Jadual Kandungan
Banjir Besar Kajang (1971)
Dirujuk oleh
Perihal
Peta dan gambar-gambar kawasan banjir di sepanjang tebing Sungai Langat di Kajang (termasuk Kampung Jambu dan Sungai Chua), yang dirakamkan pada tahun 1971:-
Peta kawasan banjir Kajang 1971 (Google Maps).
(1) Kampung Jambu: Kedudukannya di tebing Sungai Langat, menyebabkan ianya kawasan pertama yang ditenggelami banjir.
Menelusuri landasan keretapi ke arah Kajang:-
Kiri (2): Landasan keretapi menghala ke Kuala Lumpur. Kampung Jambu di sebelah kanan, Sg . Chua di sebelah kiri.
Kiri (3): Gurdwara Sikh di Kampung Jambu, bersebelahan pagar landasan.
Kiri (4): Sekitar Pejabat Pendaftaran lama.
Kanan (5): Jalan Sungai Chua, di luar deretan kedai Kajang Garden (kini Desa Bunga Raya, di bawah jejantas).
(6): Landasan keretapi di antara Sungai Chua dan jambatan keretapi.
(7) Jambatan keretapi (binaan besi asal, kini konkrit) menyeberangi Sungai Langat, di belakang Arked Mara dan TNB Kajang. Kelihatan landasannya bengkok akibat arus deras.
Kiri (8) Gambar diambil dari atas jambatan keretapi. Kelihatan “River View Garden”, bertentangan tokong “Sea Yea (Sin Sze Si Ya)”, di belakang Jalan Mendaling.
Kanan (9) Tokong “Sea Yea (Sin Sze Si Ya)” dari jarak dekat.
(10) Pandangan sisi tokong “Sea Yea (Sin Sze Si Ya)”. Bahagian yang dinaiki air kini tokong Hokkien.
(11) LLN Kajang (kini Kedai Tenaga TNB Kajang), bersebelahan Arked Mara.
(12) Bulatan Kajang:-
Kiri: Stesen minyak Shell di tengah. Bazaar di sebelah kanan (kini bangunan Metro Plaza).
Kanan: Panggung National di tengah. Restoran nasi ayam Chiam Kee di sebelah kiri (kini telah berpindah ke Medan Selera di sebelah Pasar Kajang).
Kiri (13): Pasar lama Kajang (kini Arked Mara).
Kanan (14): Stesen minyak Shell, berhadapan Stesen Bas Foh Hup (kini tidak lagi beroperasi, tapaknya sebahagian daripada Plaza Metro. Stesen minyak ini telah berpindah ke hadapan Kajang High School, Jalan Semenyih).
(15): Pandangan sisi bengkel Sin Swee Kee. Di sebelah kanannya pejabat MCA (sedang dibina).
(Sumber gambar: Y.K.Low, Morgan Soo, 29 April, 2008: |"The Great Kajang Flood 70's").
CATATAN: Kawasan tebing Sungai Langat di Kajang ini sering dilanda banjir, dan masih terancam olehnya sehingga kini:-
- Y.K.Low, Morgan Soo, 29 April, 2008: |"The Great Kajang Flood 70's".
- Nur Farhana Abdul Manan @ Sinar Harian, 19 Julai 2020: |"Banjir kilat: Penduduk Kampung Jambu, Taman Muhibbah dipindahkan".
- David Christy @ New Straits Times, July 22, 2020: |"The day the sea almost swallowed Kajang".
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 |
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |