Jadual Kandungan

Zain Mahmood (1933-1994)

Dirujuk oleh

Perihal Zain Mahmood

Zain Mahmud / Mahmood ialah seorang tokoh penyiaran dan drama Radio dan Televisyen Singapura (RTS) dan Malaysia (RTM). Walaupun beliau lebih terkenal di dalam bidang penyiaran TV di Singapura dan Malaysia (serta pengkarya beberapa filem selepasnya), beliau pernah menyatakan kecenderungan beliau terhadap bidang siaran radio:-

“Radio … allows one to think, to hone one’s mind so as to sharpen and develop one’s intellect. It is true that the eye leaves nothing to the imagination—but the ear does. When we listen to a radio play, we create our own conceptions. If a thousand people tune in, you will have a thousand different conceptions because our imagination takes flight on a journey of exploration that creates our own unique fantasy… So, when we listen to radio, our mind and thoughts are always throbbing, and we sit on the throne as an individual and not as a digit in a madding crowd. But when we watch TV… others do the thinking for you––others create the conception because it is true that the eye spoon-feeds the mind. Even though millions of viewers watch “Dallas”, what is produced is a single conception, since “Dallas” has been described as a mass hysteria based on a single madness.” - Zain Mahmood, “Life begins at forty,” in Penyiaran - 4 dekad bersama anda [Broadcasting - 4 decades with you], ed. Abdul Aziz Abas, et al. (Kuala Lumpur: Ministry of Information and Broadcasting, 1987). 12-13. The words in italics were the English phrases Zain used in his original Malay text.“ (Cheong Soon Gan, 2012: |"Contested Nationalisms and Propaganda: Birth Pangs of a Malaysian Nation, 1957-1969", m.s.38). Menariknya, drama “PJ” di atas diolah berdasarkan siri ”Dallas“ yang disebutkan beliau itu.

Ringkasan penglibatan beliau di dalam TV Singapura sejak awal siarannya:-

“Ketika siaran TV awam dilancarkan di Singapura pada 15 Februari 1963, terdapat dua saluran iaitu 5 (Inggeris dan Melayu) dan 8 (Mandarin). Antara rancangan Melayu di Saluran 5 ialah drama yang lebih dikenali sebagai Sandiwara (dari dua kekata Jawa/Sanskerta: sandi yang bermakna rahsia dan wara bererti cerita). Antara penerbitnya ialah Zain Mahmood (1933-1994), Baseron Jumat (1930-1989), Yusof Ahmad dan Rahim Jailani. Pada tahap awal perkembangan sandiwara, para penerbit berdepan dengan pelbagai hambatan, terutama kekurangan skrip. Memang sudah terdapat penulis drama radio dan penulis drama pentas ketika itu. Namun karya mereka perlu diolah untuk disesuaikan dengan penerbitan TV.

Untuk melancarkan proses penerbitan, Baseron Jumat telah mengundang Bani Buang (1929-1996), seorang pengarah drama pentas yang terkenal dan bekerja di Panggung Victoria, untuk membantu dari segi arahan dan lakonan di studio. Pada 1973, barulah Bani Buang ditawarkan bekerja sebagai penerbit drama sepenuh masa.

Antara 1966-1968, lahir siri popular yang terpanjang berjudul Pak Awang Temberang yang mengisahkan permasalahan keluarga Melayu yang berpindah dari kampung ke rumah pangsa. Lakonan Salim Bachik selaku Pak Awang, Zainon Ismail (Mak Oteh), S. M. Alkaff (jiran), pelakon kanak-kanak adik-beradik Rahimah Rahim dan Rahman (selaku anak-anak Pak Wang) ternyata mengesankan walaupun drama ini tertumpu di studio belaka dengan set yang ringkas.

Pencetus idea dan juga penerbit siri ini ialah Zain Mahmood. Beliau dibantu penulis-pengarah drama pentas terkenal, Kalam Hamidy, untuk menjayakan siri Pak Awang Awang. Drama ini cukup popular sehinggakan set sofa dalam drama itu mendapat julukan ‘kerusi Pak Awang’. Kemudian lahir pula siri drama seperti Mama Sayang Papa, Pahit-Pahit Manis dan Masa. Permintaan bagi sandiwara meningkat apabila Saluran 5 menyediakan dua masa siaran untuk drama dalam seminggu. Setiap petang Ahad, penonton disajikan dengan drama bercorak domestik sepanjang 30 minit dan drama sejam disiarkan pada setiap Selasa atau Rabu.”


(Sumber: Hamed Ismail @ Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2015: |"Yang Terukir, Bahasa dan Persuratan Melayu", m.s.109-111).

Riwayat Hidup

Riwayat hidup dan urutan peristiwa secara ringkas, termasuk terbitan dan karya beliau:-

Latar Pendidikan (1933-1959)

Radio Singapura (1959-1963)

Radio dan Television Singapura (RTS, 1963-1972)

Radio Televisyen Malaysia (RTM, 1972-1988)

Perfileman (1988-1994)

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.