This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Bicara Ilmu Bangi @ PTSL: Dari Titik Sejarah ke Kota Ilmu
Pusingan 1: Latar Belakang dan Sejarah
01. Pendahuluan
Terima kasih tuan pengerusi, En. Yazid, pihak penganjur, Perpustakaan Tun Seri Lanang, juga para hadirin sekalian, kerana meluangkan masa dan memberi peluang kepada saya untuk berkongsi sumber-sumber dapatan saya berkaitan sejarah kawasan Bandar Baru Bangi dan sekitarnya.
Pendekatan “Cebisan”:-
- Maklumat dikumpul dari sumber-sumber primer yang boleh dicapai di Internet (Arkib Negara, Arkib Akhbar Singapura), atau sumber-sumber sekunder (buku/makalah di perpustakaan dsbgnya), serta cebisan catatan lain di Internet. Jika tiada sumber (atau sumbernya tak cukup berwibawa), saya akan nyatakan dalam bentuk soalan atau kemungkinan.
- Bukan ahli sejarah. Baru mula ambil kursus sejarah di USM. Ini sekadar kompilasi sumber-sumber dalam susunan kronologi, tanpa proses persejarahan yang mendalam / meluas. Lebih kepada perkongsian bersama, mungkin ada kalangan hadirin dan penonton yang ada sumber-sumber fakta lain yang boleh dikongsikan di sini.
Tujuan: kronologi ringkas, dengan persembahan poin-poin pemula wacana, pencetus kajian, atau perkongsian sesama peminat sejarah dalam kalangan orang awam.
02. SM-1880-an: Ringkasan Sejarah Awal
02a. Warga Purbakala
Ahli masyarakat Temuan di sekitar Sungai Chuau, 1900-an (Walter William Skeat, Charles Otto Blagden, 1906: "Pagan races of the Malay Peninsula", m.s.804-805).
Sebagaimana keseluruhan kawasan negeri Selangor, Kajang dan kawasan sekitarnya (termasuk Rekoh) diterokai dan didiami oleh orang Temuan. Hampir tiada maklumat mengenainya. Antara yang ditemui setakat ini:-
- Antara petempatan terawal di sekitar Sungai Langat ialah di Jenderam Hilir. Ia telah disahkan oleh penemuan artifak sejarah (dari zaman Neolitik 1950-1830SM, berkesinambungan ke 720-1200M, malah ada awal 1511M), dicatatkan oleh Brian C. Batchelor (1977) dan Leong Sau Heng (1977). (Dr Shafie Abu Bakar, February 28, 2013).
- Bukit Tunggul (Si-jaga), yang disebut dalam teromba (puisi asal-usul/adat) Besisi warisan turun-temurun (Walter William Skeat, 1906) dan dikatakan mercu tanda sekitar Rekoh oleh H.F. Bellamy, Superintendent Public Works Department negeri Selangor ketika merancang pembinaan jalan Reko-Sepang pada 1891-05-28 (Arkib Negara 1957/0025536W (09/06/1891)).
- Kawasan pedalaman sebelah selatan Sungai Langat adalah hutan belantara yang hanya didiami oleh orang asli (Temuan), dan menjadi sempadan di antara Klang dan Sungai Ujong. (J. M. Gullick (1949)).
02b. Gelombang Penghijrahan dari Sumatera
Gambar: Peta sempadan Selangor-Sungai Ujong, 1876. Ketika itu Rekoh (Recko) masih di bawah pengaruh Sungei Ujong, manakala Lukut di bawah Selangor: “compiled from sketch surveys made by Captain Innes R E, J W Birch and D Daly, and Admiralty Charts. Lithographed under the direction of Lt. Col. R. Home C.B.R.E” (Royal Geographical Society, London; Royal Geographical Society (Great Britain), 1876: |"Map of Part of The Malay Peninsula, 1876").
Kawasan hulu Sungai Langat sekitar 1700-1800an merupakan sempadan Sungai Ujong di sebelah utara. Perantau dari Sumatera mula menjalankan aktiviti perlombongan lampan di situ, di bawah pengusaha Minangkabau yang berpusat di Sungai Ujong. (Khairil Hisham Mohd Ashaari, 20 Februari 2024). Sekitar Rekoh khususnya, pada 1825-1826, orang Rawa yang terusir dari Sungai Linggi (Rembau dan Sungai Ujong), mula menduduki sempadan di sepanjang Sungai Langat dan melampan di situ. (Khairil Hisham Mohd Ashaari, 23 September 2023).
Migrasi warga Sumatera memuncak ketika siri Perang Padri (1816-1833) dan penjajahan Belanda selepasnya. Banyak kampung-kampung di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, dll, termasuk daerah Hulu Langat, dibuka ketika ini. Beberapa contoh di sekitar Bangi:-
- Sungai Ramal (Sekitar kurun ke-18): “Sungai Ramal sudah wujud sejak dari abad ke 18 lagi. Selangor pada masa itu telah terkenal sebagai negeri yang makmur lantaran mempunyai bijih timah, turut dihadiri berbagai pendatang terutama ke kawasan Kuala Lumpur. Kemakmuran melempah keluar dari kawasan Kuala Lumpur. Turut datang ke luar dari Kuala Lumpur mereka yang datang dari Sumatera dan Jawa. Antaranya ke Hulu Langat, khususnya ke kawasan Kajang. Antara kelompok yang datang ialah ulama` yang mengajar agama Islam sambil berniaga. Mereka sampai antaranya melalui sungai dan mendarat di tepi sungai dan menjalankan perniagaan. Mereka memerlukan tempat ibadat. Lantaran mereka mendirikan surau di tepi sungai. Di tepi sungai berkenaan tempat mendarat dan dekat tempat berniaga adalah berpasir putih dan bersih dari tepi sungai berpasir ini mereka mengambil wudhu` bagi menunaikan solat. Nama kampung ini dinamakan `Kampung Sungai Ramal` diambil dari perkataan `Arab `Ramlu bererti Pasir` bermaksud Kampung Pasir` yang disebut di dalam bahasa `Arabnya `Kampung Sungai Ramal.`” (Sumber: Dr Shafie Abu Bakar, March 2, 2018: |"SEJARAH SUNGAI RAMAL DAN PEMBINAAN MASJID"). Kampung Sungai Ramal (Luar) merupakan tempat kelahiran Leftenan Adnan (1915): “Tempat persinggahan kedua saya ialah di Masjid Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar. Juga terletak di tepi jalanraya. Menurut Tuan Imam masjid itu Haji Fakrul Razi, memang benar Leftenan Adnan dilahirkan di Sungai Ramal Luar.” (Abdul Latip Talib, 6 Mei 2008: |"MENJEJAK WARIS LEFTENAN ADNAN").
- Kajang (Sekitar 1826-1857): Ketika Sultan Muhammad memerintah Selangor (1826-1857), Tok Lili (Bugis dari Riau) diberi kuasa membuka muara Sungai Merbau (mungkin asal-usul Kajang kini). (J. M. Gullick (2007), Abdur-Razzaq Lubis (2021)).
- Rekoh (Sekitar 1830-1850an): Orang Mandailing membuka lombong di Kajang (Sungai Kantan) dan Rekoh. Ketika Perang Rawa di Sungai Ujong pada 1848, panglima Mandailing, Raja Berayun, telah pun berkubu di Rekoh. Ini ada diceritakan oleh anaknya Raja Alang dalam wawancaranya dengan J.C. Pasqual sekitar awal tahun 1900-an: “At this time Raja Brayun, a Mendeleng from Sumatra, invaded Sungei Ujong and attacked Datoh Klana Sendeng, because a friend of Raja Brayun was murdered and Datoh Klana Sendeng refused to pay the blood money of $400 according to the 'adat' Malayu. On the side of Raja Brayun there was Panglima Garang and Panglima Si Gara, both 'invulnerable' and fierce warriors, besides 500 fighting men. But he was defeated although he had bribed one of Datoh Kalana Sendeng's men with $3,000 to burn the granaries and blow up a powder magazine. Raja Brayun then retired to Recko, a village on the Langat river a short distance upstream from Kajang, and invited Raja Abdulsamad to live with him. He built a stockade at Recko and had a large force of fighting men who lived by robbery and raiding Sakais to sell them into slavery.” (The Straits Times, 11 November 1934, Page 21: |"WHEN COCKFIGHTING WAS THE RAGE").
02c. Campurtangan Inggeris
Sebagaimana Lukut, Rekoh agak jauh dari medan Perang Klang (1867-1873) dan tiada/kurang terlibat. Namun menurut Abdullah Hukum (1935), ada pelarian Perang Klang yang lari ke sekitar Rekoh (Adnan Haji Nawang, 1997).
Setelah tamatnya Perang Klang, dan campurtangan British selepas itu, Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat Sultan Selangor (Sultan Abdul Samad) pada Ogos 1874, kemudiannya Pembantu Residen Selangor pada Disember 1874. Pada tahun 1875, Frank Swettenham telah menjelajah sepanjang Sungai Langat, dan merupakan pembesar British yang pertama tiba di Rekoh (dalam peta 1876, pekan paling hujung yang direkodkan - setelah itu setakat Sungai Kajang & Jebat saja). (Ernest Chew (1984), J. M. Gullick (1998, 2007)).
Asalnya Sungai Langat merupakan sempadan antara Klang dan Sungai Ujong: “Sempadan di antara Dato' Kelana Sungai Ujong dengan To' Engku Kelang, Batang Langat (Sungai Langat). Kanan mudek kawasan Sungai Ojong dan kiri mudek kawasan Dato' Engku Kelang. Kawasan sebelah kanan Sungai Langat ini ialah kawasan-kawasan yang termasuk Kajang, Semenyeh, Rakoh dan Beranang. Pada masa Sungai Ujong di perintah oleh Dato' Kelana Sendeng (Dato' Kelana ke-V) Semenyeh telah diberikan kepada Tunku Sutan menantu kepada Raja Husin waris Sungai Ujong. Tunku Sutan dan Raja Husin telah membuka Semenyeh hingga ramai penduduk-penduduknya. Banyak hasil bijih timah dikeluarkan dari sana dan telah diberi izin oleh Dato' Kelana akan Tunku Sutan dan Raja Husin memungut cukai-cukai itu untuk sara hidup mereka. Kemudian Raja Husin membuka Beranang pula pada tahun 1878.” (Perpustakaan Negeri Sembilan).
Sementara itu di Ulu Langat sebelum 1870-an, kawasan pedalaman sebelah selatan Sungai Langat adalah hutan belantara yang hanya didiami oleh orang asli (Temuan), dan menjadi sempadan di antara Klang dan Sungai Ujong. Setelah Sultan Abdul Samad menduduki Kuala Langat, warga Selangor mula meneroka ke hulu Sungai Langat sehingga ke kawasan Kajang (Rekoh). Dalam masa yang sama, Raja Hussein membuka petempatan di Beranang dan Semenyih, di bawah Dato' Klana Sungai Ujong. (J. M. Gullick (1949)).
Setelah siri campurtangan Inggeris (Khairil Hisham Mohd Ashaari (20 Februari 2024)), akhirnya pada 1878-02-10, Rekoh dan sekitarnya diserahkan kepada Selangor, manakala Lukut dan sekitarnya diserahkan kepada Sungai Ujong (L.D. Gammans (1924), J.M. Gullick (1949, 2007))
03. 1890-an: Perladangan Kopi
Gambar: Peta daerah Ulu Langat Selatan (1904), termasuk Kajang-Semenyih-Rekoh-Bangi, ketika pembukaan ladang secara besar-besaran. Rekoh tinggal balai polis saja, seluruh mukimnya kini dinamakan Kajang. Ketika ini pekan Bangi (lama) baru saja dibuka (stesen keretapinya dibuka pada 14 Jun 1902). Latar peta 1904: Antara peta paling tepat pada zamannya (yang ada dijumpai), diusahakan oleh Chief Draftsman W.T. Wood yang bertugas di Survey Department, Kuala Lumpur (beliau turut membuat peta Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dll). Pernah mohon naik gaji pada 11 September 1906 (tangga gaji dia lebih rendah dari Surveyor), bila di bawa ke atas, menurut surat sokongan pihak atasannya. (Arkib Negara 1957/0131652W (11/09/1906)).
Pada tahun 1880-an, ladang-ladang kopi mula dibuka di Johor, Perak dan Selangor, pada mulanya oleh para pengusaha dari Ceylon. Ladang-ladang kopi terawal di Selangor ialah Weld Hill's Estate dan Batu Caves Estate di Kuala Lumpur. (Straits Times Weekly Issue & The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 10 September 1890).
Menjelang 1890-an, berkembang ke Ulu Langat (pengusaha perantau Sumatera, Cina), kemudian Kajang, dimulakan oleh pasangan adik-beradik Kindersley (R.C.M. Kindersley (1870-1939) & D.C.P. Kindersley (1873-1917)) membuka ladang kopi Inch Kenneth (1894) (J.M. Gullick (2007)), mungkin nama ladang adalah sempena Inch(Pulau) Kenneth, Scotland, juga Goh Ah Ngee dari Broga (1896). Kindersleys seterusnya membuka ladang di selatan Kajang (tepi Jalan Reko, 3km dari Kajang menghala ke Rekoh) pada Disember 1895, “kampung paling terbiar di Selangor pada masa itu”. (Voon Phin Keong (2013)).
Faktor perkembangan perladangan:-
- Pembinaan jalan kereta lembu 16 kaki KL → kampung2 Ulu Langat (mula 1889)
- Jalan kereta api Klang → KL (1886-09-16) → Pudu (1893) → Sungai Besi (1895) → Kajang (1897) → Bangi (1902) → Batang Benar (1903)
(Sumber: J.M. Gullick (2007)).
04. 1896: Pembukaan West Country dan Belmont Estate
Gambar: Kiri: Peta tahun 1904. Kanan: Peta kini (Mapcarta).
Petak berlorek hijau: sempadan keseluruhan West Country Estate (termasuk Belmont Estate) setakat tahun 1904.
Petak ungu: West Country: Blok-blok terawal (Mac 1896).
Petak merah jambu: Belmont: Blok-blok terawal (Mac 1896).
Petak merah: West Country: Blok tambahan 320 ekar (Arkib Negara 1957/0065184W (14/9/1896)).
Petak kuning: West Country: Blok tambahan 30 ekar (Arkib Negara 1957/0065184W (14/9/1896)) dan 60 ekar (Arkib Negara 02/10/1896, 2/10/1896).
Petak biru muda: Belmont: Blok tambahan seluas 320 ekar (Arkib Negara 1957/0065141W (18/9/1896)).
Pada bulan Februari 1896, pemangku pegawai daerah Ulu Langat telah menerima beberapa permohonan pembukaan ladang kopi di sekitar Jalan Reko. Beliau turut mengesyorkan agar pihak kerajaan mewartakan keseluruhan kawasan hutan terbiar di situ, terutamanya kawasan hutan paya yang dianggap “wasteland” (tiada lombong, maka tiada hasil) di tebing barat Sungai Langat sehingga ke Langat, sebagai tanah rizab perladangan kopi. Pada bulan Mac 1896, penama-penama bagi permohonan ladang-ladang tersebut telah disiarkan, iaitu F. Baptist (F.B.) Hicks, E. B. Skinner, Arthur Acland (A.A.) Allen, dan E.J. Allen (West Country Estate), G.F.S. dan Methold Sidney (M. S.) Parry (Belmont Estate), dan Kindersley (Reko Hill dan Sungai Reko Estate, diikuti beberapa lagi ladang lain) (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 25 February 1896, 17 March 1896).
04a. Ladang West Country (Awal 1900-an)
Gambar: West Country dan Belmont Estate (Arnold Wright, 1908: Twentieth century impressions of British Malaya).
04b. Ladang Belmont (Awal 1900-an)
Gambar: Belmont Estate, sekitar awal 1900-an. (Arnold Wright, 1908: Twentieth century impressions of British Malaya).
Awal 1900-an: Hasil kopi jatuh merudum disebabkan saingan kopi Brazil serta serangan penyakit (Voon Phin Keong (2013)).
1903: Ketika ladang ini dibuka, telah pun ada pekebun kecil tempatan di sekitar itu. Antaranya ialah Rasat bin Nakhoda Omar: diketahui daripada kesilapan pentadbir: Tanah beliau termasuk ke dalam geran Belmont Estates, dan perlu dikeluarkan daripadanya. (Arkib Negara 1957/0112755W (30/11/1903)).
1912: Dalam pameran getah antarabangsa di New York, US, pada 23 September - 4 Oktober 1912, West Country Estate telah memenangi tempat ketiga di Pameran Getah Antarabangsa dalam kategori “Pale Crepe” (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 6 November 1912).
1917: Ketika Perang Dunia berlangsung: D.C.P. Kindersley meninggal dunia di medan perang dunia pertama, ketika berumur 44 tahun. Pada tahun yang sama, seorang petugas West Country Estate, Durell, R.A.V., adalah antara sukarelawan yang terpilih untuk menyertai perang tersebut. (The Straits Times, 29 June 1917).
Tanaman getah komersial terawal dirintis oleh pasangan adik-beradik Kindersley atas cadangan H.N. Ridley pada tahun 1896 di ladang Inch Kenneth, Kajang. Kejayaan ini menjadi galakan kepada mereka serta pengusaha lain untuk membuka ladang-ladang getah di sekitar Kajang (Balgownie, Paradise), Rekoh (West Country, Belmont), dan Bangi (Bangi Estate). (J.M. Gullick (2007)).
Menjelang 1900-an, Kajang dan Rekoh telah menjadi antara kawasan ladang getah terawal di Selangor, didominasi oleh peladang Eropah secara kolektif. Mereka kemudiannya menubuhkan Persatuan seperti Kajang Branch of the Planters' Association (1912) dan kelab sosial (|Voon Phin Keong (2013)).
Pada Oktober 1901, setahun setelah kematian salah seorang pengasas West Country Estate (F.B. Hicks), saudaranya F.R. Hicks, bersama rakan kongsi asal West Country dan Belmont Estates, telah bersatu menubuhkan syarikat The Kajang Coffee and Rubber Co. bagi menguruskan kedua-dua ladang ini, selain Weld's Hill Estate di KL. (The Straits Times, 21 October 1901).
Berikutan kejayaan ladang-ladang getah Kindersley, pada tahun 1905, West Country dan Belmont estates bergabung pula dengan Ayer Hitam Estate di sebelah baratnya, di bawah Federated Malay States Rubber Company, Ltd. (J.M. Gullick (2007), Arnold Wright (1908): Twentieth century impressions of British Malaya). Sekitar ini juga (1907) H.R.Moullin dan rakan-rakan kongsinya membuka Sungei Ramal Estate di sebelah utaranya (kini Country Heights). (Arkib Negara 1957/0171341W (14/08/1913)).
05. 1906: Hutan Simpan Bangi
Gambar: Kiri: Peta 1904, sebelum pewartaan (1906), “The Reko Woods”, sempena pekan Rekoh di sebelah utara.
Kanan: Peta 1929, selepas pewartaan (1906), “Bangi Forest Reserve”, sempena pekan Bangi di sebelah selatan.
Sementara itu, seawal 1896 lagi (10 tahun sebelumnya), di dalam suatu laporan oleh Henry N. Ridley pada 6 Julai 1896, beliau telah mencadangkan penubuhan Jabatan Perhutanan di negeri Selangor, bagi mengawal selia penebangan serta pengeluaran hasil hutan. “The Reko Woods”, suatu kawasan hutan yang belum diterokai seluas 10,000 ekar (4047 hektar) di sepanjang Jalan Reko-Sepang adalah antara beberapa kawasan hutan di Selangor yang telah dikenalpasti sebagai sumber berharga dan perlu dikawal rapi oleh jabatan ini. Antara spesis pokok yang ditemui di dalamnya ialah merbau, pauh kijang, petaling, tempinis, keranji, dan tembusu (Henry N. Ridley @ Arkib Negara 1957/0581543W (06/07/1896)).
Namun begitu perbincangan mengenai pewartaan “Reko Woods” ini hanya berlaku kira-kira 9 tahun kemudian (1905 - mungkin setelah pembukaan ladang kopi-getah yang pesat). Berlaku konflik di antara pemangku pegawai daerah Ulu Langat (pengeluaran hasil, juga kuari, di sepanjang Jalan Reko-Sepang itu) dan Jabatan Hutan (diwakili oleh Arthur Bligh (A.B.) Stephens) (simpanan hutan di kawasan yang sama). (Arkib Negara 1957/0126396W (20/12/1905)).
Akhirnya kawasan seluas 2,338 ekar (946 hektar) diwartakan kira-kira pada 31 Disember 1906 (Nombor Warta: 827). Waktu itu Rekoh sudah tidak wujud lagi, jadi namanya bertukar dari “Reko Woods” kepada “Bangi Forest Reserve”. Puncak tertingginya ialah Bukit Rupa setinggi 105 meter. (Selangor Gazette 1906).
06. 1920-an: Selepas Perang Dunia
Gambar: Peta tahun 1926, iaitu 7 tahun selepas tamatnya Perang Dunia Pertama (1914-1918). Hampir keseluruhan daerah ini telah pun dipenuhi perladangan (majoritinya getah).
Ladang-ladang di bawah pengurusan D(Douglas).C.P. Kindersley:-
- Balgownie Estate (Sebelah utara peta)
- Bangi Estate (Kini Taman Bangi Indah, Bangi Avenue, Crescent Park)
- Inch Kenneth Estate (Sebelah utara peta)
- Dunedin Estate (Kini Alam Sari, Serene Heights)
- Reko Hill Estate (Kini Bandar Baru Bangi Seksyen 5, SJK(T) Ladang West Country Timur, SMK Jalan Reko, Taman Tenaga, Taman Langat Jaya, Pusat Hentian Kajang, Taman Perindustrian Kajang)
- Gleshiel Estate (Kini Taman Bukit Mewah, Taman Sri Mewah, Taman Bukit Mutiara)
- Sungei Tankas Estate (Kini Kg Sg Tangkas,
- Kajang Estate (Kini Taman Bukit Indah, New Era University College, Taman Kajang Prima, Taman Damai, Taman Jasmin, Taman Cantik, Taman Ria, Taman Sentosa, Taman Asa Jaya, Taman Sri Jelok)
- Sungei Reko Estate (Kini Kajang 2, Kajang Villa, Tropicana Heights, Rafflesia International School, Taman Anggerik Emas)
- Connemara Estate (Kini Eco Majestic)
- Sungei Ramal Estate (Sebelah barat laut peta)
(Sumber: The Straits Times, 16 April 1919, Page 10: |"Kajang D.PA").
Tanah Rizab Melayu
Pengecualiannya adalah Hutan Simpan Bangi dan Bukit Tunggul, serta tanah-tanah rizab seperti:-
Sungai Ramal
Sungai Air Hitam (Kampung Bt. 2 Air Hitam (Abu Bakar Baginda kini))
Sungai Merab
Sungai Jenderam
Sungai Buah (Kampung Sungai Buah)
Sungai Buah, cabang Sungai Semenyih yang mengalir di sebelah timur Bukit Tunggul, ada disebut di dalam riwayat asal-usul Orang Asli Besisi yang lain:-
“Btsisi' recite a migration cerita which includes how Blandas and Btsisi' separated into two distinct communities. The story goes: From Batu Pahat the people moved northward up the coast to the Muar River. They followed the river upstream entering some small tributaries until they reached Kasak River, on the Melaka/Negri Sembilan border. There they reluctantly divided into two groups. One group went upstream and the second group went back downstream, towards the shore. The former became Hma' Darat and the latter Hma' Laut. Blandas made swiddens along the mountain and in the swamps of Johor near Tasek Bera. Those that went to the sea dispersed, scattering to plant their swiddens. They ended up in Melaka, where they stayed to plant their swiddens in the swamps. After a few years, they moved to Tanjong Tuan, Melaka, then to Bagan Pinang, and later they started to move north up the coast until they reached the Sapak (Sepang) River. They then went up upstream to Kampuk Jalutok. The people then moved off the Sapak (Sepang) River and their descendants built a village at the crossroads of the Busut, Dangkil (Dengkil) and Buah River (Sungai Buah). The group then divided with some heading upstream while others went downstream to the coast where they entered Dugindak Sapak Kcil (Sepang Kecil) and went upstream to clear their swiddens. There they found evidence of a coconut estate, Tlok Mrbaw. The people then established the village of Bukit Bangkok under the leadership of Batin Toda'.” (Barbara S. Nowak, and Singan Knәn Muntil, 2004: |"Btsisi’, Blandas, and Malays: Ethnicity and Identity in the Malay Peninsula Based on Btsisi’ Folklore and Ethnohistory."; Asian Folklore Studies, vol. 63, no. 2, 2004, m.s. 311-312 (PDF)).
Sungai Semenyih
Sungai Rinching (Kampung Rinching Hilir)
Sungai Beranang
West Country Estate khususnya, turut merangkumi Belmont dan Ayer Hitam estates, dan mungkin termasuk Sungei Lui Estate di antara keduanya. (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries).
1930-an
Pada tahun 1930, sebahagian kecil daripada Hutan Simpan Bangi diberikan kepada Ladang Prang Besar (ladang ini dibuka pada 16 Ogos 1921, dianugerahi kepada 9 orang bekas tentera perang dunia pertama (Great War/Perang Besar), ~10km di sebelah barat Bangi, kini Putrajaya) untuk tujuan penyelidikan tanaman getah. Namun penyelidikan di situ tidak dapat bertahan lama akibat gangguan haiwan liar. (VD Nair (1990-an), Azimah Mohd Ali @ Arkib Negara, Arkib Negara 1957/0267743W (21/01/1930)).
Tahun 1930-an merupakan tahun-tahun kemelesetan ekonomi di seluruh dunia. Di Tanah Melayu, keadaan ini kembali pulih mulai 1934, namun banyak pengusaha menumpukan kepada pemulihan syarikat, dan mengabaikan pekerja. Menjelang tahun 1937, terdapat peningkatan dalam kes mogok dan aksi pekerja, dalam menuntut hak-hak mereka. Ladang-ladang di sekitar Bangi tidak terkecuali. Pada 29 Januari 1937, 100 orang pekerja Belmont Estate telah bertindak menyerang pembantu pengurus ladang, dikatakan setelah mereka dihukum kerana bermula kerja lewat. (P. Ramasamy (1992)).
Peristiwa ini berlaku beberapa bulan sebelum mogok besar-besaran kali pertama, melibatkan pekerja migran wanita Tionghua, serentak di beberapa ladang di Selangor pada 11 Mac 1937. West Country/Belmont Estates tidak terlibat (mungkin kerana pekerja India). lebih 1,000 orang pekerja ladang (kebanyakannya kaum wanita Tionghua) telah melancarkan mogok di 9 buah ladang getah di Selangor iaitu BANGI (kini Bangi Avenue dan Crescent Park), CONNEMARA (kini Eco Majestic), SUNGEI RINCHING (kini Bandar Tasik Kesuma), PRANG BESAR (kini Putrajaya Precinct 1,2, dan 18), SYDNEY (kini Bandar Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah), BUKIT TUNGGU (kini Bukit Mahkota dan Bandar Puteri Bangi), dan BALAU (kini Mutiara Hills). Dua lagi ladang yang tidak kelihatan di dalam peta (kerana lokasinya yang jauh ke utara, di sebelah utara Kuala Lumpur) ialah HAWTHORNDEN (kini Wangsa Maju) dan WARDIEBURN (kini Danau Kota dan Taman Melati). Mereka mengemukakan 19 tuntutan terhadap pihak pengurusan ladang-ladang tersebut, berkaitan kenaikan gaji harian, upah tambahan, hak dan kebajikan pekerja, manfaat ibu bersalin, kemudahan untuk anak-anak pekerja, dan lain-lain. Semuanya berjalan dengan aman, kecuali di Ladang Wardieburn, di mana sedikit kekecohan berlaku akibat salah faham di antara beberapa pekerja dengan seorang wartawan. (P. Ramasamy, 1994).
Antara faktor peristiwa mogok besar-besaran ini adalah gerakan kesatuan sekerja dan aktivis komunis yang mengambil kesempatan terhadap kesempitan ekonomi, kelemahan pentadbiran British (khususnya jabatan hal-ehwal Cina), dan peranan wanita (lonjakan bilangan buruh kontrak wanita, tuntutan termasuk hal-hal kebajikan mereka dan keluarga). Kemuncaknya ialah operasi tangkapan para pemogok serta penggeraknya, di Sungai Ramal dan Batu Arang. (Yeo Kim Wah (1976))
07. 1945-1948: Selepas Perang
Gambar: Peta tahun 1950. (Australian National University).
Peristiwa ketika pendudukan Jepun:-
- 75 orang pekerja West Country Estate telah dikerah oleh Jepun ke Burma untuk membina landasan kereta api di sana. Tiada yang kembali. Selepas perang, hanya seorang saja ahli keluarga yang mendapat pampasan, sekitar RM5-10 sebulan. (Arkib Negara 1968/0000532W / JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) (24/01/1948)).
- Di Hutan Simpan Bangi, sebahagian pokok hutan ditebang, dan ditanam dengan pokok Gutta Percha (Latiff 1981). “Gutta perca” atau “nyatoh taban merah” ialah sejenis getah berketahanan tinggi yang banyak digunakan sebagai kabel dasar laut dan peralatan-peralatan lain. Permintaannya tinggi di musim-musim peperangan, oleh kerana ianya turut menjadi bahan buatan alat-alat persenjataan serta jaringan komunikasi. (Kamarudin Mat Salleh (1999)).
Selepas perang, pentadbir British dan pengusaha Eropah dalam fasa pemulihan. Pengurusan menjadi longgar dan ada kalanya terabai. Banyak ladang-ladang Eropah di sekitar ini mengalami masalah selepas perang. Contohnya, di Sungei Ramal Estate, semua rekod-rekod pengurusan hilang. Proses pemulihan juga gagal, kerana mereka mengharap pampasan kerajaan, tetapi tiada. Akhirnya tutup dan dijual pada 1951. (The Straits Times 25 February 1947, 24 March 1951).
Sekitar waktu ini juga, pengurusan West Country Estate terbahagi kepada 2, Eastern Division (merangkumi West Country asal dan Belmont Estate - Bandar Baru Bangi kini), dan Western Division (merangkumi Ayer Hitam Estate - sekitar/sebahagian UPM-UNITEN kini). (Arkib Negara 1968/0000532W / JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) (24/01/1948)).
Dalam suasana ini, beberapa perkampungan baru terbit. Antaranya Kampung Sungai Tangkas dibuka di dalam/sekitar kawasan Sungai Tangkas Estate. (Blog Kampung Sungai Tangkas, 12 December 2014).
08. 1960-1970: Perkembangan di Hutan Simpan Bangi
Gambar: Peta Hutan Simpan Bangi sekitar 1970-an. (Kamarudin Mat Salleh (1999)).
Sekitar akhir tahun 1957, sebahagian kecil Hutan Simpan Bangi dinyahwartakan sebagai kampung melayu (Arkib Negara 1957/0696004W (15/11/1957)). Kemungkinan kampung ini ialah “Kampung Baharu Bangi Bahagia” (Kampung Bahagia kini), di sebelah selatan hutan simpan ini, yang telah dimohon persatuan penduduk Melayu sekitar Bangi pada waktu itu. (Faizal Hj Zainal (2008)). Terdapat riwayat mengatakan penduduk dari kawasan lembah di sekitarnya yang dilanda banjir telah berpindah ke kampung ini yang lebih tinggi di lereng bukit. (Surau Madrasah Al Hamidiah Kg Bahagia Bangi (2017)).
Sementara itu, sekitar akhir 1950-an itu juga, 4 buah keluarga Temuan berasal dari Bukit Dugang, Sepang, diketuai Batin Yut anak Jenang Pilis, mula menduduki kawasan hutan ini. Menjelang awal 1970-an, ia berkembang menjadi 22 keluarga, dengan jumlah ahli keluarga seramai kira-kira 100 orang. (Dr Mohamed Salleh Lamry (2005)).
Pada akhir 1960-an, terdapat aktiviti pembalakan terpilih di Hutan Simpan Bangi (Latiff 1981). (J.J. LAJUNI & A. LATIFF (2013)).
09. 1974: Pembangunan Kampus Induk UKM
Gambar: Peringkat awal pembangunan UKM. (The Star, 25 May 2014).
Sekitar awal 1970-an, ladang getah mula digantikan dengan kelapa sawit. Bagi pengusaha Kindersley misalnya, ladang pertama mereka yang ditukar kepada kelapa sawit ialah Ladang Dunedin (kini Alam Sari) di Bangi (1974). (Kemungkinan nama ladang ini adalah sempena nama asal Edinburgh, Scotland). (Inch Kenneth Rubber Estates Limited (2010)). West Country Estate mungkin telah bermula lebih awal lagi. Pada 28 Mac 1973, Syarikat West Country Sdn Bhd (14134-U) ditubuhkan bagi mengambil alih keseluruhan West Country Estate. Ketika itu West Country Estate meliputi 6,774 ekar ladang getah dan kelapa sawit, serta 2 buah lombong seluas 346 dan 232 ekar. (The Straits Times, 1 January 1974).
Sementara itu, pada Januari 1972, Perdana menteri, Tun Abdul Razak, mengumumkan tapak rancangan Universiti Kebangsaan di Bangi, seluas 2,300 ekar. Sebelum itu, penubuhan UKM diumumkan pada 15 Mac 1969, dan ditubuhkan pada 18 Mei 1970 lalu memulakan operasi pertamanya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Menteri Pendidikan ketika ini ialah Tun Hussein Onn. Antara faktor pilihan lokasi ialah jaraknya yang sederhana jauhnya dari kota Kuala Lumpur, agar ianya dapat membina identitinya sendiri. Kampung-kampung di sekelilingnya akan turut dibangunkan, namun tema pembangunannya harus kekal sebagai tempat kediaman atau perumahan. (The Straits Times, 19 Januari 1972).
Sekitar waktu itu, Hutan Simpan Bangi telah dinyahwartakan, lalu diwartakan sebagai tapak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Keluasan hutan ketika itu ialah 882 hektar, dan terdiri daripada 832 hektar hutan sekunder, 31 hektar paya air tawar, beralur kecil. Sebahagiannya anak Sungai Bangi di sebelah selatan, manakala sebahagian lagi (termasuk Alur Ilmu kini) mengalir ke Sungai Langat di sebelah utara. 19 hektar pula telah pun menjadi ladang getah dan kelapa sawit. (Kamarudin Mat Salleh (1999)).
10. 1980-an: Pembangunan Bandar Baru Bangi
Kiri: Ini adalah salah satu iklan perumahan pasang siap di Bangi (mungkin sebahagian daripada projek di atas), yang tersiar di akhbar New Straits Times pada 16 Jun 1983. Menurut iklan ini, 1 unit rumah flat pasang siap kos rendah ketika itu berharga RM30,000 ke atas, manakala kos sederhana pula berharga RM49,500 ke atas.
Kanan: Iklan tahun 1986
Menjelang tahun 1974, Gammon dan United Asbestos Cement (UAC) membeli 25 peratus saham West Country Sdn. Bhd. Antara spekulasi ketika itu ialah 4,600 ekar daripada 7,352 ekar jumlah keluasan tanah West Country Estate akan diperolehi oleh kerajaan negeri Selangor (mungkin untuk pembangunan Bandar Baru Bangi) (The Straits Times, 1 January 1974).
Perolehan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS): “About 1975 the Government (through PKNS) took over the land from the then owners of West Country Estate - Sipef NV (a Belgian company) to develop the South KL Educational Hub.” (Tanarata International Schools (2013)).
Pembangunannya yang bermula pada tahun 1974 bagi memenuhi keperluan pembangunan kawasan pertumbuhan baru di Selatan Lembah Klang berlandaskan kepada Polisi Ekonomi Kebangsaan, yang mengkhususkan kepada Bumiputera. Dari tahun 1974 hinggalah tahun 2010, PKNS selaku peneraju pembangunan yang dipertanggungjawapkan telah menyiapkan sebanyak 11,763 unit rumah dan 308 unit lot kedai. Secara keseluruhannya, terdapat komponen pembangunan tertentu yang diperuntukkan oleh PKNS di kawasan Bandar Baru Bangi iaitu; 20 peratus khusus untuk kawasan perumahan, 11 peratus untuk kawasan perindustrian, 6 peratus untuk aktiviti komersial,15 peratus untuk keperluan kawasan rekreasi manakala 24 peratus selebihnya untuk tujuan keperluan lain yang dirasakan relevan.” (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Laporan Tahunan 2010").
“In 1978, I married and started a family of my own. Meanwhile, there were vast changes taking place in West Country Estate. The landscape was being changed entirely! West Country Estate had been sold to Magnum Corporation, then to Sipef, which then sold it to the Selangor government's arm P.K.N.S. The region occupied by West Country Estate had been earmarked for development. A new township and an educational hub were built on the land occupied by the estate starting in the early 80s. … When the land was acquired by the Government for development, most of the workers of West Country Estate were allocated houses in Section 5, Bandar Baru Bangi.” (Munaianty s/o Ponnusamy @ Tanarata International Schools (2013)).
“Bangi mula dimajukan pada tahun 1974 dengan penghuni awal tidak sampai 1,000 orang. Pada tahun 1990, penduduknya dianggarkan seramai kira-kira 27,620 orang (PKNS 1990). Penghuni awal ini yang rata-rata berpendidikan menengah dan tinggi bekerja di institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan, telah mengangkat nilai-nilai sosial yang baik sebagai asas perkembangan masyarakat bandar tersebut. Oleh itu, masyarakat Bandar Baru Bangi hari ini terpupuk melalui nilai-nilai budaya yang murni dan berjaya meneruskannya hingga kini. ….. Bandar Baru Bangi adalah sebahagian daripada zon pinggir Lembah Klang, dirancang berdasarkan konsep bandar taman. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan sosial seperti sekolah rendah dan menengah, pusat kesihatan awam dan swasta, surau, balai polis, pejabat pas, bomba, dewan serbaguna, kedai dan pasar harian yang diperlukan untuk kehidupan moden. Kawasan perindustrian menempatkan kilang-kilang yang mengeluarkan pelbagai jenis keluaran, menawarkan pekerjaan kepada penduduk sekitar Bandar Baru Bangi. Perancangan perumahannya pula dibuat dengan menerapkan konsep kejiranan bagi menggalakkan interaksi sosial dan perpaduan masyarakat. ….. Bandar Baru Bangi dibahagikan kepada 16 seksyen dan kawasan perumahan terdapat di Seksyen 1,2,3,4,5 dan 16 sahaja.” (Katiman Rostam, Wan Maimunah Wan Ismail @ Akademika, UKM, Vol 50, No 1 (1997)).
Laporan mengenai Datuk Syed Kechik, niagawan terkemuka ketika itu. Antara pelaburan beliau yang disebut di sini ialah suatu projek perumahan pasang siap (rumah flat dan teres/berangkai 2 tingkat) di Bandar Baru Bangi: “He has 30 percent participation in a construction project currently undertaken by Hazama(n) Gumi of Japan. It involves the construction of more than 2,000 low rise flats and double-storey link houses using the prefabricated techniques in Bandar Baru Bangi and Seri Kembangan, south of Kuala Lumpur.”
CATATAN 2: Sejarah penglibatan Hazama Gumi di Malaysia:-
- 1967-1972: Pembinaan Empangan Temenggor: “Tidak ketinggalan ia juga menyebut kelulusan pinjaman berjumlah 114 juta ringgit oleh Jepun kepada Malaysia bagi membina empangan Temenggor. Sungguhpun begitu, sepertimana biasa, Jepun tidak melepaskan peluang meraih keuntungan daripada pinjaman yang diberikannya. Kontrak membina empangan tersebut diberikan kepada kontraktor Jepun iaitu Hazama Gumi Ltd. dan Mitsubishi Corporation.” (Ahmad Sohaimi Lazim, 1985: |"Hubungan Diplomatik Malaysia-Jepun, 1957-1970-an: Satu Analisis", m.s.16)
- 1978-1980: Pembinaan 27 blok (2,800 unit) kediaman anggota TLDM di Lumut: “Menteri Pertahanan (Datuk Hussein Onn): (i) Nama Perunding Antarabanngsa yang sekarang, diambil untuk mendirikan pengkalan TLDM di Lumut ialah Kocks Consult GMBH dan Blomtt Voss dari Germany, sementara pemborong antarabangsa pula ialah Syarikat Saeki Kensetsu Kogya Co., Ltd yang mengendalikan pembinaan pelabuhan TLDM dan Syarikat Hazama Gumi Ltd., yang menguruskan pembinaan 27 blok bangunan bertingkat untuk kediaman anggota TLDM di Lumut. Kedua syarikat pemborong ini adalah dari negeri Jepun.” (|Penyata Rasmi Parlimen, 6 April 1978 (PDF), m.s. 1442). “Malaysia adopted the British Precast System where 1,200 units'houses were built in Penang in 1978 and 2,800 units in Lumut in 1980 using Hazama Gumi System from Japan.” (Asiah Abdul Rahim, Zulkefle Ismail @ binaTECH, Construction Technology & Living Trends, Issue #1, 2014: |"Overview plug and play concept of industrialised housing in Malaysia", m.s.49)
- 1982-1983: Pembinaan 4,300 unit rumah pasang siap di Bandar Baru Bangi: “Hazama-Gumi of Japan will build 4,300 prefabricated houses in Bangi, Selangor State.” (Mark Sonnenblick @ Executive Intelligence Review (EIR), Volume 9, Number 12, March 30, 1982: |"Trade Review").
- 1983: Pembinaan Empangan Kenering (Watanabe Haruo, Kojima Fujio (Hazama Gumi Ltd.) @ J-Global, November 1985: |"Concrete works in Kenering dam construction project in Malaysia").
- 1994-1998: LRT Laluan Kelana Jaya: “Construction began in 1994, about the same time as construction of the Ampang Line. The tunnels were constructed by Hazama Corporation and Hyundai E&C.[3] Operation commenced on 1 September 1998 between Subang Depot and Pasar Seni, with phase two, Pasar Seni to Terminal Putra, on 1 June 1999.” (Wikipedia: Kelana Jaya line).
- 1997-2001: Menara Berkembar Petronas (Menara 1): “Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.” (Wikipedia: Menara Berkembar Petronas).
Sumber: "1983-08-30: Perumahan Pasang Siap".
Pusingan 2: Tinggalan Sejarah
01. Jalan Reko-Sepang (1891)
Gambar:-
Kiri: Keadaan Jalan Reko-Sepang (ditanda merah), sekitar tahun 1904. Pekan Bangi telah pun dibuka dan kini ditandakan di dalam peta. Bahagian jalan dari kawasan Sungai Buah hingga ke Sepang ditanda sebagai “Six Foot Track”, iaitu masih jalan kuda selebar 6 kaki sahaja. Jalan ini dibina 1893-1894, atas cadangan H.F. Bellamy, Superintendent Public Works Department negeri Selangor (1891), bagi menghubungkan ladang kopi Eropah di Rekoh dengan ladang lada hitam Tionghua di Sepang. Ketika itu jalan ini melewati bahagian timur Bukit Tunggul, menelusuri Negeri Sembilan hingga ke Sepang.
Kanan: Jalan Reko-Sepang yang baru secara kasar (ditanda merah), setelah siap, sekitar tahun 1929. Ia melewati bahagian barat Bukit Tunggul, menelusuri sebelah negeri Selangor, melalui Jenderam dan Salak. Mungkin perubahan laluan ini sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh perancang awalnya (H.F. Bellamy), yang mengatakan denai yang asal itu melalui kawasan Sungai Ujong (sukar dari segi pentadbiran projek dan selenggaraan), lalu mencadangkan laluan sebelah kiri yang pernah beliau ikuti ketika ekspedisi mengukur sempadan baru Selangor-Sungai Ujong pada Mac 1883 dahulu. Ianya sedikit sebanyak kekal sehingga kini.
(Sumber: Arkib Negara 1957/0025536W (09/06/1891)).
Bukit Tunggu(l), Tunggu(l) Si-Jaga, dan Sungai Buah, di dalam peta negeri Selangor, tahun 1900-an (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Bukit Tunggul terletak di antara Jenderam (kini dalam daerah Sepang) dan Bangi (kini dalam daerah Hulu Langat). Ia merupakan mercu tanda kawasan sekitarnya sejak dahulu. Contohnya, terdapat riwayat turun temurun di kalangan orang Asli Besisi, Blandas, dan Temuan, yang menyebut Tunggul Si-Jaga (ditanda di dalam peta 1904 di atas, terletak berdekatan puncak Bukit Tunggul) sebagai salah satu mercu tanda petempatan nenek moyang mereka pada zaman dahulu kala.
(Sumber: Hutan Simpan Bukit Tunggul)
Warga West Country Estate (1896)
04. Kangani West Country Estate (1921)
Gambar: “Family picture of my grandfather when he was Kajang West Country Estate Kangany. Picture taken in 1921.” (Victor Singaravellu @ History of Indian Labourers in Malaya (HILMA), 25 Oktober 2020).
06. Keluarga Pekerja West Country Estate (1960-an)
Gambar: “Kathan (grdfther) Ldg west country (timur) Kajang” (Kannan Ramasamy @ History of Indian Labourers in Malaya (HILMA, 3 Jun 2021)).
07. Munaianty s/o Ponnusamy (1949-2023)
Gambar: Munaianty s/o Ponnusamy, bekas warga pekerja West Country Estate yang masih muda/kecil pada waktu itu. (Tanarata International Schools (2013)).
Suasana Darurat di West Country Estate
Darurat bagi seluruh Malaya (Malayan Emergency) telah diisytiharkan pada 18 Jun 1948 (sebelumnya Perak dan Johor pada 16 Jun, dan selepasnya Singapura pada 24 Jun), berikutan pembunuhan 3 orang pemilik ladang berdekatan Sungai Siput, Perak. Ia adalah tindakan British untuk mengekang ancaman gerakan-gerakan antikolonial secara umum (terutamanya gerakan nasionalis). (Azmi Arifin (2017)). Sejak darurat diisytiharkan, dari semasa ke semasa beberapa kawasan di sekitar daerah Ulu Langat dikenakan perintah berkurung, bagi membendung ancaman komunis.
Pada 13 Februari 1951, kawasan sepanjang Sungai Langat di antara jambatan ladang Inch Kenneth dan West Country Estate telah dikenakan perintah berkurung, kecuali awal pagi, tengahari, dan lewat petang. Kemungkinan perintah berkurung ini ada kaitan dengan siri mogok penoreh getah kontrak West Country Estate (pekerja wanita Tionghua dari Sungai Chua) beberapa minggu sebelumnya. (The Straits Times, 3 February 1951, Sunday Standard, 11 February 1951).
Antara catatan suasana di zaman darurat adalah oleh Munaianty s/o Ponnusamy, bekas warga pekerja West Country Estate yang masih muda/kecil pada waktu itu: “Saya lahir di West Country Rubber Estate, Hulu Langat, Kajang pada tahun 1949. Saya membesar di situ sehingga umur 10 tahun, dalam sebuah keluarga besar dengan 6 orang adik beradik lelaki dan perempuan, dan saya adalah yang kedua termuda di antara kami lapan sekeluarga. West Country Estate merangkumi dari Kampung Baru Serdang sehingga Jalan Reko dan lebuhraya Kuala Lumpur Seremban. Bapa saya tinggal di kuarters yang disediakan oleh majikan, dan saya bersekolah di Kajang Primary School. Saya menaiki bas ke sekolah setiap hari. Banyak kenangan manis saya di sekolah. Malangnya, saya tidak dapat hadir dalam banyak kegiatan di sekolah selepas waktu persekolahan oleh kerana belanjanya mahal, serta jarak sekolah yang agak jauh. Pengurus West Country Estate ketika itu ialah Mr Botham dan pembantunya Mr Foxe, dan sering bersenjatakan shot gun. Ketika darurat, kerajaan British mengarahkan semua pengurus estet menyimpan senjata api. Anggota komunis mendapatkan bekalan makanan dari kampung dan estet, dan sering menyasarkan para pengurus estet yang tidak menyebelahi mereka. Ketika itu juga, banyak keluarga Tionghua di sekitar West COuntry Estate dipindahkan secara paksa ke Kampung Baru Sungai Chua, kerana dianggap penyokong komunis. Di West Country estate, operasi keselamatan diketatkan umpama rondaan “Home Guard”. Setiap malam, beberapa pekerja estet berpakaian seragam biru-kelabu, meronda kawasan estet. Mereka diberi kuasa untuk menyoal siasat warga yang datang atau lalu lalang di sekitarnya. Mereka dibekalkan cota sebagai senjata.” (Tanarata International Schools (2013) (Terjemahan)).
Suasana Aman di Ladang
Menurut Munaianty s/o Ponnusamy, bekas warga pekerja West Country Estate: “Saya berhenti bersekolah setelah tamat Darjah 6 dan mula bekerja di West Country Estate. Sekitar waktu itu, abang sulung saya meninggal dunia dan ibu bapa saya perlukan pendapatan tambahan dari saya. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan ketika mula bekerja ialah ketika saya menjadi ahli pasukan bolasepak West Country Barat. Kami menyertai liga tempatan bersama pasukan-pasukan dari Bangi Estate, Perang Besar Estate, Galloway Estate, JKR, Kajang Old Boys dan Empat Tenang Estate di Stadium Kajang lama. Pengurusan estet memberi sokogan padu terhadap pasukan kami dan setiap hari perlawanan, kami diberi cuti separuh hari. Kami keluar ke padang dengan kelengkapan permainan kami, untuk berentap dengan pasukan lawan di Stadium Kajang. Ketika itu, ia adalah padang besar bersebelahan balai polis, dan berseberangan dengan Pusat bandar Kajang. Terdapat perkhidmatan bas dari Kajang ke Prang Besar Estate, yang melalui West Country Estate. Perkhidmatan bas Sum itulah penghubung kami dengan bandar Kajang yang pelbagai tarikannya bagi kami warga luar bandar.” (Tanarata International Schools (2013) (Terjemahan)).
Lombong Sungai Chua (1890-an)
“Only mining pool left in Kajang (at Sungai Chua) converted into a recreational park.”
“The tin boom in the district occurred in the middle of 1890’s, when Chinese businessmen made huge investments in the district. One of the Chinese miners was Goh Ah Ngee,who was active in Balau (Broga today). He even built a church for a small group of Chinese Christians in the area. The first mine at Semenyih was opened by a Hokkien named Cheah King. Other Chinese miners were Khoo Seah, who had mines at Sungai Cheow (Sungai Chua today) Road (1896), Loke Yew at Sungai Merbau in Hulu Langat (1896) and Sungai Kachau in Semenyih (1897), Low Boon Kim at Sungai Jebat (1897) and Chan Yoke who operated a mine at Kajang (present Metro Kajang site). Tin was also found just outside of Kajang where Hakka coolies called it Xi Mi Shan (Tin Ore Hill).This site is the only mining pool left in Kajang. Recently, the Kajang Municipal Council converted the site into a recreational park. Tin mining industry in the district turned out to be a relatively minor enterprise, paling in comparison to other towns in the state. This prompted the District Office to suggest moving to agriculture.”
(Sumber: Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, July 15, 2020: |"History of Kajang").
Kg Batu 5 Bangi (1898)
Kiri: “Sebelum(Dulu)”. Kanan: “Selepas(Kini)”.
“Rumah ini dibina pada tahun 1934. Rumah ini pernah menjadi tempat tinggal ketua kampung terdahulu. Menurut ketua kampung, En. Hamzah bin Jahid, rumah ini telah berusia kira - kira 80 tahun. Rumah ini telah diubah suai sebahagiannya tetapi bentuk asal masuh dikekalkan.” (Kampung Batu 5, Jalan Bangi, 13 Disember 2014: |"Mercu Tanda Kampung Batu Lima").
“Kampung Batu Lima Bangi mula dibuka pada tahun 1898 oleh sekumpulan peneroka dari pulau jawa yang diketuai oleh Tuan Haji Ali Mustapa, Tuan Kartorejo, Tuan Haji Sharkawi bin Haji Palil, Tuan Haji Khalil bin Haji Kasantawi dan Tuan Haji Rais. Kampung ini dinamakan Kampung Batu Lima kerana diambil sempena jarak sejauh lima batu dari pekan Semenyih, maka ia dipanggil Kampung Batu Lima Bangi.” (Kampung Batu 5, Jalan Bangi, 5 Disember 2014: | Sejarah Kampung)
“Kampung Batu Lima Bangi terletak di Jalan Bangi, Selangor. Pada tahun 1940-an nama kampung ini ada tercatat di dalam geran tanah penduduk tertua kampung. Rata-rata penduduknya adalah berbangsa Jawa suku Kendal dan Karanganyar yang berasal dari Jawa Tengah.” (Adminbatulima, 11 Mei, 2015: |"Kampung Batu Lima Bangi: Hari Ini").
Rumah Asap Sungei Ramal Estate (1923?)
“Tempat saya berlatih menunggang kuda…Selama 7bulan tahun 2005… Hari2 tengok rumah ni.. Tapi tak terbuka mulut nak bertanya pada anggota polis yg ada kat situ” - AdzraaDhiyaa Camelia (Facebook Bandar Kajang, 18 Jun 2019: |"Bangunan lama berdekatan SMKA Maahad Hamidiah Kajang" (Ruangan komen)). Kemungkinan gambar ini diambil sekitar waktu tersebut ~2000-2013 (Mapio: "( History rumah asap ) @ COUNTRY HEIGHTS. KAJANG").
Di dalam suatu surat permohonan pinjaman oleh pemilik Sungei Ramal Estate, H.R. Moullin, dinyatakan blok terawal didaftarkan pada 12 Disember 1907. Diambil alih oleh syarikat Sungei Ramal Syndicate Limited, sekitar tahun 1915.
Sekitar 1915-1918, Raja Alang telah dilantik sebagai salah seorang Pengarah syarikat Sungei Ramal Syndicate Limited: “Raja Allang bin Raja Brayuon was re-elected a Director.” (Pinang gazette and Straits chronicle, 19 March 1919, Page 6: |"SUNGEI RAMAL").
Pembinaan rumah asap ini mungkin sekitar tahun 1923: “The new smoke house is now in working order and a very good sample of smoked sheet is being turned out. The smoke house was erected under the supervision of the estate manager, Mr. C. Phillips, and the result is very creditable to him. I have pleasure once more in expressing our appreciation of Mr Phillips' work as manager and our thanks are due to him for the satisfactory condition of the estate as well as for the moderate working costs.” (Sumber: The Straits Times, 13 March 1923, Page 10: |"SUNGEI RAMAL SYNDICATE").
Dalam Laporan Tahunan ke-10 Sungei Ramal Estate pada 25 Mac 1924, Raja Alang mengundurkan dirinya dari jawatan Pengarah syarikat tersebut, oleh kerana keadaan kesihatannya yang kurang baik ketika itu: “Owing to his continued ill-health Raja Allang bin Raja Brayuon does not seek re-election as a director. It is proposed to ask Mr. M. C. English to accept a seat on the board. … The report and accounts were adopted and Mr. M. C. English was elected a director in place of Rajah Allang bin Raja Brayuon.” (The Straits Times, 27 March 1924, Page 10: |"SUNGEI RAMAL SYNDICATE").
Country Heights (1987)
Keadaan sekitar Sungai Ramal ketika Country Heights baru dibuka: “gambar diatas adalah jalan lama sebelum ada SILK menghala ke Sg.Chua.Lokasi sekarang adalah U-turn ke Shell untuk ke Sg.Ramal Dalam tu,terus tu ada masjid sebelah kiri sebelum simpang ke Taman Kenari.” (Mohd Zafedz Mohd Nor @ FB Bandar Baru Bangi Community (BBBC), 29 Jun 2023 (Ruangan komen): "Rumah asap getah lama (1970/80-an?)").
(Gambar: Facebook Bandar Kajang, 28 Oktober 2019: |"KAJANG". Gambar warna (colorized) oleh Mohamad Fareez).
Country Heights Holdings Berhad ditubuhkan pada 10 Mei 1984. Sekitar tahun itu, syarikat ini telah membangunkan perumahan elit Country Heights di ladang Sungei Ramal Estate. Ketika itu ia dikatakan terbengkalai. Ianya dilancarkan sebagai “Country Heights”, sekitar tahun 1987.
Masjid Jamek Haji Mat Saman (1929)
Gambar Masjid Jamek Haji Mat Saman (bangunan asal), diambil beberapa hari sebelum perasmiannya oleh DYMM Sultan Selangor (Julai 2012): “Masjid lama ini berusia 83 tahun seperti tertera pada tiang masuk pintu masjid yang ianya telah dibina pada 1929. Ianya masih kukuh dan mengekalkan seni bina tempatan dan tidak berubah hanya di cat semula bagi menyerlahkan keasliannya.” (FAIZMIN, July 17, 2012: |"MASJID KG SG RAMAL LUAR KAJANG").
Sumber 1
“Pandangan Mesjid Sg. Ramal Luar yang dibina pada tahun 1929. Pada ketika itu mesjid ini berada di zaman dan sebelum peperangan dunia kedua, di mana binaannya masih kukuh dan masih lagi digunakan.”
“Mesjid Sg. Ramal Luar, Kajang, Selangor, telah dibina pada tahun 1929 dengan harga sebanyak $40,000/-, wang ini datangnya dari seorang bijakpandai iaitu Pegawai Daerah yang bernama Datuk Abu Samah. Beliau telah beriktiar supaya penduduk-penduduk kampung yang kebanyakannya penoreh getah mengenepikan sejumlah wang, dari kupon getah mereka dikumpul dan dari sedekah jahriah orang ramai. ….. Mesjid ini telah dibina oleh seorang kontraktor Cina dari Kuala Lumpur namanya ialah Bong Siew. Kontraktor ini telahpun meninggal dunia dan tidak dapat maklumat dari beliau. Pelan asal juga tidak dapat dikesan begitu juga dengan akitek yang mereka mesjid itu. Pada tahun enam puluhan meningkatnya jumlah penduduk-penduduk yang tidak dapat menampung jemaah, jadi satu tambahan telah dibuat dengan harga sebanyak $10,000/-. Pembinaan mesjid ini adalah mengikut peringkat-peringkat. Peringkat I ianya empat persegi tepat, Peringkat II ialah empat persegi bujur tambahan dan Peringkat III mesjid itu dijadikan empat persegi tepat tambahan 150'-0” x 150'-0“. Pagar dan tandas kepada mesjid itu adalah sumbangan dari Lembaga Loteri dan Kebajikan Mesyarakat kerana penduduk-penduduk di situ enggan mencemar mesjid mereka dengan wang dari sumbangan Lembaga Loteri. Bahan binaan mesjid seperti kayu cengal untuk kerangka bumbong dipercayai dibawa dari hutan Ulu Langat.”
(Sumber: Abdul Aziz Ramli, Shahrom Sapari, Hj. Ahmad Mohd. Ibrahim, Noridah Mohd. Saad, 1984: |"Kajian Bangunan Lama Mesjid Sg. Ramal Luar, Kajang").
Sumber 2
“Adalah dimaklumkan masjid ini dibina sejak 1929 sesuai dengan lokasinya berada di pinggir Sungai Ramal – pangkalan tempat persinggahan melalui jalan sungai. Sebagai tempat pertemuan perjalanan dan perniagaan, maka inisiatif diambil tokoh pemimpin semasa itu, iaitu Haji Mat Saman mendirikan masjid di tapak yang ada sekarang untuk kegunaan berjamaah dan berjumaat penduduk Sungai Ramal Luar, iaitu sebelum jalan secara sempurna dari Kajang ke Serdang dibina. Dikatakan juga masjid ini dibina di tepi sungai Ramal bagi memudahkan ahli jamaah mengambil wuduk dari Sungai Ramal tersebut.” (Dr Shafie Abu Bakar, August 16, 2010: |"Masjid Jamek Berkembar - Haji Mat Saman Sungai Ramal Luar Bersejarah - Unik").
“Beliau (S.S.Haji Marzuki bin Hussin, Pengarah JAIS, 2012) menggalurkan sejarah Sungai Ramal Luar yang dikatakan dibuka oleh Tuan Haji Mat Saman yang berasal dari Kampar, Sumatera begitu juga pembinaan masjid- asalnya kayu adalah dari hasil usaha Tuan Haji Mat Saman yang mewaqafkan tanahnya untuk masjid. Haji Mat Saman meninggal pada tahun 1935. Atas jasanya mewaqaf dan mendirikan masjid ini, maka nama masjid ini dikenali dengan namanya `Masjid Haji Mat Saman`.
…..
Kaitan nama masjid dengan Haji Mat Saman, ialah kerana keistimewaan tokoh Haji Mat Saman yang mengasas Masjid yang pada asal dari bangunan kayu. Beliau juga orang yang mewaqafkan tanah yang pada tapak ini didirikan masjid pada tahun 1929. Sebagai pengasas beliau terlibat di dalam mentadbir dan memakmurkan masjid berkenaan. Pembinaan masjid ini selari dengan pembinaan masjid-masjid yang sezaman dengannya seperti Masjid Raja Alang Beranang (Sebelum 1900) dan Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih (1920an). Masjid Haji Mat Saman turut mengalami pembaikan dan perubahan sebagaimana masjid-masjid semasa dengannya.
Dengan wujudnya nama Jamek, iaitu Masjid Jamek Sungai Ramal Luar, bererti masjid ini adalah Masjid Besar, sekurang-kurangnya semasa pembinaannya dan Masjid Kajang Asal yang masih ada berhampiran Masjid Kajang kini yang diperbuat dari kayu (di tepi Sekolah agama di situ) adalah lebih kecil berbanding dengan Masjid Haji Mat Saman Sungai Ramal sekarang. Sebab itu Masjid Sungai Ramal ini menggunakan nama Masjid Jamek Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar, walaupun sekarang tidak lagi releven sebagai masjid Jamek dengan kedudukannya di Kajang.”
(Dr Shafie Abu Bakar, July 27, 2012: |"Perasmian Masjid Unik (Haji Mat Saman) Sungai Ramal Luar Oleh DYMM Sultan Selangor: Satu Daya Tarikan").
LATAR PERISTIWA: Raja Alang bin Raja Berayun.
Perkampungan Orang Asli (1974-1990an)
“In 1993, the Selangor state government sold a piece of land at Bukit Tunggul for the development of a golf resort. Thirty-four families of the Temuan Orang Asli group were told to vacate their land. This was the second time they were asked to move. Originally, the Temuan were from Bangi and in 1974, the Government told them to move as the land was marked for the construction of Universiti Kebangsaan Malaysia. They resettled at Kampung Sungai Buah and Bukit Tunggul. The golf resort developer agreed to offer cash and build houses for them at Kampung Kechau Orang Asli Settlement, Semenyih. Many do not want to move there as that belongs to another group of Orang Asli. According to a press report in 2016, these families are still staying put on the land that now belongs to Bukit Unggul Golf and Country Resort Sdn Bhd without electricity and water supply. … The Orang Asli are now staying at Kampung Orang Asli Bukit Tunggul, which is next to the entry road to Bukit Unggul Golf & Country Resort. They have access to water by sharing a water supply pipe but there is still no electricity supply.” (Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, May 22, 2021: |"A Very Rough Guide to Dengkil").
Sumber lain: Zawawi Ibrahim, 2016: |"Anthropologizing Human Insecurities: Narrating the Subjugated Discourse of Indigenes on the Deterritorialized Landscapes of the Malaysian Nation-State", m.s.38).
Ketika pembinaan pesat UKM sepanjang tahun 1974 ini, masyarakat Temuan di sini telah dipindahkan oleh pihak kerajaan ke kawasan hutan di Sungai Buah dan Hutan Simpan Bukit Tunggul, berhampiran pekan Bangi (Lama). Namun pada tahun 1993, sebahagian kawasan tersebut telah diambilalih pula oleh sebuah syarikat swasta untuk pembinaan padang golf. Nama kawasan tersebut juga telah diubah kepada Bukit Unggul Golf Country Resort (BUGCR). Menurut catatan-catatan sarjana, NGO dan kalangan pentadbir:-
- “Pada akhir tahun 1950-an empat keluarga orang Temuan dari kampung orang Asli Bukit Dugang, Sepang telah membuka sebahagian kecil daripada kawasan hutan simpan Bangi yang sekarang menjadi tapak Universiti Kebangsaan Malaysia. Turut sama dalam pembukaan itu ialah Batin Yut anak Jenang Pilis yang sebelumnya menjadi ketua orang Asli di Bukit Dugang- Dialah yang mengetuai pembukaan kawasan hutan itu. …pada awal tahun 1970-an perkampungan Orang Temuan di Bangi yang bermula dengan empat keluarga itu telah berkembang menjadi 22 keluarga dan penduduknya kecil besar ada kira-kira 100 orang. Orang Asli yang berkenaan ada rumah, ada kerja, ada kebun getah dan pokok buah-buahan dan hidup pun agak senang. Mereka ingin terus menetap di tempat itu. Akan tetapi, nasib nampaknya tidak terus menyebelahi mereka. … Pada 1974 tanah yang mereka duduki di kawasan Bangi diambil oleh kerajaan untuk pembinaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas itu, mereka berpindah ke kawasan hutan Sungai Buah dan Bukit Tunggul, kira-kira 10 km dari situ. Bagaimanapun, pada awal 1993 kawasan Bukit Tunggul diambil alih pula oleh sebuah syarikat swasta untuk pembinaan padang golf. Walaupun pihak syarikat ada menyediakan rumah, tetapi pihak kerajaan tidak memberi tanah gantian. Rumah yang disediakan itu juga tidak sempurna. Akibatnya sebahagian orang Temuan di Bukit Tunggul telah berpindah ke tempat lain, dan sebahagian lagi bertahan di kawasan belukar di lereng bukit tersebut. Sementara itu, orang-orang yang masih tinggal di Sungai Buah sentiasa merasa tidak selamat, kerana tanah yang mereka duduki masih belum diberi hak milik.” (Dr Mohamed Salleh Lamry (2005)).
- “Menurut Juli pengerusi MPKK Kampung Sungai Buah, kampung asal mereka terletak di tapak pembinaan UKM yang ketika itu dikenali sebagai kampung Batu 20. Ketika itu kampung tersebut dihuni lebih kurang 200 orang penduduk kampung lebih ramai dari sekarang. … Dari sini kita dapat melihat bagaimana peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dalam memujuk Orang Asli yang ketika itu mendiami hutan simpan kerajaan negeri Selangor untuk berpindah ke kawasan baru yang itu di Sungai Buah. Menurut encik Juli, pada ketika kejadian tersebut beliau masih lagi kecil namun masih ingat dalam ingatan apa yang terjadi. Megikut cerita Tok Batin pada ketika itu, mereka telah diberi imbuhan atas sebab kehilangan kampung dan tanah. Namun jumlah imbuhan tersebut tidak setimpal apa yang diperolehi berdasarkan cerita Tok Batin. Malah perpindahan ini juga dikatakan agak tergesa-gesa tanpa diberi apa-apa kemudahan seperti rumah. Orang Asli ketika itu terpaksa berpindah segera pada waktu malam dengan mengakut segala keperluan dan barangan mereka seperti pinggan mangkuk, haiwan ternakan dan lain-lain. Perpindahan mereka turut dibantu oleh JHEOA yang menyediakan lori untuk berpindah namun tempat yang dipindahkan itu tiada kemudahan yang sewajarnya seperti rumah dan kemudahan asas seperti elektrik dan air. Mereka dipindahkan dikawasan hutan simpan yang diberi nama Bukit Tunggul dan setelah selesai permindahan mereka terus membina penempatan sementara kerana untuk berteduh setalah malam hari ketika perpindahan berlaku. Namun ada sebahagian Orang Asli telah tinggal ke tempat asal mereka seperti di Hulu Langat dan daerah-daerah lain membawa haluan masing-masing bagi sesiapa yang tidak mahu mengikut berpindah ke Bukit Tunggul. Masyarakat Orang Asli Sungai Buah telah menerima pelbagai dugaan sepanjang mereka berpindah keluar dari tanah asal mereka di Kampung Batu 20 (sekarang UKM). Perpindahan mereka seolah-olah pelarian di mana hak dan tempat tinggal tidak disediakan sebelum perpindahan malah pampasan atau sagu hati yang diberikan tidak mengikut nilai tanah atau undang-undang yang betul pada ketika itu kerana Tok Batin ketika itu tidak tahu hak-hak mereka. dengan baik. Walaupun kerajaan memberi mereka tempat tinggal di Bukit Tunggul, namun perlu diketahui mereka perlu berteduh ketika waktu malam pada malam perpindahan dengan apa yang ada dan membuat rumah asal siap sekurang-kurangnya untuk berteduh satu malam sebelum menjelang hari siang(Temu Bual, 2019). Malah kejadian yang sama berulang pada tahun 1990-an di mana pembinaan Kelab Golf Bukit Unggul telah menjejaskan bekalan air dan elektrik pada mereka.” (Nor Adli Firdaus, Al-Amril Othman @ Jurnal Wacana Sarjana, 4 (5) (2020)).
- “8.120 There was also apparent injustice towards the Orang Asli who used to live and forage in a large area but were moved out – some without any regard for their conditions – to make way for the rapid commercial development. The case of the Temuan from Bukit Tunggul, Dengkil (A270) who were asked to moved twice – first when the area was given to the Universiti Kebangsaan Malaysia (500 acres) and then to Bukit Unggul Resort (1378 acres). With only 20 acres of un-gazetted area for their settlement remaining, the community fear that their traditional community may soon disappear. …. 8.128 In case A270 (Bukit Tunggul, Selangor), while compensation was paid, this was inadequate to ensure that the Temuans concerned could build a new life or maintain their traditional ways of life. The witness from Universiti Kebangsaan Malaysia (W14) said of the miserable relocation exercise in the 1970s: “UKM paid the compensation amounting RM810,985.25 to those who lived on the land and requested them to move.” W13, a representative of Bukit Unggul Resort, said that RM2 million was set aside to mainly build houses (within the 20-acre plot) but complained that Orang Asli are still entering the forest areas now belonging to the Resort.” (SUHAKAM, April 2013: "Malaysia: Report of the National Inquiry into the Land Rights of Indigenous Peoples").
- Menurut Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Emeritus Dato’ Dr Hood Salleh: “… pembangunan dan perkembangan infrastruktur UKM pada tahun-tahun 1970an yang membawa perubahan kepada kaum Asal di sekitar Bangi pada tahun 1974 apabila kawasan kediaman mereka diambil alih untuk bangunan-bangunan baru UKM. Kerajaan juga telah menggubal satu Akta pada tahun 1974 yang mensyaratkan pemindahan mandatori orang asal di kawasan Hulu Langat untuk membangunkan UKM. Orang Asli di situ mendakwa mereka tidak diberi pertimbangan ketika diarah berpindah ke tempat lain. Walaupun diberi pampasan dan perumahan baru, mereka berasa kecil hati kerana kawasan hutan rimba kediaman asal mereka mempunyai hubungan rapat dengan kehidupan harian mereka.” (Saiful Bahri Kamaruddin @ Universiti Kebangsaan Malaysia, 18 OKTOBER 2012).
Pusingan 3: Kenangan
01. Surau Al-Umm
Bandar Baru Bangi mula diduduki sekitar Disember 1977, di Seksyen 1 kini. Ketika itu belum ada masjid atau surau, dan solat jemaah diadakan dari rumah ke rumah. Pada 4 Februari 1978, persatuan penduduk telah ditubuhkan, diketuai oleh Encik Omar Jaafar. Melaluinya penduduk telah berusaha mendapatkan bangunan surau dari pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pada 5 Ogos 1978, PKNS telah memperuntukkan sebuah rumah semi D beralamat No. 6, Jalan 1/3G sebagai surau tersebut. Gotong-royong diadakan bagi membersihkan rumah ini, dan keesokannya (6 Ogos / 1 Ramadhan) ianya mula diimarahkan. Sebagai surau pertama, ia diberi nama 'Al-Umm' (Ibu): “Untuk memenuhi keperluan penduduk pihak PKNS membenarkan sebuah rumah semi D di No. 6 Jalan 1/3G dijadikan surau. Ini merupakan pertama kali surau di BBB dan mula digunakan pada 6 Ogos 1978 bersamaan 1 Ramadhan 1398H. Pertambahan surau berlaku dengan bertambahnya seksyen-seksyen sehingga ada yang melebihi dua surau bagi satu seksyen.”
Semenjak itu, beberapa surau telah didirikan di sekitar Bandar Baru Bangi, seiring dengan pertambahan kawasan-kawasan perumahannya. Oleh kerana itu, tiada keperluan mendesak untuk menggantikan surau ini dengan bangunan yang baru. Ia terus beroperasi selama hampir 40 tahun, sehinggalah bangunan masjid yang baru siap dibina bersebelahan padang awam Seksyen 2. Ianya dirasmikan sebagai Masjid Al-Umm, pada 16 Disember 2017.
01. Jalan 3/3 (1985)
02. Kejiranan Seksyen 3 (1985)
03. Rumah Jalan 3/4. Menghadap Seksyen 2 (1985)
Rumah saya di Jalan 3/4, menghadap Bukit Bangi @ Seksyen 2, BBB, 1985 (Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
04. Rumah Jalan 3/4, Menghadap Perumahan Tabung Haji (1985)
Rumah saya di Jalan 3/4, menghadap Perumahan Tabung Haji, 1985 (Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
05. Kawasan Bekas Lombong (Seksyen 3 Tambahan) (1985)
Kawasan Bekas Lombong (Seksyen 3 Tambahan), 1985 (Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
Kawasan Bekas Lombong (Seksyen 3 Tambahan), 1985 (Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
05a. Sungai Andangan
Gambar: Tindanan peta 1904 dengan peta Google Maps kini. Sungai Andangan ditandakan biru (juga Sungai Rekoh sebagai mercu tanda, kerana ia masih wujud sekarang). Secara kasarnya, hulu Sungai Andangan (serta anak-anak sungainya) mungkin berpunca di Bangi Golf Resort skrg, mengalir ke arah tenggara melalui lembah di antara Seksyen 3 dan 4 (sekitar bekas tapak kuil lama di persimpangan Persiaran Pekeliling - Jalan 4/1), kemudian merentas Seksyen 3, dan bermuara di Sungai Langat sekitar Bangi Perdana, berseberangan dengan kondo Vista Bangi Kampung Sungai Tangkas sekarang.
Turut ditandakan: lorong pejalan kaki dan basikal yang menghubungkan SK Jalan 3 dan SK Jalan 2 (garisan hijau). Tampaknya, lokasi asalnya ialah bukit di sebelah selatan lembah Sg Andangan. Menurut Dr Shafie Abu Bakar, mantan ADUN Bangi (juga penghuni awal Bandar Baru Bangi), bukit ini dibelah untuk dibina SK Jalan 2: “Tapak adalah berada betul-betul pada pertengahan Bandar Baru Bangi. Lot ini berada di antara dua bukit , iaitu – Antara Bukit Bangi yang tertinggi bersempadan dengan di kanan (mengadap Kiblat) kawasan Golf, manakala sebelah kiri bukit yang kita namakan Bukit Mutiara, sebenarnya sambungan dari Bukit Bangi yang diratakan bahagian tengah menjadikan kawasan Seksyen Dua, BBB bersempadan dengan Seksyen Satu BBB, ditepi bukit sebelah kanan adalah kawasan persekolahan – Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.” (Dr Shafie Abu Bakar, 26 Jun 2018).
07. SRK BBB (Jalan 2) (1985)
Darjah 5 Putih, SRK BBB (SK Jalan 2 kini), 1985 (Koleksi Peribadi)
Nota Kaki Penuh: Sila rujuk laman utama: Cebisan Sejarah Bangi.