Jadual Kandungan

Kapal Terbang Terhempas (1939)

Dirujuk oleh

1939-05-08: Juruterbang Hilang

|Mr E. Littleton Hay (36 thn), pengarah Park and Francis, Ltd. (sebuah syarikat kejuruteraan perlombongan di Kuala Lumpur), dengan pesawat |Tiger Moth VR-RAN milik K.L. Flying Club, telah berlepas dari Kuala Lumpur, menuju ke sekitar Sungai Beranang berhampiran Bangi (melalui Kajang), seterusnya ke Seremban, bagi meninjau kawasan perlombongan.

Pesawat Tiger Moth VR-RAN
Pesawat Tiger Moth VR-RAN (Aviation Safety Network: |ASN Wikibase Occurrence # 221914).

Malangnya ribut melanda tidak lama selepas itu, dan beliau tidak dapat dikesan lagi. Gerakan pencarian dijalankan oleh ahli persatuan K.L. Flying Club, kemudiannya dibantu oleh tentera udara British. Beberapa orang saksi melaporkan beliau dilihat di sekitar Kajang, menuju Semenyih, seterusnya di estet Prang Besar dan Ampar Tenang, juga di sekitar Mantin dan Sepang, menuju ke Seremban. Ada juga laporan mengatakan beliau dilihat di Port Swettenham dan Sri Menanti, Negeri Sembilan. Keesokan harinya, laporan dari sempadan Pahang dan Bahau mengatakan pesawat tersebut ada dilihat di sana, mungkin ditiup angin ribut kencang, yang dikatakan datang dari sebelah utara dan barat.

Bulatan biru: Berlepas dari Kuala Lumpur.
Bulatan biru: Berlepas dari Kuala Lumpur.
Bulatan merah: Antara lokasi pesawat terlihat: Kajang menuju ke Semenyih, Ladang Prang Besar, Ladang Ampar Tenang, Sepang, dan Mantin menuju ke Seremban.
(Berdasarkan peta Survey Dept. F.M.S., 1950: |"Selangor").

CATATAN: Ketika itu Malaya adalah antara pengeluar terbesar bijih timah dunia, sebagaimana dilaporkan dalam suatu liputan khas majalah terbitan 1937 (2 tahun sebelum kejadian): “The most productive tin-mining area is in Malaya. Almost all the labour is done by Chinese, and the Chinese have been mining tin in the peninsula for centuries. They discovered the rich tinfields of Larut, and various Chinese clans fought one another for possession of these. This led to British intervention in the ’seventies of the last century. Law and order were established, the British introduced rubber trees, the tinfields and lode (or vein) mines were developed by machinery, railways and roads were built and the country prospered in an amazing manner.” (Wonders of World Engineering, 29 June 1937: |"Tin Mines of Malaya").

1939-05-11: Pencarian Awal

Kuala Sleh, Bahau, Lembah Kenaboi, dan Hulu Langat, kini

Bulatan merah: Pencarian awal melalui udara oleh pasukan tentera udara British, di sekitar Kuala Sleh (sekitar Gombak) dan Bahau (Negeri Sembilan), menemui jalan buntu. Pencarian darat diteruskan oleh pihak polis dengan bantuan renjer hutan, pada mulanya ke arah hulu Sungai Klang dan Kuala Sleh.

Bulatan biru: Pencarian udara oleh KL Flying Club kemudiannya menemui beberapa batang pokok hutan yang kelihatan tercantas, di sekitar susuh bukit Ulu Langat dan Lembah Kenaboi. Pasukan pencarian digerakkan dari petempatan orang asli berdekatan setiap kawasan-kawasan tersebut.

(Berdasarkan peta Mapcarta)

1939-05-15: Juruterbang Ditemui

Mayat juruterbang ditemui hangus terbakar, masih di dalam bangkai pesawatnya, oleh sebuah pasukan kaum Sakai(Senoi), di pinggir sebuah gunung (2,000 kaki dari dasar laut) di dalam hutan belantara Gi(e)nting Peras, 15 batu dari jalan Ulu Langat (14 jam perjalanan mengharungi hutan), di sempadan Selangor-Pahang. Ketika terhempas, pesawat tersebut terlanggar sebatang pokok meranti setinggi 50 kaki, yang terpatah dua lalu tertimpa pesawat tersebut. Kedua sayap pesawat turut patah, dan enjinnya tercampak sejauh 30 kaki dari badan pesawat.

Kawasan penemuan kapal terbang di Genting Peras
Bulatan merah: Kawasan penemuan kapal terbang di Genting Peras (Berdasarkan peta Survey Dept. F.M.S., 1950: |"Selangor").

Menurut laporan Aviation Safety Network: “De Havilland DH.82A Tiger Moth MSN 3591 (Gipsy Major #8987) C of A 5883 issued 22.4.37. Registered as VR-RAN (C of R 17) 19.10.37 to Kuala Lumpur Flying Club. Written off (destroyed) 8.5.39 when caught in a storm, crashed and burnt out in jungle area, near Genting Peras, central Malaya, on the Selangor-Pahang border. Pilot - Ernest Littleton Hay (aged 36) - was killed. The search was originally called off on 11.5.39, (see link #5) but presumably restarted, and the body of the pilot recovered, as his funeral was held on 19.5.39 (see link #6). Registration VR-RAN formally cancelled 30.9.39” (Aviation Safety Network: |ASN Wikibase Occurrence # 221914).

CATATAN 1: Genting Peras, kini: “Genting peras adalah salah satu tempat tumpuan untuk para pengayuh basikal di seluruh Malaysia. Terletak antara sempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan ia menjadi tumpuan para pengayuh basikal kerana kurangnya tumpuan kenderaan bermotor dan juga pemandangan yang cantik.” (Hafrizal Assidiq, 2018: |"Kayuhan mendaki genting peras")
Maklumat lanjut: Cycling Plus Malaysia, May 18, 2018: |"Hulu Langat, a green gem right outside the city.
Perjalanan kayuhan basikal: Dusun Tua-Genting Peras
Perjalanan kayuhan basikal Dusun Tua-Genting Peras (Ahmad Haswadi Hashim @ plotaroute.com, 2017: "Genting Peras Hulu Langat").

CATATAN 2: Waris mendiang pernah bertanyakan hal pusara beliau di sini: John Hay, 2015: "The Thrifty Traveller" (ruangan komen).

Sumber

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.