Jadual Kandungan

Masjid Bangi (1926)

Dirujuk oleh

Perihal

Kubah Masjid

Perihal lokasi Masjid Bangi: “Kampung ini terletak disepanjang jalan dari Pekan menghala ke Batu 6, di mana juga terletaknya Masjid Bangi. Dalam rekod pejabat Tanah Daerah Ulu Langat pada 1913 terdapat 30 rumah penduduk di kawasan ini semasa itu. Pada sekitar 80 - 90 an terdapat hanya lebih kurang 25 buah rumah sahaja disini walau bagaimanapun sejak awal 90an projek Rel Berkembar mengambil semula tanah hak milik KTM, penduduk asal terpaksa membina kembali rumah baru dan berpindah ke Kg.Bangi, Kg.Bahagia dan Bt.6.”

(Sumber: Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

Kronologi

1919: Permohonan Tanah Masjid

Pelan Tapak Rizab Masjid Bangi, 1919
“Tapak Masjid Bangi 1919. Masjid Kariah Bangi dibangunkan di tanah yang dimohon secara rasmi pada pentadbiran British Selangor pada Januari 1919 dan tanah yang berkeluasan 1 acre 7 perches tersebut hanya memperolehi kelulusan dan digazetkan sebagai tapak rizab masjid pada 10 Disember 1929 iaitu hampir 10 tahun setelah permohonan dibuat.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 23 Mac 2025: |"Tapak Masjid Bangi 1919").

1924-1926: Pembinaan Masjid Bangi

Pembinaan masjid: “Lebai Zakaria bin Lebai Tandan merupakan Imam pertama dan pengasas Masjid Bangi pada tahun 1926. Namun tiada tarikh yang jelas dan rekod rasmi yang dijumpai setakat ini berkenaan tarikh dan masa pembinaan masjid ini. Menurut arwah nenek admin beliau melihat orang memasang atap di Masjid Bangi (mungkin dalam pembinaan) pada sekitar tahun 1924. Walau bagaimanapun dalam rekod rasmi tapak tanah Masjid Bangi telah dimohon lebih awal kepada Pentadbiran British Selangor pada Januari 1919 dan tanah yang berkeluasan 1 acre 7 perches tersebut memperolehi kelulusan dan digazetkan sebagai tapak rizab masjid pada 10 Disember 1929 iaitu hampir 10 tahun setelah permohonan dibuat. Dalam rekod lama ada juga dicatatkan telah ada surau di kawasan tapak tersebut sebelum penduduk Bangi memohon tanah tersebut pada tahun 1919. Catatan ajaizainal Sept.2025” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 9 September 2025: "Masjid Pertama di Bangi").

Masjid Bangi sekitar pertengahan 1950-an (gambar asal)Masjid Bangi sekitar pertengahan 1950-an (gambar diperbaiki)
“Masjid Bangi sekitar pertengahan 1950-an” (Kiri: Gambar asal: Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi"); Kanan: Gambar diperbaiki: Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 9 September 2025: "Masjid Pertama di Bangi").

1928-06-25: Pewartaan Tanah Rizab Masjid

Pewartaan tanah rizab Masjid Bangi, seluas 1 ekar (Arkib Negara 1957/0256988W, 25/06/1928: |"RESERVATION OF ONE ACRE OF STATE LAND AS A MOSQUE RESERVE AT BANGI VILLAGE").

Tarikh pewartaan lain: 10 Disember 1929: “Tapak Masjid Bangi 1919. Masjid Kariah Bangi dibangunkan di tanah yang dimohon secara rasmi pada pentadbiran British Selangor pada Januari 1919 dan tanah yang berkeluasan 1 acre 7 perches tersebut hanya memperolehi kelulusan dan digazetkan sebagai tapak rizab masjid pada 10 Disember 1929 iaitu hampir 10 tahun setelah permohonan dibuat.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 23 Mac 2025: |"Tapak Masjid Bangi 1919").

1948: Anak-Anak Bangi di Kampung Masjid

Kanak -Kanak  Bangi -sekitar 1948Foto Anak - Anak Bangi
Kiri: “Kanak -Kanak Bangi -sekitar 1948” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").
Kanan: “Kelihatan sekumpulan anak - anak Bangi bergambar bersama pada tahun 1948 iaitu tahun bermulanya Darurat di Tanah Melayu setelah mereka melalui peritnya zaman penjajahan Jepun kemudian berdepan pula dengan ancaman keganasan Komunis. Foto tahun 1948, lokasi Kg. Masjid Bangi.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 10 Mei 2025: "Sejarah Bangi. Foto Anak - Anak Bangi.").

1957-10-07: Sambutan Maulud Nabi

Perarakan Maulid Nabi di Pekan Bangi, 1957Maulud Nabi Di Bangi 1957
“Maulud Nabi Di Bangi 1957” (Kiri: Gambar asal. Kanan: Gambar diperbaiki).

“Dalam foto lama yang diwarnakan semula ini memaparkan sekumpulan penduduk Bangi bergambar di perkarangan Masjid Bangi berlatarkan rumah Pak Imam Ustaz Ismail Lebai Zakaria dalam persediaan untuk perarakan Maulud Nabi pada tahun kemerdekaan 1957. Orang - orang lama Bangi seperti Pak Lang Deraman, Cikgu Zainal GB SKBangi, Tok Dagang Amin, Cikgu Nasir Sidi, Buyong Aye, Cikgu Amir, Bujang, Cikgu Nasir Busu dan ramai lagi nampak santai dan ceria dalam foto yang telah berusia 68 tahun ini. Catatan ajaizainal Sept.2025”

(Sumber: Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 5 September 2025: "Nostalgia Bangi. Maulud Nabi Di Bangi 1957: Bahagian 1").

Kaum Ibu semasa majlis Maulid Nabi Sekitar tahun 50anMaulud Nabi Di Bangi 1957
“Maulud Nabi Di Bangi 1957” (Kiri: Gambar asal. Kanan: Gambar diperbaiki).

“Di dalam foto lama yang diwarnakan semula ini kelihatan kaum ibu sedang berkumpul, ada yang duduk bersimpuh dan ada yang bersila memangku dan meriba anak masing - masing sambil mendengarkan ceramah di bawah khemah yang sediakan untuk majlis Maulud Nabi di Masjid Bangi. Pada kebiasaannya selepas ceramah diadakan pula jamuan makan untuk semua jemaah yang hadir. Antara kaum ibu yang bertungkus lumus menyiapkan hidangan Maulud Nabi semasa era itu ialah nenek Bibah (isteri Pak Imam), nenek Jinan (nenek admin), Mak Lang Dara Hj. Abas, Sipah Panggung, nenek Minah mak Cikgu Nasir, Mak Long Bibik dan ramai lagi bergotong royong menyiapkan masakan yang belanjanya daripada sumbangan penduduk kampung untuk sebuah majlis yang diraikan setahun sekali ini.”

(Sumber: Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 5 September 2025: "Nostalgia Bangi. Maulud Nabi Di Bangi 1957: Bahagian 3").

(Sumber gambar-gambar asal: Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

MAKLUMAT LANJUT: Kampung Bangi: 1957-10-07: Sambutan Maulud Nabi.

1973-02-01: Masjid Kariah Bangi Siap Dibina

“Masjid Kariah Bangi dibina dengan kos siap sebanyak RM 65,616 berbanding kos tender JKR iaitu sebanyak RM68,340. Masjid ini selesai dibina pada 1 Februari 1973, di mana kerja pembinaannya bermula pada 1 Jun 1972 . Syarikat Nawawi Construction, yang beralamat di No.63, Jln. Sg. Kantan, Kajang adalah kontraktor yang bertanggungjawab membangunkan projek masjid baru ini di era kepimpinan Tok Dagang Aminuddin Omar, Imam Lebai Ahmad, Bilal Saad dan YB Sharif Ahmad.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 31 Julai 2025: "Catatan Sejarah Bangi").

“Kos pembinaan Masjid Kariah Bangi yang baru menggantikan bangunan lamanya siap pada 1 - 2 - 1973 adalah sebanyak RM 65,616. Bangunan Masjid ini dibangunkan untuk memuatkan seramai 350 jemaah.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 19 Februari 2025: "Catatan Sejarah Bangi").

Menara Masjid
Kiri: Masjid Kariah Bangi kini (Jabatan Agama Islam Selangor, 2014: Masjid Kariah Bangi. Pengasas: Allahyarham Lebai Zakaria Bin Lebai Tandan").
Kanan: Menara masjid (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

1980-an: Suasana Kampung Masjid

Suasana Kg. Masjid Bangi sekitar tahun 1986 - 87Sebuah rumah di Kampung Masjid Bangi sekitar akhir tahun 80an
Kiri: “Suasana Kg. Masjid Bangi sekitar tahun 1986 - 87 di zaman lagu 'Rozana' Search, ''Sinaran' Sheila Majid dan 'Menaruh Harapan' Zaiton Sameon tengah meletup waktu itu. Sekarang tempat ini telah berubah menjadi kawasan parking Masjid Kariah Bangi. Dulu - dulu ada sekitar 10 rumah di kawasan ini. Terbayang sebatang pohon durian tua dan pokok daun - daun keladi tumbuh melata di paya di pinggir jalannya. Di kawasan ini sesekali akan banjir juga pada musim hujan apabila air Sungai Bangi melimpah dari tebingnya…bau lumpur, bau kek nenas rumah tepi sungai, bau harum kaya dan roti rumah tinggi berbaur pada waktu itu.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 17 Februari 2025: "Nostalgia Bangi").
Kanan: “Sebuah rumah di Kampung Masjid Bangi sekitar akhir tahun 80an. Sekarang tempat ini telah menjadi kawasan parking Masjid Kariah Bangi.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 6 Oktober 2025: "Nostalgia Bangi").

Kini

Masjid Kariah Bangi

Masjid Bangi kiniNampak dari jauh Masjid Bangi di tebing Sungai Bangi.
Masjid Kariah Bangi kini. (Kiri: Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi"; Kanan: “Atuk dan nenek admin bernikah di Masjid ini pada sekitar tahun 1933” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 22 Oktober 2025: "Panorama Bangi")).

Kubah Masjid Kariah BangiMenara Masjid Kariah BangiMenara Masjid Kariah Bangi (lebih dekat)
Kiri: Kubah masjid (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 19 Februari 2025: "Catatan Sejarah Bangi").
Tengah: Menara masjid (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 4 April 2025: "Masjid Bangi di pagi 1 Syawal 2025").
Kanan: Menara masjid (lebih dekat) (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 31 Julai 2025: "Catatan Sejarah Bangi").

Makam Pengasas Masjid di Kampung Sungai Buah

Pusara Allahyarham Lebai Zakaria bin Lebai Tandan, pengasas Masjid Kariah Pekan BangiPusara Allahyarham Lebai Zakaria bin Lebai Tandan, pengasas Masjid Kariah Pekan BangiIsteri Allahyarhamah Teh Tot binti BasirIsteri Allahyarhamah Teh Tot binti Basir
“Kelmarin min berkesempatan menziarahi pusara moyang min di Tanah Perkuburan Kg. Sungai Buah.. Inilah pusara Allahyarham Lebai Zakaria bin Lebai Tandan, pengasas Masjid Kariah Pekan Bangi & Isteri Allahyarhamah Teh Tot binti Basir. Al-Fatihah” (Facebook Pekan Bangi, 2 April 2025: "...pusara Allahyarham Lebai Zakaria bin Lebai Tandan").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.