“Perkumpulan Perempuan Sungai Merab, Kajang telah mengadakan jamuan teh kerana menyambut genap sa-tahun tertuboh-nya persatuan tersebut dan juga untok merai'kan Che'gu Jamilah binte Ahmad yang telah memenangi hadiah pertama dalam Peraduan Mengarang Sajak untok ahli2 Perkumpulan Perempuan Sa-Malaya pada 14 September yang lalu. Jamuan ini telah di-adakan di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang pada hari Sabtu 29 September yang lalu, dan telah di-hadhiri oleh lebeh dari 100 orang jemputan yang terdiri dari pemuda2 UMNO dan juga ibu bapa di-kampong itu. Perkumpulan Perempuan ini telah di-tubohkan pada bulan September tahun 1961 dengan mempunyai sa-ramai 50 orang ahli.” (Berita Harian, 3 October 1962, Page 9: | "W.I. SUNGAI MERAB MERAYAKAN ULANG TAHUN YG PERTAMA").
“Wanita2 yang sudah mempunyai kemajuan hendak-lah memimpin wanita2 yang tinggal di-kampong. Demikian Che' Kamsiah binti Ibrahim pengelola Pertubohan Perkumpulan Perempuan Negeri Selangor ketika beruchap di-hadapan sa-ramai 100 orang wanita di-masa meresmikan Pertubohan Perkumpulan Perempuan Kampong Sungai Merab 8 batu dari Kajang pada hari Sabtu 25 November 61. Pertubohan ini telah didirikan di-kampong ini kira2 dua bulan yang lalu di-pimpin oleh Che' Zahrah binti Haji Abas dan di-bantu oleh Che'gu Maimunah binti Yunus sa-orang guru sekolah kebangsaan di-sini.” (Berita Harian, 27 November 1961, Page 5: |"Wanita2 yang maju di-seru memimpin").
“Gambar menunjokkan sa-bahagian daripada kaum ibu Kampong Sungai Merab kira2 8 batu dari Kajang bergambar ramai sa-telah menubohkan Persatuan Perkumpulan Perempuan kampong tersebut pada minggu lalu. Perasmian penubohan perkumpulan itu telah di-lakukan oleh Che' Kamisah bt. Ibrahim, Pengelola Perkumpulan Perempuan Negeri Selangor. Persatuan yang baharu di-tubohkan itu di-pimpin oleh Che' Sahrah bt. Haji Abas dwan di-bantu oleh Che'gu Maimunah bt. Yunos.” (Berita Harian, 8 December 1961, Page 7: |"PERKUMPULAN PEREMPUAN MERAB").
“Menteri Besar Selangor, Dato' Abu Bakar Baginda akan merasmikan permulaan temasha sukan Sekolah2 Kebangsaan Sungai Merab, Kajang pada hari Sabtu ini, dan pertukangan tangan yang akan di-adakan oleh orang2 kampong pada hari itu juga akan di-buka oleh Menteri Besar itu.” (Berita Harian, 28 July 1962, Page 10: |"Temasha sukan Sungei Merab").
“Gambar di-atas menunjokkan sa-bahagian daripada ahli2 Perkumpulan Perkumpulan [sic: Perempuan] Sungai Merab, Kajang yang di-pimpin oleh Che'gu Maimunah binte Yunos bergambar ramai sa-belum memulakan kelas masak memasak dan ilmu rumahtangga yang diadakan dua kali saminggu di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab.” (Berita Harian, 20 July 1962, Page 7: |"Mereka giat belajar masak memasak").
Kiri: “Sa-bahagian dari kaum ibu yang datang ka-pameran perusahaan tangan Perkumpulan Perempuan Sungai Merab sedang memerhatikan bunga2an kertas dan kain buatan kaum ibu yang di-adakan pada hari Ibu Bapa di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab pada hari Sabtu yang lalu.” (Berita Harian, 3 August 1962, Page 6: |"Kaum ibu lihat perusahaan").
Kanan: “Sa-bahagian dari ahli2 Perkumpulan Perempuan Sungai Merab Kajang waktu mengadakan pertunjokan perusahaan tangan pada hari ibu bapa di-sekolah kebangsaan Sungai Merab baharu2 ini. Berdiri di-tengah ia-lah Che'Gu Maimunah Yunos, Pengerusi perkumpulan di-sini.” (Berita Harian, 10 August 1962, Page 6: |"Di-pameran kerajinan tangan").
Terdapat kekhuatiran bahawa anggota UMNO yang banyak bergiat di dalam persatuan sebegini akan melemahkan parti tersebut: “Selaran2 hebat terhadap beberapa buah badan sukarela telah di-buat oleh dua tokoh UMNO Selangor waktu merumuskan kertas kerja mengenai Pemuda dan Kaum Ibu UMNO dalam majlis kursus politik UMNO Selangor semalam. Kursus itu telah ber-langsong di-Dewan Melayu di-sini di-ikuti oleh 300 peserta terdiri dari anggota2 UMNO dari beberapa Bahagian di-seluroh Selangor. Dato Kampo Rajo bin Bagindo Kayo, Pengerusi sidang penuh kursus itu telah menentang kesimpulan kertas kerja itu yang menggalakkan pemuda dan Kaum Ibu UMNO menchampori badan2 sukarela di-negeri ini. Kata-nya, banyak badan2 sukarela di-negeri ini lebeh banyak memberi kesan burok terhadap UMNO daripada yang baik, kerana bila badan2 itu di-tubohkan maka lumpoh-lah UMNO di-daerah itu. Menurut Dato itu badan2 sukarela itu mulanya banyak 'memberi gula2' kapada anggota2-nya hingga anggota2 UMNO sendiri sanggup meninggalkan parti politik-nya. Sa-bagai chontoh di-sebutkan Persekutuan Perkumpolan Wanita (Women's Institute) yang menurut-nya lebeh 'banyak Kaum Ibu UMNO.' Hal seperti itu, kata-nya, telah berlaku di-kampong Sungai Merap, Ulu Langat, dan mungkin berlaku di-tempat2 lain.” (Berita Harian, 31 July 1962, Page 5: |"Badan2 sukarela di-selar dlm kursus politik UMNO S'gor").
“Sa-bagai mengambil sempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang kedua tahun ini, Pertubohan Perkumpulan Perempuan Persekutuan Tanah Melayu telah menganjorkan suatu peraduan menggubah sajak yang di-bukakan kapada ahli2-nya di-seluroh Malaya. Tajok untok peraduan itu ia-lah PERKUMPULAN PEREMPUAN, dan peraduan tersebut di-kelolakan oleh sa-buah Jawatankuasa Khas dengan Puan Salmah Shamsuddin sa-bagai pengerusi, dan Puan Halimah Mansor dan Puan Hasnah Melan sa-bagai pembantu2-nya. Sajak2 yang di-pertandingkan telah di-adili di-peringkat negeri masing2, kemudian tiga dari sajak yang terbaik sa-kali dari tiap2 negeri itu telah di-kumpulkan untok pengadilan yang terakhir. Pengadilan terakhir ini telah di-lakukan oleh Puan SALMI MANJA penyajak wanita kita yang ulong. Pemenang2 peraduan menggubah sajak, yang masing2 menerima piala perak, ia-lah saperti berikut:-
Hadiah Pertama:
PUAN JAMILAH BT. AHMAD
dari PERKUMPULAN PEREMPUAN SUNGAI MERAB, KAJANG, SELANGOR.
Hadiah Kedua: PUAN HASHIMAH BT. MOHD. NOR
dari PERKUMPULAN PEREMPUAN KAMPONG LENGA, MUAR, JOHOR.
Hadiah Ketiga: PUAN UMMI Kalthum Hj. Abdul Hamid,
dari PERKUMPULAN PEREMPUAN LENGGONG, PERAK.
Di-bawah ini di-siarkan sajak gubahan Puan Jamilah bt. Ahmad, yang mendapat hadiah pertama, bagi tatapan puan2 pembacha.
PERKUMPULAN PEREMPUAN
Di-kau umpama chendawan tumboh,
Di-sana sini dikau menjelma,
Di-merata pelusok dikau menjelajah,
Munchul tanpa mengira masa dan detik,
Untok kepentingan kaum yang lemah longlai.
Perkumpulan ini memang terkenal,
Tegak berdiri dengan gagah dan megah,
Memberi sumbangan sa-genap anggota,
Berbakti pada ra'ayat murba dan nusa.
Semenjak kemerdekaan menjelang,
Dikau munchul satu demi satu,
Bertaboran…. umpama bintang di-angkasa,
Nama dikau semerbak saperti kembang pagi
Ah! dikau di-sanjong, di-hormati,
Berjasa, berbakti pada ibu pertiwi,
Hidup-lah dikau tanpa mati,
Untok kepentingan insan seluroh-nya.
Sumbangan dikau sunggoh banyak,
Umpama ubor di-malam pekat,
Dikau menunjokkan ka-arah chita-chita.
Tapi, wahai anggota
Pupok-lah, bajai-lah daku,
Bajai-lah dengan keluhoran hati,
Agar sumbangan daku kekal abadi,
Untok kepentingan anggota semua.
Ta' ada kumpulan ta'ada anggota,
Ta' ada semangat ta' ada chita-chita,
Kedua sa-jajar dan sa-haluan,
Bak roh dan jasad.
SELANGOR, 1962.”
(Sumber: Berita Harian, 17 September 1962, Page 6: |"PERADUAN MENGGUBAH SAJAK"; |"PERKUMPULAN PEREMPUAN").
“Kerana posmen tidak pernah menjengah ka-kampong-nya, sa-orang anggota Perkumpulan Perempuan di-sini yang telah memenangi peraduan mengarang sajak anjoran Perkumpulan Perempuan Malaya tidak dapat menerima sendiri hadiah-nya dari Tengku Abdul Rahman. Kesah ini berlaku ka-atas Che'gu Jamaliah binti Ahmad, sa-orang guru di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab. Che'gu Jamaliah di-jadualkan menerima sendiri hadiah-nya di-dalam upachara yang di-langsongkan di-ibu pejabat Perkumpulan Perempuan Malaya di Petaling Jaya pada 14 September lalu. Tetapi surat itu tidak di-terima-nya hingga 21 September lalu kerana 'terpendam' di-pejabat pos Kajang sa-lama sa-minggu. Dan Che'gu Jamaliah lebeh dulu mendapat tahu tentang kemenangan-nya itu melalui Ruangan Wanita, Berita Harian pada 17 September - tiga hari sa-sudah upachara menyampaikan hadiah itu berlangsong. 'Oh betapa-lah kesal-nya hati saya. Saya telah kehilangan peluang untok hadhir dalam upachara itu…' kata-nya kapada Berita Harian hari ini. Dan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Kebangsaan Sungai Merab, Inche Muhamad Yunos b. Mihad bersetuju dengan-nya 'Kampong ini lapan batu sahaja dari bandar Kajang'. 'Tetapi sudah sa-tahun kami tidak melihat posmen. Surat2 orang kampong di-kirimkan sahaja kapada dreber taxi atau di-letak-kan sahaja di-sabuah kedai di-bandar Kajang untok di-ambil sendiri oleh tuan-nya.' Pegawai Pejabat Pos Kajang, Inche Nordin bin Ibrahim bila mendapat tahu rungutan2 ini berkata: 'Saya tidak tahu kejadian ini.' 'Biasa-nya sa-orang posmen bertugas menghantar surat ka-kampong ini tiga kali sa-minggu - pada hari Thalatha, Khamis dan Sabtu.' Beliau bagaimana pun berjanji akan menyiasat peristiwa itu.” (Berita Harian, 24 September 1962, Page 2: |"Jamaliah ta' dapat hadiah kerana posmen tidak ada").
“Perkumpulan Perempuan Sungai Merab Kajang akan mengadakan kelas tarian asli untok mengalakkan ahli2-nya supaya lebeh chenderong mempelajari kebudayaan Melayu sendiri. Kenyataan ini telah dibuat oleh Setiausaha Perkumpulan di-sini, Che'gu Maimunah binti Yunos dalam satu majlis jamuan teh yang di-adakan kerana menyambut hari ulang tahun pertama perkumpulan ini pada hari Sabtu yang lalu. Che'gu Maimunah menerangkan bahawa Perkumpulan Perempuan Sungai Merab ini mula2 di-tubohkan pada bulan September tahun lalu. Sa-telah berjalan sa-lama tiga bulan ia telah mendapat sambutan hangat dari kaum ibu di-sini dan sekarang ahli telah bertambah menjadi 85 orang. Che'gu Maimunah juga menerangkan bahawa semenjak perkumpulan ini di-tubohkan perkumpulan ini telah dapat mengadakan kelas masak memasak dan urusan rumah tangga yang di-adakan sa-minggu sa-kali. Satu lagi kejayaan yang telah di-chapai oleh perkumpulan ini, ia-lah menghantar sa-ramai dua orang ahli-nya berkursus di Taman Asohan RIDA di-Kuala Lumpur sa-lama tiga bulan. Baharu2 ini Che'gu Jamilah binti Ahmad sa-orang ahli perkumpulan ini telah berjaya memenangi hadiah yang pertama dalam peraduan mengarang sajak yang di-anjorkan oleh Perkumpulan Perempuan Persekutuan Tanah Melayu.” (Berita Harian, 4 October 1962, Page 7: |"Pertubohan wanita adakan kelas tarian untok ahli").