Peluasan pengaruh Bugis di Selangor telah pun berlangsung sejak awal kurun ke-18 lagi. Sungai Sepang yang dahulunya di dalam Negeri Sembilan, telah jatuh ke tangan mereka. Lukut khususnya, mula diduduki pada tahun 1815, seiring dengan kegiatan melombong bijih timah di sana. Raja Busu (Raja Hassan Bin Raja Nala ibni Almarhum Sultan Salehuddin), anak bongsu kepada salah seorang putera Sultan Selangor yang pertama, melantik dirinya sebagai Raja Lukut yang pertama:-
Akibat kekecohan melibatkan kongsi gelap di Lukut, Raja Busu telah terbunuh bersama seluruh ahli keluarganya, di dalam suatu kekecohan di kediamannya pada September 1834 (M.L. Wynne, 1941: "Triad and Tabut: a survey of the origin and diffusion of Chinese and Mohamedan Secret Societies in the Malay Peninsula, 1800-1935").
Setelah lebih 10 tahun diabaikan sejak peristiwa kekecohan 1834, Lukut dibangunkan semula di bawah pemerintahan Raja Jumaat, dan mencapai zaman kegemilangannya:-
Setelah kematian Raja Jumaat pada tahun 1864, keadaan di Lukut beransur merosot, akibat pelbagai konflik serta hasil bijih timah yang berkurangan:-
Sementara itu, kawasan pedalaman sebelah selatan Sungai Langat (termasuk kawasan yang bakal dibuka sebagai Rekoh) adalah hutan belantara yang hanya didiami oleh orang asli (Temuan), dan menjadi sempadan di antara Klang dan Sungai Ujong. Setelah Sultan Abdul Samad menduduki Kuala Langat, warga Selangor mula meneroka ke hulu Sungai Langat sehingga ke kawasan Kajang (Rekoh). Dalam masa yang sama, Raja Hussein membuka petempatan di Beranang dan Semenyih, di bawah Dato' Klana Sungai Ujong: “A much more debatable claim is laid to that part of Selangor which lies south of the Langat River. The legend runs that the earliest settlements of aboriginees in Sungei Ujong lay between Lenggeng and the Langat river, which was then the boundary between the States of Sungei Ujong and Klang. It is generally agreed that there were no Malay settlements of any importance in this area until the third quarter of the nineteenth century. Then Sultan Abdul Samad took up residence at Kuala Langat and Selangor immigrants came upstream to Kajang, where they settled down under the rule of a son of the Sultan. On the Sungei Ujong side of the river one Raja Hussein founded settlements at about the same time at Beranang and Semunyeh under the auspices of the Dato' Klana of Sungei Ujong. This Raja Hussein was a descendant of Raja Ali of Rembau but he was also a waris of Sungei Ujong through his mother. Raja Hussein did not marry a woman of the waris and his children who claimed after him were not waris of Sungei Ujong.” (J. M. Gullick @ Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 22, No. 2 (148), Sungei Ujong (May 1949), pp. 1-69: "Sungei Ujong", m.s.3).
Peta sempadan Selangor-Sungai Ujong, 1876. Ketika itu Rekoh (Recko) masih di bawah pengaruh Sungei Ujong, manakala Lukut di bawah Selangor: “compiled from sketch surveys made by Captain Innes R E, J W Birch and D Daly, and Admiralty Charts. Lithographed under the direction of Lt. Col. R. Home C.B.R.E” (Royal Geographical Society, London; Royal Geographical Society (Great Britain), 1876: |"Map of Part of The Malay Peninsula, 1876").
LATAR PERISTIWA: Rekoh.
Pada awal 1860-an, pengaruh ini terus berkembang sehingga ke Sungai Linggi, iaitu kawasan Dato' Kelana Sending, Sungai Ujong. Berikutan itu, konflik persempadanan Selangor-Sungai Ujong mulai memuncak:-
“Pada hari ini dalam tahun 1863, Raja Abdullah dan Dato' Kelana Sending telah berunding mengenai pertelingkahan sempadan negeri Selangor dan Sungai Ujong. Turut hadir dalam perundingan itu ialah Residen Melaka, Kaptain Playfair, yang bersahabat baik dengan Dato' Kelana Sending. Masalah sempadan di antara negeri Selangor dengan Sungai Ujong berpunca bila orang-orang Bugis mulai bertapak dan berpengaruh di Selangor di awal abad ke-18. Kedudukan Sungai Sepang pada asalnya adalah di dalam Negeri Sembilan tetapi telah menjadi wilayah Selangor semasa orang-orang Bugis memperluaskan kuasa hingga ke Sungai Linggi. Sungai Linggi merupakan kawasan Dato' Kelana Sending. Beliau bertanggungjawab terhadap kutipan hasil cukai bijih di kawasan itu. Dalam tahun 1866, masalah sempadan negeri Selangor - Sungai Ujong timbul semula. Akhirnya pada 11 Julai 1868, Sultan Abdul Samad secara bertulis menyerahkan Sungai Linggi kepada Dato' Kelana Sending sebagai batas sempadan kedua-dua negeri. Keputusan ini telah ditentang oleh pembesar-pembesar Kelang dan Lukut dan akhirnya pertelingkahan terus berlarutan. Sehingga beberapa tahun bertelingkah akhirnya Residen Selangor, B. Douglas, Residen Sungai Ujong P.J. Murray, Sultan Abdul Samad dan Dato' Kelana telah dapat menyelesaikan masalah sempadan kedua-dua negeri itu melalui satu perjanjian pada tahun 1878. Dengan termeterainya perjanjian itu sempadan negeri Selangor dan Sungai Ujong ditetapkan iaitu di Sungai Sepang.” (Hari Ini Dalam Sejarah @ Arkib Negara Malaysia, Selasa 24/11/1863: |"RUNDINGAN MENGENAI PERTELINGKAHAN SEMPADAN DI ANTARA SELANGOR DENGAN SUNGAI UJONG").
Di dalam suatu perjanjian yang ditandatangani pada 10 Februari 1878, Rekoh telah diserahkan kepada Sultan Abdul Samad, lalu dengan rasminya menjadi sebahagian daripada negeri Selangor:-
“Pada hari ini dalam tahun 1878, satu perjanjian mengenai sempadan negeri Selangor dan Sungai Ujung dibuat di antara Sultan Abdul Samad, Yang di-Pertuan Negeri Selangor dengan Dato' Kelana Sungai Ujung, Tengku Saiyid Abdul Rahman. Perjanjian itu antara lain menyatakan bahawa:-
Pertama: Dengan nasihat Kapten Bloomfield Douglas (Residen British di Selangor) Sultan Abdul Samad, bagi pihak dirinya, dan puteranya Raja Musa atau sesiapa juga penggantinya yang akan ditabalkan sebagai Sultan dan waris-warisnya, mulai saat itu mengaku bahawa kawasan Lukut yang pada masa itu diperintah oleh Raja Bot dan semua kawasan tanah dalam Sungai Raya yang sekarang diperintah oleh Raja Daud, yang kesemuanya itu adalah di bawah kekuasaan Sultan Abdul Samad.
Kedua: Dengan nasihat Kapten Murray (Residen British di Sungai Ujung), Tengku Saiyid Abdul Rahman bagi pihak dirinya, pengganti-penggantinya dan waris-warisnya atau sesiapa juga yang memerintah Sungai Ujung dan bergelar Dato' Kelana, mengaku bahawa mulai dari saat itu kawasan yang terletak di Seberang Tebing Sungai Langat bernama Rekoh dan semua tanah bernama Labu adalah diserahkan kepada Sultan Abdul Samad Selangor, pengganti-penggantinya dan waris-warisnya untuk selama-lamanya.
Bagaimanapun, perjanjian itu telah dibantah oleh Raja Bot yang memerintah Lukut kerana beliau tidak diajak berunding mahupun diminta pendapatnya dalam rundingan mengenai perjanjian itu. Raja Bot membantah keras mengenai keputusan memasukkan Lukut dalam perintah Sungai Ujung kerana daerah itu adalah kepunyaan ayahandanya, Raja Jumaat, yang telah diberikan oleh Almarhum Sultan Muhammad pada tahun 1846.”
(Sumber: Hari Ini Dalam Sejarah @ Arkib Negara Malaysia, Ahad 10/02/1878: |"PERJANJIAN SEMPADAN SELANGOR - SUNGAI UJUNG").
“In 1878, the British wanted to settle the long-standing boundary problem, brought up by Dato Kelana Sending of Sungai Ujong for a claim of the Lukut district including Cape Rachado (Tanjung Tuan today). Raja Bot, who was not consulted, protested strongly against the transfer of Lukut to Sungai Ujong.” (Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, August 23, 2021: |"A Very Rough Guide To Lukut").
Kiri: Peta Selangor-Sungai Ujong tahun 1877, bersama cadangan awal persempadanan baru: “Map shows track from Seramban (Seremban) to Labu Valley surveyed by B. Douglas, HBM's Resident, Selangor” (
Survey Department, Singapore, 15/10/1877: |"Track From Seramban (Seremban) To Labu Valley").
Kanan: Peta cadangan sempadan Selangor-Sungei Ujong (1877), bersama perincian cadangan. Antaranya, Bukit Tunggul menjadi salah satu mercu tanda serta bucu sempadan tersebut: “Plan Of Boundary Between Selangore And Sungei Ujong, 1877: Plan shows boundary between Selangore (Selangor) and Sungei Ujong at Selangor, Malaya, and a few references, like hills. Extract from Mr Cameron's exploration map of Selangor. … From a small creek named S. Nipha between East Sepang and Lukut the line takes a N.N.W. direction for 12 1/2 Miles, avoiding the heads of the Sepang Rivers to a hill on the S.W. side of Labu Valley. Thence to Bukit Tunggu (Tunggah to the W.N.W. of the ? ? . From Bukit Tunggu to Ginting Rimphung N.73' E.6 ? … Pengalu Bala says that there are two hills in succession to South East of Tanggong - Named respectively Kobang and Siamang in a direct line with Lukut, either of the two latter might be the hill indicated in boundary definition of 1877, as bearing N.N.W. from Qualla Nipah - They are both South of the Labu.” (Survey Department, Singapore, 1877: |"Plan Of Boundary Between Selangore And Sungei Ujong").
LATAR PERISTIWA: Rekoh.
LATAR PERISTIWA: Hutan Simpan Bukit Tunggul.
Sementara itu, Lukut pula diserahkan kepada Sungai Ujong secara rasmi dalam suatu rundingan di Singapura pada 30 Julai 1880:-
Kiri: Peta sempadan Selangor-Sungei Ujong, 1894 (14-16 tahun selepas perjanjian 1878 dan 1880). Bukit Tunggul telah menjadi mercu tanda serta bucu sempadan secara muktamad, dan kekal sehingga kini: “Map covers districts of Sungei Ujong and Jelebu in Negri Sembilan, Malaya showing towns, names of places, villages, roads, railways, tracks, rivers, rubber plantations, hills, Seremban, Port Dickson, and others” (Survey Department, Singapore, 1894: |"Map of the States of Sungei Ujong and Jelebu, 1894").
Kanan: Peta sempadan Selangor-Negeri Sembilan, kini (Mapcarta).
Kota Lukut dibina pada 1840an, ketika pemerintahan Raja Jumaat (1846-1864). Di tapaknya kini didirikan Muzium Lukut:-
“Pada tahun 1815 Raja Busu anak kepada Raja Muhammad, Sultan Selangor ke-3 yang memerintah dari tahun 1826 - 1858 memerintah di Lukut mengambil keputusan untuk mengeksport bijih timah yang dilombong di daerah Seremban dan Lukut melalui pelabuhan Lukut. Dalam satu pergaduhan antara pelombong-pelombong bijih timah kaum Cina, Raja Busu dibunuh pada tahun 1834, akibat pembuuhan itu Keadaan masyarat menjadi kucar kacir dan pelombong- pelombong bijih lari meninggalkan Lukut. Pada tahun 1846 Raja Muhammad melantik Raja Jumaat bin Raja Jaafar dari Riau (menantu baginda) untuk menguatkan pemerintahannya, bagi membina sebuah kota yang dinamakan Kota Lukut. Kota Lukut dibina pada 1840an dengan ukuran 607 kaki panjang, 505 kaki lebar dengan parit di sekitar sedalam 15 kaki, di dalamnya didirikan sebuah istana dan dua buah perigi. Sebuah di bahagian luar dikenali sebagai Perigi Beracun. Di dalam pemerintahan Raja Jumaat, pembangunan Lukut menjadi bertambah maju dan makmur.”
(Sumber: Majlis Perbandaran Port Dickson, 2016: |"Muzium Lukut").
“Kota Lukut/Lukut Fort [3] was the fortification that Raja Jumaat built on top of Bukit Gajah Mati in 1847. The fort is rectangular, measuring about 200 metres long and 170 metres wide, and surrounded by a 5-metre broad ditch with a wall of sharpened bamboo stakes as a first line of defence against intrusion. Cannons were mounted at the edges of the fort. At the centre lies the remains of the house that Raja Jumaat built for his daughter, Raja Wok, and located outside was a sepak raga (sepak takraw today) court. There are two wells within the fort, of which one was a poisoned well used for executions. There are also remains of several cisterns sunk in the ground.” (Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, August 23, 2021: |"A Very Rough Guide To Lukut").
“Raja Jumaat mendirikan Kota Lukut yang berukuran 607 kaki panjang dan 505 kaki lebar dan parit se dalam 15 kaki di sekelilingnya. Turut didirikan oleh Raja Jumaat ialah meriam-meriam dan peluru-peluru disumbat dari mulut yang diletakkan di sekeliling Kota Lukut. Dipercayai meriam-meriam tersebut dibeli dari pihak Belanda di Melaka.”
(Sumber: Zulkapli Othman; Mohd Khalid Yasin @ Warisan: Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Sembilan 18 m.s.59-37 (1994): |"Sejarah Lukut", m.s.2,5-6).
Kiri: “Plan of Lukut Fort Road”
Kanan: “Plan of Lukut Fort”
“He (Raja Jumaat) instituted a police force of 22 Malays, who not only wore uniform but had numbers on their hats, and built the Lukut Fort on Bukit Gajah Mati overlooking the settlement on the river. Within its walls he built a house for his daughter Raja Wok, who afterwards married her cousin Raja Muhammad. Cannons were purchased and the ditches deepended so that the little settlement had near by a strong rallying point within which it could take shelter in case of trouble. … The Lukut Fort. The Fort stands on an eminence known as Bukit Gajah Mati several hundred feet high. Its tactical position is excellent: not only does it effectively command the river and the settlements of Lukut down below, but from it a clear view to the sea can be obtained. The Fort is rectangular and consists of an outer ditch about 10—12. feet deep in in a good state of preservation. The earth from the ditch has been thrown up as a rampart: in one part at the South-West corner stone wall has been erected to protect the well. In two places the wall has been pierced to form entrance gates on the North and West sides and an entrance road winds round the hill and joins the old Seremban road which ran at the bottom. The sides of the entrance road have been built up with uncemented bricks to prevent erosion. In the centre of the fort stands the remains of the house, which Raja Jumaat built for his daughter Raja Wok. Judging by the foundations, the house must have been considerably larger than at present appears. Some very good Malay carving has been removed and placed in the Museum at Kuala Lumpur, for safe custody. The North-West corner of the fort adjoining the house is considerably higher than the remainder: this raised portion may have been constructed to give a clear field for fire over the heads of the defenders at the ramparts, or it may have been intended to place a similar raised platform all round the house for protection. On the north side of the house in front of the larger entrance gate traces remain of the small padang where sepak ragak was played. The armament of the Fort consisted of a number of muzzle loading cannons mounted at various spots. These cannons now stand in front of the Police Station at Port Dickson and facing the sea in front of the District Officer's house. The ditch was protected by sharpened stakes. The defenders were armed as far as possible with old muzzle-loading guns. One of the chief problem of the Fort was the water supply : a very deep well was sunk at the South-West corner and a wall erected to protect it. This well proved practically useless, only giving water in the wettest season. A number of large brick cisterns sunk in the ground were constructed and refilled at intervals by water brought up from below in buffalo carts. Three of the cisterns still remain.”
(Sumber: L.D. Gammans @ Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 2, No. 3 (92) (December 1924), pp. 291-295: "The State of Lukut. (With text figures)").
“House of Rajah Bot at Lukut. Straits Settlements June 1874.” (The National Archives UK, June 1874: |"CO 1069-484-114").
Tapak Istana Raja Wok kini: “Setelah 170 tahun, banyak binaan tidak lagi dapat dikembalikan kepada keadaan asalnya”.
Perigi Beracun: “Perigi beracun, tempat hukuman penjenayah dan tahanan, kini ditutup dan diliputi semak-samun.”
Kiri: Meriam Raja Jumaat: “Meriam di hadapan kota, kini bahan pameran”.
Kanan: Parit di sekeliling kota.
(Sumber gambar-gambar: Sin Chew Daily, 13/01/2022: |"昔日战壕褪尽铅华 回顾芦骨从兴至衰的“末代王朝”").
“Misterinya adalah persoalan kehilangan istana di Kota Lukut berdasarkan jarak masa sekarang dengan pemerintahan Raja Bot. Sehingga hari ini, pihak muzium Kota Lukut sendiri masih tertanya-tanya ke mana hilangnya istana Kota Lukut, sedangkan jarak masa dengan sekarang tidak sampai beratus tahun. Mengikut kajian, Kota Lukut ditemui berdasarkan struktur binaan di atas bukit Gajah Mati yang dibina seperti sebuah kubu perang. Yang dijumpai dalam eskavasi pada 1940 hanyalah tapak tiang dan serpihan seperti peralatan dalam rumah.” (SENTIASAPANAS.com, 11/05/2018: |"Misteri Kehilangan Istana Kota Lukut").
Menurut rekod di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), masjid ini dibina pada tahun 1872 ketika pemerintahan Raja Jumaat. Tarikh ini kurang tepat kerana Raja Jumaat dilantik sebagai Raja Lukut pada tahun 1846, dan mangkat pada tahun 1864. Beliau juga bukan Raja Lukut yang pertama:-
Menurut Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK (Pengerusi Masjid Qaryah Lukut 1990-2017), ia dibina seawal pemerintahan Raja Busu (Raja Lukut yang pertama) pada tahun 1815, dan kini berusia lebih 200 tahun. Dindingnya dilepa dengan campuran putih telur, dan perigi wuduk yang dibina ketika itu masih digunakan sehingga kini:-
“Masjid Qaryah Lukut merupakan sebuah masjid peninggalan sejarah yang telah dibina semasa pemerintahan Almarhum Raja Busu atau nama sebenarnya Raja Hassan ibni Raja Nala, pada tahun1815, dan pada tahun 1834M Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pengambil alih pemerintahan Lukut,Baginda merupakan menantu kepada Sultan Muhammad Shah Sultan selangor yang ketiga,telah mengahwini puteri Tuanku, bernama Tengku Senai atau Tengku Nai. Baginda telah mengkat pada tahun 1864M Raja Jumaat adalah kerabat di raja Riau. Raja Jumaat datang ke Lukut bersama-sama Raja Abdullah yang dibawa oleh ayahandanya yang bernama Raja Jaafar bin Raja Ali dari kerabat di raja Riau. Masjid ini pada asalnya berkeluasan 45 kaki panjang dan 45 kaki lebar semasa dibina dan telah berusia 196 tahun. Sejak pembinaannya, masjid ini mengunakan air perigi untuk jemaah berwuduk. Perigi tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang. Selain itu, fakta sejarah ada menyatakan bahawa binaan dinding masjid ini dilepa dengan campuran putih telur. Pada setiap tahun dalam bulan Syaaban, DYMM Sultan Selangor dan kerabat akan berkunjung ke Makam Diraja Lukut yang terletak berhadapan dengan Masjid Qaryah Lukut.”
Gambar Masjid Kariah Lukut, diambil pada tahun 1987.
(Sumber: Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK (Pengerusi Masjid Qaryah Lukut 1990-2017): |"MASJID QARYAH LUKUT").
Kiri: Masjid Kariah Lukut, kini (Google Street View, 2018).
Kanan: Plak rasmi menyatakan Masjid Lukut dibina tahun 1872, ketika pemerintahan Raja Jumaat (Azlan Sharif @ Facebook, 7 April 2022: |"masjid kariah lukut").
“There are two Selangor royal tombs in Lukut. The first one is located at a hillock at Kampung Kuala Lukut (now Chuah) [1]. This is where Raja Busu and his family members were buried. Earlier, there was a plan to upgrade it to reflect it as a Royal Tomb but this did not materialise.” (Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, August 23, 2021: |"A Very Rough Guide To Lukut").
“Perancangan Kerja Naiktaraf Makam Raja Busu (Kerabat DYMM Sultan Selangor).” (Zulkhairi Abd Aziz @ Twitter, 24 Mac 2021: "Perancangan Kerja Naiktaraf Makam Raja Busu").
“His grave stands to-day on the hill overlooking the Custom Station at Kuala Lukut and is still an object of veneration in the neighbourhood.” (L.D. Gammans @ Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 2, No. 3 (92) (December 1924), pp. 291-295: "The State of Lukut. (With text figures)").
“The other is Raja Jumaat’s tomb at the Selangor Royal Mausoleum [2] located inside the Lukut Muslim Cemetary. It is easy to find the place as it is opposite the Lukut Police Station and adjacent to a petrol station. As far back as 1855, it was designated as the final resting place of members of the Selangor royal family. The Selangor state government is still paying to the local authority for use of the land.” (Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, August 23, 2021: |"A Very Rough Guide To Lukut").
“Terletak di Kawasan Makam Di Raja Selangor, di Kawasan Perkuburan Islam Lukut. Kawasan Perkuburan berkenaan berhadapan dengan Balai Polis Lukut, bersebelahan dengan stesen minyak Caltek.” (Sang Ekstasi, 6 Oktober 2012: |"Makam Raja Jumaat").
Raja Bot Bin Raja Jumaat, putera Raja Jumaat, adalah pemerintah terakhir Lukut, sebelum diserahkan kepada Selangor dalam perjanjian 1880 di atas:-
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 |
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |