User Tools

Site Tools


ukm_bbb_1

This is an old revision of the document!


Jadual Kandungan

Bicara Ilmu Bangi @ PTSL: Dari Titik Sejarah ke Kota Ilmu

Pembentangan (Bahagian Syahrul Sazli Shaharir)

Pusingan 1: Latar Belakang dan Sejarah

Bicara Ilmu Sejarah BBB - Bahagian I (Latar Belakang Sejarah).pdf

Latar belakang dan Sejarah tempat, Ekonomi, Sosial, Pentadbiran Strategik berdasarkan kajian, zaman Reko dan Estet.

Soalan:

  • Boleh Tuan kongsikan tentang latar belakang Bangi dari aspek sejarah dan geografi, terutamanya ketika era awal dan zaman Estet?
  • Apakah faktor ekonomi dan sosial yang membentuk komuniti awal di Bangi sebelum UKM wujud?

01. Pendahuluan


“Ukm Mosque - Mansor Ghazalli, 2002: Watercolor on cardboard” (Jordan National Gallery of Fine Arts)

Terima kasih tuan pengerusi, En. Yazid, pihak penganjur, Perpustakaan Tun Seri Lanang, juga para hadirin sekalian, kerana meluangkan masa dan memberi peluang kepada saya untuk berkongsi sumber-sumber dapatan saya berkaitan sejarah kawasan Bandar Baru Bangi dan sekitarnya.

Pendekatan “Cebisan”:-

  • Maklumat dikumpul dari sumber-sumber primer yang boleh dicapai di Internet (Arkib Negara, Arkib Akhbar Singapura), atau sumber-sumber sekunder (buku/makalah di perpustakaan dsbgnya), serta cebisan catatan lain di Internet. Jika tiada sumber (atau sumbernya tak cukup berwibawa), saya akan nyatakan dalam bentuk soalan atau kemungkinan.
  • Bukan ahli sejarah. Baru mula ambil kursus sejarah di USM. Ini sekadar kompilasi sumber-sumber dalam susunan kronologi, tanpa proses persejarahan yang mendalam / meluas. Lebih kepada perkongsian bersama, mungkin ada kalangan hadirin dan penonton yang ada sumber-sumber fakta lain yang boleh dikongsikan di sini.

Tujuan: kronologi ringkas, dengan persembahan poin-poin pemula wacana, pencetus kajian, atau perkongsian sesama peminat sejarah dalam kalangan orang awam.

02. Peta 1876

Peta 1876

Gambar: Peta sempadan Selangor-Sungai Ujong, 1876. Ketika itu Rekoh (Recko) masih di bawah pengaruh Sungei Ujong, manakala Lukut di bawah Selangor: “compiled from sketch surveys made by Captain Innes R E, J W Birch and D Daly, and Admiralty Charts. Lithographed under the direction of Lt. Col. R. Home C.B.R.E” (Royal Geographical Society, London; Royal Geographical Society (Great Britain), 1876: |"Map of Part of The Malay Peninsula, 1876").

Recko (Rekoh) di bawah Sg.Ujong.

Sungai Langat antara sempadannya.

Kawasan hulu Sungai Langat sekitar 1700-1800an merupakan sempadan Sungai Ujong di sebelah utara.

Kawasan pedalaman sebelah selatan Sungai Langat adalah hutan belantara yang hanya didiami oleh orang asli (Temuan), dan menjadi sempadan di antara Klang dan Sungai Ujong. Setelah Sultan Abdul Samad menduduki Kuala Langat, warga Selangor mula meneroka ke hulu Sungai Langat sehingga ke kawasan Kajang (Rekoh). Dalam masa yang sama, Raja Hussein membuka petempatan di Beranang dan Semenyih, di bawah Dato' Klana Sungai Ujong. (J. M. Gullick (1949)).

Asalnya Sungai Langat merupakan sempadan antara Klang dan Sungai Ujong: “Sempadan di antara Dato' Kelana Sungai Ujong dengan To' Engku Kelang, Batang Langat (Sungai Langat). Kanan mudek kawasan Sungai Ojong dan kiri mudek kawasan Dato' Engku Kelang. Kawasan sebelah kanan Sungai Langat ini ialah kawasan-kawasan yang termasuk Kajang, Semenyeh, Rakoh dan Beranang. Pada masa Sungai Ujong di perintah oleh Dato' Kelana Sendeng (Dato' Kelana ke-V) Semenyeh telah diberikan kepada Tunku Sutan menantu kepada Raja Husin waris Sungai Ujong. Tunku Sutan dan Raja Husin telah membuka Semenyeh hingga ramai penduduk-penduduknya. Banyak hasil bijih timah dikeluarkan dari sana dan telah diberi izin oleh Dato' Kelana akan Tunku Sutan dan Raja Husin memungut cukai-cukai itu untuk sara hidup mereka. Kemudian Raja Husin membuka Beranang pula pada tahun 1878.” (Perpustakaan Negeri Sembilan).

Perlombongan di bawah elit Melayu.

Perantau dari Sumatera mula menjalankan aktiviti perlombongan lampan di situ, di bawah pengusaha Minangkabau yang berpusat di Sungai Ujong. (Khairil Hisham Mohd Ashaari, 20 Februari 2024).

Contoh: Raja Berayun (Mendailing) di Rekoh (sekitar 1830-1850).

Sekitar Rekoh khususnya, pada 1825-1826, orang Rawa yang terusir dari Sungai Linggi (Rembau dan Sungai Ujong), mula menduduki sempadan di sepanjang Sungai Langat dan melampan di situ. (Khairil Hisham Mohd Ashaari, 23 September 2023).

Rekoh (Sekitar 1830-1850an): Orang Mandailing membuka lombong di Kajang (Sungai Kantan) dan Rekoh. Ketika Perang Rawa di Sungai Ujong pada 1848, panglima Mandailing, Raja Berayun, telah pun berkubu di Rekoh. Ini ada diceritakan oleh anaknya Raja Alang dalam wawancaranya dengan J.C. Pasqual sekitar awal tahun 1900-an: “At this time Raja Brayun, a Mendeleng from Sumatra, invaded Sungei Ujong and attacked Datoh Klana Sendeng, because a friend of Raja Brayun was murdered and Datoh Klana Sendeng refused to pay the blood money of $400 according to the 'adat' Malayu. On the side of Raja Brayun there was Panglima Garang and Panglima Si Gara, both 'invulnerable' and fierce warriors, besides 500 fighting men. But he was defeated although he had bribed one of Datoh Kalana Sendeng's men with $3,000 to burn the granaries and blow up a powder magazine. Raja Brayun then retired to Recko, a village on the Langat river a short distance upstream from Kajang, and invited Raja Abdulsamad to live with him. He built a stockade at Recko and had a large force of fighting men who lived by robbery and raiding Sakais to sell them into slavery.” (The Straits Times, 11 November 1934, Page 21: |"WHEN COCKFIGHTING WAS THE RAGE"). (J.C. Pasqual (1934), Abdur-Razzaq Lubis (2018)).

03. 1880-1890-an: Permulaan British

Lakaran cadangan Jalan Sg Chuau-Tanjong Duablas, 1896
Lakaran cadangan Jalan Sg Chuau-Tanjong Duablas, 1896. Ketika ini Pekan Bangi masih belum wujud lagi (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 14/04/1896: |"KAJANG - REKO BRIDLE ROAD-AS TO COST OF CONVERTING IT INTO A CARTROAD -").

1878: Rekoh: Selangor, Lukut: Sg Ujong

Sebagaimana Lukut, Rekoh agak jauh dari medan Perang Klang (1867-1873) dan tiada/kurang terlibat. Namun menurut Abdullah Hukum (1935), ada pelarian Perang Klang yang lari ke sekitar Rekoh (Adnan Haji Nawang, 1997).

Setelah tamatnya Perang Klang, dan campurtangan British selepas itu, Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat Sultan Selangor (Sultan Abdul Samad) pada Ogos 1874, kemudiannya Pembantu Residen Selangor pada Disember 1874. Pada tahun 1875, Frank Swettenham telah menjelajah sepanjang Sungai Langat, dan merupakan pembesar British yang pertama tiba di Rekoh (dalam peta 1876, pekan paling hujung yang direkodkan - setelah itu setakat Sungai Kajang & Jebat saja). (Ernest Chew (1984), J. M. Gullick (1998, 2007)).

Setelah siri campurtangan Inggeris (Khairil Hisham Mohd Ashaari (20 Februari 2024)), akhirnya pada 1878-02-10, Rekoh dan sekitarnya diserahkan kepada Selangor, manakala Lukut dan sekitarnya diserahkan kepada Sungai Ujong (L.D. Gammans (1924), J.M. Gullick (1949, 2007))

Faktor perkembangan perladangan dan perlombongan:-

1889: Jalan kereta lembu KL-Ulu Langat

Pembinaan jalan kereta lembu 16 kaki KL → kampung2 Ulu Langat (mula 1889)

1886-1903: Jalan kereta api KL-Pudu-Sg Besi-Kajang-Bangi-Batang Benar

Jalan kereta api Klang → KL (1886-09-16) → Pudu (1893) → Sungai Besi (1895) → Kajang (1897) → Bangi (1902) → Batang Benar (1903)

(Sumber: J.M. Gullick (2007)).

Sistem tanah Torrens dan cukai baru, menggalakkan: Pembukaan ladang Eropah

Pada tahun 1880-an, ladang-ladang kopi mula dibuka di Johor, Perak dan Selangor, pada mulanya oleh para pengusaha dari Ceylon. Ladang-ladang kopi terawal di Selangor ialah Weld Hill's Estate dan Batu Caves Estate di Kuala Lumpur. (Straits Times Weekly Issue & The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 10 September 1890).

dan Perlombongan Cina

“The tin boom in the district occurred in the middle of 1890’s, when Chinese businessmen made huge investments in the district. One of the Chinese miners was Goh Ah Ngee,who was active in Balau (Broga today). He even built a church for a small group of Chinese Christians in the area. The first mine at Semenyih was opened by a Hokkien named Cheah King. Other Chinese miners were Khoo Seah, who had mines at Sungai Cheow (Sungai Chua today) Road (1896), Loke Yew at Sungai Merbau in Hulu Langat (1896) and Sungai Kachau in Semenyih (1897), Low Boon Kim at Sungai Jebat (1897) and Chan Yoke who operated a mine at Kajang (present Metro Kajang site). Tin was also found just outside of Kajang where Hakka coolies called it Xi Mi Shan (Tin Ore Hill).This site is the only mining pool left in Kajang. Recently, the Kajang Municipal Council converted the site into a recreational park. Tin mining industry in the district turned out to be a relatively minor enterprise, paling in comparison to other towns in the state. This prompted the District Office to suggest moving to agriculture.”

(Sumber: Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, July 15, 2020: |"History of Kajang").

Melayu/Sumatera: Pekebun kecil, penanam padi, di sepanjang jalan-jalan Cheras-Kajang-Rekoh, hingga ke Beranang

Penanaman padi yang agak meluas ada direkodkan di Rekoh sekitar 1878-1889, namun jenisnya tidak dinyatakan. Pada awal 1880-an, Paya Kajang. serta sepanjang jalan ke utara (Cheras) dan selatannya (Rekoh) merupakan kawasan penanaman padi yang awal. Ianya diapit oleh ladang-ladang orang Kampar dan Mandailing, yang kemudiannya meninggalkannya akibat pengenalan cukai tanah oleh pihak British. Pada tahun 1886, penanaman padi dibuka di Beranang, dan ia berkembang menjadi “jelapang padi Selangor” menjelang tahun 1905. Pengusaha utama penanaman padi di sekitar Cheras-Kajang-Rekoh-Beranang ini adalah dari kalangan orang Minangkabau tempatan (dari Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau) juga perantau (dari Sumatera sekitar 1870-an), yang mahir dalam bercucuk tanam. Mereka membina sistem perairan di Kajang, Cheras, Kampong Bukit dan Sungei Sring. Selain padi mereka turut mengusahakan tanaman lain (kelapa, kopi, tembakau, gambir), dan melombong bijih timah. Selain sumber makanan sendiri, hasil padi dijual kepada pelombong Cina di sekitarnya. Kegiatan ini disokong oleh pihak British melalui geran-geran pembukaan tanah (termasuk kepada pengusaha Tamil), sehingga tiada lagi tanah kosong pada tahun 1886. Ketika lonjakan tanaman kopi sekitar 1894, penanaman padi hanya tertumpu di Paya Kajang, sebelum kembali pada tahun 1905 setelah kejatuhan industri kopi tempatan. (R.D. Hill, 2012: "Rice in Malaya: A Study in Historical Geography")

04. Perlombongan di Rekoh (1879)

Contoh pelekat makluman penguatkuasaan perlindungan lombong Cina.

Pelekat Lombong Rekoh (1879)
Gambar: Contoh pelekat (notis) penguatkuasaan perlindungan kegiatan arak, candu dan judi di dalam kawasan perlombongan (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 01/08/1879: |"RELATIVE TO THE LOSS OF $100 ON THE PART OF THE LANGAT FARMER"). Ejaan jawi dalam pelekat tahun 1879: Ra Kaf Wau Ha (RKUH / Rekoh). Inggeris jadikan Recko / Reko, kini kekal secara rasminya sebagai “Reko”.

Lombong pengusaha Cina membawa buruh dari Cina.

Industri sampingan (candu, judi, arak, kedai-kedai, dll.) menyumbang hasil kepada pentadbiran British.

Selepas British ambil alih, lombong-lombong banyak dibuka oleh pengusaha Cina, membawa bersama buruh-buruh Cina dan kegiatan ekonomi dalamannya (contoh: candu, dll). Contoh pelekat (notis) penguatkuasaan perlindungan kegiatan arak, candu dan judi di dalam kawasan perlombongan: “Menyatakan kepada sekalian orang2 surat pajak di dalam Rekoh dan Kajang dan Hulu Langat, orang yang pajak ada dapat kuasa daripada gaberment (government) Selangor di dalam kampung2nya sahaja iaitu di dalam Kampung Rekoh dan Kajang dan Hulu Langat, bukan di dalam lombong atau di dalam kongsi orang(?). Jikalau ada orang hendak tahankan orang masuk arak atau candu atau main judi atau kedai barang2 di dalam lombong boleh ia pergi mengadu kepada mata2 stesyen, apa kala itu boleh ia pergi tangkap bawak kepada kita ? kita menyatakan adanya. Tamat - Tertulis kepada 11 hari Firuari (Februari) 1879” (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 01/08/1879: |"RELATIVE TO THE LOSS OF $100 ON THE PART OF THE LANGAT FARMER").

Ketika itu, setiap kawasan perlombongan diuruskan sepenuhnya oleh pengusaha sesebuah lombong secara autonomi, tanpa campur tangan pihak pentadbiran atau penguasa lain: “The situation of the mining areas, and the close organisation of the Chinese population meant that they lived in autonomous communities under their own leadership. The nucleus of the community was the mining kongsi. It might consist of half a dozen men sharing a hut near a small mine in a lonely jungle clearing, or it might be one of many large mines grouped round a thriving township, with a market, gambling-booth, shops, theatres and secret society lodges. The remoter miners lived outside all authority, regulating their own affairs; but in the large centres the miners were drawn together into a single community by a mesh of associations, of which the most important were the kin and territorial associations, the former based on membership of a surname group tracing descent from a common ancestor, and the latter based on common dialect or common place of origin in China. In modern Malaya both types of association perform ritual and welfare functions, building temples, maintaining cemeteries and providing burial insurance, acting as loan societies, providing social assistance and employment services, and providing and maintaining schools. It is likely that in the mining communities of the 1860s and 1870s they had much the same functions, except for the last; there were few children and these were probably privately taught.” (E. Sadka, December 1960: |"THE RESIDENTIAL SYSTEM IN THE PROTECTED MALAY STATES, 1874-1895", m.s.40).

Selain gejala sosial seperti kegiatan arak, candu, dan judi, kegiatan perlombongan besar-besaran di era Residen British turut mencemar kawasan pertanian yang berdekatan, khususnya perairan sawah padi: “tin mining activity, if it was sited in the same area as peasant agriculture,constituted an important disruptive influence on the latter, especially if the agriculture consisted of padi cultivation. The mining activity polluted streams and rivers watering the fields or diverted away water required to irrigate the fields . In its early years, however, mining development had generally taken place in areas located far from the traditional areas of peasant agriculture and damage to the cultivation had been minimised. After the establishment of residential rule, however, there was an increased scale of mining activity and considerable areas of peasant cultivation in the west coast states, both in the traditional as well as the new areas, were rapidly encroached upon. The administration, faced with the dilemma whether it should protect the interests of padi cultivation at the expense of its most important economic activity, was predictably slow to react.” (Lim Teck Ghee, November 1971: |"PEASANT AGRICULTURE IN COLONIAL MALAYA: Its Development in Perak, Selangor, Negri Sembilan and Pahang, 1874-1941", m.s.60).

Laporan majistret daerah Ulu Langat, J.A.G. Campbell. Selain melaporkan kerosakan Jalan Reko ketika itu, beliau turut melaporkan statistik hasil bijih timah bagi daerah tersebut (disusun semula mengikut jumlah hasil):-

Tin Return, October (1885)

Place Slabs Areas Approximate weight piculs Value per picul Approximate value in Revenue From where exported
Kajang 230 34 125 $5 $345 Kuala Langat
Ulu Langat 189 41 100 $5 $300 Kuala Langat
Reko 154 21 84 $5 $252 Kuala Langat
Semenyih 140 15 43 $5 $219 Kuala Langat
Cheras 64 - 35 $5 $105 Kuala Lumpur
Cheras 46 5 25 $5 $45 Kuala Langat

Ketika ini Reko masih lagi merupakan antara pengeluar hasil bijih timah yang utama di Ulu Langat, di bawah Kajang dan Ulu Langat.

(Sumber: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 01/10/1885: |"OFFICIAL JOURNAL FOR THE MONTH OF OCT. 1885").

05. 1890-1900-an

Jaringan Sungai (1904)

Peta pertengahan Lembangan Sungai Langat, sekitar tahun 1904
Peta pertengahan Lembangan Sungai Langat, sekitar tahun 1904. Jaringan sungai-sungai ditandakan biru.
Dari hulu Sungai Langat: Sg. Kajang, Sg. Kantan, Sg. Jeloh/Jelok, Sg. Siput, Sg. Ramal, Sg. Jebat/Reko, Sg. Andangan, dan cabang utamanya, Sg. Semenyih.
Dari hulu Sungai Semenyih: Sg. Pining/Pening, Sg. Mani, Sg. Seringgit/Saringgit, Sg. Purun, Sg. Buloh, Sg. Rinching, Sg. Beranang, Sg. Bangi, dan Sg. Buah.
(Berdasarkan peta: Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").

Sungai Langat: Sg. Kajang, Sg. Kantan, Sg. Jeloh/Jelok, Sg. Siput, Sg. Ramal, Sg. Jebat/Reko, Sg. Andangan, Sg. Semenyih

Sg. Semenyih: Sg. Pining/Pening, Sg. Mani, Sg. Seringgit/Saringgit, Sg. Purun, Sg. Buloh, Sg. Rinching, Sg. Beranang, Sg. Bangi, Sg. Buah

1890-1900-an: Perlombongan dan Perladangan Kopi

Dasar Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1895): menggalakkan pemodal besar/asing, pembukaan lombong dan ladang besar-besaran.

Gambar: Peta daerah Ulu Langat Selatan (1904), termasuk Kajang-Semenyih-Rekoh-Bangi, ketika pembukaan ladang secara besar-besaran. Rekoh tinggal balai polis saja, seluruh mukimnya kini dinamakan Kajang. Ketika ini pekan Bangi (lama) baru saja dibuka (stesen keretapinya dibuka pada 14 Jun 1902). Latar peta 1904: Antara peta paling tepat pada zamannya (yang ada dijumpai), diusahakan oleh Chief Draftsman W.T. Wood yang bertugas di Survey Department, Kuala Lumpur (beliau turut membuat peta Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dll). (Arkib Negara 1957/0131652W (11/09/1906)).

Pengaruh besar pemodal Eropah (Merchant Firms -> Agency Houses), dan Cina.

Menjelang 1890-an, berkembang ke Ulu Langat (pengusaha perantau Sumatera, Cina), kemudian Kajang, dimulakan oleh pasangan adik-beradik Kindersley (R.C.M. Kindersley (1870-1939) & D.C.P. Kindersley (1873-1917)) membuka ladang kopi Inch Kenneth (1894) (J.M. Gullick (2007)), mungkin nama ladang adalah sempena Inch(Pulau) Kenneth, Scotland, juga Goh Ah Ngee dari Broga (1896). Kindersleys seterusnya membuka ladang di selatan Kajang (tepi Jalan Reko, 3km dari Kajang menghala ke Rekoh) pada Disember 1895, “kampung paling terbiar di Selangor pada masa itu”. (Voon Phin Keong (2013)).

Perladangan besar membawa masuk pekerja dari India, sepenuh masa di dalam ladang.

06. 1896: Pembukaan West Country dan Belmont Estate

07. Pembukaan West Country dan Belmont Estate|

Gambar: Kiri: Peta tahun 1904. Kanan: Peta kini (Mapcarta).
Petak berlorek hijau: sempadan keseluruhan West Country Estate (termasuk Belmont Estate) setakat tahun 1904.
Petak ungu: West Country: Blok-blok terawal (Mac 1896).
Petak merah jambu: Belmont: Blok-blok terawal (Mac 1896).
Petak merah: West Country: Blok tambahan 320 ekar (Arkib Negara 1957/0065184W (14/9/1896)).
Petak kuning: West Country: Blok tambahan 30 ekar (Arkib Negara 1957/0065184W (14/9/1896)) dan 60 ekar (Arkib Negara 02/10/1896, 2/10/1896).
Petak biru muda: Belmont: Blok tambahan seluas 320 ekar (Arkib Negara 1957/0065141W (18/9/1896)).

Di kawasan "Merbau Tumbang" dan "Bukit Tempurong"

Pada bulan Februari 1896, pemangku pegawai daerah Ulu Langat telah menerima beberapa permohonan pembukaan ladang kopi di sekitar Jalan Reko. Beliau turut mengesyorkan agar pihak kerajaan mewartakan keseluruhan kawasan hutan terbiar di situ, terutamanya kawasan hutan paya yang dianggap “wasteland” (tiada lombong, maka tiada hasil) di tebing barat Sungai Langat sehingga ke Langat, sebagai tanah rizab perladangan kopi. Pada bulan Mac 1896, penama-penama bagi permohonan ladang-ladang tersebut telah disiarkan, iaitu F. Baptist (F.B.) Hicks, E. B. Skinner, Arthur Acland (A.A.) Allen, dan E.J. Allen (West Country Estate), G.F.S. dan Methold Sidney (M. S.) Parry (Belmont Estate), dan Kindersley (Reko Hill dan Sungai Reko Estate, diikuti beberapa lagi ladang lain): “The land embraced by the first six applications is a tract upon the right geographical bank of the Langat River, in the neighbourhood of Merbau Tumbang and Bukit Tempurong. It forms the upper end of the broad alluvial flats which stretch, roughly speaking, from the Langat River at Rekoh to the Langat Road at Klang, and merge into the coffee reserve in Klang District.” (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 25 February 1896, 17 March 1896).

1903: Tuntutan Rasat bin Nakhoda Omar, tanahnya termasuk kedalam geran Belmont Estate.

Ketika ladang ini dibuka, telah pun ada pekebun kecil tempatan di sekitar itu. Antaranya ialah Rasat bin Nakhoda Omar: diketahui daripada kesilapan pentadbir: Tanah beliau termasuk ke dalam geran Belmont Estates, dan perlu dikeluarkan daripadanya. (Arkib Negara 1957/0112755W (30/11/1903)).

West Country dan Belmont Estate

Belmont Estate

11. Ladang Belmont

Gambar: Belmont Estate, sekitar awal 1900-an. (Arnold Wright, 1908: Twentieth century impressions of British Malaya).

Tapping in No.10 field (Diwarnakan)
“Tapping in No.10 field.”

(Sumber: Arnold Wright, 1908: "Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources", m.s.465-467). Awal 1900-an: Hasil kopi jatuh merudum disebabkan saingan kopi Brazil serta serangan penyakit (Voon Phin Keong (2013)).

Tanaman getah komersial terawal dirintis oleh pasangan adik-beradik Kindersley atas cadangan H.N. Ridley pada tahun 1896 di ladang Inch Kenneth, Kajang. Kejayaan ini menjadi galakan kepada mereka serta pengusaha lain untuk membuka ladang-ladang getah di sekitar Kajang (Balgownie, Paradise), Rekoh (West Country, Belmont), dan Bangi (Bangi Estate). (J.M. Gullick (2007)).

Menjelang 1900-an, Kajang dan Rekoh telah menjadi antara kawasan ladang getah terawal di Selangor, didominasi oleh peladang Eropah secara kolektif. Mereka kemudiannya menubuhkan Persatuan seperti Kajang Branch of the Planters' Association (1912) dan kelab sosial (|Voon Phin Keong (2013)).

Pada Oktober 1901, setahun setelah kematian salah seorang pengasas West Country Estate (F.B. Hicks), saudaranya F.R. Hicks, bersama rakan kongsi asal West Country dan Belmont Estates, telah bersatu menubuhkan syarikat The Kajang Coffee and Rubber Co. bagi menguruskan kedua-dua ladang ini, selain Weld's Hill Estate di KL. (The Straits Times, 21 October 1901).

Berikutan kejayaan ladang-ladang getah Kindersley, pada tahun 1905, West Country dan Belmont estates bergabung pula dengan Ayer Hitam Estate di sebelah baratnya, di bawah Federated Malay States Rubber Company, Ltd. (J.M. Gullick (2007), Arnold Wright (1908): Twentieth century impressions of British Malaya). Sekitar ini juga (1907) H.R.Moullin dan rakan-rakan kongsinya membuka Sungei Ramal Estate di sebelah utaranya (kini Country Heights). (Arkib Negara 1957/0171341W (14/08/1913)).

1906: Antara ladang utama di Selangor 1906: Ladang Utama Selangor

1912: Dalam pameran getah antarabangsa di New York, US, pada 23 September - 4 Oktober 1912, West Country Estate telah memenangi tempat ketiga di Pameran Getah Antarabangsa dalam kategori “Pale Crepe” (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 6 November 1912).

07. Reko Woods (1896)

12. Hutan Simpan Bangi (1906)

Gambar: Kiri: Peta 1904, sebelum pewartaan (1906), “The Reko Woods”, sempena pekan Rekoh di sebelah utara.
Kanan: Peta 1929, selepas pewartaan (1906), “Bangi Forest Reserve”, sempena pekan Bangi di sebelah selatan.

==== Perlu diwartakan untuk simpanan hasil hutan (merbau dll)- Cadangan: 10,000 ekar Sepanjang Jalan Reko- Sepang. ====

Seawal 1896 lagi, di dalam suatu laporan oleh Henry N. Ridley pada 6 Julai 1896, beliau telah mencadangkan penubuhan Jabatan Perhutanan di negeri Selangor, bagi mengawal selia penebangan serta pengeluaran hasil hutan. “The Reko Woods”, suatu kawasan hutan yang belum diterokai seluas 10,000 ekar (4047 hektar) di sepanjang Jalan Reko-Sepang adalah antara beberapa kawasan hutan di Selangor yang telah dikenalpasti sebagai sumber berharga dan perlu dikawal rapi oleh jabatan ini. Antara spesis pokok yang ditemui di dalamnya ialah merbau, pauh kijang, petaling, tempinis, keranji, dan tembusu (Henry N. Ridley @ Arkib Negara 1957/0581543W (06/07/1896)).

Mungkin bersambung dengan Bukit Tunggul dan Tunggul Si-Jaga, mercu tanda dalam beberapa riwayat dan teromba.

Bukit Tunggul terletak di antara Jenderam (kini dalam daerah Sepang) dan Bangi (kini dalam daerah Hulu Langat). Ia merupakan mercu tanda kawasan sekitarnya sejak dahulu. Contohnya, terdapat riwayat turun temurun di kalangan orang Asli Besisi, Blandas, dan Temuan, yang menyebut Tunggul Si-Jaga (ditanda di dalam peta 1904 di atas, terletak berdekatan puncak Bukit Tunggul) sebagai salah satu mercu tanda petempatan nenek moyang mereka pada zaman dahulu kala. ("Hutan Simpan Bukit Tunggul").

Bangi Forest Reserve (Diwartakan 1906)

Namun begitu perbincangan mengenai pewartaan “Reko Woods” ini hanya berlaku kira-kira 9 tahun kemudian (1905 - mungkin setelah pembukaan ladang kopi-getah yang pesat).

Konflik D.O. lwn Conservator of Forests

Berlaku konflik di antara pemangku pegawai daerah Ulu Langat (pengeluaran hasil, juga kuari, di sepanjang Jalan Reko-Sepang itu) dan Jabatan Hutan (diwakili oleh Arthur Bligh (A.B.) Stephens) (simpanan hutan di kawasan yang sama). (Arkib Negara 1957/0126396W (20/12/1905)).

Akhir: 2,338 ekar

Akhirnya kawasan seluas 2,338 ekar (946 hektar) diwartakan kira-kira pada 31 Disember 1906 (Nombor Warta: 827). Waktu itu Rekoh sudah tidak wujud lagi, jadi namanya bertukar dari “Reko Woods” kepada “Bangi Forest Reserve”. Puncak tertingginya ialah Bukit Rupa setinggi 105 meter. (Selangor Gazette 1906).

08. Peta 1926

Peta 1926

Gambar: Peta tahun 1926, iaitu 7 tahun selepas tamatnya Perang Dunia Pertama (1914-1918). Hampir keseluruhan daerah ini telah pun dipenuhi perladangan (majoritinya getah). West Country Estate khususnya, turut merangkumi Belmont dan Ayer Hitam estates, dan mungkin termasuk Sungei Lui Estate di antara keduanya. (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries).

Ladang, Lombong, Hutan Simpan, dan Tanah Rizab Melayu dan Orang Asli

Ladang-ladang di bawah pengurusan D(Douglas).C.P. Kindersley:-

  • Balgownie Estate (Sebelah utara peta)
  • Bangi Estate (Kini Taman Bangi Indah, Bangi Avenue, Crescent Park)
  • Inch Kenneth Estate (Sebelah utara peta)
  • Dunedin Estate (Kini Alam Sari, Serene Heights)
  • Reko Hill Estate (Kini Bandar Baru Bangi Seksyen 5, SJK(T) Ladang West Country Timur, SMK Jalan Reko, Taman Tenaga, Taman Langat Jaya, Pusat Hentian Kajang, Taman Perindustrian Kajang)
  • Gleshiel Estate (Kini Taman Bukit Mewah, Taman Sri Mewah, Taman Bukit Mutiara)
  • Sungei Tankas Estate (Kini Kg Sg Tangkas,
  • Kajang Estate (Kini Taman Bukit Indah, New Era University College, Taman Kajang Prima, Taman Damai, Taman Jasmin, Taman Cantik, Taman Ria, Taman Sentosa, Taman Asa Jaya, Taman Sri Jelok)
  • Sungei Reko Estate (Kini Kajang 2, Kajang Villa, Tropicana Heights, Rafflesia International School, Taman Anggerik Emas)
  • Connemara Estate (Kini Eco Majestic)
  • Sungei Ramal Estate (Sebelah barat laut peta)

(Sumber: The Straits Times, 16 April 1919, Page 10: |"Kajang D.PA").

08a. Contoh Rizab Melayu: Semenyih 1894-1940

Figure I
Figure I: Peta Semenyih 1894-1940

Sebelum 1890: Sungai Semenyih, Rinching,Beranang telah lama diteroka (Contoh: Tunku Sutan & Raja Husin @ Sungai Ujong)

Asalnya Sungai Langat merupakan sempadan antara Klang dan Sungai Ujong: “Sempadan di antara Dato' Kelana Sungai Ujong dengan To' Engku Kelang, Batang Langat (Sungai Langat). Kanan mudek kawasan Sungai Ojong dan kiri mudek kawasan Dato' Engku Kelang. Kawasan sebelah kanan Sungai Langat ini ialah kawasan-kawasan yang termasuk Kajang, Semenyeh, Rakoh dan Beranang. Pada masa Sungai Ujong di perintah oleh Dato' Kelana Sendeng (Dato' Kelana ke-V) Semenyeh telah diberikan kepada Tunku Sutan menantu kepada Raja Husin waris Sungai Ujong. Tunku Sutan dan Raja Husin telah membuka Semenyeh hingga ramai penduduk-penduduknya. Banyak hasil bijih timah dikeluarkan dari sana dan telah diberi izin oleh Dato' Kelana akan Tunku Sutan dan Raja Husin memungut cukai-cukai itu untuk sara hidup mereka. Kemudian Raja Husin membuka Beranang pula pada tahun 1878.” (Perpustakaan Negeri Sembilan).

1890-an: Jalan Bangi-Semenyih dan Semenyih-Sungai Lalang dibina, menggalakkan petempatan Melayu/Sumatera/Jawa dll.

“The area of study consists of four Malay Reservations forming three discontinuous areas extending over 900 ha. in the two mukims of Semenyih and Ulu Semenyih. As in most parts of Peninsular Malaysia, human occupation of the study area preceded the creation of Malay Reservations (M.R.). Indeed, some parts of the Sungei (Sg.) Lalang Road M.R. and the riverine strips of the Bangi Road M.R. were among the first to be colonized for cultivation and settlement in the 1890s, affecting about 20 ha. of land (Figure I). In the 1900s, these two areas attracted increasing numbers of Malay settlers, and at the same time development began in the Rinching valley to the south. By 1908, about 250 ha. were developed under peasant agriculture. This phase of pioneering was largely dominated by Malay immigrants from Sumatra who first migrated into south Selangor in the 1880s along the valleys such as the Langat river just to the north of Semenyih mukim, and the Semenyih and Rinching valleys in the 1890s and 1900s. The normal pattern of colonization by these immigrants was for an enterprising headman to obtain the Sultan's permission to cultivate a pre-selected site. This leader then returned to his native village in Sumatra to recruit men to develop the land. Land that was suitable for rice, kampung and 'general' cultivation was invariably chosen, following the settlement and cultivation practice familiar to these migrants in their native homeland.”

(Sumber: P. K. Voon @ Modern Asian Studies , Volume 10 , Issue 4 , October 1976 , pp. 509 - 523: |"Malay Reservations and Malay Land Ownership in Semenyih and Ulu Semenyih Mukims Selangor").

1900-an: Petempatan sepanjang Sungai Rinching

Peneroka awal sekitar Bangi, oleh warga Sumatera: “Development in Ulu Langat came later than many local areas in the Peninsula. Sumatran migrants were the first to penetrate the river valleys for rice and kampung cultivation. Sumatran migrants colonized the upper Langat River in the 1880s (see Radcliffe, 1969) and spread later to the Semenyih, Rinching and minor river valleys. These migrants were generally led by their enterprising headmen (Dato Dagang) who, with the Sultan 's permission, settled in pre-selected sites with followers from their native villages to pioneer padi, kampung, and “general” cultivation (see Gullick, 1960; Voon, 1976a).” (Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: |"Transforming the Development Frontier: Chinese Pioneers in the Ulu Langat District of Selangor, Malaysia", m.s.6).

1913: Enakmen Rizab Melayu: Jalan Bangi, Jalan Sungai Lalang, Sungai Rinching, Sungai Pening.

1920-an: Lebih giat mengusahakan kebun getah, kelapa, dll, di sekitarnya (berbanding padi), namun masih relatif kecil.(J.M. Gullick).

08b. Contoh-contoh rizab Melayu lain:

Sungai Jenderam & Sungai Buah: Sejak lama, contoh: Tunggul Si-Jaga dalam beberapa teromba

Antara petempatan terawal di sekitar Sungai Langat ialah di Jenderam Hilir. Ia telah disahkan oleh penemuan artifak sejarah (dari zaman Neolitik 1950-1830SM, berkesinambungan ke 720-1200M, malah ada awal 1511M), dicatatkan oleh Brian C. Batchelor (1977) dan Leong Sau Heng (1977). (Dr Shafie Abu Bakar, February 28, 2013).

Bukit Tunggul (Si-jaga), yang disebut dalam teromba (puisi asal-usul/adat) Besisi warisan turun-temurun (Walter William Skeat, 1906) dan dikatakan mercu tanda sekitar Rekoh oleh H.F. Bellamy, Superintendent Public Works Department negeri Selangor ketika merancang pembinaan jalan Reko-Sepang pada 1891-05-28 (Arkib Negara 1957/0025536W (09/06/1891)).

Cabang Sungai Semenyih yang mengalir di sebelah timur Bukit Tunggul, ada disebut di dalam riwayat asal-usul Orang Asli Besisi yang lain:-

“Btsisi' recite a migration cerita which includes how Blandas and Btsisi' separated into two distinct communities. The story goes: From Batu Pahat the people moved northward up the coast to the Muar River. They followed the river upstream entering some small tributaries until they reached Kasak River, on the Melaka/Negri Sembilan border. There they reluctantly divided into two groups. One group went upstream and the second group went back downstream, towards the shore. The former became Hma' Darat and the latter Hma' Laut. Blandas made swiddens along the mountain and in the swamps of Johor near Tasek Bera. Those that went to the sea dispersed, scattering to plant their swiddens. They ended up in Melaka, where they stayed to plant their swiddens in the swamps. After a few years, they moved to Tanjong Tuan, Melaka, then to Bagan Pinang, and later they started to move north up the coast until they reached the Sapak (Sepang) River. They then went up upstream to Kampuk Jalutok. The people then moved off the Sapak (Sepang) River and their descendants built a village at the crossroads of the Busut, Dangkil (Dengkil) and Buah River (Sungai Buah). The group then divided with some heading upstream while others went downstream to the coast where they entered Dugindak Sapak Kcil (Sepang Kecil) and went upstream to clear their swiddens. There they found evidence of a coconut estate, Tlok Mrbaw. The people then established the village of Bukit Bangkok under the leadership of Batin Toda'.” (Barbara S. Nowak, and Singan Knәn Muntil, 2004: |"Btsisi’, Blandas, and Malays: Ethnicity and Identity in the Malay Peninsula Based on Btsisi’ Folklore and Ethnohistory."; Asian Folklore Studies, vol. 63, no. 2, 2004, m.s. 311-312 (PDF)).

Sungai Ramal: Sejak abad ke-18

“Sungai Ramal sudah wujud sejak dari abad ke 18 lagi. Selangor pada masa itu telah terkenal sebagai negeri yang makmur lantaran mempunyai bijih timah, turut dihadiri berbagai pendatang terutama ke kawasan Kuala Lumpur. Kemakmuran melempah keluar dari kawasan Kuala Lumpur. Turut datang ke luar dari Kuala Lumpur mereka yang datang dari Sumatera dan Jawa. Antaranya ke Hulu Langat, khususnya ke kawasan Kajang. Antara kelompok yang datang ialah ulama` yang mengajar agama Islam sambil berniaga. Mereka sampai antaranya melalui sungai dan mendarat di tepi sungai dan menjalankan perniagaan. Mereka memerlukan tempat ibadat. Lantaran mereka mendirikan surau di tepi sungai. Di tepi sungai berkenaan tempat mendarat dan dekat tempat berniaga adalah berpasir putih dan bersih dari tepi sungai berpasir ini mereka mengambil wudhu` bagi menunaikan solat. Nama kampung ini dinamakan `Kampung Sungai Ramal` diambil dari perkataan `Arab `Ramlu bererti Pasir` bermaksud Kampung Pasir` yang disebut di dalam bahasa `Arabnya `Kampung Sungai Ramal.`” (Sumber: Dr Shafie Abu Bakar, March 2, 2018: |"SEJARAH SUNGAI RAMAL DAN PEMBINAAN MASJID"). Kampung Sungai Ramal (Luar) merupakan tempat kelahiran Leftenan Adnan (1915): “Tempat persinggahan kedua saya ialah di Masjid Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar. Juga terletak di tepi jalanraya. Menurut Tuan Imam masjid itu Haji Fakrul Razi, memang benar Leftenan Adnan dilahirkan di Sungai Ramal Luar.” (Abdul Latip Talib, 6 Mei 2008: |"MENJEJAK WARIS LEFTENAN ADNAN").

Paya Kajang: Tok Lili, sekitar 1826-1857

Kajang (Sekitar 1826-1857): Ketika Sultan Muhammad memerintah Selangor (1826-1857), Tok Lili (Bugis dari Riau) diberi kuasa membuka muara Sungai Merbau (mungkin asal-usul Kajang kini). (J. M. Gullick (2007), Abdur-Razzaq Lubis (2021)).

Sungai Merab: Pelarian Perang Klang, 1860-an; 40 keluarga Rembau, 1896; Rambah-Tambusai, 1918

“Kampung Teras Jernang merupakan kawasan perkampungan orang-orang Melayu dalam kawasan Bangi. Kampung ini telah diteroka kira-kira dalam tahun 1860-an. Sebelum kawasan ini diteroka oleh orang-orang Melayu, kawasan perkampungan ini didiami oleh Orang Asli. Orang-orang Melayu yang meneroka kawasan ini adalah terdiri dari orang-orang Kelang yang lari menyelamatkan diri semasa berlaku perang saudara di Selangor dalam tahun 1866-1873. Mereka telah memudeki Sungai Langat hingga kesatu kawasan yang dikenali sebagai Kuala Sungai Merab. Peneroka-peneroka tersebut telah diketuai oleh Dato' Saad bin Katib. Rombongan ini adalah terdiri dari kaum keluarganya. Apabila mereka sampai di kawasan Kuala Sungai Merab itu, didapati oleh mereka kawasan itu amat sesuai untuk dijadikan kawasan kediaman. Bermula dari waktu itu, kawasan tersebut telah dibersihkan dan dijadikan kawasan perkampungan.” (Sumber: Habibah Ismail, 1982: “Sejarah Bangi (1870an - 1970an)”. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. @ Harith Faruqi Sidek, 12 Jun 2025: "Kampung Teras Jernang berusia sekitar 165 tahun.").

LATAR PERISTIWA: Rekoh: 1867-1875: Pelarian Perang Klang

Sekitar tahun 1896, kawasan Sungai Merab telah pun diterokai oleh 40 buah keluarga yang berasal dari Rembau, untuk penanaman padi. Ketika itu, bandar Kajang sedang mula dibangunkan: “In October, three blocks of waste land, aggregating 960 acres, were granted to Messrs. Walsh and Mitchell for coffee-planting purposes, this being the first occasion on which premium has been charged on agricultural land in Ulu Langat District. Other applications for smaller aras, amounting altogether to 791 acres, were received during the course of the month, and 485 acres were applied for mining purposes. A large contingent of Rembau people, numbering 40 families, have lately arrived in the district and are taking up land for rice-cultivation at Sungei Merap, situated on the Langat River some three miles below Reko. A large extent of suitable land is available in this locality, and the present applications may form the nucleus of an extensive settlement. Clearing operations on a large scale have been commenced at Braemar by Goh Ah Ngee, the new proprietor, who has also started work on his settlement for Chinese Christians near Semenyih. Building operations in the town of Kajang continue to show rapid development; by the end of the year, there should be between 30 and 40 double-storied brick houses there either completed during the year on in course of construction.” (The Straits Budget, 1 December 1896, Page 3: | "KUALA LANGAT").

“Kampung Sungai Merab telah dibuka pada sekitar tahun 1918. Peneroka awal kampung ini ialah Tok Dagang Morah dari Sumatera, Indonesia. Beliau telah mengetuai 11 keluarga peribumi suku kaum Rambah dan Tembusai (Temusai) menyeberangi Selat Melaka ke pinggir Sepang dan menyusuri hutan tebal sehingga tiba di sebuah kawasan berhampiran Bangi. Seterusnya, ada di kalangan mereka yang meneruskan perjalanan arah ke Hulu Langat dan telah membuka penempatan orang Minang di sepanjang kawasan Sungai Langat. Mereka telah berusaha menebang hutan untuk membuat pondok dan bercucuk tanam. Mereka juga hanya menggunakan beliung untuk menebang pokok di hutan kerana ketika itu gergaji dan kapak masih belum wujud. Peneroka awal ini juga menternak ayam itik serta kambing bagi menampung keperluan harian. Lama-kelamaan penempatan yang dibuka itu berkembang menjadi sebuah kampung yang sempurna. Mereka juga menjadikan sungai yang mengalir di tepi kampung itu sebagai jalan utama ke tempat lain selain menggunakan airnya untuk minuman, membasuh pakaian dan mandi manda. Suku kaum Rambah dan Tembusai ini kebanyakannya berasal dari Pasir Pengaraian di Rokan Hulu, Riau. Bahasa mereka lebih kurang seperti orang Minang. Bahasa orang Rambah dan Tembusai masih digunakan dengan meluas di Jenderam Hilir tetapi agak kurang digunakan di Sungai Merab. Oleh kerana kampung ini tidak bernama maka nama Kampung Sungai Merab diambil namanya sempena pokok Terap yang tumbuh meliar di tebing sungai. Suku Tembusai menyebut Terap sebagai Merab. Kulit pokok ini boleh dibuat dinding pondok dan pokok yang lebih kecil boleh digunakan untuk membuat tali. Sebutan terap ini lama kelamaan bertukar menjadi Terab. Oleh itu kampung ini pun dinamakan Kampung Sungai Merab. Tapak asal kampung ini ialah di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar yang ada sekarang ini. Sejak kampung ini dibuka, ramailah masyarakat berketurunan Minang, Jawa dan Bangkahulu selain orang Melayu yang menetap di kampung ini. Keturunan masyarakat Rambah dan Tembusai yang mula-mula meneroka kampung ini masih ramai yang tinggal di sini. Mereka hidup bersama sebagai satu keluarga yang saling bantu-membantu dan harmoni. Kerajaan juga telah mengeluarkan geran tanah kepada penduduk yang menetap lama di kampung ini. Pada masa kini keluasan kampung ini ialah 864 ekar.” (Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, m.s. 42-44).

Sungai Air Hitam (Kampung Bt. 2 Air Hitam (1920-an: Abu Bakar Baginda))

“Pada asalnya kampung ini diberi nama Kg. Bt. 2 Air Hitam (Air Itam) oleh para peneroka awalnya. Penerokaan awal kampung ini berlaku seawal tahun 1920an dari kelompok orang JAWA Indonesia yang terpaksa melarikan diri dari Penjajahan Belanda di Indonesia . Sementara itu ada sebahagian darinya adalah Buruh Paksa Jepun yang melarikan diri dari kawalan tentera Jepun yang menaiki kereta api menuju ke Thailand. Tentera Jepun adalah tentera yang tidak berperikemanusiaan dimana ada sesetengah sejarah menceritakan yang mereka sangat suka mendera dan memerah keringat penduduk jajahannya.

Kebanyakan daripada peneroka awalan ini bekerja di ladang-ladang ( Estet ) getah milik penjajah British yang ada ketika itu seperti Ladang Prang Besar, Sedegly dan West Country, yang mana sekarang ini semua ladang-ladang ini telah menjadi Bandar Putrajaya. Mereka bekerja di sebelah pagi dan sebelah petangnya mereka meneroka dan mengerjakan tanah-tanah kerajaan yang masih kosong yang berhampiran dengan ladang-ladang tersebut. Peneroka awalan ini menamakan Kampung mereka ini Kampung Air Hitam (Air Itam) kerana di kampung terdapat sebatang sungai yang merintangi tengah-tengah kampung ini dan airnya pula bewarna agak kehitaman. Oleh itu mereka menamakan kampung ini sebagai Kampung Air Hitam.(Air Itam).”

(Sumber: Kampung Dato Abu Bakar Baginda (KDABB), 19 September 2019: |"Sejarah Asal").

08c. 1930-an: Kemelesetan dan Kebangkitan Buruh

Pada tahun 1930, sebahagian kecil daripada Hutan Simpan Bangi diberikan kepada Ladang Prang Besar (ladang ini dibuka pada 16 Ogos 1921, dianugerahi kepada 9 orang bekas tentera perang dunia pertama (Great War/Perang Besar), ~10km di sebelah barat Bangi, kini Putrajaya) untuk tujuan penyelidikan tanaman getah. Namun penyelidikan di situ tidak dapat bertahan lama akibat gangguan haiwan liar. (VD Nair (1990-an), Azimah Mohd Ali @ Arkib Negara, Arkib Negara 1957/0267743W (21/01/1930)).

Tahun 1930-an merupakan tahun-tahun kemelesetan ekonomi di seluruh dunia. Di Tanah Melayu, keadaan ini kembali pulih mulai 1934, namun banyak pengusaha menumpukan kepada pemulihan syarikat, dan mengabaikan pekerja. Menjelang tahun 1937, terdapat peningkatan dalam kes mogok dan aksi pekerja, dalam menuntut hak-hak mereka. Ladang-ladang di sekitar Bangi tidak terkecuali. Pada 29 Januari 1937, 100 orang pekerja Belmont Estate telah bertindak menyerang pembantu pengurus ladang, dikatakan setelah mereka dihukum kerana bermula kerja lewat. (P. Ramasamy (1992)).

Peristiwa ini berlaku beberapa bulan sebelum mogok besar-besaran kali pertama, melibatkan pekerja migran wanita Tionghua, serentak di beberapa ladang di Selangor pada 11 Mac 1937. West Country/Belmont Estates tidak terlibat (mungkin kerana pekerja India). lebih 1,000 orang pekerja ladang (kebanyakannya kaum wanita Tionghua) telah melancarkan mogok di 9 buah ladang getah di Selangor iaitu BANGI (kini Bangi Avenue dan Crescent Park), CONNEMARA (kini Eco Majestic), SUNGEI RINCHING (kini Bandar Tasik Kesuma), PRANG BESAR (kini Putrajaya Precinct 1,2, dan 18), SYDNEY (kini Bandar Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah), BUKIT TUNGGU (kini Bukit Mahkota dan Bandar Puteri Bangi), dan BALAU (kini Mutiara Hills). Dua lagi ladang yang tidak kelihatan di dalam peta (kerana lokasinya yang jauh ke utara, di sebelah utara Kuala Lumpur) ialah HAWTHORNDEN (kini Wangsa Maju) dan WARDIEBURN (kini Danau Kota dan Taman Melati). Mereka mengemukakan 19 tuntutan terhadap pihak pengurusan ladang-ladang tersebut, berkaitan kenaikan gaji harian, upah tambahan, hak dan kebajikan pekerja, manfaat ibu bersalin, kemudahan untuk anak-anak pekerja, dan lain-lain. Semuanya berjalan dengan aman, kecuali di Ladang Wardieburn, di mana sedikit kekecohan berlaku akibat salah faham di antara beberapa pekerja dengan seorang wartawan. (P. Ramasamy, 1994).

Antara faktor peristiwa mogok besar-besaran ini adalah gerakan kesatuan sekerja dan aktivis komunis yang mengambil kesempatan terhadap kesempitan ekonomi, kelemahan pentadbiran British (khususnya jabatan hal-ehwal Cina), dan peranan wanita (lonjakan bilangan buruh kontrak wanita, tuntutan termasuk hal-hal kebajikan mereka dan keluarga). Kemuncaknya ialah operasi tangkapan para pemogok serta penggeraknya, di Sungai Ramal dan Batu Arang. (Yeo Kim Wah (1976))

08d. 1945-1948: Selepas Perang

Peristiwa ketika pendudukan Jepun:-

  • Di Hutan Simpan Bangi, sebahagian pokok hutan ditebang, dan ditanam dengan pokok Gutta Percha (Latiff 1981). “Gutta perca” atau “nyatoh taban merah” ialah sejenis getah berketahanan tinggi yang banyak digunakan sebagai kabel dasar laut dan peralatan-peralatan lain. Permintaannya tinggi di musim-musim peperangan, oleh kerana ianya turut menjadi bahan buatan alat-alat persenjataan serta jaringan komunikasi. (Kamarudin Mat Salleh (1999)).

Selepas perang, pentadbir British dan pengusaha Eropah dalam fasa pemulihan. Pengurusan menjadi longgar dan ada kalanya terabai. Banyak ladang-ladang Eropah di sekitar ini mengalami masalah selepas perang. Contohnya, di Sungei Ramal Estate, semua rekod-rekod pengurusan hilang. Proses pemulihan juga gagal, kerana mereka mengharap pampasan kerajaan, tetapi tiada. Akhirnya tutup dan dijual pada 1951. (The Straits Times 25 February 1947, 24 March 1951).

Sekitar waktu ini juga, pengurusan West Country Estate terbahagi kepada 2, Eastern Division (merangkumi West Country asal dan Belmont Estate - Bandar Baru Bangi kini), dan Western Division (merangkumi Ayer Hitam Estate - sekitar/sebahagian UPM-UNITEN kini). (Arkib Negara 1968/0000532W / JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) (24/01/1948)).

Dalam suasana ini, beberapa perkampungan baru terbit. Antaranya Kampung Sungai Tangkas dibuka di dalam/sekitar kawasan Sungai Tangkas Estate. (Blog Kampung Sungai Tangkas, 12 December 2014).

09. 1950-1970-an (Peta 1962)

Peta sungai-sungai sekitar West Country Estate, 1962
Peta sungai-sungai sekitar West Country Estate, 1962 (Director of National Mapping, Malaysia, 1962: |"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L7010, Sheet 94, 1962, 1:63 360").

Anak-anak Sungai Langat masih ada: Sg. Merab, Sg. Teras Jernang, Sg. Reko (Andangan?), Sg. Tangkas, Sg. Ramal – Ayer Hitam.

Kg. Sg. Tangkas, Kg. Bahagia Bangi dibuka (1957).

Sekitar akhir tahun 1957, sebahagian kecil Hutan Simpan Bangi dinyahwartakan sebagai kampung melayu (Arkib Negara 1957/0696004W (15/11/1957)). Kemungkinan kampung ini ialah “Kampung Baharu Bangi Bahagia” (Kampung Bahagia kini), di sebelah selatan hutan simpan ini, yang telah dimohon persatuan penduduk Melayu sekitar Bangi pada waktu itu. (Faizal Hj Zainal (2008)). Terdapat riwayat mengatakan penduduk dari kawasan lembah di sekitarnya yang dilanda banjir telah berpindah ke kampung ini yang lebih tinggi di lereng bukit. (Surau Madrasah Al Hamidiah Kg Bahagia Bangi (2017)).

Kg. Orang Asli diterokai di Hutan Bangi (4 keluarga Temuan, pimpinan Batin Yut anak Jenang Pilis: 1958).

Sementara itu, sekitar akhir 1950-an itu juga, 4 buah keluarga Temuan berasal dari Bukit Dugang, Sepang, diketuai Batin Yut anak Jenang Pilis, mula menduduki kawasan hutan ini. Menjelang awal 1970-an, ia berkembang menjadi 22 keluarga, dengan jumlah ahli keluarga seramai kira-kira 100 orang. (Dr Mohamed Salleh Lamry (2005)).

Sawah padi: disambung semula selepas Jepun, dapat bantuan baja.

“Pegawai daerah Kajang, Encik Othman bin Mohd Din melaporkan, Pejabat Pertanian Negeri Selangor membuka semula beberapa kawasan sawah padi yang terbengkalai sejak pemerintahan Jepun dahulu. Ini termasuk 150 ekar sawah, selenggaraan tali air, serta bantuan baja di kawasan Bangi.” ("290 EKAR SAWAH YG KERING DARI MASA JEPUN DI-KERJAKAN". Berita Harian, 5 July 1962, Page 11).

Getah: Koperasi Pekebun Kecil Getah Melayu Kajang, Rancangan Sungai Merab (87 keluarga, setiapnya 6 ekar getah, 2 ekar dusun, dan sebuah rumah).

Kerajaan negeri menganugerahi tanah di sekitar Sungai Merab dan Sungai Tekali, kepada 183 buah keluarga dari Ulu Langat, Semenyih, Bangi, dan Dengkil, di bawah Rancangan Pembangunan Luar Bandar (Sungai Merab: 87 keluarga, Sungai Tekali: 96 keluarga). Setiap keluarga mendapat 6 ekar tanah getah, 2 ekar tanah dusun, dan sebuah rumah. Maklumat diberikan oleh En. Harun Mahmood, pegawai daerah Ulu Langat. ("Hampir 200 keluarga di-beri kehidupan baharu". Berita Harian, 15 October 1964, Page 6).

Penternakan (Sharikat Kerjasama Penternakan dan Pasaran Ayam daerah Ulu Langat dan Kajang).

Sharikat Kerjasama Penternakan dan Pasaran Ayam daerah Ulu Langat dan Kajang, ditubuhkan dua bulan sebelum ini, hasil gabungan 5 sharikat kerjasama di sekitarnya, antaranya di Rinching Hilir, Bangi. Sharikat ini dipengerusikan oleh Dato' Kampo Radjo. ("Sharikat penternakan dapat hasil yang memuaskan". Berita Harian, 11 March 1963, Page 7).

Kolam ikan, jagung dll.

30 orang penduduk Kampung Batu 5, Jalan Bangi bergotong-royong menggali kolam ikan Lampam Jawa sebesar 100×60 kaki di bawah syarikat kerjasama kemajuan kampung, dipengerusikan oleh Taslim Haji Sakawi (Sarkawi): “Sa-ramai 30 orang pendudok kampong Batu 5 Jalan Bangi telah bergotong royong menggali sa-buah kolam untok memelihara ikan Lampam Jawa di-bawah ranchangan sharikat kerjasama kemajuan kampong. Pengerusi sharikat kerjasama kemajuan kampong ini Inche' Taslim bin Haji Sakawi menyatakan bahawa berkerja gotong royong ini telah di-jalankan oleh pendudok2 kampong ini sa-minggu empat kali dari jam 2.30 sampai jam 5 petang untok menyiapkan kolam ikan yang panjang-nya 100 kaki dan lebar-nya 60 kaki. Inche' Taslim menerangkan kolam ini hampir pun siap dan pemeliharaan ikan Lampam Jawa ini akan dimulakan pada pertengahan bulan September ini. Menurut Inche' Taslim anak2 ikan ini akan diberi oleh sharikat pertanian dan akan di-pelihara bersama2 oleh ahli sharikat kerjasama di-kampong ini.” ("Pendudok membena kolam ikan". Berita Harian, 7 September 1962, Page 6).

35 orang pemuda Kampung Batu 5 Jalan Bangi bergotong royong menanam jagung, membela ikan, dan memelihara ayam itik, untuk disumbangkan kepada dana kebajikan kampung. Usaha ini diketuai oleh En. Tarkin Hj Sakami, dengan kerjasama penghulu daerah Semenyih En. Kasim, dan ADUNnya Dato' Kampo Radjo. ("Pemuda2 kampong tanam jagong". Berita Harian, 21 March 1962, Page 8).

Encik Tarkin Haji Kastawi, pengerusi Syarikat Persatuan Peladang Kampung Batu 5, Jalan Bangi melaporkan, seluas 5 ekar ladang jagung mereka ditenggelami air banjir sedalam 5 kaki. 10,000 anak pokok jagung yang ditanam secara gotong-royong, musnah. ("TANAH HARAM: MB BERI PENERANGAN DLM KURSUS SIVIK". Berita Harian, 25 April 1962, Page 8).

Peranan Aziz Ishak (Menteri Pertanian 1957-1963) & Dato’ Kampo Radjo (ADUN Semenyih 1959-1963): contohnya koperasi baja, kemajuan pertanian dan perikanan masyarakat,dll.

Peranan Aziz Ishak 1957-1963:-

“Dalam soal pembangunan luar bandar, Tunku Abdul Rahman telah menugaskan Aziz Ishak melaksanakan rancangan pembangunan tersebut. Soal yang berhubung dengan kerjasama juga diletakkan di bahawa jagaannya. Aziz sentiasa mempunyai rancangan yang sangat menarik rakyat. Dia merancang syarikat kerjasama kilang kertas dan kilang baja urea. Dengan rancangan-rancangan lain terdapat satu rupa perkembangan bahawa begitu ramai rakyat yang mulai terpesona dengannya.” (Mokhtar Muhammad, 1998: |"Dasar Tun Abdul Razak, Dato' Hussein Onn dan Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dari 1970-1990 : kesinambungan dan perubahan", Bab 1, m.s. 9-11).

“Aziz' outspokenness and his tireless have also won him powerful enemies. His proposal to create a co-operative fertilizer factory, which he continued to press over the objections of the cabinet and the Prime Minister, brought him into opposition with the Imperial Chemicals Industries (ICI), one of the most powerful and well-organized of the British economic interests in Malaya. His unqualified allegations of corruption in departments of his own ministry have demoralized some of his staff. His combined anti-capitalist and anti-Chinese sentiments' with their policy implications' have brought him into conflict with the Malayan Chinese Association (MCA), the Chinese wing Of his own ruling Alliance Party. His success in building up a rural following brought him into conflict with the Deputy Prime Minister, Tun Abdul Razak. This last was perhaps the most significant conflict because it essentially concerned the question of who would be the next Prime Minister.” (Gayl D. Ness, 30 March 1963: |"Gayl D. Ness Newsletters @ Institute of Current World Affairs (ICWA): Aziz Ishak and the Anti-British Spirit").

“The study found that Aziz was instrumental in developing the agricultural sector and improving the living standards of the rural population. He achieved success when he implemented several ground breaking ideas which included the introduction of a paddy and fish marketing project, modernization of the agricultural sector, the use of urea fertilizer and twice a year rice planting scheme, the use of improved and better quality seeds and the introduction of larger boats and better quality fishing nets. He also set up cooperatives throughout the country to curb the activities of middlemen. Aziz’s thought and actions were considered revolutionary. They were never implemented before this by any parties, but it was not viewed favourably by the Tunku who was known to be pro-capitalist and western in outlook. He accused Aziz of deliberately seeking support and popularity among the people this resulted in a conflict between the Tunku and Aziz. Aziz who stood firm and uncompromising in his struggle and was eventually sacked from the Cabinet and it ended his political career while trying to protect the progress and development of the agricultural sector and the Malays.” (Mohamad Idris Saleh, 2013): |"Abdul Aziz Ishak: Biografi Politik 1955 hingga 1962").

Peranan Dato' Kampo Radjo 1962-1963, 1970-1971:-

  • 1970-1971: Pengusaha Ternakan Rakyat @ Jalan Ghazali, Sungei Kantan, Kajang (|1970-|1971).

Pembalakan terpilih di Hutan Bangi (Akhir 1960-an).

Pada akhir 1960-an, terdapat aktiviti pembalakan terpilih di Hutan Simpan Bangi (Latiff 1981). (J.J. LAJUNI & A. LATIFF (2013)).

10. Era UKM dan Bandar Baru Bangi

1972: Pengumuman tapak UKM oleh Tun Abdul Razak

21. 1974: Pembangunan Kampus Induk UKM

Gambar: Peringkat awal pembangunan UKM. (The Star, 25 May 2014).

Faktor lokasi dan identiti.

Pada Januari 1972, Perdana menteri, Tun Abdul Razak, mengumumkan tapak rancangan Universiti Kebangsaan di Bangi, seluas 2,300 ekar. Sebelum itu, penubuhan UKM diumumkan pada 15 Mac 1969, dan ditubuhkan pada 18 Mei 1970 lalu memulakan operasi pertamanya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Menteri Pendidikan ketika ini ialah Tun Hussein Onn. Antara faktor pilihan lokasi ialah jaraknya yang sederhana jauhnya dari kota Kuala Lumpur, agar ianya dapat membina identitinya sendiri. Kampung-kampung di sekelilingnya akan turut dibangunkan, namun tema pembangunannya harus kekal sebagai tempat kediaman atau perumahan. (The Straits Times, 19 Januari 1972).

1974: Pembangunan UKM & Bandar Baru Bangi

Hutan Simpan Bangi dinyahwarta: 832 hektar hutan sekunder, 31 hektar paya air tawar (Anak Sg Bangi & Alur Ilmu), 19 hektar getah & sawit

Sekitar waktu itu, Hutan Simpan Bangi telah dinyahwartakan, lalu diwartakan sebagai tapak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Keluasan hutan ketika itu ialah 882 hektar, dan terdiri daripada 832 hektar hutan sekunder, 31 hektar paya air tawar, beralur kecil. Sebahagiannya anak Sungai Bangi di sebelah selatan, manakala sebahagian lagi (termasuk Alur Ilmu kini) mengalir ke Sungai Langat di sebelah utara. 19 hektar pula telah pun menjadi ladang getah dan kelapa sawit. (Kamarudin Mat Salleh (1999)).

West Country Estate: 6,774 ekar getah & sawit2 lombong (346 & 232 ekar).

Sekitar awal 1970-an, ladang getah mula digantikan dengan kelapa sawit. Bagi pengusaha Kindersley misalnya, ladang pertama mereka yang ditukar kepada kelapa sawit ialah Ladang Dunedin (kini Alam Sari) di Bangi (1974). (Kemungkinan nama ladang ini adalah sempena nama asal Edinburgh, Scotland). (Inch Kenneth Rubber Estates Limited (2010)). West Country Estate mungkin telah bermula lebih awal lagi. Pada 28 Mac 1973, Syarikat West Country Sdn Bhd (14134-U) ditubuhkan bagi mengambil alih keseluruhan West Country Estate. Ketika itu West Country Estate meliputi 6,774 ekar ladang getah dan kelapa sawit, serta 2 buah lombong seluas 346 dan 232 ekar. (The Straits Times, 1 January 1974).

Diambil alih oleh kerajaan negeri, diserahkan kepada PKNS.

Menjelang tahun 1974, Gammon dan United Asbestos Cement (UAC) membeli 25 peratus saham West Country Sdn. Bhd. Antara spekulasi ketika itu ialah 4,600 ekar daripada 7,352 ekar jumlah keluasan tanah West Country Estate akan diperolehi oleh kerajaan negeri Selangor (mungkin untuk pembangunan Bandar Baru Bangi) (The Straits Times, 1 January 1974).

Perolehan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS): “About 1975 the Government (through PKNS) took over the land from the then owners of West Country Estate - Sipef NV (a Belgian company) to develop the South KL Educational Hub.” (Tanarata International Schools (2013)).

Pembangunannya yang bermula pada tahun 1974 bagi memenuhi keperluan pembangunan kawasan pertumbuhan baru di Selatan Lembah Klang berlandaskan kepada Polisi Ekonomi Kebangsaan, yang mengkhususkan kepada Bumiputera. Dari tahun 1974 hinggalah tahun 2010, PKNS selaku peneraju pembangunan yang dipertanggungjawapkan telah menyiapkan sebanyak 11,763 unit rumah dan 308 unit lot kedai. Secara keseluruhannya, terdapat komponen pembangunan tertentu yang diperuntukkan oleh PKNS di kawasan Bandar Baru Bangi iaitu; 20 peratus khusus untuk kawasan perumahan, 11 peratus untuk kawasan perindustrian, 6 peratus untuk aktiviti komersial,15 peratus untuk keperluan kawasan rekreasi manakala 24 peratus selebihnya untuk tujuan keperluan lain yang dirasakan relevan.” (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Laporan Tahunan 2010").

“In 1978, I married and started a family of my own. Meanwhile, there were vast changes taking place in West Country Estate. The landscape was being changed entirely! West Country Estate had been sold to Magnum Corporation, then to Sipef, which then sold it to the Selangor government's arm P.K.N.S. The region occupied by West Country Estate had been earmarked for development. A new township and an educational hub were built on the land occupied by the estate starting in the early 80s. … When the land was acquired by the Government for development, most of the workers of West Country Estate were allocated houses in Section 5, Bandar Baru Bangi.” (Munaianty s/o Ponnusamy @ Tanarata International Schools (2013)).

11. 1974-1980-an: Pembangunan Bandar Baru Bangi:-


Kiri: Ini adalah salah satu iklan perumahan pasang siap di Bangi (mungkin sebahagian daripada projek di atas), yang tersiar di akhbar New Straits Times pada 16 Jun 1983. Menurut iklan ini, 1 unit rumah flat pasang siap kos rendah ketika itu berharga RM30,000 ke atas, manakala kos sederhana pula berharga RM49,500 ke atas.
Kanan: Iklan tahun 1986

Peranan Hazama Gumi dari Jepun (rumah pasang siap)

Laporan mengenai Datuk Syed Kechik, niagawan terkemuka ketika itu. Antara pelaburan beliau yang disebut di sini ialah suatu projek perumahan pasang siap (rumah flat dan teres/berangkai 2 tingkat) di Bandar Baru Bangi: “He has 30 percent participation in a construction project currently undertaken by Hazama(n) Gumi of Japan. It involves the construction of more than 2,000 low rise flats and double-storey link houses using the prefabricated techniques in Bandar Baru Bangi and Seri Kembangan, south of Kuala Lumpur.” ("The rise of Datuk Syed Kechik". BUSINESS TIMES, 30 August 1983, Page 11).

UKM & Kawasan perindustrian: peluang pekerjaan.

“Bangi mula dimajukan pada tahun 1974 dengan penghuni awal tidak sampai 1,000 orang. Pada tahun 1990, penduduknya dianggarkan seramai kira-kira 27,620 orang (PKNS 1990). Penghuni awal ini yang rata-rata berpendidikan menengah dan tinggi bekerja di institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan, telah mengangkat nilai-nilai sosial yang baik sebagai asas perkembangan masyarakat bandar tersebut. Oleh itu, masyarakat Bandar Baru Bangi hari ini terpupuk melalui nilai-nilai budaya yang murni dan berjaya meneruskannya hingga kini. ….. Bandar Baru Bangi adalah sebahagian daripada zon pinggir Lembah Klang, dirancang berdasarkan konsep bandar taman. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan sosial seperti sekolah rendah dan menengah, pusat kesihatan awam dan swasta, surau, balai polis, pejabat pas, bomba, dewan serbaguna, kedai dan pasar harian yang diperlukan untuk kehidupan moden. Kawasan perindustrian menempatkan kilang-kilang yang mengeluarkan pelbagai jenis keluaran, menawarkan pekerjaan kepada penduduk sekitar Bandar Baru Bangi. Perancangan perumahannya pula dibuat dengan menerapkan konsep kejiranan bagi menggalakkan interaksi sosial dan perpaduan masyarakat. ….. Bandar Baru Bangi dibahagikan kepada 16 seksyen dan kawasan perumahan terdapat di Seksyen 1,2,3,4,5 dan 16 sahaja.” (Katiman Rostam, Wan Maimunah Wan Ismail @ Akademika, UKM, Vol 50, No 1 (1997)).

12. Ringkasan


“Ukm Mosque - Mansor Ghazalli, 2002: Watercolor on cardboard” (Jordan National Gallery of Fine Arts)

  • Pada asalnya sepanjang Sungai Langat didiami orang asli Temuan.
  • Sehingga 1878: Rekoh di sempadan Sungai Ujong. Perlombongan dan perkebunan oleh elit Melayu, pengusaha tempatan dan Sumatera (Mendailing), melalui laluan sungai-sungai.
  • 1880-1890an: Rekoh di bawah Selangor dan pentadbiran British, jalan-jalan dibina (dari KL ke selatan), dan sistem tanah dan cukai baru, membuka ladang-ladang besar (pemodal Eropah, termasuk West Country Estate) dan lombong dan candu (pemodal Cina).
  • 1906: Hutan Simpan Bangi diwartakan.
  • 1913: Ekonomi tempatan tertumpu di sekitar rizab Melayu, relatif kecil-kecilan.
  • 1950-1970: Selepas merdeka, lebih baik tetapi masih relatif kecil.
  • 1974: Hutan Simpan Bangi → UKM, West Country Estate → BBB.
  • 1980-an: Pembangunan UKM-BBB dan perkilangan membuka peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk masyarakat setempat.
ukm_bbb_1.1749703185.txt.gz · Last modified: by sazli