User Tools

Site Tools


sungai_merab

Jadual Kandungan

Kampung Sungai Merab (1860-an)

Selekoh Jalan Sungai Merab - Jalan Bukit Dugang, di Kampung Sungai Merab Hulu, 2016
Selekoh Jalan Sungai Merab - Jalan Bukit Dugang, di Kampung Sungai Merab Hulu, 2016 (Sungai Merab @ Facebook, 9 Februari 2016: "Sungai Merab").

Dirujuk oleh

Latar Pembukaan: Penghijrahan Keluarga Tambusai

“Cerita terakhir soal pelarian Tuanku Tambusai muncul di buku Rokan: Tuanku Tambusai Berjuang karya Mahidin Said yang terbit 1969 silam. Disebutkan, Tuanku Tambusai berhasil menyelamatkan diri dengan sampan di Sungai Batang Sosa setelah penaklukan Benteng Dalu-Dalu pada 1838. Tokoh yang dijuluki belanda De Padrische Tijger van Rokan (Harimau Padri dari Rokan) itu lalu meneruskan perjalanan menembus Rimba Mahato hingga sampai di Kota Pinang (sekarang Sumatera Utara). Dari sana, Tambusai menyeberangi Selat Malaka menuju Negeri Sembilan, Malaysia. Tuanku Tambusai pun meneruskan hidup di kampung bernama Rasah dan meninggal di sana.”

Tuanku Tambusai
Kiri: Tuanku Tambusai (Dinas Sosial Provinsi Riau, 2017: |"Tuanku Tambusai").
Kanan: Penghijrahan Tuanku Tambusai: Dalu-Dalu → Kota Pinang → Rasah, Negeri Sembilan (Edmiraldo Siregar @ Kumparan, 5 November 2021: |"Cerita Pelarian Tuanku Tambusai: Wafat di Malaysia atau Hidup Hingga Akhir Masa?").

“Lebai Zakaria anak Tambusai yang berhijrah ke Semenanjung di akhir abad ke-19/awal abad 20 (tak siapa yang tahu) dan datang ke Teras Jerenang sebelum berkampung di Bangi. This must have been a rather large migration, kerana kelompok yang datang itu bersebar di Jenderam, Teras Jerenang/Sg. Merab, Bangi, Kg. Balun (Slim River) dan Sempa (Behrang).” (Shaharuman Shahadan @ Blog abdulhalimshah, February 24, 2008: |"The "Makam Tuanku Tambusai"").

Peta penghijrahan dari Rambah dan Tambusai, secara kasarContoh pokok Terap
Kiri: Penghijrahan dari Rambah dan Tambusai, secara kasar, berdasarkan peta oleh I. Dornseiffen, 1904 @ Bartele Gallery: "Atlas van Nederlandsch Oost- en West-Indië’: MAP OF THE EAST COAST OF SUMATRA – DORNSEIFFEN C.1900"
Kanan: Contoh pokok Terap, yang dikatakan asal-usul nama “Sungai Merab” (Wikipedia: Artocarpus).

1860-an: Penerokaan Sungai Merab dan Teras Jernang


“Kampung Teras Jernang merupakan kawasan perkampungan orang-orang Melayu dalam kawasan Bangi. Kampung ini telah diteroka kira-kira dalam tahun 1860-an. Sebelum kawasan ini diteroka oleh orang-orang Melayu, kawasan perkampungan ini didiami oleh Orang Asli. Orang-orang Melayu yang meneroka kawasan ini adalah terdiri dari orang-orang Kelang yang lari menyelamatkan diri semasa berlaku perang saudara di Selangor dalam tahun 1866-1873. Mereka telah memudeki Sungai Langat hingga kesatu kawasan yang dikenali sebagai Kuala Sungai Merab. Peneroka-peneroka tersebut telah diketuai oleh Dato' Saad bin Katib. Rombongan ini adalah terdiri dari kaum keluarganya. Apabila mereka sampai di kawasan Kuala Sungai Merab itu, didapati oleh mereka kawasan itu amat sesuai untuk dijadikan kawasan kediaman. Bermula dari waktu itu, kawasan tersebut telah dibersihkan dan dijadikan kawasan perkampungan.” (Sumber: Habibah Ismail, 1982: “Sejarah Bangi (1870an - 1970an)”. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. @ Harith Faruqi Sidek, 12 Jun 2025: "Kampung Teras Jernang berusia sekitar 165 tahun.").

LATAR PERISTIWA: Rekoh: 1867-1875: Pelarian Perang Klang

1896: Keluarga dari Rembau

Sekitar tahun 1896, kawasan Sungai Merab telah pun diterokai oleh 40 buah keluarga yang berasal dari Rembau, untuk penanaman padi. Ketika itu, bandar Kajang sedang mula dibangunkan: “In October, three blocks of waste land, aggregating 960 acres, were granted to Messrs. Walsh and Mitchell for coffee-planting purposes, this being the first occasion on which premium has been charged on agricultural land in Ulu Langat District. Other applications for smaller aras, amounting altogether to 791 acres, were received during the course of the month, and 485 acres were applied for mining purposes. A large contingent of Rembau people, numbering 40 families, have lately arrived in the district and are taking up land for rice-cultivation at Sungei Merap, situated on the Langat River some three miles below Reko. A large extent of suitable land is available in this locality, and the present applications may form the nucleus of an extensive settlement. Clearing operations on a large scale have been commenced at Braemar by Goh Ah Ngee, the new proprietor, who has also started work on his settlement for Chinese Christians near Semenyih. Building operations in the town of Kajang continue to show rapid development; by the end of the year, there should be between 30 and 40 double-storied brick houses there either completed during the year on in course of construction.” (The Straits Budget, 1 December 1896, Page 3: | "KUALA LANGAT").

1916-09-28: Cadangan Perluasan Rizab Melayu

1918: Pembukaan Kampung Sungai Merab

Pada tahun 1918, 11 buah keluarga perantau keturunan Rambah dan Tembusai dari Sumatera yang diketuai oleh Abdul Ghani bin Lison (dikenali sebagai Tok Dagang Morah), telah turut menerokai kawasan Sungai Merab, lalu menamakannya sebagai Kampung Sungai Merab:-

“Kampung Sungai Merab Luar terletak di daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Kampung ini telah dibuka oleh seorang pahlawan melayu yang berasal daripada Sumatera dari kerurunan Rambah Temusai bernama Abdul Ghani bin Lison pada tahun 1918. Beliau adalah ayah kepada Haji Ibrahim bin Abdul Ghani (Tok Yat) dan merupakan mantan ketua kampung Persekutuan atau dikenali dengan nama Tok Morah(nama ini telah diabadikan sebagai nama jalan , Jalan Tok Morah di Kampung Paya ).” (Merab Tech of UKM, 2016: |"SEJARAH KAMPUNG SUNGAI MERAB LUAR").

“Kampung Sungai Merab telah dibuka pada sekitar tahun 1918. Peneroka awal kampung ini ialah Tok Dagang Morah dari Sumatera, Indonesia. Beliau telah mengetuai 11 keluarga peribumi suku kaum Rambah dan Tembusai (Temusai) menyeberangi Selat Melaka ke pinggir Sepang dan menyusuri hutan tebal sehingga tiba di sebuah kawasan berhampiran Bangi. Seterusnya, ada di kalangan mereka yang meneruskan perjalanan arah ke Hulu Langat dan telah membuka penempatan orang Minang di sepanjang kawasan Sungai Langat.

Mereka telah berusaha menebang hutan untuk membuat pondok dan bercucuk tanam. Mereka juga hanya menggunakan beliung untuk menebang pokok di hutan kerana ketika itu gergaji dan kapak masih belum wujud. Peneroka awal ini juga menternak ayam itik serta kambing bagi menampung keperluan harian. Lama-kelamaan penempatan yang dibuka itu berkembang menjadi sebuah kampung yang sempurna. Mereka juga menjadikan sungai yang mengalir di tepi kampung itu sebagai jalan utama ke tempat lain selain menggunakan airnya untuk minuman, membasuh pakaian dan mandi manda. Suku kaum Rambah dan Tembusai ini kebanyakannya berasal dari Pasir Pengaraian di Rokan Hulu, Riau. Bahasa mereka lebih kurang seperti orang Minang. Bahasa orang Rambah dan Tembusai masih digunakan dengan meluas di Jenderam Hilir tetapi agak kurang digunakan di Sungai Merab.

Oleh kerana kampung ini tidak bernama maka nama Kampung Sungai Merab diambil namanya sempena pokok Terap yang tumbuh meliar di tebing sungai. Suku Tembusai menyebut Terap sebagai Merab. Kulit pokok ini boleh dibuat dinding pondok dan pokok yang lebih kecil boleh digunakan untuk membuat tali. Sebutan terap ini lama kelamaan bertukar menjadi Terab. Oleh itu kampung ini pun dinamakan Kampung Sungai Merab. Tapak asal kampung ini ialah di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar yang ada sekarang ini.

Sejak kampung ini dibuka, ramailah masyarakat berketurunan Minang, Jawa dan Bangkahulu selain orang Melayu yang menetap di kampung ini. Keturunan masyarakat Rambah dan Tembusai yang mula-mula meneroka kampung ini masih ramai yang tinggal di sini. Mereka hidup bersama sebagai satu keluarga yang saling bantu-membantu dan harmoni. Kerajaan juga telah mengeluarkan geran tanah kepada penduduk yang menetap lama di kampung ini. Pada masa kini keluasan kampung ini ialah 864 ekar.”

(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, m.s. 42-44).

Peta sekitar Sungai Merab (1913), sebelum pewartaan rizab melayu Sungai MerabPeta sekitar Sungai Merab (1918), setelah pewartaan rizab melayu Sungai Merab
Kiri: Peta sekitar Sungai Merab (1913), sebelum pewartaan rizab melayu Sungai Merab (Central Survey Office, Kuala Lumpur, Federated Malay States (F.M.S.) @ Survey Department, Singapore; 测量局; Singapore. Survey Department, 1913: |"Selangor, Federated Malay States 1913").
Kanan: Peta sekitar Sungai Merab (1918), setelah pewartaan rizab melayu Sungai Merab (Central Survey Office, Kuala Lumpur, Surveyor-General's Office, Federated Malay States (F.M.S.) @ Survey Department, Singapore; 测量局; Singapore. Survey Department, 1918: |"Selangor, Federated Malay States 1918").

Peta sekitar Sungai Merab (1926), sebelum pewartaan rizab Melayu Sungai Limau ManisPeta sekitar Sungai Merab (1929), selepas pewartaan rizab Melayu Sungai Limau Manis
Kiri: Peta sekitar Sungai Merab (1926), sebelum pewartaan rizab Melayu Sungai Limau Manis (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries: |"Selangor : Federated Malay States 1926").
Kanan: Peta sekitar Sungai Merab (1929), selepas pewartaan rizab Melayu Sungai Limau Manis. Anehnya, rizab tersebut ditandakan di muara Sungai Chuau. Muara Sungai Limau Manis sebenarnya terletak di dalam “Reserve for wet rice cultivation” di sebelah timurnya (bersempadan dengan Prang Besar Estate di sebelah utaranya). Mungkin suatu kesilapan? (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").

MAKLUMAT LANJUT: Prang Besar Estate (1921).

1921-03-07: Rizab Perkuburan

1924: Pembukaan Kampung Limau Manis

“Kampung Limau Manis merupakan satu kawasan petempatan di Mukim Dengkil yang telah diteroka oleh pendatang dari Tanah Jawa seramai 40 orang pada tahun 1924. la terletak 30 kilometer dari Bandar Baru Salak Tinggi yang merupakan Pusat Pentadbiran Daerah dan 3 kilometer dari Pusat Pentadbiran Putrajaya.
….. Di peringkat awal penerokaan kampung ini, masyarakat Jawa yang berhijrah ke sini telah mengusahakan tanah dengan menanam tanaman untuk keperluan sendiri. Kawasan yang diterokai adalah berhampiran dengan Estet Prang (Perang) Besar (sekarang Putrajaya). Walau bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan menanam pokok getah demi menjamin kepentingan hasil pengeluaran penjajah. Oleh itu, para peneroka ini telah menumpukan usaha mereka kepada tanaman pokok Pinang dan pokok Melinjau (Belinjau). Kedua-dua jenis tanaman ini merupakan tanaman yang boleh untuk mendatangkan hasil kehidupan mereka seharian.

Semasa mereka sedang menanam pokok Pinang dan Belinjau, mereka telah menjumpai sejenis pokok yang berbuah dan sangat manis rasanya. Rupa buah itu seperti Limau tetapi rasa manisnya berbeza dengan rasa jenis-jenis Limau yang lain yang kebiasaannya masam. Kemudiannya, mereka telah memperkembangkan tanaman tersebut dengan menanamnya di celah-celah tanaman pokok Pinang dan Belinjau. Akhirnya tanaman ini telah berkembang di kawasan mereka dan ramai orang mengenalinya sebagai Limau Manis. Oleh itu nama kampung ini telah digelar sebagai Kampung Limau Manis.”

(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, m.s. 50-53).

Rizab sawah padi di muara Sungai Limau Manis (mungkin sebenarnya rizab melayu Sungai Limau Manis?) mula ditandakan di dalam peta 1926 di atas.

MAKLUMAT LANJUT: Kampung Limau Manis (1924).

1925-05-01: Sekolah Melayu

Arkib Negara 1957/0235968W, 01/05/1925: |"NEW MALAY SCHOOLS AT DINGKIL AND SUNGEI MERAB".

1933-01-06: Permohonan Pembaharuan Lesen Pengedar Getah Oon Lee Ee

1933-04-10: Penjualan Tanah Haji Ensah

1948-1960: Suasana Darurat

“Pada Zaman Darurat, kampung ini tidak terlepas daripada gangguan komunis yang memaksa penduduk membekalkan mereka dengan makanan dan ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, penduduk kampung telah bersepakat dengan menubuhkan pasukan kawalan kampung mereka bagi membendung kegiatan subversif daripada mengganggu gugat ketenteraman kampung mereka.” (Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, m.s. 45-46).

Peta sekitar Sungai Merab, di waktu daruratPeta sekitar Sungai Merab, 1962
Kiri: Peta sekitar Sungai Merab, di waktu darurat (Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720").
Kanan: Peta sekitar Sungai Merab, 1962. Kawasan rizab melayu sebagaimana di dalam peta 1950 dan sebelumnya (lihat peta di sebelah kiri) ditandakan secara kasar (Director of National Mapping, Malaysia, 1962: |"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L7010, Sheet 94, 1962, 1:63 360"; Director of National Mapping, Malaysia, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Negri Sembilan, Selangor, Sepang, Series: L7010, Sheet 102, 1963, 1:63 360").

Sebagaimana dalam peta tahun 1920-an sebelumnya, kawasan rizab melayu Sungai Limau Manis ditandakan di muara Sungai Chuau. Muara Sungai Limau Manis sebenarnya terletak di dalam “Reserve for wet rice cultivation” di sebelah timurnya (Bandingkan dengan peta di sebelah kanan). Mungkin masih suatu kesilapan?

1960: Kampung Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) / Pembangunan Luar Bandar (PLB)

“Hanya 6,583 permohonan tanah sahaja yang maseh belum di-selesaikan oleh Kerajaan Selangor sa-hingga 30 September tahun yang lalu. Menurut Pesurohjaya Tanah Selangor Inche Ma'arof bin Sheik Ahmad jumlah ini kechil kalau di-bandingkan dengan negeri2 lain. Menurut Inche Ma'arof lagi, kebanyakan dari permohonan2 itu ia-lah di-daerah Ulu Langat (2,581) dan di-Sabak Bernam (1,427). Kerajaan telah membekukan semua permohonan tanah semenjak bulan June yang lalu. Permintaan2 sa-chara beramai2 ada-lah di-utamakan. Tiap2 pemohon akan di-beri sa-banyak tidak kurang dari enam ekar tanah. Sa-orang yang tidak dilayani akan di-galakkan supaya meminta tanah di-bawah ranchangan pembukaan tanah sa-chara beramai2. Dengan jalan ini Kerajaan berharap akan dapat menyelesaikan permohonan2 yang telah ada itu, kata Inche Ma'arif lagi. Selangor sekarang mempunyai ranchangan2 pembukaan tanah sa-chara berkampong di-lima buah tempat - Sungai Tekali (1,200 ekar), Sungai Merab (500 ekar) kedua2 ini di-daerah Ulu Langat, Sungai Sabai (1,962 ekar), Jerang Belanga (1,100 ekar) kedua2 di-Ulu Selangor, dan Labu di-daerah Kuala Langat (900 ekar). Satu lagi kerumitan berkenaan dengan pembahagian tanah di-Selangor ia-lah kebanyakan dari tanah2 yang belum lagi di-buka itu memerlukan parit dan tali-ayer.” (Berita Harian, 5 February 1960, Page 1: |"Soal tanah ta' begitu rumit di-Selangor").

MAKLUMAT LANJUT: Kampung Sungai Merab Dalam / Desa Putra (1960)

1961-06-12: Dana Koperasi untuk Pembinaan Prasarana Getah

“A $40,000 project for a smokehouse, store and factory is being organised by the Kajang Malay Rubber Smallholders Cooperative Society. The buildings are to go up near Bangi, about 10 miles from here. They will server smallholders of 10 kampongs scattered between Sungei Kembong Ulu and Sungei Marap. The secretary of the Kajang Malay Rubber Smallholders Co-operative Society, Inche Am bin Haji Abdul Jabbar, said the project was to enable the smallholders to produce better quality rubber and enhance their earnings.” (The Straits Times, 12 June 1961, Page 7: |"$40,000 plan for small planters").

1961-09-29: Penubuhan Perkumpulan Perempuan Sungai Merab

“Perkumpulan Perempuan Sungai Merab, Kajang telah mengadakan jamuan teh kerana menyambut genap sa-tahun tertuboh-nya persatuan tersebut dan juga untok merai'kan Che'gu Jamilah binte Ahmad yang telah memenangi hadiah pertama dalam Peraduan Mengarang Sajak untok ahli2 Perkumpulan Perempuan Sa-Malaya pada 14 September yang lalu. Jamuan ini telah di-adakan di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang pada hari Sabtu 29 September yang lalu, dan telah di-hadhiri oleh lebeh dari 100 orang jemputan yang terdiri dari pemuda2 UMNO dan juga ibu bapa di-kampong itu. Perkumpulan Perempuan ini telah di-tubohkan pada bulan September tahun 1961 dengan mempunyai sa-ramai 50 orang ahli.” (Berita Harian, 3 October 1962, Page 9: | "W.I. SUNGAI MERAB MERAYAKAN ULANG TAHUN YG PERTAMA").

MAKLUMAT LANJUT: Perkumpulan Perempuan Sungai Merab (1961)

1962-07-18: Rancangan Ternakan Pawah

“Sa-ramai 130 orang pendudok2 kampong di-seluroh kampong di-seluroh daerah Ulu Langat dan Kajang akan menerima kerbau dan lembu pawah di-bawah ranchangan pawah kerajaan pada bulan August yang akan datang ini. Pegawai Daerah Kajang Tuan G.H. Thomas menyatakan bahawa sa-banyak 126 ekor kerbau akan di-pawahkan kapada pendudok di-seluroh daerah ini menurut ranchangan pawah kerajaan tahun 1962. Tiap2 sa-orang petani akan menerima sa-orang sa-ekor keran atau pun lembu. Kerbau2 ini akan di-pawahkan sa-banyak 15 ekor kapada pendudok2 kampong Ulu Langat 15 ekor kapada pendudok2 kampong Kuala Lui, 30 ekor kapada pendudok2 kampong Sungai Merab, 34 ekor kapada pendudok2 Kampong Jenderam Hilir, 12 ekor kapada pendudok kampong Teras Jernang, dan 30 ekor kapada pendudok kampong Dingkil. Tuan Thomas juga telah menasehatkan pendudok2 kampong yang menerima kerbau pawah kerajaan supaya menjaga kerbau dan lembu itu dengan sempurna dan jangan di-biarkan merayau2 ka-dalam estet2. Kata-nya, banyak kerbau dan lembu di-daerah ini telah mati termakan rachun lalang yang telah di-taborkan di-ladang2 getah untok membunoh rumput.'” (Berita Harian, 18 July 1962, Page 9: |"Ranchangan memelihara lembu dan kerbau").

“Pejabat Haiwan Negeri Selangor telah memberi sa-banyak 59 ekor lembu pawah kepada petani daerah Kajang dan Ulu Langat di-bawah ranchangan pawah kerajaan pada tahun 1962. Pegawai Haiwan Daerah Kajang Tuan H.G. Thomas menyatakan bahawa lembu pawah ini telah pun di-berikan kapada petani2 di-daerah Ulu Langat pada bulan yang lalu. Tuan H.G. Thomas juga menerangkan bahawa ranchangan pawah kerajaan perengkat pertama pada tahun 1961 dahulu tiap2 sa-orang petani telah mendapat sa-banyak dua ekor lembu atau pun kerbau, tetapi ranchangan pawah pada tahun 1962 ini tiap2 sa-orang petani telah mendapat sa-ekor sa-orang sahaja kerbau atau pun lembu. Beliau menerangkan bahawa lembu2 yang telah di-pawahkan kapada petani2 bulan yang lalu sa-banyak 15 ekor kapada petani2 di-batu 18 Ulu Langat. 14 ekor kapada petani2 di-daerah batu 14 Ulu Langat, dan sa-banyak 30 ekor kapada petani2 di-kampong Sungai Merab. Menurut Tuan Thomas lagi sa-banyak 77 ekor lagi kerbau akan di-pawahkan pada penghujong bulan ini. Petani2 yang akan menerima kerbau pawah itu sa-banyak 13 ekor di-Kampong Teras Jernang, 34 ekor Kampong Jenderam dan 30 ekor di-Kampong Dengkil.” (Berita Harian, 8 September 1962, Page 8: | "LEMBU2 AKAN DI-BERI KPD KAUM TANI CHARAPAWAH").

1962-07-27: Sekolah Dewasa

pelajar2 Sekolah Dewasa Sungai Merab

“Gambar menunjukkan pelajar2 Sekolah Dewasa Sungai Merab, Kajang bergambar ramai dengan ketua kampong mereka, Inche Muhammad Yunus bin Mihad yang menjadi penasihat sekolah dewasa tersebut. Di-antara pelajar2 ini ada yang sudah larut umur-nya tetapi bersemangat untok belajar.” (Berita Harian, 27 July 1962, Page 6: |"Pelajar2 dewasa").

1962-07-31: Hari Ibu Bapa SK Sungai Merab

“Ibubapa2 murid sa-kali lagi telah di-seru supaya ikut memerhatikan sunggoh2 dan menginsafi tanggongjawab pelajaran anak2-nya dan jangan menyerahkan bulat2 kapada guru2 sahaja. Seruan ini telah di-buat oleh Menteri Besar Selangor, Dato Abu Bakar Baginda dalam uchapan-nya di-hadapan kira2 300 orang tatkala merasmikan Hari Ibu bapa Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang, pagi semalam.” (Berita Harian, 1 August 1962, Page 9: |"Ibubapa2 di-seru lagi awas pelajaran anak2").

1962-12-03: Kemelesetan Ekonomi

“Banyak sekolah2 kebangsaan di-daerah Ulu Langat dan Kajang tidak dapat mengadakan hari ibu bapa pada tahun ini kerana banyak ibu bapa murid2 tidak mampu membayar wang untok mengadakan hari ibu bapa kerana keadaan meleset sekarang ini di-kampong2. Guru Pelawat daerah Ulu Langat Che'gu Mohd. Yasin bin Ma'mor memberi tahu Berita Harian bahawa banyak sekolah kebangsaan di-daerah ini menanggohkan upachara hari ibu bapa pada tahun ini kerana kesusahan pendudok2 kampong akibat harga getah turun sekarang ini. Che'gu Mohd. Yasin juga menerangkan banyak Lembaga Pengurus Sekolah2 Kebangsaan di-daerah ini telah meminta pehak guru2 besar di-sekolah menanggoh perjumpaan hari ibu bapa itu menimbangkan kesusahan yang di-hadapi oleh orang2 kampung sekarang. Lembaga Pengerusi Sekolah Sungai Merab Kajang Inche' Yunos bin Mihad memberi tahu Berita Harian bahawa sunggoh pun ibu bapa sedar bahawa hari ibu bapa itu ia-lah untok kemajuan anak2 yang sedang belajar di-sekolah2 tetapi ibu bapa daerah ini tidak dapat membayar wang untok mengadakan hari ibu bapa kerana kesusahan hidup. Inche' Yunos juga menerangkan sekarang ini musim hujan. Harga getah telah turun 60 sen sekati. Itu-lah sebab-nya ibu bapa tidak mampu membayar wang mengadakan hari ibu bapa.” (Berita Harian, 3 December 1963, Page 2: |"BANYAK SEKOLAH TIDAK MENGADAKAN HARI IBU BAPA KERANA TA' MAMPU").

1963-01-02: Pembukaan Dewan Orang Ramai

“The Mentri Besar of Selangor, Dato Abu Bakar bin Baginda, opened a $5,000 community hall at Sungei Merap yesterday.” (The Straits Budget, 2 January 1963, Page 17: |"Community hall").

1964-01: Perkahwinan Che'gu Jamiah

persandingan di-antara Che'gu Abdul Shukor bin Mohd. Said guru Sekolah Pasar Road Kuala Lumpur dengan Che'gu Jamiah binti Saidi guru Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang

“Gambar menunjokkan persandingan di-antara Che'gu Abdul Shukor bin Mohd. Said guru Sekolah Pasar Road Kuala Lumpur dengan Che'gu Jamiah binti Saidi guru Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang pada minggu yang lalu. Che'gu Shukor ia-lah guru kelulusan Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur dan Che'gu Jamiah kelulusan Maktab Harian.” (Berita Harian, 10 January 1964, Page 6: |"GURU SAMA GURU").

1964-01-17: Perlantikan Imam Mohd Zaini

Imam Mohd Zaini

“Ustaz Mohd Zaini bin haji Demang guru ugama Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang telah di-persetujui ramai di-lantek menjadi imam Masjid Kajang baharu2 ini. Ustaz Zaini telah di-lantek menjadi imam kerana menggantikan imam Haji Saleh yang telah berhenti menjadi imam baharu2 ini.” (Berita Harian, 17 January 1964, Page 6: |"GANTI IMAM SALLEH").

1964-02-10: Bantuan Buku Sekolah

Sa-banyak tiga buah sekolah kebangsaan daerah Kajang telah menerima wang bantuan derma Alam Shah untok membeli buku2 pelajaran kapada murid2 yang miskin. Tiap2 sa-buah sekolah telah menerima sa-banyak $100.00 untok membeli buku2 bachaan murid darjah 6 yang ibu bapa-nya tidak kemampuan. Sekolah2 yang mendapat bantuan itu ia-lah Sekolah Kebangsaan Kajang, Sekolah Kebangsaan Sungai Sekamat dan Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang.“ (Berita Harian, 10 February 1964, Page 7: |"Bantuan bagi murid2 miskin").

1964-10-09: Rancangan Pembinaan Pusat Kesihatan

“Sa-banyak 3 buah Pusat Kesehatan akan di-bena oleh Jabatan Kesihatan Selangor pada bulan November ini. Pusat2 ini akan di-bena di Pekan Ulu Langat di-Kampong Baharu China Balakong dan juga di-Kampong Sungai Merab.” (Berita Harian, 9 October 1964, Page 7: |"Balai raya, surau untok pendudok Kg. Ulu Langat").

1965-11-17: Pembinaan Jambatan Kayu

“Residents of Kampong Tras Jerenang and Kampong Sungei Merab have presented a shield to the 21st Engineer Squadron Territorial Army, Kajang, as a token of appreciation to the unit for building a 640-ft. timber bridge for them recently.” (The Straits Times, 17 November 1965, Page 6: |"Thank-you shield").

1968-04-08: Naik Taraf Sekolah Sungai Merab Luar

“Membena dan meyiapkan tiga (3) bilek darjah, kantin dan padang permainan di-Sekolah Kebangsaan Rendah, Sungai Merab Luar, dalam daerah Ulu Langat.” (Berita Harian, 8 April 1968, Page 12: |"Halaman 12 Iklan Ruangan 2").

SK Sungai Merab Luar kini (2007)
SK Sungai Merab Luar kini (Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, m.s. 43).

1969-09-03: Rompakan di Ladang Sungai Merab

“Polis di-sini telah menangkap lima orang pemuda yang di-perchayai merompak sa-orang peladang Enche K. Nagaya di-rumahnya di-Ladang Sungai Merab, Bangi, kira2 lima batu dari sini kelmarin. Dua orang telah di-tangkap di-Ladang Broome dekat sini, dua lagi dari Damansara dan sa-orang di-Ladang Batang Benar, Mantin, Negeri Sembilan. Polis telah menjumpai sa-mula barang2 kemas berharga $370, sa-buah jam tangan berharga $45 dan barang2 kemas kepunyaan Enche Nagaya berharga $660.” (Berita Harian, 3 September 1969, Page 10: |"Polis berkas 5 yang di-shaki").

1970-Kini: Pembangunan

“Di peringkat awal, penduduk kampung ini merupakan petani, pekebun dan penoreh getah yang mengusahakan tanah untuk menampung hidup mereka. Pembangunan kampung ini boleh dikatakan bermula selepas pembinaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penubuhan UKM dan institusi lain serta pembinaan kilang-kilang di kawasan Bangi dan Serdang sekitar tahun 1970-an menyebabkan ramai di kalangan penduduk yang beralih kerja sebagai pekerja kilang, jabatan Kerajaan dan ada yang berniaga sendiri.

Mengikut statistik 1987, bilangan penduduk kampung ini adalah seramai 3000 orang (350 buah keluarga penduduk asal). Perangkaan statistik 2000 pula menunjukkan bilangan penduduk bertambah kepada 4686 orang termasuk penduduk Taman Desa Sentosa 1 dan 2. Bilangan penduduk sekarang adalah melebihi 6000 orang.”

(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, m.s. 44-45).

1978-05-01: Perolehan Ladang Sungai Merab

Malakoff Berhad bakal memperolehi Ladang Sungai Marap (Sungai Merab) seluas 255 hektar (250 daripadanya telah dipenuhi pokok getah matang). Ladang ini adalah sebahagian daripada Ladang Broome. (BUSINESS TIMES, 1 May 1978, Page 10: "Malakoff to buy Sungei Marap Estate"; The Business Times, 13 May 1978, Page 11: |"Malakoff estate sale").

Ladang Sungai Merab, 1963Ladang Sungai Merab, kini
Peta lokasi Ladang Sungai Marap (Sungai Merab) seluas 255 hektar (Ladang Broome sebelah barat), ditandakan dengan hijau muda.
Kiri: Ladang Broome Sungai Marap (sebelah barat), ditandakan hijau muda dalam peta tahun 1963 (Director of National Mapping, Malaysia, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Negri Sembilan, Selangor, Sepang, Series: L7010, Sheet 102, 1963, 1:63 360").
Disempadani oleh Sungai Langat di sebelah utara, Sungai Semenyih di sebelah selatan, dan Hutan Simpan Bangi di sebelah timur.
Kanan: Sempadan asal Ladang Broome Sungai Marap (sebelah barat), ditandakan hijau muda dalam peta kini (Mapcarta). Ianya kini merangkumi Jabatan Tenaga Atom dan Southville City.

“The remaining 31.5 hectares of the Bangi-division of Broome estate was sold at an average price of $11,500 per 0.45 hectare last year, and the whole Sungei Marap devision, totalling 286 hectares, was sold for $4.992 million, Mr Charton revealed. To compensate for the loss of revenue from the sale of Sungei Marap, Mr Charton said about $4.7 million of the company's large surplus funds was used last year to purchase Windsor Estate, near Taiping.” (The Business Times, 18 July 1979, Page 11: | "Malakoff wary of Opec price rise effect").

1986-08-17: Kilang Tauhu Graduan UKM

NST 17 August 1986: Keeping Grads Off The Streets
New Straits Times 17 Aug 1986: "Keeping Grads Off The Streets".

1992: Binaan Rudinara / Salinger House

“Rudinara Rumah Jati Melayu

Di Kampung Sungai Merab Luar, terdapat sebuah rumah tradisional Melayu yang menjadi kebanggaan kampung ini. la terletak di suatu kawasan ladang getah seluas 2 ekar. Rumah ini merupakan sebuah rumah kayu dua tingkat yang penuh dengan ciri-ciri seni bina Melayu. Rumah tersebut dimiliki oleh Profesor Rudin Salingar seorang ahli akademik berbangsa Perancis yang telah memeluk agama Islam. Antara keistimewaan rumah tersebut ialah pakunya diperbuat daripada kayu Cengal. Keunikan dan keistimewaannya melayakkan ia menerima anugerah Aga Khan Award for Architecture pada tahun 1998. Rudinara adalah satu-satunya rumah kediaman di dunia yang menerima anugerah tersebut. la merupakan satu-satunya produk pelancongan di Kampung Sungai Merab dan perlu diketengahkan oleh agensi dan badan pelancongan di Malaysia dan Selangor.”

(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, m.s. 46).

“The Salinger house, or Rudinara, is a single-family residence built exclusively of timber in the traditional way of the Malays. … The Salinger house is located in an old rubber plantation in the district of Bangi, 15km south of Kuala Lumpur, off the main north-south highway. Bangi was originally an outlying area with a small rural settlement, called the Kampung Sungai Merab Luar. A university was set up, followed by a small industrial estate that lead to the slow residential development of the area. The immediate surroundings of the site consist of two to three storey, nondescript, concrete villas owned and occupied by teachers from the neighbouring religious schools and university.” (Hana Alamuddin, May 1998: |"1998 Technical Review Summary: Salinger Residence", m.s.5).

MAKLUMAT LANJUT: Rudinara / Salinger House (1992-2019)

1992-01-25: Kediaman Adik Leftenan Adnan

“Kezaliman tentera Jepun masih segar dalam ingatan Encik Amarullah Saidi. Kisah pahit dalam sejarah Malaya itu memang sukar hendak dilupakan kerana dua orang abangnya menjadi korban akibat serangan tentera Jepun yang ganas. … Berita Harian telah menemubual Encik Amarullah, 64 tahun, di kampungnya di Kampung Sungai Merab, Selangor, baru-baru ini untuk mendalami lebih lanjut kisah dan latar belakang Leftenan Adnan dan keluarganya.” (Jumari Naiyan @ Berita Harian, 25 January 1992, Page 7: |"Mayat Lt. Adnan dibakar, kata adik").

MAKLUMAT LANJUT: Leftenan Adnan (1915-1942)

1995-04-16: Pembangunan Putrajaya

“Kawasan asal Putrajaya (termasuk Cyberjaya) merangkumi ladang kelapa sawit iaitu Ladang Prang Besar, Galloway, Sedgeley dan Madingley. Kawasan yang terlibat dalam projek pembangunan Putrajaya terletak di dalam mukim Dengkil, di bahagian Utara daerah Sepang. Di bahagian Barat bersempadan rizab hutan Kuala Langat. Disebelah Timur terdapat kawasan tanah rizab Melayu, Sungai Merab dan Rancangan Tanah Sungai Merab dan Rancangan Tanah Sungai Limau Manis. Tanah-tanah yang terlibat adalah tanah ladang di mana ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Keadaan rupa buminya pada keseluruhannya adalah berbukit-bukau di bahagian Utaranya dan berbukit landai di sebelah Selatan. Pengambilan tanah ini melibatkan rumah kediaman persendirian, rumah para pekerja ladang, pejabat ladang, setor dan bengkel serta tangki air. Keseluruhan tanah yang terlibat adalah kategori tanah pertanian (Laporan dari Pejabat Tanah dan Galian, Selangor, 1998)
…..
Putrajaya mula dibina pada 16 April 1995 yang seluas 4,931 hektar dengan kos pembinaan sebanyak RM 20.5 bilion. Putrajaya Holdings Sdn.Bhd. adalah pemaju utama pembangunan Putrajaya. Ianya ditubuhkan pada 19 Oktober 1995, pemegang-pemegang sahamnya adalah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) syarikat kebangsaaan (64.4%), Khanazah Nasional Berhad, syarikat pelaburan kerajaan Malaysia (15.6%) dan Kumpulan Wang Amanah Negara sebanyak 20.0 peratus (www.perbadananputrajaya.org).
…..
Kawasan (tanah) yang diambil semula oleh kerajaan yakni tanah di kawasan Prang Besar telah diwartakan di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 pada 17 Jun 1993. Keluasan yang diwartakan ialah 3759.659 hektar (9,290.32 ekar). Penggunaan tanah sebahagian besarnya adalah tanah perladangan yang dimiliki oleh syarikat-syarikat swasta dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPN) dan tanah yang telah dikeluarkan sijil lombong (mining certificate) yang terletak di dalam kawasan Putrajaya.”

Tempat asal Keluasan tanah (hektar)
Ladang Prang Besar & Galloway 1,723.604
Ladang Sedgeley 959.011
Ladang Madingley 668.608
Ladang West Country 244.085
Ladang Eugene 73.02
Ladang Tempoyang 43.478
Guna tanah lain (tanah kerajaan, rizab jalan, sungai dan lain-lain) 630.249
Tanah simpanan Melayu 404.993

“Sumber: Laporan Jabatan Tanah dan Galian, Selangor, 1998.”

“Daripada sebuah tempat terpencil yang dikenali sebagai Prang Besar, kawasan ini kini berubah dan membangun menjadi bandar baru dikenali dengan nama Putrajaya mulai Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar peninggalan penjajah, Putrajaya berdiri dengan ciri-ciri budaya tempatan. Ia mula dibina pada 16 April 1995. Lokasinya berada di tengah-tengah Koridor Raya Multimedia (MSC), Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM 20.5 billion mengandungi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, perumahan, kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan (www.perbadananputrajaya.org).

Kawasan (tanah) yang diambil semula oleh kerajaan yakni tanah di kawasan Prang Besar telah diwartakan di bawah Seksyen 4 , Akta Pengambilan Tanah 1960 pada 17 Jun 1993. Keluasan tanah yang diwartakan ialah 11,977.886 hektar (29,598 ekar) yang melibatkan 14,112 lot. Penggunaan tanah sebahagian besarnya adalah tanah perladangan yang dimiliki oleh syarikat-syarikat swasta dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPN). Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa lot tanah perkampungan orang Melayu, hutan simpan, kawasan padang golf dan institusi–institusi latihan terutama yang terletak di sebelah timur kawasan.”

(Sumber: Selvi Narayanan, Katiman Rostam; Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (4) (2012), pp. 75-87: |"Impak sosial pembangunan Bandar Baru Putrajaya terhadap penduduk asal: kes isi rumah yang dipindahkan ke Taman Permata, Dengkil, Selangor", hlm.77-78).

“Kampung ini mempunyai beberapa taman perumahan seperti Taman Desa Seri Melor 1, Taman Desa Seri Melor 2, Taman Desa Damai, Taman Desa Sentosa 1, Taman Desa Sentosa 2, dan Taman Desa Makmur. Kampung-kampung di bawah pentadbiran kampung ini ialah Kampung Sungai Merab Hulu, Kampung Sungai Merab Tengah dan Kampung Sungai Merab Luar.

Pada masa kini, kedudukan Kampung Sungai Merab amat strategik kerana terletak berhampiran dengan lebuh raya utama, institusi-institusi pengajian tinggi, pusat-pusat penyelidikan, kawasan perindustrian dan Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Cyberjaya. Kampung Sungai Merab juga merupakan salah sebuah kampung yang terlibat dalam pembangunan Putrajaya. Kampung-kampung lain adalah:
i) Kampung Dato' Abu Bakar Baginda;
ii) Kampung Desa Putra;
iii) Kampung Limau Manis; dan
iv) Kampung Dato' Ahmad Razali.
…..
Dari segi kepimpinan kampung, senarai Ketua Kampung yang menerajui Kampung Sungai Merab Luar daripada Ketua Kampung yang pertama sehingga kini adalah:
(i) Encik Abdul Ghani bin Lison atau Dato' Dagang Morah (1918-1936);
(ii) Tuan Haji Mohd. Amin bin Tamah (1936-1948);
(iii) Tuan Haji Johan bin Abd. Hamid (1948-1950);
(iv) Tuan Haji Omar bin Abd. Malek (1950-1952);
(v) Tuan Haji Yusof Cincin (1952-1962);
(vi) Tuan Haji Abd. Rahim bin Haji Mohd. Amin (1963-1993);
(vii) Encik Abdul Rahman Sidi (1994-1995); dan
(viii) Tuan Haji Ibrahim bin Abdul Ghani (1996-sekarang).”

(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, m.s. 45-46).

Perbandingan Lokasi Tanah-Tanah Rizab (1929-2025)

Peta sekitar Sungai Merab, 1962Peta sekitar Sungai Merab, 2025
Kiri: Peta sekitar Sungai Merab, 1962. Sempadan tanah-tanah rizab daripada peta-peta sebelumnya (1929, 1950) dilakarkan secara kasar (Director of National Mapping, Malaysia, 1962 @ Australian National University: |"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L7010, Sheet 94, 1962, 1:63 360"; |"Malaysia, Negri Sembilan, Selangor, Sepang, Series: L7010, Sheet 102, 1963, 1:63 360").
Kanan: Peta sekitar Sungai Merab, 2025. Kawasan rizab melayu sebagaimana di dalam peta 1962 dan sebelumnya (lihat peta di sebelah kiri) ditandakan secara kasar (Mapcarta).

Sebagaimana dalam peta tahun 1962, 1950, dan 1920-an sebelumnya, kawasan rizab melayu Sungai Limau Manis ditandakan di muara Sungai Chuau. Muara Sungai Limau Manis sebenarnya terletak di dalam “Reserve for wet rice cultivation” di sebelah timurnya (Bandingkan dengan peta di sebelah kanan). Mungkin suatu kesilapan?

Rizab Sungai Merab (Diwartakan Sekitar 1918)

1929 1950 1962 2025
S. Merab S. Merab S. Merab Sungai Merab
- Kg. Ayer Hitam Kg. S. Merab Sungai Merab Luar
- Kg. Bangkahulu Kg. S. Merab Hulu Kampung Sungai Merab Ulu
- - Kg. Ayer Hitam Jalan Ayer Itam
- - Kg. Abu Bakar Kampung Dato Abu Bakar Baginda
- - Kg. Teras Jernang Kampung Teras Jernang
- - - Pinggir timur Kampung Desa Putra

Rizab Sawah Padi (Sungei Limau Manis? Diwartakan Sekitar 1920-an)

1929 1950 1962 2025
Reserve for Wet Rice Cultivation Reserve for Wet Rice Cultivation S. Limau Manis -
- - Pinggir Tenggara Prang Besar Estate Bahagian Timur Presint 19 Putrajaya
- - - Desa Pinggiran Putra
- - - Kota Madani

Rizab Orang Asli (Diwartakan Sekitar 1926)

1929 1950 1962 2025
Sakai Res. Sakai Res. - -
- - Kg Simpang Empat Kg Orang Asli Bukit Dugang
- - - Persimpangan Bunga Cengkih Persiaran Timur

Rizab Sungei Limau Manis (Sawah Padi? Diwartakan Sekitar 1929)

1929 1950 1962 2025
Sungei Limau Manis S. Limau Manis - -
- S. Chuau S. Chua/Chuau Tasik Putrajaya
- - Pinggir Barat Daya Prang Besar Estate Bahagian Barat Presint 19 Putrajaya
- - - Presint 4 Putrajaya
- - - Bahagian Utara Presint 6 Putrajaya
- - - Putrajaya Equestrian Park

Rizab Sungai Merab Tambahan / Extension (Diwartakan Sekitar 1950)

sungai_merab.txt · Last modified: by sazli