Jadual Kandungan

Hutan Simpan Bukit Tunggul

Dirujuk oleh

Sejarah Awal: Tunggul Si-Jaga

Bukit Tunggul dan Tunggul Si-Jaga
Bukit Tunggu(l), Tunggu(l) Si-Jaga, dan Sungai Buah, di dalam peta negeri Selangor, tahun 1900-an (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").

Bukit Tunggul terletak di antara Jenderam (kini dalam daerah Sepang) dan Bangi (kini dalam daerah Hulu Langat). Ia merupakan mercu tanda kawasan sekitarnya sejak dahulu. Contohnya, terdapat riwayat turun temurun di kalangan orang Asli Besisi, Blandas, dan Temuan, yang menyebut Tunggul Si-Jaga (ditanda di dalam peta 1904 di atas, terletak berdekatan puncak Bukit Tunggul) sebagai salah satu mercu tanda petempatan nenek moyang mereka pada zaman dahulu kala, sebagaimana yang telah diabadikan di dalam rangkap sebuah lagu tradisi yang menceritakan asal-usul mereka:-

Versi Besisi Versi Terjemahan Inggeris
Besisi “Trumba”


Gobang Gubin Buluh Bohal.
Tanah Jati, tanah Endau.
Terjatoh ka-tanah Johor Lama
Tengki-tengkel Jeram Lama

Naning Naneng Batin Baruis.
Batin Banggai punya asal.
Bukit Nuang, Bukit Galah.
Bukit Gentel Batin Mara.
Punya' asal Batin Mara.
Batin Barai kerna Batin Barai.
Batin Suntai kerna Batin Suntai.

Turun chelui Batin Galang.
Tolak ka-laut, jadi rayat laut.
Rayat laut jadi Bajau.

Selayan Batin Batang Niyu,
Selayan Batin Batang Pinang.

Cherteng Perteng Tagun Broga.
Tunggul-si-Jaga' di-Hulu Langat.

Ching, Beranang, Pejam, Gebok.
Langkap Berjuntei, Bangkong Menggoh.
Bangkong, Gadeng, Kechau, Langlang.
Batu Jamun, Batu Lalau.
Pra' Charek, Batu Bergentel.
Merbau Karawang, terjatoh Ayer Tawar.
Lebah Bergoyang, Bertam Tenung.

Ginting Pauh, Lantei Nibong.
Lalu ka-bukit Perentian Rimbun.
Lalu ka-bukit Perentian Tinggi.
Lalu ka-tanjong Batu Berdaun.

Samah muka' Tanah Semujong
Adik Nyai Techap Ponghulu Klambu.
Samah muka Tanah Semujong.
Lep baju jala' juanda'.-
Menjadi Jebah Rombau.
Lep baju blah chakap sisi'.

Besisi Song of Tribal Origin.


From Gobang Gubin, from Buluh Bohal,
From the land of Jati, to the land of Endau,
We came to the land of Johor the ancient,
To Tengki-tengkel and olden Jeram.

At Naning-naneng dwelt Batin (chieftain) Baruis,
And Batin (chieftain) Banggai his origin was.
at Bukit (the hill of) Nuang, At Bukit Galah (Boatpole Hill)
and Bukit Gentel (the Hill of the Elephant) dwelt Batin (chieftain) Mara
Its origin was [because of] Batin Mara,
And Batin Barai [because of] Batin Barai,
And Batin Suntai [because of] Batin Suntai.

Then Batin (chieftain) Galang came down from inland,
And pushed to the sea, and made the Sea-Folk,
And the Sea-Folk grew into the Pirates.

The Coconut-palm [Batin] chief dwelt at Selayan,
The Betel/Areca-palm [Batin] chief dwelt at Selayan,

With Cherteng, Perteng/Perting, Tagun, Brego/Bergul,
And the 'Watcher's-Stump' / 'Stump-of-the-Watcher' on the Upper Langat,

With Ching, Beranang, Pejam, Gebok,
The Langkap-palm overhanging, and Bangkong Menggoh,
The Bangkong Gadeng (Ivory), Kechau, and Lang-lang.
The Rock of Jamun, and the Rock of Lalau
Pra' Charek, and Batu (Rock) Bergentel,
From the Merbau Karawang (Lace-bark), we reached / till you come to the Ayer Tawar (Lake-side),
The Swaying Bees'-nest, the Brooding/solitary Bertam-palm,

The Wild-Mango-tree Pass, and the Nibong Palm-wood Flooring,
And passed to the hills of the Halting-place Umbrageous,
And passed to the hills of the Halting-place lofty/Precipitous,
And passed to the Cape/Headland of the Leaf-clad Boulder.

Who made/opened up the land of Semujong (Sungai Ujong)?
Little-Sister Nyai Techap and the chieftain Gaffer Klambu (Mosquito-curtain) / To' Klambu
Together made/opened up the land of Semujong (Sungai Ujong).
They who donned the round/casting-net shaped coat, became retainers/Men-of-the-Bodyguard,
And mixed with/became strangers/foreigners, Malays of Rembau :
They who donned the split/divided coat, speak Besisi.

Sumber versi Temuan: (Walter William Skeat, 1906: |"Pagan races of the Malay Peninsula", Vol. 1, m.s. 686-688). Digabungkan dengan versi Travellog Anak Jahut, 24 September 2019: |"Sejarah suku temuan negeri 9").

Sumber terjemahan Inggeris: (Walter William Skeat, 1906: |"Pagan races of the Malay Peninsula", Vol. 1, m.s. 686-688, digabungkan dengan |Vol. 2, m.s. 164-167).

Ulasan lagu:-

Nama Tunggul Si-Jaga turut disebut sebagai sempadan negeri Jelebu ketika ianya mula dibuka, di antara tahun 1600 dan 1757:-

Sungai Buah

Sungai Buah, cabang Sungai Semenyih yang mengalir di sebelah timur Bukit Tunggul, ada disebut di dalam riwayat asal-usul Orang Asli Besisi yang lain:-

“Btsisi' recite a migration cerita which includes how Blandas and Btsisi' separated into two distinct communities. The story goes: From Batu Pahat the people moved northward up the coast to the Muar River. They followed the river upstream entering some small tributaries until they reached Kasak River, on the Melaka/Negri Sembilan border. There they reluctantly divided into two groups. One group went upstream and the second group went back downstream, towards the shore. The former became Hma' Darat and the latter Hma' Laut. Blandas made swiddens along the mountain and in the swamps of Johor near Tasek Bera. Those that went to the sea dispersed, scattering to plant their swiddens. They ended up in Melaka, where they stayed to plant their swiddens in the swamps. After a few years, they moved to Tanjong Tuan, Melaka, then to Bagan Pinang, and later they started to move north up the coast until they reached the Sapak (Sepang) River. They then went up upstream to Kampuk Jalutok. The people then moved off the Sapak (Sepang) River and their descendants built a village at the crossroads of the Busut, Dangkil (Dengkil) and Buah River (Sungai Buah). The group then divided with some heading upstream while others went downstream to the coast where they entered Dugindak Sapak Kcil (Sepang Kecil) and went upstream to clear their swiddens. There they found evidence of a coconut estate, Tlok Mrbaw. The people then established the village of Bukit Bangkok under the leadership of Batin Toda'.” (Barbara S. Nowak, and Singan Knәn Muntil, 2004: |"Btsisi’, Blandas, and Malays: Ethnicity and Identity in the Malay Peninsula Based on Btsisi’ Folklore and Ethnohistory."; Asian Folklore Studies, vol. 63, no. 2, 2004, m.s. 311-312 (PDF)).

Sekitar 1900-an: Batin Semata

“Pada tahun 1874 masihi. Salah seorang daripada anak Dato` Kelambu dari Sungai Kelambu Kuala Langat bernama Dato` Kentong dan pengikut-pengikutnya telah datang ke bahagian Hilir Sungai Pajam membuka hutan untuk menjadikan kampung. Kampung ini dinamakan Kampung Kuala Pajam kerana pertemuan antara Sungai Pajam dengan Sungai Beranang. Peringkat Kedua pembukaan Kampung Kuala Pajam ini dilakukan oleh orang-orang melayu dari Berisu Melaka dan dari Linggi Negeri Sembilan, orang-orang Minangkabau dari Bangai atau Bangi serta orang-orang Jawa bekas pekerja jalan keretapi Kuala Lumpur ke Seremban yang diketuai oleh Raden Dinengrat Joyo Kosumo Nogoro atau dikenali sebangai Hj. Husin dating membuka hutan untuk dijadikan tempat kediaman hingga Bukit Kota. Pembukaan Kampung Kuala Pajam ini sungguh istimew kerana sekumpulan orang-orang asli yang diketuai oleh Batin Semata turut membuka hutan untuk dijadikan kampong yang diberikan nama Kampung Sungai Semata. Malangnya kumpulan asli ini tidak dapat menyesuaikan diri hidup berkampung lalu berpindah ke Hutan Bukit Tunggul setersnya berpindah pula ke Hutan Sungai Buah.” (Hj. Abd. Latif bin Hj. Abd Wahab (Generasi Ketiga Peneroka), 1957, diambil daripada Abd. Wahab bin Pajar (tarikh lahir TM1880 - Generasi kedua peneroka) @ Medan Infodesa Kg. Kuala Pajam, 25 JUN 2009: |"Sejarah Pembukaan Kawasan").

1878-02-10: Sempadan Selangor-Sungei Ujong

Di dalam suatu perjanjian yang ditandatangani pada 10 Februari 1878, Rekoh telah diserahkan kepada Sultan Abdul Samad, lalu dengan rasminya menjadi sebahagian daripada negeri Selangor:-

“Pada hari ini dalam tahun 1878, satu perjanjian mengenai sempadan negeri Selangor dan Sungai Ujung dibuat di antara Sultan Abdul Samad, Yang di-Pertuan Negeri Selangor dengan Dato' Kelana Sungai Ujung, Tengku Saiyid Abdul Rahman. Perjanjian itu antara lain menyatakan bahawa:-

Pertama: Dengan nasihat Kapten Bloomfield Douglas (Residen British di Selangor) Sultan Abdul Samad, bagi pihak dirinya, dan puteranya Raja Musa atau sesiapa juga penggantinya yang akan ditabalkan sebagai Sultan dan waris-warisnya, mulai saat itu mengaku bahawa kawasan Lukut yang pada masa itu diperintah oleh Raja Bot dan semua kawasan tanah dalam Sungai Raya yang sekarang diperintah oleh Raja Daud, yang kesemuanya itu adalah di bawah kekuasaan Sultan Abdul Samad.

Kedua: Dengan nasihat Kapten Murray (Residen British di Sungai Ujung), Tengku Saiyid Abdul Rahman bagi pihak dirinya, pengganti-penggantinya dan waris-warisnya atau sesiapa juga yang memerintah Sungai Ujung dan bergelar Dato' Kelana, mengaku bahawa mulai dari saat itu kawasan yang terletak di Seberang Tebing Sungai Langat bernama Rekoh dan semua tanah bernama Labu adalah diserahkan kepada Sultan Abdul Samad Selangor, pengganti-penggantinya dan waris-warisnya untuk selama-lamanya.

Bagaimanapun, perjanjian itu telah dibantah oleh Raja Bot yang memerintah Lukut kerana beliau tidak diajak berunding mahupun diminta pendapatnya dalam rundingan mengenai perjanjian itu. Raja Bot membantah keras mengenai keputusan memasukkan Lukut dalam perintah Sungai Ujung kerana daerah itu adalah kepunyaan ayahandanya, Raja Jumaat, yang telah diberikan oleh Almarhum Sultan Muhammad pada tahun 1846.”

(Sumber: Hari Ini Dalam Sejarah @ Arkib Negara Malaysia, Ahad 10/02/1878: |"PERJANJIAN SEMPADAN SELANGOR - SUNGAI UJUNG").

Track From Seramban (Seremban) To Labu ValleyPlan Of Boundary Between Selangore And Sungei Ujong
Kiri: Peta Selangor-Sungai Ujong tahun 1877, bersama cadangan awal persempadanan baru: “Map shows track from Seramban (Seremban) to Labu Valley surveyed by B. Douglas, HBM's Resident, Selangor” ( Survey Department, Singapore, 15/10/1877: |"Track From Seramban (Seremban) To Labu Valley").
Kanan: Peta cadangan sempadan Selangor-Sungei Ujong (1877), bersama perincian cadangan. Antaranya, Bukit Tunggul menjadi salah satu mercu tanda serta bucu sempadan tersebut: “Plan Of Boundary Between Selangore And Sungei Ujong, 1877: Plan shows boundary between Selangore (Selangor) and Sungei Ujong at Selangor, Malaya, and a few references, like hills. Extract from Mr Cameron's exploration map of Selangor. … From a small creek named S. Nipha between East Sepang and Lukut the line takes a N.N.W. direction for 12 1/2 Miles, avoiding the heads of the Sepang Rivers to a hill on the S.W. side of Labu Valley. Thence to Bukit Tunggu (Tunggah to the W.N.W. of the ? ? . From Bukit Tunggu to Ginting Rimphung N.73' E.6 ? … Pengalu Bala says that there are two hills in succession to South East of Tanggong - Named respectively Kobang and Siamang in a direct line with Lukut, either of the two latter might be the hill indicated in boundary definition of 1877, as bearing N.N.W. from Qualla Nipah - They are both South of the Labu.” (Survey Department, Singapore, 1877: |"Plan Of Boundary Between Selangore And Sungei Ujong").

Map of the States of Sungei Ujong and Jelebu, 1894Bukit Tunggul
Kiri: Peta sempadan Selangor-Sungei Ujong, 1894 (16 tahun selepas perjanjian 1878). Bukit Tunggul telah menjadi mercu tanda serta bucu sempadan secara muktamad, dan kekal sehingga kini: “Map covers districts of Sungei Ujong and Jelebu in Negri Sembilan, Malaya showing towns, names of places, villages, roads, railways, tracks, rivers, rubber plantations, hills, Seremban, Port Dickson, and others” (Survey Department, Singapore, 1894: |"Map of the States of Sungei Ujong and Jelebu, 1894").
Kanan: Peta sempadan Selangor-Negeri Sembilan, kini (Mapcarta).

LATAR PERISTIWA: Sempadan Selangor-Negeri Sembilan (1863-1880).

LATAR PERISTIWA: Rekoh.

1891-05-28: Penerokaan Jalan

Atas arahan H.F. Bellamy, Superintendent Public Works Department negeri Selangor, suatu ekspedisi dijalankan oleh Mr. Van Royen, Acting District Superintendent Public Works Department bagi daerah Ulu Langat, bagi meneroka denai yang melewati antara Bukit Tunggul dan Tunggul Si-Jaga, untuk tujuan tersebut: “On the top of B. Tunggoh is a cairn of stones which marks the angle between the boundary line from Berhentian Kepong to Bt. Tunggoh and from there to Ulu Seppang. It is difficult to say from the Map which is Tunggoh and which is Tunggoh S'jaga but I have no doubt some one at Reko can tell you. Reko is the nearest point on the main road and a start had better be made from there following down either side of the river found most suitable and going in between the Tunggohs or better if it avoids the rivers and consequent large bridges below Bt. Tunggoh S'jaga and cross the river below Kualas Semonnieh, Beranang and Jinderam. At Seppang you will find a very large Chinese population and a large pepper plantation area?: It would be advisable to go as near Labu without crossing the Boundary as you can. The Labu is an “Anak” of the Langat River and not of the Seppang River. I am inclined to believe that you will find there is already a jungle track from Seppang to Reko. The boundary can I think be easily recognized as large mounds of earth indicate every 10 chanis? from one or other of the 2? angles. … H.F. Bellamy”

Berikut adalah sebahagian daripada catatan Mr. Van Royen, bersama ulasan H.F. Bellamy selepasnya:-

1891-06-03: Pulang ke Rekoh

(Sumber: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 09/06/1891: |"FORWARDS REPORT OF THE AG: DISTRICT SUPT: OF THE ULU LANGAT DISTRICT ON HIS EXPLORATION OF A ROUTE FROM REKO TO SEPPANG").

LATAR PERISTIWA: Jalan Reko-Sepang.

LATAR PERISTIWA: Perihal H.F. Bellamy.

1910: Kronologi Pewartaan Hutan Simpan

(Sumber: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 01/03/1910: |"PROPOSED FOREST RESERVE AT BUKIT TUNGGU: THE CONSERVATOR OF FORESTS, FEDERATED MALAY STATES & STRAITS SETTLEMENT SENT TO THE SELANGOR RESIDENT SECRETARY THE PROPOSAL TO RESERVE FOREST AT BUKIT TUNGGU WHICH COVERED THE AREA OF MERBAU, MERANTI AND PETALING FOR THE PUBLICATION IN THE FEDERAL GAZETTE UNDER SECTION 12 OF THE FOREST ENACTMENT.").

Peta Hutan Simpan Bukit Tunggul 1913-1916

Peta sekitar Hutan Simpan Bukit Tunggul (sebelah Selangor), 1913Peta sekitar Hutan Simpan Bukit Tunggul (sebelah Negeri Sembilan), 1916
Peta sekitar Hutan Simpan Bukit Tunggul:-
Kiri: Bahagian Selangor, 1913 (Berdasarkan peta Survey Department, Singapore, 1913: |"Selangor, Federated Malay States 1913").
Kanan: Bahagian Negeri Sembilan, 1916 (Berdasarkan peta Survey Department, Singapore, 1916: |"Negri Sembilan, Federated Malay States (F.M.S.) 1916").

Peta Hutan Simpan Bukit Tunggul 1918

Peta sekitar Hutan Simpan Bukit Tunggul (sebelah Selangor), 1918
Peta sekitar Hutan Simpan Bukit Tunggul (sebelah Selangor), 1918 (Berdasarkan peta Survey Department, Singapore, 1918: |"Selangor, Federated Malay States 1918").

1926-04-16: Tapak Kuarters Pengawas Hutan

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 16/04/1926: |"SITE FOR QUARTERS FOR TWO FOREST GUARDS AT BUKIT TUNGGUL".

1926-08-12: Permit Perlombongan Mr. Symons

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 12/08/1926: |"SANCTION TO ISSUE A PERMIT TO MR. SYMONS TO PROSPECT FOR TIN, IN THE SWAMP IN NORTHERN PART OF THE BUKIT TUNGGUL FOREST RESERVE".

Peta Hutan Simpan Bukit Tunggul 1927

Hutan Simpan Bukit Tunggul, 1927
Peta sekitar Hutan Simpan Bukit Tunggul (sebelah timur), 1927 (Berdasarkan peta Survey Department, Singapore, 1927 @ National Archives of Singapore: |"Parts of Seremban and Jelebu Districts with portions of Ulu Langat and Kuala Langat Districts (Selangor), Kajang, Negri Sembilan").

1927-12-24: Permohonan Perlombongan Sime Darby

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 24/12/1927: |"APPLICATION BY SIME DARBYAND COMPANY LIMITED, FOR A PROSPECTING LICENCE OVER 400 ACRES OF LAND IN THE BUKIT TUNGGU FOREST RESERVE OF KAJANG".

Peta Hutan Simpan Bukit Tunggul 1929

Peta Hutan Simpan Bukit Tunggul, 1929
Peta Hutan Simpan Bukit Tunggul, 1929 (Berdasarkan peta Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").

1933-03-28: Permit Penanaman Padi

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 28/03/1933: |"SANCTION FOR THE ISSUE OF A PERMIT FOR THE SWAMPY LAND IN THE NORTH-EASTERN CORNER OF BUKIT TUNGGUL FOREST RESERVE FOR PADI CULTIVATION".

1947-07-29: Permit Tanaman Makanan

JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR, 29/07/1947: |"PERMIT TO CULTIVATE FOODSTUFFS IN PART OF COMPARTMENTS 11 AND 18 BUKIT TUNGGUL FOREST RESERVE (125 ACRES) TEH CHOO TOH AND LEE WEE THENG".

1947-11-02: Stesen Trigonometri Didirikan

The beirut aka trig. You can spot it from Bukit Beirut but technically it’s located atop Bukit Tunggul.nama dan tarikh yang dicatatkan 2 November 1947
Kiri: Stesen Trigonometri di puncak Bukit Tunggul: “The beirut aka trig. You can spot it from Bukit Beirut but technically it’s located atop Bukit Tunggul.” (Muna Noor @ POKOK KELAPA, NOVEMBER 12, 2021: |"BUKIT TUNGGUL HIKE").
Tengah: Bahagian luar stesen trigonometri, dari jarak dekat (Muna Noor @ POKOK KELAPA, NOVEMBER 12, 2021: |"BUKIT TUNGGUL HIKE").
Kanan: Bahagian dalam stesen trigonometri, di mana catatan ketika pembinaan dapat ditemui: “Apabila beirut tiada orang untuk bergambar, akupun cuba masuk ke dalamnya. Kebiasaanku mencari tarikh beirut ini dibuat oleh Juruukur pada zaman dahulu. Pastinya tulisan hitam itu tidak hilang dilapuk zaman. Sah jumpa nama dan tarikh yang dicatatkan 2 November 1947. Nasib baiklah pendaki yang suka mencatatkan sesuatu dipermukaan besi beirut ini tidak mencontengnya. Jikalau tidak, pasti tarikh ini tidak dapat dikesan.” (Norzaiham Nazley @ zaiham 9W2DYA / 113MB290, October 24, 2021: |"Bukit Tunggul, Jenderam").

Peta Hutan Simpan Bukit Tunggul 1948-1950

Peta sekitar Hutan Simpan Bukit Tunggul (sebelah Selangor), 1950Peta sekitar Hutan Simpan Bukit Tunggul (sebelah Negeri Sembilan), 1948
Peta sekitar Hutan Simpan Bukit Tunggul:-
Kiri: Bahagian Selangor, 1950 (Berdasarkan peta Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720").
Kanan: Bahagian Negeri Sembilan, 1948 (Berdasarkan peta Survey Department, Malaya, 1948 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Negri Sembilan 1948, Land Use, West Sheet, 1948, 1:126 720").

Peta Hutan Simpan Bukit Tunggul 1961

Peta sekitar Hutan Simpan Bukit Tunggul (sebelah Negeri Sembilan), 1961
Peta sekitar Hutan Simpan Bukit Tunggul, bahagian Negeri Sembilan, 1961 (Berdasarkan peta Survey Department, Malaya, 1961 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Negri Sembilan 1961, 1962, 1:126 720").

Peta Hutan Simpan Bukit Tunggul 1963

Peta Topografi Hutan Simpan Bukit Tunggul, 1963
Peta Topografi Hutan Simpan Bukit Tunggul, 1963 (Berdasarkan peta Director of National Mapping, Malaysia, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Negri Sembilan, Selangor, Sepang, Series: L7010, Sheet 102, 1963, 1:63 360").

Peta Hutan Simpan Bukit Tunggul 1970

Peta Guna Tanah Sekitar Hutan Simpan Bukit Tunggul (sebelah Negeri Sembilan), 1970
Peta Guna Tanah Sekitar Hutan Simpan Bukit Tunggul (bahagian Negeri Sembilan), 1970 (Berdasarkan peta Division of Agriculture, Kuala Lumpur, Malaysia, 1970 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Negeri Sembilan, 1970, 1:126 720").

1971-06-09: Rancangan Tanah Pinggir

JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS NEGERI SEMBILAN/MELAKA, 09/06/1971: |"RANCHANGAN TANAH PINGGIR BAGI TAHUN 1971 DI - BUKIT TUNGGUL, MUKIM SETUL SA-LUAS 1,704 EKAR DI - BAWAH RANCHANGAN MALAYSIA KEDUA DAN DI - KELOLAKAN OLEH LEMBAGA PEMULEHAN UNTOK PERTANIAN".

CATATAN: Kemungkinan antara kawasan pertanian ini kini ialah Mini Estet Bukit Tunggul:-

Mini Estet Bukit Tunggul
Name: Pertubuhan Peladang Kawasan Seremban
Address: Mini Estet Bukit Tunggul, Lot 8213, Mukim Setul, 71900 Seremban, Negeri Sembilan
Area (Ha): 65.96 Ha
GPS Location: 2.857177, 101.781041”

(Sumber: ECCO Certified Sdn Bhd (1291908-K), 21st September 2020: |"MSPO STAKEHOLDER NOTIFICATION: 42. Pertubuhan Peladang Kawasan Negeri Sembilan").

1974: Perpindahan Warga Hutan Simpan Bangi

Hutan Simpan Bangi telah didiami oleh masyarakat Orang Asli Temuan, sejak akhir tahun 1950-an: “Pada akhir tahun 1950-an empat keluarga orang Temuan dari kampung orang Asli Bukit Dugang, Sepang telah membuka sebahagian kecil daripada kawasan hutan simpan Bangi yang sekarang menjadi tapak Universiti Kebagsaan Malaysia. Turut sama dalam pembukaan itu ialah Batin Yut anak Jenang Pilis yang sebelumnya menjadi ketua orang Asli di Bukit Dugang- Dialah yang mengetuai pembukaan kawasan hutan itu. …pada awal tahun 1970-an perkampungan Orang Temuan di Bangi yang bermula dengan empat keluarga itu telah berkembang menjadi 22 keluarga dan penduduknya kecil besar ada kira-kira 100 orang. Orang Asli yang berkenaan ada rumah, ada kerja, ada kebun getah dan pokok buah-buahan dan hidup pun agak senang. Mereka ingin terus menetap di tempat itu. Akan tetapi, nasib nampaknya tidak terus menyebelahi mereka. ” (Dr Mohamed Salleh Lamry, 2005: |"Mangsa Pembangunan: Orang Temuan di Sungai Buah dan Bukit Tunggul, Sepang, Selangor").

Ketika pembinaan pesat UKM sepanjang tahun 1974 ini, masyarakat Temuan di sini telah dipindahkan oleh pihak kerajaan ke kawasan hutan di Sungai Buah dan Hutan Simpan Bukit Tunggul, berhampiran pekan Bangi (Lama). Namun pada tahun 1993, kawasan tersebut telah diambilalih pula oleh sebuah syarikat swasta untuk pembinaan padang golf. Nama kawasan tersebut juga telah diubah kepada Bukit Unggul Golf Country Resort (BUGCR).

Bukit Dugang - Bangi Forest Reserve (Mapcarta)
Perpindahan masyarakat Temuan, dari Hutan Simpan Bangi di sebelah timur, ke Kampung Orang Asli Sungai Buah dan Hutan Simpan Bukit Tunggul di selatan (kini Bukit Unggul Golf & Country Club). (Sumber peta: Mapcarta). Di sebelah barat adalah petempatan asal mereka di Bukit Dugang (Sumber peta: Mapcarta).

Pada tahun 1970, wujud kampung orang asli di Sungai Buah. Hal ini demikian kerana, penempatan orang asli ini pada asalnya terletak di UKM, namun apabila ditubuhkan Fakulti Undang-Undang di UKM, penempatan mereka terpaksa dipindahkan ke kampung Sungai Buah.” (KAMPUNG SUNGAI BUAH: 25 Oktober 2015: |"SEJARAH KAMPUNG SUNGAI BUAH").

“Menurut Juli pengerusi MPKK Kampung Sungai Buah, kampung asal mereka terletak di tapak pembinaan UKM yang ketika itu dikenali sebagai kampung Batu 20. Ketika itu kampung tersebut dihuni lebih kurang 200 orang penduduk kampung lebih ramai dari sekarang. … Dari sini kita dapat melihat bagaimana peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dalam memujuk Orang Asli yang ketika itu mendiami hutan simpan kerajaan negeri Selangor untuk berpindah ke kawasan baru yang itu di Sungai Buah. Menurut encik Juli, pada ketika kejadian tersebut beliau masih lagi kecil namun masih ingat dalam ingatan apa yang terjadi. Megikut cerita Tok Batin pada ketika itu, mereka telah diberi imbuhan atas sebab kehilangan kampung dan tanah. Namun jumlah imbuhan tersebut tidak setimpal apa yang diperolehi berdasarkan cerita Tok Batin. Malah perpindahan ini juga dikatakan agak tergesa-gesa tanpa diberi apa-apa kemudahan seperti rumah. Orang Asli ketika itu terpaksa berpindah segera pada waktu malam dengan mengakut segala keperluan dan barangan mereka seperti pinggan mangkuk, haiwan ternakan dan lain-lain. Perpindahan mereka turut dibantu oleh JHEOA yang menyediakan lori untuk berpindah namun tempat yang dipindahkan itu tiada kemudahan yang sewajarnya seperti rumah dan kemudahan asas seperti elektrik dan air. Mereka dipindahkan dikawasan hutan simpan yang diberi nama Bukit Tunggul dan setelah selesai permindahan mereka terus membina penempatan sementara kerana untuk berteduh setalah malam hari ketika perpindahan berlaku. Namun ada sebahagian Orang Asli telah tinggal ke tempat asal mereka seperti di Hulu Langat dan daerah-daerah lain membawa haluan masing-masing bagi sesiapa yang tidak mahu mengikut berpindah ke Bukit Tunggul. Masyarakat Orang Asli Sungai Buah telah menerima pelbagai dugaan sepanjang mereka berpindah keluar dari tanah asal mereka di Kampung Batu 20 (sekarang UKM). Perpindahan mereka seolah-olah pelarian di mana hak dan tempat tinggal tidak disediakan sebelum perpindahan malah pampasan atau sagu hati yang diberikan tidak mengikut nilai tanah atau undang-undang yang betul pada ketika itu kerana Tok Batin ketika itu tidak tahu hak-hak mereka. dengan baik. Walaupun kerajaan memberi mereka tempat tinggal di Bukit Tunggul, namun perlu diketahui mereka perlu berteduh ketika waktu malam pada malam perpindahan dengan apa yang ada dan membuat rumah asal siap sekurang-kurangnya untuk berteduh satu malam sebelum menjelang hari siang(Temu Bual, 2019). Malah kejadian yang sama berulang pada tahun 1990-an di mana pembinaan Kelab Gol Bukit Unggul telah menjejaskan bekalan air dan elektrik pada mereka.” (Nor Adli Firdaus, Al-Amril Othman, 2020 @ Jurnal Wacana Sarjana, 4 (5). pp. 1-13. ISSN 2600-9501: |"Menyingkap selingkar kisah korban pembangunan: dari Batu 20 ke Bukit Unggul.").

“Tanah yang diperuntukkan kepada UKM sebanyak 2,300 ekar tidak seluruhnya hutan asal yang tidak diteroka. Terdapat kumpulan Orang Asli yang tinggal di bahagian utama Kampus UKM, manakala terdapat pula orang-orang Melayu yang tinggal di tepian jalan dari bahagian berdekatan dengan Hentian Keretapi Sungai Tangkas (kini UKM) memanjang tepi jalan hingga selekoh ke Jalan Dengkel yang dari Sungai Tangkas hingga ke sini (kiri) termasuk di bawah kawasan Kampus UKM. Melalui rundingan dan pampasan Orang Asli bersetuju berpindah ke kaki Bukit Tunggul (kini Bukit Unggul), manakala bagi orang-orang Melayu diberi pampasan dan lot tanah di Sungai Tangkas. Sebahagian daripada mereka diganti dengan tanah dan pampasan di Kg. Baharu, Pekan Bangi.”

(Petikan artikel dan gambar: Dr Shafie Abu Bakar, May 31, 2014: |"Fenomena Bangi-UKM").

Menurut Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Emeritus Dato’ Dr Hood Salleh: “… pembangunan dan perkembangan infrastruktur UKM pada tahun-tahun 1970an yang membawa perubahan kepada kaum Asal di sekitar Bangi pada tahun 1974 apabila kawasan kediaman mereka diambil alih untuk bangunan-bangunan baru UKM. Kerajaan juga telah menggubal satu Akta pada tahun 1974 yang mensyaratkan pemindahan mandatori orang asal di kawasan Hulu Langat untuk membangunkan UKM. Orang Asli di situ mendakwa mereka tidak diberi pertimbangan ketika diarah berpindah ke tempat lain. Walaupun diberi pampasan dan perumahan baru, mereka berasa kecil hati kerana kawasan hutan rimba kediaman asal mereka mempunyai hubungan rapat dengan kehidupan harian mereka.” (Saiful Bahri Kamaruddin @ Universiti Kebangsaan Malaysia, 18 OKTOBER 2012: |"Kaum Asli Perlu Dibawa Berunding Sebelum Sesuatu Projek Melibatkan Kehidupan Mereka Dilaksanakan").

LATAR PERISTIWA: Hutan Simpan Bangi.

1993-09-28: Padang Golf Bukit Unggul

“Carved into a 65-hectare valley, the par 71 5,858 metre long 18 hole course is a natural wonder created by renowned American Architect, Ronald Fream. Bukit Unggul Country Club was incorporated in Malaysia on 26 February 1987 as a registered company known as BERKAT MAKMUR SDN. BHD. On July 20, 1991, the Company's name was changed to the BUKIT TUNGGUL HOLDINGS SDN. BHD which is then converted to the BUKIT TUNGGUL COUNTRY SDN. BHD. on 23 August 1993 in accordance with the activities carried out by the Company. The company has changed as a public company on 28 September 1993 and known as the BUKIT TUNGGUL COUNTRY CLUB BERHAD before known to exist now, BUKIT UNGGUL COUNTRY CLUB BERHAD (BUCC). As a subsidiary of Karambunai Corp Berhad, BUCC involved in providing facilities to play golf, restaurant services, providing a place for seminars and courses and recreational activities appropriate. Located just 40 minutes from the Kuala Lumpur city center, Bukit Unggul is strategically located in the heart of the country’s Multi-Media Super Corridor of Putrajaya and Putrajaya. Access to this popular valley-style course is made simple by the KL-Seremban Highway, and the Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya.” (Jobstreet: |"BUKIT UNGGUL COUNTRY CLUB BERHAD").


“Steeped in Orang Asli land issue controversy, the (3) Bukit Unggul Golf and Country Resort is a par-71, 5,858 metre long 18-hole hilly golf course. It was designed by American Ronald Fream and was established in 1994.” (Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, May 22, 2021: |"A Very Rough Guide to Dengkil").

“Pada 1974 tanah yang mereka duduki di kawasan Bangi diambil oleh kerajaan untuk pembinaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas itu, mereka berpindah ke kawasan hutan Sungai Buah dan Bukit Tunggul, kira-kira 10 km dari situ. Bagaimanapun, pada awal 1993 kawasan Bukit Tunggul diambil alih pula oleh sebuah syarikat swasta untuk pembinaan padang golf. Walaupun pihak syarikat ada menyediakan rumah, tetapi pihak kerajaan tidak memberi tanah gantian. Rumah yang disediakan itu juga tidak sempurna. Akibatnya sebahagian orang Temuan di Bukit Tunggul telah berpindah ke tempat lain, dan sebahagian lagi bertahan di kawasan belukar di lereng bukit tersebut. Sementara itu, orang-orang yang masih tinggal di Sungai Buah sentiasa merasa tidak selamat, kerana tanah yang mereka duduki masih belum diberi hak milik.” (Dr Mohamed Salleh Lamry, 2005: |"Mangsa Pembangunan: Orang Temuan di Sungai Buah dan Bukit Tunggul, Sepang, Selangor").

“8.120 There was also apparent injustice towards the Orang Asli who used to live and forage in a large area but were moved out – some without any regard for their conditions – to make way for the rapid commercial development. The case of the Temuan from Bukit Tunggul, Dengkil (A270) who were asked to moved twice – first when the area was given to the Universiti Kebangsaan Malaysia (500 acres) and then to Bukit Unggul Resort (1378 acres). With only 20 acres of un-gazetted area for their settlement remaining, the community fear that their traditional community may soon disappear.
….
8.128 In case A270 (Bukit Tunggul, Selangor), while compensation was paid, this was inadequate to ensure that the Temuans concerned could build a new life or maintain their traditional ways of life. The witness from Universiti Kebangsaan Malaysia (W14) said of the miserable relocation exercise in the 1970s: “UKM paid the compensation amounting RM810,985.25 to those who lived on the land and requested them to move.” W13, a representative of Bukit Unggul Resort, said that RM2 million was set aside to mainly build houses (within the 20-acre plot) but complained that Orang Asli are still entering the forest areas now belonging to the Resort.”
(SUHAKAM, April 2013: |"Malaysia: Report of the National Inquiry into the Land Rights of Indigenous Peoples", m.s.162-163).

“Kerajaan Negeri sedang meneliti lokasi penempatan baharu buat Orang Asal Bukit Tunggal berikutan lokasi kediaman mereka kini dimiliki Bukit Unggul Golf Country Resort (BUGCR). Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perkara itu dilakukan demi kebajikan penduduk dan memberi ruang kepada mereka untuk melihat dahulu tapak dicadangkan nanti. “Kita sudah arahkan Pegawai Daerah Sepang untuk meneliti lokasi sesuai dan akan teruskan perbincangan dari masa ke masa,” katanya kepada media ketika ditemui selesai Majlis Graduasi SITEC Online 100 di Pusat Kreatif Digital Selangor (SDCC) di sini, semalam. Berbeza dengan pentadbiran lama, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri hari ini tidak menghalau penduduk yang masih mendiami kawasan itu. “Kita tidak halau dan menghormati hak mereka kerana kita bukannya Robin Hood yang cuma tahu rampas hak orang,” katanya. Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mendedahkan keseluruhan tanah Kampung Orang Asli Bukit Tunggul adalah milik BUGCR. Tanah itu diberi hak milik kepada BUGCR pada 1993 dengan pampasan berjumlah RM2 juta kepada penduduk kampung berkenaan. Bagaimanapun, sebahagian penduduk enggan berpindah atas alasan mereka bakal kehilangan sumber pendapatan. Terdahulu, media mendedahkan Kampung Orang Asli Bukit Tunggul Blok A, B dan C tidak mendapat bekalan elektrik dan air bersih walaupun kedudukannya tidak sampai lima kilometer dari Putrajaya.” (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 2016-03-17: |"SELANGOR CARI PENEMPATAN BAHARU ORANG ASAL BUKIT TUNGGAL").

“Mantan Prof Madya dan Sarjana Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohamed Salleh Lamry, berkata kes tanah Orang Asal Bukit Tunggul di Dengkil, Sepang yang dijual oleh kerajaan negeri kepada swasta pada tahun 1993 adalah kes klasik mengenai dilema Orang Asal di negara ini. Katanya, perkara itu menimbulkan masalah yang berlarutan termasuk dinafikan kemudahan asas seperti elektrik dan air bersih. “Mengikut dapatan, kes sama juga berlaku di Sabah, namun saya tidak ada rekod mengenai Orang Asal di Sarawak, tapi saya yakin kes sama juga berlaku. “Jika mereka ini ada geran tanah, mungkin hal yang berlaku di Bukit Tunggul itu boleh dielakkan, selain tanah mereka takkan diambil sesuka hati,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT, di sini, semalam.” (Faridz Ridzwan @ Free Malaysia Today, March 30, 2016: |"Kerajaan negeri perlu beri geran tanah kepada Orang Asal").


“In 1993, the Selangor state government sold a piece of land at Bukit Tunggul for the development of a golf resort. Thirty-four families of the Temuan Orang Asli group were told to vacate their land. This was the second time they were asked to move. Originally, the Temuan were from Bangi and in 1974, the Government told them to move as the land was marked for the construction of Universiti Kebangsaan Malaysia. They resettled at Kampung Sungai Buah and Bukit Tunggul. The golf resort developer agreed to offer cash and build houses for them at Kampung Kechau Orang Asli Settlement, Semenyih. Many do not want to move there as that belongs to another group of Orang Asli. According to a press report in 2016, these families are still staying put on the land that now belongs to Bukit Unggul Golf and Country Resort Sdn Bhd without electricity and water supply. … The Orang Asli are now staying at Kampung Orang Asli Bukit Tunggul, which is next to the entry road to Bukit Unggul Golf & Country Resort. They have access to water by sharing a water supply pipe but there is still no electricity supply.” (Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, May 22, 2021: |"A Very Rough Guide to Dengkil").

Sumber lain: Zawawi Ibrahim, 2016: |"Anthropologizing Human Insecurities: Narrating the Subjugated Discourse of Indigenes on the Deterritorialized Landscapes of the Malaysian Nation-State", m.s.38).

Hutan Bukit Tunggul Kini


"Hutan Simpan Bukit Tunggul: 1985-2021" (Sumber koleksi gambar satelit: Google Earth / Maps).

Sebahagian daripada kawasan hutan yang tinggal, iaitu di sekitar kawasan menara-menara pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membelah hutan itu, kini menjadi tumpuan aktiviti hiking dan juga sukan bermotor (cub cross). Ia kini lebih popular dikenali sebagai Bukit Berot (mungkin merujuk puncak Bukit Beirut, berhampiran puncak Bukit Tunggul):-

Hutan Rizab Bukit Tunggul
“Bukit Tunggul Forest Reserve, Hutan Rizab Bukit Tunggul: Forest reserve - a forested area set aside for preservation or controlled use” (mindat.org: |"Hutan Rizab Bukit Tunggul, Selangor, Malaysia").


“Seorang pendaki, Mustapa Lakawa berkata, terdapat beberapa laluan untuk sampai ke puncak Bukit Berot yang mempunyai jarak antara lima hingga 12 kilometer naik dan turun. “Ada jalan yang mudah, sederhana dan agak sukar. Ada jalan A, B dan C tetapi A paling mencabar. Semuanya ada cabaran serta keseronokan tersendiri apatah lagi apabila dapat bergambar di bawah pencawang elektrik yang mewujudkan aura luar biasa. “Maklumlah, tidak banyak bukit yang terdapat pencawang elektrik di atasnya, biasanya kita lihat cuma pemandangan dan mungkin ada batu besar untuk bergambar. Kalau nasib baik, kita dapat saksikan awan karpet serta cuaca sejuk seperti di Kundasang, Sabah. “Tetapi di Bukit Berot terdapat pencawang dan juga tugu logam berbentuk segi tiga yang menjadi elemen penambah seri dalam aspek fotografi,” kata Mustapa yang merupakan peminat hiking tegar.”
(Sumber: Khadijah Mohamad Nor @ KITA Reporters, 06 NOV 2021: |"Bukit Berot, tarikan baharu Jenderam Hilir! Tumpuan pengunjung luar setiap hujung minggu").

Bukit Beirut
Kanan: “Bukit Beirut”.
(Sumber: Muna Noor @ POKOK KELAPA, NOVEMBER 12, 2021: |"BUKIT TUNGGUL HIKE").

Bukit Unggul Country Club’s golfing greens at the foot of Bukit Tunggul. Kiri: “Bukit Unggul Country Club’s golfing greens at the foot of Bukit Tunggul.” (Muna Noor @ POKOK KELAPA, NOVEMBER 12, 2021: |"BUKIT TUNGGUL HIKE").
Tengah: “Kelihatan awan yang tebal boleh dilihat dari kawasan pemandangan sebelum puncak. Pemandangan sebelah barat ini merupakan kawasan sebelah Jenderam. Perjalanan ke sini memerlukan pendakian beberapa bukit kecil yang telah dilabelkan Bukit Janda dan Bukit Bujang.” (Norzaiham Nazley @ zaiham 9W2DYA / 113MB290, October 24, 2021: |"Bukit Tunggul, Jenderam").
Kanan: “Pemandangan Jenderam yang semakin hampir menunjukkan altitud ketinggian semakin rendah dan menghampiri ke tempat permulaan semula.” (Norzaiham Nazley @ zaiham 9W2DYA / 113MB290, October 24, 2021: |"Bukit Tunggul, Jenderam").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.