Jadual Kandungan
Bicara Ilmu Bangi @ PTSL: Dari Titik Sejarah ke Kota Ilmu
Pembentangan (Bahagian Syahrul Sazli Shaharir)
Rumusan
Kesedaran sejarah setempat
Soalan:
- Adakah kesedaran terhadap nilai sejarah Bangi semakin meningkat?
- Bagaimana kita boleh menggalakkan penglibatan generasi muda dalam memahami akar sejarah Bangi?
Kesedaran Nilai Sejarah Bangi
Sejarah "Besar" dan "Kecil"
Di kalangan orang awam, dalam hal-hal bernaratif besar dan berkepentingan tertentu (politik negara, kaum atau agama tertentu, dsbgnya), kesedaran sejarah boleh dikatakan meningkat, contohnya naratif kiri lawan kanan yang memuncak selepas 1990-an (Dr Azmi, USM), mengembalikan kegemilangan zaman lampau, dan sebagainya. Lazimnya secara informal, iaitu di luar institusi dan kegiatan pentadbiran atau ekonomi semasa.
Sejarah tempatan (bandar, kampung, seperti Bangi) pula tergolong dalam sejarah terpinggir, malah lebih banyak menggunakan kaedah dan sumber yang kurang diiktiraf seperti sejarah lisan atau tradisi lisan, merentas pelbagai bidang seperti antropologi, geografi, ekonomi, dll (Aliran Annales - Dr Mahani). Di kalangan peminat sejarah, lebih ramai yang berminat hal-hal besar di atas, berbanding yang terpinggir. Ini mungkin faktor utama yang menyebabkan kurangnya kesedaran nilai sejarah Bangi.
Jurang antara Sumber dan Para Pengkajinya
Menurut Dr Mahani Musa (USM), bidang sejarah mengalami krisis persepsi sejak 1990-an: tampak tak ada tujuan, kaji hal lampau saja, tak relevan dengan kemajuan teknologi, tak membawa keuntungan, dan tidak menjamin pekerjaan. Banyak universiti di Eropah tutup atau gabung jabatan sejarah mereka. Apatah lagi institusi2 di luar akademia (kerajaan/pentadbiran dan swasta/ekonomi), hampir tiada peruntukan atau perancangan untuknya, malah langsung tak difikirkan. Bahan-bahan masa lalu terabai, tidak tersusun dan terarkib, sering dianggap “rahsia dalaman” dan disimpan begitu saja, malah dilupuskan. Sebahagian kecil saja yang dihantar ke Arkib Negara.
Kesannya, terdapat jurang yang besar di antara penyimpan maklumat masa lalu (institusi pentadbiran dan ekonomi), dengan orang awam. Dalam konteks Bangi misalnya, hampir tiada maklumat masa lalu yang dapat diperolehi (dengan mudah) dari institusi-institusi seperti PKNS, MPKj, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, JUPEM, LUAS, dan jabatan-jabatan lain. Di Arkib Negara, hanya brosur “marketing” Bandar Baru Bangi tahun 1974 sahaja yang ada. Selebihnya ada dalam simpanan institusi di atas (itu pun jika masih ada).
Adakah masa untuk sejarah?
Ada juga yang minat sejarah, atau ada kesedaran sejarah (malah sejarah tempatan atau terpinggir sekalipun), tetapi tiada masa, akibat hambatan ekonomi semasa (rujuk krisis bidang sejarah di atas - mereka terpaksa bekerja dalam bidang lain dan sudah terlalu sibuk di situ). Generasi muda khususnya, terpaksa bergiat dalam “gig ekonomi”, sepenuh masa atau sambilan, akibat pelbagai faktor. Bagaimana untuk libatkan generasi muda, apabila ramai di antara mereka mengalami masalah sebegini?
Sekolah dan sistem/budaya pendidikan
Begitu juga di sekolah. Saya mula tercetus idea untuk cuba jalankan carian sejarah tempatan Bandar Baru Bangi, melalui cadangan aktiviti ko-korikulum anak saya di sekolahnya. Malangnya, disebabkan kesibukan tuntutan silabus dan peperiksaan (kecemerlangan di atas kertas), juga kesibukan saya sendiri, serta kurang kemahuan pihak sekolah itu sendiri, aktiviti-aktiviti sebegini sukar dijayakan. Antara sekolah yang berjaya menjalankan kajian sejarah tempatannya ialah Tanarata International School (sejarah Kajang), mungkin kerana hasil inisiatif dan semangat para guru serta tahap autonomi pentadbirnya (sekolah swasta, dalam sebahagian kecil bekas ladang West Country Estate - keadaan sekolah mereka pun seolah masih dalam ladang estet, cuma serba lengkap dan moden). Hasil kerja mereka diterbitkan dalam buku (Tanarata International Schools, 2013: Kajang and Its Surrounds), yang telah menjadi antara sumber saya dalam pembentangan ini.
Berbeza halnya dengan SK Bangi (dan kebanyakan sekolah-sekolah melayu lain, yang diserap menjadi sekolah kebangsaan yang ditadbir secara berpusat, di bawah Pegawai Pendidikan Daerah masing-masing). Cabaran para guru yang berinisiatif tinggi (contoh: menjaga dewan warisannya) sangat tinggi, dan sangat bergantung kepada guru besar. Majoriti para guru dan ibu bapa pula kurang kesedaran sejarah (sebagaimana yang dibincang sebelum ini) dan lebih mementingkan prasarana pembelajaran mengikut silabus dan peperiksaan. Jika operasi dan penjagaan pernah terabai, sukar untuk disambung atau dipulihara semula (sebagaimana berlaku pada SK Bangi dan guru besar barunya yang tak dapat lagi membetulkan keadaan).
Langkah ke hadapan: Kempen Kepentingan Sejarah Tempatan
Dari sudut ilmiah, kepentingan sejarah tempatan telah lama diakui. Menurut Prof Khoo Kay Kim: “Yang sangat diperlukan sekarang ialah kajian sejarah tempatan kerana jelas perkembangan di satu-satu kawasan tidaklah sama dengan perkembangan di kawasan lain. Kajang berbeza dengan Tanjong Malim sebagaimana Rawang berbeza dengan Jeram. Beranang juga berbeza dengan Batang Berjuntai. Apabila kajian-kajian tentang berbagai kawasan Selangor itu telah siap ditulis barulah kita akan mendapat suatu gambaran yang lebih lengkap tentang sejarah dan masyarakat Selangor.” (Khoo Kay Kim, 1985: |"Selangor Dahulu & Sekarang", m.s. x (“Pengenalan”)).
Namun keperluan penting dan mendesak pensejarahan tempatan ialah untuk memupuk budaya perancangan bandar yang peka terhadap warisan sejarah dan budaya semasa yang perlu dipelihara dan diraikan seadanya, selain memajukan persekitarannya mengikut apa yang turut dikehendaki dan memanfaatkan warganya. Bangi sedang dalam proses urbanisasi yang sangat agresif: hampir semua kawasan estet besar-besar warisan kolonial kini memperolehi kebenaran merancang bandar masing-masing, dan sebagaimana yang telah berlaku di Elmina dll, didirikan “tanaman-tanaman cash crop baru”: batu condo dan shopping mall yang terisolasi dan tak terjangkau warga tempatan, tanpa kemudahan awam secukupnya, serta Environment Impact Analysis (EIA) dan Traffic Impact Analysis (TIA) yang kurang menyeluruh (mungkin perlu ada Historical Impact Analysis (HIA)?). Seolah demi keuntungan sepihak sahaja, menuju ke arah peluasan perbandaran Lembah Klang/Langat (“Greater Klang-Langat Valley”) yang bakal menyesakkan dan memiskinkan ekonomi dan kerohanian warganya.
Beberapa inisiatif di Kajang:-
- Pusat Warisan Kajang / Kajang Heritage Center: “Occupying the second floor of a 4-storey shoplot in Jalan Mendaling, the Kajang Heritage Centre honours this forgotten history with over 300 artefacts such as typewriters, clothing, furniture, photos and documents rescued from old businesses. Aside from the museum, you can also experience the Kajang Heritage Walk for a guided tour of the heritage sites around the district, including the Century Old Shen Sze She Tar Temple, Masjid Jamek Kajang, Century Old Tin Mine at Bukit Arang and more.” (Natalie Khoo, 28 September 2020: |"6 historical museums in Selangor for an insightful blast from the past").
- Latihan kajian pra perancangan Kajang ini tampaknya sensitif terhadap budaya dan sejarah setempat, kemungkinan kesan usaha pensejarahannya sejak beberapa dasawarsa: “The various culture of Kajang & people unfolding through layers of diversity … Sense of belongings with enrichment of old culture, the business that runs on the day & everyday, to make sure the life is on-going … The lack of quality for old generation to be able to adjust to new condition, similarly for the new generation as they hardly adapt to the old culture of Kajang. The old and new are co-exist within the same Kajang yet disconnected in terms of fusion of culture and communication. … The remnants of unmaintained structures, abandoned closed shophouses and the recession of old businesses from time to time tends to increase the possibility of displacement issue as the increase of new development and immigrants causing fading of sense of belonging. … Kajang is dynamic in its aspect of walkability, accessibility with diversed people using the public spaces, yet it is not dynamic in the aspect of cultural integration.” (Yeo Shi Jie, Jul 30, 2020: |"[ A DYNAMIC KAJANG: SITE B ] - Project 1 - 'Preliminary Study’ - Urban Analysis & Precedent Studies").
Selain itu, ia dapat memperbaiki dan merapatkan hubungan di antara warga setempat yang berbeza kaum, suku, latar belakang, agama, pandangan alam, taraf hidup, latar belakang sosioekonomi, dll. Warga “bandar baru estet, hutan, atau kampung”, santuni masyarakat yang telah sedia ada di situ. Jika setiap komuniti masyarakat ini dapat menjalankan kajian sejarah mengikut perspektif mereka, dalam masa yang sama terbuka (dan berempati) dengan perspektif berbeza dari komuniti lain yang terbit dari kepelbagaian itu, mungkin dapat memupuk budaya kenal-mengenal, hormat-menghormati dan bekerjasama, dalam erti kata sebenar. Sejarah tidak boleh diubah dan hanya perlu difahami seadanya, dan diambil teladan-teladannya untuk panduan perancangan masa hadapan, bukan berpatah balik ke belakang.
Cadangan Jangka Pendek
- Ruang kecil pameran sejarah di ruang-ruang awam (stesen, shopping mall, dll - tak semestinya terus buat muzium)
- Plak sejarah di tempat-tempat tertentu, sebagaimana yang dicadangkan dalam pembentangan ini
- Rancang acara-acara sejarah di pelbagai tempat (termasuk sekolah-sekolah), jalin kerjasama dengan kerajaan (PBT), dan NGO (PPPFM, Pusat Warisan Kajang dan kolektif-kolektif sejarah lain).