata, konkrit dan lain-lain. Walaupun industri pembinaan merupakan salah satu sektor utama yang menyumbang kepada ekonomi negara, ia juga turut menyumbang kesan buruk terhadap alam sekitar melalui pelepasan gas rumah hijau. Sebagai contoh, gas rumah hijau yang dilepaskan oleh sektor keluli adalah daripada pembakaran bahan api fosil semasa proses penghasilan besi dan keluli. Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang terhasil daripada industri pembinaan dan perindustrian ini seperti mengaplikasikan proses kitar semula bahan berbanding membuang sisa tersebut ke tapak pelupusan sampah.

Sehingga akhir tahun 2017, masih tidak terdapat program kitar semula bagi sisa pembinaan dan perindistrian di Bandar Baru Bangi. Semua sisa dihantar ke tapak pelupusan sampah Tanjung Dua Belas. Kebanyakan pihak kontraktor masih menggunakan bahan binaan yang masih baik untuk digunakan semula seperti kayu scaffold dan bahan-bahan lain. Walau bagaimanapun, kadar guna semula bahan-bahan ini tidak direkodkan dengan sempurna. Manakala, penggunaan bahan-bahan dan inovasi mesra alam seperti Integrated Building System (IBS) masih terhad dan tidak diberi penekanan khusus.

Jadual 2.41: Pematuhan LCCF bagi Kriteria UI2-1 Pengurusan Sisa Binaan dan Perindustrian

Jadual 2.41: Pematuhan LCCF bagi Kriteria UI2-1 Pengurusan Sisa Binaan dan Perindustrian Fakta Karbon

UI-2-2 Pengurusan Sisa Pepejal Isi Rumah

Secara umumnya, pengasingan sisa pepejal dipunca dapat dilaksanakan melalui 2 kaedah iaitu secara tradisional atau menggunakan teknologi. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengurangkan sisa pepejal isi rumah ke tapak pelupusan sampah seperti dengan menjalankan kempen kesedaran mengasingkan sampah mengikut elemen 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan rawatan sendiri (contohnya pengkomposan, penghadaman anaerobik). Sisa pepejal boleh ditukar menjadi sesuatu yang bernilai dan membantu menjana pendapatan, contohnya dengan menjual sisa pepejal kepada Pusat Kitar Semula. Manakala, sisa organik boleh ditukar kepada biogas dan baja organik yang baik untuk penanaman sayur-sayuran organik.

Pihak MPKj telah menggunakan tapak pelupusan Kampung Sungai Kembong, Bangi untuk pembuangan sisa domestic daripada tahun 1999 hingga 2006. Oleh kerana tapak pelupusan ini tidak mampu menampung kapasiti sisa pepejal yang banyak, ia telah menjejaskan dua (2) loji bekalan air di hilir Sungai Beranang. Seterusnya, sisa pepejal di bawah kendalian MPKj ini dilupuskan dengan sistem Refuse Derived Fuel (RDF) yang dikendalikan oleh Syarikat Recycle Energy Sdn Bhd (RESB). Sistem ini dikatakan mampu memproses serta merawat sampah yang dibuang oleh penduduk setempat serta dalam masa yang sama boleh menjanakan tenaga elektrik daripada sampah terbabit setelah melakukan pengasingan.

Berikutan masalah longgokan sisa stokpile, kilang rawatan sampah ini hanya bertahan selama lapan (8) tahun bermula daripada Julai 2006 sehingga 7 April 2014. Faktor yang menyebabkan sisa stokpile ini tidak dapat dilupuskan adalah disebabkan tapak pelupusan yang jauh dan kos yang tinggi bagi melupuskan sisa tersebut. Justeru, sisa pepejal kategori domestik dihantar ke tapak pelupusan sanitari Tanjung 12, Sepang. Pihak MPKj telah melantik syarikat Worlwide Holding Berhad bagi mengetuai 15 kontraktor pengurusan sisa pepejal domestik. Terdapat 15 zon kutipan sisa domestik yang akan dipertanggung jawabkan kepada setiap kontraktor di bawah naungan Worldwide Holding Berhad. Manakala, sisa pepejal kategori pukal dan industri pula dihantar ke tapak pelupusan di Sungai Lalang yang diketuai oleh Syarikat Misi Restu Sdn Bhd (MRSD). Anak syarikat dibawah naungan MRSD adalah sebanyak 67 kontraktor bagi mewakili 67 zon kutipan di seluruh mukim.

Tumpuan utama sistem pengurusan sisa pepejal di Bandar Baru Bangi adalah kebergantungan tunggal terhadap Tapak Pelupusan Sampah. Pada tahun 2017, kirakira 27.94 tan/hari sisa pepejal dihantar ke Tapak Pelupusan Sampah Tanjung Dua Belas. Jumlah purata sampah yang terkumpul ialah lebih kurang 10,198.010 tan setahun. Jumlah ini adalah termasuk 2028.378 tan yang setahun yang dijana daripada pusat komersial di Pusat Bandar, Bandar Baru Bangi (Sumber: Jabatan Perancangan Pembangunan, MPKj, 2017).

Jadual 2.42: Perincian mengenai Tapak Pelupusan Sampah di Tanjung Dua Belas

Jadual 2.42: Perincian mengenai Tapak Pelupusan Sampah di Tanjung Dua Belas
Sumber: Jabatan Perancangan Pembangunan, MPKj, 2017


Gambar 2.54: Pusat Pelupusan Sampah Tanjung Dua Belas

Rajah 2.33: Pusat Pelupusan Sampah Tanjung Dua Belas

Rajah 2.33: Pusat Pelupusan Sampah Tanjung Dua Belas
Sumber: Jabatan Perancangan Pembangunan, MPKj , 2017

Bandar Baru Bangi secara tidak langsung terkesan dengan polisi Kerajaan Selangor yang menghadkan penggunaan bungkusan daripada sumber yang tidak boleh dikitar semula seperti polistrin dan sistem cukai terhadap penggunaan beg plastik. Walau bagaimanapun, memandangkan keseluruhan sampah (100%) dilupuskan di tapak pelupusan sampah, maka satu pendekatan yang lebih mampan perlu dipraktikkan di Bandar Baru Bangi seperti kaedah kitar semula dan kompos. Semasa, hanya sesetengah pihak di kawasan ini yang secara sukarela mempraktikkan amalan kitar semula tanpa direkodkan dengan jelas.

Jadual 2.43: Pematuhan LCCF bagi Kriteria UI2-2 Pengurusan Sisa Pepejal Isi Rumah

Jadual 2.43: Pematuhan LCCF bagi Kriteria UI2-2 Pengurusan Sisa Pepejal Isi Rumah Fakta Karbon

Sumber

Catatan

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

sampah_b_b_bangi.txt · Last modified: 2021/12/16 10:35 by sazli