“Kampung Baharu Bangi Bahagia” diasaskan pada awal tahun 1950-an, setelah penduduknya berpindah ke situ dari kawasan lembah di sekitarnya yang sering dilanda banjir: “Pada awal 50 tahun dahulu berlaku penghijrahan penduduk kerana banjir dan perkampungan telah dipindahkan di kawasan atas bukit. Oleh sebsb itu, sekitar 40 tahun dahulu telah terbina sebuah surau madrasah sebelum surau yang baru dibina. Surau dahulu dibina di atas kawasan tanah pajakan. Surau lama juga telah dirasmikan oleh Menteri Besar pada tahun 1959(1983) dan telah didaftarkan pada 25 November 2008. Surau ini juga telah dijalankan pengubahsuaian sebanyak 3 hingga 4 kali. Hal ini demikian kerana keadaan surau lama yang semangkin uzur. Pembinaan surau baru telah dijalankan pada tahun 2015 dan dirasmikan pada pertengahan april tahun 2015. Seterusnya, surau ini telah beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2016. Walaupun banyak perubahan dari segi reka bentuk struktrur bangunan namun AJK surau masih dikekalkan. Surau ini turut mendapat pengiktirafan enakmen pentdbiran,perudangan islam 1989 (AJK Masjid, Surau) tertakluk MAIJ & JAIS.” (Surau Madrasah Al Hamidiah Kg Bahagia Bangi, December 12, 2017: |"Latar Belakang Sejarah Penubuhan Surau Madrasah Al Hamidiah").
“Madrasah Al-Hamidiah (1983-2013) … Madrasah/Surau Al-Hamidiah terletak di Lot 7857 Kg Bahagia Bangi. Merupakan satu-satunya surau yang digunakan oleh penduduk di Kampung Bahagia Bangi yang berjumlah lebih kurang 1500 orang dan hampir 100% beragama Islam. Surau ini sudah berusia hampir 30 tahun yang dibina dari kayu dan papan lapis.” (Madrasah/Surau Al-Hamidiah, 4 Oktober 2013: |"Madrasah Al-Hamidiah (1983-2013)").
Bangunan lama surau, dari beberapa sudut (Sumber gambar: Madrasah/Surau Al-Hamidiah @ Facebook, kecuali gambar pertama: Surau Madrasah Al Hamidiah Kg Bahagia Bangi, December 12, 2017: |"Latar Belakang Sejarah Penubuhan Surau Madrasah Al Hamidiah").
Menurut sumber lain, surau ini telah dibina sekitar tahun 1982: “Surau Al-Hamidiah, Kampung Bahagia, Bangi yang sudah berusia 30 tahun adalah satu dari beberapa buah surau kayu yang masih kedapatan di Dun Bangi. Surau ini didirikan berikutan diwujudkan perkampungan hasil dari pengelompokan penduduk yang dipindah dan dikurniakan tanah sebagai ganti tanah atau kediaman mereka termasuk di dalam kawasan pengambilan tanah oleh kerajaan bagi dijadikan kawasan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Ratusan lot tanah dan perumahan yang setengahnya membeli tanah di sini dan menjadikan Kampong Bahagia sebagai tempat kediaman mereka. Sememangnya sebahagian daripada mereka berkhidmat di UKM. Sebagaimana di tempat lain bila terdapat komuniti Islam, maka di situ timbul keperluan kepada surau. Demikianlah dengan penduduk di Kampong Bahagia, sejak awal mereka menghuni di kampong berkenaan, maka diusahakan bagi mendirikan surau. Maka surau di sini dibina di pinggir bukit, terletak di tengah-tengah Kampung Bahagia berkenaan, di samping bersebelahan dengannya juga didirikan sebuah balai raya sebagai tempat kegiatan kemasyarakatan bagi penduduk Kampong Bahagia, Bangi ini.” (Dr Shafie Abu Bakar, 2 Mac 2012: |"Sederhananya Harapan Dalam Usaha Pembinaan Kembali Surau Al-Hamidiah, Kg. Bahagia, Bangi").
LATAR PERISTIWA: Sejarah Awal Bangi: 1950-an: Perkampungan Baru: Kampung Bahagia
“Kini setelah berlalu lebih tiga puluh tahun usia Surau ini menjadi uzur dengan kayunya reput. Hasrat untuk mendirikan surau baru ini telah disebut-sebut sejak tahun 2008 lagi. Adun pernah mengesyorkan oleh kerana keliling Kg. Bahagia membangun dan berlaku pertambahan penduduk seperti adanya Institut Genom di samping Pusat Penyelidikan Atom, maka Adun Bangi mengesyorkan agar pembangunan surau baru hendaklah mendekati taraf masjid bagi menampung pertambahan penduduk. Bangunan baru ini boleh ditingkatkan kepada surau yang mendirikan Solat Jumaat atau ditingkatkan menjadi masjid, lantaran itu Adun mengesyorkan peruntukan mendirikan surau ini dengan jumlah sebanyak RM3 juta ringgit. Tapi nampaknya AJK tidak berani membuat anggaran peruntukan secara tinggi, tetapi sekadar hanya RM500,000 sahaja.” (Dr Shafie Abu Bakar, 2 Mac 2012: |"Sederhananya Harapan Dalam Usaha Pembinaan Kembali Surau Al-Hamidiah, Kg. Bahagia, Bangi").
“Surau ini juga telah dijalankan pengubahsuaian sebanyak 3 hingga 4 kali. Hal ini demikian kerana keadaan surau lama yang semangkin uzur. Pembinaan surau baru telah dijalankan pada tahun 2015 dan dirasmikan pada pertengahan april tahun 2015. Seterusnya, surau ini telah beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2016. Walaupun banyak perubahan dari segi reka bentuk struktrur bangunan namun AJK surau masih dikekalkan.”
Bangunan surau baru (Al Madrasah Al Hamidiah)
(Sumber: Surau Madrasah Al Hamidiah Kg Bahagia Bangi, December 12, 2017: |"Latar Belakang Sejarah Penubuhan Surau Madrasah Al Hamidiah").
Laman Utama | 1900-1909 | 1910-1919 | 1920-1929 | 1930-1939 | 1940-1949 | 1950-1959 | 1960-1969 | 1970-1979 | 1980-1989 | 1990-1999 |
Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Gambang | Ipoh | Hutan | Hubungi Kami |