Jadual Kandungan
Zain Mahmood (1933-1994)
Dirujuk oleh
Perihal Zain Mahmood
Zain Mahmud / Mahmood ialah seorang tokoh penyiaran dan drama Radio dan Televisyen Singapura (RTS) dan Malaysia (RTM). Walaupun beliau lebih terkenal di dalam bidang penyiaran TV di Singapura dan Malaysia (serta pengkarya beberapa filem selepasnya), beliau pernah menyatakan kecenderungan beliau terhadap bidang siaran radio:-
“Radio … allows one to think, to hone one’s mind so as to sharpen and develop one’s intellect. It is true that the eye leaves nothing to the imagination—but the ear does. When we listen to a radio play, we create our own conceptions. If a thousand people tune in, you will have a thousand different conceptions because our imagination takes flight on a journey of exploration that creates our own unique fantasy… So, when we listen to radio, our mind and thoughts are always throbbing, and we sit on the throne as an individual and not as a digit in a madding crowd. But when we watch TV… others do the thinking for you––others create the conception because it is true that the eye spoon-feeds the mind. Even though millions of viewers watch “Dallas”, what is produced is a single conception, since “Dallas” has been described as a mass hysteria based on a single madness.” - Zain Mahmood, “Life begins at forty,” in Penyiaran - 4 dekad bersama anda [Broadcasting - 4 decades with you], ed. Abdul Aziz Abas, et al. (Kuala Lumpur: Ministry of Information and Broadcasting, 1987). 12-13. The words in italics were the English phrases Zain used in his original Malay text.“ (Cheong Soon Gan, 2012: |"Contested Nationalisms and Propaganda: Birth Pangs of a Malaysian Nation, 1957-1969", m.s.38). Menariknya, drama “PJ” di atas diolah berdasarkan siri ”Dallas“ yang disebutkan beliau itu.
Ringkasan penglibatan beliau di dalam TV Singapura sejak awal siarannya:-
“Ketika siaran TV awam dilancarkan di Singapura pada 15 Februari 1963, terdapat dua saluran iaitu 5 (Inggeris dan Melayu) dan 8 (Mandarin). Antara rancangan Melayu di Saluran 5 ialah drama yang lebih dikenali sebagai Sandiwara (dari dua kekata Jawa/Sanskerta: sandi yang bermakna rahsia dan wara bererti cerita). Antara penerbitnya ialah Zain Mahmood (1933-1994), Baseron Jumat (1930-1989), Yusof Ahmad dan Rahim Jailani. Pada tahap awal perkembangan sandiwara, para penerbit berdepan dengan pelbagai hambatan, terutama kekurangan skrip. Memang sudah terdapat penulis drama radio dan penulis drama pentas ketika itu. Namun karya mereka perlu diolah untuk disesuaikan dengan penerbitan TV.
Untuk melancarkan proses penerbitan, Baseron Jumat telah mengundang Bani Buang (1929-1996), seorang pengarah drama
pentas yang terkenal dan bekerja di Panggung Victoria, untuk membantu dari segi arahan dan lakonan di studio. Pada 1973, barulah Bani Buang ditawarkan bekerja sebagai penerbit drama sepenuh masa.
Antara 1966-1968, lahir siri popular yang terpanjang berjudul Pak Awang Temberang yang mengisahkan permasalahan keluarga Melayu yang berpindah dari kampung ke rumah pangsa. Lakonan Salim Bachik selaku Pak Awang, Zainon Ismail (Mak Oteh), S. M. Alkaff (jiran), pelakon kanak-kanak adik-beradik Rahimah Rahim dan Rahman (selaku anak-anak Pak Wang) ternyata mengesankan walaupun drama ini tertumpu di studio belaka dengan set yang ringkas.
Pencetus idea dan juga penerbit siri ini ialah Zain Mahmood. Beliau dibantu penulis-pengarah drama pentas terkenal, Kalam Hamidy, untuk menjayakan siri Pak Awang Awang. Drama ini cukup popular sehinggakan set sofa dalam drama itu mendapat julukan ‘kerusi Pak Awang’. Kemudian lahir pula siri drama seperti Mama Sayang Papa, Pahit-Pahit Manis dan Masa. Permintaan bagi sandiwara meningkat apabila Saluran 5 menyediakan dua masa siaran untuk drama dalam seminggu. Setiap petang Ahad, penonton disajikan dengan drama bercorak domestik sepanjang 30 minit dan drama sejam disiarkan pada setiap Selasa atau Rabu.”
(Sumber: Hamed Ismail @ Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2015: |"Yang Terukir, Bahasa dan Persuratan Melayu", m.s.109-111).
Riwayat Hidup
Riwayat hidup dan urutan peristiwa secara ringkas, termasuk terbitan dan karya beliau:-
Latar Pendidikan (1933-1959)
- 1933 : Dilahirkan di Alor Setar, Kedah: “I put my studies to good use by helping to build a jetty near my dad's home town of Alor Setar in the northern part of the country.” (Sabri Zain (anak Zain Mahmood), "A Kind of Madness" (Blog)).
- 1957-1959: “Lulusan Universiti Malaya (sekarang Universiti Singapura) setelah pengajian selama 3 tahun.. Salah sa-orang anak Melayu yang mempunyai diploma dari Amerika Sharikat dalam ilmu Televishen” (kursus selama 4 bulan di sana pada tahun 1962). (Berita Harian, 20 April 1963: |"DRAMA MELAYU MELALUI TELIVISHEN"). Persoalan: Mungkinkah ini tesis ijazah beliau: Mohammad Zain Mahmood, 1959: "A study of Keramat worship (with special reference to Singapore)"?
Radio Singapura (1959-1963)
- 1959 : Setelah menerima Ijazah BA(Hons) Universiti Malaya (Singapura), beliau memulakan tugas sebagai penolong penerbit bahagian Melayu Radio Singapura (Berita Harian, 7 September 1971: |"Zain letak jawatan dari Talivishen Singapura"
- 1960 (11 Jun) : Pada Sambutan Hari Nasional Singapura yang pertama pada 3 Jun 1960, Radio Singapura menyiarkan karya beliau, sandiwara setengah jam berjudul “Hari Negara” (kisah suami isteri berlainan bangsa dan agama), manakala sempena Hari Raya Haji pada 5 Jun tahun itu, Radio Singapura menyiarkan drama karya beliau “Sorak Sa-kampong”. Kedua-duanya menerima kritikan hebat oleh “Damak”, seorang pengarang di Berita Harian. (Berita Harian, 11 Jun 1960: |"SAMBUTAN HARI NEGARA S'PURA MENGECHEWAKAN")
- 1960 (8 Julai) : Drama “Ketuhanan” karya Rahman B. telah dikecam oleh agamawan disebabkan beberapa dialog dan jalan cerita di dalamnya. Penulis (Hussein Shamsuddin), Zaharah Za'ba, dan Zain Mahmud mempertahankannya. (Berita Harian, 8 Julai 1960: |"MEMPERKATAKAN CHERITA SANDIWARA RADIO 'KETUHANAN'").
- 1960-1962: Dinaikkan pangkat sebagai Penyelia “Suara Singapura”, siaran 4 aliran bahasa bagi memupuk cita-cita berbilang bangsa. (Berita Harian, 7 September 1971: |"Zain letak jawatan dari Talivishen Singapura").
- 1961 (3 Mac): Sebagai Pemangku Penyelia, Radio Singapura Bahagian Melayu - menyusun rancangan untuk malam hari raya. (Berita Harian, 3 Mac 1961: |"Achara besar Hari Raya Radio S'pura")
- 1961 (6 Jun): Ahli forum anjuran Radio Singapura, sempena Hari Nasional Singapura, diadakan di Panggung Victoria (The Singapore Free Press, 6 Jun 1961: | "Music and four forums to mark National Day will go on the air").
- 1961 (3 Okt): Pensyarah teater Melayu utk Singapore Adult Education Board di Cultural Centre, Canning Rise. (Singapore Free Press, 3 Oktober 1961, |"Adult Board to run course in music appreciation").
Radio dan Television Singapura (RTS, 1963-1972)
- 1963 (15 Februari): 2000 org memenuhi Panggung Victoria menyaksikan 34 peti TV memancarkan siaran rancangan pertama (hitam putih) dari Radio dan Television Singapura (RTS), sebelumnya Radio Singapura. Pada 1 Februari 1980, SBC ditubuhkan menggantikan RTS (Berita Harian, 10 Mac 1984: |"Bangga mengatur langkah ke depan").
- 1963 (20 April): Dalam suatu wawancara sempena TV Singapura (TVS) mula bersiaran pada Februari tahun itu, beliau menyatakan keinginan mengangkat kumpulan drama Sriwana dan Perkumpulan Seni kepada khalayak lebih besar melalui televisyen. Beliau turut mengkritik studio Cathay-Keris dan Jalan Ampas (Malay Film Productions - MFP), mengenai lakonan dan penceritaan yang sama/statik dan hanya berkisar hal-hal cinta melulu, dongeng lama, sejarah kemegahan purba, serta semata-mata mengejar “box office”, lalu tidak mencapai khalayak pelbagai. Seterusnya beliau menyatakan antara misi TVS adalah untuk memperluas dan mempelbagaikan potensi drama melayu serta para pelakonnya. Melalui drama terbitan beliau, “Damak” (karya H. M. Rohaizad) sebagai panduan, serta keahlian beliau dalam Sriwana beberapa bulan sebelumnya, beliau menjemput para penulis drama menyumbangkan karya mereka ke TVS untuk ditelevisyenkan. (Berita Harian, 20 April 1963: |"DRAMA MELAYU MELALUI TELEVISHEN").
- 1963 (29 Mei): “Awal dan Mira” terbitan beliau, karya Indonesia dan dijayakan oleh Sriwana, adalah drama Melayu pertama yang disiarkan di TVS. Ketika ini, dalam situasi konfrontasi Indonesia, lagu popular Indonesia jarang diputarkan, lalu digantikan dengan lagu-lagu Melayu lama (Berita Harian, 22 Julai 1969: | "Pertandingan Bintang Radio akan tukar chara"). Drama “Awal dan Mira” ini asalnya arahan Bani Buang dan pasukan seni Sriwana beberapa tahun terdahulu, antaranya 2 kali dipentaskan di Panggung Victoria pada 1958, dan sebelumnya di panggung Broadway, New World. (Berita Harian, 9 Jun 1963: |"Peluang untok drama2 Melayu").
- 1963 (7 Julai): “Malam Jahanam”, drama Indonesia karya Motinggo Bosje (pemenang pesta drama Indonesia 1961), dan pernah dipentaskan oleh Sriwana, diterbitkan oleh Zain Mahmud (terbitan drama melayu kedua) di TVS, arahan Bani Buang. (Berita Harian, 7 Julai 1963: |"MALAM JAHANAM"). Antara barisan pelakonnya ialah Fatimah Yassin dan Osman Zailani, yang bakal berlakon di dalam drama PJ di atas. Antara kritikan yang diterima: versi pementasan asal lebih baik, kerana loghat bahasanya yg lebih asli Indonesia. Tujuan karya-karya Indonesia sebegini diketengahkan adalah kerana tahap mutu drama Melayu yang masih rendah (hal-hal remeh, serta pengupasan yang tidak konkrit), agar ianya menjadi contoh tauladan kpd pengkarya tempatan. (Berita Harian, 13 Julai 1963: |"Lagi drama Melayu di-pentaskan melalui Talivisen").
- 1963 (Julai 14): Pemangku Ketua Siaran Suara Singapura dan Ketua Bahagian Siaran Perdagangan Radio Singapura. Ketika ini beliau masih bukan pekerja tetap dalam siaran TV Singapura. (Berita Harian, 14 Julai 1963: |"KELEBEHAN DAN KEKURANGAN RANCHANGAN2 MELAYU TV S'PURA").
- 1963 (29 Disember): Drama Melayu “Sial Bertuah”, karya Kalam Hamidi yg telah dipentaskan di Panggong Victoria, diterbitkan utk TVS. (Berita Harian, 29 Disember 1963: |"'SIAL BERTUAH' DI-TALIVISHEN").
- 1964 (12 Januari): Penerbit drama Melayu TV(M)S - “Damak”, drama karya H. M. Rohaizad (Berita Harian, 12 Januari 1964: |"Damak di-TV untok raya puasa").
- 1964 (13 Mac): Ketua Siaran Perdagangan, Bahagian Melayu, Radio Malaysia - Dianugerahi Pingat Pentadbiran Awam (Berita Harian, 13 Mac 1964: |"Majlis untok mera'ikan teman2 Radio").
- 1964 (6 September): Wawancara dengan Fatimah Yassin, pelakon dalam banyak drama-drama televisyen sejak TVS mula bersiaran. Zain Mahmood menganggap beliau sebagai “pelakon agong di-TV”. (Berita Harian, 6 September 1964: |"Fatimah jadi keluarga TV"). “Selain Ribut, Fatimah telah berlakon lebih 100 drama di Radio Televisyen Singapura yang kebanyakannya diarahkan oleh Allahyarham Zain Mahmud.” (Muzlina Abu Bakar @ Utusan Online, 2010: |Nostalgia indah Fatimah Yassin). Beliau turut berlakon sebagai salah seorang watak utama di dalam drama “PJ” di atas.
- 1964 (15 November): Penerbit drama TVS, “Kaki Monyet”: drama 45 minit, karya Abdul Shukur Harun, arahan Bani Buang (Berita Harian, 15 November 1964: |"KAKI MONYET bawa rezeki atau bahaya?").
- 1964: Lirik gubahan beliau dalam lagu ”Mengapa Di-Rindu“, nyanyian Saloma, telah dimuatkan di dalam filem ”Dua Pendekar“, arahan Hussein Haniff dan lakonan Yusof Latif dan Roseyatimah: “Jika anda ingin mendengar kemerduan lagu-lagu ciptaan dan gubahan Ahmad Wan Yet, dengarkanlah satu lagu popular yang dinyanyikan oleh Saloma yang kemudiannya dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi terkemudian seperti Uji Rashid iaitu Lagu Mengapa Dirindu yang liriknya ditulis oleh Zain Mahmud.” (abixray@streamyx.com, |"Maklumat Tokoh Muzik Dan Penulis Lirik Era Kegemilangan Filem Melayu").
- 1965 (14 Mac): Penerbitan “Saksi”, drama televisyen yang diadaptasi dari pementasan sepanjang 3 jam, arahan Bani Buang bersama barisan pelakon “Sriwana”, di Panggong Victoria, Singapura. Beliau turut berlakon di dalam versi drama TV ini. (Berita Harian, 14 Mac 1965: |"SAKSI SRIWANA").
- 1965 (28 Mac): Ketika penggambaran drama “Malam”, karya beliau sendiri, arahan Bani Buang, pelakon Salim Bachik mengalami kecederaan ketika penggambaran, namun ianya tetap diteruskan. (Berita Harian, 28 Mac 1965: |"Bintang Talivishen, Salim Bachik chedera dalam masa berlakon").
- 1965 (18 April): Sambutan drama pentas (cth: Panggong Victoria) kian merosot, dipercayai disebabkan drama TV (Contoh: “Alam Sandiwara” oleh Zain Mahmud). Pementasan terakhir yang agak berjaya ialah “Atap Genting Atap Rembia” oleh Sriwana, karya Kala Dewata. (Berita Harian, 18 April 1965: |"DRAMA DI-SINGAPURA KA-LIANG KUBOR?").
- 1965 (24 Jun): “Papan Berhala”, Drama saduran Tionghua terbitan beliau ditayangkan buat kali kedua. (Berita Harian, 24 Jun 1965: |"TV S'pura ulangi drama sadoran").
- 1966 (13 April): “Gelombang”, drama karya M Sa'adi, arahan Bani Buang, menggondol 7 buah hadiah “Oscar” Pesta Drama Sriwana, diterbitkan oleh beliau utk TVS (Berita Harian, 13 April 1966: |"GELOMBANG' DI-SIARKAN MELALUI TV SINGAPURA 15 APRIL").
- 1966 (1 Jun): Penerbit rancangan TVS. Khabar angin letak jawatan, dan drama “Pak Awang Temberang” dihentikan. Drama lain: “Awal dan Mira”, “Malam Jahanam”, “Papan Berhala”, “Gelombang” dll (kebanyakannya dongeng, hantu, hal tahyul dan kepercayaan). Juga hiburan “Kalong Senandong”. (Berita Harian, 1 Jun 1966: |"Penerbit Pak Awang Temberang letak jawatan", Berita Harian, 2 Jun 1966: |"Zain Mahmud: Berita na' berhenti hanya khabar angin").
- 1966 (26 November): Menyokong pembentukan persatuan para seniman yang baharu (non-politikal, dan bukan kesatuan sekerja) bagi menggantikan Persatuan Artis Filem Malaya (PERSAMA), untuk tujuan menyatukan dan memajukan seniman filem (Cathay-Keris, Jalan Ampas), TV, radio, dan pelbagai cabang seni. Zain Mahmood mencadangkan ianya dipimpin oleh orang yang “ada wang”, agar wang tidak jadi tujuannya. (Berita Harian, 26 November 1966: |"Chadangan 'Artis Kechil' di-sambut para artis").
- 1967 (4 Januari): Penerbit siaran drama “Aku Anak Wayang”, karya beliau sendiri, arahan Bani Buang, di TVS (Berita Harian, 4 Januari 1967: |"Seniman2 filem, radio dan TV dalam derama hari raya puasa", Berita Harian, 22 Januari 1967: | "TV Malaysia patut tayangkan 'Anak Wayang'").
- 1967 (28 Januari): Penerbit siaran drama bersiri mingguan “Rumah Tumpangan”, menggantikan “Pak Awang Temberang” (juga terbitan beliau) di TVS, yang telah berlangsung selama setahun. (Berita Harian, 28 Januari 1967: |"Hamidah Zainal menikah Ahad ini").
- 1967 (18 Mac): Ketua penerbit rancangan TV. Menerbitkan “Mama Sayang Papa”, drama karya beliau sendiri, ditujukan untuk kanak-kanak, menggantikan “Pak Awang Temberang” yang dihentikan setelah selesai 40 siri. (Berita Harian, 18 Mac 1967: |"TV S'pura menyusun achara baru yang berunsor harmoni").
- 1967 (13 Mei): “Mama Sayang Papa” dapat pujian ramai. (Berita Harian, 13 Mei 1967: |"Ranchangan 'Papa Sayang Mama' mendapat pujian").
- 1968 (10 Februari): Tertarik dengan Drama “Daerah Sial” yang tetlah memenangi anugerah Pesta Budaya LTK, untuk dijadikan drama TV. (Berita Harian, 10 Februari 1968: |"Badan drama KL rebut oskar dan pingat2 LTK).
- 1968 (6 Julai): Pegawai Kanan Bahagian Siaran Radio dan TV Singapura. Drama beliau, “Pak Awang Temberang” diterbitkan semula setelah dihentikan hampir setahun lebih. Siri tersebut kali ini cuba memupuk “revolusi mental” terhadap masyarakat Melayu, agar membina semangat berusaha untuk maju dalam segenap bidang. Antara pelakon barunya ialah Kartina Dahari. (Berita Harian, 6 Julai 1978: |"SIARAN PAK AWANG MEMBERI JIWA BARU PENONTON").
- 1968 (24 Disember): Penerbit Rancangan2 TV Singapura. Bersama pengarah Bani Buang, beliau turut memberikan kursus drama TV dan pentas anjuran Jabatan Pengajian Extra-mural, bertempat di bilik kuliah Universiti Singapura. (Berita Harian, 24 Disember 1968: |"6 MINGGU KURSUS DERAMA DI-VARSITI SINGAPURA").
- 1969 (10 Februari): Ahli Lembaga Penasihat, Majlis Pusat Pertubohan Seni dan Budaya Melayu Singapura. (Berita Harian, 10 Februari 1969: |"Pegawai2 Majlis Pusat Pertubohan Seni dan Budaya Melayu di-lantek").
- 1969 (17 Februari): Ketua Urusan Penerbitan TV Singapura. Menyusun siaran khas hari raya haji. (Berita Harian, 17 Februari 1969: |"Ranchangan khas TV S'pura untok Aidiladha").
- 1969 (6 April): Penerbit Kanan Rancangan2 TVS. Ke Laos untuk menjalankan penggambaran lumba kereta dari sana ke Singapura. (Berita Harian, 6 Mac 1969: |"Zain Mahmud ka-Laos untok ambil gambar lumba moto").
- 1969 (14 Jun): Pegawai Kanan Radio dan TV Singapura. Menerbitkan piring2 hitam bagi 6 orang penyanyi2 pop Melayu terkenal ketika itu, termasuk A. Ramlee. (Berita Harian, 14 Jun 1969: |"Piring2 hitam 6 penyanyi pop yang terkenal di-edar").
- 1969 (22 Julai): Setelah beberapa tahun, peraduan “Bintang Radio” ditukar namanya kepada “Johan 69”. Ianya meliputi pelbagai bakat dan kategori lagu Melayu. (Berita Harian, 22 Julai 1969: |"Pertandingan Bintang Radio akan tukar chara", Berita Harian, 6 Ogos 1969: |"Lebih 500 sertai johan RTS S'pura").
- 1969 (12 November): Penerbit kanan RTS. Mula beri peluang penerbit muda, contohnya Baseron Jumat yang menerbitkan 34 siri drama “Telatah”. (Berita Harian, 12 November 1969: |"Penerbit "Telatah" menyeru kapada penulis2 muda").
- 1970 (18 Julai): Pengarah Urusan TVS. Kini mula mengundurkan diri dari penerbitan drama atau cerita bersiri, didakwa sebagai punca drama Melayu TV Singapura merosot sejak 10 bulan kebelakangan. (Berita Harian, 18 Julai 1970: |"Drama Melayu TV S'pura merosot").
- 1970 (9 Ogos): Menyediakan kertas kerja PAKAT (asalnya Tabong Karyawan, konotasi negatif - lumpuh / mengemis, juga terpisah Malaysia-Singapura), menggantikan “Asas 50” yang dirasakan tidak lagi relevan untuk 1970-an. (Berita Harian, 9 Ogos 1970: |"'PAKAT BENTOK TABONG KARYAWAN UNTOK BANTU SENIMAN2").
- 1971 (3 Mac): Pementasan drama Melayu Singapura kekeringan - permintaan “Nyai Dasimah” utk TVS. (Berita Harian, 3 Mac 1971: |"Mengapa sekarang sudah kekeringan?").
- 1971 (4 Mac): Pengarah Urusan Talivishen Singapura - berjanji menayangkan drama klasik “Nyai Dasima” oleh Sriwana, sebagai respon kpd permintaan seorang penontonnya. (Berita Harian, 4 Mac 1971: |"Zain janji akan tayang cherita 'Nyai Dasima'").
- 1971 (15 Mac): Sriwana menjelaskan tidak dapat mementaskan “Nyai Dasima” untuk TV. (Berita Harian, 15 Mac 1971: |"SRIWANA MUNGKIN TAK DAPAT PENTASKAN NYAI DASIMA DI-TV").
- 1971 (30 April): Perjumpaan di Toa Payoh tentang nasib penulis skrip RTS. (Berita Harian, 30 April 1971: |"Perjumpaan di-samping menderma untok mesjid di-Toa Payoh").
- 1971 (5 April): Kursus2 Extra-Mural Studies (Pengajian Tambahan) di Universiti Singapura tidak mendapat sambutan. (Berita Harian, 5 April 1971: |"Mengapa kursus2 di-Universiti dapat sambutan dingin saja?").
- 1971 (20 Julai): Drama karya Zain Mahmud: “Sa-hidup Sa-mati” mendapat kritikan. (Berita Harian, 2 Ogos 1971: |"Derama karangan Zain Mahmud: Kasehan penonton2 yang tak mengerti").
- 1971 (22 Julai): Presiden Sementara, PAKAT. Respon dingin, maka beliau mencadangkan diperkecilkan dahulu bidang/skop aktivitinya. “Singapura bukan kota budaya”. (Berita Harian, 22 Julai 1971: |"Bersedia-kah PAKAT menghadapi chabaran dari masharakat?").
- 1971 (7 Ogos): Dalam isu kontroversi gadis Melayu digalakkan bekerja, termasuk sebagai pelayan di hotel-hotel, Zain Mahmud turut menyokongnya dan antara yang menyeru pemisahan agama dgn hal hal ekonomi dan sosial. (Berita Harian, 7 Ogos 1971: |"Seruan Ghazali supaya gadis2 aktif dalam pembangunan ekonomi dapat sambutan baik").
Radio Televisyen Malaysia (RTM, 1972-1988)
- 1972 (2 Januari): Ketua Bahagian Drama TV Malaysia - Drama karya dan arahan Zain Mahmud: “Korban” dan “Rumah Pondok Rumah Pangsa” karya Kalam Hamidi. (Berita Harian, 2 Januari 1972: |"Drama 'Korban' Zain Mahmud untok tayangan Hari Raya Haji Talivishen M'sia"). Salah seorang pelakonnya, Aziz Singah, turut berlakon di dalam drama “PJ” di atas.
(Sumber gambar: Felix Entertainment).
- 1972 (28 Februari): Kritikan drama beliau di RTM, “Korban”. (Berita Harian, 28 Februari 1972: |"'Korban' persembahan yang 'modest' dari Zain Mahmood").
- 1972 (27 Mac): Kisah Ahmad Nisfu - antara yang diceritakan, pernah dipilih oleh Zain Mahmud untuk berlakon dalam drama TV terbitan beliau iaitu “Anak Wayang” dan “Bujang Pulang Merantau”. (Berita Harian, 27 Februari 1972: | "Ahmad Nispu, 70 tahun, pelakun yg maseh gagah").
- 1972 (12 Ogos): Ketua Bahagian Drama RTM. Menganggap Asmah Sulaiman sebagai “Sesame Street” Malaysia. (Berita Harian, 12 Ogos 1972: |"Asmah pintar pimpin bakat kanak2 dim ranchangan-nya").
- 1972/1973: Lagu ”Mengapa Di-Rindu“ (lirik nukilan beliau) telah dimuatkan ke dalam album Saloma keluaran EMI (SREG-9544).
- 1973 (12 Februari): Membincangkan impak penghijrahan Zain Mahmud ke Malaysia, terhadap perkembangan drama Melayu di Singapura. (Berita Harian, 12 Februari 1973: |"Badan2-RTS perlu kerjasama memajukan drama").
- 1973 (27 Mei): Pembantu penulis skrip “Angin”, sebuah drama berkonsep “Muhibah” yang pertama: “In 1973, the Information Minister, with the help of Television Malaysia's playwright Zain Mahmud, involved himself in scriptwriting and provided a script for TV drama entitled Angin (Rumour), which was aired on May 27, 1973. The story “dealt with rumor-mongering which almost destroyed the livelihood of a Chinese and a Malay family and then saved by a timely suggestion by an Indian” (Karthigesu, 1990, p. 220). The Minister's effort amused neither the audience nor the critics but as Karthigesu (1990) pointed out “it did set a 'goodwill”' [Muhibah] theme as a model for writers to follow” (p. 220).” (Tee-Tuan Foo, August 2004: |"Managing the Content of Malaysian Television Drama: Producers, Gatekeepers and the Barisan Nasional Government", m.s. 186).
- 1974 (22 September): Kisah Jamil Sulong. Selain beliau, Zain Mahmud dan beberapa orang lagi tersenarai dalam tokoh-tokoh seni yang bukan asal Singapura. (Berita Harian, 22 September 1974: |"Jamil Sulong menoleh semula detik2 peristiwa yg sering mencubit2 ingatannya").
- 1985 (5 April): Tersenarai sebagai salah seorang jasawan Melayu, oleh Persatuan Wartawan Melayu Singapura (PWM). (Berita Harian, 5 April 1985: |"Usaha PWM abadikan jasawan disambut baik").
- 1985 (21 Ogos): “Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman” - drama Kumpulan Drama DBP Malaysia dipentaskan di Panggung Victoria, Singapura. Suatu rencana perihal teater Malaysia dan Singapura. Zain Mahmud disebut sebagai antara pelopor drama. (Straits Times, 21 Ogos 1985: | "'Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman' dipentaskan di Singapura").
- 1988 (17 Januari): Bersara sebagai Ketua Pengarah Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). (Berita Harian, 17 Januari 1988: |"SECAWAN KOPI").
Perfileman (1988-1994)
- 1990: Penulis skrip dan penerbit Filem “Fenomena”, arahan Aziz M Osman (IMDB: https://www.imdb.com/title/tt0270363/).
- 1991 (7 Julai): Penulis skrip dan pelakon Filem “Fantasia”, arahan Aziz M Osman, yang telah disekat oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF):-
“Another local Malay film banned by Censorship Board and even upon appeal, was banned too by the Appeal Committee, was Fantasia, directed by Aziz M. Osman and produced by Zain Mahmud in 1991. It was a story of Silbi (a misnomer for Iblis or Satan) who raped and sucked blood of young virgins during full moon as a prerequisite for eternal longevity. One of his victims, Dara, requested help from Kana for revenge. Kana inserted Dara's soul into a ring, which then fell into the hands of Nora, a reporter investigating cases of raped girls during full moon. With the help of her fiancée, Rahmat, and her friend Azrin, Nora eventually managed to destroy Silbi.
Wan Hassan (1994) is his studies on film censorship in Malaysia with special focus on religious and moral censorship concluded that Fantasia was banned for its mystical elements which contradicted Islamic principles. The Censorship Board requested the film producer to cut a few scenes, and after censoring, the producer changed the film's title to Fantasi. Among the scenes which were asked to be cut were the pledge dialogue between Nora and Dara, the act where Dara's soul entered Nora's body and Kana's explanation on the genesis of Silbi. However, the latter version was still banned even upon appeal. The Appeal Committee members consisted of four religious advisors and mufti (Muslim clerics), whereby three of them agreed that only a few scenes need to be cut but one of them totally disagreed to approve the film; therefore the film Fantasi was still banned.
According to Wan Hassan, in a desperate attempt to save his production, the producer, Zain Mahmud, had gone to see the then Prime Minister of Malaysia, Tun Mahathir Mohamed. The Prime Minister agreed to intervene and requested that the Appeal Committee reconsider their decision. In the end, the film was approved with a few cuts and allowed for public viewing in 1994.”
(Sumber: Wan Amizah WM, Chang Peng Kee and Jamaluddin Aziz @ Jurnal Komunikasi, 2009: |"Film censorship in Malaysia: sanctions of religious, cultural and moral values", m.s. 46).
- 1992 (31 Januari): Penulis skrip drama TV “Cikgu Limau Kasturi”, lakonan Harun Salim Bachik. Drama ini telah dianugerahi Drama TV Terbaik dalam Anugerah Sri Angkasa '91: “Television drama Cikgu Limau Kasturi emerged as the Best TV Drama, taking home the coveted Anugerah Sri Angkasa '91 award at the Auditorium Besar, Angkasapuri tonight. On hand to receive the award from Information Minister Datuk Mohamed Rahmat were producers Zain Mahmood and Rohani Yusoff. Cikgu Limau Kasturi also grabbed the Best Privatised Drama award.” (New Straits Times, 31 January 1992: |"Cikgu Limau Kasturi wins top award"). Drama ini telah mendapat sambutan yang baik: “Saya fikir semua yang bergelar guru perlu berterima kasih kepada Allahyarham Datuk Zain Mahmood yang menulis skrip drama Cikgu Limau Kasturi yang disiarkan pada 1992. Menerusi drama itu, Zain mendedahkan pengorbanan guru yang sanggup meredah rimba dan belukar semata-mata untuk mencerdikkan anak bangsa. Banyak yang masih ingat dengan Cikgu Limau Kasturi dan terbayang watak Allahyarham Harun Salim Bachik yang memberikan lakonan yang melekat di hati penonton. Malah secara tiba-tiba selepas drama itu disiarkan, nama Kampung Limau Kasturi di Gua Musang dan pedalaman Kelantan menjadi sebutan. Cikgu Limau Kasturi merupakan cebisan kisah benar masyarakat di Gua Musang. Difahamkan watak lakonan Harun Salim Bachik adalah salah seorang guru yang ketika itu masih mengajar di Kampung Limau Kasturi. Skrip yang kuat diganding pula lakonan hebat, hasilnya terus diingat hingga kini.” (Utusan Online, 2019: |"Retrospektif Cikgu Limau Kasturi").
- 1992 (21 April): Filem “Fantasia” akan dipinda sebelum ke penapis semula. (Berita Harian, 21 April 1992: |“'Fantasia' dipinda sebelum ke penapis semula”).
- 1993: Penulis Skrip Filem “Balada”, arahan Jins Shamsuddin (IMDB: https://www.imdb.com/title/tt0275213/).
- 1994 (1 Februari): Meninggal dunia pada pagi 31/1/1994 di rumah sepupunya, Encik Kassim Ahmad, di Kampung Titi Haji Idris, Langgar, Alor Star, Kedah. Allahyarham telah datang bersama isterinya. (Berita Harian, 1 Februari 1994: |“Zain Mahmud meninggal”).
- 1994 (19 Mac): Filem “Fantasia” (diubah nama kpd “Fantasi”) akhirnya diluluskan dan tersiar di panggung. (IMDB: https://www.imdb.com/title/tt0270357/, Wan Amizah WM, Chang Peng Kee and Jamaluddin Aziz @ Jurnal Komunikasi, 2009: |"Film censorship in Malaysia: sanctions of religious, cultural and moral values", m.s. 46).
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 |
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |