Jadual Kandungan

Cikgu Noraishah Sujak (1944-2015)

Dirujuk oleh

Perihal

Cikgu Noraishah Sujak ialah seorang guru yang aktif dalam pelbagai aktiviti belia di sekitar daerah Ulu Langat pada tahun 1960-an, terutamanya acara tahunan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1944, dan berasal dari Kg Jawa, Batu 18 Hulu Langat, Selangor.


Kiri: Gambar kawasan kampung beliau (Kg Jawa, Batu 18 Hulu Langat), sekitar hujung 1950-an / awal 1960-an: “Nak share gambar Masjid Kg Jawa Bt 18 Hulu Langat Selangor….sekitar hujung tahun 1950 @ awal 1960 rasanya gambar ni… Gambar ni milik arwah mak saya Hjh Aishah Binti Sujak….saya terpaksa tutup gambar arwah atas isu aurat…arwah mak saya dulu aktif dgn aktiviti belia kampung .. Depan masjid tu sekarang Bahulu Classic….” (Azhanyzam Zakaria, 8 November 2020: |"Nak share gambar Masjid Kg Jawa Bt 18 Hulu Langat Selangor...").
Tengah & Kanan: “Masjid Kg Jawa Bt 18 Hulu Langat Selangor dulu dan sekarang… Koleksi gambar arwah mak saya… Hjh Aishah Sujak…
(Azhanyzam Zakaria @ Malaysiaku Dulu Dulu Official, 4 Disember 2020: |"Masjid Kg Jawa Bt 18 Hulu Langat Selangor dulu dan sekarang...").

Sek Keb Dusun Tua (Lama), Hulu Langat
SK Dusun Tua, Hulu Langat (bangunan asal). Beliau pernah mengajar di sekolah ini, namun tidak pasti sama ada di bangunan ini, atau bangunan yang baru kini: “Koleksi dari album arwah mak saya…Hjh Aishah Sujak.. Ni kalau tak silap saya Sek Keb Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor ketika arwah mengajar kat sana… Betul ke?” (Azhanyzam Zakaria, 30 November 2020: |"Koleksi dari album arwah mak saya...Hjh Aishah Sujak..").

Aktiviti 1960-an

Antara aktiviti beliau sepanjang tahun 1960-an, yang ada dilaporkan di akhbar ketika itu:-

1960

1962

1963

1964

1965

1968

1970-2015

Beliau kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan Hj Zakaria Puteh pada 11/12/1970 (Azhanyzam Zakaria, 11 Disember 2017: |"Selamat Ulangtahun Perkahwinan emakku arwah Hjh Aishah Sujak dan arwah ayahku Hj Zakaria Puteh 11/12/1970.").

“Gambar saya dan arwah ayah saya Hj Zakaria bin Puteh….tahun 1976 rasa gambar ni lokasi kat Kg Jawa Bt 18 Hulu Langat.. Kereta tu jenis Hillman Avenger plate WD 8072…mmg tahan kereta tu…tahun 90an arwah mak saya jual RM5k je…” (Azhanyzam Zakaria, 22 Oktober 2020: |"Gambar saya dan arwah ayah saya Hj Zakaria bin Puteh").

Antara gambar terakhir Cikgu Aishah Sujak, 2014
Antara gambar terakhir beliau: “Emak aku bersama anak2 muridnya…ex Sek Keb Dusun Tua Hulu Langat walau 42 tahun tak berjumpa…emak aku masih ingt anak2 muridnya…” (Azhanyzam Zakaria, 16 Mei 2014: |"Selamat Hari Guru pada emak aku Hjh Aishah Sujak...").

Beliau telah meninggal dunia, sekitar tahun 2015 (Azhanyzam Zakaria, 6 Jun 2016: |"Al Fatihah untuk arwah Hjh Aishah bt Sujak.....").

CATATAN: Kampung asal beliau, Kampung Jawa Batu 18 Hulu Langat, kini menjadi antara destinasi eko/agro-pelancongan di Hulu Langat, antaranya menampilkan gugusan homestay Orchard Santika:-

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.