Jadual Kandungan

Kampung Sungai Ramal

Dirujuk oleh

Kampung Sungai Ramal
Lukisan Kampung Sungai Ramal, oleh Mansor Ghazalli: “Kampung Sungai Ramal; Artist: Mansor Gazali; Size: W35cm x L52cm; Medium: Watercolour” (Tan Sri Azman Hashim @ AmBank Group, 2012: |"Collection from the AmBank Group and Tan Sri Azman Hashim, 1982-2012", m.s.84).

Sejarah Awal

“Sekarang terdapat dua buah kampung yang dikenali sebagai Sungai Ramal Luar dan Sungai Ramal Dalam. Pada asalnya kedua-dua kampung ini adalah sebuah kampung yang dikenali dengan Sungai Ramal sahaja. Sungai Ramal sudah wujud sejak dari abad ke 18 lagi. Selangor pada masa itu telah terkenal sebagai negeri yang makmur lantaran mempunyai bijih timah, turut dihadiri berbagai pendatang terutama ke kawasan Kuala Lumpur. Kemakmuran melempah keluar dari kawasan Kuala Lumpur. Turut datang ke luar dari Kuala Lumpur mereka yang datang dari Sumatera dan Jawa. Antaranya ke Hulu Langat, khususnya ke kawasan Kajang. Antara kelompok yang datang ialah ulama` yang mengajar agama Islam sambil berniaga. Mereka sampai antaranya melalui sungai dan mendarat di tepi sungai dan menjalankan perniagaan. Mereka memerlukan tempat ibadat. Lantaran mereka mendirikan surau di tepi sungai. Di tepi sungai berkenaan tempat mendarat dan dekat tempat berniaga adalah berpasir putih dan bersih dari tepi sungai berpasir ini mereka mengambil wudhu` bagi menunaikan solat. Nama kampung ini dinamakan `Kampung Sungai Ramal` diambil dari perkataan `Arab `Ramlu bererti Pasir` bermaksud Kampung Pasir` yang disebut di dalam bahasa `Arabnya `Kampung Sungai Ramal.` Ianya meliputi semua kawasan (Sungai Ramal Luar dan Dalam). Selepas British menguasai Selangor, maka untuk tujuan pentadbiran, maka pada tahun 1847, dipecahkan kampung Sungai Ramal kepada Sungai Ramal Luar dan Dalam. Kini kedua kampung ini dipisahkan oleh jalanraya utama – Kajang ke Serdang.

Apabila berlaku pertambahan penduduk maka, surau ditingkatkan kepada taraf masjid yang digunakan oleh penduduk Sungai Ramal. Pada tahun 1929 bangunan masjid baru didirikan pada tapak yang sama. Ia adalah atas inisiatif seorang Ketua Kampung yang juga seorang guru agama bernama Tuan Haji Mat Saman. Bangunan ini didirikan hasil dari derma orang ramai, khususnya penduduk Kampung Sungai Ramal. Bangunannya dari batu dan kayu. Mengenang jasa Tuan Haji Mat Saman, maka masjid ini dikenali sebagai Masjid Haji Mat Saman (Masjid lama ini lari sedikit dari arah Kiblat). Pada peringkat permulaan penduduk Sungai Ramal Luar dan Dalam hanya menggunakan Masjid Haji Mat Saman untuk mereka menunaikan solat Juma`at. Selepas tahun 2010 nama masjid ini dikehendaki ditukarkan kepada nama Masjid Sungai Ramal Luar.

Dengan pemisahan sempadan antara Sungai Ramal Luar dan Sungai Ramal Dalam, maka selepas tahun 1930an timbul inisiatif penduduk Sungai Ramal Dalam mendirikan surau ditempat masjid al-Falah sekarang yang kemudiannya ditingkatkan kepada taraf masjid. Bangunan masjid yang agak kecil ditambah sedikit demi sedikit sesuai dengan pertambahan penduduk. Pada masa Penulis menjadi ADUN Kajang (1999-2004) yang kedua-dua Kampung Sungai Ramal termasuk di bawah kawasan ADUN Kajang, masih belum timbul hasrat untuk membangunkan sebuah masjid yang baru. Yang didirikan ialah sekolah agama berdekatan masjid dengan menggunakan sebahagian dari tanah masjid.”

(Sumber: Dr Shafie Abu Bakar, March 2, 2018: |"SEJARAH SUNGAI RAMAL DAN PEMBINAAN MASJID").

Peta sekitar Sungai Ramal: 1904, 1926, dan kini
Peta sekitar Sungai Ramal:-
Kiri: Tahun 1904: Sebahagian besar kawasan Sungai Ramal adalah kawasan perlombongan bijih timah (diwarnakan kelabu) (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Tengah: Tahun 1926: Sebahagian besar kawasan Sungai Ramal beralih kepada perladangan. Perkampungan Sungai Ramal telah diwartakan sebagai tanah rizab Melayu (lorekan jingga, sempadan kuning). Di sebelah utaranya, disempadani Jalan Ayer Itam (kini Jalan Sungai Chua) ialah Sungei Ramal Estate. Di sebelah barat dan selatannya (sempadan merah jambu) bakal diwartakan sebagai tanah rizab Melayu Sungai Ramal Tambahan. Di sebelah timur lautnya adalah kawasan perlombongan bijih timah (diwarnakan jingga pekat), di sebelahnya Kampung Sungai Chua. (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries: |"Selangor : Federated Malay States 1926").
Kanan: Kini: Tanah Rizab Melayu Sungai Ramal (sempadan kuning) dan Sungai Ramal Tambahan (sempadan merah jambu), kini adalah Kampung Sungai Ramal Dalam. Sebahagian Sungei Ramal Estate di sebelah utaranya, dan kawasan perlombongan di sebelah timur lautnya, kini menjadi sebahagian kawasan Kampung Sungai Ramal Luar. (Mapcarta).

LATAR PERISTIWA: Jalan Ayer Itam (1896-1905)

RENCANA KHAS: Kampung Sungai Ramal Dalam

Kronologi Peristiwa

1895-1903: Kegiatan Perlombongan

Antara rekod terawal lombong-lombong di Sungai Ramal yang ada di dalam rekod kolonial di Arkib Negara ialah sekitar tahun 1895. Rekod-rekod kegiatan perlombongan oleh warga tempatan dan perantau sebelumnya secara spesifik, belum ditemui.

LATAR PERISTIWA: Perlombongan di Sungai Ramal (1893-1903)

Peta Sekitar Sungai Ramal 1904

Peta sekitar Sungai Ramal, 1904
Petak sekitar Sungai Ramal, 1904. Sebahagian besar masih lombong bijih timah (kelabu) (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").

1907-12-12: Pembukaan Sungei Ramal Estate

Sungei Ramal Estate (sekitar Sungai Ramal Luar kini) dibuka oleh H.R. Moullin pada 12 Disember 1907.

LATAR PERISTIWA: Sungei Ramal Estate (1907)

LATAR PERISTIWA: Hilary Rougier (H.R.) Moullin (1875-1922)

1915: Kelahiran Leftenan Adnan

“Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan merupakan anak sulung dalam keluarganya.” (Wikipedia: Adnan bin Saidi).

Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Ramal Luar: “Leftenan Adnan bin Saidi di dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, kajang Selangor pada tahun 1915. Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya yang seramai lima orang iaitu Adnan, Ahmad, Hasyim, Amirullah dan Alimin. … Pencarian saya bermula di Kampung Sungai Ramal, Kajang. Perkampungan Melayu di Kajang Cuma dua sahaja iaitu Kampung Sungai Merap dan Kampung Sungai Ramal. Adapun Sungai Ramal pula terbahagi tiga iaitu Sungai Ramal Dalam, Sungai Ramal Luar dan Sungai Ramal Baru. Saya ke Sungai Ramal Kajang. Tempat persinggahan pertama ialah di Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan. Tidak sukar mencarinya kerana sekolah itu letaknya di tepi jalan. Menurut salah seorang petugas di sekolah tersebut, Leftenan Adnan lahir di Kampung Sungai Ramal Dalam. Tetapi ternyata maklumat itu salah kerana setelah sampai ke Kampung Sungai Ramal Dalam, salah seorang penduduk kampong tersebut mengatakan Leftenan Adnan lahir di Kampung Sungai Ramal Luar. Tempat persinggahan kedua saya ialah di Masjid Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar. Juga terletak di tepi jalanraya. Menurut Tuan Imam masjid itu Haji Fakrul Razi, memang benar Leftenan Adnan dilahirkan di Sungai Ramal Luar.” (Abdul Latip Talib, 6 Mei 2008: |"MENJEJAK WARIS LEFTENAN ADNAN").

LATAR PERISTIWA: Leftenan Adnan Saidi (1915-1942)

1915-12-01: Pembukaan Sekolah Melayu

Pembukaan bangunan asal Sekolah Melayu Sungai Ramal (kini Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan): “Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah tertua di Daerah Hulu Langat dan telah menjangkau usia 105 tahun. Sekolah ini dibuka pada 1 Disember 1915 dengan nama Sekolah Melayu Sungai Ramal. Pengasas sekolah ini iailah Encik Arshad Bin Talib, PJK selaku Pengerusi Persatuan Ibu Bapa (PIBG) pada masa itu. Guru Besar yang pertama ialah Encik Dacap Bin Zainal. Jumlah murid ketika itu ialah seramai 26 orang sahaja.” (SK Leftenan Adnan: |"PROFILE SKLA").

Rekod-rekod arkib yang berkaitan:-

1916-11-06: Tanah Rizab Masjid

06/11/1916: |"RESERVATION OF LAND FOR A MOSQUE AT SUNGEI RAMAL IN THE MUKIM OF KAJANG".

1922-12-02: Tanah Lombong Inche Abo

“Closely following on the heels of Sungei Balak came the rush to Sungei Ramal, and adjacent valley also in the Cheras district. A great portion of this valley was claimed by one Inche Abo, an old Malacca Malay, who kept dogcarts for hire and resided in the village of Cheras on his little coffee plantation. He was levying a tribute on the mines, and was waxing rich on the proceeds when he ran up against the Chinese owner of the adjacent land who refused to pay tribute, and appealed to the Government to define their boundary line which was in dispute. This was no easy matter, as for the sum of $5 for a mining license land was given out in those days in an easy going, haphazard fashion without any definite boundaries other than the name of the stream or “Sungei” in which the concession was located and an arrow mark blazed on the bark of a tree somewhere downstream in the valley as the point through which an imaginary line might be drawn to demarcate one concession from another. This arrow was said to be lost, and Felton Hill (whom I accompanied for the occasion), the new Inspector of Mines, who came from Australia with the reputation of having walked across the island continent, was not to be easily fooled by the disputants, as his eyes trained in the Australian bush, quickly discovered the missing arrow over which the bark of the tree had grown, but was still distinguishable standing out in faint relief against the dark background.” - J.C. Pasqual (Pinang Gazette and Straits Chronicle, 2 December 1922, Page 4: |"WHAT IS WRONG WITH THE F. M. S.").

1925-04-03: Penanaman Kelapa Sawit

03/04/1925: |"STATE LAND, 48 ACRES, MUKIM KAJANG FOR CULTIVATION OF AFRICAN OIL PALM - MANAGER SUNGEI RAMAL ESTATE APPLIES FOR :-".

1928-11-28: Penanaman Teh Cina

Menurut John Milsum dalam Malayan Agricultural Journal Vol. XVII (Januari 1929), terdapat penanaman teh Cina di Bukit Serdang Chinese Settlement. Dikatakan petempatan ini terletak di sekitar Sungai Ramal, daerah Kajang, namun lokasi tepatnya belum dapat dipastikan:-

“The current issue of the Malayan Agricultural Journal published at Kuala Lumpur has a memorandum by Mr. B. Bunting on tea experiments conducted by the Department of Agriculture, F.M.S. and S.S. It was prepared for a special meeting of the Advisory Committee which was held at the Offices of the Department of Agriculture on Nov. 28, 1928, to consider the possibilities of tea cultivation in Malaya and whether it was necessary for the Department to carry out any further experiments with tea other than those now being undertaken. …

Tea Growing in Sungei Besi

Mr. J.N. Milsum contributes to the Bulletin a brief description of the cultivation of tea and preparation of the product for consumption, by Chinese settlers. In the Sungei Besi District of Selangor, small areas of tea are frequently seen. In the Sungei Balak Chinese Settlement, which is an area of 360 acres adjoining the Sungei Besi-Cheras Road, a considerable amount of land is under cultivation with tea, approximating 140 acres. Some tea is also cultivated at the Bukit Serdang Chinese Settlement at Sungei Ramal in the Kajang district.

The settlement is situated on sharply undulating land with some steep hills. No silt-pitting or drains have been constructed with the result that considerable erosion of surface soil has taken place. On some of the steepest slopes the tea bushes are planted on narrow terraces. The soil may be described as a clay loam and is similar in appearance to the usual “Bukit” land obtaining in Selangor.

Inquiries as to the origin of seed from which the tea bushes were raised elicited the reply that the original seed was brought over from China and planted in various districts in the locality, from whence the seed had been obtained. It was stated that the seeds were sometimes collected for sale and realized about 18 cents per catty (13 1/2 cents per lb.). A fair sample of such seeds was stated to give 50 per cent. germination under favourable conditions.

Appearance of Bushes.

The appearance of the bushes varies considerably, due to a certain extent to soil erosion. Further, plucking is coarse and irregular resulting in poor flushes. There was evidence, however, that many mixed “jats” comprised the bushes under cultivation. The mature leaf of the majority of bushes is small and the tips often of a reddish colour resembling what is known in Ceylon as “China jat.” The leaf of others is considerably larger and in certain cases measure 5.5 ins. in length and 2.25 ins. in breadth. These bushes are robust and vigorous growing.

Method of Planting.

The land for planting is usually brought into cultivation from “lalang” and “blukar,” there being little or no timber to burn off. The usual planting distance is 3 1/2 ft. by 3 1/2 ft. though frequently quite irregular planting is undertaken. Weeding is done as necessary, out “lalang” is evident and apparently only removed when it becomes heavy.

Pruning during the early stages of the seedling's growth is usually undertaken, but as plucking often commences when the seedlings are eighteen months old, the bushes have small chance of becoming well-formed. When the bushes grow to some size and commence to flower they are cut back to within 2 to 3 feet from the ground. This form of pruning was stated to be undertaken about every two years.

Plucking is said to commence when the bushes have been planted out for one year. This operation is usually done by Chinese women, who receive payment at the rate of 5 cents per catty (about 4 cents per lb.) of green leaf collected. Plucking appears to be done about every ten days.

Yield of Dry Tea.

Very variable crops are obtained, but it appeared that about 30 catties (40 lb.) of made tea per acre per month is an average crop throughout the year. It is considered that about 3 1/2 piculs (446 lbs.) of dried tea per acre per annum is an average yield. The present price received locally for this tea is stated to be 68-75 cents per catty (51-56 cents per lb.) for the first quality leaf and 38-45 cents per catty (28-34 cts. per lb.) for the second quality. The price of this tea is stated to be lower than formerly owing to the present condition of the tin and rubber markets.

The principal buyers of locally produced tea are Chinese tin mine owners, who prepare and supply tea to their coolies working on the mines. It is stated that a demand for this tea exists in Penang and Seremban, where large quantities are forwarded.

Quality of Tea.

The prepared tea is greyish-green in colour and very rough in appearance. The first quality is composed of rolled tips, the first leaf and some stalks. The smell of the leaf is faint and rather smoky. The tea would pass through a half-inch mesh sieve. The infusion is light brownish-green in colout. Taste harsh and bitter. The second grade is mainly composed of portions of large leaf and stalks which could pass thorough an inch mesh sieve. The infusion is weaker than that from the first grade tea.”

(Sumber: The Straits Times, 8 April 1929, Page 16: |"TEA CULTIVATION IN MALAYA").

(Sumber primer: J.N. Milsum @ The Malayan Agricultural Journal, Vol. XVII, January, 1929: |"Tea Growing in the Sungei Besi District of Selangor", m.s. 12-15).

Peta Sekitar Sungai Ramal 1929

Peta sekitar Sungai Ramal, 1929
Peta sekitar Sungai Ramal, 1929. Sebahagian besarnya kini kawasan perladangan (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").

1929: Pembukaan Masjid Haji Mat Saman

Usaha pembinaan dan pengumpulan dana masjid di Sungai Ramal bermula sejak 1916:-

Pada tahun 1928, raja negeri meminta pegawai daerah untuk menyediakan suatu sistem penyelenggaraan masjid-masjid, dan mencadangkan agar derma masjid diwajibkan. Hasil semakan pegawai daerah dengan para penghulu dan pengutip cukai, didapati sistem tersebut telah pun wujud di sesetengah daerah, kebanyakannya melalui tenaga dan derma secara sukarela. Sebagai contoh, jumlah kutipan derma bagi membina Masjid Sungai Ramal dan Jenderam telah mencecah sehingga $12,906.62: “By the end of the second decade in the twentieth century, the Selangor State Secretariat discussed multiple issues related to religion. Religious institutions and questions such as the use of mosques and other places of religious learning received growing attention from the state government. The native ruler wrote to the district officer to set a system in place to ensure the upkeep of mosques and to regulate their maintenance.(1957/0254780 SEL:SEC:G. 1588/1928: Subscription for the upkeep of religions buildings by Malay.) He suggested a system to make donations towards mosque upkeep compulsory for all Muslims. The district officer reviewed this matter and consulted with his people on the ground, including the penghulus and the collector of land revenue. They reported that there were already systems in place in some districts for the upkeep and maintenance of mosques as well as Muslim burial grounds through volunteer labor or donations. While some districts made it compulsory, most did not. (The district officer of Ulu Langat, J.G. Crawfurd, wrote to the British Resident that the penghulus of his district were active in managing funds for mosque upkeep. In the mukim of Kajang, a total of $12,906.62 was raised towards the building of the Sungei Ramal and Jendram Mosques, and the people of Ulu Langat raised $5,923 to build a mosque in Dusun Tua. The donation from the late Raja Allang of $31,500 was also made for the mosque at Beranang.) There were also other instances where the ruler himself made a big donation to maintain state religious institutions. The district officer surmised that while it was a good idea to systematize a collection of some sort, this effort should not be coerced. “A suggestion has been put forward that revenue might be obtained by setting aside areas of land in each Mukim to be cultivated by the local inhabitants under supervision, the proceeds from such lands to be credited to a Mukim fund which could be drawn on for repairs and upkeep of Mosques. It might possibly be more easy to secure contributions of labour than of cash, but between the danger of extreme laxity on the one hand and the rigours of a “Krah” system on the other, the experiment does not greatly commend itself.” (The quote is from the collector of land revenue of Kuala Lumpur to the British Resident of Selangor. The “krah” system (or kerah) refers to bondage labor. In this instance, the British Resident was not referring to bondage labor in the literal sense since by this time debt slaves were outlawed, but was referring to it as an extreme example of involuntary labor.)” (Hanisah Binte Abdullah Sani, 2019: |"Elite Politics, Jurisdictional Conflicts and the Legacy of Colonial State Building in Malaysia", m.s.151).

Masjid Sungai Ramal siap dibina pada tahun 1929: “Mesjid Sg. Ramal Luar, Kajang, Selangor, telah dibina pada tahun 1929 dengan harga sebanyak $40,000/-, wang ini datangnya dari seorang bijakpandai iaitu Pegawai Daerah yang bernama Datuk Abu Samah. Beliau telah beriktiar supaya penduduk-penduduk kampung yang kebanyakannya penoreh getah mengenepikan sejumlah wang, dari kupon getah mereka dikumpul dan dari sedekah jahriah orang ramai.

Tiga buah mesjid yang serupa telah dibina dengan cara ini iaitu di Jeram, Batu 17 Ulu Langat, dan termasuk Sg. Ramal Luar.

Mesjid ini telah dibina oleh seorang kontraktor Cina dari Kuala Lumpur namanya ialah Bong Siew. Kontraktor ini telahpun meninggal dunia dan tidak dapat maklumat dari beliau. Pelan asal juga tidak dapat dikesan begitu juga dengan akitek yang mereka mesjid itu.

Pada tahun enam puluhan meningkatnya jumlah penduduk-penduduk yang tidak dapat menampung jemaah, jadi satu tambahan telah dibuat dengan harga sebanyak $10,000/-.

Pembinaan mesjid ini adalah mengikut peringkat-peringkat. Peringkat I ianya empat persegi tepat, Peringkat II ialah empat persegi bujur tambahan dan Peringkat III mesjid itu dijadikan empat persegi tepat tambahan 150'-0” x 150'-0“. Pagar dan tandas kepada mesjid itu adalah sumbangan dari Lembaga Loteri dan Kebajikan Mesyarakat kerana penduduk-penduduk di situ enggan mencemar mesjid mereka dengan wang dari sumbangan Lembaga Loteri.

Bahan binaan mesjid seperti kayu cengal untuk kerangka bumbong dipercayai dibawa dari hutan Ulu Langat.”

Gambar Hadapan (1984)Masjid Jamek Haji Mat Saman (2012)
Kiri: Gambar tahun 1984: “Pandangan Mesjid Sg. Ramal Luar yang dibina pada tahun 1929. Pada ketika itu mesjid ini berada di zaman dan sebelum peperangan dunia kedua, di mana binaannya masih kukuh dan masih lagi digunakan.”
Kanan: Gambar tahun 2012: Masjid Jamek Haji Mat Saman (bangunan asal), diambil beberapa hari sebelum perasmiannya oleh DYMM Sultan Selangor (Julai 2012): “Masjid lama ini berusia 83 tahun seperti tertera pada tiang masuk pintu masjid yang ianya telah dibina pada 1929. Ianya masih kukuh dan mengekalkan seni bina tempatan dan tidak berubah hanya di cat semula bagi menyerlahkan keasliannya.” (FAIZMIN, July 17, 2012: |"MASJID KG SG RAMAL LUAR KAJANG").

(Sumber: Abdul Aziz Ramli, Shahrom Sapari, Hj. Ahmad Mohd. Ibrahim, Noridah Mohd. Saad, 1984: |"Kajian Bangunan Lama Mesjid Sg. Ramal Luar, Kajang").

LATAR PERISTIWA: Masjid Haji Mat Saman.

1929-02-06: Tapak Bangunan Baru Sekolah Melayu

Bangunan asal Sekolah Melayu Sungai Ramal telah dibina di kawasan rizab jalan. Oleh itu pihak kerajaan British merancang untuk memindahkannya. Namun didapati tapak baru itu telah diwartakan untuk perlombongan. Pada 20 Februari 1928, Inspector of Schools Selangor, T.A.O. Sullivan, membuat permohonan tapak lain bagi menggantikannya:-


“REQUEST BY THE INSPECTOR OF SCHOOLS SELANGOR FOR A SPECIAL ALLOCATION TO FIND A NEW SITE FOR THE MALAY SCHOOL IN SUNGEI RAMAL WHERE THE INITIAL SITE WAS LEASED FOR MINING.”

Kandungan surat permohonan beliau:-

“Office of The Inspector of Schools, Selangor. Kuala Lumpur, 20th February, 1928 - New Sungei Ramal Malay School, Kajang.
Sir,
I have the honour to say that, owing to circumstances over which I had no control, I am compelled to ask for Special Provision of $2400/- for the purchase of a site for the New Malay School at Sungei Ramal, Ulu Langat, vide Item 102, page 114, F.M.S. Estimates, Unreserved Services, 1928.
2. I might mention that all my sites for 1928 have been fixed except for this one.
In 1927 the District Officer, Ulu Langat reserved me an admirable site. I regarded the matter as fixed. Recently, however, this site was let out on mining lease, and I have endeavoured with the District Officer's help to obtain another site on Government land.
It has been found that no Government land central enough for this school is available. I therefore ask for this special provision.”
- T.A.O. Sullivan, Inspector of Schools, Selangor.

Perbincangan di antara Setiausaha Residen Selangor dan Pegawai Daerah Ulu Langat berkenaan tapak ini berlarutan selama setahun, sebelum akhirnya diluluskan pada 6 Februari 1929:-

“D.O. Ulu Langat - Referred for your views.
2. If this site is malarious, so I imagine will any other site in Sungei Ramal be.
3. Is there not a school already at Sungei Ramal, and also one at Bangi?”
- S.R., 22.4.28

“S.R. - The actual words used by the H.O. was “The site may prove unhealthy for a resident teacher and his family”.
2. There is a school at Sungei Ramal but it is on the road reserve.
3. There is a school at Bangi.”
- D.O. Ulu Langat, 27.4.28

Personally I think if this site is unhealthy it will be difficult to find another which is healthy in S. Ramal.” S.R., 30.4.28

“The H.O. agrees to the site for the school but opposes the erection of teachers quarters in this vicinity. 2. I recommend that the new quarters for the teacher be built by the existing Sungei Ramal school. I do not think the I of S has any objection to this proposal.” 20.6.28

“Approved.” - 6.2.29

Re sites plan for Malay school & Teachers quarters at Sungei Ramal, Ulu Langat see Sel. G. 1279-28Lokasi tapak, berdasarkan peta tahun 1926Sekolah Melayu Sungai Ramal (kini SK Leftenan Adnan), kini
Tapak yang diluluskan untuk pembinaan bangunan baru Sekolah Melayu ini kekal sehingga kini:-
Kiri: “Re sites plan for Malay school & Teachers quarters at Sungei Ramal, Ulu Langat see Sel. G. 1279-28”
Tengah: Lokasi tapak, berdasarkan peta tahun 1926 (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries: |"Selangor : Federated Malay States 1926").
Kanan: Sekolah Melayu Sungai Ramal (kini SK Leftenan Adnan), kini (Mapcarta).

(Sumber: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 13/02/1928: |"APPLIES FOR A SPECIAL PROVISION OF $2400/- TO PURCHASE A SITE FOR THE NEW MALAY SCHOOL AT SUNGEI RAMAL, ULU LANGAT").

Beberapa dokumen rasmi serta laporan akhbar berkaitan sekolah ini:-

1929-10-18: Laluan Kaki

18/10/1929: |"APPLICATION BY CERTAIN CHINESE OF SUNGEI RAMAL FOR PERMISSION TO CONSTRUCT A FOOTPATH WITHIN THE RAILWAY RESERVE".

1929-12-16: Penemuan Bijih Timah

16/12/1929: |"TIN DEPOSIT FOUND ON SUNGEI RAMAL. ESTATE NEAR SERDANG. RE:-".

21/12/1929: |"ASKS FOR A GEOLOGIST TO MAKE AN INSPECTION OF AN AREA IN THE VICINITY OF KUALA LUMPUR (A) SUNGEI RAMAL ESTATE (B) HITAM PROJECT").

1932-09-19: Kg Sungai Ramal Tambahan

19/09/1932: |"EXTENSION OF SUNGEI RAMAL MALAY RESERVATION".

Kemungkinan peluasan rizab Melayu Sungai Ramal (Kampung Sungai Ramal Dalam), sebagaimana di dalam peta di bawah.

Peta sekitar Sungai Ramal: 1926, 1950, dan kini
Peta sekitar Sungai Ramal:-
Kiri: Tahun 1926: Perkampungan Sungai Ramal telah diwartakan sebagai tanah rizab Melayu (lorekan jingga, sempadan kuning). Di sebelah utaranya, disempadani Jalan Ayer Itam (kini Jalan Sungai Chua) ialah Sungei Ramal Estate. Di sebelah barat dan selatannya (sempadan merah jambu) bakal diwartakan sebagai tanah rizab Melayu Sungai Ramal Tambahan. Di sebelah timur lautnya adalah kawasan perlombongan bijih timah (diwarnakan jingga pekat), di sebelahnya Kampung Sungai Chua. (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries: |"Selangor : Federated Malay States 1926").
Tengah: Tahun 1950: sedikit sebanyak masih sama seperti 1926, kecuali sebelah barat dan selatan tanah rizab Melayu Sungai Ramal (sempadan merah jambu) telah diwartakan sebagai tanah rizab Melayu Sungai Ramal Tambahan (Sungai Ramal Extension). (Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720").
Kanan: Kini: Tanah Rizab Melayu Sungai Ramal (sempadan kuning) dan Sungai Ramal Tambahan (sempadan merah jambu), kini adalah Kampung Sungai Ramal Dalam. Sebahagian Sungei Ramal Estate di sebelah utaranya, dan kawasan perlombongan di sebelah timur lautnya, kini menjadi sebahagian kawasan Kampung Sungai Ramal Luar. (Mapcarta).

LATAR PERISTIWA: Kampung Sungai Ramal Dalam

LATAR PERISTIWA: Jalan Ayer Itam (1896-1905)

1937-03: Mogok dan Demonstrasi Pekerja Ladang

1937-03-14: Tangkapan aktivis: 13 aktivis komunis ditangkap di Jalan Cheras, Kuala Lumpur, setelah mereka menahan seorang penyiasat polis. Setelah Jawatankuasa Mogok Kajang dan Kesatuan Sekerja Pekerja Getah (yang ketika itu berada di Sungai Ramal) menerima berita ini, golongan komunis bertindakbalas dengan berarak ke Kuala Lumpur dan menuntut pembebasan aktivis-aktivis tersebut. Kekecohan berlaku dan polis bertindak meleraikan dan menangkap 110 orang demonstran: “The second stage of the state unrest commenced on March 14th with an ugly incident near Kuala Lumpur. That day a detective on a fact-finding mission was spotted by a group of truculent agitators and was detained. A police party from Kuala Lumpur rescued him at Cheras Road and arrested many 'agitators' including thirteen propaganda corp members. News of this soon travelled to the Kajang Strike Committee then inaugurating the RWU at a mass rally at Sungei Ramai in Kajang. … On learning about the Cheras Road fracas therefore, communist agitators hastily rounded up members of the propaganda and militant corps. A few hundred people then started marching to Kuala Lumpur with a view to taking 'the Protector of Chinese to court to address the court on their behalf' and force the release of the thirteen detained propaganda corp members. On the way in Bolton Estate at Cheras Road the mob spotted four detectives who were immediately set upon. The detectives opened five thrice, hitting a leading agitator (Chen Keow) on the stomach and wounding two others. They then ran for their life with a 700-strong mob close at heels. A police party arrived in the nick of time, scattered the mob with batons and detained 110 demonstrators.”

1937-03-25: Serbuan polis ke atas ibu pejabat Jawatankuasa Mogok Kajang di Sungai Ramal: “The same day, March 25th, the police conducted a major raid against the Kajang Strike Committee headquarters at Sungei Ramal, but the leading communist activists escaped.”

(Sumber: Yeo Kim Wah, 1976: |"The Communist Challenge In The Malayan Labour Scene, September 1936-March 1937", m.s.17-21, 30, 35-36).

LATAR PERISTIWA: Mogok Pekerja Ladang (1937)

1942-02-14: Leftenan Adnan Terkorban

Leftenan Adnan bin Saidi, anak kelahiran Kampung Sungai Ramal (lahir 1915), terkorban di dalam salah satu pertempuran terakhir dengan tentera Jepun di Bukit Candu, Pasir Panjang, Singapura.


Kiri: Leftenan Adnan.
Kanan: “Askar Melayu menggunakan mortar untuk memberikan bantuan serangan rapat.”
(Sumber gambar: Wikipedia: "Pertempuran Bukit Candu").

LATAR PERISTIWA: Leftenan Adnan Saidi (1915-1942).

1946-11-23: Kematian Guru Sekolah Melayu

Arkib Negara 1970/0002845W, 23/11/1946: |"DEATH OF MOHD. YUSOF BIN .A. HAMID, MALAY TEACHER CLASS IIA, SUNGAI RAMAL").

1949-05-05: Kematian Guru Quran Pertama

05/05/1949: |"DEATH OF CHE' ZAINUDDIN BIN HAJI MOHD YUSOF, FIRST KORAN TEACHER AT SUNGEI RAMAL".

Peta Sekitar Sungai Ramal 1950

Peta sekitar Sungai Ramal, 1950
Peta sekitar Sungai Ramal, 1950 (Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720").

1959-1960: Warga Kampung

21/02/1959: “KHAIRUL JABAL ANUAR, Sungai Ramal, Kajang, Selangor (20, surat menyurat, membacha, bertukar fikiran, mendengar radio, badminton dan menyanyi”).“ (Berita Harian, 21 February 1959, Page 9: |"Ta' mahu di-kirimi surat2 lagi").

12/08/1959: “S. AHMAD YANI, Sungai Ramal Luar, P. Pos Kajang, Selangor (18 1/2, bola sepak, mendengar radio, surat menyurat, bertukar fikiran).” (Berita Harian, 12 August 1959, Page 6: |"GAMBAR TIDAK DI-SIARKAN KERANA RUANGAN SANGAT TERBATAS").

10/12/1960: “KAMARUDDIN b. M. ZAIN, Sungai Ramal, Kajang Selangor (19, mendengar radio, berkenalan, surat menyurat).” (Sahabat Pena @ Berita Harian, 10 December 1960, Page 9: |"PILEH-LAH SAHABAT DI-ANTARA NAMA2 YG TERSIAR DI-BAWAH").

1960-05-09: Kursus Ketua Kampung

Rujuk: 1960-05-09: Kursus Ketua Kampung.

1961-08-29: Perlantikan Ketua Kampung

“Sa-ramai lima orang ketua kampong telah dilantek oleh kerajaan Selangor bagi beberapa kawasan Ulu Langat. Mereka itu ia-lah:- Inche' Halim Bin Sirap, bagi kampong Sungai Sekamat, Inche' Ali bin Bayon bagi kawasan batu 10 Cheras, Tuan Haji Mohd. Kasim bin Omar bagi kawasan Pulau Meranti Kajang, Inche Othman Bin Jamin Sungai Ramal Dalam dan Inche' Daros Bin Saidi bagi kawasan Sungai Ramal Luar.” (Berita Harian, 29 August 1961, Page 2: |"5 orang ketua2 kampong di-pileh").

1962-1963: Perkahwinan Warga

Che'gu Mohd Yusof dan Che' FatahiahUstaz Tamri dan Che' Rubi'ah
Kiri: 21/09/1962: “Che'gu Mohd Yusof Hassan, guru sekolah kebangsaan Sungai Ramal, Kajang bersama isteri-nya Che' Fatahiah binti Mohd Yusof dari Cameron Highland yang telah melangsongkan perkahwinan mereka di-Kampong Kuantan, Klang baharu2 ini.” (Berita Harian, 21 September 1962, Page 6: |"Pengantin baharu").
Kanan: 24/08/1963: “Gambar persandingan antara Ustaz Tamri bin Amran, 24 tahun, guru ugama di-Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal, Kajang dengan Che' Rubi'ah binti Haji Siraj, 17 tahun, Perkahwinan-nya telah berlangsong baharu2 ini di-rumah pengantin perempuan-nya di-Kampong Si-Jangkang.” (Berita Harian, 24 August 1963, Page 6: |"SEMOGA BAHGIA").

1963-03-06: Bekalan Air dari Cheras

“The Cheras water supply, declared open by His Highness the Sultan yesterday, carries forward to an advanced stage Federal and State plans to satisfy long-felt needs. Kajang town may be expected to tap most from this new source, but it is the surrounding rural areas and a number of “new villages” that will derive special benefit. Cheras, Serdang Bharu, Belakong, Sungei Chua and Sungei Ramal among others have had to endure for years acute water shortages. As the Mentri Besar recollected yesterday, the previous installations were built in the years of the Emergency and were necessarily of a makeshift nature. The quality of the supply itself was “a source of constant worry to the Government,” which is another way of saying that the water was pretty bad. This period is now over.” (The Straits Times, 6 March 1963, Page 8: |"Cheras Scheme").

1963-09-24: Kemasukan Elektrik

Rayuan penduduk Sungai Ramal untuk kemasukan elektrik ke kampung mereka telah pun tersiar sejak tahun 1960 lagi: “Pendudok2 di-kampong Sungai Ramal dan di-sekitar-nya, kira2 20 batu dari Ulu Langat sekarang hampir2 merasa putus harap hendak mendapat kuasa letrik yang di-nanti2 oleh mereka sejak beberapa lama, walau pun beberapa puchok surat rayuan telah di-hantar kapada pehak yang berkenaan tentang perkara ini. Pendudok di-sini sangat memerlukan kuasa letrik dan mereka telah berikhtiar untok mendapatkannya tetapi hingga hari ini kehendak mereka belum di-perkenankan juga. Sa-orang pendudok kampong di-sini menyatakan bahawa permohonan pendudok kampong itu di-buat sa-suai dengan janji2 chalun2 yang bertanding dalam pilehan raya yang lalu dan sekarang telah mendudoki tempat yang tinggi. Janji itu menurut beliau ia-lah bahawa kampong2 di-sini akan mendapat bekalan letrik jika chalun2 itu menang dalam pilehan raya itu. Surat2 rayuan mengenai hal ini telah di-kemuka-kan kapada pehak yang berkenaan sa-banyak empat kali, tetapi ada-lah di-fahamkan bahawa hingga sekarang jawapan-nya maseh belum di-terima lagi. Pekan Kuala Lui dan Ulu Langat telah mendapat bekalan kuasa letrik dalam bulan November tahun lalu.” (Berita Harian, 15 April 1960, Page 6: |"HAMPIR PUTUS HARAP MENANTI BEKALAN LETRIK YANG DI-MINTA").

Sekitar tahun 1963, perkhidmatan elektrik akhirnya dapat dinikmati penduduk Kampung Sungai Ramal: “The villages in Ulu Langat district which have already been connected with electricity are Dusun Tua, Sungei Lui, Kampong Perdek, Kampong Lucok Kelubi, Dengkil, Sungei Ramal, Kampong G. Gahal and Kampong Jawa. These kampongs are being lighted up under part of a programme started in 1961 to bring electricity to more than 30,000.” (The Straits Times, 24 September 1963, Page 11: |"Electricity for 24 villages by year end").

1965-08-10: Tanah Perumahan di Bekas Lombong

“Sa-ramai 140 orang pendudok di-mukim Kajang telah di-beri tanah rumah dalam ranchangan kedua Sungai Kantan, pada bulan August ini. Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Kajang Inche' Mohd Nazir bin Abdul Jalil memberi tahu Berita Harian ini-lah kali yang kedua tanah2 perumahan di-kawasan Sungai Kantan ini di-beri kapada pendudok terutama kapada pegawai2 kerajaan yang bersara dan juga pendudok yang miskin. Tanah yang pertama di-beri kapada pegawai kerajaan yang telah bersara sekarang telah menjadi sa-buah kampong baharu yang moden. Inche' Nazir juga sa-bagai sa-orang ahli jawatankuasa menemu duga peserta2 untok mendapat tanah ini menerangkan ahli jawatankuasa ini lebeh mengutamakan orang2 yang tidak bertanah dan bekas2 tentera dan polis khas yang tidak bertanah. Sa-banyak 300 keluarga lagi akan di-beri tanah perumahan di-kawasan Sungai Ramal Luar untok di-jadi-kan kampong beramai2 tidak lama lagi. Tanah ini ia-lah bekas sa-buah tanah lombong yang berhampiran dengan kampong baharu Orang China Sungai Chua, kira2 dua batu dari Kajang.” (Berita Harian, 10 August 1965, Page 7: |"KAWASAN RUMAH DI-BERI KAPADA 140 KELUARGA").

1965-08-31: Kemalangan Jalan Raya

“Sementara itu, sa-orang penoreh getah, Liew Lan Keow, berumor 3 1/2 tahun, kanak2 telah mati terbunoh manakala terlanggar oleh sa-buah motokar di-Jalan Sungai Ramal, dua batu dari sini pagi tadi.” (Berita Harian, 31 August 1965, Page 15: |"Dua lagi terkorban di-jalan raya").

1965-12-20: Isu Sarapan Anak Sekolah

Dato' Dagang Darus bin Saidi, ketua kampong Sungai Ramal Kajang, menyatakan bangkangan beliau terhadap pernyataan Cikgu A.P. Richards di akhbar. Rujuk: 1965-11-28: Cikgu A.P. Richards.

1966-09-30: 6 Keluarga Dari Sungei Tangkas Estate

“Pejabat Daerah Ulu Langat telah membena enam buah rumah di-kawasan Sungai Ramal untok menempatkan sa-ramai enam keluarga yang di-perentahkan pindah oleh mahkamah kerana mendudoki tanah orang lain. Keluarga yang akan di-pindahkan itu ia-lah Che' Siram binti Malimbongso, berumor 60 tahun, Che' Sinah bin Tambi, berumor 48 tahun, Inche' Rafit bin Arsad, 50 tahun, Inche' Ali bin Marjan, 50 tahun, Inche' Sinong bin Haji Karim, 55 tahun dan Inche' Marzuki bin Janah, 46 tahun. Mereka telah mendudoki tanah itu kepunyaan Sungai Tangkas Estet sejak tahun 1921 ketika mereka menjadi buroh di-estet itu. Pada tahun 1959, tanah itu telah di-jual kapada sa-orang guru sekolah bangsa India. Pada masa tanh ini di-jual mereka di-benar-kan mendudoki tanah itu dengan membayar sewa $5 sa-tahun sampai awal tahun 1965. Keluarga itu telah di-perentahkan oleh mahkamah pada 20 July 65 supaya meninggalkan tanah itu. Keluarga in telah merayu kapada Raja Nong Chik bin Raja Ishak Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Dingkil supaya Menteri Besar Selangor Dato' Harun Haji Idris memberi mereka tanah dan rumah murah. Keluarga2 itu telah di-benarkan oleh Menteri Besar Selangor mendudoki tanah itu hingga mereka dapat tempat kediaman baru. Raja Nong Chik menerangkan keenam2 keluarga ini telah di-beri tanah di-kawasan Sungai Ramal dan rumah murah di-bayar dengan chara beransor2. Rumah2 itu sedang di-bena sekarang ini di-jangka akan siap pada penghujong bulan hadapan.” (Berita Harian, 30 September 1966, Page 2: |"RUMAH UTK 6 KELUARGA YG DI-USIR").

1968-06-03: Persatuan Belia

Kemungkinan penubuhan Persatuan Belia Sungai Ramal Luar (Arkib Negara 1983/0006751W: PEJABAT PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA, 03/06/1968: |"PERSATUAN BELIA SUNGAI RAMAL LUAR, KAJANG; BALAI RAYA SUNGAI RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR").

1969-11-25: 84 Unit Rumah

“Kerajaan telah membena sa-buah perkampongan rumah di-Sungai Ramal Luar, kira2 empat batu dari bandar Kajang sejak tahun 1967 yang lalu. Rumah tersebut, 84 buah banyak-nya, telah pun siap dalam tahun 1969 dan borang permohonan telah pun di-edar-kan kapada orang ramai dan sudah di-kembalikan semula kapada pehak yang berkuasa. Tetapi hingga sekarang maseh belum di-terima permohonan di-luluskan atau tidak. Sementara itu, rumah2 baharu itu maseh kosong dan halaman-nya mulai di-tumbohi rumput2 yang meliar dan kambing datang menginap di-sana meninggalkan najis-nya bertaboran di-kakilima rumah itu.” (M. Sham @ Berita Harian, 25 November 1969, Page 4: |"Dia tanya nasib rumah murah Kajang").

1970-an: Kesan Pembangunan UKM

“Sejak tercetusnya berita (Januari 1972) bahawa Bangi menjadi pilihan bagi kampus tetap UKM, maka berlaku apa yang Penulis sifatkan sebagai `Fenomena Bangi`. Bermaksud berlaku kejutan, persediaan, tindakan, perubahan dan penyesuaian bagi merealisasikan Kampus UKM berkenaan serta kesan kepada warga kampus UKM dan masyarakat di Kajang dan Bangi. … Dari satu segi timbul kesedaran di kalangan tenaga-tenaga pengajar dan pekerja di UKM dan orang perseorangan luar dari UKM mencari peluang mendapatkan tanah (membeli) sebanyak mungkin di sekitar Teras Jernang, Sungai Merab, Sungai Ramal Luar dan Dalam dan juga Bangi yang harga tanah pada masa itu relatifnya masih murah.” (Dr Shafie Abu Bakar, 31 Mei 2014: |"Fenomena Bangi-UKM").

1976-1981: Kerja Lapangan Dr Mohamed Tahir

“Dr Mohamed Tahir bin Ahmad Ibrahim is a private medical practitioner in Singapore. … graduated with DTMH from the LSHTM in 1976. He was promoted to the rank of Major after the DTMH course. The Singapore military then sponsored Dr Mohamed Tahir for Masters in Public Health (MPH) at the University of Singapore. Singapore postgraduates for the MPH course were able to do their fieldwork at the rural health clinics in Malaysia. Dr Mohamed Tahir's fieldwork was related to malaria and was performed at Sungai Ramal Luar, near Kajang in Selangor. Dr Mohamed Tahir bin Ahmad Ibrahim graduated with MPH from the National University of Singapore in 1981.” (Faridah Abdul Rashid, 2012: "Biography Of The Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya And Singapore", m.s.615).

1979-07-11: Penubuhan Sungei Ramal Properties

Sebuah syarikat bernama “Sungei Ramal Properties” ditubuhkan: Tidak pasti latar penamaan syarikat ini, sama ada ada kaitan dengan Kampung Sungai Ramal, atau Sungei Ramal Estate.

“Subject was incorporated on 11 July 1979 in Malaysia under the name SUNGEI RAMAL PROPERTIES SDN. BHD. with registration number of 197901004677 (48904-A). SUNGEI RAMAL PROPERTIES SDN. BHD. is a private limited company and has been existed for 44 years.” (Experian: |"SUNGEI RAMAL PROPERTIES SDN. BHD.").

Syarikat ini pernah terlibat dalam suatu kes di mahkamah pada tahun 2008: “No. Kes: CS.MT3 21-136-2003; Plaintif: Loh Hoi Yen [T/n: Bosco Philip Anthony & Assoc]; Defendan: Pemaju Perumahan Sungei Ramal Sdn Bhd & 2 yang lain; Permohonan: Sebutan” (Mahkamah Tinggi Shah Alam, 2008: |"SENARAI KES PERBICARAAN").

1982: Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan

Pada 28/11/1979, terdapat rekod di JKR berkenaan SK Sungai Ramal, kemungkinan berkenaan selenggaraan atau naik taraf bangunan sekolah (Arkib Negara 1992/0010959W, 28/11/1979: |"SEK. REN. KEB. SUNGAI RAMAL LUAR KAJANG SELANGOR").

Pada tahun 1982, nama Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal ditukar dengan rasminya kepada Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan, sebagai memperingati jasa anak jati kampung itu. (Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Selangor @ Youtube Mohd Yazid Abdullah @ Majlis Belia Negeri Selangor, 17 September 2021: "Kisah Datuk Leftenan Adnan Saidi Kg Sungai Ramal Luar Kajang S’gor").

LATAR PERISTIWA: Leftenan Adnan Saidi (1915-1942).

1983-04-25: Pelakon Watak P. Ramlee

“Semua sudah suratan takdir,” Kata pengarah filem Yusaini Amir dari Segugus Film Production, yang kini sedang mengusahakan filem $600,00 berkenaan allahyarham P. Ramlee. Minggu lepas, hampir sebulan selepas projek itu dilancarkan, sebuah sidang akhbar di Pulau Pinang diberitahu bahawa pelakon bagi watak P. Ramlee telahpun ditemui. Namanya Daud Yusoff, 22 tahun, dan seorang pembantu makmal di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Pemilihan itu mendapat restu dari Encik Abu Bakar Mohamad dari Pulau Pinang yang mrupakan guru muzik pertama allahyarham P. Ramlee dan rakan karibnya. Menurut butir-butir yang tercatat dalam surat permohonannya, Daud dilahirkan di Perak dan kini menetap di Kampung Sungai Ramal Baharu di Kajang, Selangor. Minatnya ialah menyanyi dan menari.” (The Straits Times, 25 April 1983, Page 64: |"Pelanduk dua serupa?").

“The following is a report on the efforts made by Segugus Film Production to make a film about the life of the versatile entertainer. It is lifted from the New Straits Times. … Last week, nearly a month after the project was publicly launched, it was disclosed at a Press conference in Pulau Pinang that the man to play P. Ramlee had been found. He is Daud bin Yusoff, 22, a laboratory assistant at a university in Kuala Lumpur. Encik Daud has, however, requested Encik Yusaini not to reveal which university. The selection, said Encik Yusaini, has even been endorsed by Encik Abu Bakar Mohamad of Pulau Pinang, P. Ramlee's first music teacher and personal friend. According to what is stated in his application form, Perak-born Daud Yusoff is currently residing in Kampung Sungai Ramal Baharu in Kajang, Selangor. His stated hobbies are singing and dancing. Encik Daud's resemblance to the young P. Ramlee is reported to be close, in terms of face, body and character. When Encik Yusaini told Encik Abu Bakar that Daud also has pimples on his face, as P. Ramlee had, the music teacher was “immensely surprised”. Daud's voice will, however, not be used for the part. The man chosen for that, said Encik Yusaini, is Sulaiman bin Yassin…”

P. RamleeDaud Yusoff
Kiri: P. Ramlee
Kanan: Daud Yusoff

(Sumber: The Straits Times, 25 April 1983, Page 64: |"In memory of P. Ramlee").

1984-04-10: Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar

“Kawasan Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar telah ditubuhkan mengikut Seksyen 5A Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 (P.U. (A) 279/75) pada 10hb. April, 1984. … Kawasan Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar terletak di Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, iaitu 37 kilometer ke Selatan Kuala Lumpur dan enam (6) kilometer ke Barat bandar Kajang di Lebuhraya Kajang-Putrajaya. Perjalanan dengan kereta daripada bandar Kajang ke kawasan ini mengambil masa lebih kurang 15 minit. … Kawasan Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar berada di pinggir kawasan koridor raya multimedia dan lembah ilmu negara. Kedudukan seperti ini menjadikan peranan, tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Rukun Tetangga, Kawasan Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar sebagai ejen perpaduan dan integrasi nasional lebih mencabar dan kompleks. … Kawasan Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar meliputi kawasan seluas empat (4) kilometer persegi yang terbahagi kepada 11 kawasan seperti berikut:-

 Taman Sri Kenari.
 Kampung Sungai Ramal Baru.
 Persiaran Sungai Chua.
 Kampung Paya.
 Rancangan Rumah Murah PKNS.
 Kampung Pinggiran.
 Kampung Masjid.
 Rumah Murah Khaw Khai Boh.
 Taman Meringin.
 Taman Sri Ramal.
 Country Heights.”

Kawasan Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar
“Kawasan Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar”

Kawasan Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar, tahun 1950 dan kini
“Kawasan Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar”, tahun 1950 dan kini. Sebahagian besar daripadanya adalah bekas kawasan ladang Sungei Ramal Estate (Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720"; Mapcarta).

LATAR PERISTIWA: Sungei Ramal Estate (1907)

“Kawasan Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar mempunyai seramai lebih kurang 15,075 orang penduduk, 90 peratus bangsa Melayu, diikuti oleh bangsa Cina 5.0 peratus, India 1.5 peratus dan bangsa lain 4 peratus. Majoriti penduduk terdiri daripada golongan mendatang yang telah bermastautin di Kawasan Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar lebih daripada 20 tahun. Mereka dari golongan elit menetap di kawasan Country Heights dan Taman Meringin manakala kelas menengah yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pekerja kilang tinggal di kawasan lain. Pecahan bilangan penduduk mengikut latarbelakang keturunan, umur dan pekerjaan adalah seperti di Jadual 1 berikut:”

JADUAL 1—STATISTIK PECAHAN PENDUDUK
“JADUAL 1—STATISTIK PECAHAN PENDUDUK”

(Sumber: KRT Sungai Ramal Luar, 1 Januari 2013: |"Profil Kawasan Rukun Tetangga").

1984-09-16: Bangunan Baru SMKA Maahad Hamidiah

Menurut Wikipedia: “Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Pada masa itu, SMKA Maahad Hamidiah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang. Para pelajar pada masa itu berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga 4. Manakala kakitangan akademiknya adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz, Puan Rohiyah @ Zainab Haji Taib dan seorang guru lagi. Pengetuanya yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Aziz Andik Achok. Pengasas sekolah ini ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul Hamid, yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Beliau menubuhkan sekolah ini pada tahun 1963. Bangunan asal sekolah ini terletak di Batu 14, Cheras bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang. Bermula 16 September 1984, pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telahpun berpindah ke kawasan baru yang bertempat di Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang.” ( Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah @ Wikipedia ).

Menurut sumber akhbar: “Institusi pendidikan yang menjadi mercu Kajang itu diasaskan oleh Abdul Hamid Daud, iaitu tokoh ulama tempatan yang mendapat pendidikan awal di Mesir, pada tahun 1963. Bangunan asal SMKA Maahad Hamidiah adalah di Batu 14, Jalan Cheras, berhampiran Masjid Jamek Kajang, yang dibina dengan bantuan masyarakat setempat dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pada mulanya, sekolah itu dikenali sebagai Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang sebelum mengambil nama pengasasnya untuk dijadikan nama sekolah. Sekolah agama ini kemudiannya diambil alih Kementerian Pendidikan daripada JAIS pada tahun 1977. Pada 16 September 1984, ia berpindah ke Sungai Ramal Luar, di Kajang, atas inisiatif kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Daerah Hulu Langat. Susulan perpindahan itu, Maahad Hamidiah menjadi sekolah pilihan utama ibu bapa sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi untuk anak mereka mendapat pendidikan. Maahad Hamidiah meraih status antara sekolah asrama harian terbaik dan dianggap antara institusi pendidikan terunggul di Selangor. Ia kini mempunyai seramai 1,030 orang pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam, manakala tenaga pengajar pula seramai 70 orang dan disokong oleh 19 kakitangan.” (Wartawan Berita Harian, 1 November 2015: |"Kondominium mewah ancam keselamatan warga Maahad Hamidiah").

Menurut sumber lain: “Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah is a secondary school established in 1977. It is an Islamic oriented school and was founded by Ustaz Haji Abdul Hamid bin Daud. He established the school with the help of locals in 1963 and at first was given the name as Sekolah Arab Kajang (Arabic School of Kajang). The school was at first located in Batu 14, Cheras, opposite the Jamek Mosque, Kajang. At that time, there were only nine teachers and one hundred to three hundred students from 1964 to 1970 and eventually the number had grown to more than three hundred in 1971. When the management of the school was taken over by the Malaysian Ministry of Education, they changed the name to SMKA Maahad Hamidiah, to commemorate the founder, Ustaz Haji Abdul Hamid. In January 1978, the ministry took 108 Form 1 students from primary schools around Selangor and the number of teachers had also increased to ten. The increase of students had prompted the Parents and Teachers Association to ask the ministry to find a new place for the students. After many years, on 16th of September 1984 SMKA Maahad Hamidiah had moved to Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang. The new SMKA Maahad Hamidiah had two blocks of school, two blocks of hostels, a dining hall, a canteen and two teacher quaters.”

(Sumber: Shudokan Maahad Hamidiah, 2004: |"The History of SMKA Maahad Hamidiah").

1987: Keadaan Sekitar


“gambar diatas adalah jalan lama sebelum ada SILK menghala ke Sg.Chua.Lokasi sekarang adalah U-turn ke Shell untuk ke Sg.Ramal Dalam tu,terus tu ada masjid sebelah kiri sebelum simpang ke Taman Kenari.” (Mohd Zafedz Mohd Nor @ FB Bandar Baru Bangi Community (BBBC), 29 Jun 2023 (Ruangan komen): "Rumah asap getah lama (1970/80-an?)").
(Gambar: Facebook Bandar Kajang, 28 Oktober 2019: |"KAJANG". Gambar warna (colorized) oleh Mohamad Fareez).

1991-10-23: Pengumuman Pembinaan Jalan BBB-Sungai Ramal


“The construction of the new road linking Bandar Baru Bangi with Sungai Ramal will make it easier for the public to travel to Kajang and other parts of the Hulu Langat District. They will also find it easier to get to the new district administrative complex in Bandar Baru Bangi. The complex is expected to be ready early next year. The new road, about three kilometres long, will link Section 10 of Bandar Baru Bangi to the Kuala Lumpur-Seremban Highway, near the Kajang toll plaza. It will cut the journey from Kajang to Bangi by half. Presently, residents in various parts of the district have to travel to the junction in front of University Kebangsaan Malaysia before turning into Bandar Baru Bangi. Hulu Langat District Officer Haji Ali Shafie said this will make it easier for residents to travel to the new office complex. He said the opening of the new road will not only benefit Kajang residents but also those from other areas in the Hulu Langat District. Those living in Ampang can also use the Kuala Lumpur-Seremban highway to go to the new office.” (New Straits Times, 23 Oktober 1991: "New Bangi-Sg Ramal linkroad makes travel to Kajang easier").

1995-04-19: Penubuhan Pemaju Perumahan Sungei Ramal (N.S.) Sdn. Bhd.

Sebuah lagi nama syarikat “Sungei Ramal”: Tidak pasti latar penamaan syarikat ini, sama ada ada kaitan dengan Kampung Sungai Ramal, atau Sungei Ramal Estate.

“Pemaju Perumahan Sungei Ramal (N.S) (PPSR or the Company), a member of Hatia Group, was incorporated in Malaysia on 19 April 1995 under the Companies Act, 1965 (Act) as a private limited company. The principal activity of PPSR is property development. PPSR had entered into a Project Management Agreement on 3 May 1995 with National Land Finance Co-Operative Society Limited (NLFC) for the development of approximately 427 acres of freehold land in Mukim of Setul, District of Seremban, State of Negeri Sembilan Darul Khusus to be developed as Nilai 3 Industrial Park (Project Management Agreement).” (Joblum Malaysia: |"Pemaju Perumahan Sungei Ramal (N.S.) Sdn Bhd").

Sekitar tahun 1997, syarikat ini telah terlibat dalam pembinaan 899 unit kilang, sebagai Fasa 1 Nilai 3. Setelah menghadapi masalah berikutan kejatuhan ekonomi, ia diluncurkan semula sebagai pusat perniagaan pada tahun 2003: “Owners of factories of the Nilai 3 Wholesale Centre have a reason to smile. At long last they are seeing an encouraging increase in the value of their property as business improves. The centre, designated by the Negri Sembilan state government as a tourist destination, is experiencing a mini boom with investors, visitors and wholesale operators taking notice of this industrial park turned wholesale centre. … The centre's project manager Pemaju Perumahan Sungei Ramal (N.S.) Sdn Bhd, with the co-operation of the local and state authorities, managed to convert the single-storey factories from one of manufacturing to commercial use. The landowner and developer is the National Land Finance Co-operative Society Ltd. … “We managed to sell about 90% of the 899 units within a few months of the launch in 1997. Sales were very encouraging but when the recession set in, there were a few withdrawals,” recalled Pemaju Perumahan Sungei Ramal chairman Wong Ah San.” (S.C. Cheah @ StarBiz Property, 30 June 2003: |"Hatia Properties Sdn. Bhd.: News & Events").

Pada tahun 2000, syarikat ini telah menyiapkan projek Oakland Commerce Square - Phase I, di Pekan Bukit Kepayang, Seremban: “This is an approved commercial project on a total site of 23.64 acres situated at a prime location near to the KL - Seremban Expressway, Seremban Jusco, Tesco Extra and the entrances to Seremban 2 and Kemayan 1388. The project is sited in a landing generally known as Oakland Industrial Park, Seremban. This project comprises 3 phases. The first phase comprises 60 units of 3-storey shop-office named as OCS - Taipan. This project is on freehold land. The above said project was completed on 24/03/2000 with the Certificate of Fitness for occupation issued by Majlis Perbandaran Seremban.” (OCS Group Sdn Bhd: |"COMPLETED PROJECTS").

Seterusnya, syarikat menyiapkan fasa seterusnya (Oakland Commerce Square - Phase II) sepanjang tahun 2005-2008: “The 2nd phase of Oakland Commerce Square comprises 174 units of 2 / 3-storey shop-office named as Oakland Commerce Square (Phase II). The above said project was completed on 19/07/2005, 28/10/2005 and 23/05/2006, 30/05/2007 and 25/03/2008 with the Certificate of Fitness for occupation issued by Majlis Perbandaran Seremban.” (OCS Group Sdn Bhd: |"COMPLETED PROJECTS").

Pada tahun 2007, syarikat ini mula membangunkan fasa seterusnya bagi projek Nilai 3: “Subsequently, PPSR had on 28 September 2007 purchased the remaining undeveloped land under the Project Management Agreement from NLFC, making it the Property Developer of Nilai 3. By way of background, NILAI 3 Project is located about 6 km due north of the Nilai Town Centre and is about 48 km due south Kuala Lumpur City Centre. It is approximately 32 km from Putrajaya / Cyberjaya (Multimedia Super Corridor) and approximately 17 km from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Sepang. Phase 1 of NILAI 3 which consisted of 808 units of terrace and semi-detached factories and 91 lots of vacant industrial land was launched in 1997, constructed and completed with Certificate of Fitness For Occupation issued by year 1999. In light of the supply and demand situation for the light industrial workshops in NILAI 3 area, the Company has transformed NILAI 3 into a Wholesale Centre. NILAI 3 WHOLESALE CENTRE was established in December 2001 and has since been a tremendous success boasting 608 units operational as at February 2010.” (Joblum Malaysia: |"Pemaju Perumahan Sungei Ramal (N.S.) Sdn Bhd").

Pada tahun 2013, terdapat rekod kelulusan kuota Bumiputera bagi syarikat ini, untuk pembangunan di kawasan Seremban: “Tahun: 2013; Perumahan Sungei Ramal NS Sdn. Bhd.; Lot Keseluruhan: 198 unit; Kuota Bumiputera: 60 unit (30%)” (Jabatan Audit Negara Malaysia, 2015: |"AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN SIRI 1 2015", m.s.19).

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.