User Tools

Site Tools


southville_city

Southville City (2013)

Dirujuk oleh

2013-01-17: Kelulusan Laporan EIA

“1. Kelulusan EIA (Mukim Kajang); (B) B50/011/100/360 Jld.1(14); 17/1/2013; JAS Selangor; Lampiran 1”

“Kajian EIA ini dijalankan untuk Cadangan Pembangunan Komersial dan Perumahan di atas Lot 1780, Lot 2009, Lot 2010, Lot 1541, Lot 1125, Lot 1511, Lot 1108, Lot 1109, Lot 1107, Lot 4438 dan Lot 2017, Kampung Sungai Buah, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan. Projek ini akan dijalankan di kawasan dengan keluasan 410.53 ekar (166.14 hektar) dan akan dibangunkan oleh Tristar Acres Sdn. Bhd. Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPSp).”

Utara Ladang Broome, 2013
Keadaan tapak projek Southville City di utara Ladang Broome, 2013: “Pada masa ini, tapak projek ini dilitupi dengan pokok kelapa sawit. Di dapati pokok-pokok kelapa sawit di tapak Projek adalah terdiri dari pokok-pokok matang dan masih lagi dipungut hasilnya. Bangunan sedia ada yang terdapat di tapak (iaitu kuarters pekerja dan stor) terletak di bahagian Tenggara Tapak Projek yang mana telah dirobohkan oleh pemilik ladang (Ladang Boon Siew) sebelum Tapak Projek diserahkan kepada pemaju iaitu Tristar Acres Sdn. Bhd. Bahagian selatan tapak projek yang mana merupakan ”borrow pit” untuk pembangunan di Mukim Kajang sedang dipotong. Keadaan sediada di Tapak adalah seperti yang ditunjukkan di Gambarajah B.”

“Kerja-kerja tanah untuk pembangunan ini akan dibahagikan kepada tujuh (7) fasa pembangunan iaitu Zon A, Zon B, Zon C, Zon D, Zon E, Zon F dan Zon G. Berdasarkan pada jadual perlaksanaan, dianggarkan kerja-kerja tanah akan dilaksanakan dalam jangkamasa kira-kira 3 tahun yang mana akan dijangka selesai pada February 2015. Kerja pelapangan tapak untuk Zon A telah bermula pada Mac 2013 memandangkan kelulusan EIA bagi Mukim Kajang telah diperolehi pada 7hb Januari 2013. Kawasan di Zon B dan sebahagian Zon C digunakan untuk pembangunan di Zon A. manakala, kerja pelapangan tapak dan kerja tanah di Zon D and E dijangka bermula pada September 2013. Selain daripada itu, kerja tanah di Zon E dan F akan dijangka bermula pada di awal tahun 2014.”

(Sumber: EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD., 2013: |"EIA for the Proposed Commercial and Residential Development at Kampung Sungai Buah, Mukim Dengkil, District of Sepang, Selangor Darul Ehsan for Tristar Acres Sdn. Bhd.": RINGKASAN EKSEKUTIF).

Jaringan jalan raya di sekitar Southville City, 2013Topografi sekitar Southville City, 2013
Kiri: Jaringan jalan raya di sekitar Southville City, 2013 (EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD., 2013: |"EIA for the Proposed Commercial and Residential Development at Kampung Sungai Buah, Mukim Dengkil, District of Sepang, Selangor Darul Ehsan for Tristar Acres Sdn. Bhd.": CHAPTER 1: PROJECT DESCRIPTION AND INITIATION).
Kanan: Peta topografi sekitar Southville City, 2013 (EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD., 2013: |"EIA for the Proposed Commercial and Residential Development at Kampung Sungai Buah, Mukim Dengkil, District of Sepang, Selangor Darul Ehsan for Tristar Acres Sdn. Bhd.": CHAPTER 3: ESTABLISHMENT OF THE EXISTING ENVIRONMENT).

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

southville_city.txt · Last modified: 2023/04/28 17:17 by sazli