Jadual Kandungan

Kampung Limau Manis (1924)

Dirujuk oleh

Perihal

“Kampung Limau Manis merupakan satu kawasan petempatan di Mukim Dengkil yang telah diteroka oleh pendatang dari Tanah Jawa seramai 40 orang pada tahun 1924. la terletak 30 kilometer dari Bandar Baru Salak Tinggi yang merupakan Pusat Pentadbiran Daerah dan 3 kilometer dari Pusat Pentadbiran Putrajaya.”

Papan tanda Kampung Limau Manis

“Kampung ini mempunyai keluasan 730 ekar dengan jumlah penduduk seramai 1880 orang. Terdapat 380 keluarga dan 398 buah rumah di kampung ini. Seramai 98 peratus daripada penduduknya adalah masyarakat Melayu yang beragama Islam. Selebihnya adalah segelintir masyarakat Orang Asli dan pendatang dari Indonesia. Masyarakat Melayu yang ada di kampung ini adalah 40 peratus etnik Jawa, 19 peratus Minangkabau, 32 peratus Bangkahulu dan 9 peratus Palembang.

Di peringkat awal penerokaan kampung ini, masyarakat Jawa yang berhijrah ke sini telah mengusahakan tanah dengan menanam tanaman untuk keperluan sendiri. Kawasan yang diterokai adalah berhampiran dengan Estet Prang (Perang) Besar (sekarang Putrajaya). Walau bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan menanam pokok getah demi menjamin kepentingan hasil pengeluaran penjajah. Oleh itu, para peneroka ini telah menumpukan usaha mereka kepada tanaman pokok Pinang dan pokok Melinjau (Belinjau). Kedua-dua jenis tanaman ini merupakan tanaman yang boleh untuk mendatangkan hasil kehidupan mereka seharian.

Semasa mereka sedang menanam pokok Pinang dan Belinjau, mereka telah menjumpai sejenis pokok yang berbuah dan sangat manis rasanya. Rupa buah itu seperti Limau tetapi rasa manisnya berbeza dengan rasa jenis-jenis Limau yang lain yang kebiasaannya masam. Kemudiannya, mereka telah memperkembangkan tanaman tersebut dengan menanamnya di celah-celah tanaman pokok Pinang dan Belinjau. Akhirnya tanaman ini telah berkembang di kawasan mereka dan ramai orang mengenalinya sebagai Limau Manis. Oleh itu nama kampung ini telah digelar sebagai Kampung Limau Manis.”

Kebun Limau Manis

(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, m.s. 50-53).

Kronologi

1928-06-08: Pewartaan Rizab Melayu Sungei Limau Manis

Arkib Negara 1957/0254355W, 08/06/1928: |"GAZETTING OF AN AREA OF 2,280 ACRES IN KAJANG MUKIM AS A MALAY RESERVATION TO BE KNOWN AS THE SUNGEI LIMAU MANIS MALAY RESERVATION".

1948: Perkampungan Orang Asli

“Penjajahan Jepun pada tahun 1948 telah menyebabkan kawasan perkampungan ini telah ditinggalkan dan ianya telah didiami oleh masyarakat Orang Asli. Sebahagian daripada kawasan Orang Asli ini masih terdapat sehingga hari ini.” (Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, hlm.51).

1964: Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)

“Pada tahun 1964, pembukaan kawasan baru telah dilaksanakan di Kampung Limau Manis. Proses pengambilan peneroka baru telah dibuat di kalangan penduduk dari kawasan berhampiran iaitu dalam kawasan pentadbiran Hulu Langat. Seramai 87 peserta telah ditempatkan di kawasan tersebut yang dibahagikan kepada tiga (3) kawasan iaitu di Kampung 12 sebanyak 12 keluarga, Kampung Tengah sebanyak 37 keluarga dan Kampung Limau Manis melibatkan 38 keluarga.” (Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, hlm.51-52).

1968-06-18: Konflik Perkebunan

“The Mentri Besar, Dato Harun bin Haji Idris, today ordered an investigation into the raids on illegal farms at Sungei Limau Manis, near Kajang, by the Ulu Langat District Officer, Inche Hasan Ibrahim. This followed a protest by the Speaker of the State Legislative Assembly, Raja Nong Chik bin Raja Ishak and the Assistant Minister of Education, Mr. Lee Siok Yew that Inche Hassan had acted against the orders of the Mentri Besar. They claimed that the settlers had permission from Dato Harun to allow them time to harvest their crops. Dato Harun Said: “At a recent District Officers conference at Fraser's Hill, we decided that settlers could plant crops on State land if it had not been earmarked for development projects and if the settlers grew the crops for personal consumption and not for sale. “This concession was granted in view of the Government's policy of encouraging the people to grow more food and be self reliant.” He had directed the State Secretary, Haji Megat Mahmud Ismail to investigate. In Kajang Inche Hassan denied he had acted against orders when he raided the farms last Tuesday. “The land in question is not State land but a Malay reservation. In most cases, we issue TOL licenses as in the case of the settlers at Dengkil mukim to whom we issued 60 licenses. “But in the case of Sungei Limau Manis, it was impossible to issue such licenses as the land was a Malay reservation.” He said the settlers came from the Prang Besar Estate about 1 1/2 years ago and planted bananas, tapioca, chillies and vegetables on 200 acres. The District Office had issued them quit notices. But the 52 families appealed to the Mentri Besar who approved their stay until harvest time. “They harvested their crops about three months ago. Now they have planted new crops on the land.” (The Straits Times, 23 June 1968, Page 3: |"Harun orders probe into raids on illegal settles").

“Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini menolak perbahathan mengenai tindakan pegawai Daerah Ulu Langat, Enche Hassan Ibrahim merampas hasil tanaman2 di-tanah haram Sungai Limau Manis dekat Perang Besar Estate pada 18 Jun lalu. Perkara itu telah di-timbulkan oleh Esche S. Maniam (Per-Kuala Selangor) ketika membahathkan peruntokan tambahan sa-banyak $8,475,239 tetapi telah di-tolak oleh beberapa orang anggota Perikatan yang lain termasok Menteri Besar, Dato Harun Idris. Enche Maniam berkata, Enche Hassan bertindak menchabut tanaman2 di-tanah yang di-buka oleh buroh2 India dari Padang Besar Estate itu. Kata-nya: 'Buroh2 India itu telah memohon tanah tersebut tiga tahun dulu dan telah di-timbangkan oleh Kerajaan. Satu surat khas telah di-berikan kapada buroh2 itu. 'Tetapi malang-nya pada 18 Jun lalu, Enche Hassan telah membawa pekerja2 lembaga Bandaran Kajang merampas hasil tanaman2 mereka itu.'” (Berita Harian, 27 June 1968, Page 5: | "Dewan tolak usul binchang perkara Hassan Ibrahim").

“Pembukaan tanah kawasan khas (reserve) Melayu oleh peneroka2 bukan Melayu di Sungai Limau Manis dekat Kajang akan menjadi tajok foram Partai Rakyat chawangan Kajang pada 8 Julai ini.” (Berita Harian, 6 July 1968, Page 4: |"Damak").

“UMNO Chawangan Kajang menyokong kuat tindakan tegas Enche Hassan Ibrahim Pegawah Daerah Ulu Langat terhadap peneroka2 tanah simpanan Melayu di-daerah Sungai Limau Manis, Kajang. Keputusan ini ada-lah satu dari keputusan2 yang di-buat oleh UMNO chawangan ini dalam meshuarat jawatankuasa-nya pada 14 Julai 1968 baru2 ini.” (Berita Harian, 3 August 1968, Page 8: |"UMNO Kajang menyokong Hassan").

1970: Rancangan Tanah Belia

“Pada tahun 1970, satu kawasan lagi dibuka bagi menempatkan anak-anak peneroka seluas 420 ekar yang dikenali sebagai Rancangan Tanah Belia Limau Manis. Seramai 46 peserta telah terlibat dalam Rancangan ini.” (Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, hlm.52).

1976-11-01: Pembinaan Balai Raya

“Membina dan menyiapkan sebuah balai raya di Kampong Limau Manis, Rancangan Tanah Sungai Merab, Daerah Ulu Langat.” (Berita Harian, 11 June 1976, Page 6: |"Halaman 6 Iklan Ruangan 1").

1982: Peralihan Pentadbiran

“Semasa pembukaan Rancangan Tanah ini pada tahun 1964, pembukaan tanah ini dikenali sebagai Tanah Rancangan Luar Bandar sesuai dengan dasar Kerajaan pada masa itu. la ditadbirkan oleh seorang penyelia daripada Jabatan Luar Bandar. Pada tahun 1982, status tersebut telah ditukar apabila kampung ini telah ditadbirkan oleh satu badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah pentadbiran Mukim Dengkil dan Pejabat Daerah Sepang. Pengerusi pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Ahmad bin Jair sehingga tahun 1993. Beliau merupakan antara peneroka awal Kampung Limau Manis dan berketurunan Bangkahulu.” (Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, hlm.52).

2000-02-12: Konflik Warga Asing

Pencetus Konflik

“Kira-kira 6,000 pendatang asing dikatakan menceroboh tanah rizab kerajaan dan kebun getah di Kampung Limau Manis dekat sini, hingga menakutkan penduduk tempatan di situ. Malah jumlah pendatang asing itu, kebanyakannya dipercayai masuk ke negara ini secara haram, melebihi enam kali ganda penduduk kampung terbabit seramai 1,000 orang. Berita Harian Malaysia dalam laporannya di muka depan semalam memetik Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Limau Manis, Encik Ariffin Samsuddin, sebagai berkata, kehadiran pendatang asing itu membimbangkan penduduk kerana banyak berlaku jenayah seperti pergaduhan dan perjudian. 'Paling membimbangkan ialah pergaduhan sesama mereka itu kadangkala menular ke kampung kami,' katanya. Tinjauan akhbar itu mendapati pendatang asing berkenaan bukan saja mendiami tanah rizab kerajaan, malah turut membina pondok serta khemah di kebun getah hingga menyebabkan penduduk tempatan takut untuk keluar menoreh. Sebahagian besar pendatang itu dipercayai dari Aceh, Madura dan Jawa dan segelintir lagi dari Pakistan, Burma dan Bangladesh.” (Berita Harian, 12 February 2000, Page 11: |"6,000 pendatang asing ceroboh tanah rizab").

“Violent clashes broke out between two rival groups of Indonesians who went on a rampage in nearby Putrajaya and Cyberjaya last Sunday. Malaysian police and firemen took three hours to bring the fights under control, leading to the arrests of some 200 Indonesians from Aceh and Madura. Selangor Mentri Besar Datuk Abu Hassan Omat yesterday called for a full report on the immigrants. 'The state government is concerned over the illegal occupation of government land by foreigners as it can lead to security problems,' Bernama quoted him as saying yesterday. ….. Mr Ariffin, who lives in the estate, said a large number of the immigrants came from Indonesia's Aceh, Madura, and Java while others were from Pakistan, Myanmar and Bangladesh. They live in groups, according to their ethnicity. According to the Malay daily, the immigrants quarters, named 'Aceh Village,' has its own prayer house and chain of small shops. It even has its own leader. 'A night market is held every day and fight occur frequently,' he said. Apart from setting up small shops, many also work in the construction site at Putrajaya, the country's administrative capital. Mr Ariffin said the police and immigration department had conducted several raids to flush them out, but the illegal immigrants kept coming back in numbers. Another villager, Mr Ahmad Jahara, said some of them had also set up gambling dens. 'I've been chased by one of the immigrants armed with a machete for making a police report,' he said.” (The Straits Times, 12 February 2000, Page 28: |"'Alien' invasion near Putrajaya irks residents").


Perkampungan warga asing di Kampung Limau Nipis (New Straits Times, 12 Feb 2000: |"Illegals set up colony"; |"Hotbed for unhealthy activities, clashes").

Perobohan

“Para pekerja yang menggunakan jentolak Jabatan Kerja Raya (JKR) merobohkan pondok milik para pendatang Indonesia di Kampung Limau Manis, dekat sini kelmarin. Pihak berkuasa, diketuai para pegawai daerah dan disertai 200 kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan, melancarkan operasi bersepadu selama dua jam untuk merobohkan 180 pondok yang didirikan secara haram, kebanyakannya dibuat daripada papan lapis, plastik dan kanvas. Pegawai Daerah Sepang, Encik Abdul Karim Munisar, berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan bahawa penduduk setempat menyewakan tanah mereka kepada pendatang haram. 'Kami akan menyiasat dakwaan itu dan jika ternyata bendar, tindakan tegas akan diambil. Mereka tidak berhak berbuat begitu kerana tanah itu untuk kegunaan bercucuk tanam,' katanya.”

(Sumber: Berita Harian, 17 February 2000, Page 5: |"Pondok pendatang dirobohkan"; Gambar kanan: New Straits Times, 16 Feb 2000: |"Several passports belonging to Indonesians recovered").

Faktor Kontraktor Pemaju

“Putrajaya Holdings said it would act against its contractors if they were found employing illegal foreign workers or failing to provide their workers with accommodation. The developer of the sprawling Federal Government administrative centre said their security unit was working closely with the Putrajaya district police and local authority, Putrajaya Corporation, in this matter. “Possible action taken against the offenders include reporting them to the authorities and blacklisting them from getting contracts in Putrajaya,” it said today. “We do not condone the employment of illegal foreign workers in the project and the setting-up of illegal settlements within the Putrajaya site or elsewhere,” it added. It said Putrajaya contractors housed their workers in rented houses or premises in Dengkil, Puchong, Subang and Bangi. The clarification follows yesterday's demolition of 180 illegal makeshift houses and lean-tos near Kampung Limau Manis. The exercise involved around 200 people from both the Federal and Selangor State Government authorities. Many of the illegal settlérs claimed they worked for either the Putrajaya or Cyberjaya projects — but failed to produce any document to substantiate their claim. The developer said its policy required all foreign workers employed for the project to possess valid documents issued by the De- partment of Immigration and Ministry of Home Affairs. Regarding identification of workers, Putrajaya workers are issued a special identification tag displaying details of the contractor, worker's citizenship and name, a serial number and expiry date.” (New Straits Times, 18 Feb 2000: |"Putrajaya promises action against errant developers").

Kesinambungan

2002-01-21: “On Jan 21, several vehicles. stalls and business premises were destroyed when a group of Indonesians went on a rampage after a misunderstanding. It was learnt that the group was unhappy that the owner of one of the stalls, also an Indonesian, had intervened during a scuffle between the Indonesian group and a Bangladeshi group about a week earlier.” (New Straits Times, 13 Feb 2002: |"100 Indons detained in connection with clash.").

2002-05-24: “A scuffle between two ethnic Indonesian groups in Kampung Limau Manis, Cyberjaya, yesterday, led to the arrest of 72 people, not only for creating a disturbance but also for not having valid documents. The incident happened at 6pm, when a resident of Madurese descent was riding his motorcycle inside the village premises and knocked down a man from Flores. A heated argument ensued before they went their way. However, three hours later, not satisfied with the outcome, the Madurese man returned with a gang of 10. They descended on the man from Flores near his residence and assaulted him. 'Following a tip-off we rushed to the scnee and stopped the assault,' said Sepang OCPD Superintendent Shukri Dahlan today. Police then checked some residents there for identification. Shukri said 72 Indonesians who did not possess valid travel documents were arrested. Police are investigating who among the 72 instigated the fight.” (New Straits Times, 24 May 2002: |"72 Indons arrested after street fight").

2003-07-09: Desa Pinggiran Putra

“Nama Pemaju: OIB PROPERTIES (CV) SDN. BHD. …..
Nama Projek: Desa Pinggiran Putra …..

C. MAKLUMAT PERJANJIAN JUAL BELI
1. Jenis Perjanjian : Jadual G
2. Tempoh Pembinaan Asal : 24 Bulan
3. Tarikh PJB Pertama : 09 Jul 2001
4. Tarikh Penyerahan Pemilikan Kosong Mengikut PJB Pertama : 09 Jul 2003
…..”

(Sumber: Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan: |"DESA PINGGIRAN PUTRA").

Kini

“Kini kampung ini telah ditadbir oleh ketua kampung, Encik Md. Naim bin Haji Awi. Kampung Limau Manis terdiri daripada kawasan Limau Manis, Rancangan Tanah Belia Limau Manis, Taman Pinggiran Putra (Kampung Tanah Pinggir) dan Kampung Tengah (sebahagian kampung ini di bawah pentadbiran Kampung Limau Manis dan sebahagian lagi di bawah pentadbiran Kampung Desa Putra). ” (Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, hlm.52).

Peta 2016

Peta Kampung Limau Manis, 2016
Peta Kampung Limau Manis, 2016 (Pejabat Tanah dan Daerah Sepang, 16 Mei 2016: |"Peta Kampung Limau Manis").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.