User Tools

Site Tools


sejarahbangi-1990-1999

Kronologi Peristiwa Berkaitan Bangi: 1990-1999

1990: Pembukaan Tadika Aulad

Tarikh Butiran Keratan
Tadika Aulad: About Aulad 1990 "About Aulad". Tadika Aulad

“The principal is puan Hajjah Latifah Hanim binti Haji Muin. She obtained her degree from Universiti Kebangsaan Malaysia and later had her diploma of education at the same universiti. She was a school teacher for a few years before she quit her job to give full attention to the growing needs of her eight children. But still a teacher at heart she just could not deny her love for teaching. Once she saw the opportunity and with the help of her husband Professor Dr. Haji Hamirdin bin Haji Ithnin, Tadika Aulad was then born in 1990.”

Tadika Aulad Main Branch
“Tadika Aulad Main Branch. No: 11A Jalan 3/6G, Bandar Baru Bangi”

1990-03-22: Pembukaan Surau Jubli Perak

Tarikh Butiran Keratan
Surau Jubli Perak Al-Ikhwan: Sejarah Surau 1990.03.22 "Sejarah Surau". Surau Jubli Perak Al-Ikhwan

“Surau Jubli Perak Jalan 4/2 Bandar Baru Bangi mula dibuka pada 22 Mac 1990 atas inisiatif jawatankuasa penduduk untuk menyediakan tempat ibadah bagi penduduk yang beragama Islam di 13 buah blok Pangsapuri Jubli Perak Jalan 4/2 dan kawasan sekitarnya. Nama unik surau ini diambil sempena pangsapuri Jubli Perak yang terletak di kawasan yang sama dengan surau. Para qariyah telah dibenarkan solat Jumaat di surau ini bermula pada 8 November 1995, iaitu 5 tahun selepas penubuhannya, kerana bilangan penduduk disekitar surau yang agak tinggi iaitu 7000 orang.”

LATAR PERISTIWA: Surau dan Masjid di Bandar Baru Bangi (1975)

1990-07-14: Pembukaan Kampus Baru Maktab Perguruan Islam

Tarikh Butiran Keratan
SEJARAH IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 1990.07.14 |"SEJARAH IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM"

“Pembinaan kampus baru Maktab Perguruan Islam telah dirancangkan di dalam Rancangan Malaysia Ketiga tetapi kerja-kerja pembinaannya telah dimulakan di dalam Rancangan Malaysia Kelima. Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah-langkah tertentu di dalam usaha untuk mendapatkan tanah seluas 100 ekar daripada kerajaan Selangor Darul Ehsan. Kompleks baru Maktab Perguruan Islam menggunakan rekabentuk yang berunsur Islam. Kompleks maktab dilengkapi dengan kemudahan akademik, asrama, kediaman kakitangan dan gelanggang permainan. Pada 14 Julai 1990, Maktab Perguruan Islam telah berpindah ke bangunan kampus baru di Bangi. Semua pensyarah, guru pelatih dan kakitangan maktab pada masa itu terlibat dengan proses pemindahan tersebut. Kini Maktab Perguruan Islam terus berkembang pesat dan pertambahan pelatih kepada seramai 1209 orang dan pensyarah 145 orang.”

1990-08-29: Pembinaan PLPP Bangi

Tarikh Butiran Keratan
SEJARAH PENUBUHAN PLPP 1990.08.29 |"SEJARAH PENUBUHAN PLPP"

“Cadangan awal pembinaan PLPP Bangi adalah di bawah RMK 3 (1976 - 1980). Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya (OKU) melalui latihan vokasional dan pemulihan perubatan. PLPP Bangi mula dibina pada 29 Ogos 1990 dan 0 ekar (9.878 hektar). Pembinaan PLPP adalah merangkumi blok pentadbiran, wad dan rehabilitasi, bengkel dan kelas, asrama lelaki dan perempuan, dewan perdana, kompleks sukan, padang permainan dan kuarters kakitangan dengan kos berjumlah RM35,395,500 juta. Fasa pertama pembinaan siap pada 19 Februari 1994 dan siap sepenuhnya pada 19 Mei 1996. Namun PLPP telah beroperasi sepenuhnya pada 1999 dan pengambilan pelajar pada Tahun 2000.”

1990-an: Perpindahan Tum Tailor ke Bangi

Tarikh Butiran Keratan
TUM TAILOR: THE COMPANY 1990-an |"TUM TAILOR: THE COMPANY". Tum Tailor Sdn. Bhd. (291400-K), 2013.

Sekitar tahun 1990-an, kedai jahit Tum Tailor telah berpindah dari premis asalnya di Bangunan UDA, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur, ke premis 2 tingkat beralamat di No. 4, Jalan 1/4, Bandar Baru Bangi.: “Year after year the online spaces promote and require a more perfect place to run and put the garments available. Therefore, the management has decided to re-establish operations in the Bangunan UDA, Jalan Pantai Baru to place even greater in Section 1, Bandar Baru Bangi. The new building has been purchased from the developer PKNS. Starting at this new operation, many problems can be resolved more quickly than the old place. 2-storey shop can accommodate about 17 people where two of the cutter, two people in the packaging and execution of clothing, a person as manager operations and 12 as a production operator. Therefore, all operations can run smoothly and orderly, and further enhance the production more productive.”
Pejabat Sementara PUSPATI (Sekitar 1981-1983)Tum Tailor, Seksyen 1 BBB
Kiri: Premis No.4, Jalan 1/4, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, pernah menjadi pejabat sementara PUSPATI sekitar 1981-1983 (LATAR PERISTIWA: PUSPATI).
Kanan: Premis yang sama, setelah lebih 15 tahun diambil alih oleh Tum Tailor (NEWPAGES NETWORK SDN BHD: |"Tugimen Mukiar". Sumber Gambar: Google Street View, 2014).

LATAR PERISTIWA: Tum Tailor (1990-an).

1991-10-23: Pengumuman Pembinaan Jalan BBB-Sungai Ramal


“The construction of the new road linking Bandar Baru Bangi with Sungai Ramal will make it easier for the public to travel to Kajang and other parts of the Hulu Langat District. They will also find it easier to get to the new district administrative complex in Bandar Baru Bangi. The complex is expected to be ready early next year. The new road, about three kilometres long, will link Section 10 of Bandar Baru Bangi to the Kuala Lumpur-Seremban Highway, near the Kajang toll plaza. It will cut the journey from Kajang to Bangi by half. Presently, residents in various parts of the district have to travel to the junction in front of University Kebangsaan Malaysia before turning into Bandar Baru Bangi. Hulu Langat District Officer Haji Ali Shafie said this will make it easier for residents to travel to the new office complex. He said the opening of the new road will not only benefit Kajang residents but also those from other areas in the Hulu Langat District. Those living in Ampang can also use the Kuala Lumpur-Seremban highway to go to the new office.” (New Straits Times, 23 Oktober 1991: "New Bangi-Sg Ramal linkroad makes travel to Kajang easier").

1992: Pembukaan Kafa Integrasi Jalan 6

Tarikh Butiran Keratan
Kafa Integrasi Jalan 6 Mempunyai Bangunan Lebih Selesa 1992 |"Kafa Integrasi Jalan 6 Mempunyai Bangunan Lebih Selesa", Dr Shafie Abu Bakar, 2009

“Jika pada tahun 1992, permulaan sekolah ini dibuka dengan hanya menggunakan kelas pada bangunan rumah teres satu tingkat berhampiran Surau Al-Falah dengan hanya 42 orang murid, maka pada hari ini pihak pentadbir Sekolah Kafa Integrasi, Jalan 6, yang diketuai Pengerusi PIBG Tuan Haji Mat Ali Bin Mohamed dan AJK dan Ketua Guru Ustazah Baenah Bt. Omar dan guru-guru serta seluruh murid dan ibu bapa bersyukur, kerana kini sekolah ini mempunyai bangunan baru 2 tingkat yang baru siap dengan peruntukan sebanyak RM450,000, iaitu dari peruntukan zakat negeri Selangor.”

1992: Pembukaan Sate Kajang Hj Samuri

Tarikh Butir Keratan
'Sate Kajang Hj Samuri' antara penyumbang perubahan sosioekonomi Kajang 1992 |"'Sate Kajang Hj Samuri' antara penyumbang perubahan sosioekonomi Kajang", Bernama @ Astro Awani, September 2, 2017

“Mula beroperasi di gerai No.5 di Medan Sate Kajang pada tahun 1992, Sate Kajang Haji Samuri menjadi begitu sinonim dengan pekan Kajang selepas pengasasnya Allahyarham Datuk Samuri Juraimi menjenamakan semula produk makanan itu selain memberi perspektif yang lebih segar dan diterima luas oleh masyarakat.”

Sate Kajang Haji Samuri wins The Star People’s Food Awards
“Sate Kajang Haji Samuri wins The Star People’s Food Awards” (Noel Foo @ Kuali: |"Sate Kajang Haji Samuri wins The Star People’s Food Awards").

1992-01-01: Pembukaan Pejabat Daerah di Bangi

Tarikh Butir Keratan
SEJARAH PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT 1992.01.01 |"SEJARAH PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT"

“Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat telah ditubuhkan pada 1884 di Bandar Kajang. Pada 1 Januari 1992, Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat telah berpindah ke bangunan baru di Bandar Baru Bangi sehingga hari ini. Bangunan Pejabat Daerah telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj pada 25 Mac 1999.”

1992-06-01: Salinger House Siap Dibina

Tarikh Butir Keratan
Salinger Residence 1992.06.01 |"Salinger Residence". Aga Khan Development Network, 1998
Salinger Residence 1992.06.01 "Salinger Residence". ARCHNET NEXT.


“The Salinger house, or Rudinara, is a single-family residence built exclusively of timber in the traditional way of the Malays. … The Salinger house is located in an old rubber plantation in the district of Bangi, 15km south of Kuala Lumpur, off the main north-south highway. Bangi was originally an outlying area with a small rural settlement, called the Kampung Sungai Merab Luar. A university was set up, followed by a small industrial estate that lead to the slow residential development of the area. The immediate surroundings of the site consist of two to three storey, nondescript, concrete villas owned and occupied by teachers from the neighbouring religious schools and university. … The client, Dr. Haji Rudin Salinger, is an American citizen who has lived in Malaysia for over thirty years and has a keen interest in Malay culture. Dr. Salinger and Puan Munira Salinger, his wife, wanted to build their home in the rural area near the university where he worked. They specifically wanted a modern house that reflected Malay culture and their Islamic faith.” (Hana Alamuddin, May 1998: |"1998 Technical Review Summary: Salinger Residence", m.s.5).

LATAR PERISTIWA: Salinger House.

1993: Pembukaan Masjid Teras Jernang

Tarikh Butir Keratan
SLIM inisiatif masjid wujud generasi imam berilmu 1993 |"SLIM inisiatif masjid wujud generasi imam berilmu". Latifah Arifin @ Berita Harian, September 21, 2018.

MASJID Teras Jernang di Bangi. - Foto Saifullizan Tamadi
“MASJID Teras Jernang di Bangi. - Foto Saifullizan Tamadi”

“Masjid Teras Jernang
* Lokasi : Bangi, Kajang
* 25 tahun usia masjid
* 1993 - solat Jumaat pertama diadakan
* 2001 - bangunan baharu siap dibina”

1993-01-02: Pembukaan Giatmara Bangi

Tarikh Butir Keratan
Giatmara Bangi 1993.01.02 |"Giatmara Bangi", Homestay Bangi.

“Giatmara Bangi is the School of Printing in Bangi. GIATMARA Bangi started operations on January 2, 1993 led by a Manager, three Instructors and a Clerk Officer. As GIATMARA Bangi’s building was still in the process of renovation, part of the office space at GIATMARA Headquarters and GIATMARA Kuala Lumpur was made a temporary office to carry out administrative and management activities. At the same time, applications for printing courses were accepted. Therefore, the decision was taken to begin the first session of the Basic Printing Technology Course using the facilities provided by GIATMARA Banting, a workshop for placing 4 machines consisting of a MO unit, 2 units of TOK machines and one unit of paper cutting machine. The course for the first sessions was started on 2 June 1993, with a total of 9 trainees comprising 7 male trainees and 2 female trainees.”

Bangunan GIATMARA Bangi
“Bangunan GIATMARA Bangi” (GIATMARA Bangi, 2008: |"GIATMARA BANGI (Teknologi Percetakan)").

1993-10-29: Penubuhan Persatuan Pentadbiran Industri Bangi

Tarikh Butir Keratan
BIAA 1993.10.29 |BIAA. BANGI INDUSTRY ADMINISTRATIVE ASSOCIATION

“Bangi Industry Administrative Association (Persatuan Pentadbiran Industri Bangi) in short BIAA, is registered under The Registrar of Societies Malaysia (ROS) Selangor. BIAA was first registered as an association on 29th October 1993 as Persatuan Pentadbiran Kilang Bandar Baru Bangi, by a group of administrators from manufacturers around the then district, on the following basis:-
* to promote understanding and close relationship among companies in Bandar Baru Bangi and the nearby areas)
* to engage staff of its members in sports, recreation and community based cultural activities
* to organize beneficial slot talk sessions, seminars and training for its members
* to provide a platform to exchange views and experience for positive purposes
* to assist members with difficulties in relation to relevant authorities
The association later changed its name to Bangi Industry Administrative Association (Persatuan Pentadbiran Industri Bangi) to reflect its extended role. Membership too was offered to non-manufacturing business entities and institutions after the name change.”

1994: GK Organic Farm Diasaskan

Tarikh Butir Keratan
About Us 1994 |"About Us". GK ORGANIC FARM.

“Welcome to GK Organic Farm, located near Bangi, 40km south of Kuala Lumpur, Malaysia. GK was founded in 1994, and has been growing organic vegetables and fruits, using our homemade compost and fertilizers.”

1994: Sapura Motors Ditubuhkan

Tarikh Butir Keratan
About Us 1994 |"About Us". Sapura Industrial Berhad.

Corporate HQ & Stabiliser Bar Plant, Bangi.
“Corporate HQ & Stabiliser Bar Plant, Bangi.”

“Sapura Industrial Berhad [Registration No: 197401000510 (17547-W)] started its business in automotive components manufacturing in the early 1980s through an acquisition of a coil spring business from Henderson’s Ltd, Australia. Taking off from just the coil spring – Sapura Industrial has since expanded its business to include the manufacture of high value-added machined engine, transmission & brake components as well as stabiliser bars and chassis module assemblies for the automotive industry and cold drawn high-grade structured steel bars used in the automotive, electrical & electronics industries. As the business expanded in tandem with Malaysia’s automotive industry, Sapura Motors Berhad was established in 1994 and subsequently listed on the Second Board of Bursa Malaysia Securities Berhad in 1997. The Company was transferred to the Main Board in 2004 and renamed Sapura Industrial Berhad, to reflect its diverse business activities.”

1994: Pembukaan Bangi Golf Resort

Tarikh Butir Keratan
Bangi Golf Resort 1994 |"Bangi Golf Resort". GolfLux, 2017.
Bangi Golf Resort 1994 |"Bangi Golf Resort". The Golf Asia.


“Course Information:
* Year built: 1994
* Architect(s): Ronald W. Fream
* Greens: Bermudagrass
* Fairways: Bermudagrass

Bangi Golf Resort , a 36-hole golf course, was designed by Mr Ronald W. Fream of the Golfplan-Ronald Fream Design Group. This is the man who has designed no less than 10 of the world’s fifty best golf courses. No stranger to Malaysia, Ronald Fream designed the courses at both the Saujana Golf Course in Subang and Awana Golf Course in Genting Highlands. (Both are listed in the “Fifty Best International Golf Destination Resorts”). The last nine is still under construction.”
“…. * Holes 36
* Par 72
* Length 6222/6350 meters
* Designer Ronald Fream & David Dale
* Year Opened 1994
Bangi Golf Resort is a 36-hole Kuala Lumpur golf course designed by Golfplan Ronald Fream & David Dale consisting of the Kajang, Putrajaya and Bangi Courses.”

1994-09-22: Penubuhan Akademi Percukaian Negara

Tarikh Butir Keratan
25 Tahun Akademi Percukaian Malaysia 1994.09.22 "25 Tahun Akademi Percukaian Malaysia". Arena HASiL, 11 Sept 2019.
APM Akademi Percukaian Malaysia 1994 |"APM Akademi Percukaian Malaysia". Bangi Info, 18 Julai 2016.


“22 September 1994, Akademi Percukaian Negara telah ditubuhkan. Penubuhan pusat latihan percukaian ini adalah bagi meneruskan kesinambungan latihan yang telah bermula sewaktu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia masih dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri.”

(Sumber: Arena HASiL, 11 Sept 2019: "25 Tahun Akademi Percukaian Malaysia")

“Akademi Percukaian Malaysia (APM) yang mula beroperasi pada bulan September 1994, ialah institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Ianya terletak di sebuah tapak seluas 36.8 ekar (kira-kira 15 hektar) di Bandar Baru Bangi, Selangor, iaitu lebih kurang 35 km dari ibukota Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan. … APM berfungsi sebagai sebuah akademi latihan kepada LHDNM untuk merancang dan melaksanakan program latihan bagi melahirkan pegawai LHDNM yang cekap dan berkualiti.”

1994-11-15: Penubuhan SMK Jalan Tiga

Tarikh Butir Keratan
Profil Sekolah 1994.11.15 |"SMK Jalan 3".
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga 1994.11.15 |"Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga"

“Sekolah ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 15 November 1994, manakala sesi persekolahan dimulakan pada 1 Disember 1994. Pada awal penubuhannya, SMK Jalan Tiga telah berkongsi premis dengan SMK Jalan Reko, di Fasa 5, Bandar Baru Bangi. Pengetua pertama yang menerajui SMK Jalan Tiga ialah Puan Kamariah Bt Haroun dengan dibantu oleh 3 orang penolong kanan, 13 orang guru dan 5 orang staf sokongan. Bilangan pelajar perintis pada tahun 1995 adalah sebanyak 172 orang dan terdapat 6 buah kelas tingkatan 1 sahaja. Bahasa Arab dan Bahasa Perancis merupakan mata pelajaran tambahan yang diajar kepada murid yang berminat. Pada 27 November 1995, SMK Jalan Tiga telah berpindah ke premis tetap di Fasa 3. Terdapat blok bangunan untuk pengajaran dan pembelajaran, 3 blok asrama, sebuah dewan yang dinamakan Dewan Tun Seri Lanang, sebuah makmal komputer, 6 buah makmal kemahiran hidup, 6 buah makmal Sains, sebuah pejabat guru, pejabat pentadbiran, surau, perpustakaan dan kantin.”

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga
(Sumber gambar: Facebook Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, 23 Ogos 2017).

1995: Pembukaan Stesen Komuter Bangi

Tarikh Butir Keratan
Bangi Komuter Station 1995 |"Bangi Komuter Station". Klang Valley Mass Rapid Transit.

“The Bangi Komuter station is a KTM Komuter train halt forms part of a common KTM Komuter railway line in Rawang-Seremban Route. The station was completed and opened to the public on 1995.”


(Sumber gambar: Wikipedia).

1995: Penubuhan Sofi Catering

Tarikh Butir Keratan
Sofi Catering 1995 |"Sofi Catering". Facebook

“A Malaysian Caterer based in Bandar Baru Bangi, established since 1995. Here at Sofi Catering we focus on HATS - Hospitality, Ambience, Taste and Style.”

Gambar 19/10/1996
Gambar peringkat awal Sofi Catering (19/10/1996 - Sumber: Tuugo dan Business List).

1995: Pembukaan Institut KWSP

“EPF has fully explored various strategies that further protected its role in protecting the contributions of employees. This eventually led to the management's decision that members' interests would be further enhanced through higher level of professionalism in leadership and management. Hence, the EPF decided to broaden the scope of its internal training division and to elevate its status into an actual training institution. Thus, in year 1995, the Employees Provident Fund Social Security Training Institute, otherwise known as ESSET, was born. ESSET is the acronym for EPF Social Security Training Institute. ESSET's main focus is to train and develop EPF's staff, which will lead to enhance the knowledge and skills so that they are competent to produce results expected of them to fulfill EPF's vision and mission. … Located in Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, strategically within the university town and the Multimedia Super Corridor (MSC), ESSET is also located next to Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).”

ELC Building or formerly known as Institut KWSP
“ELC Building or formerly known as Institut KWSP” (EPF Learning Campus @ Facebook, 24 Julai 2015).

1995-02: Penubuhan Malaysia-France Institute (MFI)

Tarikh Butir Keratan
History 1995.02 |"History". Universiti Kuala Lumpur, 2018


“Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (previously known as Malaysia France Institute) is one of the listed branch campuses under Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Wholly owned by Majlis Amanah Rakyat (MARA), the university is given the mandate to upgrade the status of technical education in Malaysia by the government. It is an advanced technical training center in the fields of engineering technology specializing in automation, electrical, mechanical and maintenance which are fully supported by the Malaysian government. It was incorporated in February 1995 as a co-operation project between the Malaysian government and the French government. The French partners are represented by JF Boccard and the Association de Formation Professionelle de I’Industrie Rhodanienne (AFPI) and Malaysia is represented by MARA. Courses offered are at Diploma to PhD levels. Short courses and customized courses are also available. The UniKL MFI campus is strategically located in Bandar Baru Bangi, a fast developing industrial-academia style town about 25km from Kuala Lumpur city center and only 40 minutes away from the Kuala Lumpur International Airport (KLIA).”

1995 (Akhir): Perpindahan Sekolah Kiblah

Tarikh Butir Keratan
SEJARAH PENUBUHAN KIBLAH 1995 |"SEJARAH PENUBUHAN KIBLAH" . Sekolah Kiblah
1995 |"SEKOLAH DAN TAHFIZ KIBLAH". Ismail Omar @ Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah, November 21, 2017.

“Sekolah Kiblah merupakan sebuah Institusi Pengajian Swasta Berasrama Penuh. Pada awalnya Sekolah Kiblah beroperasi pada Januari 1993 di Tanjung Kling dengan nama Institut Kiblah, 17 Km daripada Melaka Bandaraya Bersejarah. Memulakan pengajian dengan hanya 12 orang pelajar sahaja di rumah peninggalan keluarga Allahyarham Dr Mohammad Nor, salah seorang pengasas Sekolah Kiblah dan pengasas kepada Koperasi Homeopathy Melaka Berhad. Setahun kemudian, Sekolah Kiblah telah berpindah ke Pedas, Negeri Sembilan. Pada awalnya nama Sekolah Kiblah diberi nama Kolej Kiblah. Di sinilah bakal dibina kompleks Sekolah Kiblah dengan keluasan tanah 104 ekor. Kedudukannya agak sesuai memandangkan ianya jauh daripada kesibukan bandar dan sangat dekat dengan susur keluar tol Pedas-Linggi jika melalui Lebuh Raya Utara Selatan. Pihak sekolah telah membina kelas-kelas pengajian dan asrama pelajar secara berperingkat. Namun begitu, ketentuan Allah Taala mengatasi semua perancangan makhluk-Nya. Pada akhir tahun 1995, Sekolah Kiblah mula berpindah ke Sungai Merab Jaya, Bangi, Selangor. Kali ini Sekolah Kiblah menyewa satu pusat latihan bina insan yang dimiliki oleh Tn Hj Hasan bin Mukhtar. Prasarana di sini agak baik kerana susun aturnya agak menepati iklim atau suasana sebuah sekolah. Memiliki kelas-kelas pengajian yang agak selesa, dewan utama, dewan makan, asrama pelajar, pejabat dan padang bola. Kebanyakkan binaan di sini diperbuat daripada kayu atau papan.”

1996: Restoran Azura Dibuka

Tarikh Butir Keratan
Restoran Lagenda di Bandar Baru Bangi : Restoran Azura 1996 |"Restoran Lagenda di Bandar Baru Bangi : Restoran Azura". Gedung Minda Botak, 25 Ogos 2021.

“Kisah tentang restoran ini GMB perolehi dari pengasasnya sendiri iaitu arwah Pakcik Ibrahim (Meninggal pada 6 Ogos 2018 Al-Fatihah) dan dari anak sulungnya yang kini meneruskan legasi perniagaan ayah dan ibunya. Restoran Azura memulakan langkahnya di Medan Selera Seksyen 13 BBB iaitu Medan Selera yang berdekatan kawasan perindustrian pada 1996 dan seterusnya berpindah di Medan Selera Seksyen 16 atau orang lama BBB akan sebut Medan Selera Shell (Stesen Minyak Shell pertama di BBB) pada tahun 1998. Nama gerai/restoran ini diambil sempena nama anak kedua arwah Pakcik Ibrahim iaitu Azura. Pada awal 1990an kawasan Medan Selera Seksyen 16 ini adalah kawasan tumpuan warga BBB dan ianya pernah diwartakan sebagai Pusat Bandar BBB di dalam peta BBB pada ketika itu. Berpuluh-puluh gerai Tom Yam dan nasi campur tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan ini dan Gerai Azura menjadi antara pilihan pelajar-pelajar UKM dan pekerja kilang waktu itu kerana terkenal dengan harga yang murah dan masakan yang sedap.”

Tapak asal Gerai Azura: Medan Selera Seksyen 13 Bandar Baru BangiGerai Azura di Medan Selera Seksyen 16 BBB - Beroperasi sehingga kini.Ayam Tempayan yang digunakan untuk Nasi Ayam
Kiri: “Tapak asal Gerai Azura: Medan Selera Seksyen 13 Bandar Baru Bangi”.
Tengah: “Gerai Azura di Medan Selera Seksyen 16 BBB - Beroperasi sehingga kini.”
Kanan: “Ayam Tempayan yang digunakan untuk Nasi Ayam”.

“Pada tahun 2006 Gerai Azura telah melebarkan sayapnya dan membuka cawangan di Seksyen 3 dengan nama Restoran Azura di mana cawangan ini diuruskan oleh anak sulung arwah Pakcik Ibrahim.”

Restoran Azura Seksyen 3 Bandar Baru Bangi
“Restoran Azura Seksyen 3 Bandar Baru Bangi”.

(Sumber: Gedung Minda Botak, AUGUST 25, 2021: |"Restoran Lagenda di Bandar Baru Bangi : Restoran Azura").

1996 (Awal): Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi (PGSM) Selangor

Tarikh Butir Keratan
PGSM Di MFI, Bangi, Selangor. 1996 |"PGSM Di MFI, Bangi, Selangor.". Aktiviti PGSM 1998-1999


“Silat PGSM mula berkembang di Negeri Selangor pada awal 1996 dengan menjadikan MFI sebagai Gelanggang Utama untuk menjalankan apa jua aktiviti persilatan. PGSM ditubuhkan di MFI sebagai salah satu aktiviti Kokurikulum dan juga Persatuan. Gelanggang PGSM MFI adalah di padang bola sepak MFI. … Sokongan padu yang diberikan oleh pihak pengurusan MFI serta ahli yang ada membolehkan PGSM terus berkembang dari masa ke semasa hingga mencecah keahlian seramai 200 orang pada tahun 1997.”

1996 (Pertengahan): Rumah Anak Yatim Darul Izzah

Tarikh Butir Keratan
Mengenai Kami 1996 |"Mengenai Kami". Darul Izzah.
Pertubuhan Anak Yatim Dan Kebajikan Darul Izzah 1996 |"Pertubuhan Anak Yatim Dan Kebajikan Darul Izzah". Hati.my

“Rumah Anak Yatim Darul 'Izzah diilhamkan oleh Ustaz Haji Idris Omar pada pertengahan tahun 1996. Antara objektif utama adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim/miskin dan warga emas.”

“Established in 1996, it is a non-profit organisation giving shelter to orphans and underprivileged children. The Home provides lodging and free education to its dependents at their in-house religious school, Asrama Darul ‘Izzah.”


(Gambar: DARUL IZZAH BANGI, 13 September 2013).

1996-1998: Pembukaan Taman Industri Selaman

Tarikh Butir Keratan
Taman Industri Selaman, Bangi 1996-1998 |"Taman Industri Selaman, Bangi". Selaman Sdn Bhd.: Projek.

“Taman Industri Selaman yang terletak di Sekyen 10 Bandar Baru Bangi, Selangor terdiri dari 167 Unit Kilang yang dibina khusus untuk perusahaan industri ringan. Projek in telah dibina dalam tiga fasa dimana Fasa 1 telah siap sepenuhnya pada tahun 1996 manakala Fasa 2 dan Fasa 3 siap pada tahun 1998.”

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

sejarahbangi-1990-1999.txt · Last modified: 2023/09/08 10:58 by sazli