User Tools

Site Tools


sejarahbangi-1920-1929

This is an old revision of the document!


Kronologi Peristiwa Berkaitan Bangi: 1920-1929

1920-04-15: F. R. Holt @ Ladang Broome

1920-06-25: Penundaan Pembinaan Jalan Batang Benar-Bangi

Pembinaan jalan yang menghubungkan Batang Benar telah ditunda selama beberapa tahun. Tahun yang dicadangkan ialah 1929.

1923-08-22: Perkahwinan Pengurus Ladang Bukit Tunggu(l)

Perkahwinan pengurus Ladang Bukit Tunggu(l) berdekatan Bangi: “Stevenson-Radford. - On 15th July, very quietly, at Manchester, Robert Stevenson, Bukit Tunggu Estate, Bangi, to Lilian Radford, of Devon, England.”

CATATAN: Mungkinkah orang yang sama atau ada kaitan dengan Mr. Robert Stevenson (1917)?

LATAR PERISTIWA: Robert Stevenson.

1923-12-25: Gelinciran Keretapi di Sekitar Hutan Simpan Bangi

Pada hari Krismas tahun 1923, kereta api mel dari Singapura ke Kuala Lumpur telah tergelincir dari landasan kira-kira 2 batu selepas Stesen Bangi, kemungkinan di pinggir Hutan Simpan Bangi (kini sekitar UKM / Alam Sari). Kejadian berpunca daripada satu gandar gerabak yang patah, mungkin disebabkan muatan yang berat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun beberapa gerabak serta landasan telah rosak. Lokasi landasan di dalam ruangan yang agak sempit telah menyukarkan kerja-kerja baik pulih. Akibat daripada itu, kereta api mel dari arah bertentangan telah terlewat lebih 8 jam.

“A mishap occured to the day mail up from Singapore on Christmas Day, resulting in considerable delay to traffic .. The train, a heavy one, was running to scheduled time until Bangi was reached, at about 6.20 p.m., and had proceeded some two miles on its way to Kajang when the axle of a first-class coach broke, resulting in the derailment of a number of carriages and considerable damage to the permanent way. A break-down train and staff were telegraphed for, and the work of removing the damaged carriages was speedily proceeded with, though it was made difficult owing to the accident happening in a very awkward spot, namely, in the middle of a deep cutting. Consequently, the night mail from Kuala Lumpur to Singapore, which should have passed through Seremban at 10.30 p.m. left that place at 7.05 o'clock yesterday morning, eight and a half hours late.”

Kemungkinan kawasan kejadian (bulatan merah), 1929Kemungkinan kawasan kejadian (bulatan merah), kini
Kemungkinan kawasan kejadian (bulatan merah), kira-kira 2 batu selepas Stesen Bangi, kemungkinan di pinggir Hutan Simpan Bangi (kini sekitar UKM / Alam Sari). Kiri: Berdasarkan peta tahun 1929 (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: "1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").
Kanan: Kini. Kemungkinan sekitar UKM / Alam Sari (Google Maps).

LATAR PERISTIWA: Landasan Keretapi Rekoh-Bangi.

LATAR PERISTIWA: Hutan Simpan Bangi.

1924-09-13: Sekolah Melayu Bangi

“Sekolah Melayu Bangi merupakan sekolah kedua tertua di Daerah Hulu Langat selepas sekolah High School Kajang. Sekolah ini didirikan atas daya usaha masyarakat kampung-kampung yang berhampiran dengan Bangi Lama pada tanggal 13 September 1924. Asal Nama Bangi: Nama Bangi diambil sempena nama Tok Batin Orang Asli yang ada di sini suatu ketika dahulu iaitu Si Bangi. Pada awal pembukaan sekolah ini hanya mempunyai 24 orang lelaki dan 2 orang perempuan sahaja. Bangunan asal sekolah ini berukuran 30×50 kaki persegi. Tiangnya dari kayu bulat berdindingkan papan, beratapkan nipah dan berlantaikan simen.” (SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI: |"SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI, KAJANG").

LATAR PERISTIWA: Perihal Sekolah Melayu / Kebangsaan Bangi

1925-04-22: Ladang Galloway

Kelahiran anak perempuan pasangan warga Ladang Galloway, Bangi, Mr. & Mrs. J Miller, di |European Hospital, KL.

CATATAN: Ladang Galloway kemudiannya diambil alih oleh kerajaan untuk dijadikan sebahagian daripada Putrajaya kini, dan di antara tahun 1996-2000, penduduk asalnya dipindahkan ke Flat Taman Permata, Dengkil, lalu terkesan oleh pelbagai masalah, sehingga kini. (Selvi Narayanan, Katiman Rostam, 2012:|"Impak sosial pembangunan Bandar Baru Putrajaya terhadap penduduk asal: Kes isi rumah yang dipindahkan ke Taman Permata, Dengkil, Selangor").

1925-11-03 - 30: Banjir Besar Selangor


Banjir besar di negeri Selangor, termasuk daerah Hulu Langat. Kemuncak banjir ialah pada 30 November, dengan paras banjir setinggi 11 kaki di Kajang, 2 kaki lebih tinggi daripada rekod sebelumnya: “The outstanding occurence of the year was the floods at the end of November : the Langat River was flooded on the 3rd,4th,16th,17th & 25th to 30th : the highest flood level was reached on November,30th when the flood gauge at Kajang reached 11 feet being two feet more than the previous record : the bridge across the river at Kajang was damaged and closed…” (District Officer, Ulu Langat, 12/2/1926 @ Arkib Negara Malaysia: |"Annual Report 1925: Ulu Langat", m.s.7).

Antara yang terjejas:-

Jalan Kajang-Sg Chua, sekitar tebing Sungai Langat, 1929Jalan Kajang-Sg Chua, sekitar tebing Sungai Langat, kini
Jalan Kajang-Sg Chua (bulatan biru).
Kiri: Berdasarkan peta Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)".
Kanan: Kini (Mapcarta).

Landasan keretapi Bangi-Batang Benar, 1929Landasan keretapi Bangi-Batang Benar, kini
Landasan keretapi Bangi-Batang Benar (garis biru).
Kiri: Berdasarkan peta Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)".
Kanan: Kini (Mapcarta).

LATAR PERISTIWA: Banjir Sekitar Bangi.

CATATAN: Sebelum ini, landasan Bangi-Batang Benar pernah ditenggelami air banjir pada 9 April 1919.

1926-07-30: Rumah Kongsi Pos dan Telegraf

1926-09-17: F.J. Pratt @ Ladang Broome

Kelahiran anak lelaki pasangan Mr. dan Mrs. F.J. Pratt dari Ladang Broome Bangi, di |European Hospital, KL.

LATAR PERISTIWA: Frederic James (F.J.) Pratt.

LATAR PERISTIWA: Broome Estate.

1927-05-23: Gelinciran Keretapi di Stesen Bangi

Keretapi mel penumpang tergelincir di sekitar Bangi, akibat kesilapan petugas operasi landasan (pointsman). Lokasinya tidak dinyatakan, namun kemungkinan di sekitar Stesen Bangi, di mana pointsman selalunya bertugas: “As the result of a pointsman turning the points in the wrong direction, the passenger train from Seremban to Kuala Lumpur was derailed at Bangi at 7.33 a.m. yesterday says Friday's Malay Mail. In consequence almost the entire train service from Kuala Lumpur was disorganised yesterday, but hard work all day made the line clear by 8 p.m. The down mail was four hours late and the up night mail to Penang was delayed over an hour. The connection to Malacca by the 12.45 p.m. train was maintained by tran-shipping at Bangi.”

LATAR PERISTIWA: Landasan Keretapi Rekoh-Bangi.

1927-08-09: Kebakaran Besar

Kebakaran besar di Bangi: Hampir 40 buah rumah musnah, ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal. Panggilan kecemasan dibuat jam 2 pagi. Apabila pasukan bomba tiba 45 minit kemudian, api telah pun marak. Air dipam dari anak sungai berdekatan, dan pemadaman mengambil masa kira-kira 2 jam. Puncanya tidak diketahui, dan anggaran jumlah kerugian adalah $50,000.

Kebakaran mula disedari pada jam 1.30 pagi, oleh pihak polis. Setelah percubaan memadamkan api gagal, seluruh penduduk dikejutkan dan akhirnya berjaya menyelamatkan diri: tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pasukan bomba di KL turut dipanggil, tetapi setibanya di Bangi jam 3 pagi, kebakaran telah pun tamat, dan hampir 40 buah rumah musnah sepenuhnya. Punca kebakaran tidak dapat dikenalpasti, tetapi tiada tanda-tanda perbuatan khianat.
REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.1REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.2REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.3REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927, m.s.4
(Sumber: |PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 1927: "REPORT ON THE FIRE AT BANGI ON 9.8.1927").

LATAR PERISTIWA: Sejarah Awal Bangi: 1927: Kebakaran Besar

1928-06-25: Tanah Rizab Masjid

Pewartaan tanah rizab Masjid Bangi, seluas 1 ekar.

CATATAN: “Tapak lot tanah Masjid Bangi mula dimohon oleh penduduk Bangi pada tahun 1919 iaitu setahun setelah Bangi mendapat Ketua Kampung yang rasmi dan telah mendapat kelulusan dan digazetkan pada tahun 1928 dengan tujuan untuk pembinaan sebuah surau. Tanah seluas 1 acre 7 perches ini terletak berdekatan Balai Polis Bangi yang telah awal dibina pada 1914. Masjid ini dikatakan dibina pada tahun 1941 dengan binaan kayu kemudian dibangunkan kembali pada tahun awal 70an dengan reka bentuk rasmi masjid-masjid kerajaan semasa itu.” (Sumber maklumat dan gambar: Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

LATAR PERISTIWA: 1941: Pembinaan Masjid Bangi.

1929: Pembinaan Masjid Haji Mat Saman

“Mesjid Sg. Ramal Luar, Kajang, Selangor, telah dibina pada tahun 1929 dengan harga sebanyak $40,000/-, wang ini datangnya dari seorang bijakpandai iaitu Pegawai Daerah yang bernama Datuk Abu Samah. Beliau telah beriktiar supaya penduduk-penduduk kampung yang kebanyakannya penoreh getah mengenepikan sejumlah wang, dari kupon getah mereka dikumpul dan dari sedekah jahriah orang ramai.

Tiga buah mesjid yang serupa telah dibina dengan cara ini iaitu di Jeram, Batu 17 Ulu Langat, dan termasuk Sg. Ramal Luar.

Mesjid ini telah dibina oleh seorang kontraktor Cina dari Kuala Lumpur namanya ialah Bong Siew. Kontraktor ini telahpun meninggal dunia dan tidak dapat maklumat dari beliau. Pelan asal juga tidak dapat dikesan begitu juga dengan akitek yang mereka mesjid itu.

Pada tahun enam puluhan meningkatnya jumlah penduduk-penduduk yang tidak dapat menampung jemaah, jadi satu tambahan telah dibuat dengan harga sebanyak $10,000/-.

Pembinaan mesjid ini adalah mengikut peringkat-peringkat. Peringkat I ianya empat persegi tepat, Peringkat II ialah empat persegi bujur tambahan dan Peringkat III mesjid itu dijadikan empat persegi tepat tambahan 150'-0” x 150'-0“. Pagar dan tandas kepada mesjid itu adalah sumbangan dari Lembaga Loteri dan Kebajikan Mesyarakat kerana penduduk-penduduk di situ enggan mencemar mesjid mereka dengan wang dari sumbangan Lembaga Loteri.

Bahan binaan mesjid seperti kayu cengal untuk kerangka bumbong dipercayai dibawa dari hutan Ulu Langat.”

Gambar Hadapan (1984)
“Pandangan Mesjid Sg. Ramal Luar yang dibina pada tahun 1929. Pada ketika itu mesjid ini berada di zaman dan sebelum peperangan dunia kedua, di mana binaannya masih kukuh dan masih lagi digunakan.”

(Sumber: Abdul Aziz Ramli, Shahrom Sapari, Hj. Ahmad Mohd. Ibrahim, Noridah Mohd. Saad, 1984: |"Kajian Bangunan Lama Mesjid Sg. Ramal Luar, Kajang").

LATAR PERISTIWA: Masjid Haji Mat Saman.

LATAR PERISTIWA: Kampung Sungai Ramal.

1929-01-03: Banjir di Jalan Bangi-Salak


Laporan banjir di Selangor, antaranya di jalan Bangi-Salak (paras air: 16 inci).

LATAR PERISTIWA: Banjir Sekitar Bangi.

1929-03-07: Gabungan Ladang Balgownie dan Connemara

Gabungan beberapa ladang, antaranya Balgownie dan Connemara di Bangi.
Lokasi Ladang Balgownie dan Connemara (ditanda merah), 1929Lokasi Ladang Balgownie dan Connemara (ditanda merah), kini
Lokasi Ladang Balgownie dan Connemara (ditanda merah).
Kiri: 1929 (Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: |"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)").
Kanan: Kini: Ladang Balgownie: Sekitar Saujana Impian. Ladang Connemara: Sekitar Eco Majestic (Mapcarta).

CATATAN: Ladang Balgownie dan Connemara ini adalah antara ladang getah komersil terawal di Malaya, diasaskan oleh pasangan adik beradik, R.C.M. dan D.C.P. Kindersley (Khoo Kay Kim, 1999: |"DEVELOPMENTS RELEVANT TO MALAYAN AGRICULTURE IN THE POST-RUBBER CRISIS ERA (1920-1921)", m.s.36). (Juga J.M. Gullick, 2007: |"A Short History of Ulu Langat to 1900", m.s.15).

LATAR PERISTIWA: Perihal R.C.M dan D.C.P. Kindersley.

1929-08-15: Penyahwartaan Tapak Padang Golf

Pada 17 Disember 1920, sebidang tanah seluas lebih kurang 50 ekar di tepi jalan Kajang-Bangi telah diwartakan sebagai tanah rekreasi, dan bakal dijadikan padang golf di bawah selenggaraan Kelab Golf Bangi. Namun kira-kira sembilan tahun selepas itu, iaitu pada 15 Ogos 1929, Residen Selangor James Lornie telah mengeluarkan notis pembatalannya. Tiada bantahan diterima setelah notis ini diwartakan pada 13 dan 27 September 1929, lalu penyahwartaan dimuktamadkan pada 26 Oktober 1929.


“It is notified under Section 24 (iii) of “The Land Code, 1926”, that the Resident of Selangor intends to revoke the reservation of the reserve, described in the schedule hereto, which was created by Notification No. 5671, published in the Federated Malay States Government Gazette of the 17th. December, 1920 for the purpose of a Recreation Ground, viz. to be maintained by the committee and members of the Bangi Golf Club.

District: Ulu Langat
Mukim: Kajang
Plan No.: 13351
Lot No.: 4820
Area: 50 acres 2 roods 05 poles
Boundaries:
* N. Road reserve, Portions 4536, 1265 to 1268 and main road from Kajang to Bangi
* E. Portions 1270, 1269 and 1767
* S. State Land and Portion 1137
* W. Portion 1137

Kemungkinan kawasan rizab golf (1929), ditanda biruKemungkinan kawasan rizab golf (kini), ditanda biru
Kemungkinan kawasan rizab golf, ditanda biru.
Kiri: 1929: Dinyatakan sebagai Other Reserve (berdasarkan peta Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: | \\"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)"). Kanan: kawasannya kini, di sekitar Sekolah Rendah Agama Pekan Bangi (Mapcarta).

CATATAN: Kemungkinan permohonan kelab golf Bangi ini sekitar 06/09/1920 (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 06/09/1920: |"GOLF CLUB, BANGI").

1929-10-24: Guru Agama

Seorang guru agama di Bangi, Pakeh Abdullah bin Ahmad, membuat permohonan bantuan kewangan bagi membiaya perjalanan beliau ke Mekah.

Peta Sekitar Bangi: 1920-an dan Kini

Bangi-Kajang-Semenyih, 1920-anBangi-Kajang-Semenyih, Kini

Kiri: Bangi, Kajang, dan Semenyih, 1920-an: “Malaya Topographical Survey Sheet 3 F_4_Kajang covers parts of Seremban and Jelebu Districts in Negri Sembilan with portions of Kuala Langat and Ulu Langat Districts in Selangor, Malaya in 1920 showing contours, physical landscape, names of places, towns, kampongs, roads, railways, rivers, plantations, Kajang, and others” (Survey Department, Singapore, 1927 @ National Archives of Singapore: |"Parts of Seremban and Jelebu Districts with portions of Ulu Langat and Kuala Langat Districts (Selangor), Kajang, Negri Sembilan").
Kanan: Kawasan yang sama, kini (Google Maps).

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

sejarahbangi-1920-1929.1644979976.txt.gz · Last modified: 2022/02/16 10:52 by sazli