User Tools

Site Tools


awal_bangi

Sejarah Awal Bangi

"Old Town Shoplots", Azman Nor
Gambar hiasan: “Old Town Shoplots” (Azman Nor, 15 Ogos 2020: "Plein air (15 Ogos 2020) sekitar Pekan Bangi Lama".

Dirujuk oleh

Latar Sejarah Purba: Sungai Langat

Bangi dan kawasan sekitarnya ialah sebahagian daripada lembangan Sungai Langat. Nama Sungai Langat adalah sempena sebuah pekan di muaranya. 'Langat' adalah terbitan istilah Minangkabau bermaksud 'air hangat', oleh kerana air di muaranya yang sentiasa hangat. Menurut sumber yang lain pula, namanya sempena ikan Selangat, yang sering ditangkap di sini.

Lembangan Sungai Langat
Lembangan Sungai Langat (Roslan Zainal Abidin, Mohd Sofiyan Sulaiman, Naimah Yusoff, 2017: |"Erosion risk assessment: A case study of the Langat River bank in Malaysia")

Tebing Sungai Jugra, 1874
Tebing Sungai Jugra (kini cabang Sungai Langat), 1874: “View of the Chinese village at Langat on the Jugra river. Straits Settlements, June 1874” (The National Archives UK, June 1874: |"CO 1069-484-126").

Antara petempatan terawal di sekitar Sungai Langat yang dapat disahkan oleh penemuan artifak sejarah, ialah di Jenderam Hilir: “kawasan perlombongan di Jenderam Hilir ini telah dibuat kajian oleh dua orang pengkaji, iaitu Brian C. Batchelor (1977) dan Leong Sau Heng (1977), hasil dari penggalian bijih timah di sini sejak 1969 yang berlokasi di tepi Sungai Langat di kawasan terbuka mereka menjumpai peralatan pada zaman Neolitik (Sebelum Masihi), iaitu peralatan alat beliong batu yang berbentuk segi bujur, alat batu untuk kerja mengisar dan menumbuk serta batu giling untuk mengasah artifek-artifek batu. Kegiatan membuat tembikar tanah juga dilakukan di Kampung Neolitik Jenderam Hilir. Serpihan tembikar juga banyak kedapatan yang ternyata tanah bagi tembikar-tembikar ini adalah tanah tempatan di Jenderam Hilir. Tapak di sini merupakan tapak pertama didiami oleh orang Neolitik dan pertama ditemui di Selangor. Pihak PADAT juga melalui Ketua Kumpulan Penyelidiknya Puan Intan mengesan (April 2012) lokasi yang dikaji Batchelor dan didapati kawasan kajiannya masih belum terganggu. Berdasarkan ujian radio carbon artifek ditemui yang tertua kira-kira berusia antara 1950 hingga 1830 tahun Sebelum Masihi.

Ada 4 tapak lombong bagi 4 Syarikat (sudah tidak bergiat) yang hampir bersambung antara satu sama lain. Kami ditunjukkan oleh Encik Zainuddin Kawasan Rembah Putera lokasi terawal kami sampai, maka dari lombong gali di sini paling banyak diketemui artifek-artifek seperti artifek tembikar Cina yang diketemui sedalam 70 kaki. Kemudian kami bertolak ke kawasan Tiga Sekawan, berikutnya Kawasan Rahman dan terakhir Galian Hamzah yang di sini diketemui Dayung Perahu. Kawasan penemuan artifek-artifek adalah dari kawasan lombong yang keluasan tanahnya dalam lingkungan 50 kilometer persegi yang berkedudukan 6 kilometer dari Dengkel dan 10 kilometer dari Putrajaya. Yang menariknya penemuan di tapak terbuka di sini bukan dari zaman Neolitik sahaja, iaitu dari peralatan batu, tetapi juga mencerminkan penempatan di tepi Sungai Langat di sini dari generasi-generasi berikutnya misalnya penemuan seperti bekas-bekas periuk yang diperbuat daripada tanah antaranya berkaki tiga yang menandakan dari zaman lebih kemudian dari Neolitik dan dari zaman yang lebih kemudian lagi diketemui bahan-bahan seramik yang mempunyai kaitan dengan tradisi pembuatan di beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu dan Selatan dan Barat Thailand. Tembikar sedemikian tidak diketemui di luar dari kawasan tersebut. Lebih menarik kesinambungan dari zaman itu diketemui artifek-artifek seperti kendi, mangkuk seramik, mangkuk gangsa yang menunjukkan ada hubungan dagang masyarakat di Jenderam dengan luar yang menurut Batchelor (1977) mangkuk gangsa dikenal pasti penggunaan antara 700 dan 1200 Selepas Masihi. Jumpaan timah dalam bentuk wang membuktikan masyarakat di Jenderam mempunyai hubungan dagang dengan luar. Jenis wang sedemikian memang diketemui di Lembah Kelang yang digunakan pada awal 1511.


(Sumber: Dr Shafie Abu Bakar, February 28, 2013: |"Membongkar Sejarah Purba Selangor - Lokasinya Di Jenderam").

1742-1883: Latar Sejarah Kolonial: Ulu Langat dan Semenyih

Daerah Ulu Langat: “Selangor had become the political domain of the Bugis with the proclamation of the first Sultan in 1742 (see Gullick, 1960) and had its northern boundary extended to the Bernam valley following the Anglo-Siamese Treaty of 1826. Its southern extension into Lukut, where tin mining in the first half of the nineteenth century had turned it into the richest part of state, was only formalized with the advent of British protection in 1874. In 1883 the Lukut district was exchanged for the Semenyih valley and became part of Negeri Sembilan (see Radcliffe, 1969). This year too marked the beginning of Ulu Langat as a district under effective British administration.” (Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: |"Transforming the Development Frontier: Chinese Pioneers in the Ulu Langat District of Selangor, Malaysia", m.s.2-3).

1870-1900-an: Pembukaan Perkampungan Bangi

Sumber 1

Antara kemungkinan asal-usul nama Bangi: sempena nama “Tok Bangi”, Tok Batin orang asli Temuan, iaitu masyarakat yang paling awal mendiami kawasan Bangi.

Sekumpulan orang suku Temuan
Gambar hiasan: Dikatakan suku Temuan di Rantau Panjang, Klang, Selangor. Kemungkinan serumpun dengan masyarakat Temuan di Bangi ketika itu: “Sekumpulan orang suku Temuan menari dan bergendang pada hari perkahwinan … Rantau Panjang, Selangor tahun 1906 - Fz” (Faizal Zainal @ Selangor 10: |"Selangor Dulu - Dulu: Sekumpulan orang suku Temuan").

“Dikatakan diambil daripada nama ‘Tok Bangi’ iaitu nama Tok Batin (orang asli Temuan) yang telah lebih awal mendiami penempatan di Bangi sebelum suku Melayu Dagang berhijrah ke Bangi. Dikatakan pernah wujud penempatan orang asli di hilir sungai Bangi dan terdapat perkampungan orang asli yang direkod di peta lama (Zaman British) di Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat.

Penduduk Melayu di Bangi yang pada asalnya menetap di Batu 24 Jln Bangi - Dengkil terpaksa berpindah mencari penempatan baru di Bangi akibat penempatan mereka diserang gajah liar pada sekitar tahun 1896. Dikatakan mereka telah memohon pada Tok Bangi untuk tinggal & membuka tanah di Bangi.
…..
Tarikh Dibuka: Bangi kemungkinan dibuka sekitar penghujung abad ke-19 iaitu diantara 1870 – 1880an, tarikh ini boleh di yakini kerana semasa ini juga kawasan-kawasan sekitar Bangi mula diterokai seperti Sg.Kembung, Rinching, Teras Jernang,Sg. Buah, Dengkil juga dibuka sekitar akhir abad ke 19. Dalam catatan usahawan Kuala Lumpur terkemuka Hj.Abdullah Hukum dalam akhbar Warta Ahad pada 1935, beliau pernah berkubu di Kuala Sungai Bangi pada sekitar 1870an semasa beliau menjadi juak - juak kepada Raja Mahmud ( anak kepada Sultan Selangor). Kedatangan penghijrah dari tanah seberang (Sumatera) daripada suku Minang, Mendailing, Rambah, Jambi, Bengkulu, Palembang, Kerinci, Bugis, Jawa, Rawa dan sebagainya melalui Kuala Linggi, Jugra dan Kelang telah membuka banyak penempatan awal pekan-pekan dan kampung-kampung bukan sahaja di Daerah Hulu Langat tetapi di juga di seluruh negeri Selangor.
* Nama Bangi paling awal dijumpai pernah tercatat adalah dalam Selangor Journal pada 1896.
* Bangi tercatat dalam peta dalam naskah British Malaya yang diterbitkan pada 1905 oleh Frank Swethanham.”
…..
Terdapat cerita yang mengatakan terdapat Tiga kubur Tua di Kawasan Taman Bangi Ria yang telah wujud sejak awal lagi dikatakan adalah milik peneroka awal Bangi. Antara keturunan terawal yang menetap di Bangi adalah moyang kepada Cikgu Yaakob Bin Hj.Yusof yang bernama Bilal Patah .“
…..
Penempatan awal: Dikatakan terletak di Kuala Sg.Buluh iaitu tempat pertemuan hilir sungai Bangi dengan sungai Semenyih. Di sini perahu-perahu dan tongkang hilir mudik dari selatan (Linggi dan Rembau ) dan dari utara (Jugra dan Kelang). Terdapat tiga kubur tua di kawasan ini yang tidak diketahui siapa pemiliknya di kawasan sekarang (Taman Bangi Ria), dikatakan adalah peneroka terawal di Bangi.
…..
Kampung Bangi adalah kampung terawal di Bangi tetapi kampung ini agak sunyi , di awal 90an barulah kampung ini dipenuhi dengan lebih banyak setelah penduduk Kg.Masjid Bangi terpaksa membina rumah baru di sini akibat projek pelebaran Rel berkembar dan juga penduduk asal Kampung Bangi yang telah berhijrah kembali pulang setelah pencen dan membina rumah di tanah-tanah pusaka mereka.”

(Sumber: Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

CATATAN 1: Di ruangan komen sumber di atas: “Askm. Saya tak berapa pasti tentang 3 kubur lama yang dinyatakan. Kalau ianya di Tapak Perumahan Bangi Ria ianya adalah di kampung saya Di tanah Atuk Harun. Pada ingatan saya memang benar terdapat kubur dimasa dulu ketika saya merayau rayau mencari buluh dan buah rumbia dikawasan itu. Nak tau kena tanya isteri Atuk Harun. Dia masih hidup. Kubur penduduk kampung bangi adalah di Kg Sg Buah dan sekarang di kawasan Bangi sendiri.” (“Pak Lubis”)

CATATAN 2: Warga tertua Hulu Langat yang pernah direkodkan secara rasmi ialah Tuan Haji Rabu bin Terono. Beliau berhijrah ke sini dari Jawa pada tahun 1885, untuk bekerja membuka ladang Cheras dan Benos. Meninggalkan 6 orang anak dan 71 orang cucu-cicit di sekitar Kajang, Ulu Langat, dan Bangi.

Map shows track from Seramban (Seremban) to Labu Valley surveyed by B. Douglas, HBM's Resident, Selangor
Peta sekitar Bangi tahun 1877: selain Kajang, ketika ini hanya Rekoh (“Rekko”) sahaja yang ada, manakala mercu tanda yang terdekat adalah Bukit Tunggul. “Map shows track from Seramban (Seremban) to Labu Valley surveyed by B. Douglas, HBM's Resident, Selangor” (B. Douglas, H.B.Ms Resident, Selangor, 15/10/1877 @ National Archives of Singapore: |"Track From Seramban (Seremban) To Labu Valley").

Sumber 2

“Dikatakan diambil daripada perkataan ‘bangai’ yang bermaksud terbuang atau yang disingkirkan, perkara ini pernah dicerita oleh Allahyarhamah Hjh Yang Bte Hj Jamil (1928-2008) iaitu anak kepada Daeng Jamil yang merupakan cucu kepada Daeng Abdul Ghani iaitu anak kepada Sultan Abdul Samad. Dikatakan dalam masa-masa berlakunya pertelingkahan di Istana Klang, sebahagian dari warga istana telah dihalau oleh pihak Istana keluar. (Daeng Jamil lari ke Johor kerana menyaksikan masalah-masalah ini kemudian menetap di Tanjung Selabu, Muar). Mereka yg dihalau dari Istana telah ditempatkan ke sebelah tenggara Selangor di Daerah Hulu Langat.

Tempat itu lalu dikenali sebagai tempat orang-orang istana yang terbangai atau terbuang, tersingkir. British pula mengeja dalam huruf ruminya “Bangi” iaitu terjemahan daripada huruf–huruf jawi dibaca sebagai ‘Bangi’. Bagi kebanyakan pengkaji sejarah, inilah asal usul nama Bangi paling kuat daripada yang lain dan lebih rasional. Merujuk kepada kamus Indonesia dan mendapati perkataan ‘bangai’ bermaksud tertinggal, tersingkir atau terbiar.

Perubahan sebutan Bangai kepada Bangi mungkin juga disebabkan oleh dialek pelombong-pelombong Cina keturunan Hakka yang tidak dapat menyebutnya dengan tepat.

Dalam perkataan bahasa Cina, Bangi membawa maksud serba sesuai. Nama tersebut turut didapati di Hong Kong kerana maksud yang bagus.”

(Sumber: Kumpulan Amal Bakti @ Projek Pembangunan Laman Sesawang Kampung Bangi (tuntutan kursus LMCR 2272 Apresiasi Teknologi Maklumat, Pusat Citra Universiti Kebangsaan Malaysia), December 12, 2016: |"SEJARAH KAMPUNG BANGI").

Dari sumber salah seorang ahli keluarga Hjh Yang Bte Hj Jamil yang disebut di atas (mungkin sumber asalnya): “Atok juga pernah menceritakan asal-usul bandar “Bangi”. Dlm period masalah di Istana Klang, sebahagian dari warga istana telah dihalau oleh pihak Istana keluar. (Jamil lari ke Johor kerana menyaksikan masalah2 ini). Mereka yg dihalau telah ditempatkan ke sebelah tenggara Selangor di Daerah Hulu Langat. Tempat itu lalu dikenali sbg tempat org istana terbangai atau terbuang, seterusnya dipanggil Bangai. x pasti bangai tu bahasa apa. British pula dalam huruf ruminya mengeja “B-A-N-G-I”. Lalu jadilah Bangi sbgmana kita kenali hari ini.” (Addin Khalid, 14 April 2008: |"IN MEMORY: HJH YANG BT HJ JAMIL (1928-2008)").

Sumber 3

“Terdapat beberapa tradisi lisan tentang penerokaan Bangi yang asalnya kawasan orang asli. Bangi didatangi orang Melayu pada tahun 1870-an. Peneroka Melayu itu terdiri daripada orang Sungai Ujong yang lari semasa berlakunya peperangan antara Dato' Kelana dengan Dato' Bandar.

Orang Melayu Sungai Ujong itu telah memudiki Sungai Semenyih. Ada juga di kalangan mereka yang berjalan kaki hingga ke hulu sungai itu. Pelarian dari Sungai Ujong itu telah sampai ke sebuah kawasan yang sesuai untuk dijadikan kampung halaman. Kawasan itu telah diberi nama Kampung Sungai Buah kerana mereka mendapati banyak buah-buahan di situ. Malangnya mereka terpaksa berpindah dari perkampungan itu kerana selalu diserang oleh gajah liar. Gajah-gajah itu sering mengganggu keselamatan mereka serta memusnahkan tanaman. Mereka telah berpindah dan menumpang di sebuah kampung orang asli yang batinnya bernama Bangi. Di kampung Bangi inilah peneroka awal seperti Tambun bin Perai, Haji Ismail, Abdul Rahman dan keluarga mereka memulakan kehidupan baru. Bersempena nama batin itu mereka menamakan kampung itu Kampung Bangi.

Di kawasan Bangi terdapat sebatang sungai. Sungai itu juga dinamakan Sungai Bangi. Menurut ceritanya, Batin Bangi amat suka berburu keluang. Pada suatu hari Batin Bangi telah pergi berburu keluang berhampiran dengan sebuah jambatan besi tidak jauh dari kampungnya.

Batin Bangi telah membaca jampi di kawasan tersebut sehingga keluang-keluang yang ada di kawasan itu tidak dapat terbang. Keluang-keluang itu kemudian dibunuh dan dimasukkan ke dalam sebuah bakul yang dipanggil ketigin. Kampung itu dinamai Kampung Batin Bangi. Kira-kira dua rantai dari tempat kejadian itu terdapat sebuah lubuk yang kemudiannya dinamai Lubuk Alahan Keluang, bersempena peristiwa itu.

Cerita yang lain pula mengatakan bahawa Bangi dan kawasan sekitarnya telah diteroka oleh orang Sumatera yang datang ke Selangor dalam abad keenam belas. Dalam abad itu banyak orang Sumatera telah berhijrah ke Selangor. Mereka bertumpu di Kelang. Dari Kelang mereka telah berpecah mengikut haluan masing-masing. Ada yang memudiki Sungai Kelang dan ada juga yang memudiki Sungai Langat serta cabang-cabangnya. Apabila rombongan yang memudiki Sungai Langat itu sampai ke satu kawasan yang dianggap sesuai untuk dijadikan tapak petempatan, mereka meneroka kawasan baru itu. Kebiasaannya orang Sumatera itu akan menamakan satu-satu kawasan baru dengan nama kampung halaman asal mereka. Orang Sumatera yang sampai ke kawasan Bangi itu kebanyakannya dikatakan berasal dari Air Bengis. Justeru itu mereka telah menamakan kawasan yang baru diterokai itu dengan singkatan nama kampung asal mereka iaitu Bengis. Melalui pergaulan mereka dengan penduduk Melayu tempatan, sebutan Bengis itu lama-kelamaan menjadi Bangi.

Satu cerita yang lain pula telah menafikan cerita tersebut. Menurut cerita ini rombongan peneroka yang sampai di kawasan Bangi telah berkelahi kerana berebut tanah. Perkelahian itu sangat hebat atau bengis-bengisan kerana kemarahan masing-masing telah memuncak. Namun akhirnya perkelahian tersebut berjaya ditamatkan dan pendamaian dicapai. Mereka juga bersetuju untuk menamakan kawasan itu sebagai Bungis, mengambil sempena kejadian itu. Hasil dari pergaulan penduduk yang berlainan loghat, perkataan Bungis itu akhirnya bertukar menjadi Bangi.



Menurut satu cerita yang lain, Bangi dan kawasan sekitarnya telah diterokai oleh orang Sumatera yang datanq ke kawasan pedalaman negeri Selangor pada abad kesembilan belas. Salah satu rombongan orang Sumatera itu telah menjumpai sebuah kawasan terbiar yang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal. Kawasan terbiar yang masih belum diterokai itu dalam istilah mereka dipanggil terbangai. Sesudah mereka menentukan kawasan itu benar-benar terbangai maka mereka pun bermuafakat untuk membersihkannya dan membuka perkampungan baru. Rombongan itu juga telah bersetuju untuk menamakan tempat baru itu dengan nama Bangai. Perkataan Bangai akhirnya telah bertukar menjadi Bangi, seperti nama yang ada sekarang.

Terdapat juga cerita lain yang mengatakan bahawa nama Bangi itu berasal daripada nama sejenis tumbuhan yang dipanggil serai wangi. Semasa rombongan peneroka dari Sumatera itu sampai ke kawasan ini setelah memudiki sungai, mereka tehidu satu bau yang sungguh wangi. Bau wangi itu datang dari serai wangi. Peneroka-peneroka itu menemui banyak rumpun serai wangi di sepanjang sungai itu. Bersempena dengan bau wangi itulah kawasan itu dinamai Bauwangi. Melalui masa, nama Bauwangi ini kemudiannya disingkatkan oleh peneroka-peneroka dari Sumatera itu dan akhirnya nama Bangi digunakan.”

(Sumber: Roselan Abd. Malek, Azmi Yusoff, 1998: |"Siri Kenali Negerimu: Selangor Darul Ehsan", m.s. 12-14 (PDF)).

Sumber 4

“Penempatan terawal yang dibuka di Semenyih ialah pada sekitar 1890an, iaitu di Jalan Sungai Lalang dan Jalan Bangi. Penempatan terawal ini dibuka oleh imigran dari Sumatera yang telah mula berhijrah ke Selangor sekitar 1880an. Ketua masyarakat akan mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor untuk membangunkan kawasan yang mereka pilih, setelah diperkenankan sultan, mereka akan kembali ke Sumatera untuk mendapatkan tenaga manusia bagi membangunkan kawasan berkenaan lalu terus membentuk penempatan di kawasan berkenaan. Selepas Semenyih, kawasan seterusnya yang diterokai ialah Rinching, iaitu pada 1900an. Sumber: P.K Voon. Malay reservations and Malay land ownership in Semenyih and ulu semenyih mukims in Selangor. Modern Asian Studies, Vol 10, No. 4 (1976), pp.509-523 ( JSTOR).” (Harith Faruqi Sidek @ Kitab Tawarikh 2.0, October 11, 2015: |"Melayu Sumatera buka penempatan terawal di Semenyih?").

“The area of study consists of four Malay Reservations forming three discontinuous areas extending over 900 ha. in the two mukims of Semenyih and Ulu Semenyih. As in most parts of Peninsular Malaysia, human occupation of the study area preceded the creation of Malay Reservations (M.R.). Indeed, some parts of the Sungei (Sg.) Lalang Road M.R. and the riverine strips of the Bangi Road M.R. were among the first to be colonized for cultivation and settlement in the 1890s, affecting about 20 ha. of land (Figure I). In the 1900s, these two areas attracted increasing numbers of Malay settlers, and at the same time development began in the Rinching valley to the south. By 1908, about 250 ha. were developed under peasant agriculture. This phase of pioneering was largely dominated by Malay immigrants from Sumatra who first migrated into south Selangor in the 1880s along the valleys such as the Langat river just to the north of Semenyih mukim, and the Semenyih and Rinching valleys in the 1890s and 1900s. The normal pattern of colonization by these immigrants was for an enterprising headman to obtain the Sultan's permission to cultivate a pre-selected site. This leader then returned to his native village in Sumatra to recruit men to develop the land. Land that was suitable for rice, kampung and 'general' cultivation was invariably chosen, following the settlement and cultivation practice familiar to these migrants in their native homeland.”

Figure I
Figure I: Peta Semenyih 1894-1940

(Sumber: P. K. Voon @ Modern Asian Studies , Volume 10 , Issue 4 , October 1976 , pp. 509 - 523: |"Malay Reservations and Malay Land Ownership in Semenyih and Ulu Semenyih Mukims Selangor").

Beberapa petikan dari hasil kajian P.K. Voon yang lain:-

  • Peneroka awal sekitar Bangi, oleh warga Sumatera: “Development in Ulu Langat came later than many local areas in the Peninsula. Sumatran migrants were the first to penetrate the river valleys for rice and kampung cultivation. Sumatran migrants colonized the upper Langat River in the 1880s (see Radcliffe, 1969) and spread later to the Semenyih, Rinching and minor river valleys. These migrants were generally led by their enterprising headmen (Dato Dagang) who, with the Sultan 's permission, settled in pre-selected sites with followers from their native villages to pioneer padi, kampung, and “general” cultivation (see Gullick, 1960; Voon, 1976a).” (Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: |"Transforming the Development Frontier: Chinese Pioneers in the Ulu Langat District of Selangor, Malaysia", m.s.6).

  • Raja Alang, dari suku Mandailing (Sumatera), adalah salah seorang tokoh berpengaruh di Ulu Langat ketika itu: “Among the five non-Chinese shopowners, four were probably Sumatran migrants and the fifth was a European Catholic brother. Raja Allang was a Mandailing and became a forest ranger in 1883 and Chief Ranger in 1889. The forest ranger was then involved in the work of land development and settlement. Educated in Malay in Melaka and Singapore, he was nevertheless more than a forest ranger and served as the right hand man in Malay affairs of the District Officer of Ulu Langat. In this role as an administrative contractor or broker, he helped the early British district administration in carrying out or advising on matters of policy on development (Radcliffe, 1969: 174-175). With his influence, it was not surprising that he became one of the largest shopowners in Kajang.” (Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: |"Transforming the Development Frontier: Chinese Pioneers in the Ulu Langat District of Selangor, Malaysia", m.s.14).

LATAR PERISTIWA: Raja Alang bin Raja Berayun.

1840-1850: Perlombongan Bijih Timah di Rekoh

1896-03: Pembukaan Ladang Kopi

1896-1900: Permulaan Era Getah

1896: Kampung Sungai Merab

Dirujuk oleh:-

Sekitar tahun 1896, kawasan Sungai Merab telah pun diterokai oleh 40 buah keluarga yang berasal dari Rembau, untuk penanaman padi. Ketika itu, bandar Kajang sedang mula dibangunkan: “In October, three blocks of waste land, aggregating 960 acres, were granted to Messrs. Walsh and Mitchell for coffee-planting purposes, this being the first occasion on which premium has been charged on agricultural land in Ulu Langat District. Other applications for smaller aras, amounting altogether to 791 acres, were received during the course of the month, and 485 acres were applied for mining purposes. A large contingent of Rembau people, numbering 40 families, have lately arrived in the district and are taking up land for rice-cultivation at Sungei Merap, situated on the Langat River some three miles below Reko. A large extent of suitable land is available in this locality, and the present applications may form the nucleus of an extensive settlement. Clearing operations on a large scale have been commenced at Braemar by Goh Ah Ngee, the new proprietor, who has also started work on his settlement for Chinese Christians near Semenyih. Building operations in the town of Kajang continue to show rapid development; by the end of the year, there should be between 30 and 40 double-storied brick houses there either completed during the year on in course of construction.” (The Straits Budget, 1 December 1896, Page 3: | "KUALA LANGAT").

LATAR PERISTIWA: Kampung Sungai Merab (1896)

1898: Kampung Batu 5

Pembukaan

“Kampung Batu Lima Bangi mula dibuka pada tahun 1898 oleh sekumpulan peneroka dari pulau jawa yang diketuai oleh Tuan Haji Ali Mustapa, Tuan Kartorejo, Tuan Haji Sharkawi bin Haji Palil, Tuan Haji Khalil bin Haji Kasantawi dan Tuan Haji Rais. Kampung ini dinamakan Kampung Batu Lima kerana diambil sempena jarak sejauh lima batu dari pekan Semenyih, maka ia dipanggil Kampung Batu Lima Bangi.” (Kampung Batu 5, Jalan Bangi, 5 Disember 2014: | Sejarah Kampung)

“Kampung Batu Lima Bangi terletak di Jalan Bangi, Selangor. Pada tahun 1940-an nama kampung ini ada tercatat di dalam geran tanah penduduk tertua kampung. Rata-rata penduduknya adalah berbangsa Jawa suku Kendal dan Karanganyar yang berasal dari Jawa Tengah. Di antara mereka yang tertua di kampung ini yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada kampung terdiri daripada

1. Tn. Hj. Sangit Bin Jamal: Bekas Ketua Kampung
2. Tn. Hj. Noh: Bekas Imam (Status: Meninggal)
3. Tn. Hj. Rawi: Bekas Imam (Status: Meninggal)
4. Tn. Hj Hamdani Saw@As-Sanussi: Bekas Bilal (Status: Meninggal)
5. Tn. Hj. Mustanir: Setiausaha Surau/Amil (Status: Meninggal)
6. Cikgu Tn. Hj. Kahar: Pengerusi Surau
7. En. Abdul Rahman Saring: Amil II
8. Tn. Hj. Keliwoon: Ahli Jawatankuasa Kampung (Status: Meninggal).

Nama-nama mereka ini jika disebut sahaja semua orang kampung akan kenal kerana jasa dan sumbangan mereka dalam merancang kemajuan Kampung Batu Lima Bangi.”
(Adminbatulima, 11 Mei, 2015: |"Kampung Batu Lima Bangi: Hari Ini").

Kini

Kampung Batu 5, Jalan Bangi, kini
Kampung Batu 5, Jalan Bangi, kini.

Sebelum(Dulu)Selepas(Kini)
Kiri: “Sebelum(Dulu)”. Kanan: “Selepas(Kini)”.
“Rumah ini dibina pada tahun 1934. Rumah ini pernah menjadi tempat tinggal ketua kampung terdahulu. Menurut ketua kampung, En. Hamzah bin Jahid, rumah ini telah berusia kira - kira 80 tahun. Rumah ini telah diubah suai sebahagiannya tetapi bentuk asal masuh dikekalkan.” (Kampung Batu 5, Jalan Bangi, 13 Disember 2014: |"Mercu Tanda Kampung Batu Lima").

1902-1905: Pembukaan Pekan Bangi

Dirujuk oleh:-

“Pekan ini dibuka pada abad ke-20, kemungkinan pada sekitar tahun 1902 - 1905 . Pekan asal ini terletak bertentangan dengan stesen keretapi Bangi (sebelah dewan MCA Bangi mengunjur sampai ke sekolah lama Cina) , terdapat 18 buah kedai-kedai orang Melayu, India & Cina seperti kedai runcit, kedai songkok dan capal, kedai kopi, kedai candu, kedai timah, kedai getah dan sebagainya. Pekan ini mula berkembang serentak dengan pembukaan estet - estet getah & pembinaan stesen keretapi Bangi.
…..
Stesen Keretapi Bangi dibina pada tahun sekitar 1902 -1905 . Stesen ini dibina untuk memudahkan pengangkutan hasil getah dan bijih timah di kawasan ini. Stesen Baru pula dibina pada 1994 terletak 100 meter dari stesen lama. Kesan stesen lama boleh lagi dilihat sehingga kini yang terletak bersebelahan restoran Cina jalan menghala ke Sekolah Bangi. Laluan rel kereta Kajang - Bangi mula dibina pada 14 jun 1902 dan laluan Bangi - Batang Benar pula mula dibina pada 1 Feb 1903.”
(Faizal Hj Zainal, 2008: "SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi")

“Pekan Bangi dibuka pada tahun 1906 menawarkan 18 deretan kedai Melayu menjual songkok dan capal, candu, timah, getah, kedai kopi dan sebagainya. Pernah terbakar namun dibangunkan semula kerajaan Inggeris dan kontraktor Cina pada tahun 1926.” (Bennie Zie Fauzi @ Berita Harian, 2015: "Bangi tempat putera terbuang")
Sebahagian dari bangunan kedai yang paling awal dan masih lagi ada sehingga kini di pekan Bangi lama. - Foto Kamarulzaman AriffinSEBAHAGIAN dari bangunan kedai yang paling awal dan masih lagi ada sehingga kini di pekan Bangi lama. - Foto Kamarulzaman Ariffin.
“Sebahagian dari bangunan kedai yang paling awal dan masih lagi ada sehingga kini di pekan Bangi lama.”

PENDUDUK asal Bangi, Zainal Harun, 76, bersama anaknya, Mohammad Faizal Zainal, 38, menunjukkan sebahagian dari bangunan kedai yang paling awal dan masih lagi ada sehingga kini di pekan Bangi lama.PENDUDUK asal Bangi, Zainal Harun, 76, bersama anaknya, Mohammad Faizal Zainal, 38, menunjukkan sebahagian dari bangunan kedai yang paling awal dan masih lagi ada sehingga kini di pekan Bangi lama. - Foto Kamarulzaman Ariffin
“PENDUDUK asal Bangi, Zainal Harun, 76, bersama anaknya, Mohammad Faizal Zainal, 38, menunjukkan sebahagian dari bangunan kedai yang paling awal dan masih lagi ada sehingga kini di pekan Bangi lama.”

(Foto Kamarulzaman Ariffin @ Berita Harian, 2015: "Bangi tempat putera terbuang").

Compiled Plan of the Federated Malay States, 1907
Bangi dalam peta Selangor tahun 1907: “This plan (map) covers British Territories of Pulau Pinang, Province Wellesley, Dindings and part of Malacca, and Federated Malay States of Negri Sembilan, Selangor, Perak and Pahang showing state boundaries, mukim (district) names, mukim boundaries, towns, settlements, alienated lands with boundaries and names, hachures, hills (bukit), mountains (gunong), heights, rivers, islands, roads, tracks, railways…” (Revenue Survey Office Taiping, 1907 @ National Archives of Singapore: |"Compiled Plan of the Federated Malay States, 1907").

1902-06-14: Pembukaan Stesen Keretapi

Stesen keretapi Bangi (Lama)
Sumber gambar: Kelab Peminat Sejarah & Gambar Lama II, 2017

Stesen Bangi dibuka pada Sabtu, 14 Jun 1902: “The Kajang Seremban line is really getting on and the first of the new stations, namely Bangee, about twenty-two minutes by rail on the Seremban side of Kajang, has been declared open for traffic. This reminds us that only a very short time ago, we heard that shop-keepers, apparently, found it cheaper to get their stuff brought to Seremban either by steamer to Malacca, and from that point on by bullock cart to Seremban, a distance of over—miles; or else by steamer to Kuala Klang, from thence by rail to Kajang, and from Kajang to Seremban by road, as long strings of bullock carts were constantly seen on this latter route conveying goods to the aforementioned town. We can only conclude that this method of transport is adopted, on account of high rates on the S. U. R. Surely it would pay the Company to keep all this goods traffic in their hands by lowering their rates.” (The Straits Times, 18 June 1902, Page 5: |"F. M. S. NOTES").


Pejabat residen Selangor mengesyorkan pembetulan ejaan stesen keretapi “Bangee” sebagaimana yang telah dilaporkan di akhbar Malay Mail Singapura (juga petikan The Straits Times di atas), kepada ejaan yang betul iaitu “Bangi”. Kesilapan ini dikhuatiri akan kekal, sekiranya tidak dibetulkan segera: “You have no doubt seen in the Malay Mail a notice that a new Railway Station if today being opened for traffic at “Bangee”, beyond Kajang. The name of the place is “Bangi” not “Bangee” as advertised. I think it would be well to ask the Railway Department to spell the name of the place correctly before the misspelling becomes established.” (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR @ Arkib Negara Malaysia, 25/6/1902: |"BANGI RAILWAY STATION - SPELLING OF NAME").

LATAR PERISTIWA: Landasan Keretapi Rekoh-Bangi.

Peta Sekitar Bangi: 1900-an dan Kini

Kawasan Sekitar Bangi-Reko-Kajang, 1904Kawasan Sekitar Bangi-Reko-Kajang, kini
Kiri: Kawasan Sekitar Bangi-Reko-Kajang, 1904 (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Kanan: Kawasan Sekitar Bangi-Reko-Kajang, kini (Mapcarta).

1910: Pejabat Pos Bangi

Terdapat rekod yang menyatakan pejabat pos Bangi telah pun beroperasi seawal tahun 1910:-

1915: Balai Polis Bangi

Wajah Balai Polis Bangi - sekitar tahun 70an
“Wajah Balai Polis Bangi - sekitar tahun 70an. Dibina pada tahun 1914 dan siap sekitar penghujung 1915 dengan kos sekitar $7,000 untuk membina balai dan barrack Polis. Balai Polis ini terletak berdekatan Stesen Keretapi Bangi (1902), Masjid Kariah Bangi (1924) dan Pekan Bangi, di sisi jalan Bangi - Semenyih dan di belakangnya mengalir Sungai Bangi yang jernih. (Foto Koleksi Angah Zainal).” (Faizal Hj Zainal @ Selangor 10, 16 Ogos 2020: |Sejarah Tempatan: Wajah Balai Polis Bangi - sekitar tahun 70an).

LATAR PERISTIWA: Balai Polis Bangi.

1915: Kampung Rinching Hilir

“Kampung Rinching Hilir telah dibuka pada sekitar tahun 1915 oleh sekumpulan lima orang panglima dari Minangkabau, Sumatera. Antara nama panglima-panglima tersebut ialah Tok Pulut, Tok Jalik, Tok Mantau dan Tok Sayid. Para panglima ini datang berhijrah ke kawasan Kampung Rinching Hilir tanpa membawa bersama ahli keluarga mereka dan telah mendirikan pondok-pondok kediaman di kawasan yang berbukit.

Para Panglima dari Minangkabau ini adalah orang yang hebat dan kuat atau 'bagak' dalam bahasa Minangkabau. Ini kerana mereka tidak takut dan berganjak dari kawasan pondok kediaman mereka walaupun banyak harimau berkeliaran di kawasan itu terutama pada waktu malam. Selain itu, dikisahkan juga bahawa salah seorang daripada panglima itu telah berjaya menangkap ikan bujuk dan sepat sebesar manusia ketika memancing di kawasan berpaya di sekitar kawasan kampung itu.

Sementara nama-nama tokoh yang berasal dari tanah Jawa pula ialah seperti Kiai Shukur, Hj Idris, Hj Sirat, Hj Sarkawi dan Hj Hussin.

Sejarah ini membuktikan bahawa Kampung Rinching Hilir adalah sebuah kampung yang didiami oleh dua etnik terbesar iaitu Jawa dan Minang.

Kampung Rinching Hilir mendapat nama amat berbeza dengan Kampung Rinching Tengah. Perkataan 'Rinching' sebenarnya membawa maksud saliran sungai yang merentasi kawasan kampung tersebut. Oleh kerana kampung tersebut terletak di kuala sungai itu, maka nama Kampung Rinching Hilir telah digunakan.”

(Sumber: Portal Rasmi Kampung Rinching Hilir, 2015: |"SEJARAH").

Peta Sekitar Bangi: 1920-an dan Kini

Bangi-Kajang-Semenyih, 1920-anBangi-Kajang-Semenyih, Kini

Kiri: Bangi, Kajang, dan Semenyih, 1920-an: “Malaya Topographical Survey Sheet 3 F_4_Kajang covers parts of Seremban and Jelebu Districts in Negri Sembilan with portions of Kuala Langat and Ulu Langat Districts in Selangor, Malaya in 1920 showing contours, physical landscape, names of places, towns, kampongs, roads, railways, rivers, plantations, Kajang, and others” (Survey Department, Singapore, 1927 @ National Archives of Singapore: |"Parts of Seremban and Jelebu Districts with portions of Ulu Langat and Kuala Langat Districts (Selangor), Kajang, Negri Sembilan").
Kanan: Kawasan yang sama, kini (Google Maps).

1920-an: Kampung Bt. 2 Air Hitam (Abu Bakar Baginda)

“Pada asalnya kampung ini diberi nama Kg. Bt. 2 Air Hitam (Air Itam) oleh para peneroka awalnya. Penerokaan awal kampung ini berlaku seawal tahun 1920an dari kelompok orang JAWA Indonesia yang terpaksa melarikan diri dari Penjajahan Belanda di Indonesia . Sementara itu ada sebahagian darinya adalah Buruh Paksa Jepun yang melarikan diri dari kawalan tentera Jepun yang menaiki kereta api menuju ke Thailand. Tentera Jepun adalah tentera yang tidak berperikemanusiaan dimana ada sesetengah sejarah menceritakan yang mereka sangat suka mendera dan memerah keringat penduduk jajahannya.

Kebanyakan daripada peneroka awalan ini bekerja di ladang-ladang ( Estet ) getah milik penjajah British yang ada ketika itu seperti Ladang Prang Besar, Sedegly dan West Country, yang mana sekarang ini semua ladang-ladang ini telah menjadi Bandar Putrajaya. Mereka bekerja di sebelah pagi dan sebelah petangnya mereka meneroka dan mengerjakan tanah-tanah kerajaan yang masih kosong yang berhampiran dengan ladang-ladang tersebut. Peneroka awalan ini menamakan Kampung mereka ini Kampung Air Hitam (Air Itam) kerana di kampung terdapat sebatang sungai yang merintangi tengah-tengah kampung ini dan airnya pula bewarna agak kehitaman. Oleh itu mereka menamakan kampung ini sebagai Kampung Air Hitam.(Air Itam)

Keadaan ini berlanjutan sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan. Sekitar tahun 1960an kampung ini berubah wajah apabila kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan kerajaan perkataan sekarang Barisan Nasoinal yang diketuai oleh YAB Dato Menteri Besar pertama selepas merdeka iaitu YAB Dato' Abu Bakar Baginda telah mengurniakan sebidang tanah seluas 30 ekar sebagai mengenang jasa penduduk Kg. Air Hitam kerana memberi sokongan padu kepada parti pemerintah ketika itu.

Di atas rasa kesyukuran penduduk kampung ini, Sekitar tahun 1965, Pihak Pemerintah ketika itu telah mengadakan satu majlis besar-besaran bersama pemimpin yang dihadiri oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu YAB Dato Abu Bakar Baginda dan pada majlis itulah YAB Dato Menteri Besar melancarkan dan seterusnya merasmikan nama baru ini kepada nama Kampung Dato Abu Bakar Baginda iaitu mengambil sempena nama YAB Menteri Besar Selangor pertama selepas merdeka. Nama baru ini telah digesetkan oleh pihak berkuasa tanah daerah sepang dan sinonimlah sehingga kini.”

(Sumber: Kampung Dato Abu Bakar Baginda (KDABB), 19 September 2019: |"Sejarah Asal").

LATAR PERISTIWA: Kampung Air Hitam / Abu Bakar Baginda (1920-an)

1920-1925: Kampung Sungai Buah

Pembukaan

Sumber 1: “Sejarah penubuhan kampung ini telah bermula sejak 20 tahun yang lalu sekitar tahun 1920. Walau bagaimanapun, tarikh yang tepat tidak dapat diketahui kerana kampung ini pada asalnya diteroka oleh pendatang dari Indonesia yang berketurunan Jawa, Badang dan Madura. Asal-usul atau penempatan pertama Kampung Sungai Buah dikatakan terletak berhampiran KLIA Seremban yang diteroka oleh pendatang dari Indonesia. Menurut Encik Rasid, asal usul pemberian nama Kampung Buah wujud apabila peneroka pertama iaitu Orang Maduria mudik ke Sungai kecil dan disepanjang penjalanannya terdapat banyak ‘buah kepompong’ yang terapung di sepanjang sungai. Buah tersebut dikatakan berbentuk bulat, bewarna hijau dan bersaiz seperti biji guli. Buah itu juga dikatakan beracun dan tangan akan gatal sekiranya dipegang.”

“Video temubual bersama ketua Kampung Sungai Buah berkenaan sejarah penubuhan kampung tersebut.”

(Sumber: KAMPUNG SUNGAI BUAH: 25 Oktober 2015: |"SEJARAH KAMPUNG SUNGAI BUAH"). CATATAN: Menurut Faizal Zainal, November 14, 2018 (ruangan komen): “kalau di arkib Negara ada rekod nama Sungai Buah dah wujud sekitar 1892.”

Sumber 2: “Difahamkan nama Kampung Sungai Buah diperolehi hasil fenomena pokok ketapang ketika itu dibuka pada 1925 dan kini hampir tiga generasi menetap di sini.” (Afix Redzuan, Februari 27, 2018: |"Penduduk Kampung Sungai Buah gembira selepas 45 tahun").

1970: Kampung Orang Asli

Pada tahun 1970, wujud kampung orang asli di Sungai Buah. Hal ini demikian kerana, penempatan orang asli ini pada asalnya terletak di UKM, namun apabila ditubuhkan Fakulti Undang-Undang di UKM, penempatan mereka terpaksa dipindahkan ke kampung Sungai Buah.” (KAMPUNG SUNGAI BUAH: 25 Oktober 2015: |"SEJARAH KAMPUNG SUNGAI BUAH").

“Pada tahun 1970, wujud kampung orang asli di Sungai Buah. Hal ini demikian kerana, penempatan orang asli ini pada asalnya terletak di UKM, namun apabila ditubuhkan Fakulti Undang-Undang di UKM, penempatan mereka terpaksa dipindahkan ke kampung Sungai Buah. Kampung Orang Asli Sungai Buah terletak di Dengkil, Selangor. Jarak kampung ini dengan Bandar Baru Bangi lebih kurang 9.5 kilometer dan perjalanan menaiki kereta hamper 15 minit. Kampung yang seluas tiga kilometer persegi ini terletak juga berhampiran dengan Club Golf Bukit Unggul dan rata–rata penduduk disini kebanyakkan bekerja sebagai buruh diluar selain membuat kerja-kerja kampung seperti bercucuk tanam, memungut hasil hutan dan menangkap ikan di sungai berhampiran. Jumlah bancian penduduk kampung Orang Asli Sungai Buah sebanyak 38 buah rumah dan seramai 133 orang isi rumah pada tahun 2017. Daripada jumlah ini kita dapat ketahui bahawa penduduk Orang Asli di Sungai Buah ini merupakan komuniti yang kecil di mukim Dengkil dan rata-rata penduduk disini beragama anisme atau kepercayaan nenek moyang banding dengan jumlah penduduk yang memeluk Islam seramai 20 orang, Kristian tiga orang dan Hindu seorang. Walaupun keperlbagaian agama dan kepercayaan yang wujud di kampung ini namun penduduk disini tetap menjalinkan hubungan kekeluargaan bersama masyarakat Orang Asli seperti biasa dan hidup sebagai komuniti yang masih mengamalkan sikap kerjasama dan saling. Kampung ini juga mempunyai struktur organisasinya tersendiri seperti kampung- kampung lain iaitu dibawah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang digabungkan dengan dua kampung lain seperti Kampung Bukit Tunggul dan Kampung Sungai Klebang yang juga mempunyai penduduk Orang Asli hanya sekitar 20-50 orang sahaja.” (Nor Adli Firdaus, Al-Amril Othman, 2020 @ Jurnal Wacana Sarjana, 4 (5). pp. 1-13. ISSN 2600-9501: |"Menyingkap selingkar kisah korban pembangunan: dari Batu 20 ke Bukit Unggul.").

Kini

Kg Sungai Buah, Bangi
Kampung Sungai Buah, Bangi, kini.

“The Selangor Economic Planning Unit (Upen) recently named it as one of the best villages in the state. It is easy to see why – the surroundings are so peaceful and pristine. Village head Ahmad Sanusi Salleh says his home is situated in an area that is still relatively untouched.” (The Star/Asia News Network @ The Straits Times, Nov 21, 2017: |"Explore the charms of Malaysia's Kampung Sungai Buah").

“Kampung Sungai Buah is a lovely and quiet village amidst a rapid developing neighbourhood on the border between Selangor and Negeri Sembilan. The land here is primarily small agriculture holdings, some palm, an abandoned golf/ housing project and generally low-lying hills.”
Tasik Idaman, Kg Sg Buah, kini (Kiri: Ying How and Ai Ling @ Kuala Lumpur Mountain Bike Hash (KLMBH), 28/07/2019: |"KLMBH #293 KAMPUNG SUNGAI BUAH". Kanan: Kuala Lumpur Mountain Bike Hash (KLMBH): |"DIRECTIONS TO KLMBH #293 @ KAMPUNG SUNGAI BUAH").

1927: Kebakaran Besar

Dirujuk oleh:-

Kebakaran mula disedari pada jam 1.30 pagi, oleh seorang konstabel polis Bangi. Setelah percubaan memadamkan api gagal, seluruh penduduk kampung dikejutkan. Mereka kemudiannya berjaya menyelamatkan diri, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Sementara itu, pasukan polis Kajang turut sama membantu, dan sekitar 2 pagi, panggilan kecemasan telah dibuat kepada pasukan bomba di Kuala Lumpur. Namun api merebak terlalu cepat. Setibanya mereka di Bangi 45 minit kemudian, seluruh kampung telah pun hangus dijilat api. Air dipam dari alur sungai berdekatan, dan kerja-kerja pemadaman mengambil masa kira-kira 2 jam. Pada akhirnya, hampir 40 buah rumah telah musnah sepenuhnya, dan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal. Anggaran jumlah kerugian adalah sebanyak $50,000. Punca kebakaran tidak dapat dikenalpasti, dan tiada tanda-tanda perbuatan khianat ditemui.

Antara kemungkinan faktor rebakan api ialah kelompok rumah-rumah binaan kayu yang dibina terlalu rapat. Kira-kira setahun sebelum kejadian ini (29 Ogos 1926), suatu kebakaran besar berlaku di perkampungan Dengkil (20 km ke sebelah barat Bangi) yang telah memusnahkan 41 buah rumah bercirikan binaan yang sama: “Other townships in the district included Sungei Chua, Kachau, Bangi, Broga, Beranang, Dengkil and Ulu Langat. Most were located along the margins of the relatively larger nodal settlements and comprised clusters of houses built of wood with corrugated iron or thatch roof. Fire hazard was a constant threat and in 1908, some of the shops in Kachau were destroyed by a fire on 16 May (MRUL, March 1908; DOUL, 52/1908). On 29 August 1926, 41 wooden and attap houses making up the “whole village” of Dengkil were burnt down (SSF, 4335/1926).” (Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: |"Transforming the Development Frontier: Chinese Pioneers in the Ulu Langat District of Selangor, Malaysia", m.s.11).

Pada 17 Ogos 1927, Residen Selangor, James Lornie, dengan diiringi pegawai daerah Ulu Langat, J.G. Crawford, telah membuat lawatan ke tempat kejadian. Antara lain beliau telah mengarahkan agar setiap rumah yang musnah dibina semula secara berkembar, serta dijarakkan antara setiap satunya. Pekan Bangi kemudiannya dibangunkan semula, dan sebahagiannya kekal sehingga kini.

REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.1REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.2REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.3REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.4
(Sumber: |PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 1927: "REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927")

Sumber:-

Sumber lain: “Pekan asal ini kemudiannya telah terbakar pada tahun 1924(7?) dan dibangunkan semula oleh Kerajaan Inggeris dan kontraktor Cina pada tahun 1926(8?). Setelah itu peniaga-keturunan cina mula menguasai perniagaan di pekan ini. Medan Mara Bangi pula dibangunkan pada sekitar 70an bertujuan membantu peniaga Bumiputera berniaga.”

Pekan Bangi kini (Faizal Hj Zainal, 2008: "SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi").

1941: Pembinaan Masjid Bangi

Dirujuk oleh:-

Perihal lokasi Masjid Bangi: “Kampung ini terletak disepanjang jalan dari Pekan menghala ke Batu 6, di mana juga terletaknya Masjid Bangi. Dalam rekod pejabat Tanah Daerah Ulu Langat pada 1913 terdapat 30 rumah penduduk di kawasan ini semasa itu. Pada sekitar 80 - 90 an terdapat hanya lebih kurang 25 buah rumah sahaja disini walau bagaimanapun sejak awal 90an projek Rel Berkembar mengambil semula tanah hak milik KTM, penduduk asal terpaksa membina kembali rumah baru dan berpindah ke Kg.Bangi, Kg.Bahagia dan Bt.6.” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

Pembinaan masjid: “Tapak lot tanah Masjid Bangi mula dimohon oleh penduduk Bangi pada tahun 1919 iaitu setahun setelah Bangi mendapat Ketua Kampung yang rasmi dan telah mendapat kelulusan dan digazetkan pada tahun 1928 dengan tujuan untuk pembinaan sebuah surau. Tanah seluas 1 acre 7 perches ini terletak berdekatan Balai Polis Bangi yang telah awal dibina pada 1914. Masjid ini dikatakan dibina pada tahun 1941 dengan binaan kayu kemudian dibangunkan kembali pada tahun awal 70an dengan reka bentuk rasmi masjid-masjid kerajaan semasa itu.”

Masjid Bangi sekitar 1948
“Masjid Bangi sekitar 1948”

Masjid Bangi kiniMenara MasjidKubah Masjid
Masjid Bangi kini.

(Sumber maklumat dan gambar: Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").


Masjid Bangi kini (Jabatan Agama Islam Selangor, 2014: Masjid Kariah Bangi. Pengasas: Allahyarham Lebai Zakaria Bin Lebai Tandan").

Sumber arkib (Pewartaan tanah rizab Masjid Bangi, seluas 1 ekar):-

Kanak -Kanak  Bangi -sekitar 1948
Gambar hiasan: “Kanak -Kanak Bangi -sekitar 1948” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

1950-an: Kampung Sungai Tangkas

Dirujuk oleh:-

“KAMPUNG SUNGAI TANGKAS terletak berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bandar Baru Bangi. Kampung ini merupakan kawasan perkampungan Melayu. Pembangunan kawasan ini semakin rancak dengan penubuhan UKM pada tahun 1970. Selain itu, terdapat landasan kereta api yang melalui kawasan ini telah membawa pengembangan di kampung ini. Stesen komuter UKM telah dibina oleh pihak KTM bagi memudahkan mahasiswa UKM dan lain-lain institusi di Bandar Baru Bangi berulang-alik.” (Kampung Sungai Tangkas, 12 December 2014: |"KAMPUNG SUNGAI TANGKAS").

“Sungai Tangkas atau Kampung Sungai Tangkas merupakan sebuah perkampungan melayu yang terletak berhampiran dengan Bandar Baru Bangi dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menurut ketua kampung terkini, pada asalnya kampung ini merupakan sebuah estate ladang getah yang dikenali sebagai Estet Sungai Tangkas,Bangi. Nama Kampung Sungai Tangkas asalnya dari ketangkasan penduduk kawasan tersebut berlawan dengan tentera Jepun sebelum kemerdekaan negara tercapai iaitu sekitar tahun 1950.” (Pelajar LM2273 Apresiasi Teknologi Maklumat, UKM, 9 Julai 2016: |"SEJARAH KAMPUNG").

“Sungai Tangkas atau Kampung Sungai Tangkas merupakan sebuah perkampungan melayu yang terletak berhampiran dengan Bandar Baru Bangi dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menurut ketua kampung terkini, pada asalnya kampung ini merupakan sebuah estate ladang getah yang dikenali sebagai Estet Sungai Tangkas,Bangi. Ladang getah tersebut pada masa itu merupakan tempat penduduk mencari sumber pencarian hidup dengan menoreh getah sebelum penduduk kampung berpindah ke sebuah taman bernama Taman Pantun UKM.

Namun begitu, keadaan cuaca yang kerap berlaku hujan lebat menyebabkan Taman Pantun Ukm sering dilanda banjir. Maka penduduk mengambil keputusan untuk berpindah kembali ke Kampung Sungai Tangkas.

Nama Kampung Sungai Tangkas asalnya dari ketangkasan penduduk kawasan tersebut berlawan dengan tentera Jepun sebelum kemerdekaan negara tercapai iaitu sekitar tahun 1950. Kini usia kampung tersebut sudah hampir berusia 60 hingga 70 tahun. Sejak pembukaan kampung ini sehingga kini, seramai lima orang ketua kampung telah mentadbir kampung tersebut. Senarai jawatankuasa terdiri daripada;
· Seorang ketua kampung
· Seorang setiausaha
· Seorang bendahari, dan
· 12 penduduk kampung sebagai Ahli Jawatankuasa
Menurut ketua kampung, terdapat beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) dari dalam dan luar kampung bersama-sama membantu ahli jawatankuasa kampung tersebut untuk menguruskan perihal kampung ini. Antara aktiviti-aktivitiyang dijalankan setiap tahun adalah;
· Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN)
· Program kesedaran kesihatan
· Sukaneka
· Pertandingan sukan rakyat
· Pertandingan bola sepak
· Poco-poco
· Perlumbaan Motocross, dan
· Pertandingan memancing.
Tarikan yang terdapat pada kampung ini adalah kolam memancing ikan dan kedai yang menawarkan servis membaiki kereta pada harga yang murah selain diusahakan oleh 100% bumiputera malah pengusahanya merupakan penduduk kampung itu sendiri. Perancangan untuk masa akan datang adalah untuk menaiktaraf surau kampung menjadi sebuah masjid lantaran jumlah penduduk yang semakin bertambah. Salah satu pencapaian yang menjadi kebangaan adalah infrastruktur kampung yang pesat membangun semenjak penubuhan UKM pada tahun 1970.

Perbangunan kampung tersebut dikatakan mengambil hampir 4 tahun untuk mencapai infrastruktur seperti sedia ada pada masa kini. Selain itu, penduduk-penduduk kampung masih mengamalkan kegiatan turun temurun iaitu rewang apabila terdapat sebarang kenduri seperti kenduri kahwin, korban, dan sebagainya. Semangat kerjasama dalam kalangan penduduk-penduduk kampung masih terus dipraktiskan sehingga kini. Tambahan pula, acara-acara sukaneka kampung ini seringkali dianjurkan di stadium UKM. Berdasarkan lawatan lokasi, terdapat tapak motocross di dalam kawasan kampung di mana tapak tersebut dibina sendiri oleh penduduk kampung dan setiap dua bulan akan diadakan pertandingan motocross di kampung tersebut. Aktiviti gotong-royong pula diadakan setiap bulan untuk menjamin kebersihan kampung selain mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan semangat kerjasama dalan kalangan penduduk kampung.

Terdapat sepuluh jalan dalam kampung ini dan jalan-jalan ini dinamakan Jalan Kelisa 1 sehingga Jalan Kelisa 10. Jalan – jalan tersebut dinamakan sendiri oleh ketua kampung yang ke-3. Keluasan Kampung Sungai Tangkas adalah seluas 45 ekar tidak termasuk taman-taman yang terdapat di sekeliling Sungai Tangkas. Kapasiti penduduk kampung adalah serami 1500 setakat ini. Pekerjaan kebanyakan penduduk kampung adalah bekerja di sektor kerajaan atau sektor swasta. Terdapat juga bilangan kecil penduduk yang menjalankan perniagaan sendiri. Kedudukan kampung ini sangat strategik kerana ia berdekatan dengan semua kemudahan awam dan juga bandar seperti stesen keretapi UKM, dan Bandar Baru Bangi.”

(Sumber: CitraTMUKM @ Blogspot, 14 Januari 2017: |"Kajian Sejarah Kg. Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi, Selangor.").

1950-an: Perkampungan Baru

Kampung Aman

Dirujuk oleh:-

“Kampung Baru Cina ini terletak betul-betul belakang Pekan Bangi yang dahulunya kebun Kelapa milik seorang cina bernama Law Lin, tempat ini dahulu lebih dikenali sebagai 'Bangi Village' ia wujud apabila Inggeris mengadakan kawasan Kg.Baru semasa Darurat dalam tahun 50an. Penduduk Cina disini berasal daripada kawasan bersebelahan Estet Bangi dan sebahagian lagi berasal dari Kacau, Broga dan Mantin.Pada tahun 90an berlaku kebakaran di sebahagian rumah panjang ini dan kebanyakan mereka membina kembali rumah mereka di kawasan bukit belakang Kedai Mara,tanah yang telah mereka beli daripada Broome Estate dalam tahun 70an.” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

Kampung Aman, Bangi
Kawasan Kampung Aman, Bangi, kini (Di dalam bulatan merah - Google Maps). Di tengah-tengahnya ialah SJK(C) Yoke Min. SJK(C) Yoke Min Bangi
SJK(C) Yoke Min Bangi (Dong Zong, March 06, 2020: |"SJK(C) Yoke Min Bangi").

Kampung Bahagia

Dirujuk oleh:-

“Kampung Baharu Bangi Bahagia” dibuka pada tahun 1960: “Kampung dibuka pada tahun 1960 diatas kawasan hutan simpan yang telah dimohon persatuan penduduk Melayu sekitar Bangi dalam era pentadbiran Menteri Besar Y.A.B Dato' Abu Bakar Baginda.” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

Pada awal tahun 1960-an, penduduk dari kawasan lembah di sekitarnya yang dilanda banjir telah berpindah ke kampung ini: “Pada awal 50 tahun dahulu berlaku penghijrahan penduduk kerana banjir dan perkampungan telah dipindahkan di kawasan atas bukit.” (Surau Madrasah Al Hamidiah Kg Bahagia Bangi, December 12, 2017: |"Latar Belakang Sejarah Penubuhan Surau Madrasah Al Hamidiah").

Lokasi Kg Bahagia Bangi
Lokasi Kg Bahagia Bangi di lereng bukit, sesuai untuk pemindahan penduduk kawasan banjir (topographic-map.com).

LATAR PERISTIWA: Banjir Sekitar Bangi

Pada tahun pengisytiharan tapak UKM pada tahun 1972, penduduk dari beberapa buah kampung di dalam kawasan tapak tersebut pula berhijrah ke kampung ini: “Bahagia adalah merupakan sebuah kampung penempatan semula di mana penduduknya adalah terdiri daripada pemindahan beberapa buah Kampung yang berhampiran seperti Kg. Bangi, Kg. Sg. Buah dan lain-lain kampung yang berdekatan dengan Sungai Semenyih. Ianya mula dibuka sekitar tahun 1969 pada permulaannya dan tahun 1972 kemudiannya dan merupakan kampung tersusun yang manKampunga keluasan tanah lebih 60 ekar. Transformasi hakmilik tanah bermula seawal tahun 1972 bila UKM mula di buka dan seterusnya Agensi Nuklear Malaysia (dahulunya PUSPATI) dimana pemilik asal telah menjual kepada pemilik baru kerana permintaan harga yang tinggi. Semua tanah di Kg. Bahagia adalah berstatus rizab Melayu dengan tempoh pajakan selama 90 tahun.” (KAMPUNG BAHAGIA BANGI, 1/5/2013: |"Sejarah Kampung Bahagia").

Sekitar akhir 1970-an hingga awal 1980-an, sebuah surau dibina di kampung ini, dan dirasmikan pada tahun 1983: “…sekitar 40 tahun dahulu telah terbina sebuah surau madrasah sebelum surau yang baru dibina. Surau dahulu dibina di atas kawasan tanah pajakan. Surau lama juga telah dirasmikan oleh Menteri Besar pada tahun 1959(1983) dan telah didaftarkan pada 25 November 2008. Surau ini juga telah dijalankan pengubahsuaian sebanyak 3 hingga 4 kali. Hal ini demikian kerana keadaan surau lama yang semangkin uzur. Pembinaan surau baru telah dijalankan pada tahun 2015 dan dirasmikan pada pertengahan april tahun 2015. Seterusnya, surau ini telah beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2016. Walaupun banyak perubahan dari segi reka bentuk struktrur bangunan namun AJK surau masih dikekalkan. Surau ini turut mendapat pengiktirafan enakmen pentdbiran,perudangan islam 1989 (AJK Masjid, Surau) tertakluk MAIJ & JAIS.”

Surau LamaSurau Al Hamidiah
Kiri: Surau lama Kg Bahagia Bangi. Kanan: Surau baru (Al Madrasah Al Hamidiah)
(Sumber: Surau Madrasah Al Hamidiah Kg Bahagia Bangi, December 12, 2017: |"Latar Belakang Sejarah Penubuhan Surau Madrasah Al Hamidiah").

LATAR PERISTIWA: Surau Al Hamidiah

Laman Semasa: Kampung Bahagia Bangi.

Kaum Ibu semasa majlis Maulid Nabi Sekitar tahun 50anBangi, 1956
Gambar hiasan: Kiri: “Kaum Ibu semasa majlis Maulid Nabi Sekitar tahun 50an”. Kanan: Bangi, 1956 (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

Perarakan Maulid Nabi di Pekan Bangi, 1950-an
Gambar hiasan: “Perarakan Maulid Nabi di Pekan Bangi”, 1950-an (1957?)

(Sumber gambar-gambar: Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

1980-an: Kampung Batu 6

“Kawasan perumahan PKNS ini dibuka pada awal 80an (kaw.perumahan ini merupakan sebahagian projek besar kerajaan semasa itu untuk mengurangkan kampung -kampung setinggan seluruh negara), kebanyakan penduduknya berkerja di UKM dan MINT (PUSPATI).Penduduk disini bercampur antara penduduk sekitar Bangi dan orang merantau.” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

Gambar hiasan: Sungai Bangi, di perkampungan
Gambar hiasan: Sungai Bangi, di perkampungan (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

awal_bangi.txt · Last modified: 2023/08/08 22:38 by sazli