Jadual Kandungan

Kronologi Peristiwa Berkaitan Bangi: 1950-1959

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.


Gambar hiasan: Bangi Tahun 1950-an (1957?) (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

1950-02-24: Ketua "Geng Kajang", Liew Kon Lim

Pada 24 Februari 1950, antara lain, $20,000 ditawarkan oleh Polis Selangor bagi sebarang maklumat berkenaan Liew Kon Lim (Ketua “Geng Kajang” dan selatan Selangor, digelar “Voo Soo”, “Bearded Wonder” atau “Bearded Terror”, kerana membela janggut tebal - juga “Chow Wah”).
Liew Kon Lim (Berjanggut)Liew Kon Lim (Bercukur)
Liew Kon Lim. Kiri: berjanggut. Kanan: bercukur.

LATAR PERISTIWA: Liew Kon Lim

1950-09-27: Bangunan Pertukangan di Sekolah

Pembinaan bangunan pertukangan di beberapa sekolah di Selangor, antaranya di Bangi.

1950-10-24: Denda Tertinggal Basikal

Saman $2 ke atas seorang warga yang tertinggal basikal di Bangi.

CATATAN 1: Ketika ini, beberapa peraturan dikenakan terhadap pengguna basikal. Selain saman di atas, contoh lain ialah saman membonceng basikal ($3):-

CATATAN 2: Nasseri Ahmad, pengumpul basikal lama di Kuala Nerang, Kedah, memberi gambaran ringkas mengenai pemilikan basikal di kalangan masyarakat ketika itu: “Back in the early days, the bicycle was the single most important mode of travel for the ordinary man, shares Nasseri (Nasseri Ahmad, collector of vintage bicycles from Kuala Nerang, Kedah). Back then, cars were few and far between. 'You really had to be a big shot to have a car. Automobiles at that time were mainly used by the royal family, wealthy businessmen and important government officials. The rest of the population depended on buses and trains to travel long distances and their trusty Raleigh or Hercules bicycles to take them to nearby places.' … Bicycles cost between $100 to $200 in the past, depending on the brand and country of origin, adds Nasseri. The ones from England were the most popular. During that time, brands like Hopper, Hercules, Raleigh, BSA and Royal Enfield were household names. People could identify with their quality and dependability. That sum of money, says Nasseri, may not look like much today but back then, it was quite substantial. 'It was almost equivalent to a clerk’s monthly salary. As a result, most families could only purchase one bicycle to be shared by everyone. Naturally, they’d buy the adult-sized bicycle as the parents would be the ones using it the most.'”

British Small Arms (BSA) advert in Jawi advocating how bicycling can help reduce workload. Pix courtesy of Alan Teh Leam SengIt’s still possible to find vintage bicycles with their original licence plates.The rare 'Negeri Syburi' bicycle licence issued in the Buddhist year 2488. Pix courtesy of Alan Teh Leam Seng
Kiri: “British Small Arms (BSA) advert in Jawi advocating how bicycling can help reduce workload.”
Tengah: “It’s still possible to find vintage bicycles with their original licence plates.”
Kanan: “The rare 'Negeri Syburi' bicycle licence issued in the Buddhist year 2488. … Among his most prized items is a licence issued during the Thai Occupation of Malaya. Completely in Jawi, it bears the heading 'Negeri Syburi. Lesen kenderaan-kenderaan.' It's for a black coloured Hercules bicycle with the body frame number BO 70054. The licence authorises the owner, Matcha bin Pitchay Ghani, living at 17 Pengkalan Kapal to use the bicycle from July 1, 2488 until Dec 31, 2488. The Buddhist year 2488 used by the Siamese government coincide with the English date 1945. The significance of this piece of paper? The British were back in Malaya by the time it expired and the state had reverted to its former name — Kedah!

(Sumber: Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, January 22, 2017: |"A cycle through time").

CATATAN 3: Basikal yang lazimnya digunakan ketika itu ialah jenama Raleigh atau Hercules.

At Gallery C. Image credit: Maganjeet KaurAdvertisement in the Sunday Tribune (Singapore), 4 April 1948, page 11, col. 2
“At Gallery C. Image credit: Maganjeet Kaur. … A British Hercules bicycle can be seen in Gallery C in the section describing the rubber industry in Malaysia in the early days. The latex containers on the sides are a clear example of how this bicycle was used as a transport workhorse of various goods in estates, businesses and elsewhere, now replaced by the motorcycle. Though Raleigh was the most popular as a regular bicycle, Hercules was the utility bicycle seen in towns and villages. Other Hercules models included those for racing purposes. … The Hercules was bigger and higher than the regular brands, had larger handlebars with a flat carrier added at the back, sometimes also with a metal basket in front. This carrier is known to have transported, among others, sacks of lallang by cowherds, milk containers or a box for various things by tradesmen and of course latex containers for the smallholding rubber tapper.”

Hercules logo on the bicycle at Muzium NegaraHercules logo on the bicycle at Muzium Negara
“Hercules logo on the bicycle at Muzium Negara … How exactly were these bicycles used in the estates? The trees would have been cut at a slant in the very early morning so that it does not coagulate as it flows into the collecting cups or harden too fast on the cut. Usually about 9 or 10 am, the smallholder would make the rounds on the bicycle, pouring the latex into the metal containers fixed on the sides. Depending on the size of the estate, more trips would be made by the smallholder or collection made by a team of workers. When the containers are full, these are taken to the smallholder’s shed where the latex is coagulated with formic acid and processed to make sheet rubber or block rubber. Larger estates used bullock carts with very large metal tanks while tappers used the ‘kender’ or kandar stick on their shoulder with two containers hanging at the ends, all later replaced by trucks. Other competitor brands of bicycles would also have been used such as the Hopper, another bicycle of somewhat similar build.”

(Sumber: V. Jegatheesan @ Museum Volunteers, JMM, August 16, 2021: |"H is for Hercules").

1951-03-14: Perkampungan Baru

Kerajaan British menjalankan operasi besar-besaran di seluruh Malaya, bagi memindahkan masyarakat setinggan Cina ini ke perkampungan baru yang dirancang dan dibina berdekatan bandar, khusus untuk memutuskan hubungan mereka dengan kubu-kubu tentera gerila komunis di pinggir hutan (Rancangan Briggs). Antara yang terbesar ialah di Jinjang, kira-kira 5 batu ke selatan dari Kuala Lumpur, seluas 400 ekar (asalnya ladang getah) dan menempatkan 17,000 orang penduduk.

Kelahiran bandar baru Jinjang, 5 batu ke selatan dari Kuala Lumpur, bakal menempatkan 1,500 buah keluarga setinggan, pekerja ladang dan lombong, serta pekerja bandar Kuala Lumpur.
Kelahiran bandar baru Jinjang, 5 batu ke selatan dari Kuala Lumpur, bakal menempatkan 1,500 buah keluarga setinggan, pekerja ladang dan lombong, serta pekerja bandar Kuala Lumpur.

Sementara itu, sebahagian besar daripada 24,000 penduduk Ampang (kawasan hitam), bakal dipindahkan di beberapa perkampungan berasingan, antaranya di Sungei Buloh. Beberapa petempatan besar yang lain terletak di Subang dan Semenyih. Antara yang dipindahkan ke Semenyih ialah penduduk kawasan hitam di sekitar Bangi.

CATATAN 1: Salah satu perkampungan baru ini ada di Bangi, dan dinamakan “Bangi Village” (kini Kampung Aman): “Kampung Baru Cina ini terletak betul-betul belakang Pekan Bangi yang dahulunya kebun Kelapa milik seorang cina bernama Law Lin, tempat ini dahulu lebih dikenali sebagai 'Bangi Village' ia wujud apabila Inggeris mengadakan kawasan Kg.Baru semasa Darurat dalam tahun 50an. Penduduk Cina disini berasal daripada kawasan bersebelahan Estet Bangi dan sebahagian lagi berasal dari Kacau, Broga dan Mantin.Pada tahun 90an berlaku kebakaran di sebahagian rumah panjang ini dan kebanyakan mereka membina kembali rumah mereka di kawasan bukit belakang Kedai Mara,tanah yang telah mereka beli daripada Broome Estate dalam tahun 70an.” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").
LATAR PERISTIWA: Sejarah Awal Bangi: 1950-an: Perkampungan Baru: Kampung Aman.

CATATAN 2: Koleksi anekdot, gambar, serta rencana berkaitan perkampungan baru:-

  1. Francis Loh @ Aliran, 20 Sep 2013: |"New Villages resettlement programme during the ‘Emergency’ 1948-60". Sumber gambar akhbar di atas (versi yang lebih jelas):-
  2. Yip Yoke Teng @ The Star, 12 May 2015: |"Jinjang grows out of bad reputation"
  3. Arjun Mohanakrishnan @ the Vibes.com, 18 Apr 2021: |"Revisiting history: could Malaya’s New Villages get heritage site nod?"

CATATAN 3: Peta Perkampungan baru (The Cultures of Occupation in Twentieth Century Asia (COTCA) Project @ University of Nottingham):-

LATAR PERISTIWA: Maklumat lanjut tentang Darurat.

1951-05-20: Ladang Connemara

Seorang warga ditangkap di Ladang Connemara, Bangi, kerana didakwa berhubung dengan anggota tentera komunis.

CATATAN: Maklumat lanjut tentang Ladang Connemara: 1929-03-07: Gabungan Ladang Balgownie dan Connemara.

1952-11-06: Lawatan Penasihat British

Lawatan Penasihat British yang baru, Mr. H.G. Hammet, ke daerah Ulu Langat, termasuk Bangi.

CATATAN 1: Perihal Mr. H.(Harold) G. Hammet:-

CATATAN 2: Maklumat berkaitan:-

1953-04-18: Polis di Ladang Broome

Surat pembaca dari Seremban, mengucapkan terima kasih kepada pegawai polis di Ladang Broome yang telah membantu menarik lori beliau dari dalam gaung di Bangi.

LATAR PERISTIWA: Broome Estate.

1953-06-15: Sekatan Komunis

Pengurus Ladang Jempol (Bahau, Negeri Sembilan), dalam perjalanan dari Bangi ke Jelai dalam kereta perisai, ditahan di sebuah sekatan jalan raya tentera komunis. Beliau berjaya melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan.

1954-01-16: Bangunan Baru Sekolah Bangi

Sebuah bangunan baru bakal dibina di Sekolah Melayu Bangi (kini Sekolah Kebangsaan Bangi (SK Bangi)) bagi menempatkan kelas Sains Rumahtangga.

CATATAN: Korikulum sains rumahtangga di sekolah-sekolah Melayu menggabungkan ilmu saintifik (barat) semasa, dengan sosiobudaya tradisi Melayu: “The curriculum for girls had lower standards in arithmetic and geography, and varied the practical and handwork sections of the boys’ curriculum. Domestic science was to be taught wherever possible, and drill and games were a part of the curriculum in all schools. Care was taken that school hours allowed pupils time to assist their families. For Malay girls, the curriculum emphasised additional subjects, which were commonly taught in schools throughout the Empire, and focussed on the home and children.” (Anna Maree Doukakis, 2012: |"'Now we want Malays to awake': Malay Women Teachers in Colonial Johor and their Legacy.")

Kaum Ibu semasa majlis Maulid Nabi Sekitar tahun 50an
Gambar hiasan: “Kaum Ibu semasa majlis Maulid Nabi Sekitar tahun 50an” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

LATAR PERISTIWA: Sekolah Melayu / Kebangsaan Bangi

1954-01-30: Perayaan Dalam Darurat

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, perintah berkurung dilonggarkan untuk 2 hari bagi daerah Ulu Langat, antaranya di Bangi, dari 7pm ke 1am.

1955-07-05: Perintah Berkurung

Perintah berkurung di beberapa kawasan ladang dan hutan di sekitar Kajang, Bangi, Semenyih, dan Sungei Lallang, berikutan aktiviti penculikan di Jalan Kajang-Dengkil, oleh saudara kandung askar komunis Liew Kon Lim.

1955-07-28: PRU: Perikatan Menang Besar

Keputusan Pilihan raya umum pertama di Tanah Melayu (satu-satunya pilihanraya umum sebelum merdeka): Parti Perikatan (pimpinan Tunku Abdul Rahman) menang 51, PMIP (kini PAS) 1, dan Parti Negara pimpinan (Dato Onn Jaafar) kalah di kesemua 30 kerusi yang dipertandingkan. Bangi hujan lebat pada hari mengundi, namun ada pengundi yang dikatakan menolak tawaran untuk menumpang kereta Parti Perikatan ke pusat mengundi, kerana menyokong Parti Negara.
Bangi terletak dalam parlimen Langat: Abu Bakar Baginda (Perikatan) mengalahkan Mohd Nazir Hj Abdul Jalil (Parti Negara)
Bangi terletak dalam parlimen Langat: Abu Bakar Baginda (Perikatan) mengalahkan Mohd Nazir Hj Abdul Jalil (Parti Negara) dengan majoriti 4,922. (Sumber gambar dan maklumat lanjut: Harith Faruqi Sidek, 2013: |"Sekilas Kenangan: Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu 1955").

CATATAN 1: Pihak British menyebelahi Dato' Onn dan Parti Negara dalam pilihanraya ini (juga dalam Pilihanraya Tempatan 1952, melalui parti beliau ketika itu, Independence of Malaya Party (IMP)), bagi mengimbangi pengaruh nasionalis dan perkauman di dalam parti Perikatan, selain usaha melengahkan kemerdekaan Malaya. Maklumat lanjut:-

  1. Joseph M. Fernando @ The Star, 8 Jun 2007: |"The rebel in Onn Jaafar"

CATATAN 2: Setelah Parti Negara tidak lagi aktif selepas kematian Dato' Onn pada tahun 1962, Dato' Mohd Nazir Hj Abdul Jalil menyertai Parti Perikatan (Dharmala N.S., 2005: |Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan: Kebenaran di Sebalik Perjuangan: Tradisi Kepimpinan Berjiwa Rakyat, m.s.169 (PDF)) dan kemudiannya bertanding dan memenangi kerusi DUN Kajang untuk 2 penggal (1964-1969, dan 1971-1973) (Wikipedia).
Bangunan ato' Nazir, Kajang
Bangunan Dato' Nazir (kiri), dibina di Kajang pada tahun 1970, di tapak bangunan pejabat daerah Ulu Langat yang lama (kanan) (Eric Lim, 2020: |History of Kajang). Perpustakaan Kajang menyewa tingkat atas bangunan ini sejak 1975 (Dr Shafie Abu Bakar, 2011: |"Melawat Perpustakaan Beranang, Semenyih Dan Kajang"), kini dipindah milik kepada Restoran Sate Hj Samuri. (Sumber gambar terkini: hooyewlim @ Steemit, 2019: |"Restoran Sate Kajang Hj Samuri"

LATAR PERISTIWA: “Ulu Langat District Office was set up in 1883 and records of that time show that the Ulu Langat village was the largest settlement in the district but Kajang was chosen as the district capital because of its central location. An early census of Kajang is interesting – one police clerk (indicating that the police station was already established), one ranger (most definitely Raja Alang), twenty-two shopkeepers (of which sixteen were Sumatrans) and one gambler (most likely a Chinese!). The district office building was built in the 1910s and was in operations until it was demolished and a new building (Bangunan Dato Nazir) constructed in 1970.” (Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, July 15, 2020: |"History of Kajang").

1956-02-24: Kes Salah Laku Di Sekatan

Beberapa kes aduan salah laku pihak berkuasa ketika pemeriksaan warga di pintu-pintu sekatan di perkampungan. Kes-kes ini telah mencetus siasatan, seterusnya sesi pengadilan di mahkamah oleh pihak kerajaan.

CATATAN 1: Hasil siasatan mendapati 61 orang telah menjadi mangsa kes-kes salah laku ini, sejak pemeriksaan ketat mula dijalankan pada 5 januari 1956 di beberapa perkampungan. Di Semenyih, beberapa bantahan terbuka berlaku di Kachau, Semenyih pada 12 dan 14 Januari 1956. Maklumat lanjut tentang pengadilan dakwaan kes-kes salahlaku di sekatan ini: “The Semenyih villagers had never liked gate checks and found the daily process of actually getting out Of the New Village extremely irksome. With the end of the house curfew at 0500 hours, the tappers - men and women in separate lines - usually filed past two decrepit booths just outside the Kachau Gate. While most were simply frisked by Police and moved along, some men and women were randomly picked and led into the booths to be searched by having their clothing loosened and their bodies felt under them, or even having their outer garments removed. The tappers then had to wait outside in a group till the perimeter curfew was lifted at 0600 hours. …” (Kumar Ramakrishna, 2002: "Emergency Propaganda - The Winning of Malayan Hearts and Minds 1948-1958", m.s.173)

CATATAN 2: “1948-1956 Satu sekatan yang dinamakan Bangi Gate dibina di Jalan Bangi Lama berhampiran dengan kedai Ang Giap sekarang. Bangi Gate dibuat daripada dawal berduri dan sesiapa tidak boleh melintasinya dari jam 7.00 malam hingga 6.00 pagi. Setinggan Cina terutamanya yang dipindahkan ke Kampung Baru Semenyih, mestlah diperiksa terlebih dahulu sama ada mereka membawa susu lembu, beras, ubat atau apa-apa bahan di dalam tong susu getah atau di dalam anak baju perempuan. Sebuah khemah atau trak tentera berdinding canvas digunakan untuk memeriksa perempuan yang dicurigai. Kebanyakan mereka sebagai penoreh getah di Ladang Sungai Purun. Ladang Sungai Purun telah dijadikan zon industri Jalan Bangi Lama”. (Wikipedia, "Kampung Sungai Purun")
Bangi Gate, 1950Bangi Gate, kini
Kemungkinan lokasi Bangi Gate.
Kiri: Ditanda merah, berdasarkan peta Survey Dept. F.M.S., 1950: |"Selangor".
Kanan: Kini kedai Ang Giap, berdasarkan peta Google Maps.

1956-03-03: Penubuhan Majlis Tempatan

Penubuhan majlis tempatan di Semenyih, Bangi, Dengkil, Beranang dan Ulu Langat: “Local councils will be set up at Semenyih, Bangi, Dengkil, Beranang dan Ulu Langat village. They will send representatives to meetings of the Ulu Langat District Town Board.”

1956-12-03: Pengurus Ladang Sungai Purun Terbunuh

Penolong pengurus Ladang Sungai Purun, Mr. Richard Entwistle, ditembak mati oleh pengawal kem R.A.F. di Jalan Bangi Lama, dalam perjalanan pulang dari Semenyih.

Ladang Sungai Purun, 1950-anLadang Sungai Purun, kini
Kawasan Ladang Sungai Purun, ditandakan merah.
Kiri: Tempat kejadian, Bangi Rd., menyusuri sebelah tenggara ladang tersebut (Berdasarkan peta Survey Dept. F.M.S., 1950: |"Selangor").
Kanan: Kini merangkumi kawasan Bandar Teknologi Kajang, Taman Industri Mega, Taman Baiduri Jaya, Hillpark 2, Taman Semenyih Mewah Fasa 2, Kajang East, dan Kaseh Heights (Berdasarkan peta Mapcarta).

1957-05-20: Pembukaan SK Rinching Hilir

“Okt 1956 : Sekolah dibina oleh penduduk sekitar.

20 Mei 1957 : Sekolah dibuka (Sek. Melayu Rinching Hilir) (En. Jaafar bin. Hj Sharif - Guru Besar pertama, Menjadi guru kepada 41 orang murid.

13 Nov 1957 : Lembaga Pengurus Sekolah diwujudkan (Pengerusi : En. Rabit B Idris, Ketua Kampung, AJK : 8 orang bapa)”



“Gambar-gambar kenangan bangunan lama sebelum dirobohkan. (Sept 2009)”

(Sumber: Laman SK Rinching Hilir, Bangi: |"Profil").

1958-01-01: Jalan Bangi-Semenyih Banjir

Paras air Sungai Gombak dan Sungai Klang meningkat, menyebabkan banjir di beberapa tempat, antaranya menenggelamkan sebahagian Jalan Bangi-Semenyih.

LATAR PERISTIWA: Banjir Sekitar Bangi.

1958-07-07: Kejohanan Badminton Negeri

Abu Bakar Rahid dari Bangi, berjaya ke peringkat akhir kejohanan badminton Melayu Selangor.

1958-11-19: Laporan Banjir (Berita Harian)

Banjir di pantai timur dan barat, antara lain menenggelamkan sebahagian Jalan Reko-Dengkil (Kajang-Bangi).

LATAR PERISTIWA: Laporan ini telah diterbitkan di dalam keluaran ke-438 akhbar Berita Harian, sejak ia mula diterbitkan pada tahun 1957.

LATAR PERISTIWA: Banjir Sekitar Bangi.

1959-01-03: Kampung Sungai Kembong

Usaha jejak kasih para pembaca akhbar. Antaranya Ismail Karimi, dari Sungai Kembong, Bangi, mencari abang serta bekas imam kampungnya, Mohd Amin (mungkin di Sumatera, ada anak bernama Saodah).
Kg Sungai Kembong
Sungai Kembong, Bangi.

CATATAN 1: Kampung Sungai Kembong ialah tempat kelahiran tokoh budayawan, A Wahab Ali.

CATATAN 2: Terdapat sebuah sekolah di sini, yang telah ditutup pada Januari 1971.

1959-02-19: Ruangan Pa' Belalang

Surat pembaca dari Bangi, mengadu masalah peribadinya di ruangan “Pa' Belalang”, salah satu “Feature” dalam Berita Harian ketika itu. (Ghazali Ismail, 1962: |"Wartawan Dalam Seribu Suasana", m.s.8)
Ruangan Pa' Belalang
Ruangan Pa' Belalang, Berita Harian.

1959-07-03: Pendaratan Cemas

Kapal terbang jenis Auster, dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur, membuat pendaratan cemas di tanah lapang di sebuah ladang getah berdekatan Bangi Road, Semenyih. Kedua-dua juruterbangnya tidak cedera.
Auster J/5F Aiglet Trainer, 1953
Auster J/5F Aiglet Trainer, 1953: kemungkinan rekabentuk kapal terbang yang seakan ini. (Gambar: Wikipedia)

1959-07-21: Temasya Budaya (KUBU)

Beberapa siri temasya sukan dan seni berlangsung di sekolah-sekolah di sekitar Bangi:-

LATAR PERISTIWA: Perihal Sekolah Melayu / Umum / Kebangsaan Bangi.

LATAR PERISTIWA: Perihal Kumpulan Budi Utama (KUBU).

Bangi, 1956
Gambar hiasan: Bangi, 1956 (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

1959-08-24: Masjid Batu Tiga, Jalan Bangi

Antara lain melaporkan penduduk Kampong Batu Tiga, Jalan Bangi, Semenyih, bergotong-royong menyiapkan Masjid Batu Tiga, Jalan Bangi: “Pendudok2 Kampong Batu Tiga, Jalan Bangi, Semenyih sedang giat bekerja gotong royong untok menyiapkan benaan sa-buah masjid di-sini. Ada-lah di-fahamkan Masjid itu di-jangka akan siap di-bena tidak lama lagi, bahawa pendudok2 kampong itu akan mengadakan sambutan maulud Nabi s.a.w. di-masjid baharu itu kelak.”
Masjid Kg Batu 3 Jln Bangi, 1970Lokasi Masjid Kg Batu 3 Jln Bangi, kini
Kiri: Masjid Kg Batu 3, setelah lebih 10 tahun beroperasi (1970).
Kanan: Peta lokasi Masjid Kg Batu Tiga, Jalan Bangi, kini (Mapcarta).

CATATAN: Kira-kira 10 tahun selepasnya, pada 26 Januari 1970, Jawatankuasa Lembaga Kemajuan Kampung Batu Tiga, diketuai oleh En. Alias bin Pensil, telah memohon bantuan dana sebanyak RM25,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor. Dana ini bertujuan membina bangunan masjid baru, bagi menggantikan bangunan asal yang telah uzur dan tidak dapat lagi menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah.

1959-08-31: Majlis Khatam Quran

Majlis khatam Quran di rumah Che gu R. Zalwa R. Ahmad, Batu Satu, Jalan Bangi Semenyih.
Majlis khatam Quran di rumah Che gu R. Zalwa R. Ahmad, Batu Satu, Jalan Bangi Semenyih.

1959-11-10: Jalan Kampung Sungai Buah

ADUN Semenyih, Dato' Kampo Radjo, mengumumkan peruntukan untuk pembinaan dan penaiktarafan beberapa batang jalan, antaranya meninggikan sebatang jalan di Sungai Buah, Bangi.

LATAR PERISTIWA: Sejarah Awal Bangi: 1925: Kampung Sungai Buah

LATAR PERISTIWA: Perihal Dato' Kampo Radjo.

1959-12-18: Banjir di Kajang dan Bangi

Banjir di Kajang dan kawasan sekitar. Antara yang ditenggelami air: Bandar Kajang (Jalan Mendaling, Kg (Sri?) Jambu, Kg Paya), Jalan Kajang-Bangi, Jalan Semenyih-Bangi.
Kawasan banjir di Kajang, Jalan Kajang-Bangi, dan Jalan-Semenyih Bangi.Jalan Kajang-BangiJalan Bangi-Semenyih
Kawasan banjir di Kajang, Jalan Kajang-Bangi, dan Jalan-Semenyih Bangi.

LATAR PERISTIWA: Banjir Sekitar Bangi.

Perarakan Maulid Nabi di Pekan Bangi, 1950-an
Gambar hiasan: “Perarakan Maulid Nabi di Pekan Bangi”, 1950-an (1957?) (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.