User Tools

Site Tools


berita_harian

Akhbar Berita Harian

Dirujuk oleh

1957: Mula Diterbitkan

Akhbar Berita Harian adalah kepunyaan syarikat |Straits Times Press Limited, satu-satunya akhbar yang menggunakan tulisan rumi ketika itu (Akhbar Utusan Melayu (ditubuhkan tahun 1939) masih dalam tulisan jawi). Sumber beritanya adalah terjemahan terus dari Straits Times, atau dihantar oleh pemberita sendiri di bandar-bandar besar melalui mesin teleprinter. Ketua pengarangnya ialah A. Samad Ismail.
Wartawan-Wartawan Melayu Kuala Lumpur, mungkin akhir 1950-an
Wartawan-Wartawan Melayu Kuala Lumpur (mungkin akhir 1950-an), bersama Tunku Abdul Rahman (barisan depan, 4 dari kiri, diapit oleh A. Samad Ismail (Berita Harian) di sebelah kiri beliau, dan Said Zahari (Utusan Melayu) di sebelah kanan (3 dari kiri). Gambar dan maklumat lanjut: Ghazali Ismail, 1962: |"Wartawan Dalam Seribu Suasana", m.s.7 & 225 (PDF).

Beberapa tahun selepas gambar ini (iaitu tahun 1961), Said Zahari telah mengetuai mogok membantah pengambil alihan Utusan Melayu oleh UMNO, menyebabkan beliau tidak lagi dibenarkan masuk ke Tanah Melayu. Pada tahun 1963, beliau ditangkap pula di Singapura dalam suatu operasi penangkapan politik di sana, dan ditahan dalam ISA selama 17 tahun. Maklumat lanjut:-

CATATAN: Sejarah Straits Times: |"LIVING HISTORY - 170 years of The Straits Times" (PDF)

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

berita_harian.txt · Last modified: 2021/04/12 10:34 by sazli