Jadual Kandungan

Bicara Ilmu Bangi @ PTSL: Dari Titik Sejarah ke Kota Ilmu

Pembentangan (Bahagian Syahrul Sazli Shaharir)

Pusingan 2: Tinggalan Sejarah

01. Di Manakah Rekoh?

01a. Balai Polis Rekoh / Rumah "Raja" (1879-1897)


Gambar: Kiri: Peta tahun 1904 (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Kanan: Peta kini (Mapcarta).

01b. Kampung Reko (1898)

Pelan tanah Kampung Reko, 1898
Pelan tanah Kampung Reko, 1898.

Gambar: Suatu tinjauan dan bancian semula di Kampung Reko, untuk tujuan pengeluaran semula geran-geran pemilikan tanah penduduknya ketika itu, yang telah lama tidak terurus. Geran-geran tanah yang pernah dikeluarkan di antara 1883-1889 semuanya telah terbatal, berikutan kematian atau penghijrahan pemegang gerannya. Menurut laporan tinjauan, suatu kebakaran yang agak besar pernah berlaku beberapa tahun sebelum ini (Mungkin kesan-kesan kekacauan pada tahun 1890? - Khairil sedang gali telaga ini). Antara yang musnah di dalam kebakaran ini ialah rumah Syed Jahya / Yahya (Penghulu Cheras) dan Anjong bin Amat (yang turut memiliki 6 lot tanah di sini). (Sumber: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 20/06/1898: |"REKO VILLAGE SETTLEMENT").

1900-an: Kajang mula berkembang pesat sebagai pusat ekonomi serta pentadbiran British bagi kawasan selatan Selangor. Hal ini menyebabkan Rekoh mulai terpinggir dan akhirnya menjadi sebahagian daripada ladang-ladang estet yang dibuka besar-besaran ketika itu, untuk tujuan tanaman kopi dan kemudiannya getah. Pekan dan perkampungan Rekoh beransur lenyap dan semakin dilupakan, sehingga tiada kesannya lagi kini: “Kajang lebih diberi perhatian dan dijadikan pusat pentadbiran daerah. Sekolah Inggeris dan Melayu dibina di Kajang, bukan di Rekoh. Begitu juga hospital dan pejabat-pejabat kerajaan yang lain. Rekoh akhirnya mengalami kemerosotan dan “lenyap”.” (Andin Salleh @ Dr Mohamed Salleh Lamry, July 18, 2013: |"Pekan Rekoh yang sudah lenyap").

Kemungkinan lokasi Kampung Rekoh, kini?
Kemungkinan kawasan Rekoh, kini? Tekaan: Bulatan merah, berdasarkan pelan Kampung Rekoh, terletak betul-betul di tebing timur Sungai Langat, di lengkok ke kiri (mudik). Bucu atas deretan sebelah kiri hanya 10 meter sahaja dari tebing sungai (berdasarkan lebar rizab jalan 1 chain (~20m), dan ditandakan sebagai kawasan banjir (berdasarkan Google Maps).

Kemungkinan lokasi Kampung Rekoh, kini? (Jarak dekat, berdasarkan Google Maps)

02. Warga West Country Estate

02a. Kangani West Country Estate (1921)

13b. Keluarga Kangani

Gambar: “Family picture of my grandfather when he was Kajang West Country Estate Kangany. Picture taken in 1921.” (Victor Singaravellu @ History of Indian Labourers in Malaya (HILMA), 25 Oktober 2020).

02b. Keluarga Pekerja West Country Estate (1960-an)

19. 1960-an: Selepas Merdeka

Gambar: “Kathan (grdfther) Ldg west country (timur) Kajang” (Kannan Ramasamy @ History of Indian Labourers in Malaya (HILMA, 3 Jun 2021)).

02c. Munaianty s/o Ponnusamy (1949-2023)

18. 1948-1960

Gambar: Munaianty s/o Ponnusamy, bekas warga pekerja West Country Estate yang masih muda/kecil pada waktu itu. (Tanarata International Schools (2013)).

Suasana Darurat di West Country Estate

Darurat bagi seluruh Malaya (Malayan Emergency) telah diisytiharkan pada 18 Jun 1948 (sebelumnya Perak dan Johor pada 16 Jun, dan selepasnya Singapura pada 24 Jun), berikutan pembunuhan 3 orang pemilik ladang berdekatan Sungai Siput, Perak. Ia adalah tindakan British untuk mengekang ancaman gerakan-gerakan antikolonial secara umum (terutamanya gerakan nasionalis). (Azmi Arifin (2017)). Sejak darurat diisytiharkan, dari semasa ke semasa beberapa kawasan di sekitar daerah Ulu Langat dikenakan perintah berkurung, bagi membendung ancaman komunis.

Pada 13 Februari 1951, kawasan sepanjang Sungai Langat di antara jambatan ladang Inch Kenneth dan West Country Estate telah dikenakan perintah berkurung, kecuali awal pagi, tengahari, dan lewat petang. Kemungkinan perintah berkurung ini ada kaitan dengan siri mogok penoreh getah kontrak West Country Estate (pekerja wanita Tionghua dari Sungai Chua) beberapa minggu sebelumnya. (The Straits Times, 3 February 1951, Sunday Standard, 11 February 1951).

Antara catatan suasana di zaman darurat adalah oleh Munaianty s/o Ponnusamy, bekas warga pekerja West Country Estate yang masih muda/kecil pada waktu itu: “Saya lahir di West Country Rubber Estate, Hulu Langat, Kajang pada tahun 1949. Saya membesar di situ sehingga umur 10 tahun, dalam sebuah keluarga besar dengan 6 orang adik beradik lelaki dan perempuan, dan saya adalah yang kedua termuda di antara kami lapan sekeluarga. West Country Estate merangkumi dari Kampung Baru Serdang sehingga Jalan Reko dan lebuhraya Kuala Lumpur Seremban. Bapa saya tinggal di kuarters yang disediakan oleh majikan, dan saya bersekolah di Kajang Primary School. Saya menaiki bas ke sekolah setiap hari. Banyak kenangan manis saya di sekolah. Malangnya, saya tidak dapat hadir dalam banyak kegiatan di sekolah selepas waktu persekolahan oleh kerana belanjanya mahal, serta jarak sekolah yang agak jauh. Pengurus West Country Estate ketika itu ialah Mr Botham dan pembantunya Mr Foxe, dan sering bersenjatakan shot gun. Ketika darurat, kerajaan British mengarahkan semua pengurus estet menyimpan senjata api. Anggota komunis mendapatkan bekalan makanan dari kampung dan estet, dan sering menyasarkan para pengurus estet yang tidak menyebelahi mereka. Ketika itu juga, banyak keluarga Tionghua di sekitar West COuntry Estate dipindahkan secara paksa ke Kampung Baru Sungai Chua, kerana dianggap penyokong komunis. Di West Country estate, operasi keselamatan diketatkan umpama rondaan “Home Guard”. Setiap malam, beberapa pekerja estet berpakaian seragam biru-kelabu, meronda kawasan estet. Mereka diberi kuasa untuk menyoal siasat warga yang datang atau lalu lalang di sekitarnya. Mereka dibekalkan cota sebagai senjata.” (Tanarata International Schools (2013) (Terjemahan)).

Suasana Aman di Ladang

Menurut Munaianty s/o Ponnusamy, bekas warga pekerja West Country Estate: “Saya berhenti bersekolah setelah tamat Darjah 6 dan mula bekerja di West Country Estate. Sekitar waktu itu, abang sulung saya meninggal dunia dan ibu bapa saya perlukan pendapatan tambahan dari saya. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan ketika mula bekerja ialah ketika saya menjadi ahli pasukan bolasepak West Country Barat. Kami menyertai liga tempatan bersama pasukan-pasukan dari Bangi Estate, Perang Besar Estate, Galloway Estate, JKR, Kajang Old Boys dan Empat Tenang Estate di Stadium Kajang lama. Pengurusan estet memberi sokogan padu terhadap pasukan kami dan setiap hari perlawanan, kami diberi cuti separuh hari. Kami keluar ke padang dengan kelengkapan permainan kami, untuk berentap dengan pasukan lawan di Stadium Kajang. Ketika itu, ia adalah padang besar bersebelahan balai polis, dan berseberangan dengan Pusat bandar Kajang. Terdapat perkhidmatan bas dari Kajang ke Prang Besar Estate, yang melalui West Country Estate. Perkhidmatan bas Sum itulah penghubung kami dengan bandar Kajang yang pelbagai tarikannya bagi kami warga luar bandar.” (Tanarata International Schools (2013) (Terjemahan)).

03. Landasan Kereta Api

Landasan Kereta Api Bangi-Rekoh
Pada hari Krismas tahun 1923, kereta api mel dari Singapura ke Kuala Lumpur telah tergelincir dari landasan kira-kira 2 batu selepas Stesen Bangi, kemungkinan di pinggir Hutan Simpan Bangi (kini sekitar pinggir sebelah barat Alam Sari). Kejadian berpunca daripada satu gandar gerabak yang patah, mungkin disebabkan muatan yang berat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun beberapa gerabak serta landasan telah rosak. Lokasi landasan di dalam ruangan yang agak sempit telah menyukarkan kerja-kerja baik pulih. Akibat daripada itu, kereta api mel dari arah bertentangan telah terlewat lebih 8 jam: “A mishap occured to the day mail up from Singapore on Christmas Day, resulting in considerable delay to traffic .. The train, a heavy one, was running to scheduled time until Bangi was reached, at about 6.20 p.m., and had proceeded some two miles on its way to Kajang when the axle of a first-class coach broke, resulting in the derailment of a number of carriages and considerable damage to the permanent way. A break-down train and staff were telegraphed for, and the work of removing the damaged carriages was speedily proceeded with, though it was made difficult owing to the accident happening in a very awkward spot, namely, in the middle of a deep cutting. Consequently, the night mail from Kuala Lumpur to Singapore, which should have passed through Seremban at 10.30 p.m. left that place at 7.05 o'clock yesterday morning, eight and a half hours late.” (The Straits Times, 28 December 1923, Page 9: |"F.M.S. Mail Train Derailed").

CATATAN: Perihal Keretapi Mel (Mail Train): Sebelum jalan perhubungan darat dibina, surat-surat dihantar melalui bot atau kapal wap. Menjelang tahun 1900-an, jaringan jalan keretapi dan jalan raya mula dibuka untuk tujuan pengangkutan hasil hutan, lombong, dan ladang yang semakin pesat. Di samping itu, surat-surat mula dihantar melalui jaringan ini, antaranya menggunakan keretapi mel. Pada tahun 1906, landasan kereta api utama telah pun menghubungkan Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka, dan Singapura, dengan 93 buah stesen di antaranya, termasuk Stesen Bangi. Seiring dengan itu, pejabat-pejabat pos mula dibuka. Di Bangi khususnya, ia mula beroperasi seawal tahun 1910.

“Keretapi Mel (Mail Train) adalah perkhidmatan henti-henti jarak sederhana. Ianya membawa penumpang, surat, bungkusan, suratkhabar, basikal atau motorsikal. Keretapi ini dilarikan samada di waktu pagi atau malam. Ianya akan berhenti di semua stesen dan perhentian di sepanjang laluan.” (zkeretapi, 20 June 2021: |"Perkhidmatan Keretapi Penumpang").

03. Sungai Ramal

03a. Masjid Jamek Haji Mat Saman (1929)


Gambar Masjid Jamek Haji Mat Saman (bangunan asal) kini: “Masjid lama ini berusia 83 tahun seperti tertera pada tiang masuk pintu masjid yang ianya telah dibina pada 1929. Ianya masih kukuh dan mengekalkan seni bina tempatan dan tidak berubah hanya di cat semula bagi menyerlahkan keasliannya.” (FAIZMIN, July 17, 2012: |"MASJID KG SG RAMAL LUAR KAJANG").

Sumber 1

Gambar Hadapan (1984)
“Pandangan Mesjid Sg. Ramal Luar yang dibina pada tahun 1929. Pada ketika itu mesjid ini berada di zaman dan sebelum peperangan dunia kedua, di mana binaannya masih kukuh dan masih lagi digunakan.”

“Mesjid Sg. Ramal Luar, Kajang, Selangor, telah dibina pada tahun 1929 dengan harga sebanyak $40,000/-, wang ini datangnya dari seorang bijakpandai iaitu Pegawai Daerah yang bernama Datuk Abu Samah. Beliau telah beriktiar supaya penduduk-penduduk kampung yang kebanyakannya penoreh getah mengenepikan sejumlah wang, dari kupon getah mereka dikumpul dan dari sedekah jahriah orang ramai. ….. Mesjid ini telah dibina oleh seorang kontraktor Cina dari Kuala Lumpur namanya ialah Bong Siew. Kontraktor ini telahpun meninggal dunia dan tidak dapat maklumat dari beliau. Pelan asal juga tidak dapat dikesan begitu juga dengan akitek yang mereka mesjid itu. Pada tahun enam puluhan meningkatnya jumlah penduduk-penduduk yang tidak dapat menampung jemaah, jadi satu tambahan telah dibuat dengan harga sebanyak $10,000/-. Pembinaan mesjid ini adalah mengikut peringkat-peringkat. Peringkat I ianya empat persegi tepat, Peringkat II ialah empat persegi bujur tambahan dan Peringkat III mesjid itu dijadikan empat persegi tepat tambahan 150'-0” x 150'-0”. Pagar dan tandas kepada mesjid itu adalah sumbangan dari Lembaga Loteri dan Kebajikan Mesyarakat kerana penduduk-penduduk di situ enggan mencemar mesjid mereka dengan wang dari sumbangan Lembaga Loteri. Bahan binaan mesjid seperti kayu cengal untuk kerangka bumbong dipercayai dibawa dari hutan Ulu Langat.“

(Sumber: Abdul Aziz Ramli, Shahrom Sapari, Hj. Ahmad Mohd. Ibrahim, Noridah Mohd. Saad, 1984: |"Kajian Bangunan Lama Mesjid Sg. Ramal Luar, Kajang").

Sumber 2

“Adalah dimaklumkan masjid ini dibina sejak 1929 sesuai dengan lokasinya berada di pinggir Sungai Ramal – pangkalan tempat persinggahan melalui jalan sungai. Sebagai tempat pertemuan perjalanan dan perniagaan, maka inisiatif diambil tokoh pemimpin semasa itu, iaitu Haji Mat Saman mendirikan masjid di tapak yang ada sekarang untuk kegunaan berjamaah dan berjumaat penduduk Sungai Ramal Luar, iaitu sebelum jalan secara sempurna dari Kajang ke Serdang dibina. Dikatakan juga masjid ini dibina di tepi sungai Ramal bagi memudahkan ahli jamaah mengambil wuduk dari Sungai Ramal tersebut.” (Dr Shafie Abu Bakar, August 16, 2010: |"Masjid Jamek Berkembar - Haji Mat Saman Sungai Ramal Luar Bersejarah - Unik").

“Beliau (S.S.Haji Marzuki bin Hussin, Pengarah JAIS, 2012) menggalurkan sejarah Sungai Ramal Luar yang dikatakan dibuka oleh Tuan Haji Mat Saman yang berasal dari Kampar, Sumatera begitu juga pembinaan masjid- asalnya kayu adalah dari hasil usaha Tuan Haji Mat Saman yang mewaqafkan tanahnya untuk masjid. Haji Mat Saman meninggal pada tahun 1935. Atas jasanya mewaqaf dan mendirikan masjid ini, maka nama masjid ini dikenali dengan namanya `Masjid Haji Mat Saman`.
…..
Kaitan nama masjid dengan Haji Mat Saman, ialah kerana keistimewaan tokoh Haji Mat Saman yang mengasas Masjid yang pada asal dari bangunan kayu. Beliau juga orang yang mewaqafkan tanah yang pada tapak ini didirikan masjid pada tahun 1929. Sebagai pengasas beliau terlibat di dalam mentadbir dan memakmurkan masjid berkenaan. Pembinaan masjid ini selari dengan pembinaan masjid-masjid yang sezaman dengannya seperti Masjid Raja Alang Beranang (Sebelum 1900) dan Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih (1920an). Masjid Haji Mat Saman turut mengalami pembaikan dan perubahan sebagaimana masjid-masjid semasa dengannya.

Dengan wujudnya nama Jamek, iaitu Masjid Jamek Sungai Ramal Luar, bererti masjid ini adalah Masjid Besar, sekurang-kurangnya semasa pembinaannya dan Masjid Kajang Asal yang masih ada berhampiran Masjid Kajang kini yang diperbuat dari kayu (di tepi Sekolah agama di situ) adalah lebih kecil berbanding dengan Masjid Haji Mat Saman Sungai Ramal sekarang. Sebab itu Masjid Sungai Ramal ini menggunakan nama Masjid Jamek Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar, walaupun sekarang tidak lagi releven sebagai masjid Jamek dengan kedudukannya di Kajang.

(Dr Shafie Abu Bakar, July 27, 2012: |"Perasmian Masjid Unik (Haji Mat Saman) Sungai Ramal Luar Oleh DYMM Sultan Selangor: Satu Daya Tarikan").

LATAR PERISTIWA: Raja Alang bin Raja Berayun.

03b. Sungei Ramal Estate

Rumah Asap / Stor Getah? (1923?)



“Tempat saya berlatih menunggang kuda…Selama 7bulan tahun 2005… Hari2 tengok rumah ni.. Tapi tak terbuka mulut nak bertanya pada anggota polis yg ada kat situ” - AdzraaDhiyaa Camelia (Facebook Bandar Kajang, 18 Jun 2019: |"Bangunan lama berdekatan SMKA Maahad Hamidiah Kajang" (Ruangan komen)). Kemungkinan gambar ini diambil sekitar waktu tersebut ~2000-2013 (Mapio: "( History rumah asap ) @ COUNTRY HEIGHTS. KAJANG").

Di dalam suatu surat permohonan pinjaman oleh pemilik Sungei Ramal Estate, H.R. Moullin, dinyatakan blok terawal didaftarkan pada 12 Disember 1907. Diambil alih oleh syarikat Sungei Ramal Syndicate Limited, sekitar tahun 1915.

Sekitar 1915-1918, Raja Alang telah dilantik sebagai salah seorang Pengarah syarikat Sungei Ramal Syndicate Limited: “Raja Allang bin Raja Brayuon was re-elected a Director.” (Pinang gazette and Straits chronicle, 19 March 1919, Page 6: |"SUNGEI RAMAL").

Pembinaan rumah asap ini mungkin sekitar tahun 1923: “The new smoke house is now in working order and a very good sample of smoked sheet is being turned out. The smoke house was erected under the supervision of the estate manager, Mr. C. Phillips, and the result is very creditable to him. I have pleasure once more in expressing our appreciation of Mr Phillips' work as manager and our thanks are due to him for the satisfactory condition of the estate as well as for the moderate working costs.” (Sumber: The Straits Times, 13 March 1923, Page 10: |"SUNGEI RAMAL SYNDICATE").

Dalam Laporan Tahunan ke-10 Sungei Ramal Estate pada 25 Mac 1924, Raja Alang mengundurkan dirinya dari jawatan Pengarah syarikat tersebut, oleh kerana keadaan kesihatannya yang kurang baik ketika itu: “Owing to his continued ill-health Raja Allang bin Raja Brayuon does not seek re-election as a director. It is proposed to ask Mr. M. C. English to accept a seat on the board. … The report and accounts were adopted and Mr. M. C. English was elected a director in place of Rajah Allang bin Raja Brayuon.” (The Straits Times, 27 March 1924, Page 10: |"SUNGEI RAMAL SYNDICATE").

Country Heights (1987)


Keadaan sekitar Sungai Ramal ketika Country Heights baru dibuka: “gambar diatas adalah jalan lama sebelum ada SILK menghala ke Sg.Chua.Lokasi sekarang adalah U-turn ke Shell untuk ke Sg.Ramal Dalam tu,terus tu ada masjid sebelah kiri sebelum simpang ke Taman Kenari.” (Mohd Zafedz Mohd Nor @ FB Bandar Baru Bangi Community (BBBC), 29 Jun 2023 (Ruangan komen): "Rumah asap getah lama (1970/80-an?)").
(Gambar: Facebook Bandar Kajang, 28 Oktober 2019: |"KAJANG". Gambar warna (colorized) oleh Mohamad Fareez).

Country Heights Holdings Berhad ditubuhkan pada 10 Mei 1984. Sekitar tahun itu, syarikat ini telah membangunkan perumahan elit Country Heights di ladang Sungei Ramal Estate. Ketika itu ia dikatakan terbengkalai. Ianya dilancarkan sebagai “Country Heights”, sekitar tahun 1987.

04. Lombong Sungai Chua

Only mining pool left in Kajang (at Sungai Chua) converted into a recreational park
“Only mining pool left in Kajang (at Sungai Chua) converted into a recreational park.”

“The tin boom in the district occurred in the middle of 1890’s, when Chinese businessmen made huge investments in the district. One of the Chinese miners was Goh Ah Ngee,who was active in Balau (Broga today). He even built a church for a small group of Chinese Christians in the area. The first mine at Semenyih was opened by a Hokkien named Cheah King. Other Chinese miners were Khoo Seah, who had mines at Sungai Cheow (Sungai Chua today) Road (1896), Loke Yew at Sungai Merbau in Hulu Langat (1896) and Sungai Kachau in Semenyih (1897), Low Boon Kim at Sungai Jebat (1897) and Chan Yoke who operated a mine at Kajang (present Metro Kajang site). Tin was also found just outside of Kajang where Hakka coolies called it Xi Mi Shan (Tin Ore Hill).This site is the only mining pool left in Kajang. Recently, the Kajang Municipal Council converted the site into a recreational park. Tin mining industry in the district turned out to be a relatively minor enterprise, paling in comparison to other towns in the state. This prompted the District Office to suggest moving to agriculture.”

(Sumber: Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, July 15, 2020: |"History of Kajang").

05. Jambatan Lama Sungai Chuau


Jambatan lama Jalan Ayer Itam, menghala ke barat (Puchong).
(Sumber: TMK Pulasan, 2025).

Jambatan lama Jalan Ayer Itam, menyeberangi Sungai Chuau (sebahagian “Putrajaya Wetlands” kini). Mungkin juga asal-usul nama “Jalan Sungai Chua”, iaitu dari Kajang ke Sungai Chuau, sebagaimana “Jalan Reko” adalah dari Kajang ke Rekoh.

Peta Jalan Kajang - Ayer Itam, berdasarkan peta negeri Selangor, tahun 1900-an
Peta Jalan Kajang - Ayer Itam, berdasarkan peta negeri Selangor, tahun 1900-an. Bahagian yang telah siap diturap dikenali sebagai “Jalan Sungai Chua” (Jalan Kajang-Sungai Chuau / Chua / Chiow / Cheow, ditandakan ungu). (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").

Antara faktor pembukaan tanah di kawasan pedalaman seperti Ayer Itam ini adalah kesan spekulasi meluas berkenaan tanaman kopi. Ayer Itam diteroka oleh Dato Dagang Kuala Lumpur, Haji Mohamed Tahir sekitar 1891-1892 (Sumber: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 16/10/1891: |"FORWARDS A COPY OF A PETITION FROM THE RECENT SETTLERS OF AYER ITAM WHO ASK THAT THEY MAY NOT BE IMMEDIATELY CALLED ON TO INCUR THE EXPENSE OF DEMARCATION OF THEIR LAND"). Dalam dekad 1890-an, ladang kopi meliputi 2,800 hektar tanah di Selangor (Jeyamalar Kathirithamby-Wells, 2005: |NATURE AND NATION: Forests and Development in Peninsular Malaysia" (PDF), m.s. 118). Perihal Dato Dagang Haji Mohamed Tahir.

Setelah pembukaan tanah dibuat, jalan yang menghubungkan Kajang dengan Ayer Itam (sekitar Kampung Pulau Meranti - Bukit Puchong kini) mula dirancang. Ianya dibina secara berperingkat mulai 1896, dan siap sekitar 1905.

06. Sekolah Melayu Bangi (1937)

Gambar dewan lama SK Bangi (Dibina 1937)
Gambar dewan lama SK Bangi (Dibina 1937)

“Pada tahun 1937, sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 4 bilik darjah yang berukuran 100×30 kaki persegi. la bertiangkan batu, berdindingkan papan, beratap genting dan berlantaikan papan. Sekarang ia dijadikan dewan sekolah.” (SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI: |"SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI, KAJANG").

Bangunan tambahan ini mungkin dibina menggunakan dana kerajaan yang telah diumumkan pada 14 November 1936.

Sekolah Melayu Bangi (Tarikh tidak diketahui)
Dewan Lama Sekolah Melayu Bangi (Tarikh tidak diketahui) (Sumber gambar: Faizal Haji Zainal, 2008: "SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi")

07. Kg Batu 5 Bangi (1898)

Sebelum(Dulu)Selepas(Kini)
Kiri: “Sebelum(Dulu)”. Kanan: “Selepas(Kini)”.
“Rumah ini dibina pada tahun 1934. Rumah ini pernah menjadi tempat tinggal ketua kampung terdahulu. Menurut ketua kampung, En. Hamzah bin Jahid, rumah ini telah berusia kira - kira 80 tahun. Rumah ini telah diubah suai sebahagiannya tetapi bentuk asal masuh dikekalkan.” (Kampung Batu 5, Jalan Bangi, 13 Disember 2014: |"Mercu Tanda Kampung Batu Lima").

“Kampung Batu Lima Bangi mula dibuka pada tahun 1898 oleh sekumpulan peneroka dari pulau jawa yang diketuai oleh Tuan Haji Ali Mustapa, Tuan Kartorejo, Tuan Haji Sharkawi bin Haji Palil, Tuan Haji Khalil bin Haji Kasantawi dan Tuan Haji Rais. Kampung ini dinamakan Kampung Batu Lima kerana diambil sempena jarak sejauh lima batu dari pekan Semenyih, maka ia dipanggil Kampung Batu Lima Bangi.” (Kampung Batu 5, Jalan Bangi, 5 Disember 2014: | Sejarah Kampung)

“Kampung Batu Lima Bangi terletak di Jalan Bangi, Selangor. Pada tahun 1940-an nama kampung ini ada tercatat di dalam geran tanah penduduk tertua kampung. Rata-rata penduduknya adalah berbangsa Jawa suku Kendal dan Karanganyar yang berasal dari Jawa Tengah.” (Adminbatulima, 11 Mei, 2015: |"Kampung Batu Lima Bangi: Hari Ini").

08. Jalan Reko-Sepang (1929)

1891: Jalan Reko-Sepang

Gambar:-
Kiri: Keadaan Jalan Reko-Sepang (ditanda merah), sekitar tahun 1904. Pekan Bangi telah pun dibuka dan kini ditandakan di dalam peta. Bahagian jalan dari kawasan Sungai Buah hingga ke Sepang ditanda sebagai “Six Foot Track”, iaitu masih jalan kuda selebar 6 kaki sahaja. Jalan ini dibina 1893-1894, atas cadangan H.F. Bellamy, Superintendent Public Works Department negeri Selangor (1891), bagi menghubungkan ladang kopi Eropah di Rekoh dengan ladang lada hitam Tionghua (contoh: Tau Keh Loh Cheng Keng) di Sepang. Ketika itu jalan ini melewati bahagian timur Bukit Tunggul, menelusuri Negeri Sembilan hingga ke Sepang.
Kanan: Jalan Reko-Sepang yang baru secara kasar (ditanda merah), setelah siap, sekitar tahun 1929. Ia melewati bahagian barat Bukit Tunggul, menelusuri sebelah negeri Selangor, melalui Jenderam dan Salak. Mungkin perubahan laluan ini sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh perancang awalnya (H.F. Bellamy), yang mengatakan denai yang asal itu melalui kawasan Sungai Ujong (sukar dari segi pentadbiran projek dan selenggaraan), lalu mencadangkan laluan sebelah kiri yang pernah beliau ikuti ketika ekspedisi mengukur sempadan baru Selangor-Sungai Ujong pada Mac 1883 dahulu. Ianya sedikit sebanyak kekal sehingga kini.

(Sumber: Arkib Negara 1957/0025536W (09/06/1891)).

Bukit Tunggu(l), Tunggu(l) Si-Jaga, dan Sungai Buah, di dalam peta negeri Selangor, tahun 1900-an (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").

Bukit Tunggul terletak di antara Jenderam (kini dalam daerah Sepang) dan Bangi (kini dalam daerah Hulu Langat). Ia merupakan mercu tanda kawasan sekitarnya sejak dahulu. Contohnya, terdapat riwayat turun temurun di kalangan orang Asli Besisi, Blandas, dan Temuan, yang menyebut Tunggul Si-Jaga (ditanda di dalam peta 1904 di atas, terletak berdekatan puncak Bukit Tunggul) sebagai salah satu mercu tanda petempatan nenek moyang mereka pada zaman dahulu kala.

(Sumber: Hutan Simpan Bukit Tunggul)

09. Perkampungan Orang Asli (1974-1990an)


“In 1993, the Selangor state government sold a piece of land at Bukit Tunggul for the development of a golf resort. Thirty-four families of the Temuan Orang Asli group were told to vacate their land. This was the second time they were asked to move. Originally, the Temuan were from Bangi and in 1974, the Government told them to move as the land was marked for the construction of Universiti Kebangsaan Malaysia. They resettled at Kampung Sungai Buah and Bukit Tunggul. The golf resort developer agreed to offer cash and build houses for them at Kampung Kechau Orang Asli Settlement, Semenyih. Many do not want to move there as that belongs to another group of Orang Asli. According to a press report in 2016, these families are still staying put on the land that now belongs to Bukit Unggul Golf and Country Resort Sdn Bhd without electricity and water supply. … The Orang Asli are now staying at Kampung Orang Asli Bukit Tunggul, which is next to the entry road to Bukit Unggul Golf & Country Resort. They have access to water by sharing a water supply pipe but there is still no electricity supply.” (Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, May 22, 2021: |"A Very Rough Guide to Dengkil").

Sumber lain: Zawawi Ibrahim, 2016: |"Anthropologizing Human Insecurities: Narrating the Subjugated Discourse of Indigenes on the Deterritorialized Landscapes of the Malaysian Nation-State", m.s.38).

Ketika pembinaan pesat UKM sepanjang tahun 1974 ini, masyarakat Temuan di sini telah dipindahkan oleh pihak kerajaan ke kawasan hutan di Sungai Buah dan Hutan Simpan Bukit Tunggul, berhampiran pekan Bangi (Lama). Namun pada tahun 1993, sebahagian kawasan tersebut telah diambilalih pula oleh sebuah syarikat swasta untuk pembinaan padang golf. Nama kawasan tersebut juga telah diubah kepada Bukit Unggul Golf Country Resort (BUGCR). Menurut catatan-catatan sarjana, NGO dan kalangan pentadbir:-

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.