User Tools

Site Tools


start

Cebisan Sejarah Bangi

Koleksi beberapa peristiwa di sekitar Bangi, yang ada direkodkan dalam sumber-sumber setakat yang dapat diperolehi di Internet, dan disusun menurut kronologi peristiwa. Antara sumber utama ialah Arkib Negara Malaysia, keratan-keratan akhbar di NewspaperSG (arkib digital akhbar tempatan yang beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1827, kelolaan National Library Board (NLB) of Singapore), serta MyRepositori (arkib digital akhbar tempatan, kelolaan Perpustakaan Negara Malaysia). Pada setiap peristiwa, selain ringkasan liputannya, ditambahkan juga beberapa catatan ringkas atau capaian mengenai perkara atau tempat yang berkaitan, berdasarkan makalah-makalah dan kertas kerja para ilmuwan dan pengkaji sejarah, setakat yang ada di Internet sahaja.

Bangi (Baru), dari puncak bukit Mutiara Bangi
Gambar: Pemandangan dari puncak bukit Mutiara Bangi. Dari kiri: Kg Sungai Tangkas (sayup kelihatan bukit-bukau Semenyih (Broga?) di belakangnya), GMI / Alam Sari, dan UKM.

Kronologi Peristiwa

Rencana Berkaitan

Koleksi rencana latar lokasi, persekitaran, peristiwa, persatuan, dan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan beberapa peristiwa di dalam kronologi di atas.

Latar Lokasi

Latar Peristiwa

Latar Persekitaran

Latar Persatuan

Latar Tokoh

Peta Rujukan

1900-an

Peta Selangor tahun 1904
Peta negeri Selangor, tahun 1900-an (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").

1920-an

Peta daerah Ulu Langat dan sekitarnya, tahun 1927Lembah Klang dan Langat, tahun 1929

Kiri: Peta daerah Ulu Langat dan sekitarnya, tahun 1920-an (Survey Department, Singapore, 1927 @ National Archives of Singapore: |"Parts of Seremban and Jelebu Districts with portions of Ulu Langat and Kuala Langat Districts (Selangor), Kajang, Negri Sembilan").
Kanan: Peta Lembah Klang dan Langat, tahun 1929 (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").

1950-an

Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720Peta Lembah Klang dan Langat, tahun 1950-an
Kiri: “Malaya : Published under the direction of the Surveyor General, Malaya” (Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720").
Kanan: Peta Lembah Klang dan Langat, tahun 1950 (Survey Dept. F.M.S., 1950: |"Selangor").

Rujukan Pensejarahan Bangi dan Sekitarnya di Internet

Senarai rujukan utama pensejarahan Bangi dan kawasan sekitarnya di Internet:-

Sumber
Kitab Tawarikh 2.0 |"Kitab Tawarikh 2.0" (Harith Faruqi Sidek, 2005-kini)
BIODATA DR SHAFIE ABU BAKAR |"Dr Shafie Abu Bakar" (Dr Shafie Abu Bakar, 2007-kini)
SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi |"SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi" (Faizal Hj Zainal, 2008)
Bandar Baru Bangi |"Bandar Baru Bangi" (Muhammad Hasan Bashri, 14 Oktober 2009)
Bangi tempat putera terbuang |"Bangi tempat putera terbuang" (Bennie Zie Fauzi @ Berita Harian, 2015 - turut ditemubual: Faizal Hj Zainal dan bapa beliau, Zainal Harun).
Sejarah Pekan dan Bandar Baru Bangi : Bandar Ilmu Yang Islamik |"Sejarah Pekan dan Bandar Baru Bangi : Bandar Ilmu Yang Islamik" (Namri Sidek @ Illuminasi, 20 Mar 2018).
UKM and Historical Society To Publish Bangi History Book |"UKM and Historical Society To Publish Bangi History Book" (Nasrullah Uul (UKM Intern), 13 April 2015).
"Selangor 10" → Posts → Search: Bangi.
Tarikan sejarah bandar Kajang
Unravelling Kajang’s past heritage
#JOM! GO: More than satay
Kajang kaya warisan sejarah
Beyond Grandfather Stories: Kajang’s Heritage Center
Cover Story: Preserving the old while embracing the new
Digging up on a bygone era
Kajang Heritage Centre - Projek arkib pensejarahan Kajang, sejak tahun 2000. Maklumat lanjut:-
1. Kurniawati Kamarudin / Bernama @ Media Permata, 26 Disember 2019: |"Tarikan sejarah bandar Kajang"
2. Kurniawati Kamarudin / Bernama @ The Malaysian Reserve, 24 Disember 2019: |"Unravelling Kajang’s past heritage"
3. Hanna Hussein @ NST, December 19, 2019: |"#JOM! GO: More than satay"
4. Rozdan Mazalan @ Berita Harian, 29 September 2019: |"Kajang kaya warisan sejarah"
5. Amirah Qistina Binti Hazrin @ The Kajang Standard, April 23, 2019: |"Beyond Grandfather Stories: Kajang’s Heritage Center"
6. Ethel Khoo @ The Edge Malaysia, December 11, 2018: |"Cover Story: Preserving the old while embracing the new"
7. Yip Yoke Teng @ The Star, 31 Mar 2015: |"Digging up on a bygone era"
History of Kajang |"History of Kajang" (Eric Lim, 2020)
Ringkasan sejarah Kajang, oleh seorang sukarelawan muzium.

Pengakuan Penting: Kami Bukan Ahli Sejarah!

Perlu ditekankan, kami bukan ahli sejarah! Laman ini sekadar mengumpulkan cebisan maklumat berkaitan sejarah Bangi dan kawasan sekitarnya, setakat yang dapat ditemui di ruang Internet sahaja. Maka pastinya ia amat tidak lengkap, tidak menyeluruh, dan kurang wibawa berbanding karya ilmiah hasil kajian para sejarawan. Perlu diingatkan juga, sumber-sumber yang dinyatakan di sini adalah dari pelbagai sudut pandang dan latar para ilmuwan, pengkaji, wartawan dan editor akhbar, bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Kami cuba menyampaikan kesemuanya secara objektif, namun perlulah juga diakui, terdapat juga kecenderungan kami sendiri, yang terserlah di dalam ulasan dan catatan kami. ;-)

Apa pun, anggaplah ini sebagai usaha pemula sahaja. Selebihnya perlu digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti karya-karya sejarawan, arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau premis dan petempatan bersejarah (awam atau persendirian), termasuk juga sejarah lisan warga asalnya. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan di sekitar Bangi. Memetik kata-kata Prof Khoo Kay Kim: “Yang sangat diperlukan sekarang ialah kajian sejarah tempatan kerana jelas perkembangan di satu-satu kawasan tidaklah sama dengan perkembangan di kawasan lain. Kajang berbeza dengan Tanjong Malim sebagaimana Rawang berbeza dengan Jeram. Beranang juga berbeza dengan Batang Berjuntai. Apabila kajian-kajian tentang berbagai kawasan Selangor itu telah siap ditulis barulah kita akan mendapat suatu gambaran yang lebih lengkap tentang sejarah dan masyarakat Selangor.” (Khoo Kay Kim, 1985: |"Selangor Dahulu & Sekarang", m.s. x (“Pengenalan”)).

Berikut adalah contoh hasil usaha pensejarahan tempatan yang telah dijalankan untuk bandar Kajang, yang perlu dicontohi oleh institusi-institusi di Bangi:-

Inspiration - SWOTUrban Issues - SWOT
Antara kesan penting kegiatan pensejarahan tempatan yang aktif ialah budaya perancangan bandar yang peka terhadap warisan sejarah dan budaya semasa yang perlu dipelihara dan diraikan seadanya, selain memajukan persekitarannya. Sebagai contoh: latihan kajian pra perancangan Kajang ini tampaknya sensitif terhadap budaya dan sejarah setempat, kemungkinan kesan usaha pensejarahannya sejak beberapa dasawarsa: “The various culture of Kajang & people unfolding through layers of diversity … Sense of belongings with enrichment of old culture, the business that runs on the day & everyday, to make sure the life is on-going … The lack of quality for old generation to be able to adjust to new condition, similarly for the new generation as they hardly adapt to the old culture of Kajang. The old and new are co-exist within the same Kajang yet disconnected in terms of fusion of culture and communication. … The remnants of unmaintained structures, abandoned closed shophouses and the recession of old businesses from time to time tends to increase the possibility of displacement issue as the increase of new development and immigrants causing fading of sense of belonging. … Kajang is dynamic in its aspect of walkability, accessibility with diversed people using the public spaces, yet it is not dynamic in the aspect of cultural integration.” (Yeo Shi Jie, Jul 30, 2020: |"[ A DYNAMIC KAJANG: SITE B ] - Project 1 - 'Preliminary Study’ - Urban Analysis & Precedent Studies").

Beberapa penulisan, serta hasil kajian kritis berkaitan pensejarahan tempatan secara umum, sebagai panduan:-

Akhir kata, silakan membaca beberapa peringatan untuk kita bersama:-

Jika ada sebarang pembetulan, cadangan, maklumbalas, dsbgnya, silalah hubungi kami di sini. Semoga bermanfaat!

start.txt · Last modified: 2021/11/29 07:07 by sazli