Bicara Ilmu Sejarah BBB - Bahagian III (Kenangan).pdf
Perkongsian membesar di Bandar Baru Bangi
Soalan:
“Reflection (Taman Tasik Cempaka): Watercolor on Khadi paper, 30cm x 42cm” (Azmannor, 2020: "Reflection (Taman Tasik Cempaka)").
Bandar Baru Bangi mula diduduki sekitar Disember 1977, di Seksyen 1 kini. Ketika itu belum ada masjid atau surau, dan solat jemaah diadakan dari rumah ke rumah. Pada 4 Februari 1978, persatuan penduduk telah ditubuhkan, diketuai oleh Encik Omar Jaafar. Melaluinya penduduk telah berusaha mendapatkan bangunan surau dari pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pada 5 Ogos 1978, PKNS telah memperuntukkan sebuah rumah semi D beralamat No. 6, Jalan 1/3G sebagai surau tersebut. Gotong-royong diadakan bagi membersihkan rumah ini, dan keesokannya (6 Ogos / 1 Ramadhan) ianya mula diimarahkan. Sebagai surau pertama, ia diberi nama 'Al-Umm' (Ibu): “Untuk memenuhi keperluan penduduk pihak PKNS membenarkan sebuah rumah semi D di No. 6 Jalan 1/3G dijadikan surau. Ini merupakan pertama kali surau di BBB dan mula digunakan pada 6 Ogos 1978 bersamaan 1 Ramadhan 1398H. Pertambahan surau berlaku dengan bertambahnya seksyen-seksyen sehingga ada yang melebihi dua surau bagi satu seksyen.”
Semenjak itu, beberapa surau telah didirikan di sekitar Bandar Baru Bangi, seiring dengan pertambahan kawasan-kawasan perumahannya. Oleh kerana itu, tiada keperluan mendesak untuk menggantikan surau ini dengan bangunan yang baru. Ia terus beroperasi selama hampir 40 tahun, sehinggalah bangunan masjid yang baru siap dibina bersebelahan padang awam Seksyen 2. Ianya dirasmikan sebagai Masjid Al-Umm, pada 16 Disember 2017.
(Sumber: Dr Shafie Abu Bakar, 7 November 2017: "40 TAHUN BANDAR BARU BANGI : PENCAPAIAN DAN KEMAJUAN - RUMUSAN").
Taman permainan Jalan 1/3C (kemudian?) (Gambar: Sazli Shaharir, 2025).
“Kedai runcit ini sebenarnya diberi nama Kedai Runcit Devi (isteri kepada Uncle Maniam) tetapi lebih dikenali dengan panggilan 'Kedai Maniam'. Mereka memulakan perniagaan runcit ini seawal 1979 dan lokasi pertama kedai runcit mereka adalah di Jalan 1/2 seksyen 1 BBB (berdekatan Sekolah Memandu Mazris). Pada tahun 1988 mereka berpindah ke seksyen 16 (atau dikenali dengan Jalan 6) dan kekal sehingga kini. Selepas itu mereka mengembangkan perniagaan mereka dengan membuka Kedai Gunting Rambut Devi bersebelahan kedai runcit mereka di Jalan 6. … Kini mereka telah mempunyai 3 cawangan kedai gunting rambut di sekitar BBB iaitu di seksyen 16, seksyen 15 dan seksyen 3. … Perniagaan kedai runcit dan gunting rambut ini diasaskan oleh Puan Devi dan Encik Maniam. Apa yang menarik tentang kedai ini dan mampu bertahan lama adalah kerana kedai runcit mereka beroperasi setiap hari seawal jam 6 pagi dan ditutup pada 10 malam.” (Fairuz Mustafa @ Gedung Minda Botak, SEPTEMBER 19, 2021: |"Kedai Maniam : Kedai Runcit Terawal di Bandar Baru Bangi").
KOMEN: “Sekitar tahun 1988-1991 lokasi 'Devi Kedai Runcit' & Kedai gunting rambut uncle maniam ni di No.6 Jalan 1/7E (jalan masuk lama ke SMKBBB).” (Firdaus Abas @ Facebook, 19 September 2021).
“Klinik Ng Sdn Bhd adalah klinik yg paling awal berkhidmat di BBBangi, sejak 80an lagi.. dan ianya masih beroperasi sehingga ke hari ni!” (ibangi.my : Bandar Baru Bangi Online Community, 13 Mac 2013: "Lejen / Legend BBBangi").
Sekitar tahun 1990-an, kedai jahit Tum Tailor telah berpindah dari premis asalnya di Bangunan UDA, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur, ke premis 2 tingkat beralamat di No. 4, Jalan 1/4, Bandar Baru Bangi. Pada Ogos 2003, ia berpindah ke Alamanda Putrajaya. Pada Ogos 2007, Tum Tailor berpindah pula dari Alamanda ke bangunan 3 tingkat yang dibeli di Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, dan kekal beroperasi sehingga kini. (Sumber: Noraini Razak @ MalaysiaGazette, 1 July 2017: |"40 tahun menjahit, Tum Tailors tidak menghampakan pelanggan").
“BALAI POLIS BANDAR BARU BANGI. TARIKH BALAI - IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG, NEGERI SELANGOR” (Arkib Negara, 1998: |1998/0010807W).
Pejabat Sementara PUSPATI di No. 4, Jalan 1/4, Bandar Baru Bangi, sekitar 1981-1982. Sumber-sumber alamat:-
(Sumber dan gambar: Agensi Nuklear Malaysia: |"SEJARAH NUKLEAR MALAYSIA").
“Agensi kerajaan yang awal diadakan di BBB, ialah Pejabat Polis bagi menjaga keselamatan penduduk setempat. Pejabat Polis terawal ialah apabila perumahan di Jalan 1/7 dan sekitarnya siap pada akhir 1980an. Di situ terdapat 4 pintu kedai teres setingkat. Pihak Polis menyewa satu unit (kanan bersebelahan Bengkel Along sekarang) sebagai Balai Polis terawal di BBB yang tidak jauh dari Surau An-Nur sekarang. Pihak Polis beroperasi di sini hanya beberapa tahun sahaja. Pada awal 1990an, pihak PKNS membina dua baris kedai dua tingkat di Jalan 1/4. Baris hadapan adalah 11 unit dan belakang 4 unit bersebelahan Pasar Basah Bandar Baru Bangi. Bangunan kedai ini lebih selesa, tetapi tidak menjadi rebutan oleh pembeli, walaupun harga satu unit pada masa itu ialah RM90,000 sahaja, tapi sudah dianggap mahal. Dengan adanya unit-unit kosong, maka beberapa agensi terawal pindah dan mulai bangunan kedai di sini sebagai pejabat. Pertama pihak PKNS yang terawal memindahkan pejabatnya dari kedai teres setingkat di Taman Mesra, Kajang ke 3 unit daripada 7 buah rumah kedai dua tingkat sederet di sini. Peranan PKNS pada masa itu semakin penting dalam membangunkan Bandar Baru Bangi. Turut membuka pejabat di sini ialah Pejabat Unit Penyelidikan Atom yang menyewa dua unit daripada 7 buah kedai dua tingkat sederet di sini. Ini diikuti dengan perpindahan Balai Polis dari Jalan 1/7 BBB yang dianggap tidak begitu strategic ke bangunan kedai dua tingkat tepi tengah (No. 8, Jalan 1/4) mulai 1997. Bekas Balai Polis di Jalan 1/7 dijadikan surau sementara bagi Surau An-Nur di sini. Apabila Surau An-Nur siap di tapak sekarang, maka Surau An-Nur menurut Tuan Haji Ghazali Abbas berpindah ke Surau An-Nur yang rasmi pada 1998. Adapun bangunan Surau lama yang juga menjadi Balai Polis Lama menjadi Sekolah Agama di bawah kelolaan ABIM hingga sekarang.” (Dr Shafie Abu Bakar, 14 Julai 2013: |"Agens-Agensi Terawal Di Bandar Baru Bangi Menempatkan Pejabat Sementaranya Di Bangunan Kedai-Kedai Di Jalan 1/4 BBB").
(Sumber gambar: Agensi Nuklear Malaysia: |"SEJARAH NUKLEAR MALAYSIA").
Permulaan Pembangunan infrastruktur PUSPATI di tanah seluas 27 hektar, yang terletak di antara UKM dengan perkampungan sekitar Bangi: “Infrastructural development on the 27-hectare at Bangi commenced in January 1979, culminating in its coming into full operation in June 1982 with the commissioning of its nuclear research reactor. PUSPATI was later renamed the Nuclear Energy Unit (UTN) in June 1983 on being placed under the auspices of the Prime Minister's Department.” (Asia Research News: |"Malaysian Institute for Nuclear Technology Research (MINT)"). Tapak perancangan asalnya ialah di Sungai Buloh, sebelum ditukar ke Bangi atas “sebab-sebab teknikal dan keselamatan serta kesesuaian kawasan”. Sementara itu pejabat sementara PUSPATI beroperasi di Bandar Baru Bangi.
Agensi Nuklear Malaysia kini (Gambar: Sazli Shaharir, 2025).
(Gambar: Sazli Shaharir, 2025).
Pasar basah. Dibina selepas deretan kedai siap dibina, sekitar 1980-an.
(Sumber: Yusoff Osman, penduduk BBB sejak 1978).
Uncle Siong berasal dari Dengkil dan amat selesa dengan komuniti BBB yang majoritinya adalah masyarakat Melayu.
“Uncle Siong memulakan perniagaan ini pada tahun 1988 setelah beliau berhenti kerja. … Uncle Siong mempunyai 4 orang anak dan 3 orang daripadanya lahir semasa beliau telah memulakan Pasar Mini Kiat Siong di BBB.”
“Bermula dari menyewa lot kedai tengah (intermediate) dan setelah perniagaan percetakan di sebelah lot kedai beliau tutup, beliau berpindah ke lot tepi (lokasi kedai sekarang) di Jalan 1/4A, Seksyen 1 BBB.”
“Kini lot kedai lama beliau diambil alih oleh adiknya yang menjalankan perniagaan jahitan dan runcit.”
“Berkongsi kenangan manis beliau ketika perniagaannya memuncak adalah pada sekitar tahun 1993 – 1996 kerana pada waktu itu komuniti BBB dipenuhi oleh kalangan kanak-kanak dan remaja serta kerancakan pembangunan di BBB pada ketika itu.”
(Sumber: Fairuz Mustafa @ Gedung Minda Botak, 4 Ogos, 2021: |"Kedai Runcit Lagenda Bangi – Pasar Mini Kiat Siong").
(Gambar: Sazli Shaharir, sekitar 1983-1985)
(Gambar: Sazli Shaharir, sekitar 1983-1985)
(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
(Gambar: Sazli Shaharir, 2023).
(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
(Gambar: Sazli Shaharir, 2025)
“SK BBB telah ditubuhkan pada 11 April 1981 dan beroperasi secara rasmi pada 2 Mei 1981 dengan satu blok, 8 bilik darjah dan sebuah kantin. Pada masa itu hanya terdapat 177 orang murid dan 8 orang guru daripada tahun 1 hingga tahun 4 sahaja.” ("sejarah sekolah". R.Barthy, August 5, 2007)
“Perkara yang penting dalam rancangan Bandar Baru ini ialah konsep mengutamakan kegunaan lorong-lorong berjalan kaki dan lorong berbasikal, yang akan menyambungkan segala aktiviti-aktiviti satu-satu kawasan kediaman dengan yang lain dibandar tersebut. Lorong-lorong ini akan dapat dilihat sebagai satu tempat perkembangan bagi kawasan sekelilingnya dengan adanya kemudahan-kemudahan sosial, pelajaran dan lain-lain lagi disepanjang jaraknya. … Lorong-lorong ini menyediakan rangka asas bagi menghubungkan kawasan-kawasan dan penduduk-penduduk sekitar.”
“Tempat-tempat perhentian bas akan diadakan ditakat mana lorong-lorong tersebut bertemu dengan jalan besar.”
(Sumber: PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS) @ Arkib Negara 2006/0033913W, 31/12/1974: |"PELAN STRUKTUR BANDAR BARU BANGI - 1974").
(Gambar: Sazli Shaharir, 2024).
“Stesyen bas Sum Kajang ,foto sekitar tahun 1986 .” (Mustafa bin Yahya (Tapa Seni Rimba) @ Facebook Bandar Kajang Group, 19 April 2019: "Stesyen bas Sum Kajang ,foto sekitar tahun 1986").
“Reflection (Taman Tasik Cempaka): Watercolor on Khadi paper, 30cm x 42cm” (Azmannor, 2020: "Reflection (Taman Tasik Cempaka)").
“Reflection (Taman Tasik Cempaka): Watercolor on Khadi paper, 30cm x 42cm” (Azmannor, 2020: "Reflection (Taman Tasik Cempaka)").
Sekian (Bahagian III),terima kasih.
PDF Pembentangan:
Slides pembentangan:-