Jadual Kandungan
WS-HL-2023-S3: Cebisan Sejarah Rekoh
01. Pendahuluan
Terima kasih kepada pihak penganjur, Dr Alinor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Lee Teng dan rakan2 di Pusat Warisan Kajang, juga para hadirin sekalian, kerana meluangkan masa dan memberi peluang kepada saya untuk membentangkan pemula wacana kali ini (Siri 3), berjudul “Cebisan Sejarah Rekoh”.
Pengenalan diri: Syahrul Sazli Shaharir @ TMK Pulasan, Pekerja bebas, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Pengalaman dalam TMK/IT sejak 1997 (26 tahun).
Pendekatan berbeza: “Cebisan”:-
- Maklumat dikumpul dari sumber-sumber awam (primer dan sekunder) yang boleh dicapai di Internet (Arkib Negara, Arkib Akhbar Singapura), atau perpustakaan/kedai buku awam saja (juga Google!). Jika tiada sumber, saya akan beri pernyataan berbentuk soalan.
- Bukan ahli sejarah. Baru mula ambil kursus sejarah di USM (Baru Lesen L, dah nak bawa bas mesin masa, dan ajak hadirin naik sekali. Jangan risau! Di sini (dan kalangan penonton) ada sejarawan yang akan pantau, elak terbabas dan jatuh gaung lohong hitam. (Kalau paling teruk pun, mereka akan ambil alih steering!) Sebagai langkah keselamatan, penyampaian ini hanya menyentuh permukaan sahaja, tiada/kurang pensejarahan ilmiah yang mendalam atau menyeluruh.
Tujuan: kronologi ringkas, dengan persembahan poin-poin pemula wacana, pencetus kajian, atau perkongsian sesama peminat sejarah dalam kalangan orang awam.
Perumpamaan (diolah dari petikan penulisan ayah saya, tentang peranan intelektual rakyat):-
- Sejarawan menggali di dasar telaga-telaga, mencari bahan-bahan bernilai buat membina/renovasi pelbagai binaan naratif sejarah (biasanya hal yang besar-besar) di luarnya.
- Kami orang awam ada yang minat sejarah, atau ada keperluan mendesak (mempertahankan kediaman, kampung, kebun, tanah, hingga yang besar: masyarakat, hutan, alam sekitar, dsbgnya, dari ancaman seperti “ketuanan geran” pemaju/ladang/pemodal/kerajaan - kadang kala jadi bahan kes mahkamah). Bila berkunjung ke binaan-binaan sejarah sedia ada, meraba-raba, selalunya terpaksa mengutip puing-puing di sekitar telaga (dan ada kalanya masuk ke dalamnya), tapi tak cukup ilmu pensejarahan, cenderung salah guna dsbgnya. Contoh: projek lebuhraya Putrajaya-Bangi (PBE), berkemungkinan lalu tebing Sungai Langat (termasuk Kg Sg Tangkas). Kalau lokasi Rekoh dapat dikenalpasti (apatah lagi kalau ada artifak!), mungkin boleh diwartakan untuk penyelidikan (dan sumber pelancongan) masa hadapan.
- Sesi sebegini, di tepi telaga, di waktu santai, adalah antara medan di mana masing-masing berkongsi dapatan dan persoalan, buat saling membantu dan memperbetulkan. Di kalangan orang awam pun, mungkin ada telaga tersembunyi di belakang rumah mereka, menunggu untuk digali (contohnya warga/bekas warga Kg Sg Tangkas, Hutan Bangi, Kajang, estet/lombong, PKNS, MPKJ, dll).
02. Latar Belakang
Bagaimana terlibat?
- Tinggal di Bandar Baru Bangi sejak 1981 (Fasa 1) & 1983 (Fasa 3). Tak ada pekan, cuma ada kedai runcit saja, kedai Maniam (1979), Desa & Tanjung (1980-an), Kiat Seong (1988). Nak shopping atau beli buku dan alatulis, kena pergi Kajang. Jadi hampir setiap bulan naik bas Sum ke Kajang, lalu Jalan Reko. Selalu tertanya, di manakah Reko ini? Apakah maksud atau rahsianya? Namun lupa setelah sekolah asrama, masuk universiti, membina keluarga dan kerjaya.
- Pada masa lapang masih berbincang santai hal-hal sejarah dengan keluarga dan kenalan medsos. Sekitar 2017, saya cadangkan anak di sekolah mengkaji sejarah Bandar Baru Bangi. Mula gelintar OFA dan akhbar buat pemula. Harapannya disambut oleh sekolah atau institusi suatu masa nanti. Namun terbengkalai setelah anak semakin sibuk mengejar silibus sekolah dan peperiksaan, mungkin demikian juga sekolah/institusi lain (kecuali Sekolah Tanarata! dan mungkin Sekolah Yu Hua dan Cikgu Lee dulu (Lee Teng?)) - maka perlu DYI juga.
- 2020: PKP: oleh kerana banyak masa lapang, mula gelintar arkib OFA dan akhbar dengan giat. Terjumpa cebisan maklumat pertama mengenai Rekoh di blog arwah Dr Mohamed Salleh Lamry (Andin Salleh, 2012 - Andin/Anden: gelaran bangsawan Banjar). Setelah itu pelbagai cebisan maklumat berkenaan Rekoh dijumpai dalam bahan arkib, akhbar, jurnal/buku, juga peta-peta lama, dan terus dikumpul sehingga kini.
Statistik petikan/rujukan untuk wacana ini sebagai penghargaan (3-4 sumber utama, sekitar 20 sumber lain, yang membawa puing-puing sejarah kepada orang awam):-
- Arkib Negara - 22 (Terima kasih, OFA!)
- OFA: Aplikasi Online Finding Aids (OFA). Kertas Cadangan Projek Panducari Online (Seksyen Panduan, 14/1/2005) → Jawatankuasa Panducari Online (2008, diketuai Dr. Hjh Samsiah Muhamad) → direalisasikan melalui salah satu skop Projek MyCreative Content (MyCC - 2011) → OFA (Mac 2013): 3,400,000 mukasurat bahan arkib dan terbitan serta 2,242 jam bahan arkib audio visual berbentuk digital. Sudah amat baik, tapi pastinya boleh dipertingkatkan lagi (tempahan ada masalah, salinan kurang kualiti, carian perlu dinaiktaraf - AI?)
- J.M. Gullick - “A History of Selangor 1766-1939 (1998-2004, terjemahan IBDE 2022)” - 7
- J.M. Gullick - “A Short History of Ulu Langat to 1900 (2007)” - 5
- J.M. (John Michael) Gullick: (Lahir 6 February 1916 di Bristol, UK. Bekas pentadbir tentera ketika WW2, masuk perkhidmatan awam Malaya (1946), pernah bekerja rapat dengan Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman, SU syarikat Guthrie, England (1956-1962), firma guaman (1963-1974). Meninggal 8 April 2012 di London, UK. Pentadbir British + ahli akademik sejarah dan budaya (seperti R.O. Winstedt).
- Akhbar - National Library Board, Singapore - 7 (Terima kasih, NewspaperSG!)
- National Library Board, Singapore: arkib digital 200 akhbar (220,000 terbitan) di Singapura (meliputi hal ehwal Malaya) 1827-1989
- Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: “Transforming the Development Frontier: Chinese Pioneers in the Ulu Langat District of Selangor, Malaysia - 4
- Voon Phin Keong: ilmuwan Human Geography, Chinese Studies, Regional Studies. PhD (University of Hull), M.A. (University of Malaya), B.A. (Hons) (University of Malaya). Prof UM → VP Kolej New Era, Kajang.
- Map - W T Wood - 4
- Map - Stanford - 2
- Skeat - Pagan - 1
- Skeat - Magic - 1
- Kinta Tin Mining Museum - 1
- Map - Dornseiffen - 1
- Map - Daly - 1
- Map - Survey Dept Sg - 1
- Map - Survey Dept - 1
- Swettenham - Vocab - 1
- Shahabuddin Ahmad - 1
- Isabella - 1
- Er-Jian Yeh - Territorialising - 1
- Perpustakaan NS - 1
- R D Hill - Rice - 1
- E Sadka - Residential System - 1
- Lim Teck Ghee - Peasant agri - 1
- Dato Shaharuddin Ismail - UKM - 1
- K. G. Tregonning - Straits Tin - 1
- Arnold Wright - Twentieth Century - 1
- Salleh Lamry - 1
Nota kaki lengkap: sila rujuk laman rencana utama: Rekoh
Gambar: Atas kiri: Jalan Reko lama, berhampiran Perkuburan lama Sungai Tangkas, menghadap Vista Bangi dan jalan Reko baru (Cheery Cheong @ KNIGHT WORLD REALTY (M) SDN BHD, 8 Oct 2023: |"Agriculture land at Jalan Reko, Sungai Tangkas, Kajang"). Gambar kanan sekali di tanah tambak di pinggir bekas lombong Seksyen 3 (kini meliputi lot banglo seksyen 3 lama hingga seksyen 3 baru), naik bas Sum lalu Jalan Reko. Gambar bawah: Pangkal Jalan Reko kini, di akhir Jalan Bangi, di simpang Komuter UKM.
03. Sejarah Awal (Sehingga 1700-an)
Ejaan jawi dalam pelekat tahun 1879: Ra Kaf Wau Ha (RKUH / Rekoh). Inggeris jadikan Recko / Reko, kini kekal secara rasminya sebagai “Reko”.
Sebagaimana keseluruhan kawasan negeri Selangor, Kajang dan kawasan sekitarnya (termasuk Rekoh) diterokai dan didiami oleh orang Temuan. Hampir tiada maklumat mengenainya. Paling dekat, Bukit Tunggul (Si-jaga), yang disebut dalam teromba (puisi asal-usul/adat) Besisi warisan turun-temurun (Walter William Skeat, 1906: |"Pagan races of the Malay Peninsula", Vol. 1, m.s. 686-688). Walter William (W.W.) Skeat: anak keluarga intelektual, graduan Master of Arts Christ's College, kemudian pegawai daerah Ulu Langat pertengahan 1890-an. Ketika itu banyak menjelajah Tanah Melayu hingga ke pedalaman, menulis 2 buku etnografi/antropologi warga tempatan: “Malay Magic” (melayu) @ 1900 & “Pagan Races” (orang asli) @ 1906.
Menurut H.F. Bellamy, Superintendent Public Works Department negeri Selangor ketika merancang pembinaan jalan Reko-Sepang pada 1891-05-28, orang Rekoh pasti tahu mengenai Bukit Tunggul ini (mungkin kerana ianya mercu tanda hampir kepada Rekoh, kalau mudik sungai dari Langat, atau jalan denai dari Langat atau Sepang - semacam simpang besar atau R&R sekarang): “It is difficult to say from the Map which is Tunggoh and which is Tunggoh S'jaga but I have no doubt some one at Reko can tell you. Reko is the nearest point on the main road and a start had better be made from there following down either side of the river found most suitable and going in between the Tunggohs…” (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 09/06/1891: |"FORWARDS REPORT OF THE AG: DISTRICT SUPT: OF THE ULU LANGAT DISTRICT ON HIS EXPLORATION OF A ROUTE FROM REKO TO SEPPANG").
MPKJ/Shahabudin Ahmad (1975): Diterokai oleh orang temuan dari Klang, di bawah “Batin Seri Alam”. Mungkinkah ada kaitan dengan denai Kampung Simpang Ampat (Kuala Semenyih) - Klang yang cuba diterokai British tahun 1884?
Makna Rekoh? Menurut majalah sekolah SMK Jalan Reko, terdapat riwayat lisan mengaitkan nama “Rekoh” ini dengan buah “serengkoh” / “serengkung” (pokok renek).
Ada 4 lagi petempatan bernama Rekoh di rantau ini, mungkinkah makna yang sama?
- Kampung Paya Rekoh, Lipat Kajang, Temerloh, Pahang: Kawasan pedalaman, didiami kaum Jah Hut dan Semoq Beri
- Kampung dan Sungai Rekoh, Masai, Pasir Gudang, Johor: Kini pinggir bandar
- Rekoh, Narathiwat, Selatan Thai: antara kawasan pedalaman yang diterokai oleh pasukan Walter William (W. W.) Skeat sekitar 1899-1900: sekitar Kampung Sega (kini sekitar Su-ngai Padi) dan Momang (kini sekitar Sukhirin)
- Kampung Rekoh, Desa Penaga, Teluk Bintan, Pulau Bintan, Kepulauan Riau: kini masih perkampungan
Gambar: Contoh pelekat (notis) penguatkuasaan perlindungan kegiatan arak, candu dan judi di dalam kawasan perlombongan (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 01/08/1879: |"RELATIVE TO THE LOSS OF $100 ON THE PART OF THE LANGAT FARMER").
04. Perlombongan Awal (1700-1800an)
Kawasan hulu Sungai Langat sekitar 1700-1800an merupakan sempadan Sungai Ujong di sebelah utara. Perantau dari Sumatera mula menjalankan aktiviti perlombongan lampan di situ. Contohnya, sekitar 1825-1826, orang Rawa yang terusir dari Sungai Linggi (Rembau dan Sungai Ujong), mula menduduki sempadan di sepanjang Sungai Langat dan melampan di situ. (Rujuk wacana Khairil Hisham yg lepas).
Gambar: Lombong lampan (Kinta Tin Mining Museum, 10 April 2021: |"Mining method: Lampan (Ground Sluicing)").
05. Migrasi Warga Sumatera (1800an)
Migrasi warga Sumatera memuncak ketika siri Perang Padri (1816-1833) dan penjajahan Belanda selepasnya. Beberapa contoh:-
- Ketika Sultan Muhammad memerintah Selangor (1826-1857), Tok Lili (Bugis dari Riau) diberi kuasa membuka muara Sungai Merbau (mungkin asal-usul Kajang kini).
- Sekitar 1830-1850an, orang Mandailing membuka lombong di Kajang (Sungai Kantan) dan Rekoh. Ketika Perang Rawa di Sungai Ujong pada 1848, panglima Mandailing, Raja Berayun, telah pun berkubu di Rekoh. Ini ada diceritakan oleh anaknya Raja Alang dalam wawancaranya dengan J.C. Pasqual sekitar awal tahun 1900-an (ketika itu beliau orang kaya dan ternama di Kajang, menyumbang pembinaan masjid Beranang (dibuka 1907). Sebelumnya beliau bertugas sebagai pegawai perhutanan Ulu Langat sejak 1883. Beliau memiliki ladang yang luas di utara Kajang dan sekitar Putrajaya Sentral kini. Beliau turut menjadi ahli lembaga pengarah Sungai Ramal Estate (1920-an). Beliau meninggal di KL pada 11 Disember 1927). Wawancara ini disiarkan 30 tahun kemudian, di akhbar The Straits Times 11 November 1934. Dalam wawancara yang sama, dikatakan Raja Berayun turut melindungi Raja Abdul Samad (belum Sultan) di Rekoh, ketika persengketaannya dengan Sultan Muhammad ketika itu.
- Dalam wawancara Abdullah Hukum oleh Warta Ahad (1935, diterbitkan oleh Adnan Haji Nawang, 1997), beliau ada menyebut perihal Raja Berayun di Kajang, dan suatu peristiwa kecil di Rekoh.
- Kawasan perlombongan dikawal ketat. Contohnya menurut W.W. Skeat, sebagaimana ditulis oleh J.M. Gullick, 1998: “A History of Selangor 1766-1939” (juga tersiar dalam akhbar The Straits Budget, 7 February 1935 dll), pelombong dari Amerika yang membuka lombong di Rekoh pada tahun 1855 tanpa mengikuti adab tertentu, telah diserang dan diusir.
Gambar: Peta sebahagian Sumatera (Riau dan sekitarnya) dan Tanah Melayu (termasuk Mandailing-Natal, Rokan (Rambah-Tambusai), dll, sekitar 1900-an, sebagai ilustrasi perantauan orang-orang Sumatera ke Tanah Melayu (Seyffardt’s Boekhandel, Amsterdam, 1904 @ Bartele Gallery: |"MAP OF THE EAST COAST OF SUMATRA – DORNSEIFFEN C.1900").
06. 1875: Lawatan Frank Swettenham
Sebagaimana Lukut, Rekoh agak jauh dari medan Perang Klang (1867-1873) dan tiada/kurang terlibat. Setelah tamatnya Perang Klang, dan campurtangan British selepas itu, Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat Sultan Selangor (Sultan Abdul Samad) pada Ogos 1874, kemudiannya Pembantu Residen Selangor pada Disember 1874.
Pada tahun 1875, Frank Swettenham telah menjelajah sepanjang Sungai Langat, dan merupakan pembesar British yang pertama tiba di Rekoh (dalam peta 1876, pekan paling hujung yang direkodkan - setelah itu setakat Sungai Kajang & Jebat saja). Perjalanan beliau dari Bandar Langat (Kuala Langat) ke Rekoh sejauh 57 batu mengambil masa kira-kira 5 hari. Ketika itu Sungai Langat merupakan satu-satunya jalan pengangkutan hasil bijih timah dari kawasan pedalaman. Pada musim kering, perjalanan tersebut mengambil masa 13 hari, akibat aras air sungai yang cetek. Katanya, laluan Sungai Langat ke Rekoh amat sukar, arus kian deras, dan banyak rintangan besar (“He found the river 'very difficult, the current always getting stronger, and the snags were numerous and larger').
Perjalanan dari Bandar Termasa (Langat) ke Rekoh dijadikan contoh ayat di dalam kamus istilah karya beliau tahun 1910 (mungkin antara kenangan yang paling diingati?):-
How far is it by river from Bandar Termasa [Langat] to Rekoh? | Brapa jauh deri-pada Bandar Termasa mudik ka'Rekoh?” |
We can reach it with one day's rowing and six day's poling. | Satu hari ber-daiung anam hari ber-galah, bulih sampei. |
(Sumber: Frank Swettenham, 1910: |"Vocabulary of the English and Malay languages with notes", m.s.220).
“Pada bulan Mac 1875, Rekoh mempunyai penduduk tidak lebih daripada seratus orang, terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Cina dan Kerinchi, yang dipimpin oleh seorang ketua berdarah Bugis yang dilantik oleh pemerintah Sungei Ujong. Ketua berkenaan enggan menggalas tanggungjawab yang diberikan, lalu lari ke Singapura. Kampung itu “kelihatan seperti sebuah tempat yang amat makmur suatu masa dulu. Ada banyak kedai dan rumah besar yang dibina daripada papan dan lumpur, sama bagusnya dengan rumah-rumah peribumi yang pernah saya lihat di tempat lain, dengan gaya Sungei Ujong tetapi lebih bagus daripada rumah-rumah di sana… pasar kelas pertama untuk rumah-rumah yang jauh dari sumber.” (terjemahan Ashraf Khalid & Akmal Khuzairy Abd Rahman @ IBDE, 2022: "Sejarah Selangor 1766–1939 - J.M. Gullick", m.s.111).
Setelah itu beliau menyambung perjalanan ke Kajang, Cheras, dan Kampung Ulu Langat (jumlah: 93 batu dari Bandar Langat).
Gambar: Peta sempadan Selangor-Sungai Ujong, 1876. Ketika itu Rekoh (Recko) masih di bawah pengaruh Sungei Ujong, manakala Lukut di bawah Selangor. Frank Swettenham memudiki Sungai Langat dari Bandar Langat ke Rekoh (ada di dalam peta ini), seterusnya ke Kajang, Cheras, dan Ulu Langat (tiada di dalam peta ini - hanya setakat Sungai Kajang dan Sungai Jebat sahaja): “compiled from sketch surveys made by Captain Innes R E, J W Birch and D Daly, and Admiralty Charts. Lithographed under the direction of Lt. Col. R. Home C.B.R.E” (Royal Geographical Society, London; Royal Geographical Society (Great Britain), 1876: |"Map of Part of The Malay Peninsula, 1876").
Latar peta-peta D Daly:-
- Pada tahun 1875, Sir Andrew Clarke, Gabenor Negeri-Negeri Selat, telah melantik Mr. Dominick Daniel (D.D.) Daly sebagai “Surveyor for the Native States”. Tugasan utama beliau ialah menjalankan tinjauan topografi di seluruh negeri Selangor. Pada Isnin, 8 Mei 1882, Mr. Daly, ketika itu pegawai superintenden Public Works and Survey, Selangor, telah menyampaikan laporan hasil tinjauan beliau di dalam mesyuarat Royal Geographical Society, yang turut dihadiri Sir Andrew Clarke. Antara lain beliau memetakan beberapa lokasi kawasan perlombongan bijih timah di sekitar Selangor (termasuk Rekoh dan Kajang), yang sebelum ini tidak diketahui oleh pihak British. (SINGAPORE DAILY TIMES, 19 June 1882, Page 3: |"THE SURVEY OF THE MALAY STATES"). Menurut komen Isabella Bird dalam memoirnya tahun 1883, peta ini umpama jarum bebenang bagi kuasawan British memerah hasilnya (Isabella Lucy Bird, 1883: |"The Golden Chersonese And The Way Thither").
- Menurut Swettenham, Daly seorang surveyor berpengalaman, tapi tiada pasukan draughtsmen, kelengkapan pemetaan, dll. Hasilnya petanya hanya berdasarkan “sketch survey”. Akibatnya, peta-petanya tidak tepat. (Er-Jian Yeh @ Durham University, 2011: |"Territorialising Colonial Environments: A Comparison of Colonial Sciences on Land Demarcation in Japanese Taiwan and British Malaya", m.s. 149).
07. 1878-1880: Pertukaran Rekoh dan Lukut
Asalnya Sungai Langat merupakan sempadan antara Klang dan Sungai Ujong: “Kawasan Sungai Ujong masa dahulu sangat luas, beberapa buah tempat di dalam Negeri Selangor sekarang ini dahulunya dalam kawasan Sungai Ujong. Tempat itu ialah seperti Kajang, Rakoh, Semenyeh, Beranang dan beberapa kampong lain lagi yang kecil-kecil. Sempadan di antara Dato' Kelana Sungai Ujong dengan To' Engku Kelang, Batang Langat (Sungai Langat). Kanan mudek kawasan Sungai Ojong dan kiri mudek kawasan Dato' Engku Kelang. Kawasan sebelah kanan Sungai Langat ini ialah kawasan-kawasan yang termasuk Kajang, Semenyeh, Rakoh dan Beranang. Pada masa Sungai Ujong di perintah oleh Dato' Kelana Sendeng (Dato' Kelana ke-V) Semenyeh telah diberikan kepada Tunku Sutan menantu kepada Raja Husin waris Sungai Ujong. Tunku Sutan dan Raja Husin telah membuka Semenyeh hingga ramai penduduk-penduduknya. Banyak hasil bijih timah dikeluarkan dari sana dan telah diberi izin oleh Dato' Kelana akan Tunku Sutan dan Raja Husin memungut cukai-cukai itu untuk sara hidup mereka. Kemudian Raja Husin membuka Beranang pula pada tahun 1878.” (Perpustakaan Negeri Sembilan: |"Sungai Ujong").
Peluasan pengaruh Bugis di Selangor telah pun berlangsung sejak awal kurun ke-18 lagi. Sungai Sepang yang dahulunya di dalam Negeri Sembilan, telah jatuh ke tangan mereka. Lukut khususnya, mula diduduki pada tahun 1815, seiring dengan kegiatan melombong bijih timah di sana:-
- Raja Busu (1815-1834)
- Raja Jumaat (1846-1864)
- Raja Bot bin Raja Jumaat (1864-1880)
Mereka terus memperluaskan pengaruh sehingga ke Sungai Linggi. Ini menimbulkan ketegangan di antara kedua belah pihak. Pembahagian persempadanan dalam perjanjian 1863-11-24 di antara Sultan Abdul Samad dan Dato Kelana Sendeng gagal menyelesaikannya.
Sementara itu di Ulu Langat sebelum 1870-an, kawasan pedalaman sebelah selatan Sungai Langat adalah hutan belantara yang hanya didiami oleh orang asli (Temuan), dan menjadi sempadan di antara Klang dan Sungai Ujong. Setelah Sultan Abdul Samad menduduki Kuala Langat, warga Selangor mula meneroka ke hulu Sungai Langat sehingga ke kawasan Kajang (Rekoh). Dalam masa yang sama, Raja Hussein membuka petempatan di Beranang dan Semenyih, di bawah Dato' Klana Sungai Ujong. (J. M. Gullick @ Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 22, No. 2 (148), Sungei Ujong (May 1949), pp. 1-69: "Sungei Ujong", m.s.3).
Pada tahun 1872, Dato' Kelana Sendeng Sungai Ujong meninggal dunia dan digantikan oleh anak saudaranya Syed Abdul Rahman. Pada tahun 1875 Sulan Selangor Sultan Abdul Samad melantik puteranya Raja Kahar sebagai pentadbir (Malay Magistrate) daerah Ulu Langat. Antara faktor keputusan ini ialah kehendak baginda untuk mengembalikan pengaruh keluarganya di daerah tersebut. (J. M. Gullick @ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 80, No. 2 (293) (December 2007): |"A Short History of Ulu Langat to 1900", m.s. 7-8).
Pada tahun yang sama (1875), terjadi peristiwa pemberontakan Rekoh (Rekoh Wreckage), yang diakhiri dengan perjanjian damai dengan Sultan Abdul Samad. (Khairil sedang gali telaga ini).
Setelah campurtangan Inggeris di kedua-dua belah pihak selepas itu (Kapten Bloomfield Douglas (Residen British di Selangor) dan Kapten Murray (Residen British di Sungai Ujung), akhirnya pada 1878-02-10, Rekoh dan sekitarnya diserahkan kepada Selangor, manakala Lukut dan sekitarnya diserahkan kepada Sungai Ujong.
Residen Selangor, Douglas menganjurkan acara proklamasi di Rekoh bagi mengumumkan penyerahan ini. Di dalam laporan beliau, dikatakan ada “kubu lama” dan beberapa pondok saja di Rekoh ketika itu. Beliau memanggil penduduk Ulu Langat, Kajang, dan Semenyih. Antara 200 orang yang hadir ketika itu ialah:-
- Haji Tahir, Dato' Dagang Kuala Lumpur
- Sheikh Mohamed Ali
- Inche Ambo, ketua pasukan Pahang yang menakluki Ulu Selangor ketika itu
Douglas dan Murray (Residen Sungai Ujong) diiringi pasukan polis mengetuai acara. Dengan das tembakan, bendera Selangor dinaikkan, perjanjian persempadanan baru dibaca, diakhiri sorakan. Seekor kerbau dikorbankan untuk acara kenduri selepasnya.
(Sumber: J. M. Gullick @ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 80, No. 2 (293) (December 2007): |"A Short History of Ulu Langat to 1900", m.s. 9-10).
Gambar: Peta cadangan sempadan Selangor-Sungei Ujong (1877), bersama perincian cadangan. Antaranya, Bukit Tunggul menjadi salah satu mercu tanda serta bucu sempadan tersebut (Survey Department, Singapore, 1877: |"Plan Of Boundary Between Selangore And Sungei Ujong").
07A. 1880: Perjanjian Lukut
Raja Bot di Lukut membantah kerana tidak diajak berunding. Setelah perundingan dibuat antara Sultan Abdul Samad, Dato Kelana Syed Abdul Rahman, dan Raja Bot pada 1880-07-30: Lukut akhirnya diserahkan kepada Sungai Ujong, dengan pampasan $20,000 dibayar kepada Raja Bot.
Kiri: Peta sempadan Selangor-Sungei Ujong, 1894 (14-16 tahun selepas perjanjian 1878 dan 1880). Bukit Tunggul telah menjadi mercu tanda serta bucu sempadan secara muktamad, dan kekal sehingga kini (Survey Department, Singapore, 1894: |"Map of the States of Sungei Ujong and Jelebu, 1894").
Kanan: Peta sempadan Selangor-Negeri Sembilan, kini (Mapcarta).
08. Suasana 1880-an
“Pada November 1882, kawasan-kawasan utama di Ulu Langat iaitu Rekoh yang mempunyai empat kedai Cina dan 20 kedai Melayu serta Kajang yang mempunyai tiga atau empat kedai Cina dan 30 kedai Melayu. Sekitar 900 buruh bekerja di lombong berdekatan Rekoh, namun percubaan untuk menanam padi telah gagal kerana kekurangan hujan manakala tembakau yang ditanam berdekatan Semenyih pula telah rosak “dimakan serangga”.” (terjemahan Ashraf Khalid & Akmal Khuzairy Abd Rahman @ IBDE, 2022: "Sejarah Selangor 1766–1939 - J.M. Gullick", m.s. 147).
Gambar: Pada awal 1880-an, Paya Kajang. serta sepanjang jalan ke utara (Cheras) dan selatannya (Rekoh) merupakan kawasan penanaman padi yang awal. (Penanaman padi yang agak meluas ada direkodkan di Rekoh sekitar 1878-1889, namun jenisnya tidak dinyatakan). Penanaman padi ini diapit oleh ladang-ladang orang Kampar dan Mandailing, yang kemudiannya meninggalkannya akibat pengenalan cukai tanah oleh pihak British. Pada tahun 1886, penanaman padi dibuka di Beranang, dan ia berkembang menjadi “jelapang padi Selangor” menjelang tahun 1905. Pengusaha utama penanaman padi di sekitar Cheras-Kajang-Rekoh-Beranang ini adalah dari kalangan orang Minangkabau tempatan (dari Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau) juga perantau (dari Sumatera sekitar 1870-an), yang mahir dalam bercucuk tanam. Mereka membina sistem perairan di Kajang, Cheras, Kampong Bukit dan Sungei Sring. Selain padi mereka turut mengusahakan tanaman lain (kelapa, kopi, tembakau, gambir), dan melombong bijih timah. Selain sumber makanan sendiri, hasil padi dijual kepada pelombong Cina di sekitarnya. Kegiatan ini disokong oleh pihak British melalui geran-geran pembukaan tanah (termasuk kepada pengusaha Tamil), sehingga tiada lagi tanah kosong pada tahun 1886. Ketika lonjakan tanaman kopi sekitar 1894, penanaman padi hanya tertumpu di Paya Kajang, sebelum kembali pada tahun 1905 setelah kejatuhan industri kopi tempatan. (R.D. Hill, 2012: |"Rice in Malaya: A Study in Historical Geography", m.s.173-174).
Antara rekod kesaksian perkara ini ialah pada 29 Mei 1879: Sultan Abdul Samad, dengan diiringi dua putera baginda serta H.C. Syers, pegawai superintenden polis British (Residen Selangor pertama melantik pegawai muda Syers sebagai Penguasa Polis dan Penjara Selangor pada Julai 1875, ditugaskan untuk membina pasukan polis Selangor), melawat beberapa kawasan di pedalaman daerah Ulu Langat, termasuk Kajang dan Rekoh. Antara lain H.C. Syers melaporkan: sepanjang Sungai Langat dari Ulu Langat ke Rekoh, yang asalnya hutan belantara, telah pun diterokai dan ditanam padi dengan pesatnya, kebanyakannya oleh para peneroka dari Sumatera. Lombong bijih timah kelolaan para pemodal Cina pula sedang menghadapi masalah kewangan yang serius ketika itu (selepas itu pulih semula).
08A. Balai Polis Rekoh
Ketika itu, setiap kawasan perlombongan diuruskan sepenuhnya oleh pengusaha sesebuah lombong secara autonomi, tanpa campur tangan pihak pentadbiran atau penguasa lain. (E. Sadka, December 1960: |"THE RESIDENTIAL SYSTEM IN THE PROTECTED MALAY STATES, 1874-1895", m.s.40).
Selain gejala sosial seperti kegiatan arak, candu, dan judi, kegiatan perlombongan besar-besaran di era Residen British turut mencemar kawasan pertanian yang berdekatan, khususnya perairan sawah padi. (Lim Teck Ghee, November 1971: |"PEASANT AGRICULTURE IN COLONIAL MALAYA: Its Development in Perak, Selangor, Negri Sembilan and Pahang, 1874-1941", m.s.60).
Gambar: Contoh pelekat (notis) penguatkuasaan perlindungan kegiatan arak, candu dan judi di dalam kawasan perlombongan: “Menyatakan kepada sekalian orang2 surat pajak di dalam Rekoh dan Kajang dan Hulu Langat, orang yang pajak ada dapat kuasa daripada gaberment (government) Selangor di dalam kampung2nya sahaja iaitu di dalam Kampung Rekoh dan Kajang dan Hulu Langat, bukan di dalam lombong atau di dalam kongsi orang(?). Jikalau ada orang hendak tahankan orang masuk arak atau candu atau main judi atau kedai barang2 di dalam lombong boleh ia pergi mengadu kepada mata2 stesyen, apa kala itu boleh ia pergi tangkap bawak kepada kita ? kita menyatakan adanya. Tamat - Tertulis kepada 11 hari Firuari (Februari) 1879” (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 01/08/1879: |"RELATIVE TO THE LOSS OF $100 ON THE PART OF THE LANGAT FARMER").
“Mata-mata stesyen”: Balai polis (salah satu tugasan awal Syers di Selangor), dibina di setiap daerah (Cheras, Kajang, Rekoh) dan dipantau keadaannya. Beberapa rekod lawatan ke Balai polis Rekoh:-
- 1879-08-30: Lawatan H.C. Syers ke balai-balai polis di seluruh Selangor, termasuk balai polis Rekoh. Keadaannya ketika itu amat baik: bersih dan senjata serta kelengkapannya cukup. Anggotanya 6 orang polis, 1 Lans Koperal, dan diketuai Sarjan Mat Singapore. Ianya lebih baik berbanding balai polis Kajang yang agak uzur dan mungkin tahan 3-4 bulan saja lagi. Anggotanya 4 orang polis, diketuai Koperal Rassol.
- 1883-03-18: Lawatan J.P. Rodger dan H.C. Syers. J.P. Rodger: Kampung Rekoh di atas bukit, balai polis di tengah-tengahnya dalam keadaan baik (asalnya dibeli dari seorang “Raja Melayu”): ”Recko is a pretty little village on a hill, the Police Station (a house bought, I believe, from some Malay Rajah) occupying a splendid position in the centre.” Syers: “The station at Reckoo is in first rate repair and requires nothing but a little whitewash to make it tidy. The building will stand for three years without any further repairs.”
- 1884-10-20: Lawatan George Bellamy: Jalan ke balai polis Rekoh menaiki bukit dengan bengkang-bengkok: “Inspecting the road to Reko, which is also in good order with the exception of about 50 feet over the swamp at the foot of Reko Police Station Hill which requires consolidating. The road up to the station is possibly about 1 mi 10?. for a short distance which avoids along detour or a zigzag which would materially increase the length of the road.”
08B. Pentadbiran dan Hasil Timah
Pada tahun 1883, daerah Ulu Langat ditubuhkan secara rasmi, dan terdiri daripada 5 buah mukim, setiap satunya ditadbir oleh seorang penghulu:-
- Ulu Semenyih: Raja Mahmud, putera Sultan Muhammad)
- Ulu Langat: Raja Daud
- Cheras: Syed Yahya, anak kepada Syed Idris. Syed Idris berasal dari Acheh, tinggal & dikebumikan di Rekoh (jadi kubur keramat di situ), ada 3 ekar ladang lada hitam (7,000 pokok)). Syed Yahya berkahwin dengan anak Che Ngah Penghulu Cheras. (terjemahan Ashraf Khalid & Akmal Khuzairy Abd Rahman @ IBDE, 2022: "Sejarah Selangor 1766–1939 - J.M. Gullick", m.s. 148; Walter William Skeat, January 4, 2015: |"Malay Magic - Being an introduction to the folklore and popular religion of the Malay Peninsula, m.s.69).
- Kajang & Rekoh: Raja Kahar. Namun pada tahun 1887, atas sebab kurang prestasi (katanya tak tinggal di Rekoh), ditukarkan kepada rakannya, Che Man, atas cadangan J.A.G. Campbell (Majistret daerah Ulu Langat). (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 12/08/1886: |"ASKS THAT A PENGHULU BE APPOINTED FOR THE DISTRICT OF KAJANG & REKO").
(Sumber: J.M. Gullick, 2007: |"A Short History of Ulu Langat to 1900"), m.s. 11-12).
Populasi penduduk Rekoh ketika itu 100 orang. Majoriti penduduk ialah orang Minangkabau, selebihnya Bugis dan Kerinchi, namun ketuanya Bugis (mungkin Raja Kahar atau wakilnya?). Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat (1880-1887), pernah melawat Rekoh pada tahun 1883, dan disambut dengan persembahan tarian dan budaya orang asli (Temuan), Melayu, Minangkabau, dan Cina, diiringi nyanyian dan ahli muzik (lelaki Melayu dan Cina): “The Menangkabau predominated in the south- eastern portion of the district around Semenyih. This of course had been Sungei Ujong territory until 1878, and Swettenham had seen houses 'in Sungei Ujong style' as far west as Rekoh. But he also noted that the Rekoh headman was Bugis, and the town population of about 100 included Bugis and Korinchi. It was a very mixed population conscious of its cultural differences. When Governor Weld visited Kajang in July 1883, 'we witnessed a series of dances and performances and listened to the chants of wild Sakeis, the Malays, the Menangkabau men and the Chinese - we had scarf dances and shawl dances and saucer dances and a monkey dance and besides singing, Malay and Chinese instrumental accompaniments, all the performers being men.'” (J. M. Gullick @ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 80, No. 2 (293) (December 2007): |"A Short History of Ulu Langat to 1900", m.s.12).
“Di Ulu Langat, orang Cina yang paling terkenal ialah Chan Ah Chan yang telah mendapatkan pinjaman daripada sultan untuk membuka lombong dan pada Jun 1876, dia menggaji seramai 300-400 orang. … Pada Mac 1879, Chan Ah Chan menjadi sasaran aduan yang menyebut beliau “menindas pelombong yang baru tiba di Rekoh” dengan menuntut $2 perbahara daripada keluaran bjih timah mereka. Aturan ini membuka ruang penguasaan kongsi gelap. Pada waktu gawat yang sukar, majikan Cina menggalakkan pengembangan pertanian Melayu memandangkan makanan tempatan jauh lebih murah berbanding bekalan yang dibawa dari luar Selangor. Pada pertengahan tahun 1879, ekonomi Selangor mula merasakan angin kenaikan harga bijih timah yang menguntungkan dan hal ini meningkatkan semangat pegawai kerajaan dan tauke (majikan) perlombongan. Keadaan sudah jauh lebih baik daripada keadaan Selangor yang dilanda perang pada tahun 1875, tetapi negeri itu belum bersedia untuk perkembangan pesat yang bakal terjadi.” (terjemahan Ashraf Khalid & Akmal Khuzairy Abd Rahman @ IBDE, 2022: "Sejarah Selangor 1766–1939 - J.M. Gullick", m.s.118).
Laporan majistret daerah Ulu Langat, J.A.G. Campbell. Selain melaporkan kerosakan Jalan Reko dan projek pembersihan Sungai Langat ketika itu, beliau turut melaporkan statistik hasil bijih timah bagi daerah tersebut (disusun semula mengikut jumlah hasil):-
Tin Return, October (1885)
Place | Slabs | Areas | Approximate weight piculs | Value per picul | Approximate value in Revenue | From where exported |
---|---|---|---|---|---|---|
Kajang | 230 | 34 | 125 | $5 | $345 | Kuala Langat |
Ulu Langat | 189 | 41 | 100 | $5 | $300 | Kuala Langat |
Reko | 154 | 21 | 84 | $5 | $252 | Kuala Langat |
Semenyih | 140 | 15 | 43 | $5 | $219 | Kuala Langat |
Cheras | 64 | - | 35 | $5 | $105 | Kuala Lumpur |
Cheras | 46 | 5 | 25 | $5 | $45 | Kuala Langat |
Ketika ini Reko masih lagi merupakan antara pengeluar hasil bijih timah yang utama di Ulu Langat, di bawah Kajang dan Ulu Langat.
(Sumber: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 01/10/1885: |"OFFICIAL JOURNAL FOR THE MONTH OF OCT. 1885").
09. 1884-07-10: Penerokaan Jalan Rekoh-Langat
Sejak lawatan Frank Swettenham ke Rekoh pada tahun 1875, beliau mencadangkan agar dibuat jalan dari Rekoh ke Langat bagi menggantikan jalan sungai, bagi membawa hasil timah dengan lebih efisyen. Menyahut seruan Frank Swettenham, pasukan pemangku majistret Ulu Langat, Mr. George Bellamy, dengan dipandu oleh seorang orang asli, menjalankan satu ekspedisi mengesan jalan dari Rekoh ke Langat, dari Kampung Simpang Ampat (sekitar Kuala Sungai Semenyih). Setelah 4 jam berjalan dari situ melalui denai orang asli, beliau berpatah balik ke Rekoh kerana kesuntukan masa. Namun beliau dapat mengenalpasti denai yang berpotensi untuk dijadikan jalan, menembusi kawasan paya. (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 10/07/1884: |"RE HIS PROCEEDINGS TO REEKO TO ENDEAVOUR TO FIND A TRACK FROM THAT PLACE TO KLANG").
Mungkinkah ini denai yang sama yang dikatakan diterokai oleh orang temuan dari Klang, di bawah “Batin Seri Alam” ratusan tahun sebelumnya? (Shahabuddin Ahmad, 1975).
Gambar: Gambaran kasar ekspedisi penerokaan, dari Rekoh (bulatan merah di sebelah kanan sekali) jam 7 pagi. Mereka menaiki sampan (ditanda dengan garisan biru tua) ke bulatan kedua (Kampung Simpang Empat, jam 2 petang). Dari situ mereka berjalan menuju ke bulatan akhir (Kawasan Langat), dan bermalam di suatu lokasi yang tidak diketahui, sebelum pulang semula ke Rekoh (Berdasarkan peta Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Latar peta 1904: Peta paling tepat pada zamannya, diusahakan oleh Chief Draftsman W.T. Wood yang bertugas di Survey Department, Kuala Lumpur (beliau turut membuat peta Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dll). Pernah mohon naik gaji pada 11 September 1906 (tangga gaji dia lebih rendah dari Surveyor), bila di bawa ke atas, menurut surat sokongan pihak atasannya: “Mr Wood's ability and usefulness is well known to Government. It is not necessary for me to write further recommendations”. Namun tak diluluskan oleh Residen Selangor (Henry Conway Belfield), sebab baru naik gaji pada bulan januari tahun yang sama. (Sumber: Arkib Negara 1957/0131652W, 11/09/1906: |"FORWARDS LETTER FROM MR. W.T. WOOD - CHIEF DRAFTSMAN REVENUE SURVEY OFFICE ASKING FOR A PERSONAL ALLOWANCE"; Arkib Negara 1957/0123198W, 20/06/1905: |"ESTIMATES, 1906").
Atas sebab yang tidak dapat dipastikan (mungkin hutan paya terlalu luas dan tebal?), jalan tersebut tidak dapat dibina. Pada 15 Ogos 1885, J.A.G. Campbell (majistret Hulu Langat) melancarkan projek pembersihan Sungai Langat untuk laluan trafik, bermula dari Rekoh ke hilirnya. Kontraktor yang dilantik bernama Haji Tahir. Pada mulanya kelulusan projek ialah dari Rekoh ke kawasan Kuala Labu dengan kos $1000 (di bawah tanggungan kedua-dua daerah Ulu dan Kuala Langat), pada 23 Mei 1885. Namun pada 1 Ogos 1885 kos tersebut dikurangkan dari $1000 kepada $750, oleh sebab kekangan peruntukan, lalu dipendekkan skopnya, iaitu dari Rekoh ke Kuala Semenyih, kemudian dilanjutkan sedikit ke Simpang Ampat. (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 23/05/1885: |"ABOUT HADJI TAHIR, UNDERTAKING A CONTRACT FOR CLEARING THE LANGAT RIVER FROM REKO; TO AS FAR AS IT REQUIRES CLEARING, DOWN STREAM").
10. 1890-an: Perladangan Kopi
Pada tahun 1880-an, ladang-ladang kopi mula dibuka di Johor, Perak dan Selangor, pada mulanya oleh para pengusaha dari Ceylon. Ladang-ladang kopi terawal di Selangor ialah Weld Hill's Estate dan Batu Caves Estate di Kuala Lumpur, sebelum berkembang ke Ulu Langat menjelang 1890-an (pengusaha perantau Sumatera, Cina), kemudian Kajang (dimulakan oleh pasangan adik-beradik Kindersley Membuka ladang kopi Inch Kenneth (1894), mungkin nama ladang adalah sempena Inch(Pulau) Kenneth, Scotland, juga Goh Ah Ngee dari Broga 1896). Kindersleys seterusnya membuka ladang di selatan Kajang (tepi Jalan Reko, 3km dari Kajang menghala ke Rekoh) pada Disember 1895, “kampung paling terbiar di Selangor pada masa itu”. Faktor perkembangan: pembinaan jalan kereta lembu 16 kaki KL → kampung2 Ulu Langat (mula 1889), jalan kereta api Klang → KL (1886-09-16) → Pudu (1893) → Sungai Besi (1895) → Kajang (1897) → Bangi (1902) → Batang Benar (1903) (J.M. Gullick, 2007: |"A Short History of Ulu Langat to 1900"), m.s. 16; Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: |"Transforming the Development Frontier: Chinese Pioneers in the Ulu Langat District of Selangor, Malaysia", m.s.8-9).
Pada bulan Februari 1896, pemangku pegawai daerah Ulu Langat telah menerima beberapa permohonan pembukaan ladang kopi di sekitar Jalan Reko. Beliau turut mengesyorkan agar pihak kerajaan mewartakan keseluruhan kawasan hutan terbiar di situ, terutamanya kawasan hutan paya yang dianggap “wasteland” (tiada lombong, maka tiada hasil) di tebing barat Sungai Langat sehingga ke Langat (lihat peta sebelum ini), sebagai tanah rizab perladangan kopi (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 25 February 1896, Page 14: |"SELANGOR NOTES").
Sekitar 1896, pengurus Batu Caves Estate, E.B. Skinner, meletakkan jawatannya berikutan perancangan pembukaan ladang kopi di Rekoh dengan rakan-rakan kongsinya (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 21 January 1896, Page 4: |"SELANGOR NOTES").
Pada bulan Mac 1896, penama-penama bagi permohonan ladang-ladang tersebut telah disiarkan, iaitu F. Baptist (F.B.) Hicks, E. B. Skinner, Arthur Acland (A.A.) Allen, dan E.J. Allen (West Country Estate), G.F.S. dan Methold Sidney (M. S.) Parry (Belmont Estate), dan Kindersley (Reko Hill dan Sungai Reko Estate, diikuti beberapa lagi ladang lain) (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 17 March 1896, Page 13: |"COFFEE PLANTING IN THE LANGAT DISTRICT").
Sebelum ini, pada 24/12/1895, F.B. Hicks bersama rakan-rakan kongsi beliau di sini (Allen, Skinner, Parry) pernah memohon beberapa bidang tanah seluas 500 ekar setiap seorang di Kepong (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 24/12/1895: |"APPLICATIONS FOR LAND, 7? AND 10TH MILE ULU SELANGOR EXTENSION (MESSR. ALLEN, HICKS SKINNER & PARRY 500 ACRES EACH) 2. SALE OF LAND AT BATU (ON RAILWAYLINE) BY AUCTION"). Namun mereka membatalkannya sebulan kemudian pada 31/01/1896, sebelum memohon tanah-tanah di Rekoh ini (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 31/01/1896: |"LAND IN KEPONG - WITHDRAWAL OF ALL APPLICATIONS FOR (MESSR. HICKS, ALLEN, PARRY AND SKINNER)").
Namun menjelang awal tahun 1900-an, hasil kopi jatuh merudum disebabkan saingan kopi Brazil serta serangan penyakit (Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: |"Transforming the Development Frontier: Chinese Pioneers in the Ulu Langat District of Selangor, Malaysia", m.s.8-9).
Gambar: Peta kawasan Kajang-Rekoh-Bangi, ketika pembukaan ladang secara besar-besaran. Rekoh tinggal balai polis saja, seluruh daerahnya kini dinamakan Kajang. Ketika ini pekan Bangi (lama) baru saja dibuka (stesen keretapinya dibuka pada 14 Jun 1902) (Berdasarkan peta Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Latar peta 1904: Antara peta paling tepat pada zamannya (yang ada dijumpai), diusahakan oleh Chief Draftsman W.T. Wood yang bertugas di Survey Department, Kuala Lumpur (beliau turut membuat peta Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dll). Pernah mohon naik gaji pada 11 September 1906 (tangga gaji dia lebih rendah dari Surveyor), bila di bawa ke atas, menurut surat sokongan pihak atasannya: “Mr Wood's ability and usefulness is well known to Government. It is not necessary for me to write further recommendations”. Namun tak diluluskan oleh Residen Selangor (Henry Conway Belfield), sebab baru naik gaji pada bulan januari tahun yang sama. (Sumber: Arkib Negara 1957/0131652W, 11/09/1906: |"FORWARDS LETTER FROM MR. W.T. WOOD - CHIEF DRAFTSMAN REVENUE SURVEY OFFICE ASKING FOR A PERSONAL ALLOWANCE"; Arkib Negara 1957/0123198W, 20/06/1905: |"ESTIMATES, 1906").
10A. Jalan Reko-Sepang (1891-1920-an)
Sementara itu, berikutan pembukaan ladang-ladang yang kian pesat ketika itu, pada 28 Mei 1891, atas arahan H.F. Bellamy, Superintendent Public Works Department negeri Selangor, suatu ekspedisi dijalankan oleh Mr. Van Royen, Acting District Superintendent Public Works Department bagi daerah Ulu Langat, bagi meneroka denai menghubungkan Sepang dengan Reko: “On the top of B. Tunggoh is a cairn of stones which marks the angle between the boundary line from Berhentian Kepong to Bt. Tunggoh and from there to Ulu Seppang. It is difficult to say from the Map which is Tunggoh and which is Tunggoh S'jaga but I have no doubt some one at Reko can tell you. Reko is the nearest point on the main road and a start had better be made from there following down either side of the river found most suitable and going in between the Tunggohs or better if it avoids the rivers and consequent large bridges below Bt. Tunggoh S'jaga and cross the river below Kualas Semonnieh, Beranang and Jinderam. At Seppang you will find a very large Chinese population and a large pepper plantation area?: It would be advisable to go as near Labu without crossing the Boundary as you can. The Labu is an “Anak” of the Langat River and not of the Seppang River. I am inclined to believe that you will find there is already a jungle track from Seppang to Reko. The boundary can I think be easily recognized as large mounds of earth indicate every 10 chanis? from one or other of the 2? angles. … H.F. Bellamy”. (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 09/06/1891: |"FORWARDS REPORT OF THE AG: DISTRICT SUPT: OF THE ULU LANGAT DISTRICT ON HIS EXPLORATION OF A ROUTE FROM REKO TO SEPPANG").
Sekitar tahun 1893-1894, jalan ini mula dibina. Pada waktu yang sama, di dalam suatu laporan oleh Henry N. Ridley pada 6 Julai 1896, beliau telah mencadangkan penubuhan Jabatan Perhutanan di negeri Selangor, bagi mengawal selia penebangan serta pengeluaran hasil hutan. “The Reko Woods”, suatu kawasan hutan yang belum diterokai seluas 10,000 ekar (4047 hektar) di sepanjang Jalan Reko-Sepang adalah antara beberapa kawasan hutan di Selangor yang telah dikenalpasti sebagai sumber berharga dan perlu dikawal rapi oleh jabatan ini. Antara spesis pokok yang ditemui di dalamnya ialah merbau, pauh kijang, petaling, tempinis, keranji, dan tembusu (Henry N. Ridley, 6 Julai 1896: |"REPORT ON THE FORESTS OF SELANGOR", m.s. 2).
Namun begitu perbincangan mengenai pewartaan “Reko Woods” ini hanya berlaku kira-kira 9 tahun kemudian (1905). Berlaku konflik di antara pemangku pegawai daerah Ulu Langat (pengeluaran hasil, juga kuari, di sepanjang Jalan Reko-Sepang itu) dan Jabatan Hutan (diwakili oleh Arthur Bligh (A.B.) Stephens) (simpanan hutan di kawasan yang sama). (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 20/12/1905: |"BANGI FOREST RESERVE IN THE ULU LANGAT DISTRICT - RE :-" (ARKIB NEGARA MALAYSIA).
Akhirnya kawasan seluas 2,338 ekar (946 hektar) diwartakan kira-kira pada 31 Disember 1906 (Nombor Warta: 827). Waktu itu Rekoh sudah tidak wujud lagi, jadi namanya bertukar dari “Reko Woods” kepada “Bangi Forest Reserve”. Puncak tertingginya ialah Bukit Rupa (Bukit Puteri?) setinggi 105 meter. Kini, sebahagiannya adalah UKM dan PUSPATI (Dato’ Shaharuddin Ismail @ Asia Engage 2012 - Regional Conference on Higher Education-Community-Industry Engagement, 7-8 May 2012: ||"Nurturing Eco-Volunteers for UKM Sustainable Campus: A Case Study of the Rainforest Discovery Journey Programme", m.s. 2-3).
Gambar:-
Kiri: Keadaan Jalan Reko-Sepang (ditanda merah), sekitar tahun 1904. Pekan Bangi telah pun dibuka dan kini ditandakan di dalam peta. Bahagian jalan dari kawasan Sungai Buah hingga ke Sepang ditanda sebagai “Six Foot Track”, iaitu masih jalan kuda selebar 6 kaki sahaja (pembinaan jalan belum bermula). Ketika itu jalan ini melewati bahagian timur Bukit Tunggul, menelusuri Negeri Sembilan hingga ke Sepang (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Kanan: Jalan Reko-Sepang secara kasar (ditanda merah), setelah siap, sekitar tahun 1929. Ia melewati bahagian barat Bukit Tunggul, menelusuri sebelah negeri Selangor, melalui Jenderam dan Salak. Mungkin perubahan laluan ini sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh perancang awalnya (H.F. Bellamy), yang mengatakan denai yang asal itu melalui kawasan Sungai Ujong (sukar dari segi pentadbiran projek dan selenggaraan), lalu mencadangkan laluan sebelah kiri yang pernah beliau ikuti ketika ekspedisi mengukur sempadan baru Selangor-Sungai Ujong pada Mac 1883 dahulu. Ianya sedikit sebanyak kekal sehingga kini. (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |
"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").
11. Akhir 1890-an: Kejatuhan Hasil Timah
Sementara itu perlombongan masih pesat dijalankan, terutamanya di kalangan pengusaha Cina, contohnya Loke Yew di Kajang (1897). Jaringan jalan raya turut pesat dibina, bagi memudahkan pengangkutan hasil timah: Kuala Lumpur-Kajang (1888), ke Semenyih, Bangi, Broga (1890). Namun sebenarnya mulai 1896 hasil timah bagi seluruh daerah Ulu Langat mula merudum, akibatnya pada akhirnya kawasan-kawasan lombong ini semakin ditinggalkan. (Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: |"Transforming the Development Frontier: Chinese Pioneers in the Ulu Langat District of Selangor, Malaysia", m.s.7-8).
Namun begitu, kegiatan lombong di Rekoh masih bertahan beberapa lama:-
- Tahun 1898 masih mencatatkan aktiviti perlombongan di sekitar Sungai Rekoh (K. G. Tregonning @ Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 36, No. 1 (201) (May,1963): |"STRAITS TIN: A brief account of the first seventy-five years of The Straits Trading Company, Limited", m.s.106).
- 15 September 1900: Mr. Hicks, salah seorang pemilik ladang West Country Estate, melombong di tanah seluas 25 ekar di Sungei Tankie, mukim Kajang (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 15/09/1900: |"ASKS SANCTION TO ISSUE A MINING CERTIFICATE TO MR. HICKS FOR 25 ACRES OF LAND AT SUNGEI TANKIE MUKIM, KAJANG"). Mungkinkah “Sungei Tankie” ini merujuk kepada Sungai Tangkas?
- Pada 1924-02-15, terdapat permohonan untuk perlombongan di Lembah Reko seluas 186 ekar, oleh Messrs A.H. Elowerdew and E.W. Tyler (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 15/02/1924: |"PROSPECTING LICENSE OVER 186 ACRES OF STATE LANDS, REKO VALLEY, KAJANG - APPLICATION FROM MESSRS. A.H. ELOWERDEW AND E.W. TYLER FOR"). Adakah termasuk bekas lombong di Seksyen 3 kini?
Gambar: Sebahagian peta 1898, dengan kawasan-kawasan lombong di daerah Ulu Langat ketika itu (John van Cuylenburg, Edward Stanford, The Straits Branch of the Royal Asiatic Society Singapore, 1898 @ Geographicus: |"1898 Cuylenburg / Stanford Map of Malaya Peninsula: Malaysia, Singapore, Siam").
12. 1890-an: Kejatuhan Rekoh
Pelan tanah Kampung Reko, 1898.
Seiring dengan kemerosotan hasil timah, dan perkembangan perladangan kopi, Rekoh mula terbengkalai: “Pada tahun 1895, … Rekoh, “kampung paling terbiar di Selangor pada masa itu.” (terjemahan Ashraf Khalid & Akmal Khuzairy Abd Rahman @ IBDE, 2022: "Sejarah Selangor 1766–1939 - J.M. Gullick", m.s. 149).
Ketika ini juga Tokong Shen Sze She Yar (tertua di Kajang), dipindahkan dari Rekoh ke lokasinya sekarang di Kajang (Hanna Hussein @ New Straits Times, December 19, 2019: |"#JOM! GO: More than satay"); Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, July 15, 2020: |"History of Kajang"). Mungkinkah kerana atau antara penyumbang petempatan “terbiar”?
Pada 26/03/1897, bangunan Balai Polis Rekoh tidak lagi digunakan oleh pihak polis, lalu bakal dijual kepada M. Sidney Parry, pengurus Belmont Estate ketika itu (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 26/03/1897 @ Arkib Negara Malaysia: |"LEASE OF THE REKO POLICE STATION BUILDING TO MR. M.S. PARRY OF BELMONT ESTATE").
Gambar: Suatu tinjauan dan bancian semula di Kampung Reko, untuk tujuan pengeluaran semula geran-geran pemilikan tanah penduduknya ketika itu, yang telah lama tidak terurus. Geran-geran tanah yang pernah dikeluarkan di antara 1883-1889 semuanya telah terbatal, berikutan kematian atau penghijrahan pemegang gerannya. Menurut laporan tinjauan, suatu kebakaran yang agak besar pernah berlaku beberapa tahun sebelum ini (Mungkin kesan-kesan kekacauan pada tahun 1890? - Khairil sedang gali telaga ini). Antara yang musnah di dalam kebakaran ini ialah rumah Syed Jahya / Yahya (Penghulu Cheras) dan Anjong bin Amat (yang turut memiliki 6 lot tanah di sini). Berikut adalah hasil tinjauan serta pelan tanah yang dilakarkan.
Section | Lot | Claimant | Nature of Title | Recommendation |
---|---|---|---|---|
I | 2 | Ali Mustapha (formerly acting as Datoh Dagang of Reko) | This land appears to have been granted originally to Pongoh bin Sutan under Permit 53 of 1883. Ali Mustapha bought Pongoh's interest in the land, and a Temporary License was issued to him in 1895. Rent paid up to date. | Issue Grant to Ali Mustapha: no premium, rent $1/- per annum. |
3 | Syed Jahya (Penghulu of Cheras) - no title, but Syed Jahya appears to have held the land for very many years: formerly built on, but the house was destroyed by fire some years ago; no record of any rent having ever been paid. | Issue Grant to Syed Jahya: no premium, rent $1/- per annum. | ||
5 | Anjong bin Amat - Temporary License Formerly contained a house, since destroyed by fire. - Issue Grant no premium, rent $1/- per annum. | |||
6 | Sulop | Temporary License. Appears to have been held originally under Agreement 71/84, since cancelled by Notification in the Gazette. | do | |
II | 1 | Anjong bin Amat | Temporary License | Issue Grant to Anjong; no premium rent $1/0 per annum. |
2 | Anjong bin Amat | do | do | |
3 | Anjong bin Amat | do | do | |
6 | Saleh | Temporary License | Issue Grant to Saleh; no premium, rent $1/- per annum. | |
7 | Anjong bin Amat | do | Issue Grant to Anjong; no premium, rent $1/- per annum. | |
8 | Anjong bin Amat | do | do |
Hasil tinjauan ini turut menemui 2 buah rumah yang terletak di tebing Sungai Langat, milik Ja Pahlawan (sebelumnya Haji Daud) dan Haji Abdullah. Mereka akan ditawarkan lot kosong di dalam pelan, tetapi dibenarkan terus mendiami rumah-rumah sedia ada tersebut: “There are, however, two houses, built close to the river bank, upon land which it is not advisable to alienate under Grant. They are owned respectively by Ja Pahlawan (former Agreement 39/85 in name of Haji Daud) and Haji Abdullah. I propose to allow each of these parties to select one of the vacant lots in Sections 1 and 2, and to issue Grants on the terms proposed in other cases. They can continue, should they so wish, to occupy their present sites under Temporary Licenses, until the existing houses disappear.”
(Sumber: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 20/06/1898: |"REKO VILLAGE SETTLEMENT").
12A. Lokasi Rekoh Kini?
Kemungkinan kawasan Rekoh, kini? Tekaan: Bulatan merah, berdasarkan pelan Kampung Rekoh, terletak betul-betul di tebing timur Sungai Langat, di lengkok ke kiri (mudik). Bucu atas deretan sebelah kiri hanya 10 meter sahaja dari tebing sungai (berdasarkan lebar rizab jalan 1 chain (~20m), dan ditandakan sebagai kawasan banjir (berdasarkan gambar Chang Kheng Fatt @ Chester Properties Sdn Bhd, 15/10/2023: |"Light Industrial Land at Jalan Reko, Kajang").
Lain-Lain hal:-
Pada 1896-10-17, kontrak jawatan Datoh Dagang Jawa Rekoh, Ali Mustapha, dilanjutkan sehingga 30 April 1897 (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 17/10/1896: |”EXTENSION OF PERIOD OF PROBATION, OF ALI MUSTAPHA, DATOH DAGANG, REKO. RECOMMEND;“).
Pada 1903-11-30, terdapat tanah milik pekebun kecil tempatan di pinggir Belmont Estate, milik Rasat bin Nakhoda Omar (direkod dalam pindaan geran). (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 30/11/1903: |"EXCISION OF NATIVE HOLDING FROM BELMONT ESTATE, KAJANG").
13. 1900-an: Tanaman Getah
Tanaman getah komersial terawal dirintis oleh pasangan adik-beradik Kindersley atas cadangan H.N. Ridley pada tahun 1896 di ladang Inch Kenneth, Kajang. Kejayaan ini menjadi galakan kepada mereka serta pengusaha lain untuk membuka ladang-ladang getah di sekitar Kajang (Balgownie, Paradise), Rekoh (West Country, Belmont), dan Bangi (Bangi Estate). (J.M. Gullick, 2007: |"A Short History of Ulu Langat to 1900"), m.s. 16-17).
Menjelang 1900-an, Kajang dan Rekoh telah menjadi antara kawasan ladang getah terawal di Selangor, didominasi oleh peladang Eropah secara kolektif. Mereka kemudiannya menubuhkan Persatuan seperti Kajang Branch of the Planters' Association (1912) dan kelab sosial (Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: |"Transforming the Development Frontier: Chinese Pioneers in the Ulu Langat District of Selangor, Malaysia", m.s.9).
Malah pada 1911-05-10, terdapat cadangan padang golf seluas 30 ekar di sekitar Jalan Reko (2 1/2 batu ke selatan Kajang): “a proposal is now under consideration by the European Residents in Ulu Langat district for the formation of a new Golf Course with Club House - stables etc just 2 1/2 miles out of Kajang on the Reko road. … The proposed site is a block of about 30 acres of undulating land at present forming part of the Kajang Rubber Companys property…” (SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 10/5/1911: |"LAND FOR THE PROPOSED NEW GOLF COURSE WITH CLUB HOUSE &C AT 2? MILES REKO ROAD, ULU LANGAT").
Sekitar akhir tahun 1912, sebuah hospital khas untuk pekerja-pekerja ladang di sekitar Rekoh telah dibina, dan diuruskan secara usahasama di antara syarikat-syarikat perladangan di situ, di bawah The Reko Hospital Association Ltd:-
- 1912-07-08: Syarikat “The Reko Hospital Association Ltd” didaftarkan. Pemegang sahamnya adalah beberapa syarikat perladangan, antaranya Kajang, Glenshiel (Sungei Tangkas), dan Cheras Rubber Estates. Antara pengarahnya ialah R.C.M. Kindersley: “THE REKO HOSPITAL ASSOCIATION LTD - Company Registration Number: 191201000010 (110-D) - Company Registration Date: 08/07/1912” (Malaysia Data: "THE REKO HOSPITAL ASSOCIATION LTD").
- 1913-05-14: Bangunan Hospital Reko, dengan dilengkapi kakitangan serta ubat-ubatan, telah pun mula beroperasi. Ia diuruskan oleh seorang pegawai perubatan Eropah (3/6: Dr Nicholl), dengan dibantu oleh sepasukan dresser dan lain-lain. Mereka membuat lawatan kerap ke kawasan petempatan pekerja di ladang-ladang. (The Straits Times, 14 May 1913, Page 10: |"Kajang Rubber Estates"; The Straits Times, 3 June 1913, Page 11: |"Cheras Rubber Estates").
- 1915-06-30: Hospital Kajang telah dibuka kepada estet-estet di sekitarnya (Bangunan barunya telah pun siap dibina pada tahun 1910 (Hospital Kajang, 2016: |"Sejarah")). Oleh kerana itu, pihak pengurusan memutuskan untuk menutup Hospital Reko, walaupun baru 2-3 tahun beroperasi. Bangunannya masih elok, namun oleh kerana nilai jualannya rendah, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk merobohkannya. Kini tiada kesan, dan lokasinya tidak diketahui (Malaya Tribune., 30 June 1915, Page 4: |"Balgownie Rubber Estates Ltd.").
Gambar: Ladang West Country dan Belmont, sekitar awal 1900-an. Pokok kopi atau getah? Sebelah mana (bukit landai di ufuk)? “West Country and Belmont Estates” (Arnold Wright, 1908: "Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources", m.s.465-467).
14. Pengakhiran Rekoh
Menjelang 1900-an, pekan terdekat dengan kawasan Rekoh, Kajang, mula berkembang pesat sebagai pusat ekonomi serta pentadbiran British bagi kawasan selatan Selangor. Hal ini menyebabkan Rekoh mulai terpinggir dan akhirnya menjadi sebahagian daripada ladang-ladang estet yang dibuka besar-besaran ketika itu, untuk tujuan tanaman kopi dan kemudiannya getah. Pekan dan perkampungan Rekoh beransur lenyap dan semakin dilupakan, sehingga tiada kesannya lagi kini: “Kajang lebih diberi perhatian dan dijadikan pusat pentadbiran daerah. Sekolah Inggeris dan Melayu dibina di Kajang, bukan di Rekoh. Begitu juga hospital dan pejabat-pejabat kerajaan yang lain. Rekoh akhirnya mengalami kemerosotan dan “lenyap”.” (Andin Salleh @ Dr Mohamed Salleh Lamry, July 18, 2013: |"Pekan Rekoh yang sudah lenyap").
Gambar: Kiri: Peta tahun 1904 (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Kanan: Peta kini (Mapcarta).
15. Ringkasan
Ringkasan:-
- Sehingga 1700-an: Penerokaan dan pendudukan orang Temuan
- 1700-1800-an: Perlombongan awal (tempatan)
- 1800-an: Perlombongan perantau Sumatera
- 1870-an: British mula bertapak dan campurtangan
- 1880-an: Pentadbiran British: Sistem pengangkutan
- 1890-an: Perladangan kopi, kejatuhan Rekoh
- 1900-an: Perladangan getah, kehilangan Rekoh
Gambar: Peta kawasan Kajang-Bangi-Semenyih, ketika kegemilangan perladangan getah. Rekoh tiada lagi di dalam peta. (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries: |"Selangor : Federated Malay States 1926").
Soalan dan perbincangan: saya umpama manusia AI ( chatgpt hidup ): terima soalan, rujuk pangkalan data maklumat, cuba jawab (mungkin aplikasi masa akan datang, saya seolah “prototaip”). Masih perlu kepakaran sejarawan untuk tentusahkan.
Nota Kaki Penuh: Sila rujuk laman rencana utama: Rekoh.