“ni gambar lama akhir 90an, sekarang tebing sungai dah konkrit semuanya dah”
| Pantun Minang Sungai Bangi | Terjemahan |
|---|---|
| “Pai ka pakan mambali gulo, Gulo dibali di hari Kamih. Galak badarai mandi basamo, Di Sungai Bangi aianyo janiah” | Pergi ke pekan membeli gula, Gula dibeli di hari khamis, Gelak berderai mandi bersama, Di Sungai Bangi airnya jernih. |
(Sumber: Facebook Pekan Bangi, 5 Februari 2026: "Pantun Minang Sungai Bangi").

Peta Sungai Bangi, termasuk muaranya di Sungai Semenyih (sekitar Bangi Ria kini), dan anak-anak sungainya (termasuk cabang utama iaitu Sungai Anak Bangi yang berpunca dari sekitar Bukit Puteri di timur laut UKM kini).
Kiri: Peta tahun 1962. Sungai Bangi dan anak-anak sungainya ditandakan biru muda (kombinasi peta-peta Director of National Mapping, Malaysia, 1962: |"Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Series: L7010, Sheet 94, 1962, 1:63 360" dan |"Malaysia, Negri Sembilan, Selangor, Sepang, Series: L7010, Sheet 102, 1963, 1:63 360").
Kanan: Peta tahun 2025 (Mapcarta).
“Sungai Bangi di musim paneh sekitar tahun 1992 -93. Dulu - dulu kalau hari paneh sangat, pergilah ke kedai hobbee atau kedai Cina Janda beli air gas sejuk F&N 60 sen sebotol diminum togok bagi pueh, air tebu 30 sen secawan di bawah pokok ketapang atau ais kepal kedai Botak… di isap - isap ais kepal tu sambil jalan balik sekolah. Kalau orang tuo - tuo dulu air barli ais kedai mamak Ajmeer pilihannya bagi penyejuk badan di musim paneh macam sekarang ni ha. ….. di tepi Masjid Bangi di atas jambatan Sg. Bangi” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 29 Mac 2026: "Nostalgia Bangi").

“Foto Tahun 2003, lokasi belakang rumah Pak Long Musa, berdekatan rumah Cik Iti dan Masjid Bangi.” (Kiri: Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi"; Kanan: (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 29 Oktober 2025: "Nostalgia Bangi: Jelajah Sungai Bangi.").
MAKLUMAT LANJUT: Kampung Bangi (1870-an)