Jadual Kandungan

Kampung Baru Cina Bangi (1948)

Dirujuk oleh

1948: Pembukaan

Kampung Baru Cina Bangi
“Kampung ini diasaskan pada tahun 1948 semasa era Darurat, penduduk yang dipindahkan disini dikumpulkan dari beberapa buah penempatan di sekitar pinggir Stesen Keretapi Bangi, Kg.Batu 24 Sg. Buah, Kilang Batu Bata semenyih, Kg. Bukit Tungku. Kampung ini merupakan Kampung Baru Cina yang paling kecil di negeri Selangor. Binaan 8 deret rumah panjang dibangunkan di tanah yang asalnya merupakan kebun kelapa bersaiz 2 ekar yang terletak betul - betul di belakang Pekan Bangi di jalan menuju ke Kampung Bangi. Setiap lot rumahnya bersaiz 25 kaki lebar 35 kaki panjang yang berjumlah 44 unit unit rumah kesemuanya.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 3 Ogos 2025: "Catatan Sejarah Bangi: Kampung Baru Cina Bangi").

“Kampung Baru Cina ini terletak betul-betul belakang Pekan Bangi yang dahulunya kebun Kelapa milik seorang cina bernama Law Lin, tempat ini dahulu lebih dikenali sebagai 'Bangi Village' ia wujud apabila Inggeris mengadakan kawasan Kg.Baru semasa Darurat dalam tahun 50an. Penduduk Cina disini berasal daripada kawasan bersebelahan Estet Bangi dan sebahagian lagi berasal dari Kacau, Broga dan Mantin.Pada tahun 90an berlaku kebakaran di sebahagian rumah panjang ini dan kebanyakan mereka membina kembali rumah mereka di kawasan bukit belakang Kedai Mara,tanah yang telah mereka beli daripada Broome Estate dalam tahun 70an.” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").

1994: Pembukaan Kampung Aman

SJK(C) Yoke Min Bangi
SJK(C) Yoke Min Bangi (Dong Zong, March 06, 2020: |"SJK(C) Yoke Min Bangi").

“Tanah ini (Kampung Baru Cina asal di belakang Pekan Bangi) asalnya dimiliki oleh tiga tuan tanah yang kemudian menuntut hak mereka kembali menyebabkan penduduk kampung ini berusaha berkongsi untuk membeli tanah milik Broome Estet bagi membina semula perkampungan baru mereka yang kemudian di namakan sebagai Kg. Aman Bangi yang terletak di tanah bukit belakang Pekan Bangi. Rumah - rumah penduduk dan kemudahan asas di Kg. Aman Bangi mula dibangunkan pada sekitar tahun 1994 di atas tanah seluas 32 ekar yang dibahagikan sebanyak 127 lot rumah dan 8 lot untuk gelanggang bola keranjang, tokong dan sekolah SJKC Yoke Min Bangi. Hampir 90% penduduk kampung ini berketurunan Low (Liu) yang punya pertalian persaudaraan. Di kenali juga sebagai 'Kampung Bola Keranjang' kerana telah melahirkan ramai pemain bola keranjang yang telah berjaya mewakili peringkat negeri dan kebangsaan.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 3 Ogos 2025: "Catatan Sejarah Bangi: Kampung Baru Cina Bangi").

2024: Ancaman Perobohan? (Kg Baru Cina Asal)




“Simpan la gambar-gambar ni buat kenangan.. Dengar-dengarnya proses pengambilalihan tanah Kg. Baru Pekan Bangi ni telah hampir selesai.. Pemaju pun dah datang tengok tanah & penduduk telah mula diberikan arahan untuk berpindah.. Akan dibangunkan beberapa blok pangsapuri/kondominium di atas tapak tanah Kg. Baru ini..” (Facebook Pekan Bangi, 15 April 2024: "Simpan la gambar-gambar ni buat kenangan").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.