Jadual Kandungan
Bicara Ilmu Bangi @ PTSL: Dari Titik Sejarah ke Kota Ilmu
Nota Pembentangan (Bahagian Syahrul Sazli Shaharir)
Pusingan 3: Kenangan (1980-an)
Bicara Ilmu Sejarah BBB - Bahagian III (Kenangan).pdf
Perkongsian membesar di Bandar Baru Bangi
Soalan:
- Apakah kenangan yang paling memberi kesan ketika membesar di Bandar Baru Bangi – sekolah, komuniti, perubahan bandar?
“Reflection (Taman Tasik Cempaka): Watercolor on Khadi paper, 30cm x 42cm” (Azmannor, 2020: "Reflection (Taman Tasik Cempaka)").
01. Fasa 1 (Seksyen 1), 1981-1983
01a. Rumah di Jalan 1/3C
01b. Surau Al-Umm (kini)
No 6, Jalan 1/3G (Berhampiran rumah).
Dibuka secara gotong royong pada tahun 1978.
Bandar Baru Bangi mula diduduki sekitar Disember 1977, di Seksyen 1 kini. Ketika itu belum ada masjid atau surau, dan solat jemaah diadakan dari rumah ke rumah. Pada 4 Februari 1978, persatuan penduduk telah ditubuhkan, diketuai oleh Encik Omar Jaafar. Melaluinya penduduk telah berusaha mendapatkan bangunan surau dari pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pada 5 Ogos 1978, PKNS telah memperuntukkan sebuah rumah semi D beralamat No. 6, Jalan 1/3G sebagai surau tersebut. Gotong-royong diadakan bagi membersihkan rumah ini, dan keesokannya (6 Ogos / 1 Ramadhan) ianya mula diimarahkan. Sebagai surau pertama, ia diberi nama 'Al-Umm' (Ibu): “Untuk memenuhi keperluan penduduk pihak PKNS membenarkan sebuah rumah semi D di No. 6 Jalan 1/3G dijadikan surau. Ini merupakan pertama kali surau di BBB dan mula digunakan pada 6 Ogos 1978 bersamaan 1 Ramadhan 1398H. Pertambahan surau berlaku dengan bertambahnya seksyen-seksyen sehingga ada yang melebihi dua surau bagi satu seksyen.”
Masjid Al-Umm kini, dibina berdekatan, sebelah padang awam. Dirasmikan 2017
Semenjak itu, beberapa surau telah didirikan di sekitar Bandar Baru Bangi, seiring dengan pertambahan kawasan-kawasan perumahannya. Oleh kerana itu, tiada keperluan mendesak untuk menggantikan surau ini dengan bangunan yang baru. Ia terus beroperasi selama hampir 40 tahun, sehinggalah bangunan masjid yang baru siap dibina bersebelahan padang awam Seksyen 2. Ianya dirasmikan sebagai Masjid Al-Umm, pada 16 Disember 2017.
(Sumber: Dr Shafie Abu Bakar, 7 November 2017: "40 TAHUN BANDAR BARU BANGI : PENCAPAIAN DAN KEMAJUAN - RUMUSAN").
Taman permainan Jalan 1/3C (kemudian?) (Gambar: Sazli Shaharir, 2025).
Pemandangan dari taman permainan Jalan 1/3C ke arah barat laut
01c. Deret kedai Jalan 1/2 (kini)
Lokasi pertama Kedai Devi / Maniam (1979). Pindah ke Jalan 6 (Seksyen 16) (1988). Selepas itu Kedai Gunting Devi di Seksyen 15 dan Seksyen 3.
“Kedai runcit ini sebenarnya diberi nama Kedai Runcit Devi (isteri kepada Uncle Maniam) tetapi lebih dikenali dengan panggilan 'Kedai Maniam'. Mereka memulakan perniagaan runcit ini seawal 1979 dan lokasi pertama kedai runcit mereka adalah di Jalan 1/2 seksyen 1 BBB (berdekatan Sekolah Memandu Mazris). Pada tahun 1988 mereka berpindah ke seksyen 16 (atau dikenali dengan Jalan 6) dan kekal sehingga kini. Selepas itu mereka mengembangkan perniagaan mereka dengan membuka Kedai Gunting Rambut Devi bersebelahan kedai runcit mereka di Jalan 6. … Kini mereka telah mempunyai 3 cawangan kedai gunting rambut di sekitar BBB iaitu di seksyen 16, seksyen 15 dan seksyen 3. … Perniagaan kedai runcit dan gunting rambut ini diasaskan oleh Puan Devi dan Encik Maniam. Apa yang menarik tentang kedai ini dan mampu bertahan lama adalah kerana kedai runcit mereka beroperasi setiap hari seawal jam 6 pagi dan ditutup pada 10 malam.” (Fairuz Mustafa @ Gedung Minda Botak, SEPTEMBER 19, 2021: |"Kedai Maniam : Kedai Runcit Terawal di Bandar Baru Bangi").
KOMEN: “Sekitar tahun 1988-1991 lokasi 'Devi Kedai Runcit' & Kedai gunting rambut uncle maniam ni di No.6 Jalan 1/7E (jalan masuk lama ke SMKBBB).” (Firdaus Abas @ Facebook, 19 September 2021).
Selalu beli akhbar dan majalah di kedai Pak Haji Kassim
Mazris: Tempat belajar memandu
01d. Klinik Ng (kini)
Di Jalan 1/8C
Klinik terawal di BBB (1981?)
“Klinik Ng Sdn Bhd adalah klinik yg paling awal berkhidmat di BBBangi, sejak 80an lagi.. dan ianya masih beroperasi sehingga ke hari ni!” (ibangi.my : Bandar Baru Bangi Online Community, 13 Mac 2013: "Lejen / Legend BBBangi").
01e. Deret kedai Jalan 1/4 (kini):
Pasar Mini Tanjung (1980-an)
No.4 (kini Speedmart): Tum Tailor (1990-an), pindah dari Bangunan UDA, KL. 2003 di Alamanda dan 2007-kini di Seksyen 9 BBB.
Sekitar tahun 1990-an, kedai jahit Tum Tailor telah berpindah dari premis asalnya di Bangunan UDA, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur, ke premis 2 tingkat beralamat di No. 4, Jalan 1/4, Bandar Baru Bangi. Pada Ogos 2003, ia berpindah ke Alamanda Putrajaya. Pada Ogos 2007, Tum Tailor berpindah pula dari Alamanda ke bangunan 3 tingkat yang dibeli di Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, dan kekal beroperasi sehingga kini. (Sumber: Noraini Razak @ MalaysiaGazette, 1 July 2017: |"40 tahun menjahit, Tum Tailors tidak menghampakan pelanggan").
No.8: Balai polis (1997)
01f. Deret kedai Jalan 1/4 (sekitar 1981-1982)
Pejabat Sementara PUSPATI di No. 4, Jalan 1/4, Bandar Baru Bangi, sekitar 1981-1982. Sumber-sumber alamat:-
No.4: Pejabat Sementara Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI), 1981-1982.
(Sumber dan gambar: Agensi Nuklear Malaysia: |"SEJARAH NUKLEAR MALAYSIA").
01g. Kompleks PUSPATI (sekitar 1982)
(Sumber gambar: Agensi Nuklear Malaysia: |"SEJARAH NUKLEAR MALAYSIA").
1979: Pembinaan kompleks PUSPATI di Hutan SimpanBangi seluas 27 hektar (di antara UKM dengan Pekan Bangi).
1982: Mula beroperasi. Gambar ini mungkin sekitar waktu itu.
Permulaan Pembangunan infrastruktur PUSPATI di tanah seluas 27 hektar, yang terletak di antara UKM dengan perkampungan sekitar Bangi: “Infrastructural development on the 27-hectare at Bangi commenced in January 1979, culminating in its coming into full operation in June 1982 with the commissioning of its nuclear research reactor. PUSPATI was later renamed the Nuclear Energy Unit (UTN) in June 1983 on being placed under the auspices of the Prime Minister's Department.” (Asia Research News: |"Malaysian Institute for Nuclear Technology Research (MINT)"). Tapak perancangan asalnya ialah di Sungai Buloh, sebelum ditukar ke Bangi atas “sebab-sebab teknikal dan keselamatan serta kesesuaian kawasan”. Sementara itu pejabat sementara PUSPATI beroperasi di Bandar Baru Bangi.
Agensi Nuklear Malaysia kini (Gambar: Sazli Shaharir, 2025).
01h. Sekitar Medan Usahawan Bangi (kini)
1980-an: Tapak pasar malam. Beli tauhu sumbat dan asam buah cermai.
1990-an: Kedai makan (Adam Seafood) jadi tumpuan.
01i. Pasar Basah
(Gambar: Sazli Shaharir, 2025).
Pasar basah. Dibina selepas deretan kedai siap dibina, sekitar 1980-an.
(Sumber: Yusoff Osman, penduduk BBB sejak 1978).
01j. Pasar Mini Kiat Seong (kini)
Di lot tepi Jalan 1/4A, sebelah pasar.
Kiat Seong berasal dari Dengkil.
Uncle Siong berasal dari Dengkil dan amat selesa dengan komuniti BBB yang majoritinya adalah masyarakat Melayu.
Dibuka tahun 1988, selepas berhenti kerja. 3 daripada 4 orang anaknya lahir ketika di BBB.
“Uncle Siong memulakan perniagaan ini pada tahun 1988 setelah beliau berhenti kerja. … Uncle Siong mempunyai 4 orang anak dan 3 orang daripadanya lahir semasa beliau telah memulakan Pasar Mini Kiat Siong di BBB.”
Asalnya di lot tengah, tapi berpindah setelah kedai percetakan di lot tepi ditutup.
“Bermula dari menyewa lot kedai tengah (intermediate) dan setelah perniagaan percetakan di sebelah lot kedai beliau tutup, beliau berpindah ke lot tepi (lokasi kedai sekarang) di Jalan 1/4A, Seksyen 1 BBB.”
Lot lamanya diambil alih adiknya (Kedai jahit dan kedai Runcit).
“Kini lot kedai lama beliau diambil alih oleh adiknya yang menjalankan perniagaan jahitan dan runcit.”
Kemuncak: 1993-1996, oleh kerana masih ramai anak kecil dan remaja di sekitarnya.
“Berkongsi kenangan manis beliau ketika perniagaannya memuncak adalah pada sekitar tahun 1993 – 1996 kerana pada waktu itu komuniti BBB dipenuhi oleh kalangan kanak-kanak dan remaja serta kerancakan pembangunan di BBB pada ketika itu.”
(Sumber: Fairuz Mustafa @ Gedung Minda Botak, 4 Ogos, 2021: |"Kedai Runcit Lagenda Bangi – Pasar Mini Kiat Siong").
02. Pindah ke Fasa 2 (Seksyen 3), 1983
02a. Rumah di Jalan 3/4
(Gambar: Sazli Shaharir, sekitar 1983-1985)
- Gambar: di tanah kosong (kini rumah-rumah banglo) bersebelahan Jalan 3/3, menghadap perumahan kami di Jalan 3/4.
02b. Rukun tetangga Seksyen 3 (sekitar 1983-1985):
(Gambar: Sazli Shaharir, sekitar 1983-1985)
- Gambar diambil di Jalan 3/2,mungkin selepas bergotong-royong.
- Jadual kawalan kejiranan (beberapa orang bergilir meronda setiap malam).
02c. Rumah di Jalan 3/4 (sekitar 1985-1986):
(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
- Pemandangan dari pekarangan rumah, menghadap Bukit Bangi (Seksyen 2) di sebelah barat, sekitar 1985-1986.
02d. Rumah Jalan 3/4, Menghadap Rumah Teres dan Pangsa (1985)
(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
- Pemandangan dari pekarangan rumah, menghadap perumahan teres dan rumah pangsa baru di sebelah utara, sekitar 1985-1986.
02e. Rumah Jalan 3/4, kini
(Gambar: Sazli Shaharir, 2023).
- Dahulu berbaringan pada waktu malam, boleh dengar kereta api lalu di landasan Kg Sg Tangkas.
- Kini, persimpangan Persiaran Pekeliling di hujung jalan ini adalah antara yang paling berbahaya di BBB.
02f. Tanah Lapang (Timur) (sekitar 1985-1986)
(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
- Blok rumah kami sahaja yang ada di Seksyen 3 selama beberapa tahun, diikuti rumah teres dan pangsa berdekatan.
- Mungkin bahagian tenggara ladang West Country Estate ini ditebang dengan meluasnya sekitar 1983-1984 untuk dibangunkan, namun terhenti akibat kemelesetan ekonomi 1985-1986.
- Tanah lapang ini meluas sehingga ke bekas lombong di pinggir Sungai Langat (kini Taman Bangi 3, Seksyen 3 Tambahan – mungkin gambar ini menghadap ke situ), dan kawasan yang belum ditebang di sebelah utara (Seksyen 4 kini).
02g. Parit Besar (sekitar 1985-1986)
(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
- Mungkin sekitar parit besar Seksyen 3 kini, terdapat alur parit yang belum sempurna, mengalir hingga ke bekas lombong di sebelah tenggara (mungkin sekitar Pangsapuri Damai Residensi, Seksyen 3 Tambahan kini).
- Di sekitarnya ada “gua-gua” kecil, dan di hujungnya ada seakan “air terjun”. Mungkin gambar “perkelahan” ini diambil di sekitar kawasan tersebut.
02h. Pasar Mini Desa
(Gambar: Sazli Shaharir, 2025)
- Di lereng bukit Jalan 2/4e
- Berbasikal dari Seksyen 3 melalui Persiaran Pekeliling (ketika itu masih lengang).
- Pertama kali beli Cornetto (50 sen) dan Nutella kecil (50 sen juga rasanya).
- Kini telah tiada.
03. SRK BBB (1981-1986)
03a. SRK BBB Kini
Dibuka tahun 1981.
Dahulu hanya 1 blok 2 tingkat paling hadapan sahaja. - 8 bilik darjah 1-4, 1 kantin, 177 murid, 8 guru.
“SK BBB telah ditubuhkan pada 11 April 1981 dan beroperasi secara rasmi pada 2 Mei 1981 dengan satu blok, 8 bilik darjah dan sebuah kantin. Pada masa itu hanya terdapat 177 orang murid dan 8 orang guru daripada tahun 1 hingga tahun 4 sahaja.” ("sejarah sekolah". R.Barthy, August 5, 2007)
Di belakangnya padang sekolah.
Padang yang di hadapan ini ialah padang awam di luar sekolah. Pernah ada latihan sukan balapan di sini.
03b. Darjah 5 Putih (1985)
04. Lorong Basikal dan Pejalan Kaki (kini):
04a. Perancangan Asal
Perancangan asal PKNS: Laluan utama yang menghubungkan di antara kawasan-kawasan perumahan dengan premis serta kemudahan awam (sekolah, pasar, dll).
“Perkara yang penting dalam rancangan Bandar Baru ini ialah konsep mengutamakan kegunaan lorong-lorong berjalan kaki dan lorong berbasikal, yang akan menyambungkan segala aktiviti-aktiviti satu-satu kawasan kediaman dengan yang lain dibandar tersebut. Lorong-lorong ini akan dapat dilihat sebagai satu tempat perkembangan bagi kawasan sekelilingnya dengan adanya kemudahan-kemudahan sosial, pelajaran dan lain-lain lagi disepanjang jaraknya. … Lorong-lorong ini menyediakan rangka asas bagi menghubungkan kawasan-kawasan dan penduduk-penduduk sekitar.”
Hentian bas di setiap pertemuan lorong dengan jalan besar.
“Tempat-tempat perhentian bas akan diadakan ditakat mana lorong-lorong tersebut bertemu dengan jalan besar.”
(Sumber: PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS) @ Arkib Negara 2006/0033913W, 31/12/1974: |"PELAN STRUKTUR BANDAR BARU BANGI - 1974").
Dibina merentasi Fasa 1 dan 2, secara berperingkat.
Digunakan sekitar 1980-1990-an, kemudian terbengkalai.
Gambar: Bahagian berhadapan pasar basah (2021), masih boleh dilihat lorong pejalan kaki, diapit lorong basikal (kiri dan kanan).
04b. Terowong di bawah Persiaran Pekeliling (kini):
(Gambar: Sazli Shaharir, 2024).
- Bahagian lorong yang menghubungkan Seksyen 2 dan 3.
- Ketika musim PKP (2020), Persatuan Penduduk BBB, dengan dibantu MPKj, PKNS, Surau Damai, PIBG SMKBBB dan SKBBB, dan Kelab 4×4 Delta Sierra bergotong royong membersihkannya. (Muhamad Aliff Kamal @ Komen Facebook, 2020: "PEMULIHAN TEROWONG BERHANTU DI SEKSYEN 2 BBB (FB Mazwan Johar)")
- Pada Mac 2023, MPKj menaik taraf lorong bahagian ini, siap pada November 2023. (Sumber: Majlis Perbandaran Kajang, 3 Disember 2023: "Laporan Pemantauan Tapak").
- Dinamakan sebagai “Green Lung Lane” (kemudiannya “Pintasan Hijau”). (Sumber: ibangi.my, 21 Disember 2024: "Cantik Pintasan Hijau / Green Lung Lane").
05. Stesen Bas Sum, Kajang (1986):
“Stesyen bas Sum Kajang ,foto sekitar tahun 1986 .” (Mustafa bin Yahya (Tapa Seni Rimba) @ Facebook Bandar Kajang Group, 19 April 2019: "Stesyen bas Sum Kajang ,foto sekitar tahun 1986").
- Satu-satunya bas ke Kajang.
- Jarang masuk Fasa 2. Perlu tanya pemandu / konduktor dahulu.
- Pernah terlepas tekan loceng berhenti.
- Pernah tersalah naik bas ke Pekan Bangi.
- Pernah tertidur sampai Semenyih.
- Bas ke Prang Besar (kini Putrajaya), nampak lusuh berbanding BBB.
- Kini tiada lagi. Jadi sebahagian Plaza Metro Kajang.
06. Ringkasan
“Reflection (Taman Tasik Cempaka): Watercolor on Khadi paper, 30cm x 42cm” (Azmannor, 2020: "Reflection (Taman Tasik Cempaka)").
- 1981-1983: Di Fasa 1 (Seksyen 1): suasana perumahan moden yang ada ciri “kekampungan”. Berjalan kaki atau berbasikal ke mana-mana (Lorong-lorong tersedia).
- 1983-1986: Di Fasa 2 (Seksyen 3): kawasan yang masih baru, tak banyak rumah / orang. Tanah lapang meluas, dan masih ada lombong tinggal yang besar.
- Hanya keluar ke Kajang, naik bas atau kereta. Tak pernah ke mana-mana kampung atau pekan lain di sekitarnya (termasuk estet yang masih ada): agak terisolasi.
Penutup
“Reflection (Taman Tasik Cempaka): Watercolor on Khadi paper, 30cm x 42cm” (Azmannor, 2020: "Reflection (Taman Tasik Cempaka)").
Sekian (Bahagian III),terima kasih.
PDF Pembentangan:
Slides pembentangan:-