User Tools

Site Tools


pangsapuri_sriayu

Pangsapuri Sri Ayu (1998)

Pekerja warga asing yang menghuni di Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi, Kajang. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
“Pekerja warga asing yang menghuni di Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi, Kajang. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI” (Norzilawati Sidek @ Selangorkini, 29 Jun 2022: |"PKNS sedia bina lebih banyak asrama warga asing bekerja secara sah").

1998: Mula Beroperasi

  • Beroperasi sejak 1998, menempatkan sekitar 1,000 pekerja kilang elektronik sekitar Bangi: “…Pengurus Besar Kanan Pentadbiran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Saharom Mohni berkata asrama pekerja asing wanita tersebut telah beroperasi sejak 1998 yang menempatkan kira-kira 1,000 pekerja kilang elektronik di sekitar Bangi.”
  • Asrama khas buat pekerja wanita sahaja, ada pengawal keselamatan.

(Sumber: BERNAMA, 30 Jun 2022: |"Media Indonesia dapat gambaran sebenar pengurusan penempatan pekerja asing di Malaysia").

2022: Kunjungan Rasmi Media Indonesia

Sumber: ANTARA

Kondisi fasilitas Pangsapuri Sri Ayu, yang disediakan pemerintah Negara Bagian Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk para pekerja migran dari berbagai negara, di Bandar Baru Bangi, Selangor, Rabu (29/6/2022). ANTARA/Virna P Setyorini
“Kondisi fasilitas Pangsapuri Sri Ayu, yang disediakan pemerintah Negara Bagian Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk para pekerja migran dari berbagai negara, di Bandar Baru Bangi, Selangor, Rabu (29/6/2022). ANTARA/Virna P Setyorini”

  • Kunjungan oleh 20 wartawan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) Malaysia.
  • 1,336 pekerja migran Indonesia di Pangsapuri Sri Ayu (Tempat tinggal khusus dibangunkan oleh PKNS). Yang lain Vietnam, Myanmar, Nepal.
  • 15 perusahaan: Sony, Hitachi, dll.
  • 7 blok, 390 unit berukuran 650 kaki persegi, 3 kamar tidur, 2 kamar mandi.

(Sumber: Agensi Berita ANTARA, 29 Jun 2022: |"1336 PMI mendiami fasilitas tempat tinggal di Pangsapuri Sri Ayu Selangor").

Sumber: TVONews

  • Pekerja kilang-kilang Sony, Modern Icon, Metro Excel, Amazco, Karyatama Mitra, Nidec, Hitachi dan banyak lagi.
  • Sewa RM10 sebulan (RP33700-an).

(Sumber: Chandra Hendrik @ tvonenews.com, 30 Jun 2022: "Delegasi Wartawan Indonesia Kunjungi Asrama Tenaga Kerja Wanita di Selangor Malaysia").

Sumber: RMOL

  • Gaji paling rendah RM1,500 sebulan (RP 5,025,000), agak kecil. Tambahan RM7-10 sejam kerja lebih masa (maksimum 3 jam).
  • Harga sewa sebenar, RM600 sebulan seunit (RM100 seorang), tetapi dibayar oleh majikan, melainkan RM10 sebulan sahaja.

(Sumber: Widian Vebriyanto @ RMOL.ID, 29 Jun 2022: "Menilik Asrama Pekerja Asing di Selangor").

2025-2035: Cadangan Pembangunan

Dalam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang Selangor 2035 (Pengubahan 2), kawasan pangsapuri ini termasuk dalam kawasan yang bakal dipinda status guna tanahnya dari perumahan kepada komersial.

NO NO.LOT LUAS (EKAR) RT MPKj SELANGOR 2035 (PENGUBAHAN 1) RT MPKj SELANGOR 2035 (PENGUBAHAN 2)
1 PT 32604 & PT 32610 10.72 Perumahan Komersial

Dalam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang Selangor 2035 (Pengubahan 2), kawasan pangsapuri ini termasuk dalam kawasan yang bakal dipinda status guna tanahnya dari perumahan kepada komersial.

(Sumber: Majlis Perbandaran Kajang, 2025: |"Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang Selangor 2035 (Pengubahan 2)": 3. Mukim Kajang: BPK 1.22 SEKSYEN 3 BANDAR BARU BANGI, m.s. 10).

Naik Taraf?

Setakat ini, tiada maklumat tentang perancangan di kawasan ini. Hanya tekaan naik taraf kediaman pekerja, berdasarkan lakaran peta di atas, serta maklumat berikut (Sumber: BERNAMA, 30 Jun 2022: "Media Indonesia dapat gambaran sebenar pengurusan penempatan pekerja asing di Malaysia"):-

1. PKNS baru membina asrama sama di Kelana Jaya: Datum Incity Hostel memuatkan 5,000 pekerja asing dengan kos pembinaan RM120 juta

“PERBADANAN KEMAJUAN Negeri Selangor (PKNS), a statutory corporation created andowned by the state of Selangor, is building hostels for Western Digital workers. The hostels are included in Phase 1 of the Datum in City project and comprises three blocks of nine-storey apartments. These apartments can accommodate 10,000 workers and there are 5,000 parking bays. The total land area is 6.08 acres and the 432 apartment units come in three sizes, 475 sq ft, 865 sqft and 971 sq ft. The project is located at Jalan SS8/6, next to Lebuhraya Damansara-Puchong and the Federal Highway, and PKNS will build a pedestrian bridge to give workers easy access to the Western Digital factory” (The Sun (Malaysia), 6 Julai 2018: |"Workers’ accommodation in Malaysia").

MAKLUMAT LANJUT: Hostel Datum In-City (2012)

2. Sebahagian perancangan membina pusat asrama pekerja (Centralised Labour Quarters - CLQ) di kawasan industri besar.

“Centralised Labour Quarters (CLQ) are built for small-to-medium construction companies that are unable to build their own labour quarters and could instead, rent the units for their workers. CLQ, located near the MRT Depot along Jalan Sungai Buloh, will comprise six blocks with 144 rooms each and will be able to support up to 864 workers in total. There will be facilities such as surau, cafeteria, kitchen, sports facilities, assembly area,sundry shop, laundry shop and sick bay. Construction of three of the eight CLQ blocks will start this year while the other five will be completed by the fourth quarter of 2020.” (The Sun (Malaysia), 6 Julai 2018: |"Workers’ accommodation in Malaysia").

MAKLUMAT LANJUT: PLAN Malaysia, 2023: |GARIS PANDUAN PERANCANGAN PENGINAPAN PEKERJA BERPUSAT (CENTRALISED LABOUR QUARTERS - CLQ) DAN PROSEDUR PERMOHONAN BAGI PENYEDIAAN PENGINAPAN PEKERJA SECARA JANGKA PENDEK (TEMPORARY LABOUR QUARTERS - TLQ) / Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2023: |"Pekeliling KSU KPKT Bil. 3 Tahun 2023: Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat (Centralised Labour Quarters – CLQ) Dan Prosedur Permohonan Bagi Penyediaan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek (Temporary Labour Quarters – TLQ)").

Bantahan

1. Tiada Keperluan Guna Tanah Komersial

  • Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, hampir keseluruhan lot PT 32604 & PT 32610 telah pun dipenuhi dengan blok-blok asrama pekerja asing wanita Sri Ayu.
  • Status guna tanahnya adalah “Perumahan”, iaitu termasuk penginapan pekerja asing. Jika blok-blok asrama ini dinaik taraf atau dibina semula sekalipun, tiada keperluan pindaan guna tanah sebagaimana yang dicadangkan.
  • Pindaan status ini menimbulkan kekhuatiran di masa akan datang: ia bakal membuka peluang projek-projek premis perniagaan atau pembangunan campuran yang lebih besar di kawasan tersebut.

2. Kesan Aliran Trafik

  • Pembangunan berbentuk naik taraf atau bina semula bagi meningkatkan kapasiti penghuni, atau menambah premis-premis perniagaan, akan meningkatkan lagi aliran trafik di sekitarnya.
  • Trafik keluar-masuk sedia ada (garisan hijau) sudah agak sesak dan berbahaya di waktu puncak, terutamanya di simpang-simpang tanpa lampu isyarat di sepanjang Persiaran Pekeliling yang umpama sebuah lebuh raya di kawasan perumahan.
  • Traffic Impact Assessment (TIA) yang bebas dan menyeluruh perlu dibuat. Contohnya, lampu isyarat tambahan perlu disediakan, dan laluan khas bagi pengangkutan pekerja (contohnya“ garisan ungu) mungkin dapat membantu melegakan trafik.

3. Kesan Sosial

  • Pindaan status guna tanah kepada komersial mungkin akan menyebabkan kenaikan nilai hartanah kawasan tersebut, lebih-lebih lagi setelah projek naik taraf atau pembangunan semula siap kelak. Maka kadar sewaan petempatan pekerja mungkin turut meningkat, lalu menjejaskan pendapatan mereka.
  • Sebelum projek naik taraf / pembangunan semula diteruskan, proses libat urus serta Social Impact Assessment (SIA) yang bebas dan menyeluruh perlu dibuat. Terdapat kekhuatiran perubahan-perubahan di kawasan itu mendatangkan kesan sampingan kepada kawasan perumahan di sekitarnya, termasuk ekosistem masyarakat setempat sedia ada (Contohnya Pasar malam Seksyen 4 dan medan selera yang ditandakan dalam kotak biru).

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

pangsapuri_sriayu.txt · Last modified: by sazli