Jadual Kandungan
Bicara Ilmu Bangi @ PTSL: Dari Titik Sejarah ke Kota Ilmu
Nota Pembentangan (Bahagian Syahrul Sazli Shaharir)
Pusingan 2: Tinggalan Sejarah
Bicara Ilmu Sejarah BBB - Bahagian II (Tinggalan Sejarah).pdf
Tinggalan Sejarah yang masih ada di sekitar Bangi
Soalan:
- Adakah masih terdapat tinggalan sejarah atau tapak warisan di sekitar Bangi hari ini?
- Bagaimana usaha pemuliharaan dijalankan?
Gambar hiasan: “Old Town Shoplots” (Azman Nor, 15 Ogos 2020: "Plein air (15 Ogos 2020) sekitar Pekan Bangi Lama".
01. Di manakah Pekan Rekoh?
01a. “REKO P.S.” (Reko Police Station) dalam peta 1904, di sekitar Kampung Sungai Tangkas kini.
Gambar: Kiri: Peta tahun 1904 (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Kanan: Peta kini (Mapcarta).
Lebih besar dan baik keadaannya berbanding balai polis Kajang.
1879-08-30: Lawatan H.C. Syers ke balai-balai polis di seluruh Selangor, termasuk balai polis Rekoh. Keadaannya ketika itu amat baik: bersih dan senjata serta kelengkapannya cukup. Anggotanya 6 orang polis, 1 Lans Koperal, dan diketuai Sarjan Mat Singapore. Ianya lebih baik berbanding balai polis Kajang yang agak uzur dan mungkin tahan 3-4 bulan saja lagi. Anggotanya 4 orang polis, diketuai Koperal Rassol.
Di tengah kampung di atas bukit, asalnya rumah seorang “raja Melayu”.
1883-03-18: Lawatan J.P. Rodger dan H.C. Syers. J.P. Rodger: Kampung Rekoh di atas bukit, balai polis di tengah-tengahnya dalam keadaan baik (asalnya dibeli dari seorang “Raja Melayu”): “Recko is a pretty little village on a hill, the Police Station (a house bought, I believe, from some Malay Rajah) occupying a splendid position in the centre.” Syers: “The station at Reckoo is in first rate repair and requires nothing but a little whitewash to make it tidy. The building will stand for three years without any further repairs.”
Jalan naik bukit bengkang-bengkok.
1884-10-20: Lawatan George Bellamy: Jalan ke balai polis Rekoh menaiki bukit dengan bengkang-bengkok: “Inspecting the road to Reko, which is also in good order with the exception of about 50 feet over the swamp at the foot of Reko Police Station Hill which requires consolidating. The road up to the station is possibly about 1 mi 10?. for a short distance which avoids along detour or a zigzag which would materially increase the length of the road.”
1895: Kejatuhan Rekoh (Kajang dijadikan pusat ekonomi), lalu terbengkalai.
1895: Seiring dengan kemerosotan hasil timah, dan perkembangan perladangan kopi, Rekoh mula terbengkalai: “Pada tahun 1895, … Rekoh, “kampung paling terbiar di Selangor pada masa itu.” (terjemahan Ashraf Khalid & Akmal Khuzairy Abd Rahman @ IBDE, 2022: "Sejarah Selangor 1766–1939 - J.M. Gullick", m.s. 149).
1897: Dijual kepada M. Sidney Parry, Pengurus Belmont Estate.
1897-03-26: Bangunan Balai Polis Rekoh tidak lagi digunakan oleh pihak polis, lalu bakal dijual kepada M. Sidney Parry, pengurus Belmont Estate ketika itu (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 26/03/1897 @ Arkib Negara Malaysia: |"LEASE OF THE REKO POLICE STATION BUILDING TO MR. M.S. PARRY OF BELMONT ESTATE").
01b. Tokong Shen Sze She Yar (Kajang)
Tokong Shen Sze She Yar (tertua di Kajang), dipindahkan dari Rekoh ke lokasinya sekarang di Kajang (Hanna Hussein @ New Straits Times, December 19, 2019: |"#JOM! GO: More than satay"); Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, July 15, 2020: |"History of Kajang"). Mungkinkah kerana atau antara penyumbang petempatan “terbiar”?
- 1870: Dupa dibawa dari Tokong Cheng Koon di Rasah,ke Tokong Shen Sze She Yar di Rekoh (pusat perlombongan).
- 1892: Tokong dipindahkan ke Kajang
- 1898: Tokong dibina semula, siap 1899.
(Sumber: Persatuan Pengurusan Tokong Shen Sze She Yar)
01c. Pelan Kampung Rekoh (baru?) 1898
Geran-geran 1883-1889 terbatal
Suatu tinjauan dan bancian semula di Kampung Reko, untuk tujuan pengeluaran semula geran-geran pemilikan tanah penduduknya ketika itu, yang telah lama tidak terurus. Geran-geran tanah yang pernah dikeluarkan di antara 1883-1889 semuanya telah terbatal, berikutan kematian atau penghijrahan pemegang gerannya.
Berikutan kebakaran besar (Mungkin pemberontakan? – Khairil Hisham)
Menurut laporan tinjauan, suatu kebakaran yang agak besar pernah berlaku beberapa tahun sebelum ini (Mungkin kesan-kesan kekacauan pada tahun 1890? - Khairil sedang gali telaga ini). Antara yang musnah di dalam kebakaran ini ialah rumah Syed Jahya / Yahya (Penghulu Cheras) dan Anjong bin Amat (yang turut memiliki 6 lot tanah di sini).
Antara pemilik: Syed Yahya, Penghulu Cheras,Anjong bin Amat (memiliki 6 unit)
(Sumber: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 20/06/1898: |"REKO VILLAGE SETTLEMENT").
01d. Rekoh?
Kemungkinan kawasan Rekoh, kini? Tekaan: Bulatan merah, berdasarkan pelan Kampung Rekoh, terletak betul-betul di tebing timur Sungai Langat, di lengkok ke kiri (mudik). Bucu atas deretan sebelah kiri hanya 10 meter sahaja dari tebing sungai (berdasarkan lebar rizab jalan 1 chain (~20m), dan ditandakan sebagai kawasan banjir (berdasarkan Google Maps).
1900-an: Kajang mula berkembang pesat sebagai pusat ekonomi serta pentadbiran British bagi kawasan selatan Selangor. Hal ini menyebabkan Rekoh mulai terpinggir dan akhirnya menjadi sebahagian daripada ladang-ladang estet yang dibuka besar-besaran ketika itu, untuk tujuan tanaman kopi dan kemudiannya getah. Pekan dan perkampungan Rekoh beransur lenyap dan semakin dilupakan, sehingga tiada kesannya lagi kini: “Kajang lebih diberi perhatian dan dijadikan pusat pentadbiran daerah. Sekolah Inggeris dan Melayu dibina di Kajang, bukan di Rekoh. Begitu juga hospital dan pejabat-pejabat kerajaan yang lain. Rekoh akhirnya mengalami kemerosotan dan “lenyap”.” (Andin Salleh @ Dr Mohamed Salleh Lamry, July 18, 2013: |"Pekan Rekoh yang sudah lenyap").
02. Sungai Langat
02a. Sejarah Sungai
Tebing Sungai Jugra (kini cabang Sungai Langat), 1874: “View of the Chinese village at Langat on the Jugra river. Straits Settlements, June 1874” (The National Archives UK, June 1874: |"CO 1069-484-126").
Jaringan "jalan raya semulajadi" sejak dahulu.
Antara kesan petempatan awal: Jenderam Hilir, dan sekitarnya (dari 1950-1830SM hingga 700-1200M).
Antara petempatan terawal di sekitar Sungai Langat yang dapat disahkan oleh penemuan artifak sejarah, ialah di Jenderam Hilir: “kawasan perlombongan di Jenderam Hilir ini telah dibuat kajian oleh dua orang pengkaji, iaitu Brian C. Batchelor (1977) dan Leong Sau Heng (1977), hasil dari penggalian bijih timah di sini sejak 1969 yang berlokasi di tepi Sungai Langat di kawasan terbuka mereka menjumpai peralatan pada zaman Neolitik (Sebelum Masihi), iaitu peralatan alat beliong batu yang berbentuk segi bujur, alat batu untuk kerja mengisar dan menumbuk serta batu giling untuk mengasah artifek-artifek batu. Kegiatan membuat tembikar tanah juga dilakukan di Kampung Neolitik Jenderam Hilir. Serpihan tembikar juga banyak kedapatan yang ternyata tanah bagi tembikar-tembikar ini adalah tanah tempatan di Jenderam Hilir. Tapak di sini merupakan tapak pertama didiami oleh orang Neolitik dan pertama ditemui di Selangor. Pihak PADAT juga melalui Ketua Kumpulan Penyelidiknya Puan Intan mengesan (April 2012) lokasi yang dikaji Batchelor dan didapati kawasan kajiannya masih belum terganggu. Berdasarkan ujian radio carbon artifek ditemui yang tertua kira-kira berusia antara 1950 hingga 1830 tahun Sebelum Masihi.
…
Ada 4 tapak lombong bagi 4 Syarikat (sudah tidak bergiat) yang hampir bersambung antara satu sama lain. Kami ditunjukkan oleh Encik Zainuddin Kawasan Rembah Putera lokasi terawal kami sampai, maka dari lombong gali di sini paling banyak diketemui artifek-artifek seperti artifek tembikar Cina yang diketemui sedalam 70 kaki. Kemudian kami bertolak ke kawasan Tiga Sekawan, berikutnya Kawasan Rahman dan terakhir Galian Hamzah yang di sini diketemui Dayung Perahu. Kawasan penemuan artifek-artifek adalah dari kawasan lombong yang keluasan tanahnya dalam lingkungan 50 kilometer persegi yang berkedudukan 6 kilometer dari Dengkel dan 10 kilometer dari Putrajaya. Yang menariknya penemuan di tapak terbuka di sini bukan dari zaman Neolitik sahaja, iaitu dari peralatan batu, tetapi juga mencerminkan penempatan di tepi Sungai Langat di sini dari generasi-generasi berikutnya misalnya penemuan seperti bekas-bekas periuk yang diperbuat daripada tanah antaranya berkaki tiga yang menandakan dari zaman lebih kemudian dari Neolitik dan dari zaman yang lebih kemudian lagi diketemui bahan-bahan seramik yang mempunyai kaitan dengan tradisi pembuatan di beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu dan Selatan dan Barat Thailand. Tembikar sedemikian tidak diketemui di luar dari kawasan tersebut. Lebih menarik kesinambungan dari zaman itu diketemui artifek-artifek seperti kendi, mangkuk seramik, mangkuk gangsa yang menunjukkan ada hubungan dagang masyarakat di Jenderam dengan luar yang menurut Batchelor (1977) mangkuk gangsa dikenal pasti penggunaan antara 700 dan 1200 Selepas Masihi. Jumpaan timah dalam bentuk wang membuktikan masyarakat di Jenderam mempunyai hubungan dagang dengan luar. Jenis wang sedemikian memang diketemui di Lembah Kelang yang digunakan pada awal 1511.
”
(Sumber: Dr Shafie Abu Bakar, February 28, 2013: |"Membongkar Sejarah Purba Selangor - Lokasinya Di Jenderam").
Kediaman orang asli Temuan di sepanjang sungai.
Jalan penerokaan dan pengangkutan orang Melayu / Sumatera sejak dahulu.
1875: Frank Swettenham menjelajahnya dari Kuala Langat ke Rekoh, Kajang, dan Ulu Langat.
Latar peristiwa: Setelah tamatnya Perang Klang di Selangor, Frank Swettenham yang telah banyak memainkan peranan dalam campurtangan British di negeri itu telah dilantik sebagai penasihat Sultan Selangor pada Ogos 1874, kemudiannya Pembantu Residen Selangor pada Disember 1874 (Ernest Chew @ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 57, No. 1 (246) (1984): |"FRANK SWETTENHAM AND YAP AH LOY: THE INCREASE OF BRITISH POLITICAL 'INFLUENCE' IN KUALA LUMPUR, 1871-1885", m.s.70-73).
Pada tahun 1875, Frank Swettenham telah menjelajah sepanjang Sungai Langat, dan merupakan orang besar British yang pertama tiba di Rekoh. Perjalanan beliau dari Bandar Langat (Kuala Langat) ke Rekoh sejauh 57 batu mengambil masa kira-kira 5 hari. Ketika itu Sungai Langat merupakan satu-satunya jalan pengangkutan hasil bijih timah dari kawasan pedalaman. Pada musim kering, perjalanan tersebut mengambil masa 13 hari, akibat aras air sungai yang cetek. Percubaan awal pembuatan jalan dari Rekoh ke Klang telah ditangguhkan, oleh kerana kawasan hutan paya yang luas di antaranya: “Until 1883, when it became a separate administrative district with Kajang as its headquarters, Ulu Langat was merely an inland extension of Kuala Langat. Anderson, for example, in 1824 described the Langat as 'a small river' with about 500 people along its valley, who exported tin and rattan. He did not himself venture so far south in Selangor as this. If he had done so, he would have found that the winding river was navigable to small ships and also tidal to a point some 12 miles upstream from Bandar Langat, with a minimum depth of 12 feet. From that point, the character of the river changed, so that in 1875 it took Swettenham five days to cover a distance of 57 miles from Bandar Langat to Rekoh. He found the river 'very difficult, the current always getting stronger, and the snags were numerous and larger'. From Kajang he struggled on to Cheras and finally to Ulu Langat village, a total distance of 93 miles from Bandar Langat.3 He proposed to bypass the middle stretch with a road, but the land was swampy and so the road was not constructed until the early twentieth century, when the advent of rubber had created both a need and the resources for it. Nonetheless, until lateral roads to link Ulu Langat with Kuala Lumpur and Seremban were built in the 1880s, the river was the only means of exporting tin, and in the dry season the water level dropped so that a heavily laden boat might take 13 days to travel downstream.” (J. M. Gullick @ JMBRAS Vol. 80, No. 2 (293) (December 2007): |"A Short History of Ulu Langat to 1900", m.s.1).
Perjalanan dari Bandar Termasa (Langat) ke Rekoh telah dijadikan contoh ayat di dalam kamus istilah karya beliau:-
How far is it by river from Bandar Termasa [Langat] to Rekoh? | Brapa jauh deri-pada Bandar Termasa mudik ka'Rekoh?” |
We can reach it with one day's rowing and six day's poling. | Satu hari ber-daiung anam hari ber-galah, bulih sampei. |
(Sumber: Frank Swettenham, 1910: |"Vocabulary of the English and Malay languages with notes", m.s.220).
“In March 1875 Rekoh had a population of no more than a hundred, Malays, Bugis, Chinese and Korinchi, under a Bugis head-man appointed by the ruling chief of Sungei Ujong. The headman evidently found this an unwelcome responsibility and had taken himself off to Singapore. The village 'had the appearance of having once been a very prosperous place. There are plenty of most substantial shops and houses built of plank and mud, as good native houses as I have seen anywhere, the Sungei Ujong style but better than the houses there…a first rate Bazaar for houses that is badly off for wares.'” (J.M. Gullick, 1998: "A History of Selangor 1766-1939", m.s. 74). Terjemahan: “Pada bulan Mac 1875, Rekoh mempunyai penduduk tidak lebih daripada seratus orang, terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Cina dan Kerinchi, yang dipimpin oleh seorang ketua berdarah Bugis yang dilantik oleh pemerintah Sungei Ujong. Ketua berkenaan enggan menggalas tanggungjawab yang diberikan, lalu lari ke Singapura. Kampung itu “kelihatan seperti sebuah tempat yang amat makmur suatu masa dulu. Ada banyak kedai dan rumah besar yang dibina daripada papan dan lumpur, sama bagusnya dengan rumah-rumah peribumi yang pernah saya lihat di tempat lain, dengan gaya Sungei Ujong tetapi lebih bagus daripada rumah-rumah di sana… pasar kelas pertama untuk rumah-rumah yang jauh dari sumber.” (terjemahan Ashraf Khalid & Akmal Khuzairy Abd Rahman @ IBDE, 2022: "Sejarah Selangor 1766–1939 - J.M. Gullick", m.s.111).
1900-an: Pembinaan jalan darat dan kereta api moden.
02b. Sungai Langat Kini
Projek "Denai Sungai Kebangsaan" di Sungai Langat, sepanjang Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.
Siap dibina pada tahun 2021.
Sumber: Kementerian Alam Sekitar dan Air, 15 November 2021: "Sayangi sungai kita!".
2022: Diancam Projek Lebuhraya Putrajaya Bangi (PBE).
“Berdasarkan surat penduduk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 18 Januari lalu, projek PBE ini merangkumi pembinaan sepanjang 13 kilometer yang akan menghubungkan Putrajaya dan Lebuhraya Kajang-Seremban. Malah sebahagian jajarannya akan memasuki rizab Sungai Langat bersebelahan dengan empat taman di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Untuk rekod, projek pembinaan PBE ini juga berhampiran dengan Denai Sungai Langat yang dibangunkan Kementerian Alam Sekitar dan Air. ” (Muhammad Azizul Osman @ MalaysiaGazette, 12 Februari 2022: |"Penduduk gusar projek pembinaan PBE hanya 22 meter dari rumah").
Cadangan: Plak sejarah di sepanjang denai ini.
03. West Country Estate
03a. Kuil Sri Maha Mariamman
Lokasi di tepi sungai Seksyen 4/5, dalam petak ungu, iaitu antara blok terawal West Country Estate (Mac 1896).
“I was born in that estate, (west country bhg Timur kajang, (1973) during that still can see the British rules where certain person fixed for special work, like person name (Leong) for switching electric 1900pm. even water supply also with timing. As now only Mariamman temple remain there. …” (Kannan Ramasamy @ HILMA FB Group, 26 Oktober 2020: "I was born in that estate, (west country bhg Timur kajang, (1973)").
03b. Jambatan lama Sungai Langat (berhadapan Kuil Sri Maha Mariamman)
Dahulu selalu nampak dari jauh. Kawan-kawan bercerita kalau lalu jambatan itu boleh sampai ke Kajang.
03c. Kangani West Country Estate (1921)
Gambar: “Family picture of my grandfather when he was Kajang West Country Estate Kangany. Picture taken in 1921.” (Victor Singaravellu @ History of Indian Labourers in Malaya (HILMA), 25 Oktober 2020).
Sistem buruh kangani berlesen, sejak 1910-an.
Menjelang tahun 1910-an, pihak kerajaan, melalui Lembaga Siasatan Parr, telah mendapati banyak kelemahan pada sistem ejen buruh sebelum ini. Ianya sering terdedah kepada rasuah dan penipuan, buruh sering berpindah majikan, dan tenaga buruh yang dibekalkan masih tidak mencukupi. Maka ianya digantikan dengan sistem migrasi buruh secara “bebas”, iaitu dibiaya oleh tabung “Indian Immigration Fund”, hasil sumbangan para majikan, dengan kadar mengikut bilangan pekerja semasa mereka. Pencarian tenaga buruh dijalankan oleh pekerja ladang itu sendiri, yang dipanggil “Kangani”.
Ejen pekerja India, dari kalangan kaum keluarga / sekampung.
Para kangani ini lazimnya mencari sumber pekerja dari kalangan kaum keluarga, kasta, serta perkampungan mereka sendiri. Dalam perjanjian sistem kangani, buruh tidak berhutang apa-apa, dan tidak terikat dengan mana-mana majikan. Mereka cuma perlu memberi notis berhenti kerja sahaja pada bila-bila masa. Hasilnya, jumlah pekerja migran dari India bertambah dengan pesat, dan para pengusaha ladang mendapat manfaatnya. Limpahan bekalan buruh menyebabkan kadar gaji buruh yang rendah, dan pertalian keluarga di antara para pekerja serta Kangani mereka, menyebabkan mereka cenderung untuk setia dengan majikan yang sama.
Juga bertugas sebagai mandur estet, serta penjaga stor dan peminjam wang.
“Kangani means ‘overseer’ or ‘foreman’ in Tamil. It was the kangani who recruited workers from his home area and facilitated their transition into their workplaces in Malaya. As noted above, the kangani system had been employed earlier in the Straits Settlements but became increasingly popular, since by using it employers could bypass commercial or independent intermediaries. Plantation companies also preferred this system since with it, the incidence of workers absconding from the plantation declined over time. Arguably, the fact that the kangani received ‘head money’ for each day worked by the workers (which he lost if workers deserted) meant he had a vested interest in ensuring that they remained (Sandhu 1969, 101; Kaur 2012, 232–4). Moreover, he also related to labourers in his roles as supervisor, plantation storekeeper and moneylender, and workers were often indebted to him. Arudsothy (1986, 75) argues that the kangani system was a ‘variant of the indenture system, as in effect, the debt–bondage relationship between servant and master still remained, although indirectly’. … Increasing demand for labour by plantation companies and the Malayan government for public works in the years immediately preceding the First World War marked a turning point in Indian labour recruitment and strengthened the position of intermediaries. In 1907, the government’s Tamil Immigration Fund Ordinance established an Indian Immigration Committee (IIC) to administer a Tamil Immigration Fund to assist South Indian labour migration (Eastern Daily Mail and Straits Morning Adviser 1907). The Ordinance incorporated three mechanisms. First, an official system or structure was established to oversee and regulate employment of ‘free’ South Indian labour. Recruitment of workers continued to be assigned to licensed kangani. Second, a Tamil Fund (renamed the Indian Immigration Fund in 1910) was launched to provide free travel for Indian labourers to Malaya. Third, the government introduced a quarterly fee (or levy) on all employers of Indian labour to meet labourers’ travel and related costs. This was based on aggregate ‘man–days’ worked and amounted to about M$29.39 per head in 1912 (Stenson 1980, 18).The IIC comprised representatives of the main government departments and the major plantation employer groups. The IIC monitored the number of recruiting licenses given to the kangani and supervised the distribution of recruiting allowance or subsidy provided to migrants. Essentially, this legislation resulted in Indian migration evolving into two distinct categories, namely, recruited and non-recruited (spontaneous) migration. However, whether migrants were recruited under the kangani system or travelled independently, they now arrived as persons free of debt obligations. This policy accelerated migration as prospective labour could present themselves at emigration depots in India for assisted migration to Malaya. Concurrently, the indenture system for Indians was phased out in 1910, with the last contracts ending in 1913. These developments reflected a paradigm shift, a move away from labour circulation to a permanently settled Indian labour force on plantations and elsewhere. Thus Indian workers recruited under the Fund’s sponsorship were afterwards confined to plantations or restricted to government public works projects in emerging townships. Moreover, although arriving in Malaya without any debt obligations, they continued to be considered under contract to specific plantations and toiled under the supervision of the kangani.” (Amarjit Kaur, 2014: |"Plantation Systems, Labour Regimes and the State in Malaysia, 1900–2012" (PDF), m.s.8-9).
03d. Keluarga Pekerja West Country Estate (1960-an)
Gambar: “Kathan (grdfther) Ldg west country (timur) Kajang” (Kannan Ramasamy @ History of Indian Labourers in Malaya (HILMA, 3 Jun 2021)).
03e. Munaianty s/o Ponnusamy (1949-2023)
Gambar: Munaianty s/o Ponnusamy, bekas warga pekerja West Country Estate yang masih muda/kecil pada waktu itu. (Tanarata International Schools (2013)).
Lahir di West Country Estate ketika darurat pada tahun 1949.
Berkongsi pengalaman membesar pada zaman itu. Bersekolah di Kajang Primary School menaiki bas.
Antara catatan suasana di zaman darurat adalah oleh Munaianty s/o Ponnusamy, bekas warga pekerja West Country Estate yang masih muda/kecil pada waktu itu: “Saya lahir di West Country Rubber Estate, Hulu Langat, Kajang pada tahun 1949. Saya membesar di situ sehingga umur 10 tahun, dalam sebuah keluarga besar dengan 6 orang adik beradik lelaki dan perempuan, dan saya adalah yang kedua termuda di antara kami lapan sekeluarga. West Country Estate merangkumi dari Kampung Baru Serdang sehingga Jalan Reko dan lebuhraya Kuala Lumpur Seremban. Bapa saya tinggal di kuarters yang disediakan oleh majikan, dan saya bersekolah di Kajang Primary School. Saya menaiki bas ke sekolah setiap hari. Banyak kenangan manis saya di sekolah. Malangnya, saya tidak dapat hadir dalam banyak kegiatan di sekolah selepas waktu persekolahan oleh kerana belanjanya mahal, serta jarak sekolah yang agak jauh.”
Pengurus West Country Estate (Mr Botham) dan Pembantunya Mr Foxe, diberi senjata oleh pentadbir British untuk mengawal estet.
“Pengurus West Country Estate ketika itu ialah Mr Botham dan pembantunya Mr Foxe, dan sering bersenjatakan shot gun. Ketika darurat, kerajaan British mengarahkan semua pengurus estet menyimpan senjata api. Anggota komunis mendapatkan bekalan makanan dari kampung dan estet, dan sering menyasarkan para pengurus estet yang tidak menyebelahi mereka.”
Keluarga-keluarga Cina di sekitar estet dipindahkan ke Kampung Baru Sungai Chua, Kajang.
“Ketika itu juga, banyak keluarga Tionghua di sekitar West COuntry Estate dipindahkan secara paksa ke Kampung Baru Sungai Chua, kerana dianggap penyokong komunis. Di West Country estate, operasi keselamatan diketatkan umpama rondaan “Home Guard”. Setiap malam, beberapa pekerja estet berpakaian seragam biru-kelabu, meronda kawasan estet. Mereka diberi kuasa untuk menyoal siasat warga yang datang atau lalu lalang di sekitarnya. Mereka dibekalkan cota sebagai senjata.”
Setelah mula bekerja, bergiat dalam bolasepak antara estet-estet di stadium Kajang.
“Saya berhenti bersekolah setelah tamat Darjah 6 dan mula bekerja di West Country Estate. Sekitar waktu itu, abang sulung saya meninggal dunia dan ibu bapa saya perlukan pendapatan tambahan dari saya. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan ketika mula bekerja ialah ketika saya menjadi ahli pasukan bolasepak West Country Barat. Kami menyertai liga tempatan bersama pasukan-pasukan dari Bangi Estate, Perang Besar Estate, Galloway Estate, JKR, Kajang Old Boys dan Empat Tenang Estate di Stadium Kajang lama. Pengurusan estet memberi sokogan padu terhadap pasukan kami dan setiap hari perlawanan, kami diberi cuti separuh hari. Kami keluar ke padang dengan kelengkapan permainan kami, untuk berentap dengan pasukan lawan di Stadium Kajang. Ketika itu, ia adalah padang besar bersebelahan balai polis, dan berseberangan dengan Pusat bandar Kajang. Terdapat perkhidmatan bas dari Kajang ke Prang Besar Estate, yang melalui West Country Estate. Perkhidmatan bas Sum itulah penghubung kami dengan bandar Kajang yang pelbagai tarikannya bagi kami warga luar bandar.”
Berkahwin pada 1978, ketika itu pembangunanBandar Baru Bangi telah bermula. Kebanyakan Pekerja estet dipindahkan ke Taman West Country, Seksyen 5 BBB kini.
Setelah itu, bertugas di Tanarata International School.
Beliau meninggal dunia pada tahun 2023.
04. Hutan Simpan Bangi (1906-1974)
04a. Hutan Simpan Kekal UKM
Dinyahwarta sekitar 1970-1972.
Sekitar 1970-1972, Hutan Simpan Bangi telah dinyahwartakan, lalu diwartakan sebagai tapak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Keluasan hutan ketika itu ialah 882 hektar, dan terdiri daripada:-
- 832 hektar hutan sekunder
- 31 hektar paya air tawar, beralur kecil. Sebahagiannya anak Sungai Bangi di sebelah selatan, manakala sebahagian lagi (termasuk Alur Ilmu kini) mengalir ke Sungai Langat di sebelah utara.
- 19 hektar ladang.
Pembinaan UKM bermula dari tepi Jalan Reko.
1979: 27 hektar dibina PUSPATI
200 hektar dipajak kepada PORIM.
“The original 881 ha BFR was classified into 832 ha of regenerating lowland forest, 31 ha Of fresh water swamps and 19 ha of rubber and Oil palm plantations (Fig. 1, 2). Most of these areas, especially plantation areas -and those near the main road, were developed to accommodate infra-Structures for the UKM campus facilities. Another 27 ha was later delineated for Malaysian Institute for Nuclear Technology (MINT) (then known as Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr Ismail Or PUSPATI) and some 200 ha was leased to Palm Oil Research Institute Malaysia (PORIM) for oil palm plantation.”
(Sumber: Kamarudin Mat Salleh @ Pertanika J. Trop. Agric. Sci. (JTAS) Vol. 22 (2) Sep. 1999, m.s. 185-198: |"The Role and Function of Universiti Kebangsaan Malaysia Permanent Forest Reserve in Research and Education").
1993: 138 hektar diwartakan semula sebagai Hutan Simpan Kekal UKM, Termasuk puncak tertinggi Bukit Rupa(105 meter).
“Terletak kira-kira 40 km ke arah selatan Kuala Lumpur dan digazet sebagai Hutan Simpan Bangi pada 1906. Pada 1970 Hutan Simpan Bangi diserahkan kepada UKM untuk pembinaan kampus. Pada 1993 Hutan Simpan Bangi digazet sebagai “kawasan hijau” universiti dan ditukar nama menjadi Hutan Simpan Kekal Universiti Kebangsaan Malaysia. Hutan Simpan Kekal UKM ini merupakan hutan tropika jenis dipterokarp. Keluasan Hutan Simpan Kekal UKM ialah 138 hektar yang dikelilingi jalan raya di sebelah Semenyih, Bangi dan Kajang. Puncak tertingginya ialah Bukit Rupa setinggi 105 meter dari aras laut pada koordinat 101°45’969” Timur dan 02°55’016” Utara.” (Mohamad Samsudin, Norhayati Ahmad, Roslan Abd Shukor, 2016: |"WARISAN VARSITI KITA: FOTOGRAFI DAN LANDSKAP UKM").
04b. Warga Asal Hutan Bangi
Kampung Orang Asli Bukit Tunggul, Jenderam (Azlan Sharif, 6 Jun 2025: "Kg asli bukit tunggul").
1958: Orang Asli Batu 26 Jalan Bangi berpindah ke Hutan Simpan Bangi (Batu 20 Jalan Bangi).
“Kawasan bersebelahan dengan tapak Masjid UKM merupakan kawasan perkampungan Orang Asal yang telah diterokai oleh mereka sekitar tahun 1958, iaitu setelah berpindah dari Batu 26 Jalan Bangi. Apabila kawasan tersebut diwartakan sebagai Hak Milik UKM dan terlibat dalam perancangan pembangunan kampus tetap UKM, perkampungan tersebut telah dipindahkan ke kawasan baharu yang terletak di Batu 20, Bukit Tunggul, Jalan Dengkil. Perpindahan tersebut melibatkan 20 buah rumah dan 18 buah kubur. Para penduduk yang terlibat turut diberikan ganti rugi oleh pihak UKM. Sumber: Habibah Ismail. Sejarah Bangi (1870an - 1970an). Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1982.”
(Sumber: Harith Faruqi Sidek @ FB, 11 Jun 2025: "Kawasan bersebelahan dengan tapak Masjid UKM").
4 keluarga Temuan Bukit Dugang, diketuai Batin Yut anak Jenang Pilis.
“Pada akhir tahun 1950-an empat keluarga orang Temuan dari kampung orang Asli Bukit Dugang, Sepang telah membuka sebahagian kecil daripada kawasan hutan simpan Bangi yang sekarang menjadi tapak Universiti Kebangsaan Malaysia. Turut sama dalam pembukaan itu ialah Batin Yut anak Jenang Pilis yang sebelumnya menjadi ketua orang Asli di Bukit Dugang- Dialah yang mengetuai pembukaan kawasan hutan itu.”
Awal 1970-an: 22 keluarga (100 orang). Ada kebun getah dan buah-buahan.
“…pada awal tahun 1970-an perkampungan Orang Temuan di Bangi yang bermula dengan empat keluarga itu telah berkembang menjadi 22 keluarga dan penduduknya kecil besar ada kira-kira 100 orang. Orang Asli yang berkenaan ada rumah, ada kerja, ada kebun getah dan pokok buah-buahan dan hidup pun agak senang. Mereka ingin terus menetap di tempat itu. Akan tetapi, nasib nampaknya tidak terus menyebelahi mereka.”
1974: Kerajaan ambil alih untuk pembinaan UKM. Mereka dipindahkan ke Bukit Tunggul.
”… Pada 1974 tanah yang mereka duduki di kawasan Bangi diambil oleh kerajaan untuk pembinaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas itu, mereka berpindah ke kawasan hutan Sungai Buah dan Bukit Tunggul, kira-kira 10 km dari situ.“
1993: Sebahagian Bukit Tunggul diambil alih untuk pembinaan padang golf. Disediakan rumah tetapi tidak sempurna: berpindah ke lereng Bukit Tunggul (kini) dan kawasan lain.
“Bagaimanapun, pada awal 1993 kawasan Bukit Tunggul diambil alih pula oleh sebuah syarikat swasta untuk pembinaan padang golf. Walaupun pihak syarikat ada menyediakan rumah, tetapi pihak kerajaan tidak memberi tanah gantian. Rumah yang disediakan itu juga tidak sempurna. Akibatnya sebahagian orang Temuan di Bukit Tunggul telah berpindah ke tempat lain, dan sebahagian lagi bertahan di kawasan belukar di lereng bukit tersebut. Sementara itu, orang-orang yang masih tinggal di Sungai Buah sentiasa merasa tidak selamat, kerana tanah yang mereka duduki masih belum diberi hak milik.”
(Sumber: Dr Mohamed Salleh Lamry (2005)).
Sebahagian mereka di Kg Sg Buah, merasakan pampasan tidak setimpal, dan pemindahan tergesa-gesa, lokasi di Bukit Tunggul tidak cukup kemudahan.
“Menurut Juli pengerusi MPKK Kampung Sungai Buah, kampung asal mereka terletak di tapak pembinaan UKM yang ketika itu dikenali sebagai kampung Batu 20. Ketika itu kampung tersebut dihuni lebih kurang 200 orang penduduk kampung lebih ramai dari sekarang. … Dari sini kita dapat melihat bagaimana peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dalam memujuk Orang Asli yang ketika itu mendiami hutan simpan kerajaan negeri Selangor untuk berpindah ke kawasan baru yang itu di Sungai Buah. Menurut encik Juli, pada ketika kejadian tersebut beliau masih lagi kecil namun masih ingat dalam ingatan apa yang terjadi. Megikut cerita Tok Batin pada ketika itu, mereka telah diberi imbuhan atas sebab kehilangan kampung dan tanah. Namun jumlah imbuhan tersebut tidak setimpal apa yang diperolehi berdasarkan cerita Tok Batin. Malah perpindahan ini juga dikatakan agak tergesa-gesa tanpa diberi apa-apa kemudahan seperti rumah. Orang Asli ketika itu terpaksa berpindah segera pada waktu malam dengan mengakut segala keperluan dan barangan mereka seperti pinggan mangkuk, haiwan ternakan dan lain-lain. Perpindahan mereka turut dibantu oleh JHEOA yang menyediakan lori untuk berpindah namun tempat yang dipindahkan itu tiada kemudahan yang sewajarnya seperti rumah dan kemudahan asas seperti elektrik dan air. Mereka dipindahkan dikawasan hutan simpan yang diberi nama Bukit Tunggul dan setelah selesai permindahan mereka terus membina penempatan sementara kerana untuk berteduh setalah malam hari ketika perpindahan berlaku. Namun ada sebahagian Orang Asli telah tinggal ke tempat asal mereka seperti di Hulu Langat dan daerah-daerah lain membawa haluan masing-masing bagi sesiapa yang tidak mahu mengikut berpindah ke Bukit Tunggul. Masyarakat Orang Asli Sungai Buah telah menerima pelbagai dugaan sepanjang mereka berpindah keluar dari tanah asal mereka di Kampung Batu 20 (sekarang UKM). Perpindahan mereka seolah-olah pelarian di mana hak dan tempat tinggal tidak disediakan sebelum perpindahan malah pampasan atau sagu hati yang diberikan tidak mengikut nilai tanah atau undang-undang yang betul pada ketika itu kerana Tok Batin ketika itu tidak tahu hak-hak mereka. dengan baik. Walaupun kerajaan memberi mereka tempat tinggal di Bukit Tunggul, namun perlu diketahui mereka perlu berteduh ketika waktu malam pada malam perpindahan dengan apa yang ada dan membuat rumah asal siap sekurang-kurangnya untuk berteduh satu malam sebelum menjelang hari siang(Temu Bual, 2019). Malah kejadian yang sama berulang pada tahun 1990-an di mana pembinaan Kelab Golf Bukit Unggul telah menjejaskan bekalan air dan elektrik pada mereka.”
(Sumber: Nor Adli Firdaus, Al-Amril Othman @ Jurnal Wacana Sarjana, 4 (5) (2020)).
Kawasan berbaki: 20 ekar (asalnya 500 ekar di UKM, 1,378 ekar di Bukit Unggul Resort).
“8.120 There was also apparent injustice towards the Orang Asli who used to live and forage in a large area but were moved out – some without any regard for their conditions – to make way for the rapid commercial development. The case of the Temuan from Bukit Tunggul, Dengkil (A270) who were asked to moved twice – first when the area was given to the Universiti Kebangsaan Malaysia (500 acres) and then to Bukit Unggul Resort (1378 acres). With only 20 acres of un-gazetted area for their settlement remaining, the community fear that their traditional community may soon disappear.”
Pampasan UKM: RM810,985.25
“…. 8.128 In case A270 (Bukit Tunggul, Selangor), while compensation was paid, this was inadequate to ensure that the Temuans concerned could build a new life or maintain their traditional ways of life. The witness from Universiti Kebangsaan Malaysia (W14) said of the miserable relocation exercise in the 1970s: 'UKM paid the compensation amounting RM810,985.25 to those who lived on the land and requested them to move.'”
Pampasan Bukit Unggul Resort: RM2 juta, dibina rumah
“W13, a representative of Bukit Unggul Resort, said that RM2 million was set aside to mainly build houses (within the 20-acre plot) but complained that Orang Asli are still entering the forest areas now belonging to the Resort.”
Namun mereka tetap berkecil hati, kerana tidak diberi pertimbangan sewajarnya sebelum pemindahan, dan akhirnya kehilangan hutan rimba kediaman asal yang rapat dengan kehidupan harian mereka.
“Menurut Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Emeritus Dato’ Dr Hood Salleh: “… pembangunan dan perkembangan infrastruktur UKM pada tahun-tahun 1970an yang membawa perubahan kepada kaum Asal di sekitar Bangi pada tahun 1974 apabila kawasan kediaman mereka diambil alih untuk bangunan-bangunan baru UKM. Kerajaan juga telah menggubal satu Akta pada tahun 1974 yang mensyaratkan pemindahan mandatori orang asal di kawasan Hulu Langat untuk membangunkan UKM. Orang Asli di situ mendakwa mereka tidak diberi pertimbangan ketika diarah berpindah ke tempat lain. Walaupun diberi pampasan dan perumahan baru, mereka berasa kecil hati kerana kawasan hutan rimba kediaman asal mereka mempunyai hubungan rapat dengan kehidupan harian mereka.””
Sumber: (Saiful Bahri Kamaruddin @ Universiti Kebangsaan Malaysia, 18 OKTOBER 2012).
05. Sungai Ramal
05a. Masjid Haji Mat Saman (Bangunan asal: 1929)
Gambar Masjid Jamek Haji Mat Saman (bangunan asal) kini: “Masjid lama ini berusia 83 tahun seperti tertera pada tiang masuk pintu masjid yang ianya telah dibina pada 1929. Ianya masih kukuh dan mengekalkan seni bina tempatan dan tidak berubah hanya di cat semula bagi menyerlahkan keasliannya.” (FAIZMIN, July 17, 2012: |"MASJID KG SG RAMAL LUAR KAJANG").
Mercu Sg Ramal Luar
Dibina di tanah wakaf beliau pada tahun 1929M (1347M)
“Beliau (S.S.Haji Marzuki bin Hussin, Pengarah JAIS, 2012) menggalurkan sejarah Sungai Ramal Luar yang dikatakan dibuka oleh Tuan Haji Mat Saman yang berasal dari Kampar, Sumatera begitu juga pembinaan masjid - asalnya kayu adalah dari hasil usaha Tuan Haji Mat Saman yang mewaqafkan tanahnya untuk masjid. Haji Mat Saman meninggal pada tahun 1935. Atas jasanya mewaqaf dan mendirikan masjid ini, maka nama masjid ini dikenali dengan namanya `Masjid Haji Mat Saman`.”
(Sumber: Dr Shafie Abu Bakar, July 27, 2012: |"Perasmian Masjid Unik (Haji Mat Saman) Sungai Ramal Luar Oleh DYMM Sultan Selangor: Satu Daya Tarikan").
2008: hampir dirobohkan untuk pembinaan bangunan baru masjid. Setelah bantahan sebahagian penduduk, bangunan baru dibina di sebelahnya, mula diimarahkan pada Hari Raya Haji tahun 2010, dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada Julai 2012.
“Dalam usaha meneruskan pembinaan bangunan yang baru yang dianggap tidak merujuk kepada ahli qariah, dan dengan kerajaan baru, mereka berpeluang melahirkan bantahan. Bantahan adalah melalui surat bertarikh 21 November 2008 = 23 Zulkaedah 1429 diketuai En. Mohd Lotfi bin Kassim dengan disertakan bantahan bertanda tangan 238 penduduk. Dengan salinan surat kepada Dato` Dr. Hassan Ali Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, ADUN Bangi, Orang Kaya Maha Bijaya Daerah Hulu Langat, Pegawai Agama Islam Hulu Langat, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Dato` Penghulu Mukim Kajang dan Jurutera Daerah (JKR). Surat dan tandangan beramai-ramai itu Memohon Pembatalan Membina Masjid Baru Mat Saman Sg. Ramal Luar atas alasan:-
1. Pembinaan masjid baru ini tidak pernah mendapat persetujuan bersama dari penduduk kampong malah tidak pernah dibincangkan secara terbuka untuk mendengar pandangan dan pendapat di mana-mana forum samaada Mesyuarat Agong Tahunan atau seumpamanya.
2. Masjid yang didirikan pada 1929 Masehi itu masih dalam keadaan yang baik dan hanya beberapa bahagian sahaja yang perlu dibaiki seperti pemantapan dan penggantian struktur asal, atap, kubah, menara dan tandas.
3. Masjid asalnya dibina hasil dari usaha dan titik peluh datuk nenek kami yang menorah getah, bersawah padi dan melakukan kerja-kerja kampong telah bersusah payah bergotong-royong serta berdikit-dikit menghimpunkan dan mewaqafkan wang dan harta mereka demi untuk kemudahan dan menaikkan syiar Islam untuk anak cucu kemudian hari. Sehubungan dengan itu adalah tidak wajar bagi kita dengan sewenang-wenangnya merobohkan masjid tersebut tanpa sebarang alasan yang kukuh dan munasabah.
4. Tindakan merobohkan masjid ini akan juga akan menghilang waqaf dan jariah orang-orang terdahulu dan ini amatlah bertentangan dengan tuntutan syariat.
5. Lokasi masjid tersebut tidak mengganggu jalan atau apa-apa projek yang sedang atau akan dibangunkan.
6. Masjid baru yang dicadangkan adalah lebih kecil (berukuran 90 kaki x 90 kaki) jika dibandingkan dengan masjid yang sedia ada (berukuran 120 kaki x 150 kaki).
Sehubungan dengan itu kami mewakili sebahagian besar ahli qariah Kg. Sg. Ramal Luar khususnya penduduk asal mencadangkan agar projek ini dibatalkan dan diganti dengan mengubahsuai serta mengekalkan bentuk asalnya.
Berhubung dengan kesedaran pentingnya dikekalkan Masjid Haji Mat Saman ini sebagai Harta Warisan dan khazanah Tempatan, Negeri dan Negara Saudara Mohd Lotfi bin Kassim mewakili ahli Qariah telah menulis surat kepada Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara, Tingkat 16 Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50694 Kuala Lumpur bertarikh 15 Januari 2009 = 18 Muharram 1430H. mencadangkan supaya Masjid Jamek Haji Mat Saman dijadikan Harta Warisan Negara.
Berhubung dengan bantahan di atas, pertemuan dan perbincangan diadakan dengan AJK dan Ketua Kampung Haji Yusof membincangkan cadangan dan bantahan berkenaan. Pihak Setiausaha JKK Tuan Hj Noor Azhar Bin Haji Abdul Aziz menulis surat kepada Tan Sri Dato` Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan Cadangan pembinaan Masjid Jamek Haji Mat Saman Kg. Sungai Ramal Luar Kajang, Selangor bertarikh 21/02/2009 menyatakan:
Pihak JKK Kg. Sg. Ramal Luar telah bersetuju untuk membuat pindaan dan cadangan ke atas isu pembinaan masjid tersebut. Antara cadangannya ialah:
1. Mengekalkan masjid lama tanpa dirobohkan. Untuk tujuan memulihara khazanah warisan di mana masjid ini dikenalpasti antara yang tertua di Selangor, dibina pada tahun 1929.
2. Membina masjid baru di atas tapak bersebelahan Masjid Lama. Di mana tanah milik Masjid masih luas bagi tujuan tersebut.
3. Kos meroboh masjid lama boleh digunakan membaikpulih bangunan dan mencantikkannya.
4. Dengan tidak merobohkan masjid lama penduduk-penduduk kampong masih lagi boleh berjamaah sementara menunggu pembinaan Masjid Baru
5. Segala waqaf dan sedekah penduduk ke atas Masjid lama dapat dikekalkan.
Pihak JKKK Kg. Sungai Ramal Luar berpendirian, atas nasihat YB Dr. Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi) menyokong agar sebahagian peruntukan tersebut digunakan untuk Pemuliharaan dan Pembesaran Masjid yang sedia ada.
Hasil dari bantahan (surat 21 November 2008) dan surat cadangan pindaan bertarikh (21/02/2009) dan mesyuarat terhadap bantahan dan cadangan dan mengambil keputusan terakhir bertarikh (6 April 2009), maka Masjid Jamek Berkembar – Haji Mat Saman menjadi realiti.” (Dr Shafie Abu Bakar, August 16, 2010: |"Masjid Jamek Berkembar - Haji Mat Saman Sungai Ramal Luar Bersejarah - Unik").
“Pandangan Mesjid Sg. Ramal Luar yang dibina pada tahun 1929. Pada ketika itu mesjid ini berada di zaman dan sebelum peperangan dunia kedua, di mana binaannya masih kukuh dan masih lagi digunakan.” (Abdul Aziz Ramli, Shahrom Sapari, Hj. Ahmad Mohd. Ibrahim, Noridah Mohd. Saad, 1984: |"Kajian Bangunan Lama Mesjid Sg. Ramal Luar, Kajang").
05b. Stor/Rumah Asap Getah Sungei Ramal Estate
Sungei Ramal Estate dibuka 1907
Di dalam suatu surat permohonan pinjaman oleh pemilik Sungei Ramal Estate, H.R. Moullin, dinyatakan blok terawal didaftarkan pada 12 Disember 1907 (Arkib Negara 1957/0171341W, 14/08/1913: |"H.R. MOULLIN APPLIES FOR FURTHER LOAN OF $25,000 ON SUNGEI RAMAL ESTATE").
Raja Alang pernah jadi ahli lembaga pengarahnya, dari sekitar 1915-1918, sehingga 1924.
Sekitar 1915-1918, Raja Alang telah dilantik sebagai salah seorang Pengarah syarikat Sungei Ramal Syndicate Limited: “Raja Allang bin Raja Brayuon was re-elected a Director.” (Pinang gazette and Straits chronicle, 19 March 1919, Page 6: |"SUNGEI RAMAL").
Dalam Laporan Tahunan ke-10 Sungei Ramal Estate pada 25 Mac 1924, Raja Alang mengundurkan dirinya dari jawatan Pengarah syarikat tersebut, oleh kerana keadaan kesihatannya yang kurang baik ketika itu: “Owing to his continued ill-health Raja Allang bin Raja Brayuon does not seek re-election as a director. It is proposed to ask Mr. M. C. English to accept a seat on the board. … The report and accounts were adopted and Mr. M. C. English was elected a director in place of Rajah Allang bin Raja Brayuon.” (The Straits Times, 27 March 1924, Page 10: |"SUNGEI RAMAL SYNDICATE").
Menurut rekod yang tersisa, sebuah rumah asap dibina 1923, tidak dapat dipastikan sama ada merujuk bangunan ini.
Pembinaan rumah asap: “The new smoke house is now in working order and a very good sample of smoked sheet is being turned out. The smoke house was erected under the supervision of the estate manager, Mr. C. Phillips, and the result is very creditable to him. I have pleasure once more in expressing our appreciation of Mr Phillips' work as manager and our thanks are due to him for the satisfactory condition of the estate as well as for the moderate working costs.” (The Straits Times, 13 March 1923, Page 10: |"SUNGEI RAMAL SYNDICATE").
1987: Seluruh estet menjadi Country Heights
“1984: Lee founded Country Heights Holding Berhad; 1987: Lee successfully transformed a worthless rubber estate into the “Beverly Hills of Malaysia”, which is the Country Heights Kajang project.” (Tan Sri Lee Kim Yew: |"About Tan Sri Lee Kim Yew").
2000-an: Ladang kuda
“Tempat saya berlatih menunggang kuda…Selama 7bulan tahun 2005… Hari2 tengok rumah ni.. Tapi tak terbuka mulut nak bertanya pada anggota polis yg ada kat situ” - AdzraaDhiyaa Camelia (Facebook Bandar Kajang, 18 Jun 2019: |"Bangunan lama berdekatan SMKA Maahad Hamidiah Kajang" (Ruangan komen)).
Kini: Sebahagian Bangi Square 2
Kemungkinan gambar ini diambil sekitar waktu tersebut ~2000-2013 (Mapio: "( History rumah asap ) @ COUNTRY HEIGHTS. KAJANG").
06. Lombong Jalan Sg Chua
Satu-satunya bekas lombong yang masih ada di Kajang, dijadikan taman rekreasi awam.
Mungkin sebahagian daripada Lombong Khoo Sheah (1896) atau “Xi Mi Shan”.
“The tin boom in the district occurred in the middle of 1890’s, when Chinese businessmen made huge investments in the district. One of the Chinese miners was Goh Ah Ngee,who was active in Balau (Broga today). He even built a church for a small group of Chinese Christians in the area. The first mine at Semenyih was opened by a Hokkien named Cheah King. Other Chinese miners were Khoo Seah, who had mines at Sungai Cheow (Sungai Chua today) Road (1896), Loke Yew at Sungai Merbau in Hulu Langat (1896) and Sungai Kachau in Semenyih (1897), Low Boon Kim at Sungai Jebat (1897) and Chan Yoke who operated a mine at Kajang (present Metro Kajang site). Tin was also found just outside of Kajang where Hakka coolies called it Xi Mi Shan (Tin Ore Hill).This site is the only mining pool left in Kajang. Recently, the Kajang Municipal Council converted the site into a recreational park. Tin mining industry in the district turned out to be a relatively minor enterprise, paling in comparison to other towns in the state. This prompted the District Office to suggest moving to agriculture.”
(Sumber: Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, July 15, 2020: |"History of Kajang").
07. Jambatan Lama Sungai Chuau
Jalan lama Kajang – Sg Chuau - Ayer Itam (Sekitar Kg Pulau Meranti, Puchong).
Jalan dibina awal 1900-an, setelah Ayer Itam diterokai oleh Dato Dagang KL, Haji Mohamed Tahir untuk perladangan, sekitar 1891-1892.
Dato Dagang Kuala Lumpur, Haji Mohamed Tahir melaporkan, beberapa orang peneroka tanah di Ayer Itam memerlukan masa yang lebih panjang untuk menerangkan kawasan hutan di situ, dan memohon penundaan persempadanan dan percukaian di situ. Namun dalam masa yang sama, sebahagian peneroka memerlukan jaminan akan hak pendudukan tanah mereka setelah selesai nanti. Pihak pentadbiran British memutuskan untuk mengeluarkan lesen pendudukan sementara selama 6 bulan bagi para peneroka tersebut (Arkib Negara 1957/0028016W, 16/10/1891: |"FORWARDS A COPY OF A PETITION FROM THE RECENT SETTLERS OF AYER ITAM WHO ASK THAT THEY MAY NOT BE IMMEDIATELY CALLED ON TO INCUR THE EXPENSE OF DEMARCATION OF THEIR LAND").
Perihal Dato Dagang Haji Mohamed Tahir.
Setelah pembukaan tanah dibuat, jalan yang menghubungkan Kajang dengan Ayer Itam (sekitar Kampung Pulau Meranti - Bukit Puchong kini) mula dirancang. Ianya dibina secara berperingkat mulai 1896, dan siap sekitar 1905. (jalan_ayer_itam#jalan_kajang_-_ayer_itam|1896-1905: Jalan Kajang - Ayer Itam]]).
Jambatan menyeberangi Sungai Chuau (kini sebahagian Putrajaya Wetlands).
Mungkin asal-usul nama "Sungai Chua", Kajang.
”(一)Sungai Chua ; “Sungai Chua”为锡米山的官方马来文名称。按本地对地名的一般 写和读的习惯,Sungai Chua应被称为“双溪朱雅”、“朱雅河”、“双 溪蔡” 2或“蔡河”等等。无论如何,Sungai Chua这样的地名,至少可理 解为是取自该地区的某条河流名称。但是,在锡米山的地图内并没发现有 锡米山里有河流或小溪,仅在锡米山外围,和加影主要通道间有一条冷岳 河(Sungai Langat)的分支流。由于该分支流最后又汇入冷岳河,因此,加影一锡米山这一段的冷岳河依然被称作“冷岳河”(亦称作“呀吃 河”)。根据部分采访资料显示,受访者都不知道和Sungai Chua相关的这条 河流。居住在锡米山逾60年的冯先生表示,他没有听说过哪一条河是被称 为Sungai Chua。虽然他记得锡米山新村附近有一条大水沟,但他认为送和 Sungai Chua之名无关。冯先生认为,所谓的Sungai Chua河,应该就是冷 岳河在加影一锡米山这一段的叫法。(冯先生,访谈,锡米山,2011年2 月18日)另一位受访者曾先生表示,他只记得锡米山内只有一条大水沟,并没发现有哪条河是被叫做Sungai Chua。(曾先生,访谈,锡米山,2011 年2月24日)因此,有理由相信所谓的Sungai Chua,应该就是冷岳河在加 影一锡米山河段的一个别称。至于Sungai Chua的“Chua”是否为“蔡”姓华人(福建籍或潮州籍)的马来文姓氏拼写尚不得而知。不过,综合现有资料和调研的结果,皆未 发现早期的锡米山曾经出现过任何显赫或极具影响力的蔡氏族裔,足W让 后人W其姓命地名。因此,认为Sungai Chua源自于“蔡姓”的说法湿得有 些牵强。“ Terjemahan Google Translate: ”(i) Sungai Chua; “Sungai Chua” is the official Malay name of Mount Simi. According to the local custom of writing and reading place names, Sungai Chua should be called “Sungai Chuya”, “Chuya River”, “Sungai Chua” 2 or “Cai River” and so on. In any case, a place name like Sungai Chua can at least be understood as being taken from the name of a river in the area. However, there is no river or stream in Mount Simi on the map. There is only a branch of the Langat River (Sungai Langat) between the outer perimeter of Mount Simi and the main access road of Kajang. Since this branch finally merges into the Langat River, the Langat River in the Kajang-Simi section is still called “Langat River” (also known as “Ya Chi River”). According to some interview data, the interviewees did not know the river related to Sungai Chua. Mr. Feng, who has lived in Simi Hill for more than 60 years, said that he had never heard of a river called Sungai Chua. Although he remembered that there was a big ditch near Simi Hill New Village, he thought that it had nothing to do with the name Sungai Chua. Mr. Feng believed that the so-called Sungai Chua River should be the name of the section of the Lenggeng River from Kajang to Simi Hill. (Mr. Feng, interview, Simi Hill, February 18, 2011) Another interviewee, Mr. Zeng, said that he only remembered that there was only a big ditch in Simi Hill, and did not find any river called Sungai Chua. (Mr. Zeng, interview, Simi Hill, February 24, 2011) Therefore, there is reason to believe that the so-called Sungai Chua should be another name for the section of the Lenggeng River from Kajang to Simi Hill. As for whether the “Chua” in Sungai Chua is the Malay spelling of the surname “Cai” of the Chinese (from Fujian or Teochew) is still unknown. However, after summarizing the existing data and research results, it is found that there was no prominent or influential Chua clan in the early days of Simi Mountain, which was enough for later generations to name the place after their surname. Therefore, the view that Sungai Chua originated from the “Cai surname” is a bit far-fetched.“ (何启才 / Ho Kee Chye, 2016: |"锡米山华人社区的形成 与变述初探 / A Preliminary Study of the Formation and Development of Chinese Community in Sungai Chuah").
“既然无关蔡氏,Sungai Chua究竟出自何处?首先必须说明,锡米山虽是1950年紧急状态时组建的新村,但早在此前至少半个世纪锡米山已然存在,新加坡报业新闻库1917年已有Sungei Chua Estate(锡米山园)之报道。如此说来,Sungai Chua之得名确实因为一条河?仔细翻查手上各个年代的英殖民地图,终在1950年地图中发现这条河道的踪迹。根据这张地图,原来这条Sungai Chua压根没有流经锡米山,更无流经加影,而是发源自沙登园(Serdang Estate)南部,从新街场路旧路南下至14英里丁字岔路口,也即“双邦”(Sempang Serdang),今国能大学Uniten交通圈。双邦,又称新邦或先邦,而Sempang为洋人对Simpang(岔路口)的拼写法。锡米山园也是在沙登园南部,就在这条河旁边,故取河名为园名。” Terjemahan Google Translate: “Since it has nothing to do with the Chua family, where did Sungai Chua come from? First of all, it must be explained that although Simi Hill was a new village established during the state of emergency in 1950, Simi Hill had already existed for at least half a century before that. The Singapore Newspaper News Library had reported on Sungei Chua Estate in 1917. So, was Sungai Chua really named after a river? After carefully checking the British colonial maps of various periods, I finally found the trace of this river on the 1950 map. According to this map, it turns out that this Sungai Chua does not flow through Bukit Timah, let alone Kajang. Instead, it originates from the south of Serdang Estate, and flows south from the old road of Sungai Besi Road to the T-junction at Mile 14, which is “Sempang Serdang”, now the Uniten traffic circle of Tenaga Nasional University. Sempang is also called Sempang or Sempang, and Sempang is the foreign spelling of Simpang (fork in the road). Bukit Timah Estate is also in the south of Serdang Estate, right next to this river, so the name of the estate is taken from the river.” (雷子健 / Lei Zijian @ Oriental Daily, 7 April 2024: |"雷子健:锡米山误当朱湖 / Lei Zijian: Ximi Mountain was mistaken for Zhuhu Lake").
Peta Jalan Kajang - Ayer Itam, berdasarkan peta negeri Selangor, tahun 1900-an. Bahagian yang telah siap diturap dikenali sebagai “Jalan Sungai Chua” (Jalan Kajang-Sungai Chuau / Chua / Chiow / Cheow, ditandakan ungu). (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
“gambar diatas adalah jalan lama sebelum ada SILK menghala ke Sg.Chua.Lokasi sekarang adalah U-turn ke Shell untuk ke Sg.Ramal Dalam tu,terus tu ada masjid sebelah kiri sebelum simpang ke Taman Kenari.” (Mohd Zafedz Mohd Nor @ FB Bandar Baru Bangi Community (BBBC), 29 Jun 2023 (Ruangan komen): "Rumah asap getah lama (1970/80-an?)").
(Gambar: Facebook Bandar Kajang, 28 Oktober 2019: |"KAJANG". Gambar warna (colorized) oleh Mohamad Fareez).
08. Bangi (Asal)
08a. Pekan Bangi (1902-1905)
Dibuka sekitar 1902-1905, seiring stesen keretapi Bangi.
“Pekan ini dibuka pada abad ke-20, kemungkinan pada sekitar tahun 1902 - 1905 . Pekan asal ini terletak bertentangan dengan stesen keretapi Bangi (sebelah dewan MCA Bangi mengunjur sampai ke sekolah lama Cina) , terdapat 18 buah kedai-kedai orang Melayu, India & Cina seperti kedai runcit, kedai songkok dan capal, kedai kopi, kedai candu, kedai timah, kedai getah dan sebagainya. Pekan ini mula berkembang serentak dengan pembukaan estet - estet getah & pembinaan stesen keretapi Bangi.
…..
Stesen Keretapi Bangi dibina pada tahun sekitar 1902 -1905 . Stesen ini dibina untuk memudahkan pengangkutan hasil getah dan bijih timah di kawasan ini. Stesen Baru pula dibina pada 1994 terletak 100 meter dari stesen lama. Kesan stesen lama boleh lagi dilihat sehingga kini yang terletak bersebelahan restoran Cina jalan menghala ke Sekolah Bangi. Laluan rel kereta Kajang - Bangi mula dibina pada 14 jun 1902 dan laluan Bangi - Batang Benar pula mula dibina pada 1 Feb 1903.” (Faizal Hj Zainal, 2008: "SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi")
Pernah berlaku kebakaran besar pada tahun 1927, mungkin disebabkan bangunan-bangunan kayu yang dibina terlalu rapat, sebagaimana kebakaran di Dengkil (1926).
Kebakaran mula disedari pada jam 1.30 pagi, oleh seorang konstabel polis Bangi. Setelah percubaan memadamkan api gagal, seluruh penduduk kampung dikejutkan. Mereka kemudiannya berjaya menyelamatkan diri, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Sementara itu, pasukan polis Kajang turut sama membantu, dan sekitar 2 pagi, panggilan kecemasan telah dibuat kepada pasukan bomba di Kuala Lumpur. Namun api merebak terlalu cepat. Setibanya mereka di Bangi 45 minit kemudian, seluruh kampung telah pun hangus dijilat api. Air dipam dari alur sungai berdekatan, dan kerja-kerja pemadaman mengambil masa kira-kira 2 jam. Pada akhirnya, hampir 40 buah rumah telah musnah sepenuhnya, dan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal. Anggaran jumlah kerugian adalah sebanyak $50,000. Punca kebakaran tidak dapat dikenalpasti, dan tiada tanda-tanda perbuatan khianat ditemui.
Antara kemungkinan faktor rebakan api ialah kelompok rumah-rumah binaan kayu yang dibina terlalu rapat. Kira-kira setahun sebelum kejadian ini (29 Ogos 1926), suatu kebakaran besar berlaku di perkampungan Dengkil (20 km ke sebelah barat Bangi) yang telah memusnahkan 41 buah rumah bercirikan binaan yang sama: “Other townships in the district included Sungei Chua, Kachau, Bangi, Broga, Beranang, Dengkil and Ulu Langat. Most were located along the margins of the relatively larger nodal settlements and comprised clusters of houses built of wood with corrugated iron or thatch roof. Fire hazard was a constant threat and in 1908, some of the shops in Kachau were destroyed by a fire on 16 May (MRUL, March 1908; DOUL, 52/1908). On 29 August 1926, 41 wooden and attap houses making up the “whole village” of Dengkil were burnt down (SSF, 4335/1926).” (Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: |"Transforming the Development Frontier: Chinese Pioneers in the Ulu Langat District of Selangor, Malaysia", m.s.11).
Selepas lawatan Residen Selangor dan D.O. Ulu Langat, dibina semula.
Pada 17 Ogos 1927, Residen Selangor, James Lornie, dengan diiringi pegawai daerah Ulu Langat, J.G. Crawford, telah membuat lawatan ke tempat kejadian. Antara lain beliau telah mengarahkan agar setiap rumah yang musnah dibina semula secara berkembar, serta dijarakkan antara setiap satunya. Pekan Bangi kemudiannya dibangunkan semula, dan sebahagiannya kekal sehingga kini. (|PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 1927: "REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927")
08b. Stesen Keretapi Bangi (1902)
Sumber gambar: Kelab Peminat Sejarah & Gambar Lama II, 2017
Stesen kereta api Bangi dibuka pada tahun 1902.
Stesen Bangi dibuka pada Sabtu, 14 Jun 1902: “The Kajang Seremban line is really getting on and the first of the new stations, namely Bangee, about twenty-two minutes by rail on the Seremban side of Kajang, has been declared open for traffic. This reminds us that only a very short time ago, we heard that shop-keepers, apparently, found it cheaper to get their stuff brought to Seremban either by steamer to Malacca, and from that point on by bullock cart to Seremban, a distance of over—miles; or else by steamer to Kuala Klang, from thence by rail to Kajang, and from Kajang to Seremban by road, as long strings of bullock carts were constantly seen on this latter route conveying goods to the aforementioned town. We can only conclude that this method of transport is adopted, on account of high rates on the S. U. R. Surely it would pay the Company to keep all this goods traffic in their hands by lowering their rates.” (The Straits Times, 18 June 1902, Page 5: |"F. M. S. NOTES").
Ejaan awal stesen ialah”Bangee” tetapi dibetulkan oleh Pejabat Residen.
Pejabat residen Selangor mengesyorkan pembetulan ejaan stesen keretapi “Bangee” sebagaimana yang telah dilaporkan di akhbar Malay Mail Singapura (juga petikan The Straits Times di atas), kepada ejaan yang betul iaitu “Bangi”. Kesilapan ini dikhuatiri akan kekal, sekiranya tidak dibetulkan segera: “You have no doubt seen in the Malay Mail a notice that a new Railway Station if today being opened for traffic at “Bangee”, beyond Kajang. The name of the place is “Bangi” not “Bangee” as advertised. I think it would be well to ask the Railway Department to spell the name of the place correctly before the misspelling becomes established.” (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR @ Arkib Negara Malaysia, 25/6/1902: |"BANGI RAILWAY STATION - SPELLING OF NAME").
08c. Landasan kereta api Rekoh-Bangi
Dibina 1902.
Berdekatan pinggir hutan Bangi (sekitar pinggir barat Alam Sari kini), pernah berlaku gelinciran keretapi mel pada tahun 1923.
Pada hari Krismas tahun 1923, kereta api mel dari Singapura ke Kuala Lumpur telah tergelincir dari landasan kira-kira 2 batu selepas Stesen Bangi, kemungkinan di pinggir Hutan Simpan Bangi (kini sekitar pinggir sebelah barat Alam Sari). Kejadian berpunca daripada satu gandar gerabak yang patah, mungkin disebabkan muatan yang berat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun beberapa gerabak serta landasan telah rosak. Lokasi landasan di dalam ruangan yang agak sempit telah menyukarkan kerja-kerja baik pulih. Akibat daripada itu, kereta api mel dari arah bertentangan telah terlewat lebih 8 jam: “A mishap occured to the day mail up from Singapore on Christmas Day, resulting in considerable delay to traffic .. The train, a heavy one, was running to scheduled time until Bangi was reached, at about 6.20 p.m., and had proceeded some two miles on its way to Kajang when the axle of a first-class coach broke, resulting in the derailment of a number of carriages and considerable damage to the permanent way. A break-down train and staff were telegraphed for, and the work of removing the damaged carriages was speedily proceeded with, though it was made difficult owing to the accident happening in a very awkward spot, namely, in the middle of a deep cutting. Consequently, the night mail from Kuala Lumpur to Singapore, which should have passed through Seremban at 10.30 p.m. left that place at 7.05 o'clock yesterday morning, eight and a half hours late.” (The Straits Times, 28 December 1923, Page 9: |"F.M.S. Mail Train Derailed").
CATATAN: Perihal Keretapi Mel (Mail Train): Sebelum jalan perhubungan darat dibina, surat-surat dihantar melalui bot atau kapal wap. Menjelang tahun 1900-an, jaringan jalan keretapi dan jalan raya mula dibuka untuk tujuan pengangkutan hasil hutan, lombong, dan ladang yang semakin pesat. Di samping itu, surat-surat mula dihantar melalui jaringan ini, antaranya menggunakan keretapi mel. Pada tahun 1906, landasan kereta api utama telah pun menghubungkan Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka, dan Singapura, dengan 93 buah stesen di antaranya, termasuk Stesen Bangi. Seiring dengan itu, pejabat-pejabat pos mula dibuka. Di Bangi khususnya, ia mula beroperasi seawal tahun 1910.
“Keretapi Mel (Mail Train) adalah perkhidmatan henti-henti jarak sederhana. Ianya membawa penumpang, surat, bungkusan, suratkhabar, basikal atau motorsikal. Keretapi ini dilarikan samada di waktu pagi atau malam. Ianya akan berhenti di semua stesen dan perhentian di sepanjang laluan.” (zkeretapi, 20 June 2021: |"Perkhidmatan Keretapi Penumpang").
Cadangan: Bina ruang tinjau dan plak sejarah
08d. Dewan Lama SK Bangi (1937)
Bangunan tambahan Sekolah Melayu Bangi ini dibina pada tahun 1937.
“Pada tahun 1937, sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 4 bilik darjah yang berukuran 100×30 kaki persegi. la bertiangkan batu, berdindingkan papan, beratap genting dan berlantaikan papan. Sekarang ia dijadikan dewan sekolah.” (SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI: |"SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI, KAJANG").
Dana pembinaan diumumkan oleh Bendahari Majlis Negeri Selangor.
Bangunan tambahan ini mungkin dibina menggunakan dana kerajaan yang telah diumumkan pada 14 November 1936: Bendahari Majlis Negeri Selangor, Mr. A. Sleep, antara lain mengumumkan peruntukan untuk guru-guru dan bangunan tambahan bagi Sekolah Bangi: ”“There is an extra provision for Malay Vernacular Education, both for trained teachers and for new school buildings are Kampong Bahru, Kuala Lumpur, at Sungei Tuah, Ulu Klang, and Bangi; also for a hostel at the High School, Klang, and for extensions to existing schools.” said Mr. Sleep.“ (The Straits Times, 16 November 1936, Page 13: |"$308,000 FOR ROADS AND BUILDINGS").
Dewan Lama Sekolah Melayu Bangi (Tarikh tidak diketahui) (Sumber gambar: Faizal Haji Zainal, 2008: "SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi")
Kini dewan lama telah dirobohkan untuk pembangunan bangunan-bangunan baru.
“Projek: Daif Selangor (2022). Pembinaan bangunan gantian yang mengandungi 11 bilik darjah, pusat sumber, bilik guru, bilik mesyuarat, 2 bilik sains dan lain-lain kemudahan di SK Bangi, Hulu Langat, Selangor (BBA4018). Pegawai Penguasa: Jurutera Daerah JKR Hulu Langat. Wakil Pegawai Penguasa: Jurutera Bangunan JKR Hulu Langat. Pelanggan: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kontraktor: Rezeki Sahabat Sdn Bhd. Alamat kontraktor: No. 41G & 41-1, Jalan SP5/5 Bandar Saujana Putra 42610 Jenjarom Selangor. Tarikh mula: 26-08-2024. Tarikh siap: 18-10-2026.” (Papan tanda projek di dalam gambar ini).
Menurut Guru Besar SK Bangi, Puan Nora Hussein, murid SK Bangi kini telah mencecah 1,400 orang, dan kelas-kelas yang sedia ada tidak dapat menampungnya lagi. Disebabkan ketiadaan ruang, bangunan baru akan terpaksa didirikan di tapak bangunan lama sekolah: “Murid SK Bangi bertambah setiap tahun. Sekarang murid SK Bangi mencecah hampir 1400 orang . Kami X cukup kelas utk menampung Untuk dirikan bangunan SK Bangi X Ada tempat, melainkan robohbina. Bangunan lama perlu dirobohkan Dan diganti dengan yg baru.sekiranya kami tidak merobohkan bangunan tersebut Kami tidak dapat bangunan baru sedangkan itu keperluan. Kemasukkan murid yg padat menyebabkan GB kena buat keputusan dan memohon bangunan baru. Bukan tidak menghargai tetapi maintance terpaksa ditanggung oleh sekolah.Oleh yg demikian saya selalu GB membuat keputusan utk meroboh Dan membina bangunan baru bagi keselesaan Dan keselamatan murid. bangunan tersebut sgt² uzur. Permohonan bangunan baru telah diluluskan oleh KPM. Dan laporan utk roboh telah dihantar ke PPD. Sy Mohon maaf kepada seluruh penduduk Bangi sekiranya Ada yg Rasa agak terkilan, tapi apa yg diputuskan kerana keperluan.” (Puan Nora Hussein, 11 Januari 2022: Ruangan komen posting).
Cadangan: pameran dokumentasi sejarah SK Bangi
08e. Masjid Kariah Bangi (1941)
Tapak lot tanah dimohon pada 1919.
“Tapak lot tanah Masjid Bangi mula dimohon oleh penduduk Bangi pada tahun 1919 iaitu setahun setelah Bangi mendapat Ketua Kampung yang rasmi dan telah mendapat kelulusan dan digazetkan pada tahun 1928 dengan tujuan untuk pembinaan sebuah surau. Tanah seluas 1 acre 7 perches ini terletak berdekatan Balai Polis Bangi yang telah awal dibina pada 1914. Masjid ini dikatakan dibina pada tahun 1941 dengan binaan kayu kemudian dibangunkan kembali pada tahun awal 70an dengan reka bentuk rasmi masjid-masjid kerajaan semasa itu.” ( Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi"). (Arkib Negara 1957/0203091W, 10/10/1919: "RESERVATION OF A SMALL PORTION STATE LAND FOR A MOSQUE SITE AT BANGI").
Diluluskan 1928.
(Arkib Negara 1957/0256988W, 25/06/1928: "RESERVATION OF ONE ACRE OF STATE LAND AS A MOSQUE RESERVE AT BANGI VILLAGE").
“Tapak Masjid Bangi 1919. Masjid Kariah Bangi dibangunkan di tanah yang dimohon secara rasmi pada pentadbiran British Selangor pada Januari 1919 dan tanah yang berkeluasan 1 acre 7 perches tersebut hanya memperolehi kelulusan dan digazetkan sebagai tapak rizab masjid pada 10 Disember 1929 iaitu hampir 10 tahun setelah permohonan dibuat.” (Pekan Bangi @ Facebook, 23 Mac 2025: |"Tapak Masjid Bangi 1919").
Dibina 1941.
09. Kg Batu 5 Bangi (1898)
Dibina tahun 1934.
“Rumah ini dibina pada tahun 1934.”
Pernah menjadi kediaman ketua kampung dahulu.
“Rumah ini pernah menjadi tempat tinggal ketua kampung terdahulu. Menurut ketua kampung, En. Hamzah bin Jahid, rumah ini telah berusia kira - kira 80 tahun. Rumah ini telah diubah suai sebahagiannya tetapi bentuk asal masuh dikekalkan.”
(Sumber: Kampung Batu 5, Jalan Bangi, 13 Disember 2014: |"Mercu Tanda Kampung Batu Lima").
“Kampung Batu Lima Bangi mula dibuka pada tahun 1898 oleh sekumpulan peneroka dari pulau jawa yang diketuai oleh Tuan Haji Ali Mustapa, Tuan Kartorejo, Tuan Haji Sharkawi bin Haji Palil, Tuan Haji Khalil bin Haji Kasantawi dan Tuan Haji Rais. Kampung ini dinamakan Kampung Batu Lima kerana diambil sempena jarak sejauh lima batu dari pekan Semenyih, maka ia dipanggil Kampung Batu Lima Bangi.” (Kampung Batu 5, Jalan Bangi, 5 Disember 2014: | Sejarah Kampung)
“Kampung Batu Lima Bangi terletak di Jalan Bangi, Selangor. Pada tahun 1940-an nama kampung ini ada tercatat di dalam geran tanah penduduk tertua kampung. Rata-rata penduduknya adalah berbangsa Jawa suku Kendal dan Karanganyar yang berasal dari Jawa Tengah.” (Adminbatulima, 11 Mei, 2015: |"Kampung Batu Lima Bangi: Hari Ini").
10. Ringkasan
Gambar hiasan: “Old Town Shoplots” (Azman Nor, 15 Ogos 2020: "Plein air (15 Ogos 2020) sekitar Pekan Bangi Lama".
Masih ada:-
- Sungai Langat
- Kuil Sri Maha Mariamman (1896?)
- Jambatan lama kuil (1896?)
- Lombong Jln Sg Chua (1896?)
- Jambatan lama Sungai Chuau (Awal 1900-an)
- Pekan Bangi (1902 → 1927)
- Landasan Kereta Api Bangi-Rekoh (1902)
- Hutan Simpan Kekal UKM (1906 → 1996)
- Stor/Rumah asal getah Sungei Ramal Estate (1923?)
- Masjid Haji Mat Saman (1929)
- Rumah Lama Kg Batu Lima (1934)
- Masjid Kariah Bangi (1941)
Berpindah / Binaan baru:-
- Tokong Shen Sze She Yar (1870 → 1892 → 1898)
- Kampung Orang Asli Bukit Tunggul (1958 → 1974 → 1993).
Kesan peninggalan:-
- Gambar keluarga kangani West Country Estate (1921)
- Gambar pekerja West Country Estate (1960-an).
- Wawancara Munaianty s/o Ponnusamy (2013).
Tiada kesan:-
- Balai Polis Rekoh (1879-1897)
- Pekan / Kampung Rekoh (1883-1898)
- Stesen keretapi Bangi (1902)
- Dewan Lama SK Bangi (1937-2024)
11. Penutup
Gambar hiasan: “Old Town Shoplots” (Azman Nor, 15 Ogos 2020: "Plein air (15 Ogos 2020) sekitar Pekan Bangi Lama".
Sekian (Bahagian II),terima kasih.
PDF Pembentangan:
Slides pembentangan:-