Jadual Kandungan

Robert Stevenson (1882-?)

Dirujuk oleh

Perihal

Pengurus Bukit Tunggu Estate.

LATAR PERISTIWA: Bukit Tunggu Estate.

Kronologi

1882: Dilahirkan (Kemungkinan)

Sekadar kemungkinan tarikh lahirnya sahaja (Rujuk: 1923-08-22: Perkahwinan di Manchester).

“Lilian Radford from tree Schlumberger8777_07.08.15_2017-11-21

Marriage mm year city, Lancashire, England
Death date date year city, Guernsey, Channel Islands

Spouse Robert “Bob” Stevenson (1882-year)”

(Sumber: Ancestry: Lilian Radford from tree Schlumberger8777_07.08.15_2017-11-21).

1916-08-09: Poskad Kenalan Perang Dunia

Poskad yang dikirimkan kepada “Mr(s?) Robert Stevenson, Bukit Tunggu Estate, Bangi, Selangor, Federated Malay States, Asia”, pada 9 Ogos 1916, dari sebuah kem askar di Perancis (“Army Post Office S.6”, mungkin oleh kenalan yang terlibat di dalam Perang Dunia Pertama di sana). Tiba di pejabat pos Kajang sebulan selepasnya (9 September 1916), dan bertanda pos Bangi.

“Malaiische Staaten - Selangor: 1916, TRAVELLING POST OFFICE: stampless picture postcard from 'Army P 1916, TRAVELLING POST OFFICE: stampless picture postcard from 'Army Post Office S.6' )9.8.) addressed to Bangi with transitmarks of Kajang and Bangi (both 9.9.) and fine 'R.M.S. SELANGOR, 8SE/1916' pmks. on front, some blemishes” (Auktionshaus Christoph Gärtner, Oct 15 2018: |"Lot # 5561 - Malaiische Staaten - Selangor").

1917-03-29: Kelahiran Anak Perempuan

Kelahiran anak perempuan pasangan Mr/Mrs Robert Stevenson di Ladang Bukit Tunggu, Bangi: “Stevenson. - On Thursday the 29th March, 1917, to Mr. and Mrs. Robert Stevenson, of Bukit Tunggu Estate, Bangi, a daughter.”

Sumber:-

1917-04-18: Surat dari Dublin

Gambar sepucuk surat yang dikirimkan kepada “Rob(er)t. Stevenson, Manager, Bukit Tunggu Estate, Bangi, Selangor, Fed. Malay States, Asia”. Dihantar dari Dublin, Ireland (mungkin tempat asal beliau) pada 18 April 1917, dan tiba di pejabat pos Kajang kira-kira sebulan selepasnya, pada 27 Mei 1917. Mungkin turut mengandungi ucapan tahniah atas kelahiran anak perempuan beliau beberapa minggu sebelumnya, pada 29 Mac 1917.

“Malaiische Staaten - Selangor: 1917, TRAVELLING POST OFFICE: Incoming stat. envelope KGV 1d. red fro 1917, TRAVELLING POST OFFICE: Incoming stat. envelope KGV 1d. red from Dublin/Ireland addressed to Bangi with arrival cds. (27.5.) on front and transitmarks of Kajang (27.5.) and fine 'R.M.S. SELANGOR, 26MY/1917' (Proud D4) transitmark on front, roughly opened at top” (Auktionshaus Christoph Gärtner, Oct 15, 2018: |"Lot # 5563 - Malaiische Staaten - Selangor").

1923-08-22: Perkahwinan di Manchester

Perkahwinan Mr Robert Stevenson di Manchester, England: “Stevenson-Radford. - On 15th July, very quietly, at Manchester, Robert Stevenson, Bukit Tunggu Estate, Bangi, to Lilian Radford, of Devon, England.”

Sumber:-

Maklumat berkaitan di Ancestry:-

“Lilian Radford from tree Schlumberger8777_07.08.15_2017-11-21

Marriage mm year city, Lancashire, England
Death date date year city, Guernsey, Channel Islands

Spouse Robert “Bob” Stevenson (1882-year)”

(Sumber: Ancestry: Lilian Radford from tree Schlumberger8777_07.08.15_2017-11-21).

CATATAN: Tidak dapat dipastikan adakah ini merujuk Robert Stevenson yang sama sebelum ini (kedua-duanya di Ladang Bukit Tunggu).

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.